19 Mei 2012

Dakwaan Ke Atas 2 Anggota Polis Hanya Wayang

Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan'

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.

Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.

"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.

"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.

Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.

"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin.

Sementara itu, wartawan dari Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob mempertikaikan kenapa hanya wartawan theSun Radzi Razak dipanggil membuat kawat cam terhadap penyerangnya setakat ini.

"Saya memang cam tiga orang polis yang menyerang saya.

"Saya bercadang nak buat kawad cam macam saudara Radzi Razak juga lakukan," katanya. -mk


Bersih 3.0: 2 anggota polis didakwa kasari jurugambar

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, di sini, antara jam 5.20 petang dan 5.30 petang.

Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah atas alasan jaminan yang ditawarkan pendakwaan adalah terlalu tinggi.

Salim berkata kedua-dua anak guamnya juga berpendapatan rendah.

Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes.

Kedua-dua anggota polis dilihat membayar jaminan tersebut.
-SH



[Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang

Pulau Pinang: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.

Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.

Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.

Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak

Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.

Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.

Biadab

"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.

"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.

Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.

Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).

"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.

Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.

Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.













Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA

Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil.

Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.

Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.

"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.

Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.

Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -HD

Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil

(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)


KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.

Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.

Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.

Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.

Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.

Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".
-HD


Kepala Peserta BERSIH 3.0 Dipijak, Dipukul Dalam Keadaan Bergari

Shah Alam: “Tangan Wan digari di belakang. Lepas tu Wan dibelasah disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan.”

Ini pengalaman Fauzan, seorang peserta BERSIH 3.0 yang telah tampil ke hadapan untuk memberi bukti dan kenyataan tentang insiden keganasan polis semasa himpunan April 28 itu.

Fazuan antara lima peserta BERSIH yang telah memberi keterangan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sayap parti itu sedang mengumpul bukti dan keterangan daripada peserta yang mendakwa dikasari polis semasa himpunan itu.

Menurut Fazuan, yang meminta hanya nama pertamanya disiarkan, beliau dan kawan lain sedang berjalan kaki ke Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 5.30 petang hari itu.

“Masa tu kami dah pun bersurai, dah berpecah nak balik. Bila sampai di Masjid Jamek kami nampak ramai yang dah kena tangkap, kena tendang, pukul dan macam-macam lagilah.

“Masa kelam kabut orang ramai berlari menyelamatkan diri tu lah, Wan kena tendang polis dari belakang dan jatuh.

“Bila Wan dah jatuh, Wan digari kebelakang dan lepas tu Wan dibelasah, disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan,”
beritahu Fazuan ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Fazuan, beliau juga telah diseret dengan menggunakan tali ke Dataran Merdeka.

“Wan dah tak boleh nak bangun tetapi dia orang seret Wan dengan tali ke Dataran Merdeka,” ujar Fazuan.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Dataran Merdeka, Fazuan juga telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang berada di sepanjang laluan itu.

“Memang cukup ramai polis yang pukul Wan. Bayangkan masa diseret dengan tali untuk dibawa ke Dataran Merdeka berapa ramai polis ada, kiranya nak sampai ke Dataran tu memang banyak kena ‘bayar tol’, tangan, kaki semua naik,” ujar Fazuan.

Fauzan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas dilepaskan daripada pusat tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

“Dalam ‘medical check-up’ tu, kecederaan Wan pecah mata dalam macam darah beku, bengkak-bengkak di muka, luka di kening.

“Sampai sekarang Wan jadi semacam fobia dengan polis,” katanya lagi.

Pada May 17, Jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyeru badan itu menyiasat keganasan polis semasa himpunan tersebut.

Manakala dalam satu sidang media pada May 6 oleh AMK, ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin memaparkan klip video dan gambar yang di ambil pada perhimpunan tersebut yang menunjukkan peserta BERSIH dikasari polis.

Ayman, 18, seorang lagi peserta yang sudah tampil memberi kenyataan kepada AMK dengan mendakwa beliau dimasukkan ke dalam wad akibat kecederaan selepas dipukul polis.

“Masa di Hospital Kuala Lumpur, Doktor tak masukkan saya ke wad cuba beri rawatan biasa sahaja.

“Tetapi bila dah sampai Kedah, saya dibawa oleh bapa saya ke Hospital Pantai dan Doktor telah memasukkan saya ke wad selama sehari untuk rawatan lanjut.

“Doktor beritahu saya mengalami kecederaan dalaman,” kata pemuda itu yang hanya mahu singkatan namanya disiarkan.

Menurut Ayman, beliau juga berada di kawasan Masjid Jamek apabila tiba-tiba diserangi sekumpulan anggota polis.

Ayaman mendakwa disepak dan ditumbuk di seluruh bahagian badan serta muka oleh anggota polis yang dianggarkan melebihi 20 orang.

“Masa tu ada sekumpulan orang di situ tiba-tiba menjerit suruh lari.

“Saya pun tergesa-gesa lari tetapi baju saya sempat ditarik oleh seorang anggota polis hinggakan terkoyak.

“Mula-mula saya disepak sampai jatuh dan kemudian saya ditumbuk dan disepak dengan ‘boot’ yang dipakai polis-polis itu di seluruh badan dan muka,” kata Ayman.

Shamsul Iskandar berkata, parti Pakatan dan NGO seperti SUARAM, Lawyers For Liberty dan Majlis Peguam sedang mengumpul kenyataan daripada mangsa seperti Ayman dan Fauzan.

Usaha tersebut bagi menyelaraskan tindakan udang-undang yang bakal diambil oleh mangsa terhadap Kerajaan Pusat dan polis.

Kerajaan UMNO BN Kini Sedang Takut Tahap ‘Luarbiasa’ - A. Samad Said

Kuala Terengganu – Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob berkata pebenarnya perhimpunan aman boleh dijelmakan di mana-mana sahaja di negara ini sekiranya tidak ada provokasi oleh pihak tertentu.

Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin.

“lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini,

“membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,”jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh ‘oposisi’ tetapi oleh pihak yang memerintah.

“dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman,

“amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai ‘oposisi’ tetapi oleh orang yang sedang memerintah,”ujarnya.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan.

Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa.

Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi.

Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar. -buletinonline

[Video] Pekung UMNO Didedah: Selamat Tinggal UMNO Dari Naib Ketua Pemuda Umno Kampar

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,”
ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.


Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD



Ulasan GB

End of the day, kebenaran tetap menang melawan kebatilan.

Apa yang dialami oleh bekas Naib ketua Pemuda Kampar itu hanya satu dari berpuluh, beratus malah beribu kes-kes penganiayaan dan tekanan yang berlaku sesama ahli UMNO sendiri hasil dari perjuangan parti yang telah lama bergelumang dengan kebatilan.

Islam juga tidak melarang seseorang untuk menjadi kaya-raya dengan perniagaan tetapi apabila ia tidak didasarkan kepada kebenaran dan keadilan maka berlakulah penindasan dan tekan-menekan di dalam perebutan harta duniawi di kalangan parti UMNO dan juga komponen di dalam BN sendiri.

Perkara-perkara buruk yang didedahkan seperti "bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam" sudah menjadi seperti satu "budaya perniagaan" dan kudis besar yang bernanah busuk itu akhirnya tidak mungkin dapat disorokkan dan parasit dari kudis itulah yang bakal mengakhirkan riwayat UMNO BN sendiri. Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Dan Dia memilih sdra. Zamhuri untuk diselamatkan dari terus terbenam di dalam "pasir jerlus" UMNO untuk bersama-sama Pakatan Rakyat menegakkan kebenaran dan keadilan, tinggalkan kepalsuan dan kezaliman.

J/K BERSIH Mahu Serah Baton. BERS✔H 4.0 Wajar Digerakkan Sebelum PRU13

A. Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.


'Terserah kepada mana-mana pihak anjur Bersih 4.0'

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan pihaknya tiada rancangan untuk menganjurkan Bersih 4.0 yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Kami tiada perancangan untuk anjurkan Bersih 4.0 buat masa ini, dan jika ada pihak lain yang ingin anjurkannya itu terpulang kepada mereka.

"Kami juga tidak akan terlibat dan tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Bersih 4.0 yang dianjurkan nanti," kata beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Sebelum ini, Bersih 3.0 pada April lalu yang sepatutnya berlangsung secara aman tetapi dicemari dengan pelbagai insiden yang boleh memburukkan imej negara.

"Kami akan fokuskan pada isu pengundi untuk pilihanraya umum akan datang, dan kami seru semua yang layak mengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka untuk PRU akan datang," katanya lagi.
-SH 17/5


Daftar pemilih: JPN, SPR jangan ‘pekak badak’

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.
-HD



Ulasan GB

BERS✔H 4.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum dibersihkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih. Pihak kerajaan UMNO BN sengaja buat pekak badak terhadap tuntutan BERSIH 3.0.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 4.0 jika pihak J/K BERS✔H sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan berlengah, bertindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN.