1 Okt 2013

[NAFSU IBLIS] Sudah Ada Dua Isteri, Rogol Pula Anak Sendiri

Anak 10 tahun pemuas nafsu

KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -SH

[TRAGEDI] Keracunan Kenduri Kahwin: 3 Maut, 60 Terima Rawatan

Yan - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Seorang tetamu hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.

“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.

“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. -SH

Keracunan: Tetamu sebelah petang ramai terkena

SUNGAI PETANI – Mangsa terbaru keracunan makanan, Ibrahim Mohamad, 62, disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Jenazah yang dituntut keluarga akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu sebaik sahaja selesai bedah siasat di HSAH.

Anak mangsa, Zulkifli, 31, berkata, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu.

“Pagi itu (Ahad), ayah dah mengalami cirit-birit serta beberapa kali masuk ke tandas, bagaimanapun keadaannya masih baik serta boleh bercakap seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSAH hari ini.

Menurut Zulkifli, keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan.

“Walaupun dibenarkan pulang selepas ditambah air dalam badan, keadaan ayah semakin lemah serta tidak mampu berjalan menyebabkan ayah terus ditahan wad.

“Disebabkan makin kritikal, ayah kemudian dirujuk ke HSAH lebih kurang jam 2 petang tadi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang.

Sementara itu, penduduk, Puan Md Noor, 55, berkata, anaknya yang berusia 25 tahun juga menerima rawatan di HSAH akibat keracunan selepas menghadiri kenduri yang sama.

“Anak kelima saya, Mohd Nazri Deraman, turut mengalami loya dan muntah serta cirit-birit dipercayai selepas makan kenduri.

“Nazri terlebih dahulu menerima rawatan di sebuah klinik di Semeling pada jam 9 malam semalam.

“Tetapi, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan keluarga membawanya ke HSAH pada jam 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Nazri dikatakan makan kenduri pada jam 3 petang Sabtu lalu dan mula mengadu sakit pada jam 7 pagi keesokan hari.

“Tetapi Alhamdulillah selepas dimasukkan air dalam badan, dia dibenarkan pulang jam 7 malam tadi,” katanya.

Puan berkata, dia juga menghadiri majlis kenduri yang sama tetapi makan masakan yang disediakan lebih awal pada tengah hari.

“Saya juga ada cubit sikit ayam yang dimasak itu tetapi mujur tidak sakit,” katanya.

Difahamkan, majlis kenduri yang diadakan Sabtu lalu disediakan secara bergotong-royong tetapi dikatakan hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang mengalami keracunan.

Sumber mengatakan, lebih ramai mangsa yang telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran serta hospital berdekatan, namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan berikutan tiada pengesahan dari mana-mana pihak.

Kejadian turut dipercayai meragut dua nyawa lain termasuk Mohd Noor Rahmat, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan dan Nor Syazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Merbok.
-SH

[VIDEO] Ucapan TG Nik Aziz Titis Air Mata Di Hadapan Selebriti


Kelantan tubuh Akademi Seni Islam

Ampang - Kerajaan Kelantan akan menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu selebriti mengembangkan bakat mereka mengikut landasan Islam.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, penubuhan akademi itu sekali gus beri peluang selebriti menggunakan medan hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni.

"Kita akan cuba membina Akademi Seni Islam ini dan akan buat kajian terbaik untuk tubuhkannya.

"Bukan seperti dalam politik, tapi orang seni yang boleh mengetengahkan Islam dengan pelbagai cara. Yang penting Islam itu agama fitrah dan mampu beri ketenangan kepada semua pihak," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti di sini, semalam.Hadir sama, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 30 selebriti tanah air dan seorang dari Indonesia hadir memeriahkan majlis itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Islam sendiri tidak halang umatnya berhibur selagi tidak melalaikan atau menyimpang daripada kesucian Islam.

"Selama ini mereka berpendapat, selebriti ini berasingan dengan kerja-kerja gerakan Islam, tapi sebenarnya Islam itu boleh dihayati keindahan dan nikmatnya dalam pelbagai bentuk yang boleh dizahirkan dalam sanubari kita.

"Mungkin melalui ahli seni, ahli kebudayaan ini boleh menyampaikan seperti sajak, syair, lakonan, nyanyian bahawa Islam itu murni dan cantik," katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapannya memanjat kesyukuran melihat selebriti tanah air yang semakin hari ramai mendekati Islam.

"Alhamdulillah dengan usaha kerdil di bawah Kelantan, seorang demi seorang kembali ke ajaran Islam, kerja-kerja (dakwah) Islam ini adalah kerja wajib, tiada pilihan," katanya. -SH


Catatan Dr.Maza Yang Turut Hadir

..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.. -fb drmaza



Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”


Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga, “I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.

Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun 1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama. Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.” -adaptasi dari islampos