21 Sep 2011

Pendakwaan Mohd Sabu Dikecam Banyak Pihak, PR Anggap Niat Jahat

NGO, parti politik kecam Putrajaya dakwa Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia,” kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan itu juga menegaskan perkembangan terbaru hari ini menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Najib, yang mengumumkan siri pembaharuan, sama ada beliau benar-benar ada kawalan penuh ke atas pasukan polis.

“Kami menggesa agar kerajaan dengan segera menggugurkan tuduhan bersifat politik ke atas Mohamad Sabu dan berhenti daripada menakut-nakutkan pihak yang mencabar kewibawaan fakta sejarah rasmi dan ideologi.

“Kami juga menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri, daripada menggunakan jentera kerajaan untuk ‘menjenayahkan’ Mohamad Sabu, berhadapan dengan beliau dalam debat, menerusi TV berhubung isu Bukit Kepong,”
kata beliau lagi.

Kenyataan itu juga menambah, ahli-ahli politik, pegawai polis dan tentera yang sudah bersara selain Perkasa boleh berdebat dengan Mohamad ataupun mencabar pandangan di media atau forum-forum.

“Mereka harus menghormati hak Mohamad Sabu untuk memberikan pandangannya,” kata kenyataan itu sambil menambah, menggunakan kuasa kerajaan untuk melenyapkan suara-suara yang berbeza adalah tindakan pengecut.

“Ia menunjukkan pendirian tidak selamat dan tidak yakin untuk menghadapi debat sceara fakta dan alasan kukuh,” katanya lagi.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes. -TMI

Pendakwaan ‘terpilih’ Mat Sabu berniat jahat, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai “berniat jahat” dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.

“Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.

“Kerajaan mengatakan mahu mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) namun pendakwaan ke atas Mat Sabu adalah rakus dan berniat jahat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP menentang gerakan komunis.

“Pendirian kita tentang komunis tidak berbangkit kerana kita menentang gerakan komunis militan.

“Kita membantah pendakwaan terpilih Mat Sabu,”
katanya. -TMI


Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Dibicara

BUTTERWORTH 21 SEPT : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau menyatakan demikian di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Seksyen Butterworth di sini sebentar tadi.

Ikmal menetapkan ikat jamin sejumlah RM 15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober hadapan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kelihatan tenang tiba di mahkamah dan diiring ratusan penyokong yang tiba sejak jam 8 pagi di perkarangan mahkamah tersebut.

Ketika ditanya komen beliau, Mat Sabu menyatakan kesediaan beliau menghadapi kes tersebut.

"Kes ini berkenaan intrepertasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan menerusi dialog dan debat, bukan mahkamah.

"Namun, memandangkan (sudah) jadi kes mahkamah, kita akan hadapinya," kata beliau.




Polis Nak Buka Kertas Siasatan Video Seks II Tapi Tak Siasat Penyebarnya

Video Seks Versi Baru: Polis Akan Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR: Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk papagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.

"Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.

"Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM," katanya.

Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.

"Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.

"Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia," katanya. -mstar


Klip Video Baru Tanda Terdesak : Kak Wan

Semenyih 21 SEPT : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap tindakan pendedahan satu lagi klip video oleh blogger UMNO sebagai tindakan terdesak untuk memfitnah Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah episod 'sumpah laknat' yang cuba dijalankan sebelum ini gagal.

Wan Azizah menyatakan betapa tindakan itu diambil setelah kegagalan pihak tertentu cuba memburukkan nama Anwar yang juga suami beliau dengan pelbagai fitnah dan tohmahan selain berhadapan kes liwat di Mahkamah.

"Kenapa mereka keluarkan video seks, sekarang keluarkan sedutan keluar lif itu? Sebab kes ini tak menjadi. Rakyat tak percaya. Kes sumpah Datuk Trio itu juga tidak betul dan dapat kita menangkis dan beri hujah bahawa itu tidak benar dan fitnah semata. Mereka ibarat desperado yang nak mempertahankan kekuasaan mereka," kata beliau kepada TV Selangor semalam.

Kelmarin, negara sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan terbaru keratan video menerusi rakaman CCTV yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di media arus perdana setelah di muat-naik (upload) dalam blog pro-umno, Papa Gomo.

