14 Sep 2011

[Video] Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia, Muhyiddin & Musa Hassan Bakal Disaman Juga

Komunis: Utusan Malaysia disaman

KUALA LUMPUR, 14 sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya.


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.

Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

mohamad sabu, PAS deputy presidentPengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.

Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai "komunis sebenar dan didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".

Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Jasa Malaysia Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Tuduhan politik' tidak disaman

Hanipa berkata, dalam writ saman yang difailkan, Utusan dituntut menarik balik penyiaran laporan itu, membuat permohonan maaf selama tiga hari di muka depan dan membayar gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, dengan kos kepada anak guamnya.

Jumlah saman tidak dinyatakan dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Katanya, walaupun Utusan menjawab notis tuntutan yang dihantar anak guamnya sebelum ini, mereka mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana jawapan itu tidak menyatakan penarikan balik laporan dan pemohonan maaf akan dibuat.

"Atas keengganan itu, saya diarahkan anak guam saya meneruskan tindakan undang-undang," kata peguam PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara Muhydin pula akan disaman kerana enggan membuat penjelasan walaupun diberikan peluang berdebat atau berdiolog dengan Mohamad berhubung isu berbangkit, kata Hanipa.

Sementara itu, Mohamad berkata, saman itu dibuat kerana tuduhan yang dibuat, termasuk mengelarnya sebagai "pengganas", "komunis" dan menyuruhnya "bertaubat dan bertakwa" boleh menyebabkan keselamatannya dan keluarga terjejas.

Katanya, ia tidak seperti "tuduhan politik" yang dibuat terhadapnya seperti gelaran bacul dan penakut yang boleh dijawab melalui media dan program penerangan PAS. -mk


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin dan bekas IGP menyusul

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Selepas memfailkan saman terhadap Kumpulan Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak hari ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya kononnya mengagungkan-agungkan komunis.

Pagi ini Mohamad yang diwakili peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memfitnah pemimpin nombor dua parti Islam itu melalui artikel muka hadapan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

“Hari ini kita telah failkan saman di atas fitnah yang dilakukan di muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, saya hanya akan mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah-fitnah terutamanya tuduhan komunis dan pengganas... semua tuduhan lain adalah tuduhan politik yang kita boleh jawab.

“Fitnah-fitnah boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka perlu ambil tindakan undang-undang, saman ini adalah perkara yang ditimbulkan, yang saya langsung tidak sebut dalam ucapan pada 21 Ogos lalu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang,” kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” memberitahu saman terhadap Muhyiddin akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Hanipa.

“Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tidak mengapa,” katanya.

Mohamad juga kesal dengan tindakan Muhyiddin yang menolak untuk berdebat mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Jelas beliau, keengganan Muhyiddin untuk berdebat menyebabkan beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu.

Selain Muhyiddin, Mohamad juga akan memfailkan saman terhadap bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kerana menyifatkannya sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

“Itu kena tanya beliau (Muhyiddin), saya lebih rasa yang baik adalah debat atau dialog sebab tuduhan beliau bersangkut paut dengan akidah.

“Tuduhan ini adalah tuduhan berat, beliau suruh saya bertaubat dan bertaqwa sebab itu kita tawarkan penyelesaiaannya,” katanya menjawab keengganan Muhyiddin untuk berdebat.

Muhyiddin sebelum ini berkata Mohamad perlu balik ke landasan betul dan berpegang kepada prinsip takwa menambah sebagai seorang pemimpin Islam beliau patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Sementara itu Hanipa berkata, saman dibuat ekoran keengganan Utusan Malaysia untuk meminta maaf dan menarik balik artikel bertarikh 27 Ogos yang telah menimbulkan kontroversi.

“Jadi saman ini ekoran notis tuntutan yang kita hantar sebelum ini walaupun Utusan Malaysia ada balas tetapi mereka tidak menyatakan akan minta maaf atau tarik balik fitnah yang mereka buat terhadap Mohamad Sabu.

“Saman ini lebih kepada tuduhan mengaitkan Mohamad Sabu dengan komunis sedangkan tuduhan itu tidak berasas, selepas ini kita akan serahkan salinan writ saman kepada Utusan Malaysia dan saya percaya mereka akan lawan ... mereka akan lawan habis-habisan,” katanya.

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, tiada jumlah saman dikemukakan sebaliknya menyerahkannya kepada hakim untuk menentukan jumlah saman sekiranya menang.

“Kita tidak letak jumlah saman, biar mahkamah yang tetapkan jumlah sekiranya kita menang, kita juga minta Utusan Malaysia siarkan permohonan maaf selama tiga hari dan tarik balik artikel yang disiarkan.

“Selepas ini saya diarahkan untuk failkan saman terhadap Muhyiddin dan Musa Hassan yang mengatakan Mohamad adalah pengkhianat dan pengganas,” katanya. -TMI



[Video] Ghaddafi, Seorang Atuk Yang Penyayang

Sisi peribadi berbeza Gaddafi

TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau.

Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat.

Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin.

Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali.



Luarnegara: Pasangan Pengantin Di Libya Pegang Senapang Sepanjang Majlis Perkahwinan

Tripoli - Kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk mengenakan aksesori mewah seperti tali leher atau kafling perkahwinan untuk meraikan hari istimewa itu.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menjadi keutamaan bagi salah seorang bakal suami kerana dia memilih untuk bergaya dengan membawa senjata perang pada hari tersebut pada Ahad lepas.

Pasangan itu bergaya dengan memegang senjata api dalam majlis perkahwinan mereka di salah sebuah hotel di Tripoli. Mereka memegang senjata perang itu sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

Pengantin perempuan memutuskan untuk memakai pakaian tradisional iaitu gaun putih dengan kain yang menutupi wajahnya.

Peperangan di Libya yang bermula sejak Februari lalu masih belum berakhir walaupun para pemberontak telah berjaya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.

Para pemberontak itu kini memburu Gaddafi yang masih bersembunyi termasuk saki-baki para penyokongnya.

Libya kini ditadbir sebuah badan yang mewakili para pemberontak itu yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). - Agensi

Khianat: Kenderaan Orang Awam Dirosakkan Kerana Hidiri Forum Rakyat

Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah

KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan.

Gambar: Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan

Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu.

“Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS.

“Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.

“(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan,” dakwa Ustaz Latif ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam.

Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35.

Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam.

“Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran.

“Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat.

“Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula,” katanya kepada pemberita.

Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS.

“Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan,” katanya. -HD

Cukai GST: Rakyat Bakal Menderita Parah Jika UMNO BN Menang PRU13

.Najib: GST kemungkinan selepas PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya.

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada dialog selama 45 minit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes, Najib juga berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dikekalkan.

Bagaimanapun menurut perdana menteri, DEB akan berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," katanya.

Mengenai sama ada telah tiba masanya bagi Asean mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata negara-negara Asean akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana.

"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China. -mk

Isu Utusan Memfitnah: Mohd Sabu Fail Saman Hari Ini

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Hal itu disahkan oleh Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada portal The Malaysian Insider.

Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.

“Saya dimaklumkan beliau akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata Tuan Ibrahim.

Penghujung minggu lalu, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Tempoh 24 jam yang diberikan beliau kepada akhbar itu berakhir Jumaat lalu.

“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” Mat Sabu dipetik sebagai berkata demikian Sabtu lalu.

Mat Sabu sebelum ini menerima serangan bertubi-tubi dari pimpinan Umno dan media arus perdana ekoran menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Pelajar Afrika Dicekup Tunjuk Kemaluan Dan Raba Jurujual

Orang awam cekup suspek

KAJANG: Seorang pelajar warga Afrika diberkas orang ramai selepas dia mencabul seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berhampiran sebuah pasar raya di Semenyih, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa yang juga jurujual di pasar raya itu keluar seorang diri untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli barangan sebelum suspek menarik tangan dan membawanya ke tingkat dua pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik menyedari suspek menarik tangannya dan membawanya ke tempat sunyi, mangsa meronta-ronta dan merayu dilepaskan, namun tidak diendahkan suspek.

Katanya, suspek bertindak lebih agresif apabila menarik mangsa naik ke tingkat tiga kerana khuatir jeritan mangsa didengari orang ramai sebelum suspek membuka seluarnya. “Suspek menunjukkan kemaluannya kepada mangsa selain meraba seluruh tubuh mangsa walaupun dia merayu tidak diperlakukan sedemikian.

“Bimbang diperlakukan lebih kejam, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Ab Rashid berkata, pengawal keselamatan berkenaan ke tempat kejadian menyebabkan suspek terkejut dan cuba melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran pasar raya berkenaan.

