21 Okt 2013

Dulu Kalah Salahkan Cina, Sekarang Kalah Ali Rustam Nak Salahkan Siapa?

Keputusan pemilihan Umno tamparan buat Ali Rustam

Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).

Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya,"
katanya seperti dilapor akhbar itu. -mk


Kaum Cina langsung tak hargai jasa kerajaan – Ali Rustam


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.

Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

“Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

“Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.

Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata “biar masa menentukannya”.
– Bernama


ULASAN GB

Komain hebat Ali Rustam menyalahkan orang Cina kerana kekalahannya di dalam PRU13 yang lalu. Kini beliau kalah di dalam pemilihan UMNO untuk salah satu kerusi Naib Presiden. UMNO Melaka sendiri selain bahagiannya iaitu Bukit Katil, tidak memberikan undi kepadanya. Beliau nak salahkan siapa kali ini?

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.

Dicabul Bapa Mertua

Pemimpin NGO cabul menantu

TAMPIN - Seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini ditahan polis, minggu lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di Tanah Rancangan Jelai, Gemas, dekat sini pada 22 September lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 20-an itu baru saja berkahwin dengan anak pemimpin berusia 50-an itu dan suspek tinggal bersama di sebuah kediaman yang terletak di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi apabila mangsa yang berada di ruang tamu rumah dihampiri suspek yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri serta bahu mangsa.

"Suspek berbuat demikian kononnya untuk melihat kesan lebam dihadapi mangsa selepas terjatuh sehari sebelum kejadian berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian bangun dan menuju ke dapur, namun diekori suspek. Suspek kemudian bertindak lebih berani dengan memeluk mangsa dari belakang serta mencium leher mangsa beberapa kali," katanya.

Menurutnya, tidak selesa dengan kejadian itu, mangsa kemudian mengadu kejadian berkenaan kepada suaminya agar mencari jalan penyelesaian.

"Tapi, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya menyebabkan mangsa nekad menghubungi adiknya.

“Adik mangsa kemudiannya datang menjemput mangsa 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya satu laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu serta direman selama empat hari.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kita sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya.

Dalam perkembangan lain, Kooi Cheang berkata, pihaknya menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa mencuri dua tandan pisang di Kampung Londah, Gemas, baru-baru ini.

“Lelaki berkenaan seorang penganggur baru sahaja sebulan keluar dari penjara atas kesalahan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengugut.

"Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin untuk direman berhubung kes mencuri dua tandan pisang," katanya. -SH

1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!?

KDN Boleh Larang Penggunaan Perkataan Memudaratkan Keselamatan Negara - AG

KUALA LUMPUR: Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.

"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.

Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.

"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. -Bernama

ULASAN GB

Pelik bin ajaib!

Pertama, apakah perkataan ALLAH itu dianggap memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? Sebut nama ALLAH pun dikira memudharatkan keselamatan dan ketenteraman awam?

Kedua, yang terlebih pelik, pengharaman penggunaan perkataan ALLAH hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah Herald. Versi majalah tersebut di dalam bahasa lain boleh menggunakan perkataan ALLAH, dan bible Al-Kitab pun boleh. Apa kata para pejuang kalimah ALLAH sekalian? Okaykah macamtu

Mahasiswa Pro Mursi Kepung Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar


Ratusan mahasiswa anti kudeta di Universiti Azhar pada hari semalam Ahad (20/10/2013) telah mengepung pejabat rektor universiti tersebut, sambil meneriakkan slogan-slogan menentang dukungan rektor terhadap penggulingan presiden Muhammad Mursi oleh pihak tentera.

Pejabat rektor berubah menjadi tempat berkumpul beberapa demonstrasi yang dipentaskan oleh mahasiswa pro demokrasi dalam menyahut seruan dari gerakan protes ‘Mahasiswa Menentang Kudeta’.

Seorang saksi kejadian menyatakan ia dapat mencium bau gas pemedih mata dan boleh melihat mahasiswa melemparkan batu ke arah polis anti huru hara yang ditempatkan di luar gerbang universit, yang berada di pinggir kota Kaherah dan berhampiran dengan masjid Rabaa al-Adaweya.

Sebelumnya pada hari itu, kelompok mahasiswa telah menyerukan “pemberontakan besar” di Universiti Azhar.

“Revolusi kita menentang kudeta, pemerintahan tentera, ulama boneka militer dan pihak berkuasa universiti yang gagal,” kata kenyataan kelompok itu, merujuk kepada dukungan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa keagamaan negara yang mendukung pemecatan Mursi.

Pada hari Sabtu kelmarin, hari pertama belajar di Universiti Al-Azhar, puluhan mahasiswa melakukan aksi protes untuk mengecam kudeta militer terhadap presiden terpilih Muhammad Mursi.

Meneriakkan slogan-slogan anti militer, para mahasiswa membawa poster berwarna kuning dengan gambar empat jari yang melambangkan ikon ‘Rabaa’ sebagai bentuk solidariti dengan ratusan demonstran pro Mursi yang terkorban di dalam aksi kekerasan di kemah protes pro Mursi di Kaherah pada pertengahan Ogos lalu.

Kesatuan mahasiswa universiti Al-Azhar sebelumnya menyatakan bahawa pihaknya akan melakukan tindakan protes di kampus menentang penggulingan Mursi oleh militer pada bulan Julai lalu.

Kesatuan, yang didominasi oleh Ikhwanul Muslimin, menyatakan bahwa lebih dari 100 mahasiswa telah terkorban didalam aksi protes pro demokrasi di samping penahanan lebih dari 120 mahasiswa.

REKTOR AL AZHAR MELARIKAN DIRI DAN POLIS MENUTUP PINTU PEJABATNYA DENGAN RANTAI.

Suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah universiti terulung di dunia bilamana rektornya melarikan diri daripada taufan manusia para pendemo yang menolak rampasan kuasa tentera dan menuntut pemecatan beliau serta syeikh Al Azhar.

Pasukan keselamatan menutup pintu-pintu pejabat pentadbiran universiti, manakala pengawal keselamatan universiti menutup pintu-pintu utama dan berdiri di belakangnya.

Pelajar- pelajar Al Azhar di Kaherah telah berdemo pagi Ahad dalam demo yang cukup besar menolak rampasan kuasa tentera berdarah di mesir serta menyokong kesahtarafan "الشرعية".

Mereka menekankan akan mengadakan mogok umum dan menyeluruh hingga kembalinya kesahtarafan "الشرعية".

Disebabkan bilangan yang agak ramai pelajar-pelajar keluar ke jalan an-nasr di hadapan pintu masuk utama universiti berdekatan dgn bangunan fakulti dakwah beberapa meter sebelum Dataran Rabaah di hadapan kawasan penyembelihan minasoh lalu, menyebabkan pihak keselamatan merasa bimbang dan takut,lalu menyekat jalan tersebut dengan damai berduri dan menjadikannya kawasan tentera.
-fb prihatinmesir

Oral Seks, Boleh Atau Tidak Dalam Islam

Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami) diperbolehkan dalam Islam? Secara tegas dilarang, atau ada syarat-syarat dan batasan tertentu yang menjadikannya halal atau haram?

Ketiadaan nas yang sahih inilah yang membuat para ulama berbeda pendapat mengenai oral seks. Sebahagian ulama memperbolehkan kerana tidak ada dalil yang melarangnya.

“Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari mana saja kamu kehendaki” (QS. Al Baqarah ayat 223)

Namun, sebahagian ulama lainnya menghukuminya makruh atau melarangnya dengan beralasan menjaga kehormatan (muru’ah), oral seks menjijikkan, dan tidak termasuk menjaga kemaluan seperti ciri orang yang beriman: ’alaa furuujihim yuhaafidhuun..

Perbedaan pendapat ini dan semakin banyaknya pertanyaan tentang oral seks membuat para ulama muta’akhirin berijtihad dalam masalah ini lebih detail. Dari ijtihad itulah kemudian didapatkan fatwa seputar hukum oral seks ini.

Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Dalam buku Sutra Ungu, Abu Umar Basyir mengutip jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ketika ditanya tentang oral seks. Beliau menjawab, “Itu perilaku kurang bagus, namun hukumnya boleh-boleh saja.”

Fatwa Syaikh Mukhtaar As Sinqithi
Dikutip dari buku yang sama, Syaikh Mukhtaar As Sinqithi menyatakan mubah secara mutlak, karena hukum asal dari segala cara berhubungan seks adalah halal. Tentu catatannya, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Fatwa Syaikh As Saami Ash Shuqair
Menurut murid utama Syaikh Shalih bi Utsaimin ini, oral seks hukumnya mubah asal tidak sampai menjilat madzi. Jika sampai menjilat cairan najis itu, maka hukumnya haram. Meski mubah, Syaikh ini memberikan catatan: “hanya saja, kami merasa jijik (dengan oral seks itu)”.

Fatwa Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al Jibrin
Ketika ditanya oral seks, beliau menjawab, “Boleh, namun dimakruhkan. Karena asalnya suami istri boleh bersenang-senang satu dan lainnya, menikmati seluruh badan pasangannya kecuali jika ada dalil yang melarang. Boleh antara suami istri menyentuh kemaluan satu dan lainnya dengan tangannya dan memandangnya. Akan tetapi, mencium kemaluan semacam itu tidak disukai oleh jiwa karena masih ada cara lain yang lebih menyenangkan.”

Fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawi
Dikutip dari buku Bahagianya Merayakan Cinta, Syaikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa bahwa oral seks diperbolehkan dengan syarat menghindari madzi agar tidak terjilat atau tertelan, serta memperhatikan kebersihan mulut dan kemaluan karena jika tidak terjaga kebersihannya, terdapat potensi bakteri yang membahayakan kesehatan.

Kesimpulan:
Oral seks boleh dilakukan –khususnya untuk foreplay- dengan syarat tidak sampai menjilat madzi atau menelannya, menjaga kebersihan mulut dan kemaluan, dan disepakati oleh suami istri (tidak jijik salah satunya). Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]