6 Nov 2010

[Gambar & Video] Banjir: Ketepikan Fahaman Politik - Sultan Kedah

Banjir: Sultan Kedah lahir rasa dukacita, minta ketepi fahaman politik

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah.

Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini hari ini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.

"Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini. "Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini," titah baginda.

Pada majlis itu baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri, serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah. Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terbabit dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Md Hanipah.

Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.

Sementara, YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada individu yang tidak mahu dikenali bagi membantu mangsa banjir di Kedah. - Bernama





























Pemilihan PKR Diadakan Juga Walaupun Tengah Kontroversi

Pemilihan PKR yang memasuki minggu kedua hari ini menyaksikan sebanyak 12 cabang lagi akan meneruskan pengundian mereka bagi memilih calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemimpin sayap-sayap parti.

Cabang tersebut meliputi dua negeri - 11 di Sabah dan satu cabang di Pasir Mas, Kelantan akan menjalankan pemilihan mereka pagi ini.

Proses pengundian akan berjalan antara 10 pagi hingga 4 petang. Keputusannya pula dijangka lebih awal berbanding minggu lalu ekoran jumlah cabang yang terlibat lebih sedikit.

Selain bagi menentukan nasib calon bertanding, peratus keluar mengundi antara tumpuan pemerhati politik hari ini.

Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara.

Manakala sebanyak sembilan cabang - kesemuanya di Sabah - lagi akan mengadakan pemilihan mereka keesokan hari.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi.

Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Ulasan GB

Sekalipun telah diminta oleh calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub supaya pemilihan ditangguhkan supaya semua isu yang dipertikaikan diselesaikan terlebih dahulu, PKR nampaknya seperti memekakkan telinga terhadap tuntutan itu.

Samalah seperti gesaan beberapa pihak supaya PKR menangguhkan pemilihan semasa kempen pilihanraya N45 Galas berlansung kelmarin. Lansung tak diindahkan.

GB pun dah sebut banyak kali, tangguhkan! Pergi cari kat arkib.

Malah pemilihan berlansung juga sewaktu pertandingan akhir bolasepak Juara Malaysia 2010 diadakan dan negeri yang dijadikan pilihan untuk pengundian pusingan pertama di dalam pemilihan pula ialah Kelantan yang terlibat di dalam perlawanan akhir tersebut! Selain itu timbul pula masalah logistik, tong undi kata mereka tersalah hantar! Punya ler banyak alasan untuk mempastikan Zaid tewas.

Ia seperti mahu segera agenda/konspirasi mereka terlaksana. Menggambarkan juga betapa kemaruknya pimpinan PKR untuk mempastikan calon-calon pilihan mereka cepat-cepat dinobatkan ke jawatan-jawatan yang ditentukan.

Bila keputusan diumumkan, bertukar 3 kali. Sekejap Azmin mendahului kemudian Zaid, Azmin balik. Kecoh sekecoh-kecohnya. Yang bikin kecoh siapa? Itu Setiausaha Agungnya yang sepatutnya tidak masuk campur dalam soal pemilihan, tetapi nak sangat konspirasi pihak atasan terlaksana, tebal muka jalankan jugak.

Sekarang ni musim banjir. Tangguhkanlah pemilihan. Kerah semua tak kira siapa, calon ke tidak, pergi bantu mangsa-mangsa banjir. Laksanakan yang utama terlebih dahulu. Untuk rakyat. Untuk kemanusiaan. Kerana Tuhan. Bukan berebut jawatan. Takut sangat Zaid menang dan Azmin kalah. Apa ler punya manusia yang ada di dalam barisan pimpinan tertinggi PKR ni?


UMNO Lesapkan Pungutan Wang Ihsan Pulau Pinang?

UMNO dianggap cuba pecah amanah sekiranya tidak memulangkan wang warga emas seperti yang dikatakan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan (gambar) yang dianggap hanya bersikap seperti omong kosong dan sehingga kini masih tiada wang yang dipulangkan kepada pihaknya.

“Ke mana wang itu? Dia (Norman) ada kata dalam surat khabar dan mengatakan ada kira-kira 1,000 warga emas yang akan pulangkan wang yang dikatakan mereka adalah wang judi, jika jumlah 1,000 itu didarabkan dengan RM100, pasti menjadi RM100,000.

“Jadi mana duit RM100,000 itu pergi, sekarang dia kata ada RM20,000 dan saya musykil dari mana duit itu datang,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu melalui laporan media, Norman berkata, seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ihsan RM100 yang diterima dari Kerajaan Negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Menurutnya, kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang yang diperoleh itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

Norman juga berkata, UMNO tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ihsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Beliau juga semalam cuba menyerahkan wang berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Namun Wei Aik meragui sumber wang berkenaan berikutan tidak disertakan dengan senarai nama pemberi wang.

Wei Aik berkata, sekiranya UMNO masih belum memulangkan wang tersebut beliau menasihatkan supaya semua warga emas yang telah menghantar wang kepada UMNO segera membuat laporan polis.

Menurutnya, ia kerana mereka hanya pandai mengutip wang tetapi tidak memulangkannya kembali.

“Ini adalah di bawah kesalahan pecah amanah dan tidak ada akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata sekiranya masih terdapat warga emas yang mahu memulangkan wang tersebut boleh berbuat demikian secara individu di Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah tanpa didalangi mana-mana pihak.

“Mereka perlu isi borang dan nyatakan sebab kenapa mereka serahkan semula wang berkenaan,” katanya. -SH

Dulu Terengganu Sokong Judi, Kini Sokong Hab Hiburan

Exco sokong hab hiburan malam

SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said (gambar) berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul.

“Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eco Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort and Spa, di sini.

Rahin menyokong pelan program transformasi itu di mana ia dilihat mampu memacu sektor pelancongan negara dengan menggalakkan kemasukan pelancong bagi menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia.

Sebelum ini, menerusi ETP, kerajaan mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam menjelang 2014.

Rahin berkata, cadangan penubuhan zon hiburan hanya di kawasan tertentu iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dan ia adalah kawasan tumpuan utama bagi pelancong asing. -SH

Ulasan GB

Demikian kenyataan seorang exco dari negeri darul-iman, menyokong perlaksanaan hab hiburan.

Dulu di dalam kes judi, UMNO Terengganu jugak yang paling menyokongnya.


Nampaknya Terengganu sedang mengundang bala. Bila bala menimpa, ia tak kira orang UMNO atau PAS atau atas pagar. Semua kena. Sabda Nabi:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad


TGNA: Kemenangan BN Di Galas Sudah Dirancang. BN Tanggung Dosa Sampai Akhirat.

Kemenangan BN di Galas diragui

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.

Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.

“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.

“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.

Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak.

“Kalau rakyat terima sungguh BN sebagaimana kehendak dia, tolak Pas, itu tidak mengapa tetapi jika tolak Pas ambil BN kerana sebab atau tindakan tertentu, seperti ugutan, sogokan dan sebagainya, dosa BN tanggung sampai akhirat kerana dia tak beri peluang kepada rakyat memilih,” katanya. -SH

Ulasan GB

Mengenai penipuan itu, apa yang disampaikan oleh TGNA serupa dengan apa yang GB telah catatkan di dalam blog ini sehari sebelum pilihanraya. Dua kali GB tulis.

SPR Berkeras Untuk Guna Helikopter. PR Perlu Tegas.

Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas.

Tetapi orang kata GB ni nobody dalam PAS, jadi takde siapa dengar teguran dan nasihat GB kepada pimpinan PAS. Namun GB puashati sekurang-kurangnya telah melaksanakan tanggungjawab yang Tuhan beri... sebagai seorang blogger muslim dan mukmin.

Demam Campak Ambil Masa Yang Lama Untuk Sembuh - Liow

PM masuk wad, dirawat di HK

Alami rasa tidak selesa dalam perut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad VVIP di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin selepas mengalami rasa tidak selesa dalam perut kini dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Ia mungkin berpunca daripada cacar yang dihidapi Perdana Menteri sejak beberapa hari lalu. Saya tak tahu berapa lama beliau akan ditahan di sini (wad) kerana cacar biasanya mengambil masa lama untuk sembuh,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Menemani Perdana Menteri di hospital ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Liow antara kenamaan yang melawat Najib sekitar jam 11 pagi semalam selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Mereka yang diiringi Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berada di wad selama 55 minit sebelum meninggalkan hospital.

Turut melawat Najib ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaludin Jarjis. Tiga anak Perdana Menteri serta menantunya turut dilihat ke hospital berkenaan.

Liow berkata, pakar perubatan sedang mengawasi keadaan kesihatan Perdana Menteri yang dilaporkan semakin stabil dan tidak membimbangkan.

“Beliau memerlukan rehat yang mencukupi dan akan diletakkan untuk pemerhatian dalam tempoh beberapa hari bagi memantau perkembangan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, berkata endoskopi yang dilakukan ke atas Najib menunjukkan Perdana Menteri mengalami ulser dan gastritis ringan, tetapi sudah diberi rawatan.

Ulasan GB

Melaung Najib jika terbaca kenyataan Dr. Liow.

Bas transnasional semalam dah tercampak kat Pekan. Seorang mati. Najib terkena demam campak belum sembuh-sembuh lagi. Sekarang perutnya pula rasa tak selesa. Sedikit demi sedikit doa pecah perut oleh TGNA agaknya dah menampak kesan. TGNA minta Kerajaan Pusat bayar wang royalti Kelantan. Najib cuba menafikan sebaliknya diberikan kepada JPP dan UMNO negeri untuk diperhabiskan dan untuk merampas Kelantan.

Mereka berjaya kelmarin merampas 1 DUN di Kelantan. Tapi keadaan kesihatan Najib terus memburuk. Dari demam campak ke sakit perut.

Isterinya Rosmah Mansor dah panggil bermacam-macam bomoh, ada yang suruh tidur beralaskan daun bambu, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa, ada yang suruh makan sayur sahaja dan bermacam-macam.

Baru lepas bertempik di PWTC .... biar putih tulang katanya...
Muga perkataan Najib itu benar, semuga beliau sanggup berputih tulang sekalipun Tuhan Maha Berkuasa untuk menyerahkan royalti kembali kepada Kelantan dan menyerahkan Putrajaya kepada sesiapa yang dikehendakiNya nanti.

Sebuah Keluarga Islam Sempurnakan Mayat Nenek Dengan Upacara Buddha. Apa Pendapat Mufti?

Johor Baharu: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.

Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.

Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.

Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.

“Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.

“Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.

“Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya,” katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. “Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.

“Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.

Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.

Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.

Moyang yang manja dengan panggilan ‘Mama’ itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

“Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.

“Paling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.

“Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga,” katanya. -hm

Ulasan GB

Apa kata para mufti terutama Mufti Johor, Datuk Mohd Noh Gadut di dalam isu ini? Satu keluarga besar Islam menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya?

Di Perak, Mohd Nizar dan Idham Lim hanya barbertfakur dan pegang lilin untuk menhormati mendiang Teoh Beng Hock telah pun dituduh bermacam-macam oleh UMNO.

Sedangkan tuduhan itu hanyalah dihidupkan balik untuk menutup perbuatan syirik, murtad lagi khurafat oleh MB Rayuan Perak, Mohd Zambry yang telah iaitu meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Apakah Ahli UMNO Ada Permit Untuk Pukul Orang?

YB Sekinchan tak dipukul jika patuh arahan polis'

SHAH ALAM: Kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, pagi kelmarin, tidak akan berlaku sekiranya wakil rakyat DAP itu mematuhi arahan polis dan undang-undang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata jika Ng mematuhi nasihat polis supaya beredar dan tidak melakukan demonstrasi, wakil rakyat berkenaan tidak akan dipukul orang kampung.

“Dia yang tak hormat undang-undang, tak dengar nasihat polis dan bertindak sendiri. Ciri-ciri ini ada pada (pemimpin) DAP. Dia tak ada permit untuk demonstrasi, polis nasihat bersurai dia tak mahu. Kalau dia mula jadi gangster, sebagai pemimpin dia mengajar rakyat jadi samseng,” katanya.

Bercakap ketika dihubungi Berita Harian semalam, Noh berkata, tindakan Ng itu dilihat penduduk kampung sebagai berunsur politik dan bertujuan menghasut mereka sedangkan masalah berkaitan harga padi sudah diselesaikan pada 31 Oktober lalu.

