27 Ogo 2009

Era Najib Altantuya, Selepas MCA, MIC Pula Retak Menanti Belah

Satu tamparan lagi ke muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Mohd Yassin yang menyatakan Pakatan Rakyat retak menanti belah. Selepas MCA, parti kedua terbesar BN mengalami krisis yang parah ekoran isu PKFZ dan Chua Soi Lek yang dipecat, kini MIC, parti ketiag terbesar di dalam BN pula hadapai krisis yang parah.

Apa yang berlaku di dalam MCA dan MIC menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah, dan UMNO kini terkai-kapai sendirian. Itu akibat dari kecelupran Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.

"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.

"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.

Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.

"Saya yang membawa beliau ke dalam parti ketika beliau hanyalah kakitangan Koperasi Pekerja Jaya.

"Beliau telah lupa dan sekarang, apabila beliau berjumpa dengan orang-orang yang tidak menyukai saya, beliau memberitahu mereka supaya mengelak daripada saya.

"Tapi apabila beliau bertemu dengan penyokong saya, beliau memberitahu mereka yang saya seperti bapanya dan oleh itu, mereka (penyokong saya) perlu mengundi beliau," katanya.

Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.

Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.

"Tidak ada ruang untuk orang yang tidak serius dan memandang mudah ahli-ahli yang lain," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.

"Saya tidak harap beliau (Sothinathan) menghargai tetapi saya tidak mahu beliau memperdaya perwakilan dan ahli-ahli parti dengan mempercayai yang beliau adalah orang Samy Vellu.

"Beliau adalah beliau yang sekarang kerana saya. Tanpa saya, beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang, seorang Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.

"Beliau menjadi seseorang hari ini kerana saya dan hari ini, beliau menggunakannya (kedudukan) untuk mencemarkan nama dan kerja-kerja yang saya lakukan untuk parti," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.

"Apa yang saya tahu, apabila orang yang saya didik menipu saya, saya akan menyingkirkannya dari fikiran saya dan ramai ahli-ahli MIC dan pengerusi cawangan tahu tentang ini," katanya.


Era Najib Altantuya : Tiada Pergaduhan Berlaku

Penolong Penguasa SPRM, Mohd Najeib Ahmad Walad tidak mendengar sebarang pergaduhan yang berlaku di tandas SPRM jam 2 pagi, 16 Julai lalu, seperti yang dikatakan oleh Mohd Anuar Ismail semalam.

Beliau yang tampil sebagai saksi ke-18 turut berada di pejabat SPRM jam 2.30 pagi berkata, beliau tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan atau pertengkaran yang berlaku di situ.

Semalam, saksi ke 16, Mohd Anuar Ismail memberitahu mahkamah bahawa seorang pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin mendengar pergaduhan antara Teoh Beng Hock dan Ahli Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah di tandas SPRM, 16 Julai lalu.

Selain itu, Mohd Najeib memberitahu mahkamah bahawa kehadiran mereka di pejabat SUK, tanpa notis geledah.

Peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mencadang bahawa kehadiran SPRM ke pejabat Ean Yong Hian Wah di bangunan SUK tanpa notis, menyebabkan Teoh berada dalam keadaan gelisah dan tidak bersedia.

Mohd Najeib memberitahu, beliau telah mencetak empat dokumen yang diperolehi daripada komputer riba milik Teoh di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang, pada 15 Julai lalu.

Teoh, bekas setiausaha politik kepada Exco Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan, salah guna peruntukan kerajaan Selangor di pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah menafikan tuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa beliau dan Teoh Beng bergaduh sebelum setiausaha kepada exco Selangor itu ditemui mati.

Boon Wah berkata pegawai SPRM yang dikatakan mendengar 'pertelingkahan' antara dia dan mangsa telah merekacipta cerita dalam akuannya kepada jawatankuasa siasatan semalam.

Beliau, antara saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail semalam.

Anuar dalam akuannya ke hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata dia diberitahu oleh seorang lagi pegawai penyiasat SPRM, iaitu Bulkini Paharuddin bahawa Boon Wah dan Beng Hock bertengkar dalam tandas ibupejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 pagi, sebelum Beng Hock ditemui mati.

Boon Wah berkata pertelingkahan itu tidak mungkin berlaku kerana beliau tidak berada di tandas SPRM pada jam itu.

Boon Wah berkata dirinya disoal-siasat dari jam 10 malam hingga 2 pagi tanpa henti. Selepas soal-siasat tamat, dia dibawa ke pantri untuk minum, sebelum membuat panggilan kepada keluarganya. Semasa panggilan dibuat, jam menunjukkan waktu 2.30 pagi, dan sepanjang waktu, dia diiring seorang pegawai SPRM.

Inkues hari ini menyaksikan pegawai yang menyiasat Beng Hock, Mohd Najeib Ahmad Walad dipanggil ke kandang saksi. Mohd Najeib berkata beliau tidak mendengar apa-apa pergaduhan semasa beliau meninggalkan SPRM sekitar jam 2.30 pagi hari kejadian.


Era Najib Altantuya : Kerajaan Hilang Jutaan Ringgit

Kerajaan Malaysia dicadang mencontohi beberapa negara luar yang membuat penilaian terperinci mengenai pencapaian ekonomi negara secara menyeluruh dalam tempoh 50 tahun pentadbiran.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, masalah dalam sistem ekonomi negara akan terus tertunggak dan tidak dapat diperbetul jika penilaian secara menyeluruh, tidak dilakukan.

Beliau berkata, kelemahan dalam sistem ekonomi menyebabkan kehilangan jutaan ringgit wang rakyat berikutan amalan ilusi ekonomi yang kerap dilakukan pemerintah bagi menutup kepincangan pengurusan.

"Setiap kali berlaku kesilapan pengurusan ekonomi, kerajaan akan membuat pengumuman mengenai pelancaran dana baru bagi mengelak rakyat mengesan kelemahan sedia ada. Inilah ilusi ekonomi.

"Tapi, kesan ilusi ekonomi besar. Ia boleh menyebabkan kejatuhan nilai yang situasinya jauh lebih buruk dari mengalami masalah inflasi," katanya, menambah ilusi ekonomi terbaru kerajaan Umno-BN ialah EKUINAS.

Azan berkata, kehilangan wang rakyat akan terus berlaku selagi faktor kesilapan ekonomi, tidak diperbetul segera, apatah lagi kerajaan Umno-BN dari dulu sentiasa cuba menutup kelemahan. - SK / TVA



Era Najib Altantuya : Sivakumar Saman SUK Negeri Perak

AAggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh, lapor Bernama.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.

Beliau turut memohon injuksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Beliau juga mendakwa tindakan defendan menafikan aksesnya ke Dewan Negeri adalah tidak mematuhi undangundang dan tindakan itu adalah tidak berperlembagaan.

Sivakumar turut mendakwa tindakan defendan bersifat dengki dan bertujuan menyakiti plaintif di mana defendan berpihak kepada Datuk R.Ganesan sebagai Speaker dan menafikan hak plaintif sebagai Speaker yang sah.

ADUN Tronoh itu turut mendakwa defendan sedar atau mengetahui bahawa sebagai kakitangan kerajaan, defendan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan atau menceroboh urusan Dewan Undangan sebagai majlis menggubal undangundang dan tindakan defendan atau pekerja atau ejennya akan menyakiti plaintif.

