Inmarsat nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370
Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat.
Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.
“Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat,” kata naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.
INMARSAT mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa data asal pesawat tersebut masih berada dalam tangan Inmarsat.
"Data asal itu tidak ada bersama pihak , Malaysia, Australia ataupun Malaysia Airlines. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin pada sidang media hari Khamis.
INMARSAT adalah syarikat yang bertanggungjawab mengenal pasti kedudukan akhir MH370 berdasarkan ‘ping’ elektronik ringkas daripada pesawat tersebut.
Data yang diperolehi menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi,” tambah INMARSAT.
Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan. - astro awani
MH370: Data asal hanya boleh didedahkan oleh INMARSAT, kata Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sidang media khas, misi pencarian MH370. --foto Tan Su Lin KUALA LUMPUR: Data asal pesawat MH370 yang diminta oleh ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu itu hanya boleh didedahkan oleh pihak syarikat satelit UK INMARSAT.
Demikian penjelasan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa ditemui pemberita pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, pada Khamis.
"Data asal itu tidak ada bersama pihak MAS, Malaysia, ataupun Australia. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin.
Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia membeli data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.
TIADA PENEMUAN DI TELUK BENGGALA
Sementara itu, apabila ditanya pemberita tentang dakwaan bahawa pesawat tersebut berada di Teluk Benggala, Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia telah meminta bantuan pihak ketenteraan Bangladesh dan India namun, tiada penemuan didapati setakat ini.
"Buat masa ini, jika kita hendak melihat pencarian di kawasan itu secara terperinci, ia akan memerlukan aset komersial dimana ia akan mengambil masa yang lama selain kos pencarian yang mahal.
Bagi menentukan sama ada pencarian di Teluk Benggala akan diteruskan atau tidak, saya serahkan tanggungjawab itu kepada yang pakar.
Ini kerana, jika kita hantar pasukan mencari di sana tetapi tidak menemui apa-apa, siapa akan bertanggangungjawab dengan kos yang tinggi itu?," tambah Hishammudddin.
Setelah 69 hari kehilangan MH370 dilaporkan, usaha pencarian di dasar laut terus diperhebat dengan pihak ketenteraan dari Malaysia, Australia dan China bertungkus lumus meneruskan misi pencarian.
"Ketiga-tiga negara sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia di Perth, Australia untuk sebarang kemungkinan. Buat masa ini, usaha pencarian melalui udara dan permukaan laut telah dihentikan.
'PIHAK KETIGA' TUNJUK KESANGGUPAN BANTU
Apabila ditanya mengenai jumlah kos pencarian, Hishammuddin memberitahu, terdapat 'pihak ketiga' yang menunjukkan kesanggupan untuk membantu jika kos misi pencarian ini menjangkaui kemampuan Malaysia.
Namun, beliau enggan mendedahkan identiti pihak ketiga itu.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Kurang sejam selepas ia berlepas, pesawat malang itu dilaporkan hilang dan pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI