2 Sep 2015

Jika Demikian Jangan Halang Penganjuran Himpunan BERSIH Lagi...

Nazri: Terima kasih, BERSIH

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan demokrasi sihat diamalkan di negara ini.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, beliau secara sinis menyarankan supaya perhimpunan BERSIH diadakan setiap tahun.

Bagaimanapun, kata Nazri, sekiranya mahu diadakan setiap tahun, proses penganjurannya mesti dibuat dengan betul, seperti mengemukakan permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.

"Tahun depan buat lagi benda ini. Buat tiap-tiap tahun. Tak adalah buat pada satu-satu waktu sahaja. Tahun depan buat lagi.

"Tapi mohonlah pada timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri). Kita ada undang-undang," katanya.

Bukan semua orang KL

Malah, Nazri berkata, kehadiran puluhan ribu peserta BERSIH ke ibu negara sempena perhimpunan berkenaan juga membantu meningkatkan jumlah pelancongan dalam negara.

"Peserta BERSIH dalam 80,000 dan bukan semua dari Kuala Lumpur. Mereka dari luar, maka itu pun membantu meningkatkan pelancong domestik.

"Kemudian dengan ada orang jual air tepi jalan semua, yang penting jangan kacau ketenteraman. Itu sahaja," katanya lagi.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, BERSIH mendakwa ada kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan dan membanjiri jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka.

BERSIH mengemukakan tuntutan kepada kerajaan iaitu membersihkan pilihan raya, kerajaan yang bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan tuntuan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Mereka turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. -MK

Bersih cadang saman SKMM, Zahid, kerana cuba sekat perhimpunan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sedang mempertimbang akan bertindak ofensif dengan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menteri dalam negeri kerana bertindak di luar kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan Bersih 4.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka kini sedang berunding dengan peguam mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap kedua-dua pihak itu.

Katanya, beberapa percubaan dibuat bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung termasuk tindakan SKMM menyekat laman sesawang Bersih 2.0 (http://www.bersih.org) sejak 27 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengeluarkan perintah mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang "Apa-apa pakaian berwarna berwarna kuning dan mengandungi perkataan 'Bersih 4'" dan "apa-apa bahan bercetak lain serta risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4".

"Kedua-dua tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu dibuat dengan niat jahat.

"Mereka menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan kebebasan bersuara jutaan rakyat Malaysia yang merupakan hak yang sah, dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Polis sudah memanggil 7 ahli jawatankuasa dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan selama 34 jam hujung minggu lalu, yang diisytiharkan pihak berkuasa sebagai perhimpunan haram.

Anggota Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh dan 6 yang lain diminta tampil ke ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perkara itu.

Mandeep berkata 5 peguam akan menemani mereka.
-TMI



ULASAN GB

Jika demikian pengakuan Menteri Pelancongan, maka kerajaan tidak perlu dan tidak patut menghalang perhimpunan BERSIH lagi di masa-masa akan datang.

Sememangnya perhimpunan BERSIH selama ini pun adalah perhimpunan aman - bukan perhimpunan haram seperti dilabelkan oleh KDN dan polis.

Mahkamah sendiri telah mengisytiharkan BERSIH adalah entiti yang sah dan perhimpunan yang dilakukan adalah sah disisi undang-undang.

Ada pun kekecohan yang berlaku sebelum ini seperti di perhimpunan BERSIH 1 dan 2 adalah akibat provokasi keterlaluan pihak tertentu sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram sepanjang perhimpunan berlansung. Tanpa provokasi, perhimpunan BERSIH berjalan dengan aman dan tenteram sekalipun ratusan ribu menyertainya.

Meminjam kata-kata dari TG Nik Aziz semasa Bersih 2.0 dahulu:

"Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Pijak-Memijak Gambar Pemimpin, Belajarlah Dari Hukum Alam...

Polis cari pemijak gambar Hadi

Dua individu dipercayai terbabit memijak gambar Presiden PAS dan perdana menteri digesa tampil membantu siasatan polis dalam kes itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur hari ini. Menurut SAC Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua individu itu diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi secepat mungkin.

Memetik keyataan Zainuddin, The Star Online melaporkan, kes berkenaan disiasat pegawai Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu cubaan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Muhammad Noor Mohamad membuat laporan polis mengenai insiden yang menaikkan kemarahan ramai pemimpin serta pengikut parti itu.

Muhammad Noor berkata tindakan mesti diambil kerana gambar yang digunakan dalam insiden itu sudah diubah suai.

Beberapa laporan lain juga dibuat di balai polis hari ini.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula mendakwa peserta BERSIH 4 yang melakukan tindakan itu mesti tampil dan memohon maaf.

Nasruddin juga berkata, lebih baik penganjur, BERSIH 2.0 sendiri mengambil tanggungjawab atas kejadian berkenaan. -mk

ULASAN GB

Sesiapa pun yang rasional tidak akan merestui perbuatan memijak gambar orang lain.

Namun apa yang berlaku itu adalah kemungkinan satu permainan provokasi dari pihak ketiga... Sebelum ini GB ada mengulas:

Sama juga kes pijak gambar Najib dengan Hj Hadi. GB amat bersetuju agar ianya disiasat. Kita yakin ia adalah provokasi pihak tertentu dan menyuruh peserta BERSIH memijak gambar itu dan kemudian mereka merakam serta sebarkan untuk burukkan BERSIH 4.0. Anehnya PAS percaya bulat-bulat semata-mata nak burukkan BERSIH 4.0 dan GHB.

Dan PAS tidak perlu menggelabah sebelum siasatan selesai.

Perbuatan memijak gambar juga pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS (geng ulama) terhadap gambar pemimpin PAS yang progresif sebelum ini. berlaku di hadapan pejabat PAS. Ia dibiarkan saja oleh pemimpin tertinggi PAS waktu itu, tiada sebarang tindakan diambil seolah-olah merestui perbuatan itu.


Kini, roda berputar. "Orang lain" pula memijak gambar pemimpin PAS (?).

GB selalu berpesan tentang hukum kebenaran dan keadilan - Hukum Alam - Sunatullah - Golden Rule - Hukum Karma - Confucius. Ia diajar di dalam kebanyakan agama.

“Don't do unto others what you don't want others to do unto you.”>

Kita jangan lakukan sesuatu yang kita tak suka orang lain lakukan terhadap kita. Kelak kita juga akan mendapat balasannya. Kita jangan memijak gambar pemimpin orang lain (sekalipun bencinya terhadap mereka), kelak nanti orang lain akan memijak gambar pemimpin kita...

Mujurlah sewaktu gambar pemimpin PAS progresif dipijak itu, pemimpin progresif itu tidak melawan atau bertindak balas. Mereka hanya bersedih lalu meninggalkan PAS yang dilihat sudah tidak suka kepada mereka - dengan cara yang terhormat, kedatipun mereka dibarua dan ditololkan dengan begitu hina sekali oleh pemimpin tertinggi PAS....

Belajarlah dari hukum kebenaran dan keadilan yang sentiasa tidak berubah itu...


Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. - Al-Ahzab:62






ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuan-puan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR