7 Mac 2013

[VIDEO] Pendedahan Kerajaan Bayar Apco Untuk Burukkan Anwar, Najib Perlu Jawab


Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino (gambar) untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide.

Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah.

“Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu.

Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian.

Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

“Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?” soal Nik Nazmi.

Pada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.


“Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

“Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan,” kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut.

“Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata” katanya.

“Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?” tegas Nik Nazmi.

“Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat,” sinisnya.


Media Filipina Dakwa Zahid Hamidi Tunjuk Gambar Palsu


Di kala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut.

Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah [kemungkinan] merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.

Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima.

Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan.

Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.

Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom.

Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku.

Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi. -PDO

Nur Misuari melalui facebooknya juga mempertikaikan foto-foto yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Ahmmad Zahid Hamidi semalam.

Cuba lihat:





[GEMPAR] Ini Dia Penyanyi Yang Ditahan Disyaki Bunuh Suaminya


Gambar kenangan Nouri bersama suaminya

Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. -mstar

Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari - Bukti Sandiwara?


Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN...

Kerajaan marah jika kita kata sedemikian...

Tapi tindakan yang diambil oleh kerajaan sendiri yang membuatkan rakyat memikirkan ianya satu sandiwara semata-mata..

bagaimana rundingan sia-sia yang dijalankan selama hampir sebulan..?

bagaimana lambatnya kebenaran diberikan terhadap pihak tentera bagi mengambil alih situasi dari pihak PDRM yang sebelum itu telah pun mengorbankan seramai 8 anggota polis...

kerajaan juga cuba menyalahkan Anwar di dalam insiden di Lahad Datu itu, bagi meraih kepentingan politik BN..

Dan yang terbaru yang kini tersebar di banyak laman sosial adalah bagaimana pengganas-pengganag yang ditahan ini tangan mereka tidak bergari..?

pengganas tidak digari tangan mereka..?



Begitukah cara kita melayan seorang pengganas..?

dengan berbudi bahasa dan tidak memalukannya dengan tidak mengikat tangan mereka..?

Jika benar begitu peraturannya bagaimana pula dengan peserta Bersih 2.0 yang ditahan ini..?

tangan mereka diikat walaupun mereka hendak menunaikan solat..

tangan mereka diikat walaupun mereka cedera...


Kenapa pengganas Sulu dilayan lebih baik daripada warga negara asal yang menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil..? -LiangLahad



Kalau nak lebih jelas sila tonton video di bawah ini pada saat ke .30:



Ulasan GB

Ada beberapa persoalan menarik untuk direnungkan.

Pertama seperti yang ditimbulkan di atas, pihak polis perlu jawab, kenapa tangan seseorang yang dikatakan suspek pengganas tetapi tangannya tak bergari.

Jika tidak pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan rakyat yang berpersepsi, ini semua sandiwara belaka.

Kedua, kenapa baju berlambang gambar Shafie Apdal yang tertera?

Ada yang bertanya GB kenapa pakai baju bergambar Shafie Apdal dijadikan isu?

Mari GB jawab. Sungguh hairan, sewaktu kes Semporna begitu hebat dilaporkan, kelibat batang hidung ahli parlimennya iaitu Shafie Apdal lansung tidak kelihatan.

Rakyat juga boleh berpesepsi bahawa apakah ini perancangan pihak tertentu kerana Shafie dikatakan salah seorang menteri yang tak lepas tapisan SPRM untuk PRU13 ini dan justeru itu "sanddiwara" pemakaian baju berlambangkan gambarnya yang dipakai oleh "suspek pengganas" sebagai justifikasi lanjut untuk menggugurkan beliau?

Wallahu 'alam.

Keganasan Di Sabah Berpunca Dari Tun Mahathir - Wilfred Bumburing


Saya menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.

Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.

Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.

Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam. Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.

Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.


Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.

Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.

Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.

Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya. -Datuk Seri Wlifred Bumburing


Dr Mahathir Akui Beri Kerakyatan Kepada Pendatang Filipina Di Sabah


SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengakui memberi kerakyatan kepada pendatang Filipina di Sabah ketika memegang tampuk pemerintahan negara kerana mereka memenuhi syarat ditetapkan undang-undang. "Ramai (pendatang Filipina) di Sabah, berada di sana bukan satu dua hari tapi sudah 20 tahun 30 tahun, mereka cakap bahasa Melayu dan berhak jadi rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas Program Bicara Minda Tun Dr Mahahir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13" di sini hari ini, beliau berkata masalah timbul apabila ada orang tidak senang apabila ada orang mendapat kerakyatan Malaysia. "Mereka yang berhak jadi rakyat dan penuhi syarat, kita bagi.

Saya akui saya bagi, di zaman saya, saya bagi. Orang ini sebelum kita merdeka mereka ulang alik dari selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan digaris penjajah.

"Begitu juga dengan mereka yang datang menyeberang lautan dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita memetik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang mendakwa perkembangan terbaharu siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam isu pendatang asing di Sabah mendapati Dr Mahathir seorang "pengkhianat negara".

"Kita memang terima sesiapa yang berada di sini adalah rakyat di sini, kenapa nak tolak mereka? Mereka bekerja, kalau buat jenayah, undang-undang pun akan dikenakan juga kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mengarahkan pengeluaran resit kad pengenalan sementara semata-mata untuk tujuan pilihan raya, beliau berkata: "Sama ada secara kebetulan atau sengaja saya tidak tahu.

" Beliau berkata adalah menjadi hak kepada pendatang Filipina itu untuk mengundi sesiapa sahaja apabila mereka mendapat kerakyatan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau sanggup disapina dalam pendengaran awam RCI itu, Dr Mahathir berkata: "Jika mereka minta saya, saya akan pergi.... saya tidak pernah tolak sapina."
- BERNAMA


[VIDEO & BERGAMBAR] Pengganas Ditangkap Pakai Baju BN & Gambar Shafie Apdal


Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu.

Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah.

Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan.

Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk







Saksikan video ini sebagai bukti lelaki itu pakai baju BN & bergambar menteri