22 Nov 2013

Mat Sabu Berjaya Membuang Undi Di Muktamar


Daripada foto yang tersiar di dalam portal malaysiakini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kelihatan sedang membuang undi bersama-sama dengan Presiden PAS< TG Hj Abdul Hadi Awang.

Ini bererti Mohamad Sabu berjaya memohon penangguhan selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi untuk bergegas ke Stadium Melawati, tempat dimana Muktamar PAS Ke 59 sedang berlansung.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Mohamad Sabu bersama peguamnya, Hanipa Maidin berkemungkinan terpaksa melakukan undian dari mahkamah apabila mahkamah enggan untuk menangguhkan prosiding saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 telah bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal.

Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni pagi esok.

Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS.

"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya.

"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati.

Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi.

Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok.

[VIDEO] Ust Hadi: PAS Akan Terus Jadi Rakan Aktif Pakatan Rakyat


Hadi jamin PAS akan terus jadi rakan aktif Pakatan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.

Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.

"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.

Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang sahaja.

Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan," katanya.

Katanya, kedudukan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk ahli PAS terus berjuang.

"Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan.

"Kita masih menjadi pilihan di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu," katanya. -TMI


Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar


Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.

Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.

Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:

Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.

Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.

Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.

Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.

Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.

Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.

Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.

Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.

Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.

Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
-HD



Mat Sabu, Hanipa Mungkin Mengundi Dari Mahkamah


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Hanipa Maidin tidak dapat menghadiri muktamar parti pagi ini kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hanipa berkata, mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah sekiranya mahkamah terus tidak membenarkan penangguhan.

"Apapun, kami berdua akan berada di mahkamah pagi ini dan mungkin tidak dapat menghadiri perasmian muktamar oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana mahkamah tidak membenarkan penangguhan, malaysiakini terbitan semalam dipetik.

"Tetapi kita akan cuba untuk memohon penangguhan sekejap selepas Mat Sabu memberi keterangan di mahkamah untuk memudahkan kita mengundi di sebelah petang. Jika ini tidak dibenarkan, kami berharap pihak parti akan membenarkan kami mengundi dari mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang semalam.

Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu.

Wan Ahmad telah memberi keterangan dalam perbicaraan semalam dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu hari ini.

Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah.

[VIDEO] Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda & Muslimat PAS Pusat 2013-2015


Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 320, mengalahkan rakan-rakan pencabarnya Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Shariff.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman mengekori rapat di belakang dengan mendapat 307 undi manakala peguam Zulhazmi hanya berjaya 7 undi.

Keputusan telah dikeluarkan pada 9:50 malam tadi. Pengundian bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 4:15 petang. Seramai 638 perwakilan dari 162 kawasan telah membuang undi bagi pemilihan Pemuda PAS.

Mantan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tidak mempertahankan jawatan kerana beliau telah mencapai usia 43 tahun ini.

Nasrudin berkata beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda untuk memberi laluan kepada calon-calon yang baru. Walau bagaimanapun, beliau akan bertanding untuk salah satu kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang menewaskan mantan naib ketua pemuda Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob.

Mohd Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS Marang dan juga merupakan anak presiden parti Abdul Hadi Awang.

Mohd Khalil mendapat 355 undi lebih suara 282 Raja Ahmad.

Mantan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz tidak mempertahankan jawatannya.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - yang bertanding bagi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum lepas tetapi tewas kepada Johari Ghani - telah dikalahkan oleh pesaingnya Khairil Nizam Khirudin untuk kerusi Naib Ketua.

Khairil mencapai 411 undi manakala Zamri mendapat 226 undi.

Lain-lain calon dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Pusat untuk 2013-2015 istilah ialah:

Syed Abdul Kadir Al-Jofree (433)
Afnan Hamimi Taib Azamuddin (433)
Ahmad Fadhli Shaari (417)
Mohd Shahir Sulaiman (415)
Abang Ahmad Kerdee (404)
Zaharudin Muhammad (379)
Ahmad Yahya (377)
Mohd Faizol Salleh (371)
Mohd Fadhli Ghani (359)
Mohd Zawawi Abu Hassan (358)
Nurul Islam Mohd Yusof (355)
Mohd Sany Hamzan (340)


Berikut pula ialah senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015

PENGERUSI TETAP
Norhashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Azlin Md Samsudin

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Siti Zailah Muhd Yusoff

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Dr. Siti Mariah Mahmud

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Mumtaz Md. Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP

Aida Yusof Rawa
Aiman Athirah
Dr. Asiah Ali
Dr. halimah Ali
Khairiah Mohammad
Normala Sudirman
Wan Ubaidah Wan Omar
Mastura Mohammad
Siti Aisyah Ghazali
Azizah Khatib Mat
Wan Hasrina Wan Hassan
Kartini Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding

Basmatul ‘Uyun Yusoff
Siti Fathiah Daud

Tangis Bahagia Janda Syuhada Patani

Alhamdulillah, saya bahagia, mereka syahid..Tolong pesan ini ke Indonesia…”

Kemuning senja menemani perjalanan kami, tim Jurnalis Islam Bersatu (JITU) kembali ke Malaysia. Mentari berjalan perlahan ke balik bukit-bukit hijau sepanjang jalan yang mengular entah di mana hujungnya.

Patani, Narathiwat, Yala di Negeri Patani (kini Thailand Selatan), tak terasa kami harus berpisah dengannya. Rintik hujan membelai lembut jalanan di Patani di penghujung senjanya. Titisnya membasahi bumi, mengingatkan akan air mata yang menitis pagi tadi.

Butiran bening itu berkumpul pada sudut matanya yang sedang berkaca-kaca. Suaranya seakan berat, tertahan, “..terima kasih..” ungkapnya sambil menghela nafas sembari berusaha menyeka air mata. Ucapan syukur tiada terkira, berkali-kali ucapan terima kasih itu terlafal. Linangan air mata itu tak dapat disembunyikan, ketika kami, tim JITU mengunjunginya di bumi Patani, Wilayah Narathiwat, Rusok-Jaba. Sekitar satu jam dari wilayah Yala.

Hayati, wanita bercadar itu diam sejenak. Kami hanya bisa menghela nafas, mendengarkan kisahnya dengan mata berkaca-kaca. Hayati memang tak sendirian. Di sampingnya ada Syamsiah dan Murni, yang kini senasib dengannya. Beralas tikar, beratap asbes, di dalam rumah sederhana itu, di dinaungi pepohonan lebat, kami mendengar kisah mereka, kisah tentang perjuangan sang suami yang kini tak dapat bersua dengan mereka.

“Alhamdulillah…saya bahagia..suami saya insya Allah mendapatkan apa yang diinginkannya,” lirih Hayati tegar. Tak terasa, air mata ini berkumpul di sudut mata. Masih ingat dalam benaknya, 5 Oktober 2013 silam, ketika tentara rezim Thailand itu merangsek masuk. Memberondong rumah di kampungnya dengan peluru. Mulai detik itu, status janda disandang Hayati, Murni, dan Syamsiyah. Kejadian seperti ini sudah tidak terhitung dan terus berlangsung hingga detik ini.

Abdurrahim, Sofyan, Zulkifli, dan Utsman, memilih jalan yang Allah janjikan balasan terbaik. Lihatlah wajah senyumnya menjemput maut, tak ada yang lebih indah daripada karunia syahid di jalan Allah. Lihatlah, ketika mereka tinggalkan istri mereka dengan suatu yang tak pernah dirasakan orang lain ketika ditinggal keluarga tercinta.

Ketika ketiga isterinya, Hayati (Abdurrahim), Syamsiah (Sofyan), Murni (Zulkifli) begitu tegar dan gembira menyambut syahidnya suami tercinta. Bulir bening itu hanya menetes dalam bahagia dan haru, ketika saudara seiman mereka datang bersua dengan mereka.

“Kabarkan pada dunia, biar mereka tahu,” pesannya kepada kami.

Berkali-kali air mata ini terseka. Melihat begitu tegarnya mereka.Tak ada rasa gelisah di sana, ketika sang suami kini telah tiada. Tak ada kesedihan mendalam, hanya lara sesaat, sebagai fitrah wanita yang ditinggal suami. Setelahnya, senyum kembali tersimpul. Dikisahkan dengan tegar kepada kami kejadian yang menimpa suami-suaminya. “Insya Allah kami tak menyesal memilih jalan ini,” ungkap Syamsiah.

Syamsiah, wanita berjilbab lebar, sambil memangku sang buah hati, kini tak bisa lagi mengasuh puterinya bersama Sofyan. Wanita 21 tahun itu harus berjuang sendiri mengasuh anaknya yang masih berusia tiga tahun dan 9 bulan. Pun dengan bayi mungil yang baru berusia 6 bulan dalam asuhan Hayati, tak kan bisa menatap ayahnya.

“Ayah ingin berjumpa dengan Allah nak, kini beliau sudah berjumpa,” kata Murni, menjawab tegar ketika anaknya yang berusia 10 tahun dan 7 tahun bertanya,” Ayah kemana umi?”. “Insya Allah mereka sudah paham,” kenang Murni.

Jika sang isteri begitu bersyukur atas nikmat syahid (insya Allah) yang akhirnya Allah berikan pada suami mereka, begitupun sang Ayah dalam senyum lembut pun merelekan putra-putranya. “Alhamdulillah..mereka mendapatkan yang mereka inginkan,” kata Umar, ayah Zulkifli.

Matanya berkaca-kaca, dibalik lipatan kulitnya yang sudah tak lagi muda, ada rasa gembira dalam lubuk hatinya. “Perasaan kami senang, semoga perjuangan putra kami dilanjutkan,” ungkap Yaqub, mengenang Sofyan, putranya yang baru berusia 28 tahun sudah menjemput kematian dengan senyuman.

Umar, Yaqub, Murni, Syamsiah, Hayati kini tak dapat menatap lagi wajah lembut orang-orang kesayangannya. Kini, putra-putranya tak dapat memanggil “Abah” lagi. Takkan ada lagi rengekan putra Hayati memanggil kalimat ‘Abah’. Kini, tak ada lagi sosok pejuang di tengah keluarga mereka. “Setiap pagi, insya Allah saya ke kuburan ayah mereka,” ungkap Syamsiah. Mengenang itu mengingatkan. Mungkin, dengan ziarah ke makan ayahnya, mengingatkan bahwa perjuangan ini tak kan berhenti walau ayahnya telah tiada.

“Insya Allah perjuangan ini akan dilanjutkan, hingga keturunan kami,” ungkapnya.

“Semoga Patani tidak ada kezaliman, tercipta kedamaian dan kebebasan,” ungkap mereka. Dalam rumah sederhana itu, tak lupa terselip doa bagi umat Islam di Indonesia, dari para keluarga syuhada (insya Allah). “Agar Indonesia semakin berjaya,” bisik mereka.

Terakhir, Toni Syarqi, perwakilan tim JITU dan Road4Peace Indonesia menyampaikan “Kami merasa turut..” ucapnya berhenti sejenak, menghela nafas. Dengan terbata, dilanjutkan harapan kami,“Barangkali kalau melihat makam mereka, kita semua sedih. Tapi di sini, kami melihat harapan, kami masih berharap umat Islam Patani akan berjaya.”

“Kami berterima kasih diterima disini, kami mohon maaf tak membawa apa-apa ke sini, tapi akan membawa pesan (berita) ini ke Indonesia. Kami tak meninggalkan apa-apa kecuali hati kami. Walau fisik kami harus berpisah, tapi hati kami bersama umat Islam Indonesia tetap di sini,” ucapan kami terakhir untuk warga Patani.

Berat memang, meninggalkan saudara kita yang terus berjuang, melawan kezaliman. Patani, Bumi Nusantara silam, dimana Islam mempersaudarakan kita di bumi ini. Islam dan bahasa Melayu, ikatan kuat bangsa Melayu. Sejauh mata memandang, dari Merauke hingga Patani. Kini, tanah ini mencari kedamaian. Kuncup Syuhada bermekaran. Hingga suatu saat, bumi Nusantara kembali tersenyum, dalam pangkuan Islam. Ada doa kita yang terselip untuk Patani. -islampos

Patani Atau PAattani?

atani atau Pattani?

Dua kata ini sering membingungkan umat Islam untuk menyebut Provinsi muslim di Thailand Selatan itu. Namun, Islampos menemukan jawabannya saat melakukan liputan selama empat hari di sana. “Sebut kami orang Patani. Karena Pattani adalah bahasa yang disematkan penjajahan Siam,” kata Zakariya aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) Patani kepada Islampos.

Zakariya menyebutkan bahawa asal nama Patani berasal dari kata Fathony atau Fathonah yang dalam bahasa Arab berarti Cerdas.

Meski memiliki Provinsi tersendiri di Thailand, namun sebenarnya Patani lebih merujuk kepada tiga wilayah basis muslim (Melayu) di Thailand selatan yakni, Yala, Narathiwat, dan Patani.

“Masyarakat Patani menyebut ketiga Provinsi ini dengan Patani Darussalam,” terang Zakariya.

Dalam penelurusan Islampos, kata Pattani banyak dipakai untuk menyebut Patani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Thailand.

Menurut pakar Sejarah Melayu dan pengarang buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani (1999), Nik Anuar Nik Mahmud, sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih diselimuti kekaburan. Dalam catatan sejarah, belum dapat dipastikan kapan sebenarnya kerajaan Melayu Patani didirikan, meski kerajaan Patani sudah memegang peranan penting di Pelabuhan Semenanjung Melayu pada abad 8 Masehi.

Sejarawan Eropa, kata Nik Anuar, percaya bahwa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan adalah lokasi asal negeri Patani. -islampos