15 Nov 2013

Darurat Ditamatkan, Kaherah Kembali "Bernyawa" Di Malam Hari


Kaherah - Suasana jalan-jalan kota Kaherah yang sebelumnya sangat sepi seperti kawasan kubur di waktu malam, kini mulai kembali ramai, setelah Pemerintah Mesir menamatkan perintah keadaan darurat bermula malam tadi Khamis (14/11).

Keadaan darurat dan jam malam atau larangan keluar rumah di waktu malam itu dikuatkuasakan sejak 14 Ogos, atau bersamaan dengan pembubaran paksa aksi duduk pendukung presiden terguling Muhammad Mursi di Bundaran Rabiah Adawiyah dan Bundaran Al Nahdah di Kaherah.

Bundaran Rabiah Adawiyah yang sebelumnya ditutup sejak pembubaran paksa tersebut, kini dibuka kembali untuk lalu lintas umum.

Penguatkuasaan keadaan darurat itu menimbulkan pro dan kontra di Negeri Piramid tersebut.

"Penamatan keadaan darurat ini penting untuk menggerakkan kembali roda ekonomi," kata pemilik kiosk di kawasan Attaba, pusat kota Kaherah, Mohsen Reyad.

Sebaliknya Ahmed Serageddin yang mengaku sebagai pendukung kudeta, khuatir pencabutan keadaan darurat itu.

"Saya khawatir Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi menggunakan momentum ini untuk mengganggu keamanan yang mulai kondusif," katanya. Serageddin merujuk pada unjuk rasa pendukung Mursi yang terus dilancarkan di beberapa tempat di Kaherah dan berbagai provinsi meskipun jumlahnya pengunjuk rasa semakin berkurangan.

Kalangan antarabangsa terutama Amerika Syarikat juga telah berulang kali mendesak Mesir untuk mencabut keadaan darurat yang ditetapkan Presiden Adly Mansour tersebut.

Sebelumnya, pada Selasa kemarin pengadilan Mesir memerintahkan pengakiran keadaan darurat atas desakan beberapa kalangan masyarakat tempatan.

Namun, pasukan keselamatan kelihatan di beberapa tempat di kota Kaherah pasca pencabutan keadaan darurat tersebut.

"Keamaan harus terus diperketatkan untuk menjamin keamanan dan keselamatan masyarakat," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim yang bertanggangungjawab keatas pasukan polis.

Siling Wad Hospital Serdang Runtuh Kali Ke 4, Menteri Perlu Letak Jawatan!

Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi semalam.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang, berkata runtuhan kira-kira jam 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi tetapi tiada sebarang kecederaan dilapor. Gambar fail.

“Bahagian berkenaan sebelum ini dikosongkan untuk kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit dialihkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Memetik Malaysia Kini yang bersumberkan Bernama, usaha untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Hospital itu menelan belanja RM690 juta itu eroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Sebelum ini, kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan.

Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi.

Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama tetapi tidak ada yang tercedera. Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012.

[ANUGERAH TERTINGGI NEGARA] Najib, PM Paling Boros!


Najib, PM paling boros?

PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 bilion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM4juta sehari.

Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?

Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Oleh kerana wang RM7.2 juta ini wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya. Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini?

Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ia dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.

Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan "kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat.

Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi.

Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.

Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan.

Apakah kakitangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja?

Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik memberi khidmat perunding itu adalah dari luar negara atau sekurang-kurangnya dari Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan.

Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya?

Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya.

Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan pelbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara.

Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri. Bayangkanlah berapa puluh bilion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang? – shahbudindotcom


RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan


Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.

"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.

Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.

"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut.

"Lebih banyak ketelusan diperlukan.

"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta.

"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam.

"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan.

"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama.

Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu.
-TMI