19 Apr 2010

TERKINI : Satu Lawan Satu Di Hulu Selangor

Pilihanraya kecil Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan satu lawan satu, calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan bertemu dengan Kamalanathan dari BN setelah dua orang calon bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah telah menarik diri dari bertanding.

Penarikan diri kedua-dua calon itu telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Calon Bebas V.S. Chandran menarik diri daripada persaingan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor setelah memfailkan keputusan menarik diri — pada hari ketiga kempen — kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Beliau hadir sendiri di bilik gerakan pilihan raya di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

“Tiada kena-mengena dengan MIC tapi kerana BN, kepimpinan Najib,” kata beliau sebelum menyerahkan surat menarik diri kepada SPR.

Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama, lapor Mstar.

Pemerhati politik berpendapat UMNO BN telah berusaha untuk memastikan kedua-dua calon Bebas menarik diri kerana kedua-dua calon Bebas itu adalah masing-masing ahli MIC dan UMNO di mana undi BN akan berpecah jika mereka teruskan hasrat mereka untuk bertanding di dialam PRK berkenaan.

Selain dari itu, pihak UMNO BN juga telah cuba mendapatkan beberapa orang pemimpin PKR, kecil dan bbesar untuk mengisytiharkan keluar parti.

Taktik-taktik UMNO BN itu, selain dari memperkudakan SPR, adalah diantara taktik kotor dan terdesak UMNO BN bagi memenangi PRK Hulu Selangor ini "at all cost" (dengan apa cara sekalipun) sepertimana taktik mereka merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Usaha UMNO BN ini dipercayai dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri, Najib Tun Razak namun tidak pernah akan mengakui melakukannya.

Grafik: TMI

DAP kepada MCA: Tarik Diri Dari Berkempen!

Naib Setiausaha Penerangan DAP, Teo Nie Ching (gambar kiri) meminta agar MCA memberi penjelasan - Mengapa menyokong Zaid Ibrahim untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada seketika dahulu, tetapi kini pula berhempas pulas untuk menyingkirkan suara hati dalam arena politik ini?

Pada 12 September 2008, ketika Teresa Kok (EXCO Senior Selangor), Raja Petra Kamaruddin (blogger) dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) ditangkap di bawah ISA, pimpinan MCA ketika itu seperti Chua Soi Lek (kini Presiden), Donald Lim Siang Chai (kini Naib Presiden), Gan Peng Sieu (kini Naib Presiden) telah tampil ke depan, dan dengan lantangnya bersuara untuk keadilan, menyatakan sokongan kepada pendirian Zaid Ibrahim untuk memansuhkan ISA.

Menurut laporan media, tiga orang pemimpin ini menyatakan pendirian untuk berganding bahu bersama Zaid Ibrahim pada 16 September 2008:


"Keadilan itu melewati kepartian, penahanan tanpa bicara adalah tidak adil, BN harus mengarahkan agar ISA dimansuhkan." (Blog peribadi Chua Soi Lek pada 16 September 2008)

"Saya menggesa agar kerajaan mengkaji dan memansuhkan ISA dengan segera, malah saya menyokong dan memuji pendirian Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, iaitu menggesa agar kerajaan membebaskan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin, dan menggunakan saluran perundangan yang lain untuk menyelesaikan kes ini. (Donald Lim, laporan Malaysiakini, 16 September 2008)

"Pemuda MCA akan menyokong sepenuhnya pendirian Zaid Ibrahim dalam isu ISA, malah menyeru agar pihak berkenaan mengkaji semua undang-undang preemption." (Gan Peng Sieu, laporan Sinchew Daily, 16 September 2008)

Teo Nie Ching menggesa agar pemimpin MCA memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam - Mengapa mereka menyokong sepenuhnya Zaid Ibrahim pada ketika itu, namun kini pula mengerah tenaga ahli MCA di Hulu Selangor, untuk menyokong calon MIC yang mengangguk kepada ISA, dan bermusuhan dengan Zaid Ibrahim?

