30 Mac 2015

[VIDEO] POTA - "ISA" Yang Diwujudkan Semula


Akta anti-keganasan baharu ‘jelmaan semula ISA’, kata Pakatan

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, yang dibentangkan di Parlimen hari ini umpama "jelmaan" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan jaminan yang diberikan terhadap pemimpin politik tidak bermakna, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Putrajaya hari ini membentangkan dua rang undang-undang baharu, termasuk Pota dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, serta lima pindaan terhadap akta sedia ada bagi mengekang kegiatan dan ancaman pengganas di dalam negara.

"Semasa ISA dahulu, sewaktu zaman Tun Abdul Razak, beliau beri jaminan ISA tidak digunakan kepada orang politik, tetapi adakah ianya memberi apa-apa makna?" soal Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

"Sejak dahulu, ketika ISA diluluskan, jaminan yang diberikan tidak akan berlaku salah guna kuasa terhadap orang politik diberikan oleh perdana menteri, bukan menteri biasa," katanya.

Pemimpin PAS itu berkata, meskipun terdapat peruntukan khas berhubung jaminan kepada orang politik, pendakwaan terpilih tetap akan berlaku.

"Jaminan untuk ahli politik tiada, sekarang sudah ada Akta Hasutan tapi hanya digunakan untuk pembangkang sahaja.

"Sebenarnya bukan undang-undang sekarang tidak cukup, tetapi salah guna dan digunakan secara terpilih,"
katanya.

"Jaminan seperti ini sudah banyak kali diberikan dahulu, ISA lagi lama, bukan sekali salah guna, puluh ratus kali salah guna."

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, akta baharu itu tiada sebarang perbezaan daripada ISA dan bakal menjadi ancaman terhadap kebebasan hak asasi manusia.

"Selepas semakan, saya mendapati tiada beza antara ISA dan Pota, ini ancaman kebebasan hak asasi.

"Seperti 'like old wine in new bottle'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau turut berkata, pasukan guaman yang terdiri pemimpin PR akan menjalankan semakan terhadap akta berkenaan dan mengadakan sidang media setiap hari.

"Kami akan mengkaji rang undang-undang ini dan pasukan guaman kami akan memberikan sidang media setiap hari," katanya.

Antara kandungan Pota termasuklah sebuah Lembaga Pencegahan Keganasan terdiri daripada antara tiga dan enam ahli dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengeluarkan perintah menahan suspek pengganas tidak melebihi tempoh dua tahun jika didapati perlu demi keselamatan negara. Tempoh penahanan juga boleh diperbaharui tidak melebihi dua tahun.

Sementara pindaan yang dibawa oleh Akta Pencegahan Jenayah 1959 turut menyatakan: "Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 4 semata-mmata kerana kepercayaan politik atau aktiviti politiknya."

Antara akta yang turut dicadangkan dipinda adalah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.

Kesemua rang undang-undang berkenaan sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, dan bakal dibahaskan pada sidang Parlimen minggu hadapan. -TMI



[VIDEO & GAMBAR] Monorel Di Stesyen Titiwangsa Terbakar

Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Kebakaran di stesen terbabit juga menyebabkan kesesakakan lalu lintas lebih kurang dua kilometer dari PWTC ke Jalan Tun Razak sementara stesen terbabit ditutup buat sementara waktu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan, 8.52 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba kebakaran sedang berlaku di bahagian tayar.

Kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

"Api berjaya dikawal dalam masa setengah jam," katanya.

Sementara itu pihak pengurusan Rapid Kl akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

TERKINI

Perkhidmatan monorel beroperasi semula

Perkhidmatan sistem pengangkutan monorel sudah beroperasi kembali pada 12.15 tengah hari tadi namun masih ada kerosakan pada sistem isyaratnya.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail, Abdul Hadi Amran, berkata, dalam kejadian pertama pagi tadi, monorel dua gerabak terbakar di Stesen Titiwangsa akibat geseran tayar dengan landasan yang menyebabkan asap tebal.

Menurutnya, dalam kejadian kedua pula satu lagi monorel empat gerabak tergendala operasinya di antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit Bintang akibat masalah teknikal.

“€œIa adalah dua kejadian yang berbeza.

“€œKami sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kedua-dua kejadian itu dan meminta maaf di atas segala kesulitan,"รข€ katanya dalam kenyataan, hari ini.




[GAMBAR] Gambar Terbaru Awal Ashaari Selepas Terlibat Kemalangan Dasyat


Awal Ashaari kemalangan di Melaka

PENGACARA terkenal, Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus ketika dalam perjalanan ke siaran langsung Melodi di Melaka, semalam.

Berita itu dimaklumkan wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui akaun Instagram miliknya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pengacara Melodi, Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Plus berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah selatan.

“Awal ditemani Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh,” tulisnya.

Zuan turut berkongsi gambar keadaan kereta Awal yang remuk teruk.