Papa Gomo menyiarkan rakaman bertarikh 13 Januari 2011 yang disebutnya sebagai rakaman "eksklusif", menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Menerusi blog tersebut, klip rakaman itu seakan disunting untuk menunjukkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa selari dengan urutan tanda masa peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pendedahan itu menimbulkan keraguan apabila pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut mahu rakyat khususnya penyokong Pakatan terus berjuang dalam menentang kezaliman.

"Kita, rakyat mesti teruskan perjuangan. Contohnya ISA. Walaupun baru sebut ISA akan dimansuhkan, itu kemenangan rakyat tapi kita kena teruskan sebab kalau semangat kendur, (perjuangan) akan kedur juga," kata beliau lagi. -tvsnews



Ulasan GB

Dari kenyataan Ketua Polis Negara di atas jelas membuktikan bahawa pihak polis "bekerjasama" dengan blogger-blogger UMNO mengedarkan bahan lucah.

Malah pihak semacam tidak sabar-sabar hendak membuka kertas siasatan baru terhadap video seks itu sedangkan para penyebarnya didiamkan begitu saja, walhal laporan polis yang dibuat terhadap penyebar-penyebar klip video berkenaan sebelum ini tidak dihiraukan.

Sedangkan para penyebar-penyebarnya yang telah melakukan kesalahan yang nyata kerana

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Sungguh malang negara ini apabila polis mebiarkan mereka diperalatkan sebegitu rupa sehingga melupakan prinsip asas keadilan dan kebenaran.

Laporan sebelum ini




Dr.Asri: Pas Kelantan Tidak Bersalah

Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam.

“Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini.

“Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja “Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan” di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.

“Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.

“Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.

Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.

Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan. -SH

Bekas Atlet Boling SUKMA Dipenjara 5 Tahun Perkosa Gadis Bawah Umur

Melaka: Bekas atlet boling Sukan Malaysia (Sukma) negeri, Nor Afizal Azizan, 20, yang sebelum ini dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran RM25,000 atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas meneliti secara terperinci fakta kes dan keseluruhan hujahan timbalan pendakwa raya (perayu) dan peguam tertuduh (responden) pada prosiding rayuan silang itu.

Beliau turut menegaskan mahkamah perlu berhati-hati menggunakan peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi kes rogol.

“Mengikut fakta, kedua-dua pihak iaitu mangsa dan responden sepatutnya dipersalahkan kerana mangsa juga sukarela dalam kejadian rogol ini. Namun, ini kesalahan serius walaupun ada fakta responden seorang atlet Sukma dan punya masa depan cerah, ia tidak cukup untuk mahkamah memberi pertimbangan hukuman mengikut peruntukan Seksyen 294 KAJ.

“Kesalahan Seksyen 376 Kanun Keseksaan ini dilaporkan berlaku setiap hari ketika ini, sebab itu timbul isu buang bayi dan sebagainya.

“Jika mahkamah mengesahkan perintah seksyen berkenaan, bermakna ia mengizinkan kejadian (rogol) berlaku,”
katanya.

Ahmad Nasfy berkata, jika mahkamah meneruskan perintah Seksyen 294 KAJ akan menjadi rujukan yang tidak berpatutan (bad president) kepada mahkamah rendah dalam kes berkaitan selepas ini.

“Terpulang kepada mahkamah atasan menimbang keputusan ini. Atas semua sebab dinyatakan ini, saya mengubah keputusan hukuman dan perintah Seksyen 294 KAJ diketepikan dan diganti penjara lima tahun mulai hari ini (semalam),” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin merayu diketepikan keputusan hukuman Mahkamah Sesyen bertarikh 5 Julai lalu dan berhujah atas beberapa faktor, perbezaan umur responden dan mangsa, isu tiada paksaan atau suka sama suka serta status responden sebagai atlet boling bukan ‘tiket’untuk mendapat hukuman ringan.

“Beza umur responden enam tahun dengan mangsa sepatutnya dia lebih matang memikirkan kesan dan akibat perbuatannya. Malah, sebagai pemain boling dia sepatutnya menjaga imejnya dan tidak melakukan perbuatan salah di sisi agama Islam dan undang-undang.

“Selain itu, dia tidak patut menggunakan statusnya untuk dapatkan hukuman rendah.

Adakah semua atlet mesti diberikan peluang seperti responden jika melakukan kesalahan?” katanya.

Rogol Anak Saudara 13 Tahun Di Bangsal

Kuala Terengganu - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama ‘Boyeng’ di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu. -SH

Mat Sabu Terus Dikagumi Rakyat

Maran - Ketika hebat dikecam pelbagai pihak sejak kebelakangan ini, namun masih terdapat sejumlah besar penduduk luar bandar yang masih menyokong dan mengagumi kenyataan berani Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung isu Mat Indera, komunis serta pejuang kemerdekaan.

Seorang pekerja swasta, Abdul Hamid Zainal Abiddin, 52, berkata, kenyataan Mat Sabu itu ada kebenarannya dan ia berjaya ‘membuka mata’ pihak terbabit.

Menurutnya, nama-nama yang dibangkit Mat Sabu adalah pejuang kemerdekaan namun nama mereka tidak disenaraikan kerana menentang penjajahan British.

“Sejarah tingkatan tiga tercatat bahawa British mengharamkan pertubuhan yang bangkit memperjuangkan kemerdekaan seperti PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan Angkatan Pemuda Insaf (Api).

“Pertubuhan ini yang berjuang ke arah kemerdekaan negara dari penjajahan. Tetapi Umno ketika itu bersekongkol dengan British dan hanya membawa slogan ‘Hidup Umno’ bukan bergerak sebagai pejuang kemerdekaan,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya dan Perasmian Pejabat Pas Maran, di sini.

Seorang peniaga, Abu Hanafiah Mohammad, 42, berkata, dia bersetuju dengan cadangan agar sejarah negara ditulis semula kerana terdapat beberapa pengkaji sejarah yang mengiktiraf pejuang berhaluan kiri dalam membebaskan tanah air ini dari cengkaman penjajah.

Menurutnya, pemimpin pertubuhan yang enggan bersekongkol dengan penjajah tidak diiktiraf oleh kerajaan namun kini, rakyat semakin bijak menilai sesuatu isu berbangkit.

“Saya rasa, sebab ini ramai yang tidak berpatriotik menyambut Hari Kemerdekaan malah ramai tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

“Ini kerana, sambutan kemerdekaan adalah sambutan Umno dan bukan sambutan rakyat sepenuhnya,” katanya. -SH



Dakwaan ini seronok dan menarik - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang didakwa hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong menyifatkan kesnya sebagai 'seronok dan menarik'.

"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.

(Mohamad Sabu dan peguamnya, Mohamed Hanipa Maiden)

Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah," katanya yang kelihatan bersemangat tinggi menghadapi dakwaan ke atasnya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ini sebagai usaha untuk menghentikan rakyat dari membincangkan fakta sejarah yang telah diselewengkan atas kepentingan Umno.

Mengulas dakwaan ke atas Mohamad itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perkara itu sebagai "kartun, kelakar, tak wajar".

"Pendakwaan itu berlaku dua tiga hari selepas (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa hendak menjadikan Malaysia demokrasi terbaik.

"Pendakwaan ke atas Mohamad itu menjadikan Najib antara perdana menteri paling haprak dalam sejarah dunia kerana bercakap lain, buat lain," katanya.

Menurut Mahfuz, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan Abdullah suka berbohong (developed a habit of lying).

"Waktu itu Dr Mahathir mendakwa, Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong.

"Hari ini, nampaknya Najib lebih teruk dari Abdullah. Hampir setiap kali dia bercakap, selepas itu hampir serta merta cakapnya langsung tak boleh dipercayai apabila apa yang berlaku bertentangan sama sekali dengan apa yang dia bising-bisingkan terutama apa yang didakwanya sebagai 1Malaysia.

"Cakap tentang demokrasi terbaik, tetapi kerana pandangan yang berbeza pun diheret ke mahkamah," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan tindakan berpilih kerajaan Najib.

"Orang-orang yang menghina pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah dengan mendajwa kononnya negara ini tidak pernah dijajah tidak pula diambil tindakan.

"Kenyataan seperti hakikatnya adalah persendaan yang sangat sadis terhadap pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah," katanya.

Sebelum ini, blogger ahli Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jika negara ini tidak dijajah, negeri-negeri Melayu waktu itu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.

Mereka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.

"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.

"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan dalam blognya, http://sakmongkol.blogspot.com.

Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan mengaku tidak bersalah.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskannya dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah, Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember. -HD


Isu Mat Indera: Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah [updated]

Butterworth: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. Gambar FMT

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Mohamad dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Terdahulu, Mat Sabu ditahan oleh polis Pulau Pinang setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang Selasa untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong sebelum dibebaskan malam Selasa.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri pada pukul 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian selepas percakapannya dirakam.

Pemimpin PAS itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Polis Pulau Pinang menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. -mstar

Mat Sabu mengaku tak bersalah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kelakar tetapi seronok

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.

Kumpul wang

Beliau juga menyifatkan dakwaan ini sebagai usaha untuk menghentikan rakyat dari membincangkan fakta sejarah yang telah diselewengkan atas kepentingan Umno.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. -mk


Isu Hantu Bonceng: Jangan Permainkan Kalimah Syahadat

Hina RASULULLAH: Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idham Melenting

KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.

Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Isu Hantu Bonceng: Lembaga Penapisan Anggap Tiada Isu Tapi Tak Jadi Masalah Untuk Teliti Semula

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.

Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya.

Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan. -mstar


Ulasan GB

Isunya: pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Pertama, siapa dia empat ulamak yang menurut dakwaan Pengarah filem berkenaan sudu menonton filem berkenaan sebelum ditayangkan?

Ahmad Idham, pengarah filem tersebut PERLU mendedahkan siapa ulamak-ulamak tersebut. GB tidak fikir ada ulamak sekalipun ulamak UMNO yang tergamak untuk menyatakan dialog tersebut bukanlah satu kesalahan.

Kedua, kenyataan Pengerusi LPF melakukan pembelaan terhadap filem tersebut adalah keterlaluan. Katanya: "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh."

Pembelaan itu satu penjelasan tentang "kejahilan" beliau kerana ternyata kalimah syahadat tidak boleh dipermainkan. Kalau ia bukan ayat yang penuh, maka disitulah kesilapan dan kesalahannya iaitu kalimat syahadat perlu diucapkan DENGAN PENUH. Kedua dipotong pula dengan menukarkan dengan ayat yang lain, sehingga membawa maksud yang lansung bertentangan dengan syahadat itu sendiri, ia lagi besar kesalahannya.

Dua kalimah syahadat tidak boleh dipermainkan di dalam keadaan apa sekalipun. Samada dilakukan sengaja atau tidak, berniat atau tidak. Kerana ia adalah satu persaksian. Ia adalah janji dan sumpah dengan Allah s..w.t. Ia boleh mengakibatkan gugurnya keislaman seseorang.

Semua yang terlibat perlu akur tentang kesilapan itu, samada sedar atau tidak sedar dan sewajarnya bertaubat. Bukan mempertahankan kesalahan.

Semalam GB bertanya, mampukah kamu-kamu menanggung dosa sekalian yang menonton filem kamu? Dosa sendiri pun kita tak terpikul inikan pula hendak memikul dosa orang lain yang diakibatkan oleh filem berkenaan.

Firmanullah:

الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْواً وَلَعِباً وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُواْ لِقَاء يَوْمِهِمْ هَـذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Maka pada hari (kiamat) ini Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupakan pertemuan mereka hari ini, dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. [Al-A'raf : 51]


Mat Sabu Ditahan. MPN Kata Mat Sabu Berhak Berikan Pandangannya

Polis tahan Mat Sabu, Pakatan gesa Najib gugur dakwaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok (hari ini).

Petang tadi, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) ditahan untuk diambil keterangan di ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub dipetik berkata, Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada pukul 7.30 petang tadi.

Mohamad dilaporkan tiba di ibu pejabat kontinjen pada 8.30 malam dan meninggalkan premis itu setengah jam kemudian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu tersebut cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

“Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

“Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara,” kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Terdahulu Mohamad dipetik Bernama Online berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan telah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin petang tadi.

“Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu saya akan didakwa esok.

“Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir,” katanya.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 1950.

Selain itu, Mohamad juga dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR N Surendran menggesa pentadbiran Najib dan Peguam Negara menggugurkan tuduhan ke atas Mohamad.

Katanya, tindakan itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan prosedural pendakwaan serta melanggar hak asasi kebebasan bersuara.

“Kami menggesa kerajaan dan Peguam Negara tidak meneruskan tuduhan ke atas Mohamad dan untuk menunaikan pendirian Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik,” katanya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi mengesahkan Mohamad menemui polis untuk mengambil waran tahanan untuk hadir di mahkamah.

“Beliau tidak ditahan, cuma hadir di IPK Pulau Pinang untuk mendapatkan waran sebab esok beliau, dimaklumkan kena hadir di mahkamah,” kata Tuan Ibrahim.

“Mohamad tidak ditahan, ia prosedur biasa sebelum dihadapkan di mahkamah,” kata Salahuddin. -TMI

MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara

PUTRAJAYA : Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Zakri Abdul Hamid menyatakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan sejarah negara.

Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab badan-badan seperti MPN dan sejarawan untuk memberikan intepretasi yang tepat kepada masyarakat.

"Dalam negara demokrasi, itu hak beliau. Orang boleh menyuarakan apa-apa pandangan. Tapi samada pandangan itu betul atau tidak, itu tanggungjawab badan-badan seperti MPN untuk memberikan sumbangan," jelas Zakri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Menurut Zakri, pihaknya mengambil pendirian untuk bersikap neutral serta tidak mahu memberi respon politik terhadap kenyataan Mat Sabu itu.

"Kita ingin membetulkan fakta dan intepretasi yang tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Respon kita bukan aspek politik," tambahnya.

Mat Sabu didakwa memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan bukan anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dirinya cuba mengaitkan perjuangan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu.

Sementara itu bekas profesor di Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang memberi respon terhadap penulisan buku 'Pengukir Nama Johor' (2004) berkata, Allahyarham Ismail Adnan hanya melontarkan pandangan tentang Mat Indera.

Malah Ramlah berkata Allahyarham tidak langsung menyebut anggota Rejimen ke 10 PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan.

"Macam buku yang menjadi kontroversi, penulis itu Allahyarham Ismail cuma membuat persoalan. Dia tidak menulis ayat yang jelas bahawa Mat Indera itu seorang pejuang. Dia cuma melontarkan pandangan.

"Jadi itu adalah pandangan beliau. Itu bukan tanggungjawab pihak-pihak yang menerbitkan buku itu," katanya.

Ujarnya mungkin penulis memperolehi banyak maklumat sehingga mengakibatkan dirinya meragui dasar perjuangan Mat Indera.

Sehubungan dengan itu Ramlah berkata aspek akdemik di negara ini sentiasa menggalakkan penyelidikan dan percambahan minda untuk memperbaiki bahan ilmiah dari semasa ke semasa. -tvsnews




Ulasan GB

Tindakan yang melampau dan tidak bertamaddun dikenakan ke atas Mohd Sabu.

Pertama Mohd Sabu telah diberitahu akan didakwa. Kedua tiba-tiba beliau ditahan. Ketiga rumahnya dilempar bom petrol.

Ini semua cerita kartun semata-mata untuk memenuhi agenda politik UMNO dan juga menyelamatkan Utusan yang telah memulakan fitnah ke atas Mohd Sabu.

Walhal, Majlis Professor Negara sendiri yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berpihak kepada UMNO pun menyatakan bahawa Mohd Sabu BERHAK untuk mengeluarkan pandangannya tentang sejarah negara.

Jadi, kenapa kecoh sangat? Cukup takut polis dan UMNO ini kepada Mohd Sabu sehingga tindakan-tindakan ala polis British diambil ke atas Mohd Sabu. Kalau boleh biar Mohd Sabu dihukum gantung sama seperti Mat Indera yang dituduh komunis oleh polis dan UMNO itu.

Bagi pendapat GB, tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Sabu berkenaan akan hanya melonjakkan namanya di persada politik tanahair.

Roh ISA Dikekalkan, Tahanan Tanpa Bicara Tetap Diteruskan - Penipuan Darjah Tertinggi

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.

Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. -mk



Ulasan GB

Najib berkata kerajaan tak tahu nak tipu rakyat. Hakikatnya terdedah juga: penahanan tanpa bicara diteruskan walaupun dikatakan ISA dihapuskan.

Itulah penipuan dan menyatakan kerajaan tak tahu menipu maka itu penipuan darjah tertinggi!

Penipuan SPR Terbongkar: 60,000 K/P Palsu & 170,818 Pengundi Kod Negara Misteri

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula. -mk

170,818 pengundi guna kod negara misteri

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.

"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah,"
katanya curiga.

Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:

1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? -HD