1 Apr 2013

Buaya Negara?


Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!! -omakkau

[VIDEO] Nurul Izzah Mahu Saman SPR, Kemuka Surat Aduan Sebagai Bukti


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menyalahkan beliau sekiranya mengambil tindakan mahkamah.

Katanya, surat bantahan dan permohonan membatalkan senarai pengundi yang meragukan dalam bahagian Parlimen Lembah Pantai telah dihantar dan dicap terima oleh Nur Izdiyani, seorang pegawai kanan SPR pada 5 Mac lalu.

Demikian dakwa Nurul sambil menyifatkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak ada kredibiliti kerana menuduhnya mengambil tindakan mahkamah terburu-buru tanpa memaklumkan terlebih dahulu kerumitan itu kepada suruhanjaya itu.

Malah kata Nurul, surat itu juga telah difakskan oleh peguamnya iaitu Chooi & Company yang dihantar pada hari yang sama.

"Semua nama pengundi yang saya bantah bantah itu telah dikemukakan kepada SPR.

".... beliau tidak sepatutnya menyalahkan saya kerana menyaman SPR dalam hal ini walhal dalam surat itu saya turut menyatakan sekiranya SPR tidak beri jawapan bertulis dalam tujuh hari, tindakan mahkamah akan diambil," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Aziz pada Khamis lalu yang menafikan SPR tidak menerima surat daripada ahli parlimen itu yang mendakwa lebih 4,500 pengundi mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenal pasti manakala tiga pengundi pula telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Nurul Izzah mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan tegas ke atas Umno-Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai berhubung dakwaan menimbulkan keganasan politik sejak tahun lalu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR mendakwa biarpun pihaknya banyak kali membuat laporan polis beserta bukti pelakunya namun hingga kini tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka terbabit.

"Gangguan yang ditimbulkan Umno Lembah Pantai terhadap saya bukan saja keganasan berbentuk 'criminal intimidation', malah memperlihatkan tiada ada tertib berpolitik.

".... saya juga mendesak supaya menteri terbabit supaya lakukan sedaya mungkin dalam bidang kuasanya untuk pastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

Jelas beliau, lebih malang lagi apabila petugas dari pejabat pusat khidmat wakil rakyat kendaliannya menerima ugutan daripada sekumpulan samseng ketika mereka sedang bertugas di khemah PKR di Taman Sri Sentosa Utara, Khamis lalu.

Menurut Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Sentosa Utara, Siti Mariam Mohd Aly, sekumpulan samseng terbabit yang menaiki kereta waja itu yang dipercayai didalangi Umno Lembah Pantai.

"Saya dah buat kawat cam muka dan polis kata mereka ini geng tetak dan jual dadah.

".... pihak berkuasa kata mereka itu dikehendaki polis tapi banyak kalai polis cari namun tak temui, padahal mereka ada di situ," dakwanya.

Sehubungan itu, Nurul Izzah mendesak supaya semua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan politik matang dan baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Izzah Sanggah SPR, Kemuka Surat Aduan Sebagai Bukti


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyanggah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang makluman membatalkan senarai pemilih yang didakwa meragukan sebelum memfailkan permohonan semakkan.

Sebaliknya Izzah mendedahkan satu surat yang ditandatangani Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria bagi membuktikan bahawa pihak suruhanjaya telah menerima surat berkenaan.

Selain itu, surat peguam melalui Tetuan Chooi & Company turut diterima dan disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan SPR, Nur Ezdiani Rolen.

“Pembatalan nama-nama yang alamat berdaftarnya tidak lengkap atau tidak wujud terkandung dalam Rang-Rang Daftar pemilih Lembah pantai P121 yang mana semua nama yang kita bantah kita maklumkan kepada SPR.

“Kita sebut di perenggan terakhir sila maklumkan secara bertulis dalam masa tujuh hari dari tarikh di sini sama ada pihak tuan akan membatalkan nama-nama terkandung yang dilampirkan bersama surat.

“Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan atau jawapan yang tidak boleh diterima, kami telah diarahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tuan tanpa notis selanjutnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa soal tidak menghubungi SPR sebelum difailkan ke mahkamah dibangkitkan sedangkan pihaknya melakukan perkara berkenaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas,” ujarnya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan lebih 4,600 pengundi yang didakwanya meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam Parlimen Lembah Pantai.

Bekas Jenderal Dakwa Ada Penglibatan Politik ‘Luar Biasa’ Di Lahad Datu

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”

“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.

Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Datuk Seri Ridwan Serah Diri, Gambarnya Bersama Mukhriz Masih Jadi Tandatanya


Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.....BERNAMA



Lelaki paling dikehendaki rapat dengan anak Mahathir


Mohon anak Mursyidul Am Umno/BN Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir bantu pihak polis untuk jejak dan tangkap individu yang paling dikhendaki kerana dipercayai menyalur bantuan dana kepada teroris Sulu yang menyerang dan menceroboh Lahad Datu.

Kerjasama anda amatlah rakyat alu-alukan...

Sebelum ini, media melaporkan, polis sedang mencari seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' untuk membantu siasatan dalam Ops Daulat.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India


Terbaik !! dan Tahniah !! Rakan rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa.

Segalanya dilakukan secara terbuka,siang hari pulak tu.Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik.

Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13.Gantikan Umno dengan Pas,BN dengan Pakatan Rakyat.Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB











 Sumber gambar DISINI

Orang Yang Dicari Polis Itu Pernah Bersama Dengan Najib & Ahmad Maslan -updated


Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama





Ulasan GB

Siap dengan ayat "cover line" lagi:

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

Macam pernah dengar ayat itu. Oh ya: Menteri KDN, Hishamuddin sewaktu mula-mula kes Lahad Datu meletup pernah menyatakan "yang datang menceroboh itu bukan militan atau pengganas"...

Namun kebenaran akan tetap kebenaran dan apa yang GB nyatakan sebelum ini di dalam kes menteri-menteri bergambare dengan seorang penjenayah bernama papagomo nampaknya menjadi semakin benar

Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


,br>

[BONGKAR] K'jaan Terengganu Bayar Pertemuan Dengan Blogger UMNO Termasuk Papagomo?


Kuala Terengganu: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.

Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,

"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu,
" ujarnya.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012.

"Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media. -BO

Ulasan GB

GB meminta satu laporan polis dibuat oleh KAMI.

Setidak-tidaknya untuk tujuan rekod sekalipun besar kemungkinan polis tidak menyiasat hal tersebut (Ini kerana sebelum ini sudah ada laporan hubungan baik Ketua Polis Negara dengan si penjenayah itu, papagomo).

Namun sekalipun tiada tindakan polis buat ketika ini, kita akan pastikan tindakan dilakukan semasa PR memerintah nanti dan tindakan saman ke atas polis yang tidak mengambil tindakan ke atas laporan yang dilakukan juga akan dilakukan nanti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan yang bersalah pasti terhukum!