Menurutnya lagi, Awal telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Awal sudah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans dan saya masih berada di lokasi kemalangan menunggu pegawai penyiasat dan ‘towing’. Dalam pemerhatian saya, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sama-sama kita doakan untuk Awal,” katanya lagi.

Sementara itu, isterinya, Scha Al Yahya ketika ditemui di hospital berkenaan berkata, Awal hanya mengalami cedera ringan di bahagian mulut dipercayai akibat terhentak ketika kemalangan itu.

Dalam pada itu, Zuan berkata, tempat Awal sebagai pengacara Melodi digantikan oleh penerbit Micheal dan Liza Hot Fm.

Awal Ashaari Trauma Akibat Kemalangan - Scha Alyahya

PETALING JAYA: Isteri kepada pengacara Awal Ashaari iaitu Scha Alyahya memberitahu suaminya mengalami sedikit trauma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.

Bagaimanapun, Scha, 32, berkata, mereka bersyukur apabila pemerikasaan sinar-X yang dilakukan di Hospital Melaka terhadap Awal tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.

"Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam (Ahad).

"Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad selepas kereta BMW yang dinaiki milik rakannya Izuan Mokhtar terbabas sehingga rosak teruk.

Awal bersama Izuan dalam perjalanan ke program Jom Heboh yang diadakan di Melaka bagi mengendalikan program siaran langsung Melodi.

Awal kemudian dibawa ke Hospital Melaka bagi membuat rawatan lanjut sementara Azuan yang memandu kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu Scha berkata, Awal kini sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Namun, setakat ini dia masih lagi dalam pemerikasaan pihak hospital sebelum dibenarkan pulang.

"Dia sudah dipindahkan di sini (Kuala Lumpur) dan mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan keluar. Semua itu bergantung kepada keputusan dan pemeriksaan doktor," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Awal tidak berjaya kerana dia masih memerlukan rehat yang cukup.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, Awal memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.
-mstar


ULASAN GB

Awal, Allah masih menyayangimu.... jadi beringatlah selalu kepadaNya...

Pindaan EKJS Kelantan Bukan Rang-Undang-undang Hudud


EKJS: Bukan Islam tak sokong kerana belum faham

Cadangan pindaan Enakmen Jenayah Kanun Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.

"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Gajah kali ke-29 di D'Hotel, Seri Iskandar, dekat sini semalam.

Husam juga berkata, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuklah PBB dan SUPP yang berdiam diri dalam isu ini membuktikan mereka boleh menerima EKJS bahkan diyakini akan menyokong jika BN menyokong bill persendirian tersebut.

Ini katanya adalah satu perkembangan yang sangat baik dan jika PAS berjaya memberikan penjelasan dengan baik, beliau yakin ia akan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.

"Saya yakin bahawa semua pihak termasuklah dari kalangan komponen BN sendiri akan boleh menerima apa yang dibawa oleh Presiden PAS," ujarnya lagi. -HD

ULASAN GB

Pom pang Pom pang, akhirnya hukum kebenaran dan keadilan terdedah dengan sendirinya.

Kenyataan daripada Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang sendiri melalui Surat Terbuka Kepada Umat Islam: Isu Hudud Yang Dikelirukan, ternyata bahawa pindaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan tempohari BUKAN hukum hudud. Begitulah juga dengan Private Bill yang hendak diusulkan di Parlimen nanti.

Petikan:

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja. -Haji Abd Hadi Awang (rujuk pautan yang diberikan)

Jika demikian halnya, maka tidaklah salah dan berdosa untuk mana-mana ahli parlimen beragama Islam menolak Private Bill berkenaan. Kerana ia bukan rang undang-undang hudud. Dan tidak pula salah dan tidak juga menjadi kesan apa-apa untuk mana-mana ahli parlimen bukan-Islam jika mereka menyokongnya.

Sepatutnya isu pindaan berkenaan tidak perlu digembar-gemburkan dan tidak perlu untuk dikatakan sebagai hudud sehingga ia menimbulkan semacam phobia di kalangan bukan Islam. Ia hanyalah pindaan biasa dengan sedikit tambahan terhadap hukuman-hukuman yang sedia ada. Malah unsur hudud tidak lansung kedapatan di dalam pindaan-pindaan yang telah dilakukan. Maka adalah tidak betul untuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mendakwa pihak yang mengkritik pindaan enakmen yang dibentangkannya di DUN Kelantan sebagai “golongan yang tidak beriman”. Apatah lagi kenyataan dari Ketua Ulamak Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardawi pun telah menyatakan "[VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud".

Ianya mungkin sengaja dihebohkan sebagai hudud untuk menarik sokongan kaum Islam, mungkin untuk agenda "penyatuan PAS-UMNO" di samping memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang mana umum mengetahui hudud ditentang oleh bukan-Islam.

Soalnya siapa dalang yang merancang menyebabkan kekeliruan itu berlaku dan mengapa PAS menghebohkannya sebagai hudud?