29 Feb 2008

Pengumuman Penting

Laman Tranungkite Online memerlukan masa beberapa jam lagi untuk penaikan taraf semula. Justeru itu diharap semua ahli dn pengunjung dapat bersabar dan teruskan berusaha/bekerja untuk kemenangan BARISAN ALTERNATIF!

Gambar Hari Ini




ikhsan buletinonline

28 Feb 2008

Klip Video Menarik dari Y4C

Empat klip video berikut yang dikeluarkan oleh Y4C (Youth For Change) yang bertajuk Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers.

Ia telah dilancarkan hari ini, bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. "Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," kata Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon.

SETEM YB



UBAH GAYA HIDUP



romPAK LAH



YB versus BLOGGER

Kekalkan Kerajaan PAS Kelantan

27 Feb 2008

Syabas Tranungkite

Oleh zul_mz

Pilihanraya Umum ke 12 yang sedang hangat dirasakan di negara kita sekarang ini telah menjadi semakin rancak apabila rakyat telah berpusu-pusu naik ke alam langit (siber) untuk mencari maklumat terkini yang lazimnya tiak diperolehi dari media arus perdana.

Semenjak pilihanraya tahun 1999 lagi, internet telah menjadi satu kuasa baru dinegara kita - kuasa untuk menyampaikan maklumat alternatif dan ianya mempunyai impak yang amat besar kepada senario politik negara apabila jarang berlaku di dalam sejarah negara di mana menter-menteri kabinet tewas di dalam pilihanraya.

Pilihanraya 2008 nampaknya seperti perulangan dari sejarah itu. Ditambahkan pula dengan kerancakan pembina-pembina blog dari kalangan ahli politik menjadikan tidak ada satu pun yang kini mampu menghalang pengaliran maklumat sekalipun media arus perdana negara dikatakan dikuasai oleh parti pemerintah.

Yang menariknya ialah internet tidak diminati oleh golongan pro-establishment (baca: pro-kerajaan) dan sandainya ada, ianya tidak dilakukan secara intensif berbanding yang dilakukan oleh pihak lawan.

Mungkin pihak pro-establishment merasakan peranan yang telah dimainkan oleh media arus pedan dan media eletronik seperti radio dan tv sudah memadai untuk memberikan liputan yang meluas kepada mereka.

Namun bagi mereka yang anti-establishment, nampaknya internet menjadi satu kepelrluan yang amat mendesak apabila mereka mendapati "tanah di gelanggang silat" tidak seimbang.

Saya tertarik dengan salah satu lamanweb yang telah mengunakan teknologi maklumat secara paling berkesan dan optima dengan portal yang begitu menarik, malah mempunyai stesyen radio dan tv internetnya sendiri.

Lamanweb ini dikendalikan oleh sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pembangkang di negara ini iaiatu lamanweb tranungkite.net.

Dengan bilangan keahliannya yang melebihi 10,000 orang, portal Tranungkite Online atau ringkasnya TKO yang menggunakan CMS PHPNUKE ini adalah satu portal yang amat menarik perhatian saya.

Apatah lagi ia membuktikan bahawa CMS PHPNUKE rekaan Fransisco Burzi itu sebenarnya mampu untuk menampung sejumlah bilangan ahli yang ramai.

Siaran radio dan tv yang disiarkan di TKO mempunyai dua channel iaitu channel prima dan channel universal (tko.fm dan tko.tv) adalah satu pembaharuan terkini di dalam dunia penyebaran maklumat berdigital dan mampu memaparkan siaran kepada pengguna internet.

Satu channel sudah memadai namun tambah satu lagi lagi channel adalah seumpama bonus kepada pemilik portal berkenaan.

Samada mereka akan berjaya ataupun tidak, masih terlalu awal untuk dibuatkan ukuran, namun usaha ke arah pengguaan teknologi maklumat sebagai satu media terkini amatlah dipuji.Siaran TV mereka bermula seawal jam 9.00 pagi waktu Malaysia dan siaran radionya lazim dikeudarakan jam 9.00 malam.

Saya bukan mengajak untuk besama anti-establishment, tetapi saya rasa gembira kerana mereka mengunakan teknologi maklumat "to the fullest".

Ini adalah kodingnya untuk dimasukkan ke dalam lamanweb atau blog anda

<object align="middle" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=6,4,5,715" type="application/x-oleobject" height="375" id="MediaPlayer" standby="Loading ManiaTV Video Experience..." width="350" classid="CLSID:6BF52A52-394A-11d3-B153-00C04F79FAA6">
<param value="mms://202.188.30.50:8080/TKO.fm" name="url">
<param value="-1" name="AutoStart">
<param value="full" name="uiMode">
<param value="1" name="rate">
<param value="0" name="balance">
<param value="0" name="currentPosition">
<param name="defaultFrame">
<param value="1" name="playCount">
<param value="0" name="currentMarker">
<param value="-1" name="invokeURLs">
<param name="baseURL">
<param value="50" name="volume">

<param value="0" name="mute">
<param value="0" name="stretchToFit">
<param value="0" name="windowlessVideo">
<param value="-1" name="enabled">
<param value="-1" name="enableContextMenu">
<param value="0" name="fullScreen">
<param name="SAMIStyle">
<param name="SAMILang">
<param name="SAMIFilename">
<param name="captioningID">
<param value="0" name="enableErrorDialogs">
<embed pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/MediaPlayer/" videoborderwidth="0" transparentatstart="1" stretchtofit="1" autostart="1" showstatusbar="1" showtracker="1" animationatstart="1" src="mms://202.188.30.50:8080/TKO.fm" type="application/x-mplayer2" height="375" id="MediaPlayerFF" videoborder3d="0" width="350" showcontrols="1" name="MediaPlayer"></embed></object>

26 Feb 2008

Terbeliakah Mata Samy Vellu Di Hari Jadinya

Oleh Greenboc


8 MAC adalah tarikh di mana seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan kewajipan mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara - PILIHANRAYA UMUM KE 12. Namun tarikh itu juga adalah tarikh lahir Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu.

Dengan senario yang ada, undi masyarakat India diakui akan menjadi penentu kepada kemenangan atau kegagalan sesebuah parti di banyak negeri di dalam PRU12 nanti. Bermula dari kisah Rimba Jaya hasil kerakusan dan nafsu buas seorang Menteri Besar yang sinonim dengan "penyapu"nya yang telah merobohkan kuil penganut Hindu menyebabkan kaum India kini telah bersatu di bawah payung apa yang dinamakan HINDRAF. Samy Vellu tidak lagi menjadi dewa Brahmin yang selama ini menjadi pujaan mereka.

Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk kaum India supaya bertenang dan terus memberikan sokongan kepada BN melalui pelbagai tindakan dan janji - namun - bagi masyaraka India - go to hell with all your promises, damage has been done!

Hindraf sudah menjadi satu nama baru yang menjadi buah mulut oleh orang India. P.Utayakumar kini menjadi idola baru – tokoh reformasi masyarakat India, tokoh pembebasan orang India biar apa pun justifikasinya dan apa pun motif beliau.


Sewaktu penamaan calon pada 24 hb Februari lepas, masyarakat India sudah bangun untuk menyatakan protes mereka kepada MIC. MIC bkan lagi sebuah payung untuk masyarakat India. Di mana sahaja perhimpunan Barin Alternatif, orang India akan keluar berbondong-bondong memberikan sokongan, malah mereka lebih senang untuk berada dengan pemimpin PAS daripada pemimpin-pemimpi MIC sendiri.


Malah kini ada di kalangan masyarakat India tidak segan silu memakai pakaian-T berlambangkan bulan! Dan di Tiram, PAS Johor mengambil tindakan paling terkehadapan - meletakkan seorang berbangsa India yang bukan Islam sebagai calon PAS di sana. Tahniah PAS Johor!


Kesan daripadanya, pemuda-pemuda India kini membawa bendera PAS sahaja sewaktu penamaan calon di eberapa kawasan seperti di Kelang, Kuala Selangor dan Gombak yang mana Kaum India merupakan penduduk kedua terpadat selepas Melayu.


Mereka turut mengadakan beberapa siri lawatan ke Kelantan untuk melihat dengan mata kepala sendiri tentang pemerintahan seorang Menteri Besar yang khabarnya mempunyai ciri kepimpinan yan pengasih kepada semua bangsa. Benarkah atau mitos dari Ramayana? Melihat dan menjiwai dengan mata kepala adalah jawapannya.


Dan rombongan diatur. Peserta rombongan dari Nibong Tebal, Govindarajoo A/L Krishnan, 35 mengakui sangat kagum dengan kehidupan Menteri Besar yang sangat sederhana, mesra dan sangat mudah didekati rakyat itu.


“Menteri Besar Kelantan sangat mudah ditemui, tiada protokol sebagai mana Menteri Besar Parak buat temujanji awal tahun, akhir tahun belum tentu boleh jumpa. Ini menunjukkan Menteri Besar Kelantan sangat menghormati rakyatnya.”


Menurut beliau lagi, masyarakat India sangat kecewa dengan sikap dan layanan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau enggan berjumpa dan menerima kalungan bunga mawar daripada 200 anak-anak kaum India pada 16 Februari di Dataran Merdeka baru-baru ini. Malah lebih buruk dari itu masyarakat India yang datang itu dihadiahkan dnegan semburan gas pemedih mata oleh pihak berbaju biru dengan water canon sebesar raksaksa di tengah ibu kota!


Sementara itu, Rajenran A/L Palany, 43 dari Parit Buntal berpuas hati dengan kehidupan masyarakat India di bawah kerajaan Pas dan beliau mengakui rata-rata masyarakat India Kelantan yang ditemuinya melahirkan rasa puas hati terhadap kerajaan negeri.


“Di Kelantan kerajaan negeri memberi kebebasan kepada masyarakat India dalam membina kuil-kuil ibadat mereka, tidak seperti mana setengah kerajaan negeri lain yang banyak bertindak meroboh kuil-kuil Hindu,” jelasnya lagi.


“Setelah melihat sendiri bagai mana kehidupan kaum india di Kelantan, baru kami faham selama ini BN memperbodohkan kami dengan berita-berita negatif tentang parti pembangkang dengan memperalatkan media arus perdana.”


Beliau turut berjanji akan berkempen bagi memenangkan calon Pas sekiranya bertanding di Perak dan bersedia untuk menjadi jurucakap Pas kepada masyarakat India terutama di Parit Buntal.


Dan media arus perdana yang setiap detik dengan perasaan dengkinya terhadap pemerintahan Kelantan serta simpati mereka kepada Presiden MIC Samy Vellu kini ditolak oleh masyarakat India. PENIPU - itu kata mereka kepada media arus perdana setelah mereka menziarahi dan merasai sendiri indahnya pemerintahan di bawah seorang pemimpin bergelar Tok Guru ini.


Dan yang menariknya, sebagai pengendali rancangan TKO.fm saya menerima email dari beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS berketurunan India bahawa mereka kini mendengar siaran radio dan TV dan disiarka oleh Tanungkite Online dan meminta agar mutu rancangan TKO.fm diperbaiki dengan supaya memberi sedikit ruang untuk mereka supaya dapat brsama-sama rakyat Malaysia yang lain kerana mereka mendakwa telah disisih dan dinafikan oleh media arus perdana untk mendapatkan liputan yang adil untuk bangsa mereka!


Benar sungguh seperti saya katakan di awal tulisan ini, masyarakat India akan merupakan faktor penentu yang paling kritikal di dalam PRU12 ini.


Akan terbeliakkah mata Samy Vellu melihat masyarakat India kini yang dahulu menganggap dirinya sebagai Tuhan kini sudah mula melemparkan najis ke mukanya?

25 Feb 2008

Suasana Penamaan Calon Di Gombak dan Titiwangsa

Barisan Alternatif menamakan Pengarah pilihan raya dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen Gombak manakala AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali akan bertanding untuk Parlimen Titiwangsa.

Pemerhati politik negara berpendapat kedua-dua kerusi Parlimen tersebut mampu dimenangi oleh Barisan Alternatif dan berikut ialah video klip suasana penamaan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen berkenaan.

Suasana Penamaan Calon Di Marang

MARANG akan menyaksikan persaingan yang sengit di antara PAS dan UMNO. Parlimen Marang akan diwakili oleh Presiden PAS, TuanGuru Hj Abdul Hadi Awang yang akan ditentang oleh Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Berikut ialah video klip suasana penamaan calon di Marang.

Kemenangan PAS Di DUN Kijang

PAS telah menang tanpa bertanding di DUN Kijang Kelantan melalui wakil muslimatnya Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.

Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005. SPR akhirnya menerima protes itu. DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa

Berikut ialah video klip saat-saat kemenangan pertama tersebut:


24 Feb 2008

Pelbagai Bantahan Tapi Tiada Dipedulikan SPR

Oleh malaysiakini


Pelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bantahan itu antaranya dikemukakan oleh calon PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di parlimen Titiwangsa terhadap pencalonan Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir kerana mengesyaki akuan bersumpah Aziz tidak mempunyai duti setem.

Menurut pihak Dr Lo' Lo', Aziz juga melanggarkan undang-undang pilihanraya kerana membayar deposit dengan menggunakan cek peribadi.

Kekecohan berlaku apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) - yang diketuai oleh pegawai pengurus pilihanraya di situ, Che Yahya Che Soh - tidak membenarkan pihak PAS membuat semakan ke atas borang pencalonan Aziz berhubung bantahan tersebut.
Che Yahya berhujah, butiran peribadi mengenai calon-calon di papan pameran sudah mencukupi sebagai asas untuk membuat bantahan.

Beliau juga berkata, telah menerima arahan dari pegawai atasannya bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan melihat kertas pencalonan pihak lain.

Beliau kemudiannya menolak bantahan Dr Lo' Lo' dan mengisytharkan Dr Lo' Lo' dan Aziz sebagai dua calon parlimen Titiwangsa dalam pilihanraya 8 Mac ini.

Sementara itu, satu lagi bantahan dibuat oleh PKR bagi kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan, terhadap pencalonan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PKR membantah, dengan menyebut Khairy tidak menulis perkataan ‘bin’ pada kertas pencalonannya.

Pegawai SPR berkata, bantahan tersebut ditolak atas alasan kad pengenalan Khairy tidak mempunyai perkataan 'bin'.

Di DUN Rantau, bawah parlimen Rembau, Azhar Ibrahim dari PAS membuat bantahan terhadap penyandang Datuk Mohamad Hassan kerana meletakkan jawatan Menteri Besar dalam borang pencalonannya.

Bantahan tersebut juga ditolak tetapi alasannya tidak dinyatakan.
Perniagaan dan berniaga

Lagi di Negeri Sembilan, bagi kerusi-kerusi DUN Kota dan Chembong, bantahan turut dibuat oleh PAS terhadap penamaan dua calon BN. Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan alasan bantahan dibuat di Kota.

Di Chembong pula, bantahan dibuat atas dakwaan calon BN Zaiful Bahri Idris tidak menyatakan pekerjaannya sebagai ahli perniagaan. Sebaliknya, PAS mendakwa, Zaiful Bahri telah tersilap menulis 'berniaga'. Bantahan itu bagaimanapun ditolak.

Di Perak, dua bantahan difailkan terhadap pencalonan Datuk Seri S. Samy Vellu di parlimen Sungai Siput kerana beliau menulis pekerjaannya sebagai 'menteri'.

Bantahan itu dibuat atas alasan, ekoran pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, Samy Vellu hanya menganggotai kerajaan sementara dan bukan lagi seorang menteri.
Bantahan itu dibuat oleh seorang wakil DAP serta sebagai wakil berdaftar bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, ia juga ditolak oleh pegawai pengurus pilihanraya dengan alasan Samy Vellu seorang 'pemangku' menteri.

Juga di Sungai Siput, bantahan turut dibuat terhadap Samy Vellu kerana terdapat perbezaan pada tarikh lahirnya yang ditulis dalam kertas pencalonan - 20 Jun - sedangkan tarikh lahirnya yang diketahui umum ialah 8 Mac.

Pegawai pengurus pilihanraya turut menolak bantahan tersebut atas alasan tidak ada perbezaan antara tarikh lahir Samy Vellu pada kad pengenalannya dengan yang ditulis pada borang pencalonan.

Di Batu Gajah, DAP membuat bantahan terhadap calon BN, Cheah Yoke Chan, selepas terdapat perbezaan pada ejaan nama penyokong keduanya seperti yang terdapat pada kad pengenalannya yang ditulis dalam borang pencalonan.

Bantahan tersebut ditolak tetapi sebab-sebabnya tidak diketahui.

Di Kuala Kangsar, satu bantahan dibuat terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz selepas didapati beliau hanya menandatangani borang pencalonan asal, sedangkan salinan borang pencalonan tidak ditandatangani.

Pegawai pengurus pilihanraya menolak bantahan tersebut atas alasan terdapat tandatangan Rafidah pada borang pencalonan asal.

PAS berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam mengenai perkara tersebut.

Menang awal: BN - 9, PAS - 1


BN menang tanpa bertanding di tujuh kerusi parlimen, empat di Sarawak dan masing-masing satu di Sabah dan Johor.

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi di Sabah dan Selangor.

PAS pula menang di DUN Kijang, Kelantan menjadikan semua 10 kerusi dimenangi tanpa berbanding 29 kerusi pada pilihanraya umum lepas.

Pada 2004, 17 calon menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen dan 12 bagi kerusi DUN, termasuk satu kerusi DUN dimenangi PAS.

Berikut calon-calon BN yang menang di peringkat parlimen:

Datuk Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kali ini, seperti dalam pilihanraya 2004, bagi kerusi parlimen Pengerang.

Datuk Abdul Ghapur Salleh di kerusi parlimen Kalabakan.

Tan Sri Joseph Kurup di kerusi parlimen Pensiangan

Empat kerusi di menangi di Sarawak: Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit.

Anak bekas ketua menteri Sarawak, Norah Tun Abd Rahman, calon BN di Tanjung Manis, Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanti Linggi (Kapit) dan Ago Dagang (Kanowit).

Di peringkat kerusi DUN:

Kerusi Sementa, yang disandang exco negeri Datuk Abd Rahman Palil, kembali kepada BN setelah calon PKR yang diumum untuk bertanding, Suzaimi Salam, tidak muncul


Datuk Ramlee Marbahan (BN) di DUN Bugaya, Sabah.


Calon wanita PAS Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang apabila calon BN Mustopha Ahmed dibatalkan setelah didapati muflis dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihan raya.


Sebanyak 222 pusat penamaan di seluruh negara dibuka pagi tadi untuk proses pencalonan bagi merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri pada pilihanraya umum 8 Mac.

Semua negeri, kecuali Sarawak, menyaksikan persaingan merebut kerusi-kerusi DUN.

Seseorang calon diperlukan membayar deposit RM10,000 untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN semasa mengemukakan borang pencalonan mereka.

Sejumlah 10,922,139 pengundi berdaftar, termasuk 221,085 pengundi pos, dan kira-kira 600,000 pengundi baru dalam pilihan raya kali ini berbanding 10.3 juta pengundi pada pilihan raya umum 2004.

Sejumlah 30 parti politik layak bertanding dalam pilihan raya umum kali ni.

Sebelum Parlimen dan DUN dibubarkan pada 13 Feb, BN menguasai 199 kerusi, DAP (12 kerusi), PAS (tujuh kerusi) dan bebas (satu kerusi) dengan jumlah 219 kerusi.

Tiga tambahan kerusi parlimen kali ini -- Igan, Sibuti dan Limbang (semuanya di Sarawak) -- berikutan proses persempadanan semula kawasan pilihanraya.


SPR menetapkan 13 hari kempen, bermula hari ini sebaik sahaja selesai proses penamaan calon sehinggalah 12 tengah malam, 7 Mac.

PAS Terengganu cadang saman SPR kerana kelirukan calon

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Hrkh) - PAS Terengganu kemungkinan akan mengambil tindakan menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuat peraturan yang menyusahkan mereka yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Wisma Darul Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.

"Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari," ujarnya.

Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.

"Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.

Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu," ujarnya.

Kelima calon tersebut iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang, Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Alias Abdullah di Dun Alur Limbat, Zaidi Muda di Dun Bukit Payung dan di Dun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.

Sebelum itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam SPR yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang percalonan.

Arahan tersebut yang didakwanya cuba memerangkap calon pembangkang sebaliknya 'menikam' BN sendiri.

Ia memang cukup menyusahkan kerana surat itu dimaklumkan pada hari Khamis tetapi pembangkang dikatakan tetap berusaha mematuhinya sehingga terdapat mereka yang mahu menjadi calon terpaksa terbang ke Kuala Lumpur berikutan Terengganu cuti umum pada Jumaat dan Sabtu.

Seperti yang dialami calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa di Parlimen Kemaman, beliau terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang pada hari Jumaat apabila mendapat maklumat pada pagi hari tersebut.

Namun begitu berlaku kepada lima calon BN di Marang mengemukakan borang tanpa duti setem. Apabila PAS mengemukakan bantahan sebaliknya mereka mendapat pembelaan SPR.

Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."

Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.

"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.

Tegasnya, setelah didesak beberapa kali, barulah pegawai menunjukkan surat pembatalan arahan tersebut

Gagal kemuka bukti letak jawatan Senator, SPR tolak bantahan PAS


ARAU, 24 Feb (Hrkh)- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menolak bantahan PAS terhadap calon Umno Dato' Ismail Kassim yang mencabar Timbalan Mursyidul Am Pas Dato' Dr Haron Din di P003 Parlimen Arau kerana tidak dapat mengemukakan bukti perletakan jawatan sebagai Senator.

Menurut peguam Zulmi Sabri yang mengemukakan bantahan tersebut, mendakwa Ismail masih lagi tidak meletakkan jawatan senator dan meminta beliau mengemukakan surat perletakan jawatannya termasuk bukti pembayaran (pay slip) pendapatan untuk dilihat sebagai bukti.

Katanya jika sabit, tindakan ini adalah bertentangan dengan perkara 481(C) Perlembagaan Persekutuan yang mana calon tersebut boleh hilang kelayakan bertanding kerana masih lagi memegang jawatan berpendapatan.

Dalam pada itu, Haron Din ketika ditemui kesal kerana SPR menolak bantahan PAS dan akan berbincang untuk melakukan tindakan susulan terhadap isu terbabit.

"Kita tidak puas hati dengan penjelasan SPR itu dan mahukan keadilan dalam kes ini," katanya.

Dr Haron adalah calon terawal sekali menyerah borang pencalonan di Dewan,Sivik Arau jam 9.11 pagi tadi manakala lawannya yang merupakan adik kepada Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim.

Turut sama menyerahkan borang pencalonan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin bagi mempertahankan kerusi dewan undangan negeri kawasan DUN Sanglang, satu-satunya kerusi yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2004.

Selain itu empat calon PAS turut bertanding di kawasan masing-masing seperti Abu Bakar Ali di N11 DUN Pauh;Che Nordin Ahmad di N12 Tambun Tulang yang mencabar Shahidan Kassim, Ahmad Adnan Fadzil di N13 Guar Sanji dan Rus'sele Eizian di N14 Simpang Empat.

Sementara turut menarik perhatian ialah dua beradik,bekas pegawai istana Dato' Hassan Din dan Ishak Din yang hadir memberi sokongan kepada Dr Haron dengan diiringi sejumlah kira-kira 1,500 penyokong yang berarak dari rumah Ustaz Ahmad Ali ke Dewan Sivik Arau.

Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR Mohd Daud Abdul Hamid dan disiarkan secara langsung oleh RTM tengah hari tadi

Kemenangan di Dun Kijang akan menjana kemenangan besar PAS di Kelantan

KENYATAAN MEDIA

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telahpun mengisytiharkan calon PAS, bekas Senator Wan Ubaidah bt Omar menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN N. 05 Kijang, Kelantan di Hari Penamaan Calon hari ini. Kerusi DUN Kijang dalam parlimen Pengkalan Chepa ini dahulunya disandang oleh Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, yang kini bertanding di DUN N.17 Salor.

Kemenangan awal 1-0 buat PAS dan Barisan Alternatif di Kelantan ini diyakini akan menyemarakkan lagi semangat dan iltizam para petugas dan penyokong parti untuk melipatgandakan lagi usaha mereka bagi memastikan kerajaan "Membangun Bersama Islam" PAS Kelantan akan kekal untuk penggal yang kelima berturut-turut.

Presiden dan seluruh pimpinan serta ahli-ahli PAS bersyukur dan bergembira dengan perkembangan terbaru ini. Kemenangan yang dicapai oleh wakil Muslimat PAS ini mudah-mudahan akan menjadi inspirasi kepada semua tenaga Muslimat dan wanita PAS seluruh negara untuk memastikan kejayaan calon-calon PAS lain semasa Hari Mengundi pada 8 Mac nanti.
24 Febuari 2008

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir Sekretariat Media Pilihanraya Umum, PAS Pusat

Rangkuman BERITA PILIHANRAYA TKO

Oleh GB

a12.00 TGHARI
Dua kerusi DUN dan 6 Parlimen telah dimenangi oleh BN.

Sementa

Satu kerusi DUN di Selangor setelah calon ganti PKR ditolak kerana borang pencalonannya tidak lengkap kerana tidak membayar duti setem. Calon asal PKR Suzaimi Salam tidak muncul hingga ke saat pencalonan ditutup.

Bugaya

Datuk Ramlee Marbahan menang tanpa bertanding di DUN Bugaya, Sabah.

Pengerang - BN

Datuk Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kali ini, seperti dalam pilihanraya 2004, bagi kerusi parlimen Pengerang.

Kalabakan - BN

Hanya calon BN, Datuk Abdul Ghapur Salleh, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi parlimen Kalabakan setelah tempoh pencalonan ditutup.

BN Sarawak - menang empat kerusi

Kerusi-kerusi parlimen Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit dimenangi BN tanpa bertanding.


12.15 ptg TKO difahamkan UMNO menggunakan taktik kotor dengan menaja calon Bebas bertujuan untuk mewujudkan pertandingan 3 penjuru di Palimen Kuala Terengganu dimana Maimun Yusuf, berusia 89 tahun bertanding atas tiket calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan Pas.

Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan perlawanan di antara Maimun Yusuf menentang Datuk Razali Idris (BN) dan Mohamad Sabu (Pas).


12.20 ptg - Kawasan Parlimen Putrajaya menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.


12.30 ptg - Pengerusi UMNO / BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ditentang calon Pas, Subri Md. Arshad pada pilihan raya umum kali ini di Kepala Batas.

12.35 ptg - Bagi kerusi Parlimen Tumpat, penyandang dari parti PAS Dato' Kamarudin Jaffar akan menentang calon muda BN, Ashraf Wajdi Dusuki, sementara di Dun Pasir Pekan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato'Ahmad Yakob (PAS)n akan ditentang oleh calon BN, Mohd Noor Yaakob.


Di Dun Kelaboran, Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga penyandang kerusi akan menentang calon BN, Wan Hanapi Wan Daud, sementara di Dun Wakaf Barum calon PAS, Che Abdullah Mat Nawi akan menentang Mohd Rosdi Abdul Aziz dari BN.


Di Dun Pengkalan Kubor pula calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Hassan Berahim akan menentang calon BN, Noor Zahidi Omar.


Terdapat bantahan yang dibuat wakil PAS terhadap calon BN pertamanya ke atas Ashraf Wajdi berikutan kekeliruan alamat tetap dan alamat suart menyurat, begitupun bantahan ditolak.


12.40 ptg PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.

Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.

Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.


SPR akhirnya menerima protes itu.


DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa



12.45 ptg
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.



12.50 ptg Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.


Di Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

Manakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.


12.55 ptg Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon Pas, Faisal Ali bagi merebut kerusi Parlimen Parit Sulung.


1.00 ptg SAHIH! PAS MENANG TANPA BERTANDING DI KIJANG. DEMIKIAN LAPORAN NTV7 SEBENTAR TADI.


1.05 ptg - "Saya proksi kepada penduduk Lembah Pantai, bukan proksi kepada ayah saya", demikian kata Nurul Izzah yang menentang Datuk Shahrizat Jalil dan calon BEBAS N Periasamy di Parlimen Lembah Pantai.


1.35 ptg Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan ditentang oleh Yang Dipertua Pas kawasan Ledang, Rusman Kemin dalam kerusi DUN Serom pada pilihan raya umum kali ini.


2.15 ptg Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mohd Isa akan menentang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussindalam pertandingan dua penjuru di kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya umum 8 Mac ini.


2.20 ptg Calon PAS Parlimen Titiwangsa (P119), Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang menolak bantahan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) berhubung peraturan 'stamping' (mematikan setem pada borang Akuan Bersumpah) dan pembayaran wang deposit melalui cek oleh calon BN.


3.15 ptg Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bakal berdepan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamri Yusuf bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.


3.21 ptg Di Pahang kesemua calon BA, 12 parlimen dan 35 Dewan Undangan Negeri (Dun) bertanding dalam pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.


Tiga kawasan Dun bagaimanapun berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan calon bebas iaitu Dun Damak, Dong dan Mentakab. Kerusi Dun Damak diwakili KeADILan, begitu juga Dun Dong manakala Mentakab diwakili DAP.


Pesuruhjaya PAS Pahang Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di Dun Jengka, beliau ditentang calon BN, Wan Salman Ismail.


dikemaskini sentiasa. Sila refresh setiap 15 minit

17 Feb 2008

Kempen 18 SX Menantu Pak Lah Memakan Diri

Kempen Pemuda UMNO "Pakat Kelik Ngundi oleh menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Baawi iaitu Khairy Jamaludin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kini telah memakan diri mereka sendiri.

Poster yang ditayangkan "tak nak 18" telah ditertawakan oleh seluruh rakyak Kelantan. Sebahagian besarnya menyatakan bahawa sebenarnya minda mennantu Pak Lah itu tidak ada yang lain kecuali perkara-perkara yang menjurus kepada 18SX sahaja dan jika ingin disampaikannya ialah tak mahu 18 tahun PAS memerintah Kelantan, memang pun rakyat tidak mahu 18 tahun tetapi rakyat Kelantan MAHU LEBIH DARIPADA HANYA 18 TAHUN.

Demikianlah episod BEBAL seorang bekas pelajar OXFORD UNVERSITY yang cuba untuk menunjukkan lagak heronya dengan rakyat Kelantan untuk membuktikan bahhawa dia adalah sebahagian dari barisan politikus "masa depan" UMNO.

Khairy Jamaluddin pada 13 Februari lalu telah melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.

Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan sekaligus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.

Ramai juga yang berpendapat bahawa kempen tersebut merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan.

Menurut seorang blogger terkenal, Roslan SMS, seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak.

Khairy juga seakan berani membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?

Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya, beliau kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya mengundi PAS! tegas Roslan.

Justeru itu sebrnarnya TIADA SEBAB untuk rakyat Kelantan menolak kepimpinan YAB TG Nik Abdul Aziz. Rata-rata rakyat Kelantan menyatakan bahawa fikiran menantu Pak Lah ini sesempit fikiran bapa mertuanya tanpa meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya berlaku di Kelantan.

Masyarakat yang bukan-Islam pula menyatakan mereka telah dapat hidup dengan aman sejahtera di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz dan rata-rata mereka inginkan kepimpinan TG Nik Abdul Aziz diteruskan daripada diserahkan kepada golongan UMNO yang sebenarnya mereka telah melalui penderitaan hidup yang amat ketara semasa UMNO memerintah Kelantan satu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan juga kini MEMPERSOALKAN motif sebenar kempen tersebut kerana ia selari dengan kempen yang hampir serupa dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bertindak seperti Santa Klaus pada musim pilihanraya, iaitu menaburkan "gula-gula" untuk rakyat Kelantan.

Ramai mengesyaki sesuatu agenda yang tersembunyi - seiring dengan perlanjutan tempoh usia bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Apakah kempen-kempen berkenaan sebenarnya cuba menutup satu penipuan yang bakal dilaksanakan oleh UMNO/BN bersama SPR untuk menjalankan missi jahat merampas Kelantan secara keji dan hina?" demikian ujar seorang rakyat Kelantan ketika diminta mengulas isu ini.

SPR dikuasai oleh anak Kelantan yang berjiwa UMNO seluruhnya daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya.

16 Feb 2008

Pegumuman Penting

Lamanweb Tranungkite Online telah tidak dapat diakses sejak 2 hari lalu. Kemudian kita berpindah ke tunasislam.net. Malangnya saya rasa domain tunasislam.net ini tidak tidak dapat menampng jumlah pengunjung yang ramai menyebabkan para pengunjung dihantar ke sedoparking.

Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti TKO.fm di sebelah kanan blog ini sila klik
TKO.fm

Anda juga boleh menghentikan siaran radio di blog dengan menekan butang STOP dan menggunakan pautan di atas untuk mengikuti siaran TKO.fm di sambil sembang-sembang di chatbox.

Harap maaf di atas segala kesulitan yang timbul.

16 Februari 2008

8.00 pm -
Kuliah Maghrib Ustadz Abdul Hadi Awang
9.00 pm - Motivasi dan Irama Malam bersama GB



12 Feb 2008

Klip Video TKO.tv (3)

SEJARAH PENUBUHAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA



GABAN IS AT TKO.tv




BN - BARANG NAIK


2 Feb 2008

Klip Video TKO.tv (2)

Janji Politik Menjelang PRU - Salehuddin





Mustapha Mengakui Aniaya Rakyat Kelantan




Isu Bakar Bendera Batu Burok


Klip Video TKO.tv (1)

Islam Hadhari mendapat pujian dari George W Bush. Presdie Amerika yang terkenal dengan penentangannya terhadap Islam sebenar dan menyokong Islam Hadhari menjelaskan kepada kita bahawa Islam Hadhari tu adalah ajaran yang palsu lagi membahayakan.

BUSH PUJI ISLAM HADHARI




RTM MENYEBARKAN DAAYAH PALSU




INI BUKAN BUDAYA KITA