Teo Nie Ching menegaskan, seandainya Chua Soi Lek, Donald Lim dan Gan Ping Sieu gagal memberi penjelasan dalam masa 48 jam, maka MCA seharusnya menarik diri tanpa syarat dari kempen untuk BN, keluar dari Hulu Selangor, untuk membuktikan bahawa pendirian MCA dalam pemansuhan ISA dan sokongan terhadap Zaid Ibrahim berkekalan!

*Teo Nie Ching ialah Naib Setiausaha Penerangan DAP merangkap ahli parlimen Serdang. Diterjemah dari kenyataan asal dalam bahasa Cina. -MR

Datangmu Tak Diundang, Pergimu Tak Dihalang

Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".

Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.

Keputusan Dr Halili itu adalah perkembangan terbaru dalam rentetan tindakan pemimpin bahagian dan wakil rakyat PKR untuk keluar parti itu tahun ini.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, tindakan keluar parti itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Bernama


PR Ucap Selamat Jalan Pada Dr Halili
Oleh Qayum Rahman

Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan selamat jalan pada Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat berikutan tindakan beliau keluar parti dan menyertai Umno hari ini.

Ketua Pengarah Strategi PKR Tian Chua berkata, Dr Halili tidak mampu berdepan dengan politik semasa dan lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang mempunyai keistimewaan kepada diri beliau.

"Saya mewakil dari PR mengucapkan selamat jalan pada Dr Halili kerana beliau dilihat tidak mampu lagi memainkan peranan dalam politik.

" Beliau hanya bersandiwara selama ini dalam PR untuk mendapat sebarang gelaran dalam parti tanpa memikirkan perjuangan parti sepenuhnya," kata Tian Chua.

Menurutnya lagi, Halili memang tidak layak untuk berada dalam dunia politik kerana beliau telah gagal memberi sebarang komitmen terbaik pada parti selama ini dan mempunyai agenda tertentu menyertai PKR.

Tambahan beliau, bekas-bekas pemimpin PKR yang keluar dari parti PR adalah disebabkan kerana mereka gagal mendapat jawatan yang diharapkan.

Sementara, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula berkata, tindakan Dr Halili keluar dari parti amatlah tidak wajar dan tidak mempunyai pendirian tetap sehinggakan beliau tidak mengetahui apakah perjuang beliau yang diwar-warkan selama ini.

"Beliau tidak mempunyai arah tuju dan gilakan pangkat semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan parti.

"Saya mempertikaikan tindakan Dr Halili keluar secara melulu tanpa berbincang bersama parti apakah permasalah yang berlaku dan beliau dilihat sememangnya mempunyai agenda tersirat bersama pihak tertentu," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

Katanya, beliau tidak mahu namanya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya lagi.

Dr Halili juga mendakwa tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor ini.

"Saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calonMT

Calon Payung Terjun BN, Kamalanathan Tidak Ada Manifesto

Ahli parlimen Batu Tian Chua mendakwa rakyat Hulu Selangor kecewa kerana calon Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor P. Kamalanathan gagal menyediakan sebarang manifiesto dan juga visi kepada mereka.

Menurutnya, Kamalanathan hanya memberi fokus untuk mendekati diri pada rakyat tetapi tidak pula memikirkan perubahan dari segi menyediakan manifiesto baru pada rakyat Hulu Selangor yang sepatutnya lebih diutamakan.

"Kamalanathan tidak mampu menyediakan atau menyatakan apakah dasar yang dapat disumbangkan kepada rakyat hingga sekarang.

"Saya kecewa kerana sehingga sekarang beliau,calon BN Hulu Selangor tidak mempunyai visi ataupun rancangan terbaru yang sepatutnya disediakan pada rakyat," kata Pengarah Strategik PKR itu.

Tian berkata, setiap kali muncul pilihan raya terbaru, BN mula mencetuskan provokasi dengan menjanjikan pelbagai perubahan pada rakyat tetapi tidak pernah ditunaikan.

Tambahan beliau, perubahan yang dijanjikan calon-calon BN semasa pilihan raya adalah dari segi pembangunan baru seperti pembangunan persekolahan, universiti dan sebagainya tetapi ianya hanyalah untuk mengaburi rakyat memilih BN dalam pilihan raya diadakan.

"BN tidak pernah menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat dan hanya bersandiwara meraih perhatian rakyat bagi memenangi pilihan raya yang diadakan.

"Saya rasa BN perlu rasa malu bersifat pembohong kepada rakyat dengan menaburkan janji-janji manis dan BN akan terus membelakangi rakyat setelah mendapat apa yang diinginkan," katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat Hulu Selangor akan terus kecewa jika memilih calon yang tidak mampu memberi sebarang jaminan pada rakyat dan hanya mencari kemenangan untuk kepentingan diri sendiri. -FMT


Kamalanathan insults Hulu Selangor voters

For being the MIC Information Chief and all, we know precious little about the Barisan Nasional candidate in Hulu Selangor, P. Kamalanathan. What we do know is that he clearly doesn’t care about the people of Hulu Selangor. Take a look at how he welcomed the news of his selection as the Barisan Nasional candidate:

He vowed to take back the federal seat, formerly a BN stronghold, and deliver it to Datuk Seri Najib Razak as gift for his first year in office.

I find this quite a shocking thing for a politician at any level to say. Most politicians, even if insincere, at least pretend that their voters matter the most to them. Kamalanathan avoids this farce altogether by making it clear he just wants to bodek the Prime Minister.

The votes of Hulu Selangorians are not a symbol of the rakyat’s sovereignty for Kamalanathan. They’re just something for him to gift to the Prime Minister. Who gives a toss about the Prime Minister? Kamalanathan’s main concern right now should not be to kiss ass. For someone with essentially zero experience in public service or grassroots politics, his time is best spent getting to know the people he wants to serve, and making their priorities his concern. It’s a shame—Hulu Selangor and the rest of Malaysia deserve better. -jelas.info


Halili Keluar PKR Dan Tuhan Maha Kaya.

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

Ulasan GB

Tak syak lagi inilah orang yang dimaksudkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam iaitu seorang pemimpin kanan PKR akan menjadi katak yang melompat keluar parti hari ini.

Sungguh hebat UMNO BN memainkan peranan menggunakan brokernya, Bekas Setiausaha Agong PKR, Sallehuddin Hashim.

Kumpulan manusia species katak ini sanggup menggadaikan maruah, sanggup menjatuhkan parti yang disertainya dan yang nyata mereka tidak mempunyai prinsip perjuangan, lantaran itu tidak pernah gusar dan bimbang untuk menelan apa juga umpan yang diberikan kepadanya.

Dan bersyukur kepada Allah, kerana Halili tidak dicalonkan di Hulu Selangor. Kalau dicalonkan kemudian tiba-tiba isytihar keluar parti lagi parah PKR/PR dibuatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia Maha Tahu Halili tak boleh dipercaya.

VS Chandran Akan Trik Diri?

V S Chandran, bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangka dikatakan memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga penjuru.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber.


Chandran to pull out of Hulu Selangor vote

HULU SELANGOR, April 19 — The Hulu Selangor by-election will be reduced to a three-cornered fight today when candidate V.S. Chandran as expected announces his withdrawal from the contest.

The former Hulu Selangor MIC deputy chief is due to inform the Election Commission (EC) of his decision this morning, before the withdrawal deadline ends midnight today. Polling is on April 25.

Chandran is due to meet reporters after going to the EC, according to a text message received by The Malaysian Insider.

But efforts to get Chandran to confirm the news failed as he is not picking up his phone despite his camp confirming his withdrawal.

“Yes, Chandran has decided to withdraw from contesting due to certain reasons,” a source told The Malaysian Insider late last night.

It is understood Chandran took the step to prevent the Indian vote, especially from MIC members, from splitting and affecting the chances of Barisan Nasional (BN) candidate, party information chief P. Kamalanathan.

