23 Apr 2010

TGNA : Kerja Bodoh Dan Kebudak-budakan UMNO

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor. -mk

Perutusan Tuan Guru Buat Pengundi Hulu Selangor

“Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam”

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.
Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),

Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Harapan Baru Malaysia”
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

-blogtokguru


Kempen Hulu Selangor, Lucu Malah Memualkan

Benda lucu setiap kali pilihan raya
Oleh - Abd Jalil Ali

Setiap kali ada pilihan raya kecil, kita melihat beberapa kelucuan. Adat orang berkempen, terutama dalam pilihan raya kecil, kalau boleh hendak didedahkan apa sahaja keburukan calon atau parti lawan – termasuk hal-hal dalam kain, dalam kelambu, hatta dalam seluar dalam – yang bersifat amat peribadi.

Walaupun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan serangan peribadi ke atas mana-mana calon, pentas ceramah sepanjang kempen akan dihangatkan dengan sindiran, cemuhan dan maki-hamun terhadap batang tubuh calon.

Malah, sebahagian besar yang datang mendengar ceramah memang mengharapkan ada benda-benda dalam kain yang akan disingkap dan didedahkan. Mereka akan bertepuk tangan, bersorak, dan menjerit berapi-api. Soal betul atau tidak apa yang didedahkan, itu belakang kira!

Kalau kita perhatikan serangan demi serangan dalam kempen, kita melihat satu drama yang amat lucu. Setiap pihak mahu menuduh lawannya tidak betul, padahal pihak yang menuduh tahu dia sendiri pun tidak betul. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Pilihan raya memang penuh kelucuan.

Di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim diserang secara peribadi habis-habisan. Semua perangai-perangai tidak baik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjadi perencah yang digoreng dalam kebanyakan ceramah semasa kempen BN.

Calon PKR itu dikatakan berfikiran liberal, tidak berjiwa Melayu, kaki judi, kaki botol. Walaupun telah dinafikan dan dijelaskan oleh Zaid, benda-benda itu terus dibangkitkan dalam ceramah BN. Apabila Zaid kata dia telah bertaubat dan tidak minum lagi, ada pula yang menghujah apakah taubat Zaid diterima?

Arak dijadikan isu untuk menggambarkan calon PKR itu bukan orang baik. Memang, minum arak ditegah dalam Islam. Orang Melayu yang minum arak boleh dianggap tidak bermoral. Tetapi, ada sekian banyak orang dalam UMNO yang juga pernah – dan sesetengahnya masih – minum arak. Kalau tidak dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen pun orang boleh tahu siapa antara pemimpin UMNO yang kaki botol. Ertinya bukan Zaid seorang yang pernah minum arak.

Sama juga halnya dengan skandal. Ada risalah yang ditaburkan sepanjang tempoh kempen di Hulu Selangor, menunjukkan gambar Exco Selangor, Elizabeth Wong dalam pos yang agak mengghairahkan, di atas sofa dengan tubuh sedikit terbuka. Gambar itu pernah membangkitkan kontroversi kira-kira setahun lalu.

Risalah bergambar Elizabeth itu bertujuan memberitahu pengundi bahawa parti yang diwakili Zahid adalah tidak bersih sebab mengandungi orang yang berskandal seperti Elizabeth. Exco itu dulu telah mengakui beliau memang ada hubungan intim dengan seorang pemuda Melayu. Dalam pilihan raya kisah-kisah lama itu boleh dihidupkan semula untuk membangkitkan ‘ummph’ kempen.

Pada hal kalau hendak sebut skandal, apa bezanya Elizabeth dengan skandal orang lain dalam parti komponen BN? Apakah video seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak lebih teruk daripada gambar Elizabeth di atas sofa itu? Rakyat Malaysia yang melihat video itu boleh berpeluh dingin sambil menelan liur. Sama seperti Exco Selangor, bekas Menteri Kesihatan yang kini Presiden MCA itu juga pernah mengaku bahawa beliau ialah lelaki dalam video seks itu.

Apakah skandal hanya menjadi satu yang menjijikkan apabila dilakukan oleh Elizabeth, tetapi dianggap sebagai biasa sahaja jika yang melakukannya adalah seorang bekas menteri? Pilihan raya atau tidak, seks tetap seks! Orang PKR pun boleh mengedarkan risalah mengandungi gambar lucah pemimpin BN.

Satu lagi kelucuan yang biasa terjadi setiap kali pilihan raya ialah pada hari penamaan calon ada ramai yang datang untuk turut bertanding atas tiket bebas. Parti mendapati mereka tidak layak untuk dicalonkan tetapi mereka pula merasakan sudah cukup kuat untuk bertanding, kalau tidak menang pun boleh kacau undi.

Lucunya ialah apabila telah diisytiharkan sebagai calon, mereka mengumumkan pula untuk menarik diri. Biasalah, kalau tidak ditanya wartawan pun orang-orang ini akan berkata benda yang sama: “Saya menarik diri atas kerelaan, tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.” Dan diikuti satu lagi kenyataan stereotaip yang paling lucu: “Saya tidak dibeli, dan tidak menerima apa-apa habuan!” Kenapa perlu sebut itu?

Ada lagi kenyataan yang amat biasa setiap kali pilihan raya, termasuk di Hulu Selangor. Kata-kata dengan wajah sempoi di depan kamera TV itu lebih kurang begini bunyinya: “Saya telah bosan dengan pucuk pimpinan parti. Saya tidak sanggup lagi untuk digula-gulakan oleh pemimpin yang hanya mementingkan peribadi!”

Itu adalah kata-kata stereotaip lagi lucu daripada mereka yang meninggalkan setiap kali ada pilihan raya. Mereka sengaja memilih keluar parti musim pilihan raya, sebab pasti gambar boleh masuk TV dan surat khabar. Boleh popular sekelip mata, walaupun hanya sementara. Kerap juga mereka mengulangi kata-kata keramat yang stereotaip itu: “Saya tidak dibeli!” -SH

Najib Pengecut Yang Bersembunyi Di belakang Zul Dan Zahrain

Ketua Pembangkang mencabar Perdana Menteri supaya menjadi anak jantan dan tidak menggunakan taktik jahat memfitnah beliau dan KEADILAN dengan menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan dakyah serta menghentikan membuat kenyataan palsu untuk mengelirukan rakyat.

Dalam satu kenyataan beliau hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amat memalukan bagi Datuk Seri Najib Razak bersembunyi di belakang pengkhianat parti seperti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin untuk mencapai cita-cita politiknya.

"Kalau Najib ada sesuatu yang ingin dikatakan sampaikannya seperti anak jantan. Amat memalukan menyorok disebalik pengkhianat sepeti Zahrain dan Zulkifli.

"Saya sudah mendakwa Najib secara terbuka mengenai pembabitannya dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan beliau menjawab isu pembunuhan Altantuya dan berderet lagi isu yang menghantui negara dan rakyat.

"Najib harus menjawab dakwaan ini daripada melibatkan diri dalam gosip liar dan menyebarkan fitnah," kata Anwar.


Anwar dares Najib to reveal all

Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) today challenged Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to reveal the “secrets” Najib had apparently found out about Anwar and PKR.

In a stinging rebuff to Najib’s remarks made two days ago, Anwar told the PM to cease “casting aspersions” on his character and PKR through devious tactics and lies.

“Stop making insinuations. If Datuk Seri Najib has something to say, then be man enough to say it.

“It is very demeaning for a leader of a political party, let alone the prime minister, to hide behind turncoats like Zahrain and Zulkifli,” said Anwar, referring to Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim and Zulkifli Noordin, two former PKR MPs who have recently become independents.

In a statement sent to The Malaysian Insider, the Opposition Leader argued that Najib had been on a character assassination campaign against him and PKR ever since the start of the Hulu Selangor by-election campaign.

“Stop casting aspersions on my character and the party through such devious tactics, including employing the resources of the government machinery to disseminate lies and slander,” said Anwar.

In a ceramah two nights ago, Najib issued a coy warning to his rival Anwar, claiming he now knew “everything” about the latter and PKR.

He alleged that independent MPs, Zahrain and Zulkifli had exposed everything to him during recent their trip to the United States for the Malaysia-US caucus.


“PKR is now in a state of discord because we know all their secrets. In my visit to Washington, two independent MPs followed me — Zahrain and Zul.”

“At night, after an official function, he came to my room and exposed all the stories. Now, I know the entire story.”

“Everything, right down to the underwear, too. I know everything now,” Najib had said.

He also claimed that the opposition were constantly “covering up the truth”, but did not elaborate on the matter.

Zahrain and Zul were among the four MPs from PKR who had exited the party to become independents recently.

Both had subsequently dropped bombshells in Parliament when they exposed Anwar’s supposed Sept 16 takeover plan and a ploy to link Najib to the murder of Mongolian model, Altantuyaa Shaaribuu.

Anwar, in turn responded today by pointing out that the various accusations hurled at the Prime Minister had yet to be answered and accused Najib of failing to address all the unanswered questions.

“I have already openly accused Datuk Seri Najib of being tainted with the Scorpene corruption scandal and the failure to deal with all the unanswered questions in the Altantuya murder, not to mention the other issues plaguing the nation and the people,” said Anwar.

According to the PR leader, Najib is currently resorting to spreading rumours, instead of tackling serious matters like answering all the allegations levelled at him.


“Datuk Seri Najib should answer them instead of indulging in scurrilous gossip and rumour mongering,” Anwar stated.

Personal attacks between BN and PR have intensified over the past week, as the country heads into its latest by-election in Hulu Selangor. Candidate hopefuls Datuk Zaid Ibrahim of PKR has been accused of having low morals due to his admittance that he drank alcohol in the past while MIC candidate P. Kamalanathan has been labelled as an Umno lackey, and has also had his academic credentials challenged. -TMI


Walau Apapun Keputusan Hulu Selangor, Yang Kalah Sebenarnya Ialah Najib Dan Muhyiddin

Saya kira tidak pernah di dalam mana-mana Pilihan Raya - baik PRU mahupun PRK - serangan terhadap peribadi calon dilakukan secara terang-terangan. Jika selama ini, walaupun ulah sebegini sering terjadi yakni serangan memburuk-burukkan calon lawan berlaku yang bersifat peribadi, namun skalanya tidaklah secara terang-terangan tetapi lebih bersifat "bisik-bisik" atau berupa surat layang.

Manakala PRK Parlimen Hulu Selangor (PRKP HS) yang sedang berjalan rancak hari ini memperlihatkan wajah atau citra UMNO/BN yang begitu memualkan; nampaknya serangan yang bersifat peribadi atas isu akhlak dan moral dihalalkan oleh pemimpin UMNO tanpa had.

Panglima-panglima UMNO seperti Khir Toyo, Ali Rustam, Muhyidin Yassin dan yang lainnya seolah-olah dirasuk palung mendendangkan isu akhlak atau moral Zaid Ibrahim dengan pelbagai tuduhan - kaki botol, womaniser, kaki judi dan pelbagai lagi - secara terang-terangan, tanpa segan-silu. Demi sebuah kemenangan mungkin, maka UMNO/BN sanggup "stoop too low" tanpa menghiraukan etika dan adab (bukankah salah satu rukun di dalam Rukunegara ialah "kesopanan dan kesusilaan?).

Media perdana, baik bercetak mahupun televisyen memaparkan isu akhlak Zaid Ibrahim tanpa taranya. Kesemua ini guna untuk mengolah persetujuan rakyat/pengundi bahawa calon KEADILAN punya akhlak yang jelek dan menjijikkan. Sasaran utama mereka ialah para pengundi Melayu Muslim yang merupakan pengundi majoriti di situ.

Pun begitu, propaganda hitam seperti ini bukanlah perkara baru. Jika ditelusuri sejarah akan dapat kita fahami bagaimana propaganda yang bersifat serangan peribadi ini dilakukan; Dato Bahaman, Mat Kilau, Imam Perang Rasu, Dato Maharajalela, Si Putum, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi pejuang dilabelkan sebagai PENDERHAKA kepada Sultan.

Malah penjajah (dan anak murid penjajah) akan memberikan alasan yang begitu sepele untuk mengolah persetujuan ramai bahawa faktor para Pahlawan bangsa ini bangkit berjuang di atas alasan yang bersifat peribadi yang begitu menjelekkan. Kerana itulah kita diberitahu alasan perjuangan Pahlawan bangsa ini kerana mahu memelihara hamba atau kerana tidak lagi boleh mengutip cukai dan 1001 tuduhan. Tidak pernah mereka (dimaksudkan dengan para sejarawan barat dan anak muridnya yang masih ada hingga kini) para Pahlawan bangsa ini dikatakan berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Maka atas kalimat PENDERHAKA kepada Sultan, propaganda penjajah berhasil mengolah persetujuan rakyat ketika itu untuk tidak berpihak kepada Dato Bahaman dan yang lainnya.