Beliau mengulas dakwaan Ng yang menamakan Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafie Asmawi sebagai dalang kejadian kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin apabila ADUN Sekinchan itu dan pemandunya, Wong Ah Chia cedera diserang ketika mahu menemui sekumpulan petani di sebuah gerai berdekatan.

Sementara itu, Ng mendakwa, beliau mempunyai bukti Shafie terbabit dalam kejadian berkenaan yang menyebabkan beliau disahkan mengalami gegaran dalam otak. -BH


ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.

"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.-mk



Ulasan GB

Dalam keadaan apa sekalipun tidak sepatutnya sesiapa juga meletakkan undang-undang di dalam tangan.

Apa hak orang-orang Noh Omar untuk memukul seorang wakil rakyat?

Kita berharap polis bertindak adil dan telus, bahawa mereka yang terlibat memukul ADUN Sekinchan itu diambil tindakan.

Dan kenyataan Noh Omar juga perlu diberikan perhatian ia seolah-olah menggalakkan rakyat untuk mengambil tindakan sendiri ke atas mana-mana pihak atau individu yang kononnya dikatakan melanggar undang-undang.

Lagi Kes Bas Terbalik, Kali Ini Di Kawasan Parlimen Najib

Satu maut, 4 cedera bas terbalik

Gambar: BAS ekspres Transnasional yang terbalik ke dalam tali air menyebabkan seorang maut di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi dekat Sungai Miang, Pekan, malam kelmarin. Lelaki lemas tidak sempat selamatkan diri kenderaan jatuh dalam tali air

PEKAN: Seorang penumpang lelaki terbunuh manakala empat wanita cedera apabila bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik memasuki tali air di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, dekat Sungai Miang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam, mangsa, Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa yang baru tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, Johor, dipercayai terperangkap di bahagian depan bas berkenaan yang separuh tenggelam.

Beliau berkata, bas berkenaan bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 3 petang sebelum dikatakan berhenti rehat di Endau Rompin.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu bas berusia 48 tahun terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terbabas dan terbalik secara mengiring dengan sebahagian badan kenderaan berada dalam tali air.

“Selain seorang maut dan empat parah, penumpang lain termasuk pemandu cedera ringan dan mereka menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap bas yang dipecahkan dan pintu kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di KUANTAN, tunang mangsa, Nurul Hana Abu Hassan, 25, berkata pihak keluarga masing-masing sepatutnya bertemu pada 13 November depan bagi menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

“Namun hasrat terbabit tidak kesampaian apabila tunang kesayangan pergi buat selama-lamanya. Saya sedih kerana kehilangan tunang yang baik serta disenangi keluarga namun reda dan menerimanya,” katanya. -HM

Projek Landasan Keretapi Berkembar Punca Banjir Di Kedah

Kedah dakwa projek landasan berkembar punca banjir

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri ini adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata semasa banjir besar lima tahun lalu, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

"Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.

"Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda mengenai perkara ini supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) telah pulih sepenuhnya.

"Bagi daerah Pokok Sena, bekalan air bertambah baik. Petang ini, kita akan menerima 10 lori tangki dan sebuah lori besar air minuman dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sembilan lori tangki daripada Lembaga Air Perak.

"Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai," katanya.

Azizan berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan. - BERNAMA

Ulasan GB

GAMUDA. Satu nama syarikat yang agak terkenal. GB salin dari sebuah blog

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta… berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd.- pr


Double Standard: Pengerusi Dan Timb Pengerusi SPR Wajar Dipecat

Pilihanraya Galas dan Batu Sapi menyaksikan dengan jelas Suruhanjaya Pilihanraya mengamalkan sikap double standard.

Malah dalam banyak hal, apa yang disebutkan oleh orangramai sebelum ini bahawa SPR itu adalah kuda tunggangan kepada BN nampaknya adalah benar dan SPR kini bukan lagi badan yang berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya di dalam negara.

Kemenangan BN di Galas begitu meragukan. Penggunaan helikopter misalnya, untuk mengangkut peti undi dari pusat pengiraan ke pusat