17 Jul 2009

Malaysia Era Najib Altantuya : Rakyat Malaysia Bangunlah Untuk Bela Teoh

MINDA EDITOR TVA: PEMBELAAN UNTUK TEO

Mudah untuk Timbalan Perdana Menteri, para menteri serta pegawai atasan agensi siasatan dan penguatkuasaan undang undang untuk menasihati rakyat "bertenang", "jangan buat kesimpulan', "jangan tuduh SPRM" dan "biar polis siasat " berhubung misteri yang menyelebungi kematian Teo Beng Hock.

Begitu juga mudah untuk melafaz janji "kami akan siasat dengan telus ", "tidak akan sorok apa apa" dan " akan dedah semua". Hakikatnya kita semua mesti akur. Biarlah polis menyiasat. Bila selesai kelak terimalah hasil siasatan.

Tetapi masalahnya ialah bila kerajaan pusat berkata demikian, ramai yang ragu. Ramai yang sangsi. Kerajaan pusat bersama agensi siasatan dibawah pentadbirannya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan khususnya pasukan polis mengalami krisis kredibiliti.

Dalam erti kata lain ramai yang tidak percayai siasatan yang dijalankan benar benar adil, saksama, telus dan menyeluruh. Itu masalahnya.

Itu bukan tuduhan orang politik. Itu suara hati rakyat. Buktinya lihat sahaja komen "rakyat biasa" yang luahkan dalam alam siber menerusi blog dan sebagainya. Majorti rakyat biasa sangsi. Mereka tidak boleh dipersalahkan.

Apabila berlaku kematian "misteri" di lokap polis umpamanya, rakyat kerap diberitahu "hasil siasatan menunjukkan punca kematian ialah terminum air, terjatuh dalam bilik air, lemas dalam sungai". Rakyat tidak lupa kematian A.Kugan, Choong Soy Soy, dan Francis Udayappan.

Kini berdepan pula dengan kematian Teo Beng Hock. Apa yang sebenarnya terjadi?

Rakyat tidak tahu. Tapi mahu tahu. Kenyataan dan penjelasan pihak atasan SPRM dan polis sehingga ini tidak banyak membantu. Malah kenyataan dan penjelasan yang dibuat menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Rakyat diberi tahu Teo bukan suspek kes salah guna wang peruntukkan wakil rakyat. Mendiang kata SPRM hanya seorang saksi. Namun SPRM menyoal siasatnya daripada jam 6 petang Rabu 15 Julai hingga 3.45 pagi Khamis 16 Julai. Yang rakyat ingin tahu adakah ini prosidur biasa?

Soal siasat berterusan sehingga awal pagi?

Rakyat diberitahu mendiang Teo dibenarkan pulang pukul 4 pagi Khamis 16 Julai tetapi Teo mahu rehat diatas sofa pejabat SPRM. Mendiang dilihat berada di pejabat berkenaan pukul 6 pagi. Selepas itu tidak ada siapa nampak mendiang. Tujuh jam kemudian mayat Teo ditemui di tingkat lima bangunan bersebelahan pejabat SPRM Shah Alam.Yang rakyat tanya mengapa soerang yang baru dibebaskan setelah disoal siasat berjam-jam lamanya memilih untuk berehat di tempat dia disoal siasat? Mengapa tidak terus pulang? Tidak menghubungi keluarga, kawan mahupun bosnya?

Rakyat juga ingin tahu mengapa "orang luar' atau seorang yang bukan pegawai atau kakitangan SPRM dibiarkan berada atau "berkeliaran' di pejabat agensi penting pada awal pagi atau pada "pagi pagi buta"? Tanpa pengawasan?


Banyak lagi yang dipertikaikan. Tetapi yang mesti diberi perhatiannya ialah kebimbangan rakyat berdasarkan dakwaan ahli majlis perbandaran Klang Tan Boon Hwa yang turut disoalsiat SPRM berhubung kes yang sama. Tan mendakwa beliau telah diancam, dihina, dimaki dan diherdik. Tan juga diarah berdiri beberapa jam ketika sesi soal siasat.

Lebih membimbang apabila rakyat mengimbas kembali dakwaan seorang lagi ahli majlis perbandaran tidak berapa lama dulu. Kali ini dari Simpang Renggam.

Beliau mendakwa matanya ditutup dan pegawai SPRM menendang dan memukulnya ketika disoal siasat.


Begitu juga seorang dakwaan seorang ketua UMNO bahagian dari Pahang. Beliau juga mendakwa pegawai SPRM menendang dan menumbuknya untuk memaksa belaiu mengaku telah memberi wang kepada UMNO sebagai sogokan pada pemilihan parti yang lalu. Beliau turut mendedahkan pegawai SPRM mengancam untuk menangkap dan menelanjangi isterinya. Cukup menakutkan.

Lantas, apa yang berlaku keatas mendiang Teo mesti diketahui umum. Pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengakui kes Teo meletakkan kredibiliti kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan agensi penyiasatan negara dibawah mikroskop rakyat.

Justeru atas nama keadilan rakyat menuntut siasatan dijalankan badan independen atau satu suruhanjaya diraja bebas.

Keadilan untuk mendiang Teo,

Keadilan untuk ibu bapa, tunang dan keluarga mendiang Teo.

Dan keadilan untuk Malaysia tercinta.



Malaysia Era Najib Altantuya : 95% Desak Badan Bebas Ditubuhkan Untuk Siasat Kematian Teoh

Di dalam satu undian SMS Edisi 7, 95% responden berpendapat badan bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian teo Beng Hock yang dikatakan jatuh dari bangunan SPRM semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.

Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi.

Sementara itu PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo.



Malaysia Era Najib Altantuya : Pendedahan Orang Terakhir Bersama Teo

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.


Era Najib Altantuya : Perhimpunan Rakyat Di Kelana Jaya Tuntut Keadilan Untuk Mendiang Teo

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" untuk menuntut keadilan bagi mendiang Teoh Beng Hock yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam pada Ahad, 19 Julai di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya jam 4.30 petang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pihak polis bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam dalam perhimpunan tersebut serta dapat memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Beliau berkata, kerajan negeri akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.

Selain itu beliau menegaskan, kerajaan negeri menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian pegawai kerajaan Teoh Beng Hock di Plaza Masallam ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, proses siasatan wajar dianggotai panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab di atas kematian tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian proses itu penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

"Kematian Beng Hock menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan. Kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat," tegasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM dan arahan itu akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian mendiang Teoh.

Malaysia Era Najib Altantuya: Kematian Teo -Teori RPK

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isterinya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.


Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

translation by MSK (MatSamanKati)

Pasca Manek Urai : FRU Mengganas Di SPRM, 7 Ditahan, 2 Cedera

Hampir 400 orang berhimpun di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam hari ini menuntut badan itu disiasat berhubung kematian seorang setiausaha politik Pakatan Rakyat dalam tahanan mereka.

Laungan “Siasat, Siasat, Siasat” bergema menggegarkan Plaza Masalam Shah Alam, yang menempatkan ibupejabat SPRM Selangor, menghadapi lebih 200 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengepung kawasan tersebut.

Teoh Beng Hock, 30, yang berkhidmat untuk Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati tengahari semalam dipercayai jatuh dari tingkat 14 SPRM selepas dikurung semalaman untuk disoalsiasat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhimpun bersama-sama rakyat Selangor pelbagai bangsa mengutuk kejadian tersebut dan menggesa satu siasatan dijalankan segera.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan dan memasuki ibupejabat SPRM menuntut penjelasan dari pegawai tertinggi SPRM negeri. Anwar menggesa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini.

“Cukuplah dengan kekejaman ini. Kita telah saksikan terlalu banyak kejadian sebegini. Kita tuntut penjelasan dari SPRM,” tegas Anwar kepada hadirin sebelum memasuki Plaza Masalam.

10 minit kemudian, unit FRU bertindak meleraikan hadirin dengan kekerasan. Tujuh orang ditahan manakala dua individu cedera dikasari polis. Antara yang ditahan adalah Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar.

Antara yang cedera Adun Rawang Gan Pei Nei yang dipukul di kepala oleh pihak polis, ketika membantu Lu Chuan Boon - pembantu kepada Exco Elizabeth Wong - yang diseret polis sejauh 30 meter.

Kejadian ini berlaku dibawah pemantauan Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar.

Sementara itu di satu sidang akhbar, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pentadbirannya sama-sekali tidak akan membenarkan pegawai-pegawainya disiasat di luar waktu pejabat.

“Kita akan menyediakan panel peguam untuk membantu pegawai-pegawai kita yang disiasat,” kata Khalid.

Kerajaan Selangor juga akan membantu keluarga Teoh, termasuk urusan pengkebumian. Timbalan Ketua Setiausaha Negeri telah diarahkan menemui ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, pertemuan Pakatan Rakyat dan SPRM gagal menghasilkan jawapan yang memuaskan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Lim Kit Siang berkata pertemuan tersebut membazirkan masa kerana pegawai-pegawai MACC telah diarahkan oleh pihak atasan untuk tidak berkata apa-apa.



Pasca Manek Urai : Pas nafi golongan muda punca undi merosot

Pemuda Pas Kelantan menolak dakwaan ramai pengundi muda di Manek Urai menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga undi diperolehi calon Pas merosot.

Sebaliknya, Pemuda Pas berpendapat golongan itulah yang banyak memberi sumbangan kemenangan Pas pada 14 Julai lalu.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak setuju dengan dakwaan pengundi muda sudah menolak Pas kerana berdasarkan lima peti undi di Dewan Undangan Negeri itu secara keseluruhannya golongan muda banyak membantu parti itu.

“Saya melihat kemenangan Pas di lima saluran muda di Unit Pembuangan Undi (UPU) termasuk UPU Manek Urai Baru menunjukkan pengundi muda yang memberikan sumbangan besar untuk kemenangan Pas.

“Jika dilihat jumlah majoriti, pengundi muda di saluran dua iaitu Sungai Peria mengatasi jumlah di saluran satu (Manek Urai Baru) dan ini jelas golongan muda yang banyak menyumbang kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada pilihan raya kecil N41, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat hanya dengan kemenangan kecil 65 undi (5,283).

Difahamkan, BN menang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor manakala Pas pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum 2008, Pas menang di semua pusat pengundian kecuali di Manjor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang itu berkata, berdasarkan analisis itulah beliau tidak setuju dengan dakwaan golongan muda kini menolak parti itu sehingga Pas menang tipis pada pilihan raya kecil Manek Urai kali ini.

Katanya, golongan muda secara umumnya dilihat tidak memberi sumbangan tetapi apabila dicampurkan lima UPU berkenaan ia ternyata mengatasi pengundi di saluran satu dan dua.

Abdul Latiff berkata, bedah siasat yang akan dijalankan kelak bakal mengkaji dari pelbagai aspek terutamanya kecenderungan golongan muda di Kelantan sekarang.

“Perkara itu penting bagi Pas untuk menilai sejauh mana tahap sokongan golongan muda di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada jentera Pemuda Kelantan yang bertungkus lumus sepanjang pilihan raya itu. -SH

Pasca Manek Urai : Kematian Teo Penuh Tandatanya

Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.

Mayat Teo bagaimanpun dibawa keluar oleh anggota polis jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar.

Terdahulu itu, lima pakar forensik berpakaian merah hati dari tiga buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira-kira jam 6.30 petang.

Keluarga mangsa yang ditemui dalam bangunan yang menempatkan pusat beli belah dan pejabat itu, bagaimanapun enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan.

Abang kepada mangsa, yang menunggu hampir empat jam, dibenarkan masuk ke dalam bangunan di tingkat lima itu kira-kira jam 8.30 malam untuk melihat mayat Teo.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis bertindak secara tidak professional kerana membiarkan waris menunggu terlalu lama.

Ronnie turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan MACC terhadap beliau dan Adun Seri Kembangan untuk menemui mangsa.


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kesal kerana polis tidak membenarkan beliau dan abang mangsa melihat mayat Teo.

Sementara itu, kelihatan beberapa anggota parti Pakatan Rakyat menyalakan lilin sambil memegang beberapa sepanduk di hadapan pintu masuk Plaza Masalam sebagai protes terhadap kematian Teo.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam sidang media berhampir tempat kejadian berkata, kes ini diklafisikasikan sebagai kematian mengejut tetapi polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk pengesahan.

Menjawab soalan pemberita, mengapa pakar bedah siasat diambil daripada tiga hospital yang berlainan, Datuk Khalid menganggap ia adalah kes sensitif.

Sebelumnya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab terhadap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock tersebut.

Menurutnya, ini kerana Teo ditemui mati, dipercayai jatuh daripada tingkat 14, bangunan Plaza Masalam, selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu, sehingga awal pagi tadi.

Tan Sri Khalid berkata, Teo dibebaskan kira-kira jam 3.45 pagi tadi selepas disoalsiasat selama hampir 10 jam bermula 6 petang semalam.

Terdahulu itu, Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah yang menunggu di pejabat SPRM bersama peguamnya, Govind Singh Deo, tidak dibenarkan bertemu mangsa yang sedang disoal siasat.

Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan bangunan itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Teo bagaimanapun, ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Difahamkan, Teo bakal mendaftarkan perkahwinannya bersama seorang gadis, Sue Sue Quay, 28 tahun, di Melaka esok.

Dalam satu sidang media tergempar di bangunan Annex, Shah Alam, petang tadi, Tan Sri Khalid meminta Ketua Polis Selangor menjalankan siasatan terpeinci bersama pakar pathologi dari Pusat Perubatan Subang Jaya yang mewakili kerajaan.

Katanya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar juga telah memberi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap kes ini.

"Selaku Menteri Besar saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan beliau membenarkan Kerajaan Negeri untuk menghantar pasukan pathalogi untuk jalan siasatan tersebut bersama pasukan pathalogi pihak polis," katanya.

Dengan nada sedih, beliau memberitahu ini adalah kejadian pertama berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, melibatkan kakitangan Exco.

"Saya harap tidakk berlaku lagi dan ini merupakan satu kerugian kepada negeri Selangor," jelasnya.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluar Teo dan menganggap ia sebagai satu tragedi kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada waris mangsa bagi meringankan bebanan mereka menguruskan upacara pengkebumian Teo.

Sementara itu, Ean dalam sidang media yang sama berkata, beliau cuba mengeluarkan Teo daripada pejabat SPRM itu dan mencadangkan siasatan disambung esok, tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian.



Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin Perlu Bertanggungjawab Di Atas Kematian Pembantu Exco

Banyak pihak hari ini mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu bertanggungjawab di atas kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Selama ini Polis dan SPRM telah dibiarkan bertindak secara sewenang-wenangnya ke atas tahanan yang disoal-siasat sehingga berlaku beberapa sisi kecederaan dan kematian dan pihak Kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk mempastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Pihak Polis sentiasa membuat kenyataan-kenyataan yang cuba untuk menutup segala salahlaku di pihak mereka dan SPRM yang menyebabkan seorang demi seorang telah mati akibat perbuatan durjana mereka malah pihak kerajaan membiarkan polis melakukan "cover-up" untuk melindungi perbuatan keji anggota mereka.

Di dalam satu perkembangan terkini Polis telah bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian Teo Beng Hock, demikian lapor Malaysiakini.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.

Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.


Pasca Manek Urai : 1Malaysia Tidak Akan Lepaskan Polis dan SPRM Lagi

Malam tadi, beratus-ratus rakyat Malaysia berkumpul di perkarangan Plaza Masalam di mana terletaknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14. Rakyat Malaysia berbilang kaum itu marah apabila Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan tersebut (laporan Bernama).

Jeff Oii melaporkan (komen di sini):
The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry.
Saya rasa Jeff tersilap membuat laporan. You cannot say the whole town is very angry, Bro. There are insane scumbags loitering here and there around town. They do not feel anything. They are not angry. It takes a sane human to feel angry, Bro!

Hari ini, kira-kira 10 pagi nanti, insya Allah, ramai lagi rakyat Malaysia akan pergi ke pejabat SPRM Selangor menuntut penjelasan (sila baca "The writing was already on the wall so long ago" oleh Raja Petra Kamarudin).

Malaysian Insider (komen di sini) memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"So far the police do not see any suspicious circumstances in this case and will wait for the report. We will carry out the investigation properly and thoroughly".
There are people who believe you are not blind, Khalid. If they are right in what they believe, let me ask you, what do you really see, Khalid?

You said, the police do not see any suspicious circumstances. So, what do you see?

He slipped and fell from the building?

You are not only answerable to us, the rakyat. You will be answerable to Allah s.w.t. too. I really hope The Almighty will believe you!

Anybody believes SPRM investigation division director, Datuk Mohd Shukri Abdull?!!

Ada siapa-siapa yang percaya Mohd Shukri? Jangan tuduh, tengok sahaja body language dia dalam gambar di sebelah tu (kenyataan dia di sini).

Saya percaya penjelasan Mohd Shukri.

Saya percaya. Tinggal lagi, nak tanya satu perkara ja. Katanya, baju Teo terkoyak. Kalau betul, kenapa baju dia terkoyak?!!

Saya percaya. Dah jatuh bangunan memang la mati. Tetapi, macam mana baju dia terkoyak? Ada tersangkut kat mana-mana ka? Tersangkut lagu mana? Apa pula penjelasan polis tentang baju yang terkoyak tu? -penarikbeca

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.

Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi. - TVA

KEMATIAN MENGEJUT?

Jika sebelum ini kita sering kali mendengar berita tahanan polis 'mati mengejut' ketika berada dalam tahanan sewaktu masih dalam proses soal siasat. Itu belum lagi dikira tahanan yang mendakwa dibelasah dan 'dikerjakan' sewaktu berada dalam tahanan polis. Malah sebelum ini kita pernah mendengar tahanan wanita yang dibogelkan dan diminta ketuk ketampi dalam keadaan mengaibkan dan dirakam secara sulit untuk mendapatkan 'bukti'. Malangnya semua dakwaan dan bukti yang dikemukakan seperti kes A.Kugan akhirnya senyap begitu sahaja.

Semalam, negara digemparkan lagi tentang kematian 'mengejut' tahanan sewaktu sedang disoal siasat. Cuma kali ini bukan dalam tahanan polis tetapi sewaktu dalam soal siasat SPRM. Apakah ini satu lagi kes kematian 'mengejut'? Teo Beng Hock, 30 tahun ditemui mati ketika berada di tingkat 14 pejabat SPRM di Shah Alam. Persoalannya bagaimana Teo boleh jatuh? Lebih malang, dia dijadualkan melangsungkan perkahwinannya hari ini. Bagaimana seorang yang berada di bawah kawalan SPRM boleh mati 'mengejut'? Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar awal-awal lagi mengklasifikasikan ia sebagai kematian 'mengejut'. Bagaimana beliau boleh membuat kenyataan 'mengejut' sebelum siasatan forensik dan bedah siasat belum lagi dilakukan?

Bagi saya, apa pun yang berlaku kepada Teo dalam hasil bedah siasat nanti, sama ada terjatuh, menjatuhkan diri atau dijatuhkan, SPRM perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana Teo berada di bawah kawalan dan siasatan SPRM ketika itu yang sedang menyisat kes berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan Exco Pakatan Rakyat Selangor. Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan orang ramai yang membuat spekulasi berkaitan kematian ini kerana ini bukan kematian biasa tetapi mati 'mengejut'. -angkasanuri

Tubuh suruhanjaya bebas siasat kematian Setpol Exco Selangor dalam tahanan SPRM

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teo Beng Hock dilaporkan terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan Dun membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata perlu satu siasatan menyeluruh bagaimana Teo terbunuh walaupun dakwaan menyatakan beliau terjatuh bangunan.

"Kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana mereka seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM," ujar Mahfuz.

Peristiwa mati dalam tahanan sebelum ini banyak berlaku tetapi membabitkan dalam tahanan polis, namun kali ini lebih mengejutkan ia berlaku di SPRM, katanya.

Justeru, beliau mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan suruhanjaya bebas ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin DAP bergegas ke pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan,"
katanya. -harakahdaily





Pasca Manek Urai : Jika Jambatan Diperlukan Buat Saja

Kata slogan One Malaysia: Rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan. Inilah slogan lanjutan daripada slogan “Bersih Cekap dan Amanah”, yang juga bergema dalam slogan “Terbilang Gemilang Cemerlang” (atau sekira-kira begitu urutannya; harap dibetulkan jika salah). Dari sudut mana pun dimulai, ketiga-tiga slogan ini tidak bermakna langsung.

Misalnya, slogan amanah itu ternyata dibenci oleh para pemimpin UMNO sendiri, dengan membuktikan mereka lebih sukakan rasuah daripada bersikap Bersih Cekap Amanah. Ini mereka buktikan dalam pemilihan mereka yang terbaru diadakan, yang menghukum (mengapa pula dihukum?) tokoh-tokoh yang pernah menjeritkan Bersih Cekap Amanah itu dalam ucapan mereka dengan melakukan rasuah secara besar-besaran dalam pemilihan ketua di semua peringkat.

Slogan Badawi yang terkenal itu pun tidak bermakna apa-apa, hingga pencetusnya dihumban ke luar dari kepemimpinan UMNO oleh Muhyiddin Yassin dan Najib Tun Razak yang juga bosan dengan slogan yang begitu menakutkan mereka. Selepas orang betul baik itu dihumban ke luar gelanggang, maka bergemalah slogan baru One Malaysia, mengambil semangat PPSMI yang menggunakan bahasa Inggeris dengan slogan “Inggeris didahulukan; bahasa Melayu dipinggirkan”.

Bagaimana pula slogan One Malaysia tidak bermakna apa-apa dan karut saja? Ini dibuktikan oleh TPM yang secara terang-terang pernah melempar Slogan Badawi dengan tuan-tuannya sekali. Katanya mengulas kekalahan UMNO di Manek Urai: “Kita tak perlu buat jambatan, kerana pengundi tidak mahu.

Tidak pilih UMNO. Jika mereka pilih UMNO, baru kita buat jambatan. Kita ikut kehendak rakyat kerana rakyat didahulukan” (atau sekira-kira begitu dilaporkan, yang betul-betul macam ucapan TPM semuanya berbeza dalam akhbar). Bagaimana kita boleh baca penegasan TPM dalam konteks One Malaysia? Tidak boleh, kerana terang-terang rakyat tidak didahulukan, pencapaian tak diutamakan.

Jika rakyat didahulukan, tidak timbul tidak mahu buat jambatan walaupun kalah, kerana kalah atau menang tidak menentukan “rakyat didahulukan” atau tidak. Jika betul rakyat didahulukan, mereka mesti diberikan jambatan yang dijanjikan kepada mereka, lagi pula bilangan pengundi yang mahukan jambatan itu hampir sama dengan yang tidak mahu, berselisih 65 undi saja.

Bolehkah suara mereka dimatikan begitu saja? Jika mereka lembu sekali pun, mereka diberi rumput supaya tidak mati kebuluran. Mereka telah berkorban besar memilih calon UMNO, tidak munasabah sama sekali suara dan kemahuan mereka ditendang begitu saja. Jadi jika rakyat tidak didahulukan, bagaimana pula pencapaian boleh diutamakan? Kedua-duanya mesti bergerak seiring, tidak boleh yang satu ada, yang satu lagi tidak perlu ada.

Jadi jelas dari segi logik dan cara berfikir manusia siuman, slogan One Malaysia ini karut, tidak boleh dipakai, bohong dan beracun jika kenyataan TPM dijadikan bukti. Tetapi slogan itu masih boleh dipakai, jika pemimpin UMNO betul-betul beriman dengan ajaran tauhid, yang faham makna taklif dalam kehidupan seorang pemimpin Muslim.

Tidak perlu berjanji apa-apa, mahu buat atau tidak mahu buat berasaskan umpan dimakan atau tidak. Jika umpan tidak dimakan, sungai tidak semestinya ditabur racun, atau airnya dikeringkan, habislah mampus semua ikan di dalam sungai. Oleh itu, jika rakyat memang perlukan jambatan, tidak perlu diumpan mereka dengan jambatan dalam pilihan raya seperti di Manek Urai.

Jika memang jambatan itu diperlukan, buat saja, tidak perlu berdolak-dalik. Jika tidak diperlukan, mengapa pula dijadikan umpan untuk mendapat undi? Kamu berkata UMNO pun boleh bawa orang Islam ke syurga jika pangkah UMNO; mengapa pula orang yang pangkah UMNO kamu biarkan, kamu mungkiri janji kamu sendiri dengan membuat keputusan begitu biadab jambatan itu tidak perlu.

Lihat, bagaimana One Malaysia senang-senang makan tuan, jika orang yang menjeritkan slogannya tidak jujur. Semua orang tahu dan mengaku kejujuran itu baik dan dituntut dilakukan oleh semua orang. Kalau benar, mengapa pemimpin politik tidak boleh bertindak jujur? Jahatkah orang yang jujur dan menunaikan janji? Janji itu amanah, bukan slogan yang boleh dipermainkan.

Jika kamu tahu janji itu amanah, apa akan jadi kepada kamu jika kamu mungkiri janji kamu? Kamu akan dituduh berbohong, dan pembohong tidak layak menjadi pemimpin. Pembohong hanya layak menjadi pelawak, kerana semua pelawak adalah pembohong besar. Tidak pantas bagi ketua-ketua UMNO senang-senang begitu saja mahu jadi pelawak.

Orang yang tahu serba sedikit tamadun Kelantan, budaya rakyat Kelantan, akan faham bahawa perkataan “pelawak” itu bererti pembohong. Tidak percaya? Tanyalah para pemimpin UMNO Kelantan yang tidak pernah pelawak itu, walaupun ada di antara mereka yang secara tabii suka berbohong. - Mohd Affandi Hassan

Pasca Manek Urai : Tambang Naik - Hadiah BN Untuk Rakyat Miskin

Hadiah kedua belas (12) sempena 105 hari jadi Perana Menteri.

Sebelum pilihanraya kecil Manek Urai, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berbagai hadiah buat rakyat. Dikira oleh pelajar yang belajar math dalam bahasa Inggeris eleven kesemuanya. Namun, selepas BN tewas di sana kini, rakyat juga menerima "hadiah istimewa" kedua belas (twelveth) daripada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Kadar tambang baru bas sekolah di Semenanjung (kadar bulanan) bagi sektor bandar dibenar dinaikkan 6.33 sen, iaitu RM21.10 sekilometer pertama sekarang kepada RM27.43 sekilometer pertama. Manakala itu tambang bas ekspres dibenarkan naik lagi 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.

Kerajaan juga membenarkan tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen. Dalam pada itu bagi tambang bas mini dan bas pengantara pula akan dinaikkan sebanyak 20 sen. Lebih mendukacitakan ialah kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos. Kenyataan perihal kenaikan ini telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, hari ini.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa tambang baru teksi turut akan dinaikkan daripada RM2 sekm kepada RM3 sekm mulai 1 Ogos ini. Dengan kenaikan ini, jelas sekali membuktikan bahawa memang apa yang diwar-warkan oleh DS Najib Razak bahawa "rakyat didahulukan" kini terbukti benar dan tepat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terus membenarkan Pekember/ BN berkuasa.

Mungkin mereka tidak merasa impaknya, kerana semuanya ada kenderaan sendiri, boleh lalu tol banyak-banyak sehingga dapat diskaun 20 % setiap bulan. Ya lah semua mereka guna smarttag dan touch and go.

Atau apakah kenaikan ini adalah hukuman kepada pengundi yang memenangkan YB Hj Fauzi Abdullah di Manik Urai 14 julai lalu.

Sekali lagi tahniah kepada Pekember /BN yang mendahulukan rakyat dengan segala kenaikan ini dan juga tahniah kerana dapat mengekalkan pretasi tanpa menang anda dalam kesemua 6 PRK di Semenanjong Malaysia ini. Insyaallah buatlah lagi PRK, rakyat akan menambahkan lagi koleksi rekod tanpa menang ini sekiranya hadiah demi hadiah yang diberikan oleh PM kepada rakyat berterusan begini. Panggillah editor Malaysia book of record untuk memasukkan ccatatan ini buat kenangan anak cucu kita dimasa akan datang.

Masa nak naikkan harga minyak dulu, dikatakan 4 billion dapat dikumpul untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam seluruh negara, tetapi yang rakyat dapat bukan perkhidmatan yang lebih baik, hadiah tambang yang akan mencanak naik.

Mulanya surcaj dikenakan dalam kenaikan tambang hanya beberapa bulan, tetapi lepas tukar PM baru, katakan pula surcaj tu bukan pasal kenaikan harga minyak, tetapi kos lain termasuk overhead dan spare part dan service yang naik.

kalau cakap dan janji tak kelentong, bukan nama BN, kata seorang kawan. - YB Dr. Mohd Hayati Othman

BERITA SEBELUM INI
Pasca Manek Urai : BN Hadiahkan Kenaikan Tambang Bas dan Teksi