8 Feb 2013

Lynas Tutup Bila Pakatan Rakyat Memerintah


Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.

“Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama,” katanya.

Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.

Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.

Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.

Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.

“Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran,” tegas Ahli Parlimen Batu. _KD

PRU13: Politik Bersih Kebenaran & Keadilan Lawan Politik Kotor Penipuan & Pembohongan

Hari demi hari yang meresahkan menjelang pilihan raya umum ke-13 telah menyebabkan bukan sahaja perlunya tindakan segera tetapi juga rasa terdesak di kalangan propagandis UMNO/BN kerana kurangnya kewibawaan propaganda mereka.

Sementara jabatan kerajaan seperti Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan dibawa masuk ke gelanggang untuk menyebarkan ayat-ayat propaganda bahawa UMNO/BN boleh memenangi PRU13 dengan majoriti dua pertiga, yang tiada siapa – tiada juga di kalangan pemimpin UMNO/BN- yang percaya akan keputusan begitu dalam PRU13.

Demokrasi berparlimen Malaysia akan lebih sihat dan matang sekiranya majoriti dua pertiga menjadi mustahil untuk mana-mana perikatan, kerana itu merupakan perisai untuk memastikan tidak akan berulangnya penguasaan merosakkan politik UMNO yang mengenakan budaya politik “Listen, listen, listen” terhadap parti politik lain di dalam Barisan Nasional.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan tertinggi UMNO/BN memberikan bukti terbaik bahawa mereka tidak yakin mereka akan memperbaiki pencapaian mereka dalam pilihan raya umum 2008, jika mereka yakin pastinya PRU13 sudah lama diadakan.

Sebaliknya Najib kini telah mencatat nama di dalam buku sejarah menjadi Perdana Menteri paling lama di Malaysia tanpa mandat pilihan raya sendiri.

Tetapi Najib mahu mengelakkan daripada mencipta satu lagi sejarah hitam, menjadi Perdana Menteri pertama yang diundi keluar daripada pejabatnya dalam PRU13 atau menjadi seperti Tun Abdullah yang ditendang keluar oleh Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 kerana tidak dapat memperbaiki pencapaian UMNO/BN pada 2008 dan memperoleh majoriti dua pertiga.

PRU13 penentu nasib sama ada kerajaan persekutuan di Putrajaya akan dimenangi oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, amat-amat bergantung kepada apa yang terjadi sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Undian terbaru yang dilakukan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) antara 26 Disember dan 11 Januari adalah yang paling menarik, kerana ia menunjukkan perbezaan antara mereka yang percaya BN boleh mengalahkan PR dalam PRU13 telah berkurangan daripada 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.

Responden yang percaya Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU13 telah meningkat dengan tetap dari 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012 kepada 21% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh memenangi PRU13 menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.

Responden yang tidak membuat keputusan atau tidak pasti siapa yang boleh menang dalam PRU13 jatuh dari 39% pada Disember 2011 kepada 30% pada April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Dalam senario Umcedel ini, apa yang perlu bagi PR untuk menewaskan BN dalam perlumbaan ke Putrajaya dalam PRU13 adalah untuk memikat lebih daripada lima peratus responden yang tidak membuat keputusan dan tidak pasti, yang berjumlah 21% pada Januari 2013.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di Kuching semalam bahawa Barisan Nasional yakin mempertahankan “hampir semua” kerusi parlimen dalam PRU13, walhal Sarawak adalah salah satu daripada tiga “negeri deposit” termasuklah Sabah dan Johor yang mana BN boleh kehilangan lebih daripada satu pertiga kerusi parlimen berjumlah 83 kerusi, iaitu PR memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi yang merupakan “angka keramat” untuk mewujudkan perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13.

Semakin terdesak pemimpin dan propagandis UMNO/BN apabila menjelangnya PRU13, semakin bertambah mereka mereka menggunakan politik penipuan dan pembohongan bagi mencetuskan rasa ragu dan kebencian terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, menjadikan PRU13 menjadi pertempuran Politik Bersih Kebenaran dan Keadilan melawan Politik Kotor Penipuan dan Pembohongan UMNO/BN.

Contoh terbaru politik penipuan dan pembohongan yang dilakukan propagandis UMNO/BN di dalam media sosial seperti di facebook, twitter, blog dan portal berita termasuklah yang berikut:

* Penipuan dan pembohongan jahat dihasilkan daripada perbualan/temubual yang tidak wujud mendakwa Irene Chang, isteri kepada pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng, menyerang kepimpinan DAP kerana tidak berhati perut mengenangkan Ho Leng yang melalui rawatan perubatan tumor otak;

* penipuan bahawa saya menyalahkan kerajaan atas kematian tragis kanak-kanak enam tahun William Yau, ketika saya twit: : “6yr William Yau’s tragic death – apart from UMNO/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!”. Saya tidak menuduh sesiapa atas kematian William tetapi membangkitkan hakikat menyedihkan bahawa Malaysia semakin tidak selamat untuk rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur kerana meningkatnya jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah – yang mana hanya Menteri/pemimpin UMNO/BN merasa selamat kerana mereka mempunyai perlindungan keselamatan.

* Penipuan bahawa saya telah mengucapkan slogan anti-Melayu di jalanan Kuala Lumpur pada 11 Mei, 1969 menyebabkan tercetusnya rusuhan 13 Mei 1969, walhal saya telah nyatakan di dalam dan di luar Parlimen bahawa saya tiada di Kuala Lumpur pada 11, 12 atau 13 Mei 1969. -Lim Kit Siang

[EDISI BINATANG] Bapa Saudara, 52 Thn Rogol Perempuan 12 Tahun Selama 2 Bulan

Batu Gajah - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka rahsia kepada ibunya.

Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, perbuatan keji suspek terbongkar apabila ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) akibat barah usus menceritakan perkara tersebut kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, selepas mendengar cerita tersebut, Pegawai JKM terbabit bertindak membuat laporan di Balai Polis Tronoh mengenai kejadian itu.

“Kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibunya dan lima adik-beradik lain serta suspek di Rumah Murah, Tronoh, di sini.

“Suspek berusia 52 tahun itu tinggal di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi, Januari lalu ketika mangsa mengadu sakit perut dan suspek tidak membenarkannya ke sekolah.

Menurutnya, suspek kemudiannya membeli makanan untuk mangsa, namun mangsa tiba-tiba pening serta tidak sedarkan diri selepas menjamahnya.

“Apabila mangsa sedar, dia melihat suspek sedang memakai seluar dalam, manakala bajunya terangkat sehingga ke dada dan seluarnya pula diturunkan sehingga paras lutut.

“Mangsa berasa sakit pada bahagian alat sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.

Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam (kelmarin),” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa turut mendakwa dirogol lebih kurang tiga kali sejak dua bulan lalu dan berikutan itu, percakapan saksi dirakam, manakala suspek ditahan pada jam 5 petang kelmarin di rumah sama.

“Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan,” katanya.

[EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap

Jerantut: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam.

Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

“Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. -HD

NFC & Skandal RM30 juta Bukti Raja Nong Chik Perlu Ditolak

NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

“Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.

Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

“Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media,” tempelak Nurul Izzah.

“Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram,” tegasnya.

“Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.

Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru.

[BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...


Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi.

Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya.

Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya.