20 Jun 2016

[BERGAMBAR] Ustaz Azhar Kembali Temui Rakyat Untuk Ucap Terima Kasih

Sehari selepas hari mengundi, semalam, 19 Jun 2016, calon Parti Amanah negara bagi P.093 Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur telah menyusuri semula rakyat Sungai Besar.

Kali ini bukan untuk meraih undi, tetapi untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepad amereka yang telah memberi sokongan kepadanya selama tempoh berkempen sehinggalah ke hari mengundi kelmarin.

Ustaz Azhar (AMANAH) tewas kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang meraih 16800‎ undi manakala AMANAH memperoleh 7,609 undi tetapi berjaya mengatasi calon Pas, YB Abd Rani Osman yang memperolehi 6,902 undi.

Rakyat Malaysia Tak Peduli Isu GST, Rasuah, 1MDB, Kemewahan Rosmah....

BismillahirRahmanirRahim

Saya mengikuti keputusan kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di atas bas dalam perjalanan dari Pandan ke Kemaman. Hujung minggu ini adalah satu-satunya peluang untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah.

Keputusan itu sudah jelas dan saya juga percaya semua pihak di Pakatan Harapan telah mencuba sebaik yang mungkin dengan kekangan yang ada. Sememangnya pertandingan politik di Malaysia tidak pernah adil kerana kita berdepan dengan pelbagai rasuah pilihanraya - jadi itu tidak pernah menjadi kejutan kepada kita apabila pengundi-pengundi beralih sokongan setelah dijanjikan dewan, jambatan dan lain-lain.