4 Jun 2012

[DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol


Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol. -blog.marhaen.info

Negeri Pakatan Rakyat, Kedah: Pencapaian Cemerlang Dalam 3 Tahun

Dalam diam tak diam, sudah tiga tahun lebih Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dan membela nasib rakyat negeri kedah ini. Sedar ataupun tidak sudah 82 peratus Manifesto telah terlaksana. Pakatan Rakyat khususnya PAS Kedah jelas bukan jenis yang mendabik dada atau menjaja sini sana.

Buktinya, lahirlah buku risalah Manifesto yang menyenaraikan 15 perkara utama yang telah dijanjikan oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke -12 yang lalu.

Lebih telus lagi, risalah itu juga menyenaraikan 7 perkara yang belum dilaksanakan. Ini termasuklah 3 bahagian yang membicarakan 46 perkara yang telah dilaksanakan dan 3 perkara dalam proses.

5 Pencapaian Cemeralang yang tidak tertulis atau berdasarkan Manifesto, juga tercapai matlamatnya. Antaranya Skim Kafalah untuk membantu golongan miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan politik.

Ini termasuklah kejayaan untuk membina Kampus Induk Kolej Insaniah di Kuala Ketil dengan nila RM330 juta yang dijangka siap dua tahun lagi manakala berjaya mewujudkan 42 subjek pengajian berbanding hanya tujuh ketika diperintah kerajaan terdahulu.

Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat tidak langsung meninggalkan kudis kepada rakyat yang semakin cerdik menilai. Tidak perlu retorik kosong atau berapi ucapan, memadai fakta dan statistik yang tidak boleh disembunyikan.

Bayangkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 bahkan mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009) dan buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanayk 205 peratus hasil balak berbanding 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka.

Dalam pentadbiran tiada ‘hidden cost’ ataupun ‘under table’. Semua orang kenal dengan ketegasan Ustaz Azizan berhubung rasuah malah motto pentadbirannya adalah ‘Sifar Rasuah’ membuktikan apa yang dicakap, dilaksanakan sebaiknya. Bukti, tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai sehingga kini. Jika ada kelak, hukuman berat menanti mereka dan pasti meraka tidak akan dilindungi, kata Ustaz Azizan.

Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar (MB) dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

GLC pula buat pertama kali dalam sejarah telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu kerajaan negeri ‘rela’ rugi kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25 sehingga 75 peratus sebaik megambil-alih pemerintahan.

Untuk rekod, elaun sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan MB meminumkan perjalanan ke luar negara dan hanya 3 kali sahaja sepanjang tiga tahun mentadbir.

MB tidak mempunyai jet khas dan tidak tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartment biasa yang disewa kerajaan negeri.

Hanya berdasarkan fakta ini sahaja, sudah cukup membuktikan ketelusan dan keadilan yang dibawa oleh kerajaan negeri kedah sekarang. Apatah lagi jika disenaraikan kesemua perkara dalam Manifesto. Tidak cukup dengan itu, Manifesto juga turut menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum.

Untuk itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang mengahdapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran.

Tiga fakta ini, telah memperlihatkan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mendiskriminasikan kaum di negeri ini. Begitu juga melibatkan sekolah agama rakyat yang tidak dibantu kerajaan, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan.

Kelas-kelas pengajian agama juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta.

Produk terbaru ialah mewujudkan sebuah Mahad Tahfiz Sains di Pualu Tuba di Langkawi yang akan memulakan sesi pengajian pada 2012 di Kulim buat sementara projek disiapkan.

Bagi melahirkan pembangunan Insan, Manifesto juga turut menyenaraikn penubuhan agensi Pembangunan Keluarga Bahagia bagi menangani persoalan dan masalah berkaitan keluarga. Ini termasuklah Program Bina Sahsiah yang telah menganjurkan Kem Bina Insan, Kem Anak Soleh dan Kem Bina Sahsiah untuk anak remaja sebagai generasi pemimpin pelapis masa depan.

Untuk mengukuhkan lagi jati diri anak-anak muda pelbagai kaum sebuah, Pusat Latihan Belia (Multi Etnik) telah diluluskan penubuhannya di Sungai Petani melibatkan kos RM3.5 juta.

Tidak lengkap, sekiranya tidak mebicarakan tentang projek pertanian dengan konsep ingin menjadikan Kedah sebagai ‘Belanda Timur’. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah bagi menggandakan usaha memajukan sektor ini. Kedah telah muncul sebagai negeri kedua pengeluar nanas terbesar di negara ini malah akan memiliki 10,000 ekar ladang itu menjelang 2015.

Manakala pusat pengumupulan, kilang memproses dan mengetin buah-buahan yang dibina di Sungai Petani sudah memulakan operasi pada bulan ini. Hasil daripada daya uasaha kerajaan negeri yang tidak putus-putus, sudah pasti membantu banyak petani, peladang, penternak dan industri kecil dalam menambah pendapatan kehipan masing-masing.

Apalagi yang ingin dipertikaikan, tatkala fakta ‘sudah terang lagi bersuluh’ ditampilkan. Sepanjang Barisan Nasional diberi peluang memerintah di negeri ini, pencapaian dan siri-siri kejayaan Pakatan Rakyat, tidak pernah muncul dan dilaksana oleh mereka sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka meninggalkan kerajaan negeri dengan beban hutang yang banyak seperti penswastaan air di Langkawi sehinga tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Setelah meninggalkan sisa, mereka juga menambah tuduhan dengan ‘meracun’ fikiran rakyat dengan siri-siri ‘gangguan’ dan demonstrasi berkaitan kadar air naik, perumahan rakyat yang tertunggak bayaran sewa, menyeru imam-imam supaya tidak mematuhi arahan Majlis Agama Islam di bawah perkenan Sultan Kedah dan menuduh kerajaan negeri ‘lepas tangan’ ketika banjir besar yang melanda Kedah.

Semua episod-episod ‘mengacau’ yang disifatkan ‘Gila talak’ ini, mati ditelan masa begitu sahaja kerana apa yang dilaungkan tidak sama seperti yang berlaku di depan mata rakyat. Semua jelas dan terzahir. Rakyat mengenali siapa Ustaz Azizan, kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti komponen yang ada, yang terbukti berkhidmat untuk rakyat dan negeri yang tercinta.

Maka Manifesto ini, sebagai menguatkan lagi tindakan serta usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama ini sekaligus menenggelamkan khayalan dan mimpi Barisan Nasional untuk berbulan madu ditampuk pemerintahan lama, yang semakin jauh di mata, jauh lagi di hati rakyat.

[Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim

Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Gambar: Sujud syukur di lobi mahkamah sesyen Kuala Terengganu atas kemenangan kes Suwandi dan Azman yg dituduh menyerang polis, menghalang polis menjalankan tugas. Gambar oleh Ustaz Faizul Abas

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. -HD

Suwandi dan Azman dalam bulatan


Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan dengan peluru hidup di Terengganu

Mungkin sebahagian daripada kita ingin mengetahui bagaimana peristiwa hitam polis yang sepatut mengawal keamanan menggunakan pistol yang dimiliki untuk menembak orang awan bukan satu malah 4 das tembakan pada 8 September 2007.

Polis berkenaan pula memakai pakai seperti orang awam.. apakah haknya menembak sesuka hati. Media massa tidak pun menyebut perkara ini, malah Pendana Menteri bodoh kita yang selalu tidur (Tun selaku kata..) membuat ulasan seperti dalam mimpi.

8 SEPT 2007

12.00 tengahari Petugas ceramah dirikan pentas

5.00 petang Polis arahkan rombak pentas, Polis minta kad pengenalan petugas2 parti

8.00 malam FRU masuk dan mula arahkan bersurai

9.30 malam Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

9.40 malam Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin. Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan yang mengiringi penceramah menjalankan tugas dengan menarik baju. Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan. Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit.

10.00 malam Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai membuat provokasi dan dipercayai mengeluarkan pistol lalu menembak ke orang awan dan mengena dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital.

9 Sept 2007

1.10 pagi FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata. Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

1.30 pagi FRU dan polis berundur sepenuhnya. Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali. Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

3.00 ptg- Semua tahanan di bawa ke Mahkamah.

3.30 ptg- Mangsa Pertama yang ditembak dibawa ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

6.00 ptg- Mangsa pertama tiba di HUSM dan disambut oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian yang diketuai oleh YB Ustaz Baihaki Atiqullah.

6.35 Ptg - Mangsa pertama yang ditahan polis dibebaskan dengan ikat jamin.

8.00 Mlm- Semua 17 mangsa tahanan dibebaskan, kecuali 5 orang direman ( termasuk 2 orang yang ditembak dengan peluru hidup)

9.15 mlm- Mangsa tembakan pertama di HUSM, dikunjungi Oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din serta beberapa exco Kelantan.

9.45mlm - Mangsa tembakan pertama dimasukkan ke bilik bedah untuk mengelurakan peluru hidup dibahu beliau.

SENARAI MANGSA KEGANASAN POLIS

1) Suwandi Abd Ghani
Pekan Binjai Rendah21400 Marang.
AJK Pemuda Marang
Ditembak di bahu dan peluru masuk ke paru-paru oleh polis preman

2) Muhamad Azman bin Aziz
249 A Kg Masjid Hj KadirPasir Panjang
Pemuda Pasir Panjang
Terkena percikan tembakan polis preman

3) Ahmad Badarul Imsham bin Muhammad
Kena pukul, cedera di kepala

4) Abdul Razak Ismail - Pembantu Pejabat di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu
Cedera di kepala

5) 17 orang kena tahan termasuk Abd Razak Ismail






Ulasan GB

Syukur alhamdulillah.

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan Suwandi dan Azman tidak bersalah. Dulu GB pernah mengulas. Petikan:

.....kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam.

Modus operandi "menembak mati supaya mudah tidak lagi dibebankan dengan pembuktian di mahkamah" perlu dihentikan segera kerana ia adalah satu tindakan pengecut yang mana polis dilihat tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri.

PDRM perlu menghormati hak untuk hidup setiap manusia semasa menjalankan tugas. Dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia, Artikel 3 menyatakan bahawa “Setiap orang berhak untuk hidup” dan Artikel 5 menyatakan bahawa “Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan.”

Artikel 4 dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pihak Penguatkuasa 1990 (Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa “Pegawai-pegawai pihak penguatkuasa, dalam menjalankan tugas seboleh mungkin menggunakan cara tidak keras sebelum terpaksa menggunakan kekerasan dan senjata api.”




UMNO BN Lemas & Cemas, Penganalisis Ramal BN Kalah Dalam PRU13

Loceng amaran Muhyiddin kepada komponen BN?

Analisis - Dua bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.

Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.
Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.


"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh lepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.

Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU. -SH

Pasca Himpunan Hijau Ke Putrajaya: Masyarakat Bukan-Melayu Turut Sokong PAS

Rakan-rakan kita dari kaum Tiong Hua tumpang teruja dengan sambutan hebat Himpunan Hijau PAS malam kelmarin.

Mereka kini sudah tidak percaya kepada BN, bahkan kepada bekas parti mereka sendiri (MCA), malah mereka mengharapkan 'sentuhan' PAS untuk menggerakkan jentera Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Berikut ialah cekupan dari FB ABU yang jelas memaparkan kaum bukan-Melayu secara berterus-terang tidak akan mengundi MCA, tetapi sebaliknya akan memilih PAS.

Hal inilah yang menggerunkan Najib dan UMNO, dan sehingga mereka sanggup perhabiskan jutaan ringgit membawa k-pop dan j-pop sebelum ini - untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada BN - itu pun gagal apabila tindakan KBS dihentam hebat oleh segenap lapisan masyarakat kerana menggalakkan program yang mencemarkan budaya dan agama rakyat Malaysia.

Keadaan sedemikian menyebabkan Timbalan Presiden UMNO kelmarin persis meminta nyawa ... kerana melihat UMNO BN akan ditimpa malapetaka di dalam PRU13 nanti...


klik imej untuk paparan lebih jelas



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Video Ucapan Dr. Nik Zain Sejurus Menyertai PAS Di Himpunan Hijau Alor Setar

Alor Setar: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.

Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.

Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.



Kisah Di Larut: Ahli UMNO Yang Sertai UMNO, Bukan PAS

Larut: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012(hari ini) yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno.

Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

Jelasnya“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat”

Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS, katanya lagi

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti, namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.

Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin.

Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai, Batu Kurau.

Bagi merungkaikan segala pembohongan ini, Akmal berkata, pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar.

Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai “Pak Su Mat” oleh masyarakat setempat. Apa yang menarik perhatian kami, beliau sendiri mengakui telah “dipergunakan” bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno,” katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut.

Ujarnya lagi, memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan.

Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno. -paspb

Rombongan PAS Larut mengunjungi Pak Su Mat


[MESTI BACA] TERAS: Jalan Ke Putrajaya Tidak Mustahil, Sekaligus Jawab Tuduhan Muhyiddin

TERAS merumuskan jalan untuk membawa perubahan di Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk membangun masyarakat dan negara yang berasaskan keredhaan ALLAH.

Menjadi suatu keanehan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan ALLAH bahawa ALLAH memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki.

Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan Agama ALLAH sekalipun.

Benar peringatan oleh Presiden Datuk Seri Hadi Awang dalam amanatnya di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya semalam.

Prasyarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan ALLAH.

Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Bagi setiap pejuang AgamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada ALLAH akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam.

Adapun persoalan strategi dan tektik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan ALLAH memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan.

Inilah intisari dari tuntutan ALLAH agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh.

Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelusuk Negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam.

Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu.

Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit di padang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka, semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang.

Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung di sebalik justifikasi program agensi kerajaan.

Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU13 sebagai “ibu segala pilihan raya”.

Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang sama rata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi.

Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika ALLAH sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba, kebatilan pasti akan hancur.

Antara harapan dan yakin kepada ALLAH dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung.

Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah.

Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada ditangan rakyat sudah tiba. -SH

Ulasan GB

Demikianlah, mereka yang beriman kepada Allah akan meyakini kemenangan Islam itu akan sampai juga bila tiba masanya.

Kebenaran dan keadilan akan tetap akan mengalahkan kebatilan dan kezaliman. itu sunnatullah.

Sudah seringkali GB tulis di dalam beberapa ulasan-ulasan GB yang lepas-lepas, ia nampaknya selari dengan nada kenyataan di atas.

Dan seperkara yang menarik perhatian GB ialah pengakuannya:

Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu.

Ia sekaligus melenyapkan tuduhan jahat manusia yang bernama Muhyiddin Mohd Yassin yang menyataan peserta himpunan hijau mungkin dibayar.