Sivakumar mendakwa akibat tindakan salah atau penyalahgunaan kuasa defendan, plaintif dilucutkan suatu tempat untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri dan dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Speaker DUN yang sah.

Dalam butiran penyalahgunaan, Sivakumar mendakwa Abdul Rahman sepatutnya sedar dan tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan.

Bekas Speaker itu juga mendakwa defendan menunjukkan sifat berat sebelah dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN) sejak 7 Feb lepas selain gagal untuk menjauhkan diri daripada parti politik.

Defendan juga didakwa mengarahkan polis untuk menghalang persidangan Dewan Undangan Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selain gagal menjalankan tugasnya selaras dengan perintahperintah am.

Sivakumar juga mendakwa defendan telah bertindak di luar bidang kuasa dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan dan tidak boleh menuntut perlindungan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Dalam writ saman itu, Sivakumar mendakwa mengalami mengalami kejutan, kerugian dan kerosakan selain menanggung penghinaan serta perasaan malu di khalayak awam, akibat tindakan Abdul Rahman itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama oleh mahkamah.



Era Najib Altantuya : Kartika Lebih Tenang Disebat - Ayah Kartika

Shukarno Abdul Mutalib kini boleh menarik nafas lega melihat keadaan anaknya, Kartika Sari Dewi yang semakin baik sejak hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa, lapor Mstar.

Sebelum ini katanya, Kartika sentiasa menangis dan berkeras mengatakan yang dia akan disebat kerana salah lakunya tetapi sekarang, dia kelihatan lebih tenang.

"Sekurang-kurangnya sekarang, dia bersetuju untuk bertemu dengan pegawai dari Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," kata Shukarno selepas pertemuan dengan Ketua Penolong Pegawai, Bahagian Akidah Jakim, Halim Ahmad dan dua guru agama perempuan di rumahnya di Kampung Jawang dekat sini, semalam.

Pada ketika itu, model sambilan berusia 32 tahun itu dikatakan ke Ipoh pada sebelah pagi untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk salah seorang anak perempuannya.

"Kami berbincang bagaimana untuk membantu Kartika menghadapi pengalaman yang trauma ini tetapi kami tidak berbincang untuk membuat rayuan," katanya ketika ditanya tentang pertemuannya dengan pegawai Jakim itu.

Halim berkata, beliau telah menasihatkan keluarga itu supaya tabah dan harus mengambil kira sebarang nasihat yang diberikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Pegawai agama Islam Pahang telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Kartika untuk dibawa ke penjara Kajang pada Isnin lalu bagi menjalani hukuman sebat itu.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa Kartika berpatah semula membawanya pulang tidak lama selepas itu.

Mereka memberitahu Shukarno, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan berikutan arahan baru yang diterima daripada pihak berkuasa agama negeri Pahang.

"Ada yang meminta kami untuk membuat rayuan tetapi kami tidak tahu bagaimana. Itu adalah antara sebab mengapa kami meminta nasihat daripada pakar-pakar agama Islam seperti Mufti Perak," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan ketidakpuasan hatinya berhubung cara kes itu dikendalikan.

Beliau yang enggan mengulas mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Kartika berasa kecewa dengan cara pihak berkuasa agama Pahang yang seperti teragak-agak dalam menjalankan tugas mereka.

"Satu masa, mereka mahu melaksanakan hukuman sebat itu, selepas itu, dia (Kartika) dihantar pulang ke rumah.

"Semua ini memperlihatkan ketidakstabilan mahkamah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri semalam.

Sementara itu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada persidangan akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini, Khamis.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lepas selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008.

Mohamad Isa berkata sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam.



Era Najib Altantuya : Saksi Tidak Dengar Pergaduhan Teoh dan Tan Boon Hwa - Inkues

Inkues kematian Teoh beng Hock hari ini menyaksikan pegawai yang menyiasat Beng Hock, Mohd Najeib Ahmad Walad dipanggil ke kandang saksi. Mohd Najeib berkata beliau tidak mendengar apa-apa pergaduhan semasa beliau meninggalkan SPRM sekitar jam 2.30 pagi hari kejadian.

Kenyataan Najeib bertentangan dengan keterangan saksi Mohd Anuar Ismail semalam, yang membuat kejutan menyatakan beliau diberitahu oleh seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Bulkini bahawa beliau terdengar pergaduhan diantara Teoh dan Tan Boon Hwa di tandas.

Keterengan Najieb hari ini mencabar usaha SPRM untuk menyatakan wujud pergaduhan di antara Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa.

Di dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah menafikan tuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa beliau dan Teoh Beng bergaduh sebelum setiausaha kepada exco Selangor itu ditemui mati.

Boon Wah berkata pegawai SPRM yang dikatakan mendengar 'pertelingkahan' antara dia dan mangsa telah merekacipta cerita dalam akuannya kepada jawatankuasa siasatan semalam.

Beliau, antara saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail semalam.

Anuar dalam akuannya ke hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata dia diberitahu oleh seorang lagi pegawai penyiasat SPRM, iaitu Bulkini Paharuddin bahawa Boon Wah dan Beng Hock bertengkar dalam tandas ibupejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 pagi, sebelum Beng Hock ditemui mati.

Boon Wah berkata pertelingkahan itu tidak mungkin berlaku kerana beliau tidak berada di tandas SPRM pada jam itu.

Boon Wah berkata dirinya disoal-siasat dari jam 10 malam hingga 2 pagi tanpa henti. Selepas soal-siasat tamat, dia dibawa ke pantri untuk minum, sebelum membuat panggilan kepada keluarganya. Semasa panggilan dibuat, jam menunjukkan waktu 2.30 pagi, dan sepanjang waktu, dia diiring seorang pegawai SPRM.

Semalam Kelab GB telah mengulas isu pergaduhan yang dibangkitkan dan kami mempersoalkan kebenarannya.


Sudah pasti peguam-peguam dan pegawai penyiasat SPRM bernama Mohd Anuar ini telah melakukan sesuatu "framing" yang berkemungkinannya mengikut satu "grand design" oleh satu pihak yang lebih tinggi dari mereka.

Kini, perbuatan jenayah itu hendak dialihkan kepada orang lain, hendak di tunjukkan bahawa Teoh dan Tan Boon Wah kononnya bergaduh pada pukul 2 pagi. Siapa pegawai SPRM yang menunggu sampai 2 pagi. Bagaimana beliau boleh berada di situ? Bagaimana pegawai itu tahu mereka bergaduh? Apa bahasa yang digunakan oleh kedua-dua orang itu jika benar mereka berada ditandas? Bahasa Melayu? Bhasa Inggeris? Bahasa Mandarin? Apa butir pertuturannya? Apakah Bulkini ingat dan faham apa juga buttir percakapnnya sehingga menyatakan ia satu pergaduhan? Apakah ada berlaku kejadian tumbuk menumbuk? Apakah ada saksi lain selain Bulkini yang dilaporkan mendengar pergaduhan itu?

Teoh Bergaduh, Satu Teori Nakal Untuk Pesongkan Kebenaran




Era Najib Altantuya : Rosol Akui Perpecahan UMNO Terengganu

PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti, memetik laporan harakahdaily.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

ImageSelepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.



Era Najib Altantuya : MCA Retak Menanti Belah, Khabarkan Kepada Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beberapa hari lalu menyatakan Pakatan Rakyat umpama retak menati belah ekoran tindakan DUN Lunas keluar PKR. Namun apa yang berlaku sebenarnya MCA, sebuah parti komponen BN yang utama yang sedang mengahdapi keadaan itu.

Sejurus selepas dimaklumkan beliau akan dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyeru ahli MCA bangkit dan melawan apa yang beliau sebutkan sebagai usaha dalaman menghancurkan parti perkauman itu.

Chua dilaporkan sebagai berkata beliau yakin MCA akan mati sekiranya akar umbi parti itu tidak menzahirkan bantahan mereka kepada pimpinan tertinggi.

Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dilucutkan keahliannya malam semalam atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Chua dalam blognya mempersoalkan tindakan jawatankuasa displin yang menghukumnya selepas 21 bulan skandal itu berlalu.

Chua berkata tindakannya memikul tanggungjawab perbuatan itu dengan melepaskan semua jawatan parti dan jawatan kerajaan adalah tidak mencukupi buat jawatankuasa displin parti. Namun bagi Chua, pemecatan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Presiden MCA Ong Tee Keat mahu kerjaya politik beliau ditamatkan.

Chua, yang berkhidmat sebagai pengerusi bahagian MCA sejak 1985, dilucutkan keahlian selepas jawatankuasa displin parti perkauman itu menyorot kembali rakaman sulit perselingkuhan beliau dengan seorang wanita pada penghujung tahun 2007.

Pada Januari 2008, Chua melepaskan semua jawatan yang disandang sebagai hukuman kepada perbuatan beliau. Namun pemilihan parti MCA Oktober tahun lalu menyaksikan Chua di lantik ke Timbalan Presiden MCA selepas meraih sokongan kuat dari akar umbi.

Perseteruan antara Chua dan Presiden Ong Tee Keat bermula sejak itu, dan Ong dilihat sebagai dalang kepada pemecatan ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye berkata perpecahan dalaman MCA semakin parah dengan pemecatan Chua Soi Lek. Ahli Parlimen Gopeng itu menambah beliau tidak yakin kemelut dalaman ini akan surut dalam masa singkat.

"Apa yang berlaku menunjukkan perpecahan yang serius dalam MCA. Pasca PRU12 sehingga ke hari ini, MCA masih bercelaru dalam keadaan berpecah-belah. Dengan kemelut ekonomi, wabak H1N1, skandal itu dan ini, MCA dilihat tidak mampu menumpukan perhatian dan sumbernya kepada memajukan hasrat rakyat. Sebaliknya, mereka bercakaran dan berebut kuasa," kata Dr Lee.

"Perpecahan ini juga di dorong oleh keputusan PRU12 sehingga ke PRK Permatang Pasir baru-baru ini, yang menunjukkan masyarakat Cina menolak MCA," kata Dr Lee.

Ong menafikan sebarang hubung-kait dengan pemecatan ini, namun persepsi rakyat adalah Ong telah mendorong jawatankuasa displin untuk menyiasat semula Chua meskipun si pengadu telah menarik-balik aduannya.

Chua dalam jawab balasnya berkata pertelingkahan antara beliau dan Ong tidak boleh lagi dilihat sebagai isu peribadi. Chua dalam blognya menulis Ong telah gagal memulihkan kedudukan MCA yang hilang hala-tujuan dan hilang sokongan masyarakat Cina pasca PRU12 lalu.

Chua menambah keputusan PRK Permatang Pasir menunjukkan bagaimana masyarakat Cina telah menyisihkan MCA. Beliau berkata sekiranya akar umbi MCA bangkit, maka kejatuhan parti perkauman itu dapat diselamatkan.

Seolah-olah menyahut seruan Chua itu, akar umbi MCA mula menggerakan kempen memanggil persidangan tahunan tergempar, atau EGM, untuk menyingkirkan Ong.

Dikepalai Pengerusi pro-tem Kempen Selamatkan MCA, Datuk Theng Book, matlamat EGM ini adalah untuk membatalkan pemecatan Chua, serta mengadakan undi tidak percaya terhadap Ong selaku Presiden.

Dalam masa yang sama, lima bahagian MCA Perak menyeru supaya Ong digantung atas dakwaan menerima sumbangan RM10 juta ringgit dari Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing.


Era Najib Altantuya : RM112 juta Lebur Kerana Kroni

Setiap bulan selama 40 tahun, sebanyak RM112 juta wang rakyat yang dilabur dalam pelbagai dana kerajaan termasuk saham amanah, lebur begitu sahaja tanpa diketahui ke mana hilangnya, ke saku siapa?

Ia berikutan hanya RM2 bilion daripada RM56 bilion peruntukan dana pemilikan Bumiputera, masih berbaki manakala bagi kerugian RM54 bilion, tiada pihak memberi penjelasan penuh.

Situasi itu sedang berlaku dan bakal berulang selagi tiada pembetulan ekonomi dibuat atau sekurang-kurangnya penilaian ekonomi 50 tahun negara secara menyeluruh dilakukan, dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kehilangan jutaan ringgit setiap bulan itu didorong faktor ilusi ekonomi yang diwujudkan pemerintah bagi menutup kepincangan perbelanjaan.

"Kehilangan wang rakyat akan terus berlaku selagi faktor kesilapan ekonomi, tidak diperbetul segera. Ia akan berulang," katanya kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas kehilangan jutaan ringgit dan penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS).

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan EKUINAS sebagai dana ekuiti swasta yang menumpukan pelaburan dalam sektor berpotensi dan pertumbuhannya tinggi.

Penubuhan EKUINAS dengan peruntukan permulaan RM500 juta dan bakal dipertingkat kepada RM10 bilion, menimbulkan pelbagai persoalan mengenai ketelusan Umno dalam menjamin hak ekuti bumiputera tidak dibolot segelintir kroni Umno.

Ia berikutan, Najib dalam ucapan depan perwakilan Umno Johor mengaku kebanyakan peruntukan diberikan dalam bentuk Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) itu dibolot oleh 'Tan Sri-Tan Sri dan Datuk-datuk'.

Sehingga kini, Najib belum mengumumkan sebarang rancangan untuk mengembalikan pegangan ekuiti bumiputera berjumlah RM54 bilion yang dijual oleh kroni pemimpin kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan lumayan.

Mengulas lanjut, Azan mencadangkan kerajaan supaya membuat semula pencapaian 50 tahun negara sebagaimana amalan sesetengah negara luar bagi membaiki sesuatu masalah sebelum menjadi lebih kronik.

"Kesan ilusi ekonomi besar. Ia boleh menyebabkan kejatuhan nilai yang situasinya lebih buruk dari mengalami masalah inflasi," katanya, menambah ilusi ekonomi terbaru kerajaan Umno-BN ialah EKUINAS.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula menganggap penubuhan EKUINAS sebenarnya cuma bahan promosi 1Malaysia bagi menggembar-gemburkan saham amanah 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau menganggap penubuhan EKUINAS itu bertujuan menarik perhatian rakyat terhadap 1Malaysia dan ia tidak membantu, sebaliknya membebankan rakyat kerana peruntukan itu asalnya wang rakyat dari kutipan cukai.

Katanya, kegagalan kerajaan mengurus dana kewangan hingga menyebabkan kerugian RM52 bilion daripada RM54 bilion saham Bumiputera, perlu diperhalusi dan bukannya mencipta satu dana baru yang mungkin mengalami nasib sama.

Yusmadi berkata, EKUINAS pasti menemui kegagalan selagi masalah yang dialami dana lain sebelum ini tidak diatasi, berikutan faktor kecuaian dan penyelewengan dalam pengurusan dan ketiadaan akauntabiliti.

"Kerajaan patut memberi penekanan kepada perbelanjaan berhemah, bukannya membuat pengumuman mengenai dana baru, pakej ransangan baru. Semuanya pasti gagal selagi masalah asas tidak diatasi.

"Janganlah kerana mahu menjayakan 1Malaysia, kerajaan membuat sogokan kewangan kepada rakyat sedangkan ia memang menggunakan duit rakyat," katanya kepada Suara Keadilan apabila diminta mengulas penubuhan EKUINAS. -SK

Era Najib Altantuya : Penipuan SPRM Terserlah, Tan Boon Hwa Nafi Bergaduh Dengan Teoh Beng Hock

Seperti yang diragui oleh Kelab GB mengenai teori pergaduhan Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa yang dikemukakan oleh Peguam SPRM sewaktu inkues semalam, hari ini Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah menafikan pernah bergaduh di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Teoh Beng Hock pada pukul 2 pagi 16 Julai.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah bertelingkah atau bergaduh dengan Teoh Beng Hock pada semua masa di bawah tahanan SPRM," katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya hari ini, lapor malaysiakini.

Tan menolak keterangan Mohd Anuar Ismail, pegawai penguasa kanan SPRM Selangor, di inkues menyiasat kematian Teoh di Mahkamah Koroner Shah Alam semalam.

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," beliau dipetik berkata.

Bercakap dalam sidang media khas di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari tadi, Tan berkata, dakwaan terhadapnya tidak berasas, palsu dan secara sengaja dicipta.

Turut hadir, tokoh popular DAP Lim Kit Siang dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan Teoh.

Membela dirinya, Tan berkata, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu.

Tambahnya, beliau hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu.

Bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri.

"Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?'

"Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," katanya.

Waktu itu kali terakhir beliau melihat Teoh semasa ditahan di SPRM Selangor, jelasnya.

Sementara itu, Ean pula mempersoalkan motif sebenar Mohd Anuar membuat dakwaan yang serius terhadap Tan.

"Apakah niat sebenar SPRM mengeluarkan tuduhan sebegini? (Adakah) oleh kerana Teoh sudah meninggal dunia, mereka boleh reka pelbagai jenis tuduhan palsu terhadapnya?

"Adakah SPRM cuba menolak dan mengalih tuampuan kisah sebenar kematian Teoh?" soalnya.


Era Najib Altantuya : 6 Bhgn MCA Mahu Kuasa Presiden Dilucut Sementara

Ekoran keputusan MCA memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dari parti, enam bahagian MCA Johor pada Khamis meminta biro disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada biro disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

"Keenam-enam bahagian MCA sebulat suara bersetuju meminta Biro Disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami," kata Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng pada sidang media pada Khamis, lapor Bernama.

Tiga permintaan yang lain menurutnya, adalah meminta biro disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bdn Datuk Tiong King Sing.

Keenam-enam bahagian MCA itu kata Ng, juga mahukan biro terbabit menyiasat tuduhan presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 juta bagi membiayai usaha menjatuhkannya.

Akhir sekali katanya, mereka meminta biro disiplin parti mengkaji semula keputusan yang mereka buat semalam untuk memecat keanggotaan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, pertikaian di antara Ong dan Tiong merupakan soal peribadi di antara mereka berdua dan tidak membabitkan MCA serta anggotanya secara keseluruhan.

"Tindakan beliau (Ong Tee Keat) mengheret sama MCA di dalam pertikaiannya dengan Tiong telah mencemar nama baik dan imej parti di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Pengerusi MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kong pula berkata, tindakan memecat Timbalan Presiden parti semalam dianggap seperti mempermain-mainkan kewibawaan para perwakilan MCA yang telah memilih Dr Chua ke jawatan itu.

"Dr Chua telah dipilih oleh 1,115 perwakilan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk memegang jawatan Timbalan Presiden MCA. Tindakan biro disiplin yang dianggotai hanya beberapa ahli untuk memecatnya adalah tidak wajar dan seperti mempermainkan perwakilan," katanya.

Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh pula berkata, pihaknya menyokong segala usaha untuk memulihkan parti termasuk kemungkinan diadakan mesyuarat agung luar biasa parti.

Sementara itu, kelmarin, ima Bahagian MCA di Perak hari ini mendesak Jawatankuasa Disiplin MCA menggantung serta merta presiden parti itu Datuk Seri Ong Tee Keat dan memulakan siasatan terhadap dakwaan sebanyak RM10 juta telah diberi secara peribadi kepada Ong sebagai dana politik.

Timbalan Pengerusi Bahagian MCA Batu Gajah Datuk Lee Kon Yin berkata tuduhan terhadap Ong itu telah mencemar nama baik, imej dan integriti parti.

Ramai pemerhati politik berpendapat pergolakan yang berlaku di dalam MCA ini jelas merupakan petanda akan berkahirnya Barisan Nasional sebagai pemegang kuasa di peringkat pusat.

MCA adalah sebuah parti komponen utama BN dan telah mengalamai kekalahan teruk di dalam pilihanraya umum ke 12 tahun lalu dimana ramai pemimpin-pemimpin MCA telah tewas dan sokongan masyarakat Cina telah beralih kepada DAP dan PKR.

Bulan lalu, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PKR.

Era Najib Altantuya : Dasar Kebangsaan UMNO Ditolak

Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu, lapor harakahdaily.

Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.

Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi.Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon Pas dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.




Najib Altantuya Guna Pendatang Asing Selamatkan Kariernya

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak. -SK/TVA

Era Najib Altantuya : UMNO Hantar Atlit Paralimipik Untuk Olimpik, Kata Media UMNO

Banyak yang perlu dipelajari oleh Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Pengajaran itu pula bukan baru sebaliknya telah diwarisi sejak tsunami Mac 2008 yang menyaksikan BN tumbang di lima negeri.

Begitu juga dengan kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil lantaran faktor-faktor yang menyumbang kepada tersungkurnya BN di tangan pembangkang adalah sama. Tidak ada formula baru, tidak ada juga factor baru dan tidak ada juga sentuhan baru.

Baik bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 mahupun pilihan raya kecil, semua isu berkaitan kekalahan adalah sama dan bukan kali pertama dibangkitkan. Malah mahu saja disimpulkan yang BN tidak pernah mahu belajar, enggan belajar dan malas belajar.

Sebab itu mereka mengulangi kesilapan yang sama sekali gus membuka ruang kemenangan kepada calon lawan. Lebih mendukacitakan apabila kemenangan yang dijulang oleh pembangkang itu bukan disebabkan mereka kuat sebaliknya didorong oleh kelemahan BN dan Umno sendiri.

Dan di Permatang Pasir BN/Umno sekali lagi membentangkan skrin untuk mengulang tayang satu demi kesilapan yang pernah dibuat sejak bertahun-tahun lalu dan dipertontonkan kepada umum.

BN dan Umno tanpa rasa malu mengajak rakyat Malaysia berfikir tentang kealpaan, kecuaian dan kadangkalanya kebodohan yang sama sekali tidak sepatutnya dilakukan tetapi terus juga dilakukan dan medan terbaru adalah di Permatang Pasir.

Sedangkan di Permatang Pasir yang menjadi anak Permatang Pauh, BN sepatutnya berusaha meminimumkan kesilapan lantaran cabaran di sini bukan calang-calang.

Hatta sebesar zarah kesilapan yang dilakukan boleh mengundang padah berpanjangan menyebabkan misi untuk mengulangi kejayaan mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai tidak kesampaian.

Sebab itu ramai yang menyifatkan Permatang Pasir adalah peluang terakhir untuk BN belajar.

Jika kekalahan kalinya ini tidak lagi menyentuh hati nurani pemimpin serta ahli-ahli Umno, maka lupakan impian menyemarakkan gelombang biru pada PRU 13 nanti.

BN mesti belajar. Komponennya terutama Umno yang meletakkan calon pada hampir setiap pilihan raya kecil dan tewas tidak ada ruang lagi untuk memikirkan soal kroni, poket, sikap sambil lewa dan tindakan mensabotaj parti sendiri.

Biar pun dinafikan wujud perbuatan seumpama itu tetapi apa yang terjadi di Permatang Pasir terutama dalam soal pemilihan calon menunjukkan sebaliknya. Jika calon untuk bertanding pada pilihan raya umum waima pemilihan parti sekali pun terpaksa melepasi pelbagai peringkat saringan tetapi di N11 tidak kelihatan sedemikian.

Calon BN seolah-olah terlepas daripada saringan menyebabkan rekod peribadinya termasuk pembatalan sijil peguam sivil dan perkahwinan kedua dibongkar dan terbongkar dengan cara yang tidak sepatutnya. Timbul persoalan di mana perisikan, di mana cawangan khas dan di mana ‘mata-mata’ dalam Umno. Sedangkan seperti yang dimaklumkan oleh beberapa pemimpin Umno, isu itu telah pun diketahui oleh pasukan petugas yang diberi tanggungjawab memilih calon tetapi ia dipandang ringan.

Seorang pemimpin Umno di negeri ini berkongsi rasa marahnya apabila diajak

berbual perihal calon.

‘‘Beberapa hari sebelum penamaan saya dah maklumkan supaya semak latar belakang calon, tapi mereka tidak peduli. Akhirnya kita terpaksa mempertahankan benda-benda yang sememangnya tidak boleh dipertahankan.’’

Lebih daripada itu calon yang bertanding sepatutnya jujur dan berterus terang. Mereka mesti jujur apabila dipilih sebagai calon dengan berterus terang tentang hitam putih yang pernah mewarnai hidup mereka.

Jika telah berterus terang dan parti masih mahu memilihnya maka semestinya pertimbangan semasak-masaknya telah dibuat terutama dalam merangka strategi menangkis dakyah serta tohmahan pihak lawan.

Kejujuran itu sangat penting kerana rakyat mahu seorang pemimpin yang bukan saja dilihat bersih malah benar-benar bersih dan tindakan menyembunyikan kebenaran akhirnya mengundang aib bukan sahaja kepada calon malah parti juga terpalit.

Kecuaian dan sikap tidak kisah atau ada agenda tertentu dalam pemilihan calon itu merupakan antara faktor kemerosotan prestasi BN pada PRU 12 dan ia terus diulang sehinggalah di Permatang Pasir.

Dalam soal pemilihan, seorang pemimpin muda yang juga anggota Kabinet melahirkan rasa hairan tentang tradisi Umno yang hanya mahu memilih calon berjawatan dalam parti seperti setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian dan macam-macam lagi.

‘‘Apa salahnya turun ke akar umbi, lihat ahli-ahli biasa yang semangat perjuangannya adalah demi Umno. Tidak salah mereka dipilih sebagai calon asalkan mempunyai nilai-nilai yang diterima masyarakat, cara ini lebih berkesan,’’ katanya.

Beliau bersetuju bahawa kekalahan demi kekalahan menunjukkan Umno tidak belajar sambil menarik perhatian perihal masalah dalaman parti yang antara lain menjadi punca kempen tidak dapat dilangsungkan dengan berkesan.

Kalangan ahli-ahli Umno masih sibuk dengan agenda peribadi, bermusuhan dalam senyap dan enggan bekerjasama untuk memastikan Umno kembali mendapat tempat di hati rakyat. Mereka seolah-olah tidak kisah akan masa depan Umno yang memudar perlahan-lahan asalkan hasrat serta keinginan tercapai. Ada kalanya mereka tidak kisah asalkan dendam kesumat terbalas.

Lantaran itu kesungguhan Umno untuk berkempen tidak dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, diburukkan lagi dengan hakikat calon yang bertanding sarat dengan kontroversi menghasilkan keputusan seperti yang diumumkan ketika masuk waktu berbuka puasa semalam.

BN/Umno sendiri sangat arif Permatang Pasir adalah kawasan hitam — masalah sikap, hasad dengki, tiada kesungguhan dan calon yang kontroversi menutup peluang BN untuk membuktikan kepada pengundi bahawa parti itu mampu menggantikan Pas yang telah ‘bermastautin’ selama tiga penggal di situ.

Sisi hitam Umno dan calonnya menyebabkan calon Pas yang telah enam kali tewas pada pilihan raya mencatatkan rekod kemenangan biar pun undi merosot lebih seribu. Taktik cuba mengheret calon Pas ke kancah ‘peperangan peribadi’ juga tidak menjadi, menyebabkan beliau dipandang bersih sehingga melayakkannya dipilih sebagai wakil rakyat di PermatangPasir.

Kempen-kempen pembangkang yang menjadikan antara lain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Mahfuz Omar tidak putus-putus membandingkan antara calon Pas dan BN — memberi peluang kepada pengundi untuk membuat penilaian.

Kesepakatan dan kesungguhan pakatan pembangkang untuk memenangkan calon daripada parti Pas juga mampu menidakkan kerja keras BN untuk memutihkan imej calon yang telah tercalar biar pun kesan serangan peribadi ke atas calon BN dilihat sedikit menjejaskan undi yang diterima calon Pas.

Biar pun keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan kemerosotan undi calon Pas, tetapi calon BN juga tidak terkecuali berhadapan dengan pengenduran sokongan walaupun angkanya dilihat kecil.

Penurunan majoriti dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang menurun sebanyak kira-kira 10 peratus.

Seperti yang diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sikap pengundi Permatang Pasir tidak banyak berubah. Sememangnya begitu.

Tiada elemen baru yang mampu menarik perhatian pengundi untuk memihak kepada BN. BN dilihat oleh banyak pihak memulakan langkah dengan kaki kiri, menyebabkan jejak-jejak seterusnya menjadi sumbang.

BN dilihat kalah sebelum berjuang. BN juga dikatakan menghantar tentera ke medan perang tanpa senjata, lebih daripada itu BN diumpama seperti menghantar atlet paralimpik untuk bersaing di Sukan Olimpik.

Tidak mustahil jika BN/Umno bermula dengan baik terutama daripada sudut pemilihan calon — keputusan yang diperolehi menawarkan angka berbeza. Dan paling penting BN tidak mempunyai masa lagi untuk bertangguh daripada menghadiri ‘kelas dewasa’ supaya masalah ketidakpekaan ‘deria’ terhadap masalah dalaman parti dapat dicari penawarnya. - Noraini Ab Razak (Utusan)

Era Najib Altantuya : YB Zul Kurangkan Kerusi PR Di Parlimen?

Kejayaan terbesar PR dalam PRU12 ialah berjaya menghantar 82 APnya ke Parlimen Malaysia. PR menang bergaya di WP. Rakyat di lima negeri memberi amanah pemerintahan kepada PR. Maka buat pertama kalinya lima YB DUN PR dilantik sebagai MB atau KM. Sedikit menghairankan apabila PR gagal di Terengganu.

Sebaik melangkah ke parlimen, PR kehilangan seorang AP. AP Pasir Mas malu mengistiharkan dirinya sebagai AP PAS walaupun AP tersebut menang atas tiket keluarga PR. AP Pasir Mas telah mempermainkan amanah rakyat dan kepercayaan Mursyidul Am PAS, TGNA. Walaupun peringkat awal tidak begitu ketara yang AP Pasir Mas ini membelakangkan PR, tetapi hari ini AP Pasir Mas semakin selesa dengan UMNO. Duda UMNO ini mahu kembali kepada UMNO.

Tindakan AP Pasir Mas telah mengurangkan satu kerusi PR di parlimen. PR tinggal 81 kerusi. PRK Kuala Terengganu yang dimenangi oleh PAS telah mengembalikan jumlah asal iaitu 82 kerusi. Kehilangan kerusi PR angkara permainan AP Pasir Mas telah berganti. Allah menggantikan Pasir Mas dengan Kuala Terengganu.

Di Perak, kelaku tiga ADUN PR yang menyokong UMNO telah menyumbang kepada perlanggaran Undang-Undang Tubuh Perak dan juga perlanggaran Perlembagaan Malaysia. Istana telah dipergunakan sebaik mungkin oleh UMNO untuk merealisasikan impian bakal PM 1Malaysia ketika itu. Sehingga ke hari ini MB DPulau masih dilabel oleh rakyat sebagai MB Perak yang haram walaupun perlantikannya dengan perkenan istana. Ini kerana UMNO telah menidakkan kuasa rakyat. Majoriti rakyat di DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang masih setia dengan PR. Ini dibuktikan apabila rakyat masih mengundi dan memenangkan PR di DUN Changkat Jering melalui PRK Parlimen Bukit Gantang yang lalu.

Bahana Perak berterusan di Kedah. Secara kebetulan Pos Malaysia menerima aibnya. Ini kerana ADUN Behrang di Perak dan ADUN Lunas di Kedah memulakan kerjaya mereka di Pos Malaysia. Mereka berdua bertaraf exco. Walaupun pendapatan mereka telah berganda, tetapi mereka mahukan yang lebih berganda lagi walaupun terpaksa meninggalkan PR dan derhaka kepada pengundi mereka. Sumpah seranah pengundi mereka tidak dipedulikan. Mereka tidak langsung memikirkan apakah tindakan mereka ini selaras dengan kehendak agama? Apakah tindakan mereka ini di berkati Allah? Wallahualam. Tepuk dada tanya selera.

Dalam kekalutan Lunas, muncul pula pembelaan AP Kulim Bandar Baharu. ADUN Lunas dibela. ADUN Lunas yang menyokong PM 1Malaysia dibela oleh AP ini. Sah dan terang PR telah hilang seorang lagi APnya. Ini bukanlah pertama kali AP Kulim Bandar Baharu mengecewakan PR dan pengundinya. AP ini sering ingkar kehendak partinya PKR. Cuma AP ini kelihatan lebih PAS daripada PAS. Dan tindakan AP ini seolah-olah meyakinkan kita bahawa tindakan ADUN Lunas adalah atas nasihat guaman AP Kulim Bandar Baharu sendiri.

Kesannya, kerusi PR di parlimen telah merosot menjadi 81. Mungkin selepas ini akan ada kerusi UMNO yang beralih kepada PR untuk menjadikannya kembali kepada jumlah asal iaitu 82. Mungkin akan adanya PRK baru di peringkat parlimen. Tindak tanduk Pasir Mas yang tidak bersama PR telah menyebabkan UMNO kehilangan Kuala Terengganu. Dan cerita lama kembali berulang. Kulim Bandar Baharu akan berganti. Cuma kita tidak tahu kerusi mana yang akan dipertaruhkan. -dangomamamat

Era Najib Altantuya : Kempen UMNO Makan Diri Sendiri

Kemenangan calon Pas, Mohd Salleh Man pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin menunjukkan serangan bertalu-talu yang dilemparkan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini tidak menjadi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook berkata, pemimpin PR sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran selepas diserang dengan pelbagai tuduhan serta isu oleh BN.

Bagaimanapun, katanya, tuduhan yang dilemparkan itu ternyata gagal mempengaruhi pengundi yang menyaksikan Pas terus mengekalkan kerusi di DUN berkenaan.

“Kemenangan ini membuktikan sokongan kepada PR tidak jatuh seperti yang digambarkan BN. Saya rasa, ia satu tamparan hebat kepada BN kerana selama ini mereka melancarkan serangan besar-besaran terhadap PR,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, antara serangan yang dimaksudkan adalah membabitkan tuduhan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat, selain menuduh DAP sebagai menghina Islam serta Pas sebagai boneka kepada PKR dan DAP.

“Bagaimanapun, ternyata apa sentimen yang dimainkan, rakyat Permatang Pasir tak terpengaruh dengan helah-helah tersebut,” katanya kepada menghubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Siew Fook yang juga Pengerusi DAP negeri dan Ketua Pembangkang di Negeri Sembilan berkata demikian sebagai mengulas kejayaan Pas mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir selepas mengalahkan calon BN, Rohaizat Othman, pada pilihan raya kecil kelmarin dengan majoriti 4,551 undi.

Sementara itu, Siew Fook berkata, pengurangan jumlah majoriti itu tidak langsung menggambarkan sokongan kepada BN telah bertambah, sebaliknya isu tersebut sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan BN.

“Kalau nak jadikan majoriti sebagai isu, kita lihat undi kepada calon BN juga menurun. Selain itu, peratusan pengundi juga menurun. Apa pun, dalam PR, majoriti lebih 4,000 undi merupakan kejayaan besar kita berbanding BN yang mempunyai jentera begitu besar,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Prof Ismail Salleh Kembali Ke Rahmatullah

Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Alfatihah.

Era Najib Altantuya : Permtg Pasir , Satu Penilaian Semula

Dalam ucapan ketika menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di Markas Utama Pas Permatang Pasir malam kelmarin, Mat Sabu menjadi pengulas sukan.. memberikan ulasan selari tentang siri-siri perlawanan diantara BN dan PR.

Perlawanan pertama, Anwar dengan Arif Shah. Anwar smash, Arif Shah angkat. Anwar lob, Arif Shah angkat. Anwar smash!..Arif Shah tersungkur. 1-0.

Perlawanan Kedua. Wahid Endut lawan Wan Farid . Wahid smash, Farid angkat. Wahid drop, Farid lob. Wahid smash, Farid menghantar kejaring. Sangkut!! 2-0.

Perlawanan ketiga. Tiga perlawanan dijalankan serentak. Bukit Gantang…Nizar menewaskan Ahmad Safian. 3-0. Bukit Selambau, Manikumar menewaskan 13 calon lain. 4-0. BN hanya memungut satu mata di Batang Ai. 4-1

Perlawanan keenam. Dr.Mansor masuk kegelanggang. Tapi calon BN sakit perut. Terkencing dalam seluar. Mansor menang. 5-1

Perlawanan ketujuh. Abe Fauzi lawan Tuan Aziz. Perlawanan berlanjutan hingga ke rubber game. Akhirnya Abe Fauzi berjaya mengalahkan Tuan Aziz dalam mata deuce. 6-1.

Perlawanan kelapan. Salleh Man lawan Rohaizat. Perlawanan dijangka sengit tetapi Rohaizat mendapat teguran dari pengadil diawal permainan. Masuk set kedua, pengadil mendapati Rohaizat menggunakan steroid. l Oleh kerana steroid itu hanya dikhaskan untuk kegunaan dalam bilik tidur, Rohaizat tercungap-cungap bila bertarung digelanggang. Rohaizat tewas. 7-1.

Kalau dalam bolasepak, skor begini macam Manchester United lawan Jenderata FC. Kalau dalam tenis, macam Federer lawan V. Selvam. Secara keseluruhannya, Umno bukan lawan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tak perlu bertarung dengan Umno kerana rakyat sendiri yang akan menentang Umno. Apa yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat, ialah memperkukuhkan PR itu sendiri. Kerana kalau Pakatan tidak mampu mengukuhkan diri sendiri, tidak mustahil rakyat akan menolak mereka pula.

Lebih spesifik lagi, kemenangan Pas di Permatang Pasir bukan kerana kegagahan Pas, tetapi adalah kerana kelemahan BN. Dan Umno memberikan bola tanggung kepada Pas, dan Pas hanya perlu membuat satu pukulan smash. Umno lingkup.

Adalah lebih elok sekiranya Pakatan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang mana boleh diperbaiki untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Permatang Pasir banyak mengajar kita tentang corak politik masa depan. Itu pun kalau pemimpin Pakatan mahu ambil pot. Kalau tak mau…mampuih pi la.

Kita buat perbandingan diantara Pas dan Umno…kerana dalam PRK Permatang Pasir ini, Umno dan Pas yang memimpin kempen dan strategi. Yang lain hanya membantu.

Jentera

Umno

Umno menggunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan malah buat pertama kalinya, tentera turut dikerah untuk melakukan program-program untuk membantu Umno. Belum pernah berlaku dimana tentera terlibat dalam pilihanraya membantu BN, tetapi apabila ajensi-ajensi kerajaan lain gagal membantu, tentera terpaksa digunakan. Dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja anggota tentera akan digunakan, malah seramai 5,000 anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) telah diagih-agihkan bagi setiap DUN untuk memastikan kemenangan BN.

Umno mempunyai wang untuk dibelanjakan. Walaupun jentera Pemuda Umno Nampak tidak bermaya, tetapi mereka mampu menggerakkan petugas-petugas dengan imbuhan kewangan. Malah mereka mampu membayar Mat Rempit untuk melakukan kekacauan pada hari mengundi.
Wanita dan Puteri Umno patut diberi kredit kerana kegigihan mereka.

Tapi apa nak buat… kesilapan memilih calon menyebabkan mereka patah semangat. Isteri pertama Rohaizat sendiri turut turun berkempen pada dua hari pertama, tetapi apabila kes isteri kedua meletup, isteri pertama pun tak nampak muka.

Wanita Umno masuk kekampung-kampung ketika orang-orang Pas sibuk kepentas ceramah. Sekurang-kurangnya, usaha wanita dan Puteri Umno ini berjaya mengekang orang-orang atas pagar dari beralih kepada Pas.

Pas

Jentera Pas kawasan kaput. Pas Permatang Pauh hanya pandai bercakap tapi tak tau mengatur kerja. Jadual ceramah masih belum tersedia walaupun selepas hari Penamaan Calon. Di Permatang Pauh, Lim Kit Siang dijemput untuk berucap, tapi bila sampai…tak boleh bercakap kerana namanya tak ada dalam permit. Chegu Bard diminta berceramah, tapi bila pergi ketapak ceramah, tak ada orang.

Cuma apabila jentera pilihanraya diambil alih oleh Pas Pusat, baru nampak koordinasi diantara parti. Sebelum itu, koordinasi diantara Pas dan PKR cukup lemah. Kita pun tahu macam mana perangai Pas Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada mereka.

Sebelum PRK Penanti, Pas Permatang Pauh menuntut supaya Penanti diberikan kepada Pas. Bila tak dapat, depa boikot. Sehinggakan bila tiba hari mengundi, ramai yang tak mahu mengundi. Bila kena kat Permatang Pasir, baru tahu malu.

Calon

Umno

Umno memang cari nahas bila memilih Rohaizat sebagai calon. Tapi jangan seronok sangat mengatakan Umno bodoh, tak tau pilih calon. Mungkin ada rahsia tersendiri, mengapa mereka memilih calon yang bermasalah. Mungkin Umno sengaja memilih Rohaizat untuk dijadikan kambing hitam.

Rohaizat sudah out pada hari pertama lagi. Umno sepatutnya menyuruh Rohaizat menarik diri, dari membiarkan dirinya menjadi punching bag Pakatan. Tak tau apa yang akan terjadi kepada Rohaizat selepas ini. Nak balik rumah isteri tua, takut. Nak balik rumah isteri muda..malu. Mungkin lepas ini dia kena daftar dalam Adult Friend Finders pulak.

Pas

Calon Pas bernasib baik, macam Dr. Mansor di Penanti. Tak ada isu peribadi yang boleh digunakan oleh Umno. Walaupun ada propaganda yang dilakukan oleh Umno, tapi mereka gagal membuktikannya. Tidak macam apa yang berlaku terhadap Rohaizat. Sekali dia nafi, sepuluh bukti keluar.

Isu

Umno

Aku percaya, Rohaizat sengaja dipilih, walaupun Umno tahu latarbelakangnya, kerana mahukan Rohaizat dijadikan kambing hitam untuk mengalih pandangan daripada isu-isu nasional. Isu Altantuya dan Rampasan Kuasa di Perak tenggelam. Nama Najib menjadi bersih, tidak lagi menjadi bahan kutukan. Semuanya tertumpu kepada Rohaizat. Najib sendiri tidak turun berkempen, kerana tidak mahu isu Altantuya timbul kembali.

Tidak banyak isu-isu nasional yang ditimbulkan. Walaupun pada awalnya, Umno cuba membawa isu Anwar pengkhianat, tetapi dapat dipatahkan seawall malam penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon, Anwar berucap di Permatang Pauh tentang skandal Muhyidin Yassin yang menjual tanah dan pasir kepada Singapura. Begitu juga pertemuan Zahid Hamidi dengan Menteri Israel. Semuanya menyebabkan Umno ketiadaan isu. Sebaliknya terpaksa bertahan kerana serangan terhadap Rohaizat.

MCA dan Gerakan gagal membantu Umno menarik pengundi Cina. BN masih lagi memainkan isu perkauman dan pembangunan untuk menarik undi menyebabkan mereka nampak bodoh. Mungkin mereka ingat, pengundi Permatang Pasir masih bodoh macam orang Umno.

Dalam ceramah di Kg. Cross Street, Mukhriz berceramah tentang jalan yang becak dan ada rumah yang masih lagi tidak mempunyai bekalan air. Nampak sangat bodohnya Mukhriz. Selama 51 tahun Umno memerintah, mengapa tak buat?

Pas

Umno memberikan bola tanggung kepada Pas terutama dalam isu skandal Rohaizat dan kematian Beng Hock. Pas hanya perlu smash.
Kesepakatan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen memberikan kesan besar kepada kemenangan Pas. Anwar dan Guan Eng berkampung di Permatang Pasir untuk memastikan kemenangan calon Pas. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Umno dapat dipatahkan dengan baik.

Imej/persepsi

Umno/BN

Nampak sangat berlaku pergeseran dikalangan BN. Pada hari penamaan calon lagi, tidak ada pemimpin-pemimpin ternama dari BN yang hadir. Begitu juga semasa berkempen. Yang datang hanyalah pemimpin cokia dari Umno.

Imej Umno sebagai gangster semakin terserlah yang menyebabkan ramai orang sudah tidak berminat dengan mereka. Orang-orang Cina juga semakin meluat dengan Umno dan contoh terbaik ialah di Kg. Cross Street dan Samagagah. Walaupun mereka menghadiri program-program Umno, tetapi hakikatnya, mereka hanya mahu menunjuk muka. Undi bagi Pas.

Pas.

Gandingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diatas satu pentas memberikan imej yang baik. Pada hari penamaan calon lagi, semua pemimpin tertinggi PR hadir. Ini memberikan imej yang cukup baik. Walaupun terdapat banyak pergeseran yang berlaku, namun ‘unity show’ yang dibuat cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan mampu memerintah negara. Ronnie Liu datang dan bergurau dengan pemimpin Pas yang lain, cuma Hasan Ali yang tak nampak muka.

PRK Permatang Pasir juga menunjukkan kematangan kepimpinan. Kalau dalam PRK Penanti yang lalu, cuma Nik Aziz saja yang turun membantu, sedangkan Hj. Hadi langsung tak nampak muka, tetapi dalam PRK Permatang Pasir, semuanya allright. Tak ada isu boikot memboikot macam yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh.

Kesimpulan

Kemenangan Permatang Pasir adalah kemenangan rakyat. Ketika ditanya oleh Chegu Bard semasa dalam kereta kerumah Din Binjai, aku kata Pas boleh menang dengan 4000-5000 undi. Chegu Bard kata tinggi sangat. Pas sendiri menjangkakan kemenangan dibawah 2000 undi.

Banyak ceramah-ceramah yang dibuat mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Di Samagagah, kehadiran pengundi Cina keceramah Pas sangat rendah. Malah di Kg. Cross Street, kehadiran mereka keceramah BN lebih ramai dari yang datang keceramah Pas. Malam tu aku kurangkan jangkaan aku kepada 3,000-4000 undi.

Apabila tiba hari mengundi, lagi membosankan. Pondok-pondok panas sudah tidak lagi dibenarkan, menjadikan plihanraya ini hilang kemeriahan. Kereta mengangkut pengundi pula tak banyak kelihatan kerana hanya kereta yang mempunyai sticker SPR dibenarkan mengangkut pengundi. Dan apabila kereta-kereta ini kebanyakannya kereta BN, aku mula rasa risau. Aku kurangkan jangkaan kepada 2000-3,000. Pas pula menjangkakan majoriti diantara 1,000-2,000.

Bila keputusan keluar, semua salah.

Dalam PRK Permatang Pasir ini, isu utama ialah personaliti dan kewibaan calon. Umno cuba mencemarkan karektor Anwar dengan isu pengkhianat, tapi memakan diri. Sebaliknya Pakatan berjaya mencemarkan personaliti Muhyidin dan Zahid Hamidi.

Rohaizat pula membenarkan dirinya menjadi bahan ketawa sehinggakan digunakan sepenuhnya oleh Pas. Pas menggunakan sepenuh peluang untuk membunuh karektor Rohaizat dan berjaya.
Ada sapa-sapa nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang? Ingat baik-baik. Sesiapa saja yang mempunyai rekod buruk, jangan ingat boleh disorok atau ditutup dengan tudung saji. Ada saja yang akan membuka tudung tersebut, terutamanya bloggers, kerana bloggers mempunyai hidung yang lebih baik dari anjing kastam.

Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu.

Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas.

Sudah tidak banyak bezanya diantara politik BN dan Pakatan. Kekuatan jentera belum tentu menjamin kejayaan. Dari segi isu, baik BN atau Pakatan, masing-masing sudah ada skandal yang boleh dieksploit. Yang membezakan mereka ialah keperibadian calon -perakexpress

ERa Najib Altantuya : MCA Bergolak, Chua Ditendang

Akhirnya Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada MCA - berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD akhir 2007.

Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan berkata, mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat bekas Menteri Kesihatan itu berikutan kes tersebut, lapor Bernama.

"Di bawah Artikel 127(A) perlembagaan parti Dr. Chua dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diterima oleh beliau daripada Majlis Presiden.

"Menurut Artikel 128 perlembagan tersebut, keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh atau di mana-mana mahkamah.

"Kita lakukan keputusan ini dengan berat hati setelah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu telah menjejaskan imej parti," tegas beliau.

"Keputusan ini dibuat demi kepentingan parti," kata Ong pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden yang bersidang hampir enam jam bermula pukul 7 petang semalam.

Ong juga berkata, beliau akan menjelaskan keputusan majlis itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Kita, sebagai anggota Majlis Presiden akan bersatu dan memikul tanggungjawab bersama berhubung keputusan ini," katanya tanpa menjawab sebarang soalan yang dibangkitkan oleh pemberita yang menunggu begitu lama untuk mengetahui keputusan mesyuarat penting itu.

Sementara itu, Dr. Chua berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin.

Dr. Chua meninggalkan mesyuarat itu sebelum keputusan pemecatan beliau diumumkan. Bagaimanapun beliau berkata, sebagai anggota yang cinta dan taat setia kepada parti beliau menghormati keputusan dan perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden, beliau berkata: "Sama ada merayu atau tidak merayu, saya belum memikirkan lagi mengenai keputusan itu".

Dr Chua sebelum ini ada menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan MCA dan menyertai DAP tetapi DAP kurang bersedia untuk menerima Chua menyebabkan Chua akhirnya pilih untuk terus kekal di dalam MCA.