2 Jun 2016

[VIDEO] Pakatan Harapan Bertaut Semula Untuk Hadapi PRK

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.

[BERGAMBAR] Azhar Ab Shukur, Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar

Azhar Abdul Shukur telah diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara mewakili Pakatan harapan untuk PRK P093 Sungai Besar.

Pengumuman itu dibuat di Dewan Sri Sekincan yang dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, Mohamad Sabu, Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH dan beberapa orang pimpinan yang lain.


Azhar, 50,  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru yang sebelum ini mendahului dua calon senarai pendek lain yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional. Azhar ialah Pengerusi Amanah Kawasan Sungai Besar.