22 Jan 2009

Isu Semasa 22 Jan 2009

Golongan muda menyokong Pakatan Rakyat kerana muak dengan pendekatan Politic of Fear Umno BN
berbanding dengan Politic of Hope yang di bawa oleh PR. Demikian ditegaskan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaysia Dr Abu Hassan Hasbullah

Golongan muda menjadi kumpulan terbesar dan mereka membentuk "opinion leader" dimana keputusan Pilihanraya kecil K.Trengganu jelas memberi gambaran berlakunya satu revolusi Politic of Hope di kalangan mereka.

Mereka akan memilih sesiapa sahaja atau apa jua parti asalkan bukan UMNO/BN yang jelas mengamalkan politic of fear.

Di Amerika misalnya, rakyat AS tidak lagi menghiraukan politic of fear lagi. Mereka lebih cenderung berubah pada suatu dunia baru yang dibawa oleh Obama- iaitu politic of hope.

ZAHID HAMIDI PULA AMALKAN POLITIC OF REVENGE (POLITIK BALAS DENDAM)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut pegawai jabatan persekutuan supaya tidak menghadiri mesyuarat di negeri Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agong PAS, Dato Kamaruddin Jaafar membidas Zahid yang membunuh semangat federalisme kerana melarang Pegawai Jabatan Persekutuan menghadiri mesyuarat anjuran kepada Pakatan Rakyat di Perak.

Sikap kerajaan BN membelakangkan undang-undang dan semangat federalisma ini akan disiasat dengan lebih teliti untuk mempastikan ia tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.

Politic of Revenge (Politik Balas-Dendam) yang dilakukan oleh Zahid ini tidak dipastikan samada sudah mendapat restu dari pucuk pimpinan BN.


Berakhirnya Pemerintahan Si Dajjal Bernama Bush

George Bush mengakhiri pemerintahannya sebagai Presiden Amerika dengan sambutan balingan kasut oleh kira-kira 500 orang di luar bangunan Rumah Putih. Barrack Obama menjadi Presiden Amerika yang ke 44 yang di dalam ucapan sulongnya mengulas hubungan Amerika dengan masyarakat Islam sedunia:

"Untuk masyarakat Islam, kita akan mencari penyelesaian bersama untuk memperolehi semula rasa hormat sesama kita.."

Beliau mengingatkan rakyatnya dengan satu pernyataan tegas yang disambut dengan sorakan bergemuruh:

"Tahukah anda bahawa rakyat menilai anda berdasarkan apa yang anda boleh bina, bukan berdasarkan apa yang anda boleh musnahkan."

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menasihati Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di atas isu pembelian 46 ekor lembu korban supaya "membuat kerja-rumah" dengan lebih teliti sebelum melakukan tuduhan jika ingin menjadi badan yang lebih berkredibiliti.

Kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu minggu lalu terus bergema hingga ke Bumi Kenyalang Sarawak.