28 Feb 2010

Fairus, Bekas ADUN Penanti Sertai UMNO

Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi. -MI




SPRM Patut Siasat Harta Dr Mahathir Dan Menteri Umno-BN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak menyiasat harta mantan Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri dan menteri Umno dan Barisan Nasional dan jika perlu mengambil langkah yang sama seperti negara jiran Thailand yang merampas harta dan aset bekas Perdana Menteri negara itu.

Ini kerana penulis Barry Wain yang juga bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan wang rakyat sehingga RM100 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003.

Jumaat lalu Mahkamah Agung Thailand telah membuat keputusan merampas harta bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan keluarganya yang berjumlah 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) yang dibekukan oleh kerajaan Thailand semasa itu.

Panel hakim yang membuat keputusan itu berkata jumlah wang yang dirampas dianggap sebagai kekayaan tambahan daripada penyalahgunaan kuasa oleh beliau semasa memegang jawatan tersebut.

Thaksin didapati bersalah kerana menyalahguna kuasa sebagai ketua kerajaan dalam memberikan keistimewaan kepada konglomerat telekomunikasi Shin Corp dan mahkamah juga mendapati beliau merupakan pemilik sebenar Shin Corp.

Ini menyalahi undang-undang kerana pada ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengulas perkara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPRM menjalankan tugas mereka menyiasat Dr Mahathir dan menteri-menteri Umno-BN berhubung salahguna wang rakyat.

Ini berikutan pindaan akta SPRM yang baru yang membolehkan siasatan serta dakwaan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerajaan dalam tempoh 10 tahun setelah bersara.

"Sudah tiba masanya SPRM membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Barry Wain terhadap Dr Mahathir.

"Walaupun sumber tersebut datang daripada pihak ketiga tetapi ia akan menjadi kayu pengukur menguji kewibawaan politik SPRM dalam melaksanakan undang-undang dengan tegas dan adil.

"Jika kandungan buku tulisan Barry Wain itu tidak benar, sewajarnya Dr Mahathir mengambil tindakan menyamannya. Pemimpin Umno-BN takut akan ada banyak skandal terbongkar jika mereka di dakwa dimahkamah. Yang peliknya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri tidak mengharamkan buku tersebut," jelas Shamsul.

Beliau menyelar SPRM yang seolah-olah menumpukan kes penyalahgunaan kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sahaja tetapi enggan mengambil tindakan terhadap ramai pemimpin tinggi Umno-BN yang korup walaupun berpuluh-puluh laporan rasuah telah dibuat.

"Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru sepatutnya Datuk Abu Kassim Mohamed mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap suruhanjaya itu tanpa mengira sesiapa, samada daripada kalangan Pakatan Rakyat mahupun Umno-BN", tegas beliau lagi. -SK

TGNA Raikan Pelumba Le Tour De Langkawi

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana Kelantan menjadi pusat pelepasan acara perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 pada Isnin.

"Acara ini boleh memberi kesan positif kepada pembangunan industri pelancongan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan peserta dari 20 pasukan LTdl 2010 itu, di sini, pada Ahad.

Beliau juga berharap peserta Malaysia dapat meraih kejayaan cemerlang dalam perlumbaan tahunan itu supaya ia dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Cabaran pasukan tempatan diketuai oleh pasukan kebangsaan yang pastinya perlu berusaha dengan keras bagi memastikan sasaran tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bertanding tercapai.

Manakala pasukan benua negara, Le Tua memasang impian besar untuk meraih juara individu keseluruhan serta mempertahankan gelaran pelumba terbaik Asia dengan membariskan tiga pelumba Sepanyol, seorang Australia dan Ng Yong Li serta Mohd Hafiz Rozli selaku pelumba tempatan.

Empat pelumba tempatan turut mewakili pasukan berstatus benua dari luar negara pada edisi tahun ini dengan Anuar Manan (Geumsan Ginseng Asia dari Korea Selatan), Adiq Husainie Othman (Drapac Porsche dari Australia) dan Loh Sea Keong serta Ahmad Haidar Anuawar pula mewakili pasukan Marco Polo Cycling Team dari China.

Secara keseluruhan LTdL tahun ini menampilkan hanya satu pasukan berstatus Pro Tour iaitu Footon-Sevetto dari Sepanyol serta dua pasukan profesional benua iaitu ISD-Neri (Itali) dan Vorarlberg-Corratec (Austria).

Selebihnya adalah 13 pasukan bertaraf benua iaitu Drapac Porsche (Australia), Tabriz Petrochemical (Iran), Seoul Cycling Team (Korea Selatan), Marco Polo Cycling Team (China), Aisan Racing Team (Jepun), Max Success Sport (China), Le Tua Cycling Team (Malaysia), Team Geumsan Ginseng Asia (Korea Selatan), Team Jayco- Skins (Australia), Azad University (Iran), Giant Asia Racing Team (Taiwan), Polygon Sweet Nice (Indonesia) dan Kelly Benefit Strategies (Amerika Syarikat).

Selain Malaysia yang menampilkan pasukan kebangsaan, tiga lagi adalah Afrika Selatan, Kazakhstan dan Thailand yang kali pertama mengambil bahagian.

Peringkat perlumbaan LTdL 2010:

1: Kota Baharu - Kuala Berang (174.5km)
2: Kuala Terengganu - Chukai (182.3km)
3: Pekan - Mersing (145.6km)
4: Mersing - Parit Sulong (163.5km)
5: Muar - Port Dickson (111.5km)
6: Putrajaya - Genting Highlands (102.8km)
7: Kuala Kubu Baru - Dataran Merdeka (133.7km)

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Yassin Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood.


Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Jawatankuasa Haram

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan atuk Husam Musa menyifatkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai jawatankuasa haram dan kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menyertainya.

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram,” tegas Husam.

Esok satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Datuk Husam.

“Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka merupakan antara tokoh terlibat dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

Portal Muhyiddin Yassin Ditutup Setelah Baru Sebulan Dilancarkan

Persaingan politik antara kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bos beliau Datuk Seri Najib Razak dilihat penganalisis politik semakin meruncing apabila laman web Timbalan Perdana Menteri itu telah "diserang" sejak seminggu lalu mengakibatkan ianya ditutup.

Suara Keadilan diberitahu laman sesawang rasmi milik Muhyiddin, www.my-malaysia.com.my telah ditutup secara tiba-tiba tanpa sebarang notis tidak sampai sebulan setelah ia dilancarkan pada Majlis Dialog Idealisme Generasi Muda di Angkasapuri 30 Januari pada.

Kehilangan laman web ini lantas menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena antara Najib dan Timbalan.

Suara Keadilan difahamkan portal itu samada telah diarah tutup oleh pihak tertentu daripada Jabatan Perdana Menteri atau telah digodam oleh pengodam pro-Najib.

Portal yang membawakan tema "MY Malaysia - Muhyiddin Yassin

Untuk Malaysia" itu membawa aspirasi dan buah fikiran orang nombor dua dalam kerajaan itu tetapi ia dianggap berlawanan dengan konsep Satu Malaysia yang ingin dipopularkan oleh Perdana Menteri.

Mengulas perkembangan ini Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata perkara ini sudah diduga sedari awal kerana Najib dan Muhyiddin "tidak boleh bertemu muka".

"Kedua-dua mereka mempunyai pandangan berbeza dan ingin membawa dasar masing-masing dalam pentadbiran negara.

"Mereka dilihat tidak seiring dalam banyak perkara. Kelompok Muhyiddin tidak senang dengan monopoli kumpulan Najib dalam membuat keputusan dan ini dilihat apabila Muhyiddin bercanggah pendapat dengan Najib," komen beliau.

Abdullah Sani beranggapan perpecahan dalam Umno dan Barisan Nasional sudah mencapai tahap kritikal dan rakyat hanya menunggu masa untuk melihat pemberontakan besar-besaran oleh kem Muhyiddin terhadap Najib.

"Kem Muhyiddin tidak berpuas hati terhadap banyak perkara termasuk campur tangan Dr Mahathir, pemberontakan Pemuda Umno apabila ketuanya tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan serta isu Ku Li dan royalti minyak di mana amaran diberi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu datang dari Muhyiddin bukannya Najib," kata beliau lagi.

Keretakan yang melanda Umno-BN semakin jelas kata Abdullah Sani sambil menambah Muhyiddin dan Najib "tidak boleh duduk sekapal".

Pertelagahan antara Najib dan Muhyiddin telah hangat diperkatakan dalam blog serta laman web politik sejak Ahli Parlimen Pulai itu menyandang sebagai timbalan dalam kerajaan dan parti.

Muhyiddin dianggap bercita-cita tinggi dalam politik dan ramai menjangkakan Timbalan Presiden itu akan mencabar Najib untuk jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 2011 nanti.

Malah suhu desas desus pertembungan Najib-Muhyiddin mula meningkat dilihat daripada kehangatan perbincangan dikalangan ahli dan pimpinan Umno samada diwarung kopi atau lobi kafe hotel. -SK

Ulasan GB

Orang nak ada portal, awak pun nak ada portal (blog). Orang ada ilmu I.T. awak buta IT. Sekadar nak upah orang lain "maintain" portal tapi diri sendiri pemalas untuk belajar ilmu komputer dan teknologi maklumat.

Semuga ini menjadi pelajaran kepada pemimpin PAS dan PR kita juga.

Dunia tanpa sempadan menjadikan kita tidak boleh meninggalkan bidang-bidang utama perjuangan dan I.T. adalah satu kaedah (uslub) baru perjuangan dan dakwah.

Nik Aziz Bertemu Dengan Tokoh Hindu Sanggam

Tuanguru Nik Aziz Bertemu Dengan Tokoh Hindu Sanggam Oleh Dr Hamzah Jaffar, TPJ PAS Pahang

Seperti yang saya katakan, saya melihat antara kelemahan pendakwah atau pendokong jamaah Islam ialah terlalu ramai yang bijak berpidato, pandai berceramah, suka berkuliah dan berusrah tetapi tak ramai yang mengambil langkah mempraktikkan penghayatan Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Kelemahan ini menyebabkan jamaah jadi kaku, lembab dan sebu. (Gambar Sebelah : TGNA memegang tangan Penasihat Persatuan Hindu Sanggam Malaysia)

Pendakwah sering mengungkapkan ‘Lisaanul haal afsah min lisaanil maqal’ yang bermaksud lebih kurang ‘amal perbuatan itu lebih mudah difahami daripada ucapan lidah’. Sebab itu, di sekolah telah diajar secara praktikal bagaimana cara mengambil wudhu, berbeza pengajaran sebelum ini yang hanya bergantung kepada teori. Semuanya dilakukan untuk mudah difahami oleh anak-anak murid.

Dalam konteks seni dan budaya, saya sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut, bersama AJK PAS Kawasan telah mengambil langkah menganjurkan Program Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia sempena majlis perasmian Kompleks Imam Al Syafie’ (KIAS) yang merupakan pusat aktiviti PAS Kawasan Jerantut. Cadangan saya telah diterima oleh AJK PAS Kawasan namun sebelum itu, berlaku perbincangan hangat mengenai program kesenian dan kebudayaan yang bakal diadakan. Bagi sesetengah mereka, seolah-olah seni dan budaya ini bukan dari Islam atau tidak sesuai dianjurkan oleh Parti Islam.

Saya jelaskan bahawa seni dan budaya berkait rapat dengan sesuatu bangsa yang diciptakan tuhan. Bangsa itu pula diciptakan Allah swt supaya kita kenal mengenali antara satu sama lain. Kita bukan sahaja perlu kenal bangsa India yang berkulit gelap dan Cina berkulit cerah tetapi kita juga diminta mengenali perkara yang berkaitan dengan bangsa itu sendiri seperti dialek bahasanya, adat resamnya, termasuk seni dan budaya mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Lita’arafu’ atau saling kenal mengenali antara satu sama lain seperti yang terkandung dalam Ayat 13 Surah Al Hujurat.

Penjelasan saya telah dapat meyakinkan mereka untuk bersetuju mengadakan persembahan kebudayaan pada malam perasmian. Lalu ditetapkan tarikh 29.11.2008 sebagai malam perasmian yang akan dipenuhi dengan persembahan kesenian dan kebudayaan Melayu, Cina dan India. Perasmian akan dilakukan oleh Mursyidul ‘Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Untuk persembahan Melayu, kita menetapkan paluan kompang mengiringi kedatangan TGNA manakala persembahan tarian singa pula untuk kebudayaan Cina dan India pula tiupan serunai dan paluan gendang.

Dalam pada itu, timbul satu masalah mengenai 2 permintaan iaitu dari En. Balasubramanium, Pengerusi Kelab Penyokong PAS (Kaum India) Malaysia memohon untuk mengadakan persembahan tarian klasik oleh penari kanak-kanak perempuan. Dan satu lagi, terdapat satu pasukan band terdiri dari anak-anak muda Melayu memohon untuk mempersembahkan muzik rock di hadapan TGNA. Asalnya mereka ini adalah orang UMNO dari sebuah kampung di Jerantut yang majoritinya UMNO. PAS tak pernah menang di situ bahkan sentiasa kalah dengan majoriti antara 500 – 700 undi di setiap kali pilihanraya. Tapi dalam PRU 12, Mac 2008 baru-baru ini, saya sebagai calon Parlimen Jerantut hanya kalah dengan majoriti 60 undi sahaja manakala calon PKR menang dengan majoriti 20 undi. Satu rekod dan sejarah baru tercipta di kampung tersebut. Kenapa berlaku perubahan mendadak?

Antara faktornya ialah kampung tersebut memang meminati program kugiran / muzik. Suatu hari, ketua kumpulan mereka telah bertemu dengan saya memohon untuk membeli 2 alat muzik yang telah ‘uzur’ dan perlu diganti. Budgetnya lebih kurang RM1500. Sebelum saya memutuskan bersetuju memberi sumbangan, saya terpaksa bertanya ilmu saya dari sudut hukum dan dakwah. Maka saya yakin dari sudut hukumnya tiada masalah dan dari sudut dakwahnya, Insya Allah mudah-mudahan mereka menyokong Islam yang saya bawa menerusi PAS, kalaupun tak mahu jadi ahli. Ternyata benar apabila aksi saya itu, diperbualkan di kedai kopi sekitar kampong tersebut bahawa PAS tidak menghalang untuk berhibur. Di situlah timbulnya hasrat mereka nak buat persembahan di hadapan TGNA.

Untuk 2 masalah ini, saya menyatakan di pihak saya, tiada masalah. Cuma saya kena tanya TGNA, apakah beliau bersetuju untuk menyaksikan 2 persembahan itu. Alhamdulillah lebih kurang 2 bulan sebelum program, saya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan En. Balasubramanium dapat bersembang dengan TGNA semasa kunjungan peribadinya ke Jerantut, sekaligus singgah di rumah Balasubramanium. Kami mengambil kesempatan bertanya sendiri dengan beliau. Dalam pertemuan itu, TGNA telah memberi lampu hijau kepada 2 persembahan itu dengan alasan ‘dakwah’ di mana mereka masih perlu dijinakkan.

Akhirnya berlangsunglah program bersejarah dan cukup hebat pada malam 29.11.2008 itu yang turut dihadiri oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS pada masa itu. Kebetulan pada malam itu juga diambil kesempatan untuk melancarkan Program Jom Sertai PAS Peringkat Kebangsaan yang mana Pahang dipilih sebagai negeri pertama melakukannya.

Dan yang paling menariknya ialah hadirnya Penasihat Persatuan Hindu Sanggam Malaysia (PHSM) pada malam tersebut. Kehadirannya semata-mata hendak berjumpa TGNA yang dilihat amat mesra dengan sesiapa sahaja dan amat terbuka dengan penganut agama lain serta kebudayaan mengikut bangsa masing-masing. Sebenarnya TGNA juga agak keletihan namun beliau gagahkan juga untuk datang semata-mata nak berjumpa dengan Penasihat PHSM itu. Seolah-olah pada malam itu, PAS Jerantut telah berjaya mempertemukan 2 tokoh agama yang berlainan di KIAS.

Cukuplah kalau saya katakan bahawa majlis pada malam tersebut, memberi impak yang besar kepada landskap politik Jerantut dari sudut keterbukaan PAS dengan program kesenian dan kebudayaan antara kaum. TGNA dilihat membawa Islam yang mudah dan syumul sehingga orang merasa seronok dengan Islam, tidak lagi merasa rimas. Sesungguhnya Islam perlu diterjemahkan dalam alam praktikal bukan lagi dalam dunia teori dan fantasi. Lebih-lebih lagi kita telah memerintah di empat buah negeri. Praktikkanlah Islam selagi ada kesempatan. Wallahu’alam.

300 Korban Gempa Di Chile, Penduduk Sabah Dinasihat Jauhi Pantai

Satu daripada gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang maut, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun.

Bangunan terbakar, jambatan runtuh dan runtuhan menghalang jalan raya di serata tengah Chile tetapi angka korban awal adalah agak rendah berbanding gempa bumi yang menggegarkan Haiti bulan lalu.

Sebuah bangunan pangsapuri dengan 200 penghuni runtuh di Concepcion, bandaraya paling hampir dengan pusat gempa itu, dan anggota penyelamat tidak pasti beberapa ramai yang terselamat.

Kenderaan yang terbalik berselerakkan di bawah jejambat runtuh di ibu negara Santiago dan bekalan elektrik terputus di serata tempat, menyukarkan usaha menilai tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.

Kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT), menyebabkan orang ramai yang sedang tidur bertempiaran keluar dari rumah masing-masing ke jalan raya sambil berpelukan dan menangis.

Pegawai Chile berkata, bilangan kematian tidak mungkin meningkat secara drastik dan Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGA) piawaian bangunan yang baik membantu mengurangkan kemalangan jiwa.

Ia adalah gempa bumi kelima terkuat sejak 1900 dan menjejaskan ekonomi serta prasarana pengeluar tembaga utama dunia itu.

Sementara itu penduduk di kawasan pantai timur Sabah, meliputi Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ini berikutan gempa bumi di Chile yang mencetuskan ombak tsunami di beberapa kawasan di pantai Chile, Mexico, Tahiti, Hawaii, Tonga, Kepulauan Samoa dan New Zealand.

Di dalam perkembangan terbaru, Bernama melaporkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 11.58 pagi Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa bumi itu berlaku pada latitud 7.9 darjah selatan dan longitud 128.5 darjah timur iaitu kira-kira 1,782km tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami akibat gegaran itu.

Laut Banda ialah laut di Selatan Kepulauan Maluku yang mempunyai kira-kira 150 pulau.




RM10 Seorang Untuk Dengar Ceramah UMNO

Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.

Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.

Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.

"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.

"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.

Tambah Azmin, Umno juga terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.

"Ditangan saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk mencalar imej kita," kata beliau.

Apabila Umno hilang arah dan tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.

"Kita tidak perlu bagi 10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.

"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan. Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu dibela," katanya lagi.

Jelas beliau jika kezaliman dan penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.

Ini kerana Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan. -SK

Tempias Tsunami Landa Pantai Timur Australia

Tsunami yang dijana gempa bumi bermagnitud 8.8 di Chile melanda pantai di timur Australia hari ini tetapi tiada laporan awal mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.

Australia semalam mengeluarkan amaran tsunami untuk kebanyakan kawasan di pantai timur dan bahagian timur pulau Tasmania.

Namun pusat amaran tsunami kebangsaan menyatakan tiada kebimbangan mengenai bencana itu kerana ia hanya membabitkan banjir di pantai dan arus kuat yang boleh membahayakan perenang.

Chris Ryan, Pengarah Pusat Amaran Tsunami Bersama Australia, berkata penduduk di kawasan rendah di Norfolk Island sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada langkah pemindahan turut dilakukan di tempat lain.

"Lebih bayak ombak boleh dijangka selepas ini," katanya.

Ryan berkata, amaran yang dikeluarkan itu sejajar jangkaan ombak setinggi setegah hingga satu meter di atas paras laut biasa pada masa itu.

Sementara itu, Russia turut mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi teruk melanda Chile dan melancarkan pemindahan di semenanjung Pasifiknya, Kamchatka.

"Kami mejangkakan ombak setinggi dua meter, di mana ketinggian berbahaya dan orang ramai diarahkan berpindah daripada zon bahaya," kata Ketua Pusat Tsunami Pulau Sakhalin, Tatyana Ivelskaya.

Menurut pihak berkuasa Kamchatka, kira-kira 100 pekerja pelabuhan Severo-Kurilsk dan kilang ikan turut dipindahkan, manakala penduduk yang tinggal di lima rumah sekitar kawasan itu turut dipindahkan ke kawasan selamat - Reuters

Zahid Dedahkan UMNO Permatang Pauh Bersengketa

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya.

Pada majlis itu juga seramai 77 anggota pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menyerahkan borang menyertai Umno.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dipegang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. BERNAMA

UMNO Semakin Terdesak, Lancar Serangan Peribadi Terhadap Pemimpin-pemimpin PR

Semakin berkaliber seseorang pemimpin Pakatan Rakyat, semakin dahsyat serangan peribadi digunakan terhadap mereka.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, tokoh ulama tempatan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak terlepas dari bidikan fitnah dan tohmahan palsu.

Malah, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kebelakangan ini turut menjadi mangsa serangan peribadi media arus perdana.

Bercakap soal itu, Anwar menganggap Umno BN bermain politik adu domba apabila parti itu sengaja memutar belit sesuatu isu sensitif bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Politik di bawah Umno politik adu domba. Hari itu di Pulau Pinang kemudian sekarang diulang lagi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dituduh sebagai Ketua Cina yang anti-Melayu.

"Ramai bertanya kepada saya mengapa sokong Cina sebagai Ketua Menteri, saya jawap dulu pun Cina Ketua Menteri, Koh Tsu Koon Cina bukan Ahmad Sukun (Tsu Koon),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar secara konsisten sedari dulu memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng biarpun Umno BN tidak pernah ketandusan ilham untuk cuba memecah belah perpaduan parti gabungan Pakatan Rakyat.

“Dengan itu, saya mewakili PR dan Keadilan akan sentiasa bersama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini.

Anwar juga menyifatkan serangan peribadi terhadap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah bukan sahaja tidak berasas, malah sebagai taktik psikologi untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Saya punya isteri Azizah cantik pun, dia mahu serang juga. Mereka kata Azizah tidak mahu sokong saya, mana tahu Azizah sokong saya atau tidak? Ini Utusan Malaysia memang jahat,” katanya.

Anwar juga hairan kerana Umno BN tergamak memfitnah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, kononnya mereka terlibat dalam rasuah, sedangkan umum mengetahui kedua-dua tokoh itu tidak mengambil sesen pun wang rakyat.

“Khalid pimpin Selangor, Lim Guan Eng pimpin Pulau Pinang, Tuan Guru Nik Aziz, 20 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, pakai baju pun tidak secantik saya. Tidak pernah ambil balak, tiada saham, tiada kontrak dan mereka hendak dakwa beliau atas rasuah?

“Pemimpin Umno yang mengambil banyak wang negara tetapi mereka terlepas dari hukuman undang-undang. Sebab itu, kita mesti melawan mereka, tukar sistem pentadbiran dan ambil alih Putrajaya,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini. -TVS



27 Feb 2010

Selain membunuh suspek berdepan kes bersekududukan

Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama



Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan amalan penyelewengan dan rasuah yang berlaku di kalangan pemimpin Umno-Barisan Nasional sudah sampai ke tahap "busuk sehingga ke akar umbi".

Berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KEADILAN 2010 di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Bandar Utama 3, beliau berkata rasuah kini sudah dianggap menjadi amalan biasa dalam Umno-BN menjangkiti tidak kira pemimpin atasan mahupun orang bawahan.

Merujuk kepada kehilangan enjin jet tempur F-5E dan kerosakan kapal selam Scorpene sehingga gagal untuk menyelam, Datuk Seri Anwar menyelar sikap dengki Umno-BN yang kebelakangan ini asyik menyerang pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri berkenaan.

"Baru-baru ini Lim Guan Eng dituduh sebagai anti-Melayu, Nik Aziz memerintah Kelantan selama 20 tahun seorang yang ringkas, pakaiannya ringkas, tak pernah curi balak, tidak ada kontrak berjuta-juta, tidak ada saham, itu pun dituduh rasuah juga.

"Tapi Umno curi wang rakyat berjuta-juta masih lagi bebas dan tidak ada tindakan dikenakan," katanya dihadapan lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Sambil menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk membebaskan Malaysia daripada korupsi kroni Umno-BN, beliau turut menyeru agar rakyat bangkit melawan pemimpin yang korup dan menyalahgunakan kuasa badan pentadbiran kerajaan untuk kepentingan sendiri.

Selain itu beliau menyatakan semangatnya untuk terus berdiri teguh dalam Pakatan Rakyat dan berjuang menegakkan keadilan walaupun beliau kini diancam dengan konspirasi fitnah terhadapnya.

Ketua Pembangkang itu juga membidas media massa milik Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang diperalatkan tuan mereka sepanjang prosiding perbicaraan beliau.

"Walaupun saya menerima sedikit tekanan dan diaibkan tapi itu tidak akan patahkan semangat saya untuk terus berjuang.

"Kini mereka mahu serang isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah) saya pula. Ini Utusan Malaysia "xiao ren" (orang gila) punya akhbar," katanya sinis.

Majlis rumah terbuka itu turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, empat Naib Presiden KEADILAN Dr Lee Boon Chye, R. Siavarasa dan Mohamed Azmin Ali, serta Mustaffa Kamil Ayub.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan beberapa wakil duta daripada Taiwan, China dan beberapa negara Eropah.

Majlis diserikan dengan nyanyian lagu tradisional Tahun Baru Cina oleh pemimpin PR dan pertunjukan tarian singa. -SK

Gempa Dasyat Melanda Chile, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Sekurang-kurangnya 64 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegar tengah selatan Chile, hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.

AFP melaporkan sebentar tadi Pusat Amaran Tsunami Pasific Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda Chile dan Peru berikutan gempa kuat tersebut.

Pusat gegaran berikutan kejadian gempa jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) itu terletak di 91 kilometer (km) di utara bandar Concepcion di Chile dan 110km dari barat daya Talca, juga di Chile, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga mengeluarkan amaran bahaya tsunami kepada Ecuador.

Difahamkan, setakat ini kemungkinan tsunami sudah berlaku belum dapat disahkan lagi tetapi mengikut ukuran gempa, ia berpotensi untuk membawa tsunami.

Sementara itu Pulau Okinawa awal hari ini digegarkan gempa kuat awal selepas kali terakhir 15 tahun lalu dengan menyebabkan tsunami kecil.

Gempa berukuran 7.0 magnitud berlaku di kedalaman 22 kilometer (km) dengan pusat gegaran terletak di 81km di barat daya ibu negeri Naha, lapor Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun kemudian mengeluarkan amaran tsunami di pesisiran Okinawa, tetapi menariknya semula.

Agensi juga turut mengeluarkan amaran berasingan mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh di Okinawa, apabila hujan diramal berlaku di pulau itu lewat hari ini.

Bagaimanapun, laporan terbaru menyebut berlaku peningkatan ombak setinggi 10 sentimeter (4 inci) di sebelah selatan Okinawa yang membawa tsunami kecil.

Ia adalah gegaran kuat berlaku di Okinawa sejak 1996 selepas Agensi Meteorologi Jepun meletakkan alat mengesan gegaran gempa di pulau yang turut menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat itu.

Setakat ini, dua orang berusia 66 dan 74 dilaporkan cedera akibat gempa itu tetapi mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Paip air dilaporkan rosak teruk di 20 tempat dengan pokok dilaporkan tumbang terutama di bahagian tengah Okinawa.

"Gempa bumi ini amat menakutkan dan mengejutkan kami daripada tidur," kata Yasushi Ohama, seorang pegawai kerajaan Jepun di pulau itu.

"Bagimanapun penduduk tidak panik dan perniagaan berjalan seperti biasa di sini," katanya.

Di Tokyo, Perdana Menteri, Yukio Hatoyama berkata kerajaan akan menubuhkan pusat perhubungan di pejabat Perdana Menteri untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian gempa itu.



Rosmah Bukan Wanita Pertama Malaysia

DDatin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.

Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk "Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama" yang disiarkan semalam.-SK

Menteri UMNO Sabit Kes Rasuah Perlu Letak Jawatan

Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengemukakan saranan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepas jawatan Ketua Pembangkang, sepatutnya lebih dulu mendesak menteri yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah dan pecah amanah, supaya meletak jawatan.

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) yang membidas Rais kerana mencadangkan Anwar Ibrahim supaya melepas jawatan semata-mata kerana terlibat dalam perbicaraan konspirasi kedua sedangkan mahkamah belum membuat sabitan.

Menyifatkan cadangan itu berniat jahat dan bertujuan mengalihkan kebimbangan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap isu integriti institusi kehakiman, Gerak menganggap kenyataan Rais itu semata-mata bermotif politik..

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, hari ini, mereka menyeru Rais supaya melaungkan nada sama terhadap ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya melakukan perkara sama.

"Mereka yang sabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin atas kesalahan rasuah politik dalam Perhimpunan Agung UMNO, selain terpalit dengan kontroversi melibatkan projek mega seperti isu PKFZ dan isu moral, sepatutnya turut berbuat demikian.

"GERAK berpendirian, seseorang itu tidak bersalah dan dilihat sebagai tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskannya sebagai bersalah," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan berkenaan, GERAK berharap semua pihak menghormati hak seseorang warganegara untuk mendapatkan pengadilan melalui proses mahkamah yang bebas dari campur tangan mana-mana pihak.

"Tindakan mengaibkan maruah dan peribadi seseorang amat bertentangan dengan nilai Integriti," kata kenyataan itu lagi.

GERAK turut mendesak kerajaan supaya menumpukan usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan negara luar terhadap kebebasan dan keadilan proses perundangan negara. -TVS


Segalanya Terbongkar Apabila Pakatan Rakyat Diberi Mandat

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.

Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.

Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.

Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelewengan. Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti? -myzaidibrahim

Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Saidatul Badru Said Keruak diminta supaya mencermin dirinya dahulu kerana umum mengetahui beliau menyertai KEADILAN kerana niat tertentu, kata Ketua KEADILAN Cabang Kota Belud, Datuk Halik Zaman.

Beliau mengulas kenyataan Datin Saidatul yang disiarkan dalam media arus perdana semalam yang meminta supaya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menginsafi kesilapan dan kembali ke pangkal jalan.

Datuk Halik mempersoalkan tindakan bekas pemimpin KEADILAN itu yang tiba-tiba mahu menjadi jaguh dengan cuba menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Kita menjadi musykil di hati, yang Saidatul ini beria-ia dan jadi tukang sibuk minta Datuk Seri Dr Wan Azizah berbuat demikian itu kenapa? Apakah ada 'imbuhan lumayan' menanti di atas kesungguhan beliau untuk merendahkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga?," soal Datuk Halik.

Menurut beliau lagi Datin Saidatul seharusnya sedar bahawa sejak dahulu lagi penyokong KEADILAN di Sabah telah mencurigai keikhlasan dirinya yang menyertai parti dengan niat tertentu.

"Mana tidaknya, suami beliau adalah rakan baik Najib. Masuk akalkah suami baik dengan Najib, isteri sokong PKR ? Dari sana sudah terserlah 'sumbangnya' penglibatan beliau dalam PKR," jelasnya.

Datuk Halik turut mempersoalkan sumbangan yang telah diberikan Datin Saidatul sepanjang berada dalam KEADILAN dan memegang jawatan di Sabah sehingga terdapat banyak anasir yang cuba memecahbelahkan parti itu.


"Penyokong-penyokong PKR sedar dan maklum hal ini tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebijakkan Saidatul membodek Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah) ketika itu. Penyokong PKR hanya lihat pakai mata sahaja. Sebab itulah di zaman Saidatul tidak ramai rakyat Sabah berminat untuk menyertai PKR kerana putar belit Saidatul demi menyelamatkan Umno Sabah," kata beliau lagi.

Menurut Datuk Halik lagi, Datin Saidatul kini mungkin tidak senang duduk melihatkan perkembangan dan sambutan baik yang diberikan rakyat Sabah kepada KEADILAN.

"Itulah sebabnya dia menggunakan kesempatan berdasarkan kedudukan beliau dalam PKR sebelum ini untuk cuba menggoncang kepercayaan rakyat kepada PKR. Beliau sangka rakyat dan penyokong PKR akan mempercayainya berdasarkan dia pernah 'duduk semeja' dengan PKR," ujarnya lagi. -Suara Keadilan


Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.

“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.

“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.

“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.-UM


Kerajaan Kelantan Akan Siar Iklan Balas Terhadap Isu Royalti

Kerajaan negeri Kelantan pula menyiarkan iklan penjelasan balas satu halaman lapan perkara berhubung pertikaian royalti minyak menjawab penerangan dibuat oleh kerajaan pusat di akhbar-akhbar Bahasa Malaysia Ahad lalu.

Iklan itu disiarkan dalam akhbar PAS Harakah dalam edisi terbarunya yang berada di pasaran sejak semalam.

Sebagaimana iklan penjelasan kerajaan pusat, penerangan kerajaan negeri Kelantan juga menjawab dengan menyentuh lapan perkara.

Iklan penjelasan kerajaan negeri Kelantan ini memulakan penerangannya dengan berkata “asas tuntutan bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai Kelantan”.

Ia menambah, “Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), yang mula berkuat kuasa pada 1 Okt 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperoleh di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

“Di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, setiap daripada 13 negeri di Malaysia telah menandatangani perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

“Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama kerajaan persekutuan baru-baru ini,” katanya.

Oleh itu kata iklan penjelasan itu, kerajaan negeri Kelantan memutuskan untuk menjawab lapan soalan iaitu “Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?”, “Mengikut Perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak lima peratus bayaran tunai kepada kerajaan negeri?”, “Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?” dan “Apa yang dimaksudkan dengan bayaran “Wang Ehsan”?”.

Empat persoalan lain ialah “Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?”, “Mengapa Wang Ehsan yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?”, “Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ehsan?” dan “Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?”

Iklan penjelasan kerajaan pusat pada 21 Feb lalu juga menggariskan lapan persoalan, yang menurut Tengku Razaleigh sebelum ini sebenarnya ia menimbulkan implikasi baru dan mengelirukan.

Penjelasan kerajaan negeri Kelantan ini telah diumumkan oleh Exconya Datuk Husam Musa selaku pengerusi jawatankuasa khas pertikaian bayaran royalti dibentuk oleh Kota Baru, 23 Feb lalu.

Pakatan Rakyat Berazam Untuk Tawan Johor

Ketua Umum KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian dan keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan terus menyerang Johor walaupun negeri tersebut dicanang sebagai kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Bercakap dihadapan lebih 3,000 ribu penyokong pada Ceramah Perdana anjuran KEADILAN Cabang Sekijang, Segamat malam tadi, Datuk Seri Anwar berkata Johor kini menunjukkan perubahan ke arah menyokong Pakatan Rakyat akan berjanji akan terus menggerakkan aktiviti ceramah ke seluruh Johor dalam masa terdekat.

"Mereka kata inilah kubu kuat Umno, kubu apa? "Saya berjanji akan datang. Minggu depan saya turun ke Johor lagi, jangan main-main, saya serang Johor betul-betul," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tujuan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Washington, Amerika Syarikat 25 Februari lalu.

Datuk Seri Anwar menjelaskan kedatangan menteri tersebut adalah kerana kerajaan terdesak ekoran tekanan Amerika Syarikat agar beliau diberi keadilan sewajarnya berhubung kes Konspirasi II.

"Mereka (Umno-BN) kata Amerika campurtangan. Sekarang kenapa Nazri pergi Washington semalam? Untuk tujuan apa? Nak terang kepada orang Amerika pula?" soal beliau.

Malah kata Datuk Seri Anwar lagi Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail akan sentiasa cemas dan ketakutan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kes beliau itu.

"Gani tidak akan berani mahu pergi bersidang dan bercakap dengan mereka (Amerika) mengenai kes saya. Nak cari pasal bila orang tanya dekat dia. Tergagap-gagap kalau orang Amerika tanya. Dekat sini (Malaysia) tak apa, sebab depan hakim pilihan dia," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Majlis ceramah turut dihangatkan lagi dengan kempen "Boikot Utusan" yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong yang hadir.

Langkah simbolik membakar akhbar itu adalah sebagai usaha memberi kesedaran kepada rakyat supaya tidak melanggan akhbar milik Umno itu yang sentiasa mengaburi dan membohongi rakyat dengan laporan dan berita memburukkan Datuk Seri Anwar serta Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kempen yang sama telah dijalankan di Selangor dan Perak.

Turut hadir pada ceramah di Sekijang termasuk Datuk Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor Annuar Salleh.

Datuk Seri Anwar juga sempat beramah mesra serta menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat Johor di Segamat. -suarakeadilan

Sampai Bila Pimpinan PAS Nak Memusuhi Blogger?

Mutakhir ini semacam wujud satu kecenderungan pihak pimpinan tertinggi PAS memusuhi blogger. Sebabnya, dikatakan blogger terlalu banyak menyerang pimpinan PAS secara terbuka, menyerang pimpinan PAS kerana tidak mengikut saluran yang betul, kerana blogger tak wala' dan tak mempunyai adab jemaah.

Inilah jenis pimpinan PAS yang kita ada pada hari ini. Pimpipinan jenis promitif yang masih terbelenggu dengan kebekuan tradisi yang merugikan parti, yang merugikan jemaah.

Jenis pemimpin yang hanya mahu dipuja dan dipuji, tetapi enggan ditegur dan enggan mengakui kelemahan dan malu pula untuk memperbaiki diri.

Sedangkan blogger yang rencam dan datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman tiba-tiba dimusuhi, tiba-tiba diserang di atas apa juga platform, samada seminar, konvensyen atau apa juga perhimpunan yang diadakan semata-mata untuk mengutuk blogger kononnya mereka pelontar "fitnah yang benar" - satu istilah yang dicipta setelah mengetahui bukan fitnah yang diutarakan tetapi kritikan yang tidak dapat dijawab oleh mereka yang memegang kuasa pimpinan.

Diakui atau pun tidak, blogger (atau dikenali pejuang siber sebelum wujudnya blog) telah memainkan peranan penting memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat bermula zaman reformasi seawal 1998. Baca kisah Dari Mahazalim ke GB.

Ada pula yang berhujjah, oh yang memberikan kemenangan itu bukan kerja blogger, tapi Allah. Kita bercakap soal syariat mereka bercakap soal hakikat walaupun ilmu hakikat mereka tak seberapa. Benar hakikatnya Allah yang memberikan kemenangan, tetapi syariatnya, syahadahnya, Allah memberikan kemenangan dengan menghantar para blogger untuk membantu perjuangan PAS, membantu perjuangan Islam, membantu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Dan di tahun lalu, kita menghadapi siri pilihanraya kecil yang banyak. Blogger seperti biasa memainkan peranannya yang tulus suci untuk parti. Dan kita dikurniakan kemenangan demi kemenangan, seperti kemenangan yang diperolehi di dalam PRU 2008 - kemenangan yang cemerlang. Namun yang menang berapa ramai yang menghargai blogger, malah parti sendiri, apa ingatan yang ada tuan-tuan berikan untuk untuk blogger seperti ingatan terhadap para pejuang bahasa di dalam muktamar yang lalu?

Allah menghantar peringatan kepada pimpinan PAS dengan mengurniakan kekalahan pertama PAS di Bagan Pinang!

Pun masih gagal menyedarkan pimpinan. Masih mendabik dada: kemenangan kami adalah hasil usaha kami semata-mata... blogger tidak ada peranannya!


Kini setelah tingkah laku pemimpin jadi perhatian para rakyat, tiba-tiba para blogger dimusuhi, yang menang berprinsip kacang lupakan kulit, yang pegampu menjadi pencacai untuk menghentam blogger yang tidak disukainya sekalipun ke peringkat menyerang peribadi seperti yang dilakukan ke atas Ustadz Zolkharnain.

Tak ramai pemimpin PAS yang menyokong blogger. Selain Khalid Samad (yang akhirnya menjadi korban pemimpin gila kuasa), yang lain mengambil sikap membisu - play safe - khuatir kena black-listed oleh pimpinan tertinggi atau takut dicop tidak wala agaknya.

GB sama blogger anti UG yang lain seperti penarik-beca, al-hussyein, al-bakistani, tulang besi, topeng perak, MSK, rakyatmarhaen, dangomamat, misaimerah, bawean dan lain-lain juga tidak terlepas dari diserang. Kiri dan kanan atas dan bawah, namun berkat doa "thabbit aqdama wansurna" dan sokongan para pembaca blog ini, kami masih boleh berblogging sehingga hari ini.

Diadakan konvensyen blogger, tetapi dengan niat mereka hanya untuk memperalatkan blogger dan untuk mengumpulkan sokongan untuk mereka yang hampir rebah, sehingga kini, tiada hasil positif yang yang dapat digarap dari konvensyen itu.

Sekalipun parti tidak mengiktiraf blogger seperti GB sekalipun, alhamdulillah GB telah pun melaksanakan tugas yang akhirnya diterima sekalipun mereka sendiri tidak menyedarinya.

Sewaktu Perak dilanda tsunami politik dan Datuk Seri Mohammad Nizar terkontang kanting sendirian berjuang untuk mempertahankan negerinya daripada dirampas oleh UMNO BN, pemipin Pakatan Rakyat pada awalnya mengambil sikap membisu, malah Presiden PAS berada di laurnegara ketika itu.

Sehari sebelum rampasan kuasa berlaku GB menulsi di SINI. GB menyatakan antara lainnya:

APA YANG PERLU PAKATAN RAKYAT LAKUKAN?

1) Di dalam keadaan kemelut yang ada kini, Pakatan Rakyat Pusat perlu memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan episod ini dengan lebih teliti.

2) Datuk Seri Anwar sepatutnya mesti dilihat pro-aktif di dalam usaha untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat Perak dan tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab hanya kepada Menteri Besar Perak

3) Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang perlu memendekkan lawatannya ke luarnegara dan kembali ke tanahair segera untuk sama membantu menyelesaikan kemelut ini sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

4) Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat perlu digembelengkan untuk merafak sembah kepada ke bawah duli DYMM Sultan Perak merayu supaya kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat pemerintahan. Sebarang kerajaan yang terbentuk bukan dengan pemilihan rakyat adalah batal dan tidak boleh berkuat-kuasa di dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi perlembagaan dan lunas-lunas demokrasi.


Kerana kelembapan bertindak dipihak pemimpin PR, keesokan harinya (5 Feb 2009)berlakulah rampasan kuasa itu. Dan hanya pada 9 Mei 2009, satu perhimpunan di adakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dihari oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang terdiri dari Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang.

Rakyat tersangat kesal. Nasi sudah menjadi bubur. Namun perjuangan diteruskan juga. Tiada siapa berani mengusik istana. Kerana pantang Melayu dehaka. GB terpaksa mengambil risiko dengan menulis di SINI dan di SINI.

Cukup sekadar itu untuk Perak dan boleh tinjau-tinjau di arkib tulisan GB mengenai isu di Perak. Begitu juga dengan isu-isu lainnya. Semua tersimpan di dalamnya.

Tatkala isu royalti minyak menjadi hangat, kita merasakan yang boleh melawan kerajaan pusat di saat ini hanyalah kuasa Allah s.w.t. Maka pada 12 Jan 2010, GB mencadangkan satu munajat perdana di adakan. GB katakan:

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!


Dan alhamdulillah, kerajaan Kelantan peka dan mendengar seruan itu. Maka kemudiannya, satu majlis solat hajat perdana diadakan di Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Dan beberapa minggu yang lalu, di saat isu royalti dihangatkan kembali, pimpin PR nampaknya masih leka. Kita gegarkan mereka supaya sedar dan jangan leka. Kita katakan:

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!


Dan alhamdulillah pada 23 Februari lalu, PR akhirnya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Petroleum yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa.

Justeru, apakah GB seorang blogger celaka seperti yang diutarakan oleh beberapa orang penyokong tegar UG?

Tak kisah jika itu hendak digelarkan kepada GB. GB hanya mampu berserah kepada Allah. Sampai bila PAS nak memusuhi blogger? Sampai bila hanya nak bergantung kepada blogger pengampu dan pencacai? Yang GB tahu, PAS akan menanggung akibatnya. Bagi kami, hasbiyallah lailahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyi 'il-azhiim. Lawanlah Dia jika anda mampu.

5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor

Seramai 5,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor semalam.

Perarakan sejauh dua kilometer melibatkan 110 kontinjen bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam. Ia disertai beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan-badan berkanun dan syarikat swasta.

Majlis berkenaan dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah. Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan EXCO kerajaan Negeri.

Dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah'.

Beliau menggesa umat Islam membetulkan tekad dengan menumpukan soal utama bagi memacu pembangunan ummah dan mengelak anasir yang boleh memecah belah perpaduan rakyat.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipilih pemenang perarakan bagi kategori Badan Kerajaan hasil gimik menarik.

"Mungkin sebab kita buat gimik dengan membawa kerusi roda, jadi nampaklah imej kebajikan. Yang penting komitmen semua, jalan ikut aturan walaupun kita praktis tak lama," kata jurucakap JKM.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula memenangi perarakan kategori badan berkanun walaupun penyertaan mereka semata-mata untuk untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Rasulullah.

"Kemenangan ini adalah bonus kepada kita bukan kata kita sasarkan kepada kemenangan tetapi kepada program ini sendiri. Jadi bila menang itu satu bonus bagi MBPJ pagi ini," kata wakil MBPJ.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Amy Search, kumpulan nasyid Rabbani dan Hijjaz.

Dalam pada itu, kerajaan Selangor turut menyediakan enam anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul berteraskan nama tokoh Islam iaitu Anugerah Saidina Ali, Anugerah Saidatina Khadijah, Anugerah Uthman Ibnu Affan, Anugerah Imam Al-Ghazali, Anugerah Khalid Al-Walid dan Anugerah Umar Abdul Aziz.

Muhammad Mu'az Mohd Abd Azis dipilih penerima Anugerah Saidina ali manakala Anugerah Umar Abdul Aziz (Datuk Mohd Talha Abd Rahman), Anugerah Saidatina Khadijah (Prof Dr Jawiah Dakir), Anugerah Imam Al Ghazali (Mohd Salleh Ashaari), Anugerah Khalid Al Walid (Datuk Khalid Abu Bakar) dan Anugerah Uthman Ibnu Affan (Mohd Ilham Ikhsan).

Bercakap kepada TV Selangor, Mohd Talha berterima kasih atas penghargaan kerajaan negeri walaupun tidak pernah mengharap balasan atas setiap jasanya. -TVS




26 Feb 2010

Ustaz Zolkharnain Al-Hafiz Pula Diserangnya

Terlewat sedikit GB paparkan mengenai hal seorang yang menggelarkan dirinya "Tanpa Nama" melakukan serangan peribadi ke atas Ustadz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz dari Perlis.

Sebenarnya begitulah hal kumpulan mereka yang "wala berlebihan" tanpa ilmu. Melakukan serangan tanpa hujjah tetapi menyerang peribadi dengan menggunakan "nikcname" yang pelbagai bagi mengelak dirinya dikesan sedang dia terlupa bahawa "wahuwa ma'akum ainama kuntum" - bahawa Dia bersamamu di mana sahaja kamu berada!

Saya salin kembali tulisan Ustadz Zolkharnain yang dipetik dari blog lamanya berserta dengan komentar-komentar yang ada sebagai bahan dokumentasi supaya ia tidak luput dari mata-rantai perjuangan di alam siber ini.



Tulisan ini saya tujukan kepada pengomen Tanpa Nama 2010 Februari 19 16:50 untuk kiriman saya bertajuk 'Ada Kawan Tak Pandai Berkawan, Ada Musuh Tak Pandai Berkelahi'.

Saya pohon maaf kepada sebahagian pembaca setia blog ini yang mungkin tidak mengetahui dengan baik hujung pangkal perkara ini. Tidak mengapa, biarkan saya selesaikan perkara ini sekejap. Kalau rasa kurang selesa dengan posting ini, boleh tukar channel. Tetapi, jangan lupa kunjungi semula selepas ini.

Komen saudara pengomen saya siarkan walau pun agak kurang sopan. Cuma ada bahagian yang saya warnakan sebab ia melibatkan institusi yang tidak sepatutnya terlibat. Saya menghargai pemilik institusi itu yang sangat banyak membantu saya dan PAS juga. Terima kasih.

Mengapa saya siarkan komen itu? Bukankah ini memalukan? Saya harap supaya komen ini dibaca oleh pemimpin PAS di negeri saya. Atau pun, saya pohon supaya komen itu dicetak dan diserahkan kepada pimpinan PAS negeri supaya mereka tahu, inilah dia ‘akhlak’ salah seorang pimpinan PAS negeri saya sekarang ini.

Saya difahamkan sebelum ini pun ada tulisan saya yang dicetak dan diserahkan kepada pimpinan PAS negeri dan dibaca di hadapan umum. Tak apa, saya tak kisah. Sebab saya tidak memfitnah dan mereka-reka cerita.

Saya juga bersedia menyerahkan satu salinan surat layang yang dibuat untuk memburukkan saya yang ditabur di dua majlis yang dihadiri oleh Presiden parti baru-baru ini. Saya percaya surat layang itu juga dibuat oleh orang yang sama. Kalau pimpinan belum baca surat itu, saya masih simpan sehelai daripadanya.

Saya tidak memfitnah. Apa yang saya tulis adalah apa yang saya tahu dan saya alami. Kalau saya memfitnah, gambar saya dan nama saya ada di dalam blog saya. Panjangkan sahaja semuanya kepada pihak berkenaan. Saya bersedia berhadapan dengan apa jua risiko.

Semua posting saya berkaitan PAS juga saya tidak remove. Cetak dan ambillah tindakan apa yang patut.

Sudah banyak kali saya sarankan supaya saudara pengomen Tanpa Nama menemui saya jika ada perkara yang saudara tidak puas hati. Atau, saya yang menemui saudara. Tapi sayang, saya tidak kenal saudara macam saudara kenal saya. Saudara cuma berani dari jauh, tidak berani berhadapan.

Budaya takut berhadapan secara terbuka adalah budaya Umno walau pun saudara mengaku saudara orang PAS. Adakah saudara nak bawa budaya Umno ke dalam PAS? Atau, saudara memang asalnya orang Umno kemudian masuk PAS, tapi perangai Umno belum lekang?

Saudara kata, ‘orang luar kenal kami…’. Apa, kami? Jadi saudara adalah salah seorang pimpinan PAS di negeri saya. Alamak, malangnya saya kerana ada pemimpin seperti saudara. Pemimpin yang hanya pandai guna ‘Tanpa Nama’ dan surat layang.

Pimpinan PAS negeri saya patut ambil perhatian apabila pengomen mengaku dia adalah 'kami' yang merujuk kepada mereka yang saya tujukan dalam posting saya itu. Maknanya, dia adalah salah seorang pimpinan PAS negeri saya.

Saudara nak dedahkan rahsia saya? Senang saja, biar saya tolong saudara. Gunakan blog. Kalau saudara tak tahu macam mana nak mulakan blog, jumpa saya biar saya ajarkan. Atau, gunakan blog yang telah sedia ada. Tak payah nak gertak-gertak saya. Tulis saja.

Kalau saudara adalah salah seorang pimpinan PAS di negeri saya, alamak, saya sungguh sedih. Beginikah tahap berfikir dan bertindak pemimpin saya? Asyik-asyik ‘Tanpa Nama’ dan surat layang. Hah…macam budak-budak. Baca balik posting saya bertajuk, ‘Bila Pemuda Jadi Budak-budak’.

Saudara jangan bimbang dan susah hati. Hasrat saudara untuk melihat saya keluar dari tempat sekarang akan sampai juga bila tiba masanya. Saudara tidurlah lena-lena dan jangan susahkan perkara itu. Dan jangan lupa mimpikan apa yang saudara harap berlaku ke atas saya itu.

Saudara nak cerita perangai saya kepada orang Perlis. Saya sedia bantu saudara. Saya ada banyak program kuliah di Perlis. Ayuh, ikut saya ke program kuliah itu. Saya serahkan pembesar suara kepada saudara dan saudara dedahlah habis-habisan apa yang saudara namakan sebagai keburukan saya. Senangkan…tak payah buat surat layang.

Semua ini hanya boleh terlaksana jika saudara memperkenalkan diri saudara. Saudara takut orang kenal saudara? Mengapa? Saudara ada masalah?

Saya tak kisah siapa saudara. Samada nama saudara adalah J, atau Y, atau Z, atau N atau S. Saudara bekerja sendiri, atau pegawai kerajaan, atau berniaga, atau guru. Saudara pimpinan PAS negeri, atau kawasan, atau dewan. Satu sahaja permintaan saya, jangan jadi penakut atau pengecut.

Kenalkan diri saudara dan kita berhadapan. Tanpa Nama dan surat layang tak main. Itu budaya Umno bukan budaya PAS. Kalau saudara orang PAS, ayuh…! Kalau saudara tak berani juga, sah saudara orang Umno yang berpura-pura jadi PAS.

Dan, selepas ini saya tak akan layan saudara lagi.

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin pada 18:20:00

-----------------------------------

KOMENTAR

layar berkata...

Tuan,
1.Hal rumah tangga puak-puak tuan, kenapa perlu dikaitkan dgn UMNO....

2.Pleasela....warasla...
PASpun sedang sakit...ubatla...tak payah tuduh-tuduh..

3."Bulan Menangis"

2010 Februari 20 18:55

Tanpa Nama berkata...

jangan bimbang.. salah seorang naib presiden PAS amat suka dengan tulisan ustaz...

2010 Februari 20 18:56

A berkata...

salam.
Saya rasa orang ni ada masalah dalaman yang sedang membarah dan menanah.Kalau dia seorang pemempin PAS amat malanglah orang Perlis dan orang yang melantik beliau menjadi pemimpin eloklah mengkaji latar belakang beliau terlebih dahulu.asyik 'tanpa nama' saja apahal.jadilah pemimpin yang accountability sikit.takut hilang pengaruh ka...
Diharap pemimpin atasan PAS Perlis ambillah perhatian tentang perkara ini.

2010 Februari 20 19:50

Manjungmari berkata...

Salam Ustaz...
Janganlah dipedulikan komen-komen begitu, apa yang perlu Ustaz kena terus menulis, kita semua sayangkan Parti PAS, bukan pemimpin PAS, kita bukan macam UMNO, apa yang pemimpin atasan mereka lakukan, walaupunmenyalahi syarak, mereka tetap walak, itu budaya UMNO...

2010 Februari 20 20:23

Ibnu Qalil berkata...

Wallahua'lam,

Tp tuduhan ustaz juga amat berat. Apa bukti itu adalah pimpinan PAS negeri. Mgkn pengomen tu tersilap taip 'kami'. Mgkn juga pengomen itu saje provok ustaz. Byk kemungkinan. Awas ustaz. Ustaz lebih a'rif dr ana dgn hujah2 kejinya fitnah.

2010 Februari 20 20:40

Sekretariat Parlimen Kota Raja berkata...

Orang jenis macam ni memang pengecut dan TIDAK menghormati mak bapak yang dah bagi nama kat dia. dia patut dipimpin bukan memimpin.

Kalau rasa kenal, cari dan belasah aje (dgn hujjah bukan penumbuk), kalau tak STOP & tak payah layan lagi. Sebagai pimpinan ada banyak kerja nak dibuat, teruskan.

Saya pun setuju tak payah nak kaitkan atau kata ini budaya ameno

2010 Februari 20 20:56

man berkata...

komen tu, hampir serupa dgn komen yg ditulis dalam blog Wan Ji. Wan Ji kena konon nak dedah cerita dia waktu di Pakistan/India dulu.

Orang sama kot..

2010 Februari 21 00:42

anak_jitra berkata...

Salam Ustaz....
Saya seorang penyokong biasa PAS yang dok buat kerja2 kecik (gantung poster,kempen ringkas, print bahan kempen dll) masa p/raya. Itu cara sokongan saya sekadar termampu sebagai pegawai kerajaan yang masih belum kuat iman untuk melawan kehendak/perintah kerajaan. Saya juga ada mengikuti kuliah ustaz dan ustaz merupakan salah seorang penceramah kesukaan saya. Saya sentiasa ikuti jika ada mengetahui dimana terutama di masjid darul aman.
Saya membaca blog ustaz sudah agak lama tetapi tidak pernah menghantar ulasan. Ada posting ustaz yang saya setuju dan ada juga yang saya kurang terima. Biasalah manusia. Cumanya saya dapati kebelakangan ini ustaz agak sering menulis mengenai kelemahan parti kita dan lebih bersifat personal yang dikaitkan secara tidak langsung dengan parti. Saya tidak katakan salah cuma saya agak terkeliru dengan cara ustaz di blog dgn gaya ceramah ustaz. Ustaz seolah2 ada menaruh dendam. SEOLAH-OLAH menurut kata hati saya.
Tiada nasihat dari saya. Selama inipun saya menerima banyak tunjuk ajar ustaz. Saya ikuti penampilan ustaz sejak ustaz masih imam besar masjid negeri lagi. Harapan saya selesaikanlah secara ilmu agama dan jamaah atas apa2 perselisihan. Walau apapun, saya sikit pun tidak hilang hormat ke atas ustaz. Cuma harapnya..... KURANGkanlah mengkritik secara blog begini.... Seperti mana ustaz nasihatkan... Berlapang dada lah atas pergeseran asalkan tujuan untuk jamaah dan Islam... Timbang-tinmbangkan ya ustaz.... Sedih saya membaca caci maki orang terhadap ustaz.... Amat sedih... Seolah2 mereka ini tidak menyedari menutuk secara berlebihan terhadap ilmuwan agama....
Banyak nak sebut lagi tapi tak tau nak atur ayat... Salam hormat dari saya ustaz...Wassalam

2010 Februari 21 03:25

mns berkata...

hehe eloklah tu . Senjata dah makan tuan . Sekarang nie blog lah yang akan menjatuhkan PAS .

Rupa2nya belum berkuasa pun PAS dan berkelahi sesama sendiri . Tu belum ada pangkat dan kuasa lagi . Ntah2 lebih teruk dari UMNO . Teruskan ustaz yang mulia . Kalau boleh sebutkan nama dengan jelas2 tak payah berselindung pemimpin itu ini . Kan senang sikit .

2010 Februari 21 04:11

izham.bidara berkata...

Salam. Saya bersimpati dengan Ustaz di atas apa yang berlaku. Inilah hakikat apa yang sedang berlaku pada PAS hari ini. Kerana perbuatan segelintir pimpinan atau ahli yang bercakap berjuang atas dasar Islam tetapi percakapan dan tindak tanduk langsung tidak mengambarkan ciri seorang Islam dan pejuang Islam sebenar. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat dan sering menggunakan pendekatan yang kotor dalam menghina golongan yang berbeza pandangan. Golongan ini biasanya pengecut berlindung di belakang surat layang dan "Tanpa Nama" kerana mereka memang bersalah. Kita bersabar dan terus bangun menyatakan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi semua ini. Kebenaran itu pasti menang!

Ir. Izham Hashim - sahabat lama Ustaz

2010 Februari 21 07:26

Anti-UG berkata...

Malang sungguh jika Tanpa Nama adalah salah seorang pimpinan PAS Perlis.

Takut untuk berhujah dan berdepan, ditabur pula fitnah menggunakan gelaran Tanpa Nama.

Seorang yang bertanggungjawab harus berani mempertahankan apa yang ditulisnya. Kalau setakat berani tulis guna gelaran Tanpa Nama, itulah bacul paling hebat.

Patutlah PAS makin hari makin mandom. Ramai yang jenis Tanpa Nama. Tak berani berdepan. Yang tahu wala, wala, wala mengkhinzir buta..

2010 Februari 21 08:42

matsaid berkata...

Assalamualaikum wbt. Al-Fadhil Ustaz, lebihkan bersabar dan jangan layan sangat perkara sebegini. Teruskan menulis perkara ilmiah kerana Ana lihat disana kekuatan Ustaz yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung.
Harap maaaf dan salam.

2010 Februari 21 09:47

katfish berkata...

best la ustaz. macam tu ka orang nak jadi pemimpin kono, nak bawa jwmaah hehehe lucu saya..jemaah diri sendiri pun(7 anggota, hati akal) dia tak terbawa nak bawa orang lain. Dah tu main surat layang pulak, memang bacol betol..saya tak tahu sapa salah atau betul. tapi main surat layang, komen tanpanama memang tak gentleman langsung.

2010 Februari 21 10:01

Zolkharnain Abidin berkata...

Ibnu Qalil,
Dia bukan tersilap taip dan nak provok tetapi dia sudah mula nak dedahkan identiti dirinya yang dia sedang sembunyi secara tidak sengaja. Saudara jangan bimbang, akhirnya saya akan tahu juga siapa tanpa nama ini dan penulis surat layang itu.

2010 Februari 21 10:34

Zolkharnain Abidin berkata...

Saudara anak Jitra,
1. Saya berlapang dada. Saya bersedia berhadapan dengan sesiapa pun dalam isu yang berlaku ini. Tetapi saya tidak diberi peluang untuk berhadapan. Saya diasak ke dinding dengan tangan dan kaki diikat. Kemudian saya dihentam dari belakang pula. Saya tidak mendendami sesiapa tetapi saya kesal dengan cara bertindak sebuah parti Islam. Ya, PAS adalah parti Islam.
2. Mengapa kita perlu takut dengan bog? PAS bukan milik individu. PAS milik semua ahli dan penyokongnya. Kalau PAS ingin maju ke hadapan, PAS mesti punya kekuatan berhadapan dengan media baru. Ingat, PAS naik salah satunya kerana blog.

2010 Februari 21 10:50

Zolkharnain Abidin berkata...

Ir Izham Hashim,
Saya tidak melupai saudara. Malah dalam beberapa perjumpaan dengan kawan-kawan, nama saudara disebut. Saya setuju, biarlah orang marahkan kita hari ini. Mudah-mudahan ini menjadi sempadan kepada mereka yang akan datang. Perjuangan kita masih panjang. Allahu akbar.

2010 Februari 21 10:56

Akutaula berkata...

Bagi ana 'tanpa nama' dari golongan munafik, duri dlam daging,batu api,brsipat su'u dzhon.Kita berjuang untuk dunia kerna ALLAH dengan iklas.

2010 Februari 22 10:00

Paksu Ki berkata...

Teruskan bekerja mengikut kebolehan masing-masing. Setiap perbuatan kita dinilai oleh Allah tidak kira pemimpin, pengikut atau sapa2. Usah dijadikan blog sebagai laman untuk menegak perkara yang remeh temeh. Agenda kita belum selesai sehingga Al Quds tidak terbebas dari puak kuffar

2010 Februari 22 10:36

anafakir berkata...

Itulah hikmahnya hidup d dunia ni.Dah memang begitu pun lumrah dunia.Di huni oleh manusia yang pelbagaai sifat dan rupa perilaku.Ada yang setuju, ada yang menyokong, ada yang memfitnah, ada yang membuat tuduhan melulu, surat layang dan seumpamanya.Cuma bergantung kepada ilmu masing-masing la.Jika benar, benar lah, dapat imbuhan dari Allah, jika salah maka dia juga akan terima imbuhan yang setimpal dengannya.Jika dia bercakap dengan ilmu tetapi apa yang dicakapnya itu tidak benar, bathil dan fitnah, lagi besarlah imbuhan yang bakal diterimanya...sesiapa pun mereka, pemimpin, orang kecil jangan risau, balasan siap tersedia.Malaikat sentiasa mencatata dan tiada liquid-paper pun untuk memperbetulkan apa yang ditulis.Semuanya tercatat dan benar apa yang dicatat itu.

Cuma kalau benar kita memperjuangkan yang haq sepatutnya berani kerana benar.Berani untuk menonjolkan diri, berani mendedahkan identiti bukan berselindung dengana penyamaran.Selalunya yang berselindung itu orang yang penakut,bacul dan dayus sahaja.

Biar mereka yang berkaitan tu, bertaubat la.Jika benar apa yang ingin diperkatakan, cakap terus terang dengan bahasa yang penuh hikmah kerana teguran perlu bersifat membina dan mendidik jiwa yang mendengar.Namun jika diri sendiri masih belum terdidik dan belum insaf usahlah mencela orang lain.Jaga diri tu dulu betul-betul...itu yang terbaik.

2010 Februari 22 15:31