Sewaktu Perang Dingin khususnya di era Darurat (dari sudut perundangan Malaysia tidak pernah sehingga ke hari ini diistiharkan bebas dari Darurat) propaganda tentang kejahatan Komunis diuar-uarkan. Cukup dengan tuduhan tanpa asas bahawa seseorang itu merupakan agen komunis atau penyokong komunis atau simpatisan atau berjuang di atas ideologi komunis atau dituduh komunis memungkinkan kebebasan dan hak asasi individu tersebut tercabut dan dihalalkan untuk dikurung tanpa bicara di Kamunting atau tempat tahanan yang lain baik di Malaysia mahupun Singapura.

Lihat sahaja pengalaman Syed Husin Ali yang dicatatkan di dalam bukunya, Two Faces / Dua Wajah atau kisah Pak Said Zahari (gambar kiri) pengalaman beliau di Singapura. Kedua-duanya ditahan di bawah ISA yang zalim itu antaranya atas tuduhan komunis. Rakyat yang saban waktu dicuci otak dengan propaganda buruk tentang komunisisme (tanpa tahu atau faham apa itu komunisme) menerima segala yang dinyatakan oleh kerajaan seadanya. Ertinya di kurun waktu tersebut akibat propaganda sedemikian rupa maka fikrah rakyat sudah diolah bahawa sesungguhnya ada justifikasi di atas penahanan inidividu di atas kalimat komunis.

Pengalaman yang sama dialami oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau dilanyak tanpa ampun oleh media dan alat kerajaan seawal bulan September 1998 (dan berterusan hingga ke hari ini); propaganda sengit yang menyerang peribadi Anwar Ibrahim dibuat sebegitu rupa guna untuk mengolah persetujuan rakyat yang sekali gus untuk menghalalkan fitnah terhadap beliau. Malangnya, kali ini propaganda jelek UMNO/BN tersasar, rakyat tidak mempercayai segala tuduhan dan fitnah keji itu. Propaganda jelek ke atas Anwar Ibrahim akhirnya memakan diri UMNO/BN sendiri apabila rakyat bangun dan membuat pilihan.

Kali ini sasaran mereka ialah Zaid Ibrahim. UMNO tahu Zaid Ibrahim punya tampang dan kaliber dan ini meresahkan mereka. Kerana takut berdepan sebagai anak jantan, berdebat soal prinsip dengan bijaksana maka UMNO mengambil pendekatan yang benar-benar tidak beretika dan beradab dengan menyerang peribadi serta mempersoalkan akhlak Zaid Ibrahim.

Tentunya yang menjadi lelucon ialah pemimpin UMNO yang membantai Zaid Ibrahim itu bukan pula yang berakhlak mulia! Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka juga punya isu moral yang dipersoalkan. Pun begitu mereka ini - Khir Toyo, Ali Rustam dan yang lainnya - mempamerkan muka tebal mereka seolah-olah mereka punya akhlak par excellence dan maksum. Saya tidak punya perkataan yang lebih lunak selain dari hipokrit!

Pada masa yang sama, saya cenderung menilai permainan propaganda jelek ini dari sudut perebutan kuasa dalaman UMNO. Najib dan Muhyidin Yasin dilihat bukanlah gandingan yang punya chemistry; malah di dalam banyak perkara Muhyidin dilihat menjarakkan dirinya daripada Najib. Sudah menjadi rahsia umum Muhyiddin khabarnya sedang menyusun kekuatan beliau untuk mengambil alih tampuk kekuasaan daripada Najib.

Saya beranggapan Muhyiddin Yassin tidak naif apabila memberikan lampu hijau kepada jentera UMNO/BN membangkitkan isu akhlak Zaid Ibrahim. Tentunya beliau mendapat nasihat serta pandangan menyeluruh dari pakar perang saraf UMNO/BN sebelum beliau memilih opsyen untuk menyerang peribadi Zaid Ibrahim. Dan tentunya Muhyidin menyedari bahawa sebarang serangan peribadi khususnya isu akhlak akan ada serangan balas atau repercussion daripada Pakatan Rakyat.

Dan inilah yang terjadi-apa yang diharapkan oleh Muhyidin menjadi-serangan balas daripada jentera PR tentunya membabitkan persoalan moral beberapa pemimpin UMNO khususnya batang tubuh Perdana Menteri/Presiden UMNO, Najib Razak. Najib Razak yang sudah sekian lama sememangnya dilihat sebagai pemimpin utama UMNO yang punya banyak baggage dan jerangkung di dalam almari.

Sekadar menyebut beberapa contoh, daripada isu Altantuya yang tidak kunjung padam malah kembali dihangatkan gara-gara perang saraf Muhyidin hinggalah kepada skandal pembelian pesawat pejuang, kapal selam dan yang lainnya. Malah turut dikaitkan dengan isteri beliau Rosmah Mansor. Pengakuan PI Bala khabarnya diterjermahkan ke bahasa Melayu untuk diedarkan. Lihat juga siri serangan balas melalui foto-foto dan tulisan-tulisan yang mengaitkan Najib dengan pelbagai persoalan akhlaknya.

Sepupu Najib, Hishammuddin turut menjadi "mangsa" propaganda hitam akibat dari ulah Muhyiddin ini. Betapa foto-foto lama (menurut Hishammuddin sendiri sudah lebih lapan tahun berlegar di dunia maya) yang tentunya menimbulkan persoalan tentang moral beliau dimuat turunkan daripada internet. Begitulah sedikit sebanyak gambaran yang boleh diberikan.

Saya menyebut Muhyidin tentunya tidak naif apabila memberikan lampu hijau kempen memburuk-burukkan Zaid Ibrahim dihalalkan. Dan Muhyiddin punya wewenang untuk menghalang serangan peribadi dari dilakukan tetapi beliau tidak mengambil pilihan itu. Beliau tidak naif kerana pastinya mengetahui atau sekurang-kurangnya dapat meramalkan tentunya akan ada serangan balas yang akan disasarkan ke arah batang tubuh PM ketimbang lain-lain pemimpin UMNO/BN.

Propaganda yang baik ialah yang tidak ada tindakbalas yang merugikan!

Pada hemat saya, walau apa pun keputusan PRK Hulu Selangor,yang benar-benar kalah ialah Najib Razak dan pemimpin UMNO lainnya. Buat pertama kali,saya kira, "free for all" berhubungkait dengan isu akhlak PM dan pemimpin BN lainnya diperkatakan secara terbuka dan tentunya aliran informasi yang "counter" propaganda UMNO itu menyebabkan ada makcik FELDA yang selama ini tidak mengetahui mengenai "kebejatan" moral pemimpin UMNO mula mempersoalkan integriti dan akhlak PM dan pemimpin UMNO/BN lainnya.

Tahniah kepada Muhyidin Yassin di atas inisiatif ini.

*Artikel ini ditulis oleh Ahmad Nizam Hamid, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Temerloh Pahang dan Penasihat Undang-undang KEADILAN Pahang. Artikel ini telah disiarkan oleh Merdeka review yang diambil dari blog Lanai Lestari.

Umno Nak Tunjuk Alim Di Hulu Selangor

Umno yang sebelum ini tidak pernah membicarakan tentang akhlak nampaknya memperlihatkan sikap warak pada pilihan raya kecil Hulu Selangor malah menjadi terlalu warak daripada dulu kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita lihat Umno sebelumnya dan di Hulu Selangor, mereka dah menjadi terlalu warak selalu bercakap soal akhlak sehingga cakap mahukan calon yang bermoral tidak minum dan judi.

"Apa Umno baik sangat ke, siapa yang tidak minum arak dalam Umno, saya cabar Umno untuk buktikan siapa yang tidak minum. Mereka ini sebenarnya sudah kehabisan idea sehingga sanggup menggunakan isu minum arak. Tuduhan mereka itu sebenarnya terkena kepada mereka sendiri sehingga ada pemimpin mereka terpaksa menafikan penglibatan mereka.

"Unmo nak cakap tentang moral dan akhlak, cuba lihat dulu Presiden MCA apakah yang dia dah buat itu yang nak dibanggakan, bermoral ke kelakuan sebegitu. Ini lah Umno bila terkena pada mereka senyap tak boleh nak cakap apa tapi kalau orang lain riuh sekampung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu ketika berucap di Felda Gedangsa Rabu lalu.

Beliau juga menjelaskan Datuk Zaid Ibrahim adalah calon yang paling layak untuk mewakili rakyat di Hulu Selangor kerana beliau adalah seorang yang berpendirian tegas.

