10 Mei 2009

ISU Nizar-Zambry : Hee Yit Fong Mencemari Dewan

Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu.

Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak. Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ' duluan' seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut .........

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009. -suaraperak

UMNO BN Memang Tidak Ikhlas Tangani Krisis Perak

Saranan PM Najib Abdul Razak supaya BN dan Pakatan bekerjasama menyelesaikan Krisis Perlembagaan Perak adalah saranan tidak ikhlas kerana dalang kemelut di negeri itu adalah BN sendiri.

Demikian dinyatakan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang menjelaskan tidak timbul soal kerjasama atau kerajaan campuran kerana Najib sendiri yang memulakan rampasan kuasa sehingga menimbulkan krisis politik di Perak.

Chang mengulas kenyataan Najib yang berkata kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran

Chang menyatakan apa yang perlu ialah persetujuan Najib untuk bubarkan DUN Negeri Perak supaya rakyat diberikan hak dan mandat untuk menentukan kerajaan yang hendak dipilih.

ADUN Teja itu merupakan ADUN yang membawa usul supaya DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya sewaktu persidangan di bawah pokok Februari lalu.

"Saya rasa Najib tidak ikhlas kerana kudeta ini memang dirancangkan oleh UMNO Barisan Nasional sendiri, jika mereka hendak selesaikan krisis ini dengan baik, mereka tak patut rancang kudeta ini," kata beliau.

Menurut beliau pakatan rakyat tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan BN dan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat, namun beliau kesal BN kembali kepada taktik permuafakatan yang sering digunakan apabila gagasan pemerintahan itu tersepit dengan jenayah yang telah mereka lakukan.

"Satu cara penyelesaian untuk masalah ini yang kami nampak ialah bubarkan DUN," tegasnya.



UMNO Berperwatakan Zionisme ( 24 PROTOCOL OF ZION)

Kenapa aku berkata bagitu? "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Selagi UMNO menggunakan istilah ini selagi itu mereka menjadi pendukung kuat IDEOLOGI ZIONIS.....

Kepada semua bacalah 24 PROTOKOL ZION. dan amati betul2....... sesiapa yang menyokong Israel juga adalah zionist... sama ada mereka beragama islam, keristian, hindu, buddha.... jika mereka berpegang kepada prinsip zionis..... mereka adalah zionis.

Zionis merancang untuk membawa keluar orang yahudi dari Eropah. Ada pendapat juga perancangan zionist christian dan nazi german untuk menghapuskan yahudi di sana. Protokol zion ini menjadi satu inspirasi kepada zionist. Bangsa yahudi di gunakan untuk menjaga kawasan palestin kerana golongan zionis ini mengangap sesuatu akan muncul dan membantu mereka mengalahkan ISLAM....

Protokol 1 : Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat yang menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol 2 : Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negeri terdiri daripada oramg-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi mengerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap yang bernyawa di kalangan Yahudi berharga 1,000 orang bukan Yahudi.

Protokol 3 : Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi , sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa memasuki PASUKAN KITA iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan (bangsa bukan Yahudi) tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itu senanglah bagi yahudi memperhambakan mereka.

Protokol 4 : Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis dari hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol 5 : Kalau muncul orang-orang yang bijaksana dari kalangan bukan Yahudi, mereka tidak akan dapat mengatasi bangsa Yahudi. Ilmu sains, politik dan ekonomi rekaan orang Yahudi yang bijak memberi taraf yang tinggi kepada modal. Untuk menjamin public oponion kepada Yahudi, bangsa Yahudi mestilah membingungkan mereka dengan memberikan pelbagai pendapat yang saling bertentangan. Akhirnya mereka mengambil keputusan tidak mencampuri urusan politik kerana politik hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. Inilah rahsia yang pertama.

Protokol 6: Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat berbuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar di kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa yang bukan Yahudi mesti dipatuhkan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol 7 : Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia .

Protokol 8 : Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan ahli-ahli bank, jutawan dan usahawan.

Protokol 9 : Yahudi akan mendirikan KERAJAAN DIKTATOR dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas , iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol 10 : Yahudi akan membawa masuk racun liberisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.

Protokol 11 : Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai SERIGALA dan bangsa lain sebagai KAMBING. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai satu kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Protokol 12 : Yahudi akan mengubah pengertian tentang KEBEBASAN atau KEMERDEKAAN dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau diberikan oleh undang-undang. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Ia penting supaya menjadi alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol 13 : Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukan di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol 14 : Para filosuf mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 15 : Bila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas-kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dibubarkan dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu mesti didirikan sebanyak-banyaknya FREMASONIC LODGE iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.

Protokol 16 : Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membina para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi) .Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol 17 :
Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan . Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol 18 : The King of Jew akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya kegiatan-kegiatan untuk menentang Yahudi.

Protokol 19 : Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang membunuh dan lain-lain kesalahan yang hina. Orang ramai akan memandang kesalahan-kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan berasa benci kepada mereka yang melakukannya. (paling banyak di amalkan di malaysia)

Protokol 20 : Bank Yahudi International akan memberi pinjaman kepada bangsa yang bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian merupakan lintah yang melekat pada badan. Bank Yahudi akan membiarkan lebih banyak lintah yang melekat hingga akhirnya mereka mati kerana kehilangan darah yang terlalu banyak. Ekonomi akan lumpuh bila hutang melekat.

Protokol 21 : Yahudi menggantikan pasaran wang institusi hutang kerajaan di mana tujuannya untuk meletakkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan kepada pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau memberi sebanyak itu juga. Dengan cara inilah perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol 22 : Untuk mencapai tujuan yang baik, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Kekuasaan bagi Yahudi kerana BERKUASA PENUH dalam rangka meletakkan dunia di bawah pemerintahannya. Di tangan Yahudilah terletak pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol 23 : Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meninggikan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia iaitu setia pada Yahudi. INI (ANTI SEMATICSM)

Protokol 24 : Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok-belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sifat keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi ). -selumbarkayu

Uthaya Tolak Syarat Yang Dikenakan Kerajaan UMNO BN

Baki tiga lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, M Manoharan dan T Vasanthakumar - dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting hari ini, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

Vasanthakumar, setiausaha organisasi Hindraf yang telah diharamkan, adalah yang pertama dibebaskan dari kem tersebut.

Beliau dilihat turun dari van kem tersebut pada jam 2.05 petang dan menaiki sebuah kereta Proton Saga yang berkemudiannya bertolak menuju ke ibunegara.

Pembebasan Vasanthakumar itu dianggap sebagai hadiah hari ibu kepadanya ibunya, Manomani, 62.

Kira-kira setengah jam kemudiannya, Manoharan dilihat keluar dari kem tersebut dalam sebuah lagi kereta Proton Saga.

Kemunculan beliau disambut dengan laungan "Makkal Sakthi" (kuasa rakyat) dari sekumpulan kecil penyokong Hindraf di luar kem tersebut.

Kira-kira 100 orang yang berhimpun di luar kem tersebut menyambut pembebasan mereka dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan.

Uthaya tolak syarat pembebasan

Pada jam 2.55 petang, Uthayakumar muncul dan mengadakan sidang akhbar di pintu kem berkenaan.

Menurut Uthayakumar, beliau enggan menerima syarat-syarat pembebasannya, termasuk larangan berucap di majlis awam.

"Pada jam 9 pagi, pihak berkuasa penjara memaksa menandatangani syarat pembebasan, tetapi saya enggan.

"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa saya harus tandatanganinya? Saya mahu dibebaskan tanpa sebarang syarat," katanya.

Akhirnya, mereka membebaskan Uthayakumar tanpa menandatangani perjanjian tersebut.

Pada jam 3.20 petang, pihak berkuasa kem tersebut mengetuai sekumpulan penyokongnya menuju ke sebuah kuil dekat Kamunting untuk bersembahyang.

Beliau kemudiannya betolak balik ke Kuala Lumpur.


Zambry Bengang Media UMNO Pun 'Menggelapkan' Dia

Ataupun dia tidak menyedari yang dia sememangnya gelap?

Gambar serta rakaman video lebih tepat daripada tulisan-tulisan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Zambry mahupun kesemua media di Malaysia melaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh umno dan bn tetapi bukan semua media sanggup menggadaikan maruah dan prinsip kewartawanan mereka.

Itulah sebabnya daripada awal lagi dia dan SUK tidak mahu membenarkan pihak media memasuki dewan untuk membuat liputan dan ulasan sidang dun Perak.

Perancangan mereka terbukti tidak berdaya mengatasi perancangan dan ketentuan Allah.

Kecoh: MB Perak kesal media buat laporan tidak adil

TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.

"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif.

"Gambar-gambar selektif yang portray (gambarkan)(Barisan Nasional (BN) mula kekecohan)... media tidak sokong (BN) tidak apa tetapi biarlah laporan dibuat secara adil. Kita tidak puas hati dengan akhbar tertentu yang tidak objektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Changkat Jering di sini.

Zambry berkata, suasana kecoh pada persidangan DUN hanya bermula apabila wakil-wakil pembangkang menyeberang dan berkumpul di sebelah kerusi wakil-wakil BN sebaik beliau mengemukakan usul.

"Siapa yang mulakan kekecohan... awal-awal lagi mereka serang kita (wakil BN) dan tindakan mereka itu tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun," katanya.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang berebut mengambil tempat duduk di sebelah kanan (kerusi wakil kerajaan) dengan mengubah sendiri tanda nama juga tidak dilaporkan.

"Pembangkang kini sibuk mengadakan ceramah kononnya kedudukan kerusi berkenaan serta tindakan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memanggil Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (naik berjumpa sebelum titah perasmian) sebagai pengiktirafan... saya harap media lapor dengan adil dan tidak melaporkan pembohongan dan kekeliruan yang sedang dilakukan mereka," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap media, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak tidak akan menyekat mana-mana akhbar kerana menghormati kebebasan media.

"Kita tidak sekat akhbar seperti Nizar (bekas MB Perak) yang menyekat Utusan Malaysia dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang (sekat New Straits Times)," katanya.

Khamis lepas, Raja Muda Perak terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan Sidang Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak berikutan kekecohan yang berlaku yang melibatkan bekas Speaker V. Sivakumar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN serta pembangkang. BERNAMA
-ajijoi

Ustaz Khairi Jamaluddin Terpilih Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh

PAS Kawasan Bagan Datoh bermesyuarat pagi tadi dan telah dirasmikan oleh YB Anuar Sudin, ADUN PAS Changkat Jong.

Mesyuarat telah berlangsung di Sungai Sumun. 37 Cawangan PAS PAS seluruh Bagan Datoh diwakili 6 orang perwakilan setiap cawangan bersama dengan para pemerhati dari seluruh cawangan.

Tiga jawatan utama parti, YDP, Timbalan YDP dan Naib YDP PAS Kawasan Bagan Datoh kekal menerajui semula PAS Kawasan bagi tempoh 2009 - 2011. Mereka memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding. Berikut senarai AJK PAS Kawasan Bagan Datoh yang baru bagi sessi ini :-

YDP : Misbahul Munir Hj Masduki
Timbalan YDP : Kapt (B) Tn Hj Aris bin Bakri
Naib YDP : Ramle @ Ariffin Husein
Ketua Urusan Ulama : Ustaz Yazid Abd Hamid
Ketua Pemuda : Ust Khairi Jamaluddin (dipilih dalam Mesyuarat Agung Pemuda)
Ketua Muslimat : Uztazah Rahimah Samuri (dipilih dalam Mesyuarat Agung Muslimat)
Ahli Jawatan Kuasa :
1. Mokheri Abd Jalil
2. Ust Shairozi Iman
3. Ust Ahmad Baihaqi
4. Fauzi Hashim
5. Munirah Atihrah
6. Dr. Nurul Huda bt Jait
7. Ahmad Jailani
8. Said Mohammad
9. Hj Idris Mokti
10. Nazeri Hashim
11. Ajam Suhot
12. Fadzilah Salleh
13. Zulkifli Mohammad
14. Abdul Aziz Abbas
15. Dzahrul Lail Dardiri
16. Abd. Aziz Ahmad

ISA : Tak Perlu Berterima Kasih Kepada Pemimpin UMNO BN

Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka dizalimi sejak hari pertama ditahan sehingga memakan masa bertahun-tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak, demikian laporan terbaru harakahdaily.

Jiwa raga mereka terseksa, anak pinak dan isteri menderita malah lebih malang lagi ada yang daif apabila mata pencarian keluarga terhalang disebabkan tangkapan suami.

"Rakyat usah berterima kasih pada BN semata-mata melepaskan 13 tahanan ISA beberapa hari lepas. Ia bukan tindakan hasil kesedaran kerajaan tetapi kerana terpaksa ekoran desakan rakyat yang tidak pernah merasai jemu," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika ditemui selepas berucap di program 'Jom Sertai PAS' anjuran PAS Cawangan Taman Guar Perahu semalam.

Menurut beliau lagi, tindakan pelepasan tahanan ISA itu dibuat secara tergesa-gera kerana BN mahu menutup kes pencabulan kuasa Speaker di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang menyaksikan lunturnya demokrasi dan peraturan dewan yang selama ini disanjung.

Maka, sebab itu rakyat jangan terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab BN yang telah menzalimi bukan sahaja mangsa yang tidak dihakimi malahan juga orang ramai yang tiada kena mengena dengan akta berkenaan.

