14 Jul 2013

Pemimpin Ikhwan Muslimun Seru Perhimpunan Besar-besaran Esok


Kaherah -- Seorang pemimpin kanan parti Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan tentera menyeru supaya satu demonstrasi besar-besaran di seluruh Mesir pada Isnin esok.

Seruan itu dilontarkan beberapa jam setelah puluhan ribu pendukung Mursi menuntut kembalinya pemimpin tersebut dalam satu protes aman di Kaherah.

Sementara itu Perdana Menteri Hazem el-Beblawi dijangkan akan mengangkat sumpah kabinet baru minggu depan untuk menegakkan "peta jalan" yang didukung tentera guna mengembalikan pemerintahan sivil.

Pihak tentera telah menggulingkan Mursi dalam satu kudera, presiden yang pertama kali dipilih secara demokrasi, pada 3 Julai lalu.

Parti Mursi, Ikhwanul Muslimin, telah menolak semua proses politik sejak saat itu.

"Isnin depan perhimpunan besar, Insya Allah, di semua lapangan Mesir - menentang kudeta tentera," kata Essam El-Erian, dari Parti Kebebasan Ikhwanul dan Partai Keadilan, menyatakan di laman Facebook-nya pada Sabtu.

"Mesir memutuskan melalui kotak suara, melalui protes, dan pengerahan massa serta aksi duduk secara damai. Tidak ada satu orangpun, satu kelompok elit dan organisasi tentera yang boleh memaksakan keputusannya kepada rakyat," katanya.

Menurut fb PMRAM, perhimpunan tersebut digelar "Jutaan Menolak Rampasan Kuasa, Menolak Pembunuhan Bangunan Pengawal Republik".

Lagi Ramai ADUN BN Mati Lagi Baik, Lagi Banyak Rumah Percuma!


TPM: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.

Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.

Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.

"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot.

"Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.

"Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN.

"Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya.

Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.

"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya

Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup. -mk

Blogger Seks Cabut Lari, Tutup Akaun FB

Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

SKMM dilaporkan akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh mereka serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu. Takkan sekiranya perlu!!

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal. Mereka dikatakan telah memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Namun begitu kini akaun FB mereka telah tidak wujud. Nampaknya mereka dah cabut lari! -lanisma

Pakatan Failkan Saman Terhadap SPR Isnin Ini

Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin ini berhubung isu kemelut dakwat kekal yang mencetuskan kontroversi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung dalam dakwat berkenaan.

“Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR.

"Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan,” katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

PR akan mengumumkan secara rasmi mengenai saman itu dalam satu sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.

Naib Presiden PKR itu juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dalam membawa 22 syor PR dalam penambaikan perjalanan pilihan raya adalah disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti sekaligus mengetuai suruhanjaya berkenaan.

“BN mempunyai ahli yang ramai dalam suruhanjaya berkenaan manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.

“Cadangan ahli parlimen PR seperti Dr Mohd Hatta Ramli, (Mohamed) Azmin Ali dan Anthony Loke tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada PSC. Cadangan yang dikemukakan seperti pendaftaran pengundi secara automatik apabila berumur 21 tahun dan parlimen dibubarkan selepas empat tahun berlangsung turut tidak dilaksanakan,” katanya ketika berucap di siri seminar pasca pilihan raya yang dianjurkan Majlis Peguam, hari ini.

Beliau menggesa SPR supaya lebih telus dalam menjalankan proses persempadanan semula yang dijangka dilakukan pada penghujung tahun ini.

“SPR dilihat cenderung memberi kemenangan kepada BN dengan memperluaskan kawasan yang dimonopoli mereka seperti memecahkan kawasan di Sungai Besar, Selangor namun menyatukan kawasan yang tidak diungguli mereka dengan mencantumkan kawasan parlimen Ampang dan Pandan,” katanya.

Antara syor yang diketengahkan PSC pada April tahun lalu ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos; memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media serta membenarkan pra pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemiilih apabila mencapai umur 20 tahun. -TMI

Bekas Dekan Universiti Al-Azhar Kecam Ahmad Toyyib Yang Mengasingkan Diri Di Rumah


Bekas Dekan Fakulti Dakwah Universiti Al-Azhar, Dr.Abdullah Barakat (gambar) melahirkan kehairanan beliau dengan krisis elektrik dan petroleum Mesir dilihat berakhir beberapa jam selepas kenyataan tentera merampas kuasa dikeluarkan.

Beliau yang berucap di pentas utama dataran Rabaah selepas solat terawih pada malam kedua kemudian bertanya, "Adakah Dr.Muhammad Mursi ataupun Ikhwan yang 'menelan' minyak sehingga berlaku krisis sebelum ini?"

Beliau turut menegur Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib yang membuat keputusan untuk "tidak akan keluar rumah sehingga kemelut negara berakhir". "Tidak memadai bagi beliau untuk berdiam diri di rumah, bangkitlah dan keluar sambil menyatakan kemarahan terhadap apa yang berlaku." -fb PMRAM


Syeikh Al Azhar Pergi ke Pengasingan Sehingga Kekerasan Mesir Berakhir



Syeikh Al Azhar, Ahmad Ath- Thayyib menyatakan pada awal minggu ini bahawa ia pergi ke “pengasingan” sehingga kemelut yang melanda Mesir berakhir setelah lebih dari 50 orang terkorban dalam serangan di luar bangunan Kawalan Republik, demikian dilaporkan Al Arabiya Isnin 8 Julai 2013.

Syeikhul Azhar mengatakan dia akan “tetap berada di pengasingan di rumahnya sehingga semua pertumpahan darah berakhir di Mesir dan pihak-pihak di sebalik kejadian itu mempertanggung jawabkan atas tindakannya,” lapor Reuters.

Syeikh Al Azhar Ahmad Ath Thayyib adalah salah seorang kunci yang berunding dengan pihak tentera yang memberikan pengesahan dari pihak lembaga Islam untuk penggulingan tentera ke atas Presiden Muhammad Mursi, Rabu lalu. Dari kalangan agama Kristen Koptik adalah Paus Theodorus II.

Ia memperingatkan perang sivil dan menyerukan period peralihan yang dimulai setelah pemecatan presiden pada minggu lalu perlu dibatasi maksimum sehingga enam bulan.

Pernyataan Ath Thayib itu diungkapkan beberapa jam setelah terjadi serangan pasukan kselamatan ke atas pendukung presiden Muhammed Mursi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 51 orang , dan 453 orang cedera parah.