"Zaid Ibrahim yang saya kenali adalah seorang yang berprinsip dan juga berpendirian tegas, kita nampak kesungguhan dia untuk membela rakyat. Beliau menentang undang-undang yang zalim diamalkan, sanggup mengorbankan kepentingan peribadi kerana tidak puashati dengan tindakan yang dikenakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Calon sebeginilah yang kita mahu untuk mewakili rakyat bukannya seperti calon dari Barisan Nasional yang tidak ada rekod apa-apa baktinya kepada rakyat, kalau MIC dah tentu kita tahu mereka hanya tahu cakap sahaja," sambungnya lagi.

Husam yang mahu peneroka Felda bangkit dan sedar apa yang telah Umno-BN telah lakukan selama ini.

"Saya menyeru agar pengundi di kawasan Felda bangkit dari kesedaran dengan apa yang telah berlaku sebelum ini semasa pemerintahan Barisan Nasional. Zaid adalah calon terbaik untuk peneroka Felda kerana beliau dapat menyelesaikan masalah yang terdapat di Felda," jelasnya lagi.

Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.

Berbanding dengan calon BN, P Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut

Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan. -SK

Kempen BN Makan Diri

Tindakan Barisan Nasional (BN) memainkan isu arak sepanjang kempen pilihan raya hanya akan menjerat diri sendiri, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, beliau percaya lebih daripada sebahagian pemimpin parti itu juga terbabit dalam perbuatan sama, bagaimanapun menafikannya.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Lim Kit Siang mengatakan isu arak akan memakan diri UMNO sendiri.

“Setakat ini sahaja, beberapa pemimpin kanan UMNO menafikan mereka minum arak, saya percaya sehingga hari pengundi 25 April (Ahad) nanti, lebih ramai akan menafikan perkara sama,” katanya dalam ucapan Ceramah Perdana di Padang Awam dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia berdepan dengan pemimpin UMNO dan BN mengenai isu ini dan mendedahkan senarai pemimpin mereka yang terlibat.

“Jika kami dapat buktikan mereka terlibat, saya mendesak mereka melepaskan jawatannya dengan segera sekiranya pemimpin UMNO masih menggunakan sejarah masa lalu kononnya Zaid bersikap buruk kerana kaki arak, kalau kaki arak ini dan arak menjadi ukuran,” katanya.

Hussam berkata, Zaid jauh lebih berani berhadapan dengan serangan yang dilakukan, dan membuat pengakuannya yang kini bersih daripada amalan negatif itu.

“Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin UMNO sedangkan mereka ini masih 'minum' sampai hari ini.

“Ini tidak bagi Zaid, beberapa bulan lepas beliau ke Makkah bersama isterinya bagi mengerjakan umrah, baru tiga bulan lepas kalau tidak silap saya.

“Sudah tentu sebelum mengerjakan umrah, saya yakin beliau sudah bertaubat atas semua kesilapan masa lalunya,” katanya. -SH

Si Mahafiraun Yang Hipokrit

Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan mengejut dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor malam tadi, walaupun minggu lalu mengatakan tidak akan berkempen di sini, mengibaratkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim sebagai “katak.”

“Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang... kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.

“Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu,” kata bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

“Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni,” kata Dr Mahathir (gambar) lagi.

Beliau berceramah untuk membantu BN di Serendah di sini malam tadi.

Kata Dr Mahathir, calon BN P. Kamalanathan, yang turut hadir pada ceramah tersebut pula merupakan calon yang bersih, fasih berbahasa Malaysia dan faham akan kehendak rakyat.

“Tak susah, cuma pangkah sahaja, pangkahlah calon BN.

“Jangan fikir panjang, tak ada yang lebih baik dari BN untuk memerintah negara ini,” katanya.

Beliau juga yakin tampuk pemerintahan negara akan dapat mengembalikan kegemilangan BN seperti yang dikecapi sebelum pilhan raya umum 2008.

Bercakap pada sidang media selepas ceramah tersebut yang dihadiri lebih 500 orang, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingin orang tahu yang beliau akan berkempen di Hulu Selangor.

“Sebab itu bila orang tanya saya, saya cakap saya tak pergi berkempen, tetapi sebagai penyokong setia BN saya membuat keputusan untuk datang juga,” katanya.

Pada 16 April lalu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan turut serta dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor walaupun namanya sering ditimbulkan dalam ceramah oleh kedua-dua pihak yang bertanding.

“Saya tidak akan pergi berkempen, tapi jika ada pihak yang hendak gunakan nama saya untuk menang atau kalah pada pilihan raya kecil nanti, itu terserah kepada mereka, saya tak kisah,” katanya.

Dr Mahathir pernah berkempen untuk calon BN pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah yang diadakan pada hari yang sama April 2009.
Discover the New Dell™ Studio 14 at PIKOM PC Fair 2010!

Kedua-dua kerusi itu dimenangi calon Pakatan Rakyat.

Pengundian berlangsung Ahad ini.

Dalam ucapannya malam tadi juga Dr Mahathir meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya memilih BN.

Bekas perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di sini.

“Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, “ katanya.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu.

“Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Dia Mahafiraun yang hipokrit.

Dia menuduh Zaid sebagai katak. Hanya baru beberapa minggu si Mahafiraun ini bersama-sama sepentas dengan Raja Katak.

Dia menutup mata apabila di dalam UMNO dan BN kini telah penuh sarat dengan katak-katak... daripada dewan undangan negeri ke Dewan Rakyat.

Sibuk dengan "dosa-dosa" orang lain, lupa melihat dosa-dosa diri sendiri dan anak-anaknya.

Hey Mahafiraun, anak siapa yang telah dilantik jadi Pengarah Syarikat Arak terbesar di Philipina, San Miguel Brewery Inc. yang bernama Mirzan itu? Bukankah itu anak kamu?

Dan kamu hipokrit darjah tertinggi, baru kelmarin kamu kata kamu tidak akan turun berkempen, tapi kemudian kamu mengubah pendirian kamu untuk turun ke Hulu Selangor menjilat ludahmu... Dasar lidah tidak bertulang... sikap inilah sikap kamu yang sebenarnya sejak dulu sewaktu kamu menjadi PM 22 tahun lamanya.

Kamu memecat sekalian hakim yang tidak seiring dengan nafsu dan kehendak kamu termasuk memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Zaid Ibrahimlah yang kemudiannya mengusahakan pampasan diberikan kepada hakim-hakim yang kamu pecat.

Dasar mahazalim kamu tetap terpahat dalam sejarah negara.

Dan kehadiran kamu tidak membawa kebaikan sedikit pun kepada BN ke Hulu Selangor sepertimana turunnya kamu berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimana BN kecundang sekalipun kamu gah berkempen untuk calon-calon BN di sana.

Bertaubat dan kembalilah kepada Tuhanmu dengan aman.


Khairy Digesa Jadi Anak Jantan Mengaku Minum Arak

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat pengakuan secara 'gentleman' mengenai dakwaan bahawa beliau pernah meminum arak seperti mana paparan sekeping foto di internet (gambar) yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman mengandungi alkohol di meja mereka.

Naib Presiden PAS Pusat itu juga mengkritik keengganan Ahli Parlimen Rembau itu yang menafi sekeras-kerasnya ketika diserbu wartawan di lobi Parlimen semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyiaran foto yang dimaksudkan itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Khairy bersama pemimpin Barisan Nasional berani menghadapi kenyataan bahawa isu ini telah memakan diri mereka sendiri.

"Kalau mereka bersedia untuk bermain serangan secara peribadi, jadi seharusnya mereka berani untuk tampil dan bukannya lari untuk menghadapi kenyataan.

"Bila kita menyatakan satu-satu fakta seperti mana yang dipertikaikan calon BN di Permatang Pasir ada kes pecah amanah kita ada bukti dan perkara itu memang kita merasakan bagi seorang pemimpin tidak boleh melakukan pecah amanah.

"Dia nak main isu peribadi tentang minum arak tetapi bila kita kemukakan bukti-bukti mereka haruslah sanggup menghadapinya bukannya lari daripada kenyataan. Dia perlu bertanggungjawab di atas isu yang dimainkan itu.

"Sekarang, maknanya isu ini dah makan tuan, kalau nak bermain dengan kita (Pakatan), kita bersedia, tetapi kena berani untuk menghadapi kita secara anak jantan," katanya kepada Suara Keadilan.

Semalam, ketika ditanya wartawan mengenai foto berkenaan, Khairy merengus dengan memberikan jawapan, "Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu? Saya tidak minum," katanya. -SK