Others contesting the federal seat are PKR’s Datuk Zaid Ibrahim and another independent, Johan Md Diah who still faces the possibility of the sack from his party, Umno for joining the fray.

Chandran, who faces a similar scenario from MIC, is said to command support from the party’s local division. The Indians form 19.3 per cent of the 64,500 voters in Hulu Selangor.

[Chandran, who faces a similar scenario from MIC, is said to command support from the party’s local division. – Picture by jack Ooi]

Chandran, who faces a similar scenario from MIC, is said to command support from the party’s local division. – Picture by jack Ooi

“He (Chandran) is just angry at MIC, but his heart still loves Barisan Nasional. He has himself said he strongly supports Barisan and it’s because of that love, he will pull out,” the source said.

A straw poll by The Malaysian Insider showed a section of MIC members are still disappointed with BN’s decision to drop party deputy president Datuk G. Palanivel from contesting the seat he had held for four terms until Election 2008.

They have said they will not vote for the BN choice, making it difficult for the ruling coalition to overturn the 198-vote loss by Palanivel to PKR MP Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad whose death triggered the by-election.

The main fight remains between the 44-year-old Kamalanathan, who is seen as a compromise candidate, and Zaid, who was sacked from Umno after he quit as a minister in the Abdullah administration in 2008. -TMI



Pembiak Katak Tahu Akan Ada Katak Bakal Melompat Hari Ini

Semakin jelas bahawa ahli-ahli parlimen dan ADUN dari Pakatan Rakyat yang keluar parti telah dibeli dn diatur sedemikian rupa oleh UMNO.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi bahawa seorang lagi pemimpin tertinggi PKR akan meninggalkan parti hari ini membuktikan bahawa UMNO telah tahu terlebih awal mengenainya dan ia tidak lain telah diaturkan sendiri oleh UMNO BN.

Muhyiddin dilaporkan oleh The Malaysian Insider berkata demikian semasa ceramah di Kampung Sungai Masin di satu majlis di situ.

“Hari ini, Ketua Pemuda AMK Shah Alam keluar parti... .

“Esok, saya dengar, seorang pemimpin kanan akan tinggalkan parti itu,” katanya.

Muhyiddin walau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut namun menambah ia akan menyebabkan satu "letupan besar" di dalam parti berkenaan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa ia telah merupakan satu taktik UMNI BN untuk melakukan "pembelian" wakil rakyat dari PR seperti yang dilakukan oleh Najib (waktu itu TPM) kepada Perdana Menteri waktu itu (Abdullah Ahmad Badawi) yang melaporkan akan wujud mereka yang melompat parti di Perak.

Mereka ialah ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang menyebabkan akhirnya Perak jatuh ke tangan BN.

Modus operandi yang sama dilakukan sepanjang masa selepas PRU 2008 yang sehingga kini beberapa wakil rakyat PKR telah berjaya diumpan dan mengisytiharkan diri mereka keluar parti.

Bagi Pakatan Rakyat, sekalipun hal tersebut kemungkinan boleh menjejaskan reputasi parti, namun dari sudut sokongan rakyat, fenomena lompat parti berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat yang melompat itu berani menyahut cabaran untuk mengosongkan kerusi dan bertanding semula bagi menguji tindakan mereka samada diterima oleh rakyat atau pun tidak.

Malah kesemua yang melompat telah menerima kutukan dan cemuhan rakyat terutama dari para pengundi di kawasan mereka.

Bgai yang melompat pula mereka telah bersedia menanggung risiko itu kerana habuan yang mereka perolehi menyebabkan mereka sudah tidak hiirau samada akan bertanding lagi atau pun tidak di dalam PRU yang akan datang.

Menjelaskan bahawa katak-katak ini adalah para pejuang perut dan kocek masing-masing, yang tidak tahan diuji serta mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi dan golongan sebegini memang wajar dan layak dibersihkan daripada PR.