Mustapa elak isu BN sokong hudud
Adakah parti komponen BN setuju dengan sokongan Umno ke atas usaha kerajaan Kelantan meminda undang-undang bagi melaksana hukuman hudud?
Soalan ini diajukan kepada pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun beliau mengelak daripada menjawabnya dengan jelas.
"Ada pertemuan di antara majlis tertinggi BN. Ada perbincangan dan saya difahamkan ada isu penting diperkatakan.
"Jadi ada banyak perbincangan, banyak pertemuan dibuat sejak beberapa hari lalu.
"Kita serahkan kepada pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) untuk menanganinya,” kata Mustapa.
Ditanya lagi sama ada Umno membuat keputusan politik dalam menyatakan sokongan ke atas rang undang-undang pindaan hudud, Mustafa sekali lagi mengelak.
"Tidak. Perkara ini dibincangkan di (mesyuarat) majlis tertinggi BN. Perkara ini akan ditangani oleh pengerusi BN,” katanya.
Seterusnya, Mustapa ditanya mengenai dakwaan MCA bahawa Umno Kelantan melanggar kata sepakat dan BN berhubung pembinaan negara.
Mengulas perkara itu, Mustapa sekadar meminta agar pemberita hanya mengajukan soalan berhubung program keusahawanan yang dirasmikannya hari ini.
DUN Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan dengan sebulat suara rang undang-undang Enakmen Kamun Jenayah Syariah II 1993.
Mustapa turut hadir dalam persidangan itu.
Pada hari yang sama, parti komponen BN mengadakan mesyuarat tergempar dengan Najib untuk menyatakan penentangan mereka ke atas undang-undang hudud dengan alasan ianya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
PR selesai dulu isu hudud, baru BN nyata pendirian
KUALA LUMPUR - BN tidak perlu tergesa-gesa menyatakan pendirian terhadap undang-undang persendirian (RUU) berkaitan hudud yang kini menjadi isu hangat diperdebatkan oleh gabungan pembangkang.
Malah menurut Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, belum tiba masa untuk parti itu menyatakan sebarang pendirian terhadap undang-undang Islam itu.
Tan Sri Annuar Musa berkata, BN hanya perlu nyatakan pendirian apabila semua urusan kerajaan selesai sebelum undang-undang itu dibahaskan di Dewan Rakyat kelak.
"Sebenarnya isu BN nyatakan pendirian belum berbangkit... belum sampai masa kerana apa yang nak dibawa itu adalah RUU persendirian. Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai.
"Jadi, sehingga ke hari ini kita belum tahu bila ia akan dibahaskan. Oleh sebab itu, belum sampai masanya, BN tak perlu tergesa-gesa. Kita buat (pendirian) apabila sudah tiba masanya," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Menurutnya lagi, BN tidak sepatutnya mendahului tuan punya RUU iaitu Pas dan PR memandangkan undang-undang itu masih belum selesai di peringkat pakatan itu.
"Jadi, dalam hal ini, BN tidak seharusnya mendahului tuan punya RUU iaitu Pas dan PR. Hudud ini masih di peringkat Pas dan PR di mana masih ada isu-isu yang belum selesai. Kita tak perlu campur.
"Di luar PR, ada isu masyarakat sivil pula. BN kena dengar dahulu semua pendapat sebab ini isu penting yang sentuh agama dan keharmonian," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui masih kabur tentang hudud kerana belum menerima penjelasan mengenai undang-undang itu daripada pemimpin Pas.
"RUU persendirian itu, saya sendiri pun tak baca lagi bentuk... penerangannya. Saya pun tak pernah lagi diminta untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin Pas. Saya ada satu undi, daripada Sabah pula. Saya pun hairan kenapa pihak Pas tidak pernah menghubungi saya... memberikan penerangan tentang apa yang mereka mahu buat tentang hudud ini.
"Saya langsung tak tahu hujung pangkal. Saya hanya baca di akhbar tetapi kalau saya dari Pas, mahukan sokongan, kita kena berusaha untuk pastikan bahawa ahli-ahli Parlimen sama ada Muslim atau bukan, Sabah dan Sarawak faham apa dia yang hendak dibawa," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan masih perlu menunggu maklumat dan penjelasan tepat berhubung undang-undang itu sebelum menyatakan pendirian peribadi.
"Pada pandangan saya mungkin tunggu hingga dapat maklumat lebih tepat. Kalau di luar negara, mereka akan hubungi seorang demi sorang untuk dapatkan undi...jelaskan.
"Banyak pertimbangan yang perlu diambil kira. Ulama pun ramai yang berbeza pendapat. Pemimpin politik juga begitu.
"Kalau tanya saya setuju atau tidak, saya pun tidak tahu setuju dan tidak setuju yang bagaimana," katanya. -petikan SH
ULASAN GB
Hukum kebbenaran dan keadilan berjalan.... Dah betul GB tuilis sebelum ini : Hudud: PAS Dah Kena Main, Najib Buat Bodoh, Hanya Suruh Menterinya Bersuara
Mula-mula, kedua-dua MP UMNO Kelantan itu bukan main hebat kononnya mereka sokong hudud. Sanggup melobi agar UMNO sokong hudud, kata dia.
Najib yang dilaporkan sebelum ini membuat kenyataan mengenai hudud pada Selasa lepas, sehingga kini masih membisu. Ketawa berdekah-dekah dia bila tengok PAS dan DAP sudah berkonfrantasi.
Susah betul kita nak bagitahu para ulama PAS supaya jangan masuk perangkap UMNO. Peguam PAS Hanipa Maidin dah pun memberikan amarannya sebelum ini bahawa : "Umno adalah parti yang boleh "berlakon" di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang pula menentang hudud." Tetapi amarannya disambut dengan cemuhan dan ejekan kumpulan pro-ulamak. Sekarnag dah nampak betul apa yang disuarakan.....
Umno hanya ‘berlakon’ mahukan hudud
Meskipun Umno telah lama berkuasa di mana-mana negeri yang diperintahnya, Umno tidak pernah sesekali membentangkan rang undang-undang hudud.
Menurut Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, Umno tidak pernah berusaha untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud meskipun mereka ada media cetak dan media elektornik.
Katanya, jika dalam isu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Umno sanggup menggunakan segala prasarana yang ada untuk berkempen agar GST dilaksanakan meskipun terpaksa membelanjakan wang berbillion ringgit.
“Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang pula menentang hudud,” ujarnya.
Katanya lagi, untuk kenal sikap Umno, kita perlu bandingkan dahulu sejarah PAS dan Umno dalam isu hudud. Dari sejarah, kita boleh buat kesimpulan siapa yang lebih serius dan ikhlas dalam melaksanakan hukum hudud ini.
“Lihat kepada PAS, terdapat dua kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS dan pernah dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya untuk menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang-undang hudud dan bagi negeri Kelantan, setiap tahun mereka menerangkan tentang hukum hudud kepada rakyatnya,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, ramai pemimpin PAS yang telah berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, serta berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong PAS yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan PAS juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga dalam isu hudud ini.
“Saya masih ingat Kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap draf enakmen syariah yang PAS ingin bentangkan dalam DUN Negeri Terengganu, malahan pemimpin Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.
“Saya juga masih ingat saya bersama-sama bekas ADUN Batuk Burok, Datuk Wan Mutalib Embung danbBekas ADUN Manir, AllahyarhamDatuk Harun Taib pernah berdialog dengan kumpulan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta PAS juga telah berdialog dengan DAP dan golongan bukan Islam dalam isu hudud ini, pokoknya PAS sudah buat apa yang terdaya bagi menerangkan dan melaksanakan hukum hudud ini,” ujarnya.
Menurut Hanipa, pihaknya boleh membawa banyak bukti berkenaan kenyataan pemimpin Umno yang memperlekah hudud. Malahan terdapat pemimpin Umno yang sanggut mengugut Kelantan dalan isu hudud dan terdapat juga bekas pemimpin Umno yang mencabar hudud di Mahkamah.
Katanya lagi, baru-baru ini, usul yang dibawa oleh ADUN PAS berkenaan enakmen hudud di Terengganu telah ditolak di Speaker Dewan DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong.
“Hal ini jelas memperlihatkan bahawa Umno bukan sahaja gagal untuk berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu untuk menghentam hudud dengan sesuka hati.
“Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ianya bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hukum hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia bagi menghalang PAS membentangkan rang undang-undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen dan hingga kini, kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan,” ujarnya.
Tambah Hanipa lagi, kini secara tiba-tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR) maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat, kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ianya semata mata untuk ‘melariskan tiket wayang’ tetapi masih ‘bermain wayang’. Bukankah parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.
Jelasnya, adegan pertama watak ‘hero’ Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan hudud.
Katanya, apabila adanya respon dari Kelantan, maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertingi Umno menziarahi tokoh-tokoh Pas dan adegan ketiga ‘watak hero’ ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu juga ‘si hero’ telah membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang PAS dan hudud.
“Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada PAS bukankan Umno sudah beri peluang mengapa PAS tidak gunakan ruang yang diberi. Ya, benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit ibarat menyuruh PAS menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang undang persendirian berliku-liku jalannya.
“PAS perlu mendapat persetujuan menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul usul lain. Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat. Pas pernah melalui Presidennya bentang rang undang-undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan , ia bukan sahaja tidak dapat sokongan menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen,” katanya.
Ujarnya lagi, jika Umno serius dalam membantu Kelantan, kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang-undang Kerajaan sepertimana rang undang-undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen.
“Ianya lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang-undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun DAP dan PKR tidak menyokong ia masih akan lulus,” ujarnya.
Sebab itu selama ini jika kerajaan kemukakan rang undang-undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan, rakan sekutu Umno kadangkala mengkritik rang undang-undang itu tetapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang-undang tersebut. Hal ini kerana jika mereka menolak rang undang-undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin Parlimen terbubar.
Jelasnya lagi, keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang-undang persendirian. Jika PAS yang bawa rang undang undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib pastikan rakan-rakan sekutunya seperti MCA, Gerakan, MIC dan ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang-undang yang PAS akan bawa.
“Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang-undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.
“Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini dan jika Umno serius dalam isu hudud ini lupakan rang undang-undang persendirian sebaliknya Umno perlu bawa rang undang-undang kerajaan yang mana dikuasai mereka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna,” ujarnya. -FMT