"Tindakan BN itu bukan kerana menghormati demokrasi tetapi kerana nak tutup kes pencabulan di Dun Perak maka dilepasnya 13 tahanan ISA dengan harapan rakyat lebih cenderong membincangkan topik pembebasan daripada mengusung Speaker Dun Perak, Sivakumar keluar dewan untuk memberi laluan kepada Speaker baru melaksanakan tugas," tambahnya.

Sewajarnya jika Malaysia sebuah negara yang tamadun, bebas bersuara dan tidak mengamalkan demokrasi rimba kerajaan harus membebaskan ke semua tahanan ISA yang sampai kini tidak tahu apa kesalahan mereka sehingga ditangkap dan dikurung.

PAS berharap Kerajaan BN jangan lagi menggunakan akta tersebut untuk kepentingan mereka apabila merasai kuasa yang ada tidak lagi stabil.

Sementara itu, Setiausaha PAS Cawangan Taman Guar Perahu, Wan Johari Wan Abdullah berkata, program Jom Sertai PAS dirancang untuk menarik seramai mungkin penduduk mendekati PAS menjelang pilihan raya umum depan.

Memandangkan Unit Peti Undi (UPU) ini merupakan kubu kuat Umno dan BN, PAS akan memperkasakan program terutamanya golongan muda supaya mereka memahami dan mendekati perjuangan Islam.

Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Guar Perahu, Mohd Yunus Zakaria menegaskan, walaupun sambutan pada program 'Jom Sertai PAS' yang diadakan di padang awam taman berkenaan agak muram namun ia tidak mematahkan semangat urusetia meneruskan aktiviti kemasyarakatan.

"Kita akan lakukan yang terbaik pada masa depan demi memastikan perjuangan yang dicintai tersebar luas dan diminati ramai," katanya.

Antara kepimpinan yang hadir sama dalam program semalam ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Angkatan Muda Pemuda Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Pakatan Rakyat Penanti, Dr Mansor Othman.

Penanti : UMNO Tak Teragak Untuk Jilat Ludahnya Sendiri

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Safawi mendakwa Umno teragak-ragak untuk menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti bukan berpunca daripada isu pembaziran tetapi atas sebab mungkir janji.

Menurut beliau, semasa pilihan raya kecil P44, Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008 lalu, para pemimpin Umno menabur pelbagai janji kepada pengundi khususnya di kawaan Dun Penanti namun janji tersebut hanya tinggal janji, ia belum ditunaikan sehingga kini.

Itulah sebabnya, dakwa Azman Umno begitu sukar untuk membuat keputusan sama ada ingin meletakkan calon atau sebaliknya dalam pilihan kecil Dun berkenaan pada 31 Mei ini.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan di Penanti, Umno banyak menabur janji semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh yang belum ditunaikan lagi, mereka sangat bimbang pengundi akan membalas pembohongan/mungkir janji melalui kertas undi dan Umno akan kalah teruk," katanya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Temerloh.

Azman mendakwa perkara sama juga berlaku dalam pilihan kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu apabila menteri kewangan waktu itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini perdana menteri) menyerahkan Royalti minyak bernilai RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu.

Majlis penyerahan cek berkenaan dibuat secara besar-besaran dan disiar oleh semua media cetak dan eletronik pro Umno. Tetapi malangnya menurut Azman, sehingga kini cek berkenaan belum dapat dimanfaatkan oleh rakyat kerana ia belum dapat ditunaikan.

"Mereka hanya berlakon dengan membuat replika cek yang besar untuk tontonan rakyat dikaca televisyen sedangkan hakikatnya ia hanyalah replika sahaja," dakwa Azman. Berucap pada majlis sama ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusuf.

Zailah dalam ucapannya membidas tindakan kabinet yang didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM2juta ringgit bagi membeli dakwat untuk digunakan dalam pilihan raya umum 2008 lalu tetapi dibatalkan disaat akhir.

"Wang RM2juta ringgit hangus begitu sahaja apabila kabinet membatalkan penggunaan dakwat untuk menanda kuku pengundi yang selesai mengundi dalam pilihan itu.

"Kini, para pemimpin Umno-BN bercakap soal pembaziran dan meminta rakyat berjimat cermat tetapi pada masa sama para pemimpin Umno itulah yang hidup mewah dan bermegah dan merekalah juara pembaziran sebenarnya," kata beliau. -anakcucuadam


Najib Altantuya Jangan Anggap Rakyat Bodoh - PKR

Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat tidak termakan dengan cubaan Barisan Nasional menutup pencabulan demokrasi di Perak dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pemimpin Hindraf.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata masyarakat tidak lupa bahawa Perdana Menteri Najib Razak sendiri mendalangi rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan krisis perlembagaan dan menghancurkan kestabilan politik di negeri itu.

Perlakuan samseng oleh polis dan Adun Barisan Nasional mengheret keluar Speaker V.Sivakumar keluar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.

Jonson berkata keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.

Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan politik semasa Perdana Menteri dan BN semata-mata.

“Kenapa hanya 13 orang dibebaskan,” Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka,” tanya Jonson. “Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita. Bukankah mereja juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah. Kenapa mereka tidak dibebaskan,” kata Jonson.

Jonson berkata pembebasan V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.

Menurut Jonson, Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.

Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah. -TVA


UMNO: Kebinatangannya Jelas! Kebaculannya Terserlah

Kepimpinan UMNO/BN hari ini bukan sahaja ketandusan pemimpin yang matang, berhemah, telus, beradap dan bertanggungjawab, tetapi yang lebih malang UMNO/BN dihuni dan dipenuhi dengan lembaga-lembaga bertubuh manusia yang berakal dan bersifat ala-ala binatang!!!. Kebinatangannya jelas!!! Kebaculannya terserlah!!!

Bertitik tolak daripada sifat membelakangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim menitipkan seperti berikut:

Saya kesal dengan tindakan rakus pihak keselamatan yang bertindak mengganggu perjalanan program Sambutan 10 Tahun Keadilan Bandar Tasik Puteri yang berlangsung sebentar tadi.

Permit telahpun diperolehi sebelumnya oleh pihak penganjur pada 5 Mei 2009, tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah. Pun begitu maklumat sahih mengesahkan ada arahan ‘politik atasan’ di sebalik tindakan rakus pihak keselamatan ini.

Apa yang dikesalkan ialah manipulasi instrumen kerajaan termasuklah FRU dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak menggagalkan sambutan program ini semenjak jam 2 petang.

Alhamdulillah majlis diteruskan juga di Masjid Tasik Puteri, Selayang dengan solat isyak berjamaah diikuti solat hajat dan tazkirah. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid yang berani walaupun jelas tekanan serta gangguan dikenakan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Saya dan pimpinan Keadilan lainnya membantah keras tindakan pihak berkuasa yang jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

Jika pihak berkuasa berterusan dimanipulasi sebegini rupa hanya demi melampiaskan nawaitu politik Umno-BN, janganlah sesekali kita pelik dan hairan kenapa jenayah ragut terus berleluasa, jenayah culik gagal dibanteras. Keselamatan politik Umno-BN nampaknya lebih penting daripada keselamatan rakyat terbanyak!

ANWAR IBRAHIM

-kerajaanrakyat

UMNO dan Akhbar Luncainya Merosakkan Remaja Negara

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini, versi cetak dan versi online dengan megah memaparkan penari yang terdiri dari gadis-gadis yang beragama Islam sedang menari-nari, terkinja-kinja dengan penonton di muka hadapannya.

Ia sekaligus mengingatkan saya tentang rupabentuk masyarakat yang hendak dibina oleh UMNO yang dipimpin oleh Najib selaku Perdana Menteri yang cuba merosakkan akhlak remaja melalui perbuatan yang jelas menyalahi akhlak berdasarkan peraturan agama. Sudh tidak ada lagi perhormatan dan kepatuahan terhadap hukum-hukum Allah dan rasulNya sehingga ia diberikan publisiti begitu meluas di muka depan sebuah akhbar yang berpengaruh di dalam negara.



Ia juga mengingatkan saya bahawa Perdana Menteri sendiri memang suka perkara-perkara sedemikian hidup subur apabila diselak lembaran-lembaran rakaman lepas dimana Najib persis menggalakkan dan mempelupori budaya tidak sihat ini.


Lebih hebat apabila seorang menteri kabinetnya, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu majlis tari-menari separa-bogel sewaktu pilihnraya kecil Bukit Gantang dengan alasan ia budaya kaum Cina. Tak tahu sejak bila pula budaya separa bogel itu menjadi kebudayaan kaum Cina sedangkan masyarakat Cina sendiri telah menafikan kenyataan Zahid itu.



Hadith Nabi menyatakan "Agama rakyat mengikut agama pemimpin".

Justeru itu, apa yang melanda sekarang ini adalah kerana pemimpin negara begitu.


ISA Sandaran UMNO BN Menyalahi Ajaran Islam

Ahli Dewan Undangan negeri DUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggariskan empat sebab utama mengapa ISA dan penahanan tanpa bicara seharusnya dimansuhkan oleh kerajaan, demikian Malaysiakini melaporkan.

"Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh pertahankan. Ini kerana semua piagam antarabangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara," kata Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA pada 1999 dan 2001.

Ketka berhujah dalam debat bertajuk ISA: Haram atau Halal? anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), beliau menegaskan ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Saari berkata, sewaktu dalam tahanan, beliau pernah menghantar hujah-hujahnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa akta kontroversi itu perlu dimansuhkan.

Kemudian, tambahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau juga berjumpa dengan mufti-mufti di Malaysia untuk mengetahui berhubung kedudukan perkara tersebut.

"Sehingga hari ini tidak ada jawapan. Syabas kepada PEWARIS (Majlis Permuafakatan Ummah) yang menyatakan ISA ini dibenarkan dalam Islam sebelum majlis fatwa dan mufti-mufti membuat keputusan," kata Saari.

Beliau juga menarik perhatian kira-kira 80 hadirin di majlis debat tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dengan mengimbau amalan Rasulullah SAW yang mengamalkan prinsip perbicaraan dan penghakiman sebelum menjatuhkan hubungan.

Kaedah fiqhiyyah

Saari memberi contoh bagaimana kisah baginda menyoal siasat Hatib bin Baqa'ah (seorang sahabat) yang membocor rahsia kepada kaum Quraisy bahawa Rasulullah SAW akan memasuki kota Mekah.

"Pada prinsipnya, ada pendengaran iaitu pertuduhan didengar kepada umum. Pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada hukuman sebelum perbicaraan," katanya.

Selain itu, Saari juga berhujah dengan kaedah fiqhiyyah untuk menjustifikasikan bagi memansuhkan akta kontroversi itu.

Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak, kata Saari.

Katanya, akta tersebut membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh dan keluarga mangsa terbabit.

"Penahanan tanpa bicara di bawah akta tersebut adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah.

"ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.

Peluang bela diri

"Mereka menghadapi tekanan perasaan, (rasa) terpisah, takut, kecewa dan marah," kata Saari yang telah menulis beberapa buah buku mengenai kisah pengalamannya di Kamunting.

Beliau juga mendakwa tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.

Mengulas lanjut mengenai pandangan Islam terhadap ISA dan penahanan tanpa bicara ini, Saari berkata, Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri.

"Sekiranya beliau (tertuduh) tidak mampu untuk mengupah peguam, maka orang ramai atau baitulmal harus menanggung untuk membela dirinya.

"Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri... sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela," katanya sambil menyentuh kuasa penuh menteri untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara.

Piagam hak asasi manusia

Oleh itu, kata Saari, Islam melarang mengambil keputusan untuk menahan sebelum tertuduh sebelum mereka dibuktikan kesalahan dan dibicarakan di mahkamah.

Selanjutnya, sebab ketiga penolakan akta ini, tegas Saari, ialah penahanan tanpa bicata ini telah ditolak daripada empat mazhab utama dalam Islam,iaitu Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali.

"Mereka bersepakata menolak tentang perkara tersebut," kata Saari.

Tambahnya, ISA juga ditolak kerana ia bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua.

"Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi... kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara," kata Saari.

"(Oleh itu) ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa," katanya.


Zaki Dicalon Ketua Pemuda PAS Pusat

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim yang tidak mempertahankan jawatan kerana faktor usia dicalonkan perwakilan sebulat suara bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan kini juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semasa menyampaikan ucapan aluan, Mohd Zaki mengingatkan pemimpin dan penyokong PAS tidak alpa dalam perjuangan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga parti itu hampir kecundang di Kelantan pada pilihan raya 2004.

Menurutnya selepas mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya 1990, PAS kehilangan 10 kerusi Dun pada pilihan raya 1995.

“Hasil kerja kuat kita menyebabkan lapan daripada 10 kerusi tersebut berjaya dirampas kembali pada pilihan raya 1999.

“Namun kesilapan yang kita lakukan lagi menyebabkan Umno berjaya meningkat semula prestasi mereka pada pilihan raya 2004 sehingga ketinggalan satu kerusi Dun di belakang PAS,” katanya.

Oleh itu kata beliau usaha berterusan hendak dilakukan terutamanya bagi menarik sokongan golongan muda yang ternyata berjaya digembelingkan pada pilihan raya umum tahun lepas.

Manakala Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata, isu Ulama dan profesional dalam kepimpinan PAS yang menghiasi dada-dada akhbar sebelum ini, kini hampir reda, dan sebenarnya tidak perlu diperdebatkan kerana sudah sedia dimaklumi sejak 25 tahun lalu.

“Penjelasan panjang lebar Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya dalam Harakah edisi terbaru seperti menjernihkan suasana.

“Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri.

“Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke 50 di sini, hari ini.

Muktamar tersebut bertema ‘Perteguh Kemenangan Lima Dekad Menerajui Perubahan’ menyaksikan peralihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan kepada Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS negeri memandangkan faktor usia.

Sebelum berlangsung perasmian muktamar tersebut tayangan mengimbau kembali jasa-jasa bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood diadakan.

Sabki berkata, beliau menyokong penuh penjelasan yang diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai konsep sebenar kepemimpinan ulama yang tidak meminggirkan golongan profesional.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Majlis Syura Ulamak merupakan institusi paling penting dalam PAS bagi memantau perjalanan parti supaya berada di landasan yang betul.

Beliau juga berharap pemimpin PAS tidak menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai tempat untuk mencari peluang bagi kepentingan diri sendiri.

“Sekarang ada di kalangan kita diuji dengan kemewahan kerana mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan. Sedangkan dahulu kita diuji dengan kesempitan dan kedhaifan hidup.

“Oleh itu kita perlu dibezakan dengan perjuangan Umno yang berebut tempat dalam parti tersebut kerana ingin mengumpul kekayaan peribadi melalui kuasa dan pangkat yang ada,” katanya. -jiwokelate


15 Ribu Hadir Ceramah Nizar Di Maran

Lebih 15,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur.

Inilah bukti bahawa rakyat Pahang juga sudah menerima satu "anjakan paradigma" untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan krew kami mendapati, kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di parlimen Maran dan negeri Pahang khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Temerloh-Maran sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya.

Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya memecahkan rekod kehadiran rakyat semasa kunjungan Ketua Umum PKR ke Kuantan baru-baru ini. Malah, kutipan derma orang ramai yang mencecah RM13,000 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan.

Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim dan ADUN Tras iaitu YB Choong Siew On. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh Peguam PAS Pahang iaitu saudara Abdullah Abdul Karim.

Dato' Seri Ir.Nizar memulakan ceramahnya sekitar jam 11.05 malam. Lampu beberapa kali terpadam seolah-olah mengambarkan "hari gelap buat demokrasi" di Malaysia sudah bermula kembali. Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu Nizar banyak menyentuh tentang perkembangan kes rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak.

"Segala yang berlaku di Perak adalah kerja durjana Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Najib Razak. Beliaulah yang telah merencana segalanya ini dan akhirnya menyusahkan seluruh rakyat Perak" katanya.

Beliau turut memperjelaskan secara terperinci rentetan perjalanan kes insiden rampasan kuasa itu. Bermula dengan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku kepada dua Exco Perak iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Razi.

"Sesuatu yang agak aneh bila Jamaluddin dan Osman dikatakan telah meluluskan satu projek perumahan, sedangkan mereka bukanlah exco yang berkaitan dengan hal tersebut" tambah beliau lagi.

Dalam nada yang sebak dan tegas, Nizar menceritakan satu persatu segala apa yang berlaku di Perak. Beliau kemudian menceritakan perkembangan terkini isu Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Dalam ucapannya beliau secara jelas menyatakan bahawa amalan demokrasi berpelembagaan dan keluhuran undang-undang sudah tidak mahu lagi diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Kes yang berlaku dalam Sidang DUN Perak merupakan satu sejarah hitam yang amat meninggalkan kesan kepada rakyat Perak dan Malaysia amnya.

"Saya yakin, bahawa politik Perak tidak akan stabil selagi DUN tidak dibubarkan dan rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Saya juga amatlah berharap dan menyeru semua hadirin yang hadir untuk mendoakan kemenangan saya dalam keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah" kata Nizar lagi.

Difahamkan keputusan kes tersebut akan diumumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang hari Isnin 11 Mei ini. -ubahsuai dari pahangdaily


Bila umNo Dah Takut Pada Pilihanraya

Semakin hari semakin jelas kelihatan bahawa umNo baziran NAZIonal gentar untuk menghadapi pilihan raya. Jika satu ketika dahulu, setiap kali pilihan raya kecil, UBN pasti menang (kecuali kat Lunas, semasa zaman reformasi dulu dulu). Tapi kini, jika diadakan pilihan raya, UBN pasti tersungkur dengan teruk.

Bermula dengan pilihan raya Permatang Pauh sehingga ke Bukit Gantang (kawasan semenanjung), UBN jatuh terpelanting berkali kali.

Walaupun pengadil berat sebelah, sorakan penyokong mengalahkan ketidakadilan..

Kini, selepas kalah dengan 4-0 di Semenanjung, UBN kini dan anti dengan pilihan raya, bukti jelas apabila pilihan raya kecil sentiasa dilambat lambatkan sehingga ke saat saat terakhir, untuk menghadapi pilihan raya dun penanti umNo juga kelihatan seperti binatang berkaki dua yang bertelur.

umNO tewas dengan desakan Pakatan Rakyat untuk membebaskan Manoharan, adun DAP di Kota Alam Syah, diugut untuk mengadakan pilihan raya, terus kecut. Kalau nak dibuat perbandingan sekali lagi, umNo ibarat Edge, bintang world wrestling entertaiment(wwe) walau pun mendapat layanan yang lebih serta menjadi juara dunia, tetapi takutkan perlawanan bersama si penggali kubur Undertaker, sama seperti umNo, undertaker bagi umNo adalah pakatan rakyat, jika adalah pilihan raya, umNo pasti terkubur.

Berbeza sedikit adalah umNo sendiri yang mengali kuburnya sendiri.

umNo juga tahu, jika diadakan pilihan raya, kebencian rakyat terhadapnya semakin bertambah, kerana setiap kali pilihan raya kecil rasuah dilakukan secara terang terangan dan secara tidak langsung membuatkan rakyat yang celik terus membenci umNo.

umNo baziran NAZIonal boleh terus mengelak pilihan raya kecil,tetapi mereka tetap perlu berdepan dengan pilihan raya umum dalam masa lebih kurang 3 tahun lagi, saat itu, tiada lagi umNo, terus akan terkubur.anwar ibrahim berada dikerusi perdana menteri, dan v sivakumar akan mengantikan pandikar amin ....ha ha ha ha..(betul ka?)- kerispedal

Selamat Hari Ibu

Hari ini ialah Hari Ibu. Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.

Sempena Hari Ibu ini, ilham datang untuk saya menulis sesuatu mengenainya. Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?

Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia di sambut pada tarikh 10 Mei 2009. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada anda untuk menentukannya. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka. - ubahsuai dari ohmalaysiaku.



Memang Sah Najib dan UMNO BN Takut Pilihanraya

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam, M.Manoharan, salah seorang daripada baki tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan dari tahanan ISA hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 24 April lalu menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai ADUN.

Beliau menyatakan beliau bercadang untuk mengumumkan perkara itu pada 19 Mei ini melalui Karpal Singh (Pengerusi DAP) kerana Karpal akan berjumpa dengannya pada hari tersebut, demikian dilaporkan MSTAR hari ini.

"Tetapi memandangkan ia telah tersebar lebih awal, saya terpaksa menjawabnya," katanya lagi.

Ketika ketiadaan beliau, khidmat sebagai ADUN Kota Alam Shah telah diuruskan oleh isterinya, S. Pushpaneela.

Manoharan percaya hasrat untuk mengosongkan jawatannya itu telah mempercepatkan pembebasan beliau kerana BN kemungkinan tidak mahu kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Sambil menyifatkan pembebasannya sebagai hadiah sempena Hari Ibu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Kota Alam Shah kerana bersabar menunggu 'kemunculannya'.

Ditanya sama ada beliau berterima kasih kepada kerajaan ekoran keputusan membebaskannya, Manoharan hanya menggelengkan kepala sambil berkata, "saya berterima kasih kepada kuasa rakyat."

"Saya rasa kerajaan harus belajar dan menghormati kuasa rakyat yang menyebabkan saya dibebaskan.


"Kalau tidak, saya tidak tahu bila saya akan dibebas," katanya lagi.

Dengan pembebasannya itu, maka tiada pilihan raya kecil di kawasan Kota Alam Shah. Beliau telah mengubah fikiran untuk tidak mengosongkan kerusi tersebut.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada saya.

"Mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan saya dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Bandar Kinrara di sini sebentar tadi.

Beliau tiba di rumahnya kira-kira pukuk 7 petang tadi dengan terus dipeluk oleh tiga anaknya sebaik sahaja beliau keluar dari kereta polis.

Kira-kira 20 orang anggota keluarga dan pekerja menunggu kepulangan beliau.

Beliau dibawa keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting kira-kira 2.30 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang sebelum dihantar ke rumahnya di sini.

Manoharan memperoleh 12,699 undi manakala Ching Su Chen calon BN-Gerakan mendapat 5,515 undi.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Beliau antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.