Tindakan pengawal keselamatan mengejar suspek menarik perhatian orang awam di kawasan berkenaan sebelum mereka membantu memberkas suspek.

Beliau berkata, suspek yang kepenatan ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun dan masuk ke Malaysia sebagai pelajar kolej swasta di ibu kota.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -hm

Ulasan GB

Kemasukan pelajar asing terutama dari Afrika banyak menimbulkan masalah sosial di negara ini.

Diantara masalahnya ialah kebiadaban mereka kepada masyarakat setempat disamping ramai diantara mereka yang dikatakan positif dadah. Masyarakat kita tak biasa dengan aktiviti minum minuman keras secara terbuka oleh golongan pelajar ini, mabuk dan kemudiannya bergaduh yang sebenarnya sudah jadi kebiasaan bagi mereka.

Kemasukan warga asing untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memberi keuntungan besar kepada pihak berkenaan namun, namun pihak Kementerian Pengajia Tinggi dan IPT juga perlu bertanggungjawab terhadap isu-isu sampingan yang melibatkan pelajar mereka hingga membawa ke tahap memudaratkan masyarakat.

Sebelum ini sudah kedengaran permintaan supaya kemasukan pelajar-pelajar Afrika ini dikaji semula. Tetapi nampaknya seperti tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan.



Kes Remaja Perempuan Terbakar: Seorang Siswa Ditahan

Suspek kena reman tujuh hari

SHAH ALAM: Seorang pelajar tahun dua sebuah institusi pengajian tinggi awam di Seri Iskandar, Perak ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang, pada 5 September lalu.

Polis turut menemui beberapa keterangan fizikal seperti rambut yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan di kereta jenis Kancil milik suspek berusia 19 tahun itu termasuk telefon bimbit milik mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek ada membeli petrol di dua stesen minyak di Ampang, sebelum ia digunakan untuk membakar mangsa.

“Suspek yang mengambil jurusan Sarjana Muda Ukur Bahan dan berasal dari Ukay Perdana, Ampang ditahan di luar kampus pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

“Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19, pula menuntut di Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur,”
katanya pada sidang media di Pusat Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Pada 5 September lalu, seorang remaja perempuan ditemui mati dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis peronda berkereta yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan.

Hasil siasatan Unit Forensik polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak berpakaian. -BH

Berita sebelum ini (klik gambar):



Jika Kita Tak Pernah Dijajah, Maka Sambutan Merdeka Selama Ini Hanya Main-main

Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

Menurut Mohamad Sabu, kenyataan Mahathir itu juga disifatkan hanya mahu mempertahankan MPN sekali gus sebagai cubaan meyakinkan rakyat yang semakin keliru dengan sejarah tanah melayu.

"Andaian itu adalah cubaan mereka (Umno) untuk lari daripada kenyataan bahawa Malaysia ini tidak pernah dijajah. Sekirannya itu andaian mereka, sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang main-main selama ini," katanya ketika ditemui diluar perkarangan Mahkamah Sesyen Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri perbicaraannya dan 44 yang lain berhubung kes Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan (PROTES), hari ini.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

Jumaat lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pemerintahan British sebelum ini hanya bertindak sebagai Perdana Menteri yang menasihat Sultan.

"Ia hanyalah andaian Tun Dr mahathir, seperti negara kita hari ini, Yang Dipertuan Agung adalah pemerintah dan penasihatnya adalah Perdana Menteri, tetapi yang menjalankan tugas eksekutif adalah Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agung adalah penaung, begitu jugalah situasinya pada zaman dahulu, apabila British bertindak sebagai penasihat jadi mereka adalah pemerintah kepada negara kita dahulu." kata beliau.

Katanya lagi, kenyataan Mahthir itu bukan sahaja mengelirukan malah ia memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ekoran keliru dengan fakta dan kesahihan teks pelajaran mereka.

"Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka," jelasnya.







Mana Senarai 50 Nama Ahli PAS Masuk UMNO?

3 hari berlalu, mana senarai masuk Umno? Oleh Mohd Nasir Zakaria

Sudah berlalu tiga hari cabaran Dewan Pemuda PAS kawasan Padang Terap. Nampaknya, tiada respons daripada kepemimpinan Umnobahagian Padang Terap.

Gagallah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. |

Sehingga, lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki yang dipertua, setiausaha, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ketua ulama sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi X dan Y. Zaman Jepun bolehlah.

Ada beberapa teori kegagalan:

(1) Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

(2) Gagal untuk membuktikan isu sebenar, maka spin jadi isu komunis. Sebenarnya hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan 'kejayaan' mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan perjuangan kemerdekaan, maka gagallah jawabnya.

Berapa orang keluar sebab komunis. Bahkan pekung Umno semakin terbuka apabila profesr yang mesra Umno sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

(3) Umno akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar Umno. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap.

Kalau Umno nak mulakan, ayuh! Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya Umno sudah mula timbulkan kegelisahan di celah eharmonian masyarakat di Tandop Besar.

(4) Kerisauan kebangkitan ahli Umno lain yang dipinggirkan bantuan. Walaupun sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru.

Saya percaya banyak ahli Umno sendiri tak dapat. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli Umno yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

(5) Umno terkejut. Rakyat Padang Terap terkejut. Rrakyat Malaysia, bahkan ahli Umno sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salah guna secara tidak beretika pemimpin Umno Padang Terap duit sebuah syarikat pembinaan.

Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti Umno. Duit tu hak milik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil.

Salah seorang rakyat yang membaca maklumat yang tersebar ini mengatakan: "Aku tidak reda walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan Umno dengan menggunakan duit rakyat, iaitu aku".

Sebelum ini mereka anggap Umno adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin Umno.

(6) Kerisauan bahawa ada lagi pendedahan yang akan dibuat. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan. Silakan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin Umno yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya. -mk

Penulis merupakan anggota parlimen Padang Terap dan ketua Pemuda PAS kawasan sama.


'Tunjuk senarai nama 50 ahli Pas sertai Umno'

ALOR SETAR - Pas Padang Terap menuntut Umno mengemukakan senarai nama 50 ahlinya yang didakwa menyertai parti itu untuk membuktikan kesahihannya. .

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) berkata, jika benar 50 orang yang didakwa itu ahli Pas, mereka perlu menunjukkan bukti dengan mendedahkan senarai namanya.

“Berdasarkan maklumat saya terima, hanya dua orang ahli Pas iaitu sepasang suami isteri termasuk beberapa orang anaknya masuk Umno manakala individu lain tidak pasti.

“Saya minta senarai nama untuk mengesan sama ada 48 individu yang lain juga ahli Pas sebelum ini atau tidak. Kalau benar mereka ini ahli Pas, dari cawangan mana,” katanya.

Kelmarin, 10 keluarga penyokong tegar Pas di Kuala Nerang dilaporkan nekad menyertai Umno Bahagian Padang Terap kerana marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengangkat nama anggota Parti Komunis Malaya (PKM), Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ketika peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, jika gagal berbuat demikian menunjukkan Umno sudah melakukan satu lagi penipuan bertujuan mengelirukan rakyat sedangkan tidak ada sebarang bukti kukuh mampu ditunjukkan.

Beliau juga meminta Umno tidak menyembunyikan isu sebenar berhubung penyokong tegar Pas bertindak melompat parti ini.

“Saya percaya tindakan ahli keluar Pas itu tidak ada kaitan perasaan marah terhadap Mat Sabu tetapi berpunca dari isu lain iaitu tidak puas hati dengan pengagihan bantuan untuk mangsa ribut.

“Walaupun mereka menerima bantuan mangsa ribut dan bulan Ramadan lalu namun terdapat segelintir daripadanya meluahkan rasa terkilan kerana mendapat sedikit sahaja agihan bantuan berbanding orang lain. Rasa tak puas hati itu lumrah
,” katanya. -SH


Ulasan GB

Seorang pengunjung bernama Khairi membuat ulasannya di dalam entri sebelum ini yang saya kira bernas:

Khairi said...

Kisah ahli PAS keluar parti ni adalah strategi lama dah berpuluh tahun digunakan oleh UMNO & surat khabar mereka. Mereka masih mencanangkan isu ini kerana masih ramai Melayu yg bodoh. Apa boleh buat, Melayu mulia pun kerana Islam,dah hampir 54 tahun Malaysia diperintah oleh org Malaysia sendiri, tahap kefahaman Islam sungguh rendah, banyak amalan agama ini bercampur aduk dgn amalan jahiliah yg haram di bumi Malaysia tercinta ini. Ramai Melayu yg tak mahu berfikir, ramai Melayu sayang nak guna otak utk menilai sesuatu isu, yg ada, majoriti Melayu, apa yg kera jaan kata, maka betul lah, itulah bangsaku!