Kempen Pemuda UMNO "Pakat Kelik Ngundi oleh menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Baawi iaitu Khairy Jamaludin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kini telah memakan diri mereka sendiri.
Poster yang ditayangkan "tak nak 18" telah ditertawakan oleh seluruh rakyak Kelantan. Sebahagian besarnya menyatakan bahawa sebenarnya minda mennantu Pak Lah itu tidak ada yang lain kecuali perkara-perkara yang menjurus kepada 18SX sahaja dan jika ingin disampaikannya ialah tak mahu 18 tahun PAS memerintah Kelantan, memang pun rakyat tidak mahu 18 tahun tetapi rakyat Kelantan MAHU LEBIH DARIPADA HANYA 18 TAHUN.
Demikianlah episod BEBAL seorang bekas pelajar OXFORD UNVERSITY yang cuba untuk menunjukkan lagak heronya dengan rakyat Kelantan untuk membuktikan bahhawa dia adalah sebahagian dari barisan politikus "masa depan" UMNO.
Khairy Jamaluddin pada 13 Februari lalu telah melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.
Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan sekaligus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.
Ramai juga yang berpendapat bahawa kempen tersebut merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan.
Menurut seorang blogger terkenal, Roslan SMS, seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak.
Khairy juga seakan berani membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?
Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya, beliau kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya mengundi PAS! tegas Roslan.
Justeru itu sebrnarnya TIADA SEBAB untuk rakyat Kelantan menolak kepimpinan YAB TG Nik Abdul Aziz. Rata-rata rakyat Kelantan menyatakan bahawa fikiran menantu Pak Lah ini sesempit fikiran bapa mertuanya tanpa meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya berlaku di Kelantan.
Masyarakat yang bukan-Islam pula menyatakan mereka telah dapat hidup dengan aman sejahtera di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz dan rata-rata mereka inginkan kepimpinan TG Nik Abdul Aziz diteruskan daripada diserahkan kepada golongan UMNO yang sebenarnya mereka telah melalui penderitaan hidup yang amat ketara semasa UMNO memerintah Kelantan satu ketika dahulu.
Rakyat Kelantan juga kini MEMPERSOALKAN motif sebenar kempen tersebut kerana ia selari dengan kempen yang hampir serupa dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bertindak seperti Santa Klaus pada musim pilihanraya, iaitu menaburkan "gula-gula" untuk rakyat Kelantan.
Ramai mengesyaki sesuatu agenda yang tersembunyi - seiring dengan perlanjutan tempoh usia bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
"Apakah kempen-kempen berkenaan sebenarnya cuba menutup satu penipuan yang bakal dilaksanakan oleh UMNO/BN bersama SPR untuk menjalankan missi jahat merampas Kelantan secara keji dan hina?" demikian ujar seorang rakyat Kelantan ketika diminta mengulas isu ini.
SPR dikuasai oleh anak Kelantan yang berjiwa UMNO seluruhnya daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya.