14 Feb 2011

Baju Dan Seluar Dalam Ditemui Berterabur Dalam Semak

Tindakan orang gila seks. Mungkin itu sesuai untuk menggambarkan situasi menggemparkan berikutan penemuan sebahagian pakaian dalam wanita yang berhampiran semak di Lorong 12 Bukit Perdana, Setongkol di sini.

Paling mengejutkan, golongan terlibat itu sanggup menyusun coli pada tiang elektrik di lorong itu selain seluar dalam yang bertaburan dalam semak berdekatan.

Selain itu, turut ditemui uniform sekolah yang turut dibuang dalam semak tersebut.

Situasi ini menyebabkan penghuni lorong dan sekitarnya gusar berikutan kes kehilangan pakaian dan baju dalam milik mereka (wanita) sejak minggu lalu.

Seorang peniaga, Chew Yen Chin, 35 berkata, dia menyedari kehilangan baju dalam miliknya pada pagi Jumaat lalu selepas balik dari tugasan luar.

Menurutnya, selepas dua orang gajinya memberitahu, mereka memeriksa dan mendapati kehilangan pakaian dalam miliknya.

“Orang gaji saya turut kehilangan beberapa pasang coli dan seluar dalam milik mereka.

“Sebelum ini, saya pernah berhadapan dengan seorang lelaki bermotosikal yang cuba mencuri pakaian dalam di belakang laman rumah saya dua tiga tahun lalu,” katanya tindakan lelaki itu berjaya digagalkan selepas dia menjerit terhadap pelaku itu.

Menurutnya, dia risau tentang keselamatan penghuni terutamanya kanak-kanak dan wanita memandangkan laluan itu turut menjadi tumpuan penduduk beriadah (jogging) selain gelap di waktu malam.

Bagi dua orang gajinya, Asi dan Asu, 21 yang berasal dari Jawa itu berkata, mereka mengetahui lokasi kejadian itu selepas berjalan-jalan di lorong itu.

“Kami terkejut dan pantas memberitahu majikan tentang penemuan ini dan turut menjumpai batang besi yang digunakan sebagai alat untuk mencuri pakaian dalam.

“Kami kini risau juga kalau mereka yang melakukan perbuatan ini ada niat lain dan buat perkara bukan-bukan,” kata mereka yang masih terkejut kerana pertama kali berhadapan dengan masalah itu.

Sementara itu Pegawai Khas Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang yang berkunjung ke lokasi itu selepas mendapat aduan menasihatkan mangsa terlibat membuat laporan polis untuk langkah keselamatan.

“Kita berharap pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya menangkap mereka yang terlibat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku suatu hari nanti,” katanya.

[Bergambar] Lagi Bas 2 Tingkat Kemalangan, Langgar 2 Kenderaan Didepannya

Sebuah bas dua tingkat yang membawa kira-kira 20 penumpang merempuh dua kenderaan di hadapannya di Kilometer 273 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di sini, Isnin.

Kejadian pada pukul 9.30 pagi yang membabitkan bas dari Seremban ke Kuala Lumpur itu menyebabkan penumpang sebuah daripada kenderaan yang dirempuh bas itu cedera di kaki akibat tersepit di tempat duduk.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan penumpang kenderaan pacuan empat roda yang tersepit itu. Kesemua penumpang bas selamat.

Jurucakap polis berkata kejadian dikatakan berpunca daripada pemandu bas terbabit tidak sempat memberhentikan kenderaan apabila menyedari terdapat kesesakan jalan raya di hadapannya.

"Bas itu merempuh sebuah kereta sebelum merempuh sebuah lagi pacuan empat roda sebelum berhenti di tengah jalan," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh beberapa kilometer.

Seorang penumpang bas, Muhammad Hazwan Zulkifli, 23, berkata keadaan di dalam bas kelam kabut apabila berlaku rempuhan kuat menyebabkan ada penumpang tercampak dari kerusi.

"Beberapa penumpang menjerit ketakutan kerana terkejut. Walaupun ada yang tercampak dari kerusi, saya nampak penumpang bas tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Saya tidak pasti bagaimana kemalangan itu berlaku, mungkin pemandu bas tidak nampak berlaku kesesakan di depan kerana keadaan jalan yang agak berbukit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Muhammad Hazwan yang duduk di tingkat atas bas itu, berkata ketika kejadian bas berkenaan dipandu mengikut kelajuan biasa.-BERNAMA









Ameng Mengaku Salah Miliki Dadah

Ayer Keroh: Vokalis kumpulan rock terkenal Spring, Ameng, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dan isterinya, Sabariah Zakariah, 41, didakwa memiliki dadah jenis kanabis dengan berat kasar 122 gram dalam sebuah bilik di Hotel Senyum Mesra pada kira-kira 5.20 petang.

Bagi pertuduhan kedua pula, pasangan berkenaan turut didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan berat kasar sebanyak satu gram pada tarikh, tempat dan masa sama.

Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua dakwaan terbabit.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) akta sama dan Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau minimum tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, hukumannya didenda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tan Sri Arshad Cancelor Baru UNISEL Ganti Rosmah

Raja Arshad ganti Rosmah canselor baru Unisel

Pro-canselor Universiti Industri Selangor Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.

Pelantikan itu dijadual diumumkan oleh exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini.

Pengumunan pengganti Rosmah itu sekali gus bakal menghentikan spekulasi penggantinya dan lobi-melobi ke jawatan itu.

Beberapa nama yang pernah dicadangkan sebelum ini antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan tokoh akademik Khoo Khay Kim.

Kekosongan Raja Arshad akan diisi oleh Tan Sri Ismail Adam.

Raja Arshad merupakan pengerusi Maxis Berhad dan anggota lembaga pengarah Sime Darby Berhad.

Beliau juga terlibat dalam kerja kemasyarakat apabila menjawat jawatan pengerusi Yayasan Raja Muda selain menjadi anggota Dewan DiRaja Selangor dan majlis penasihat kepada Sultan Selangor. -mk

Suruhanjaya Bebas Siasatan Teoh Sebenarnya Tidak Bebas

Pakar patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand bukan merupakan salah seorang saksi yang akan dipangggil oleh suruhanjaya siasatan, yang hari ini mula mendengar prosiding kematian Teoh Beng Hock.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh berkata, Dr Pornthip tidak dinamakan sebagai saksi meskipun penemuan beliau akhir 2009 menunjukkan adanya tanda-tanda kecederaan prakematian bekas pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Sekiranya kita adakan siasatan bebas... nama pertama (pada senarai) seharusnya (mendapat perhatian ialah) Dr Pornthip,” kata Gobind hari ini.

Sebelum ini Dr Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera. Ia membawa kepada bedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor pada 22 November lalu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Suruhanjaya itu juga menerima pegawai-pegawai pengendali dari Jabatan Peguam Negara meskipun dibantah peguam-peguam Teoh mengenai kemungkinan elemen bias.

Gobind berkata pegawai-pegawai pengendali, yang dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan bukti ketika inkuiri, mempunyai konflik kepentingan memandangkan Jabatan Peguam Negara didakwa memohon penemuan menyentuh soal bunuh diri dalam permohonan semakan mereka terhadap keputusan terbuka dalam inkues Teoh awal bulan lalu.

“Sehingga dan apabila kita ada sebab untuk meragui sikap berkecuali mereka, kami akan terima bantuan mereka,” kata pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong pada permulaan inkuiri.

“Kami rasa selesa kerana kesemua pihak yang mewakili, bukan sahaja akan menyediakan elemen semak dan seimbang, tetapi juga akan membantu membawa maklumat dan bukti yang relevan dalam mencapai terma rujukan,” kata beliau. -TMI


RCI tolak permohonan singkir pengendali suruhanjaya



Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock hari ini menolak permohonan keluarga si mati itu untuk menyingkirkan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan prosiding berkenaan.

Suruhanjaya berkenaan turut menetapkan supaya prosiding itu diteruskan walau semakan inkues yang difailkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada awal bulan lalu belum diputuskan.


Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusikan suruhanjaya tersebut.

Terdahulu, peguam yang mewakili keluarga Teoh antara lainnya membangkitkan isu berhubung kedudukan dua timbalan pendakwa raya dalam suruhanjaya itu.

Timbalan perndakwa raya berkenaan, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Amarjeet Singh didakwa tidak dapat bertindak secara bebas disebabkan semakan kehakiman itu
.

Turut dipertikaikan ialah kedudukan seorang lagi pegawai pengendali suruhanjaya itu, Kwan Li Sa atas alasan sama.

Peguam Gobind Singh Deo, Karpal Singh dan Malik Imtiaz Sarwar mewakili keluarga Teoh dalam prosiding suruhanjaya diraja yang bermula hari ini.

Gobind dalam hujahnya berkata, pegawai pengendali dalam suruhanjaya itu perlu bertindak tanpa memihak sedangkan peguam negara merupakan pegawai yang berkuasa ke atas timbalan pendakwa raya berkenaan.

Dalam kenyataan balasnya, Amarjeet menjelaskan, autoriti mereka ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan surat pelantikan yang diterima dan bukannya daripada pejabat peguam negara.

Dalam pada itu, Foong pula memberi jaminan ketiga-tiga timbalan pendakwa raya itu akan bertindak dengan bebas.

Katanya lagi, keputusan untuk menyingkirkan timbalan pendakwa raya berkenaan tertakluk kepada budi bicara suruhanjaya berkenaan.

Prosiding yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan disambung semula pada hari Rabu. -mk


Ulasan GB

Daripada senario diatas jelas bahawa Suruhanjaya yang dikatakan bebas itu sebenarnya tidak bebas.

Ia dilantik oleh kerajaan berdasarkan kepada "telunjuk" Peguam Negara.

Dan kita sudah tahu sikap Peguam Negara yang sebenar di dalam kes Teoh Beng Hock ini iaitu sentiasa cuba melindungi Polis dan SPRM.



Ada Selebriti Terkenal Akan Sertai PAS

Selebriti akan serah borang ahli PAS

TASEK GELUGOR, 14 Feb: Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Ini akan memberi kejutan dan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini mendakwa mereka mendapat sokongan padu semua golongan masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai, turut menyatakan himpunan yang akan diadakan nanti adalah sebagai kesinambungan untuk meneruskan agenda perjuangan PAS untuk menggerakan Pemuda PAS supaya lebih efisien dalam gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sebagai sebuah parti yang telah siap sedia untuk menggantikan Umno sebagai peneraju pentadbiran negara dan juga sebagai parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan juga bukan Melayu, maka gerakan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan yang ada.

"Kita optimis himpunan ini akan melebihi sasaran yang kita tetapkan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh generasi muda terhadap kepimpinan PAS selepas pilihan raya 2008 yang lalu," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri. -harakahdaily

Facebook Jadi Tempat Janda Duda Bersua Dan Nikah Semula

JODOH pertemuan di tangan Tuhan. Tetapi bagi sesetengah janda dan duda, cinta mereka bermula dari Facebook.

Vista Sakinah bantu 400-500 pasangan buat persiapan bernikah semula

Bibit-bibit cinta mekar semula setelah 'tersua' bekas buah hati atau sahabat lama menerusi laman rangkaian sosial itu.

Menurut Vista Sakinah, sebuah pusat sosial yang membantu keluarga tiri dan pasangan yang ingin berkahwin semula, lebih 90 peratus pasangan mengenali kekasih mereka menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook, myspace, alamak.com dan whosgoing.com.

'Perkenalan dengan pasangan baru sering bermula apabila satu pihak mahu menjalin persahabatan dengan penuh keikhlasan - iaitu menyambung semula persahabatan yang terputus atau menjalin persahabatan berdasarkan minat dan kecenderungan yang serupa.

'Hari demi hari, perkenalan mereka melahirkan bibit-bibit kemesraan dan akhirnya menjadi tempat mengadu. Dan bermulalah bibit-bibit cinta,' menurut Pemangku Pengurus Pusat Vista Sakinah, Cik Fazlinda Faroo.

Vista Sakinah, yang dikendalikan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), kini membantu sekitar 400 hingga 500 pasangan yang ingin bernikah semula.

Setiap bulan, pusat yang terletak di Woodlands Drive 44 itu menerima 40 pasangan yang mendaftar bagi program persiapan perkahwinan semula.

Antara lain, Vista Sakinah menyediakan khidmat dan program menyeluruh agar pasangan Melayu/Islam yang berkahwin semula menerima kaunseling dan bantuan bagi memastikan mahligai baru yang dibina semula tidak berakhir dengan perceraian.

Sebelum adanya laman rangkaian sosial, perkenalan sering terjalin apabila pasangan diperkenalkan rakan-rakan, berjumpa dalam majlis rasmi, di tempat kerja atau menerusi panggilan telefon.

Menurut Cik Fazlinda, baru- baru ini, beliau bertemu satu pasangan yang menjadi 'rakan' di Facebook setelah mereka 'menengok-nengok' profil rakan sekolah mereka yang lama.

'Kerana ingin tahu perkembangan satu sama lain, mereka mula menghantar e-mel menerusi Facebook. Hubungan itu berjalan seperti biasa sehinggalah satu pihak melalui proses perceraian dan berpaling kepada rakan Facebooknya itu untuk dijadikan tempat mengadu. Hubungan mereka mula terjalin,' ujar Cik Fazlinda.

Hampir semua pasangan yang mahu menjalin hubungan lebih rapat akan mula berpacaran tetapi masih meneruskan komunikasi menerusi laman rangkaian sosial.

Lebih 80 peratus pasangan yang kini dibantu Vista Sakinah mempunyai e-mel.

'Bilangan pelanggan yang tidak mempunyai kemudahan komunikasi menerusi Internet amat kecil.

'Ia menunjukkan bahawa sebahagian besar pelanggan kami mahir menggunakan Internet dan mempunyai akses kepada kemudahan perhubungan secara dalam talian,' jelas Cik Fazlinda lagi. -BHS

[Bergambar] Algeria: Penunjuk Perasaan Bertempur Dengan Polis

Algiers: Ratusan penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hari selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata
Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia. - AFP















Bukan Kena Urut Cakar Harimau Tapi Betul-betul Kena Terkam Harimau

Ipoh: “Harimau itu cuba membaham kepala dan leher tetapi saya memberanikan diri menumbuk kepalanya dengan tangan kanan manakala tangan kiri mencekup mulutnya,” kata Tambun Gediu, 60, lelaki Orang Asli yang cedera diserang harimau di hutan berdekatan rumahnya, kelmarin.

Gambar: PARAH...Tambun cedera parah di muka dan kepala diserang harimau.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Grik itu, mangsa yang diserang harimau belang seberat antara 80 dan 90 kilogram itu cedera di kepala, muka, leher, belakang badan dan kedua-dua lutut.

Tambun yang ditemui di Wad 4A, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam berkata, ketika kejadian, dia sedang merangkak sambil menyumpit seekor tupai di hutan berdekatan rumahnya sebelum menyedari harimau tiba-tiba muncul dari belakang dan cuba menerkamnya.

Terkejut dengan kemunculan harimau itu, dia lari menyelamatkan diri dan memanjat pokok berdekatan, namun haiwan berkenaan sempat menerkam kakinya menyebabkan dia terjatuh sebelum diserang dan dicakar.

Gambar: BEGINI...Tambun menunjukkan ukuran harimau yang menyerangnya.

Ketika itu, dia mampu melengahkan haiwan itu itu daripada mencederakannya dengan menumbuk dan menggenggam mulut harimau itu sambil menjerit meminta tolong.

“Nasib baik isteri saya (Han Besou, 50) mendengar jeritan saya kerana rumah kami tidak jauh dari situ. Isteri saya datang dan mengetuk kepala serta badan harimau itu dengan senduk kayu menyebabkan haiwan itu beredar,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, Tambun dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Grik (HG) kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, 12 jam selepas kejadian itu.

Beliau berkata, luka dalaman dialami mangsa di lutut kanan dan kiri menyebabkan dia dipindahkan ke HRPB semalam bagi rawatan lanjut.

“Kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) mengambil masa agak lama mengeluarkan mangsa bagi mendapatkan rawatan berikutan keadaan perkampungan itu jauh terpencil di pedalaman.

“Mangsa dibawa menggunakan bot dari perkampungan itu ke Jeti Awam Banding sebelum dikejarkan ke HG,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika ditemui selepas melawat Tambun mangsa semalam berkata, lelaki itu dalam keadaan stabil dan baru selesai menjalani pembedahan di lutut.

“Mangsa juga akan menjalani proses rawatan lanjut bagi membersihkan luka dialami akibat diserang harimau itu sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Shabrina Shariff berkata, pihaknya menghantar kakitangan ke kampung berkenaan bagi membuat pemantauan dan mengesan jejak haiwan itu.

Menurutnya, perkampungan itu berdekatan dengan kawasan Hutan Belum dan tidak mustahil haiwan terbabit muncul di kawasan berdekatan kerana ia sebahagian habitatnya.

“Bagaimanapun, kami akan memantau keadaan itu dan menasihati penduduk setempat lebih berhati-hati terutama ketika memburu di hutan,” katanya. -hm

Ulasan GB

Kalau kena urutan "cakar harimau" dari sang isteri memang bagus, tapi kali ini betul-betul kena cakar sang harimau, hah, menguji kasih sayang si isteri terhadap suami.

Dan di atas, kisah si isteri dari kaum orang asli tersebut membuktikan bahawa dia sanggup menggadai nyawa, mencapai apa yang ada (dalam kes ini - senduk kayu) untuk menghalau harimau demi menyelamatkan suaminya.

Itu di kalangan orang asli, di kalangan kita mungkin ada pula isteri yang kata, ah menakutkan ajer, mati, matilah.. aku kahwin lain nanti...

Bagaimana pandangan anda?

Ya, isteri bukan saja perlu pandai beri cakar harimau kepada suami tetapi lebih penting ialah nak selamatkan suami dari dicakar harimau.

Tetapi jika suami memang dah jenis "hari-harimau" tak dapat GB nak beri ulasan :)

Projek Mee Segera: BN Sepatutnya Dibatalkan Penyertaan Di Dalam PRK Merlimau

Melaka: Projek ‘mee segera’ yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan ‘projek mee segera’ adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur.

“Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil,” katanya.

“Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah.

“Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR memprakti, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi.

“Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama,” katanya. -kelantandaily

Ulasan GB

Sepertimana kes menaikkan bendera terlebih awal sebelum penamaan calon di dlam PRK Merlimau, limpahan projek mee segera di DUN berkenaan oleh parti BN terang-terangan mencabul undang-undang.

GB sebelum ini telah mengulasnya. Petikan:

Tindakan UMNO BN yang terang-terangan menyalahi undang-undang pilihanraya didiamkan sahaja oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR kerana ia dilakukan oleh pihak UMNO BN.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR "wajib" meletakkan jawatan mereka kerana gagal menjadi pihak yang adil dan berkecuali. Malah UMNO BN perlu dibatalkan penyertaan mereka dari pilihanraya kecil DUN Merlimau lantaran kesalahan yang dilakukan.

Jika masih juga tiada tindakan, tiada apa yang dapat dilakukan rakyat kecuali meminta Allah "menghukum" pihak terbabit kerana SPR cuba menipu rakyat, sedangkan Allah Maha Menipu-daya. Tunggu dan lihat!


Apakah SPR sengaja mahu rakyat bangkit seperti yang berlaku di Mesir?

Pelatih Jururawat Maut Kereta Terbabas Dalam Longkang

Maut berkejar ke kelas malam

KERETA yang dipandu Rosnita remuk selepas terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin. Pelatih jururawat tercampak selepas kereta dipandu terbabas dalam longkang

GUA MUSANG: Seorang pelatih jururawat Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST), Bachok, maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Sungai Lakit, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Rosnita Yusoff, 22, (kanan) yang meninggal akibat kecederaan parah di tempat kejadian dikatakan tercampak dari kenderaannya sebelum ditemui di kawasan semak.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Rancangan Kemajuan tanah (RKT) Paloh Tiga untuk kembali ke kolej selepas sejam menemui keluarganya.

Bapa mangsa, Yusoff Awang Kechik, 67, berkata, arwah tergesa-gesa mahu pulang ke kolej kerana mempunyai kelas semalam.

“Arwah mahu menemui saya di pertengahan jalan dan menyatakan hasrat untuk menyerahkan pelbagai barangan untuk dibawa pulang ke Paloh Tiga.

“Bagaimanapun, saya menyuruhnya pulang ke rumah untuk melihat rumah yang sudah dibaiki atas permintaan arwah beberapa bulan lalu, selepas dia memberitahu ada orang ingin meminangnya bulan ini.

“Selepas melihat rumah, dia bersalam dengan saya, ibu dan adik beradiknya dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke kolejnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasatan sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Paloh Tiga, pagi semalam. -BH

Golongan UMNO Menipu Sultan Johor Atau Mereka Jahil Tentang Agama?

Sultan Johor Murka Pasal Kene Tipu Ngan UMNO!

Ini puak UMNO mana reti hormat SULTAN... dia kire apa? SULTAN pun depa balun semacam.. sanggup menipu SULTAN... tak tahu plak SULTAN JOHOR tau ke tak pasal penipuan mereka.. hahaha

SULTAN JOHOR NENGOK GAMBAR NIH TAKAN LAH SULTAN JOHOR LEH TETIPU ngan GENG UMNO APCO NIH... hahaha

napa SULTAN JOHOR nak murka pada NIK AZIZ? NIK AZIZ takde buat kesilapan pun dalam gambar nih.. hahah UMNO yang jahil jer NIK AZIZ buat silap.. hahah

Umno dah menang pun kat TENANG pun masih nak bising2 dengan menfitnah NIK AZIZ? SULTAN JOHOR misti murka kalau dia tau dia kene kencing bulat2... kahkahkah

Ini gambar SULTAN JOHOR lum tengok lagi nih.. kalau die tengok mungkin lagi teruk SULTAN MURKA pasai die kene kencing ngan pencacai-pencacai UMNO.. hahah UMNO nih bile nak berubah.. ingat SULTAN nih macam mak bapak dorang ke leh tipu sana sini... TAPI itulah UMNO kalau tak tipu takan orang panggil mereka UMNO... Untuk Menipu Negara Orang jer... kahkahkah

Klik untuk lebih jelas


So pada SULTAN, hamba sembah derhaka untuk memberi peluang SULTAN JOHOR untuk siasat kes fitnah ini... kerana kes fitnah ini berlaku di negeri SULTAN... Sultan pasti tak mahu ada penipuan di negeri SULTAN kan..kan..kan.. :)

p/s: sape lah nak dengar cakap baginda nih... baginda bukan keturunan SULTAN leh murka orang.. ye dak... hahaha -erapasca


Sultan Johor Murka Tindakan Sembahyang Dua Imam Semasa PRK Tenang

KOTA TINGGI, 11 Feb (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Jumaat bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini telah membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda sebelum itu merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007. Hadir sama Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadot dan exco-exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor agar tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. -- BERNAMA


Ulasan GB

Golongan blogger UMNO yang menimbulkan fitnah ini tidak akan terlepas dari hukuman Allah.

Pertama, mereka menipu Sultan Johor kononnya ada gejala dua imam di masjid di Johor sewaktu PRK Tenang. Termasuk di dalam golongan penipu ini ialah blogger-blogger UMNO dan akhbar media arus perdana yang menyebar-luaskan fitnah tersebut yang dimulakan dengan sekeping gambar dari minah-jinggo tersebut dan berita yang ditulis oleh BERNAMA.

Kedua, mungkin sebenarnya golongan UMNO ini adalah golongan yang bebal agama, tak tahu apa itu solat qasar dan jamak lantaran tidak pernah melakukannya.

Ketiga, sememangnya mereka berniat jahat terhadap PAS dan TG Nik Abdul Aziz.

Kita peringatkan:

Orang yang memfitnah orang mukmin ang lelaki dan mukminah yang perempuan, kemudian merekA tidak bertaubat, bagi mereka neraka jahanam dan azab yang membakar. Al-Buruj : 10

Ingatan Dr Asri Kepada Kerajaan: "Jangan Keterlaluan Kekang & Tindas Rakyat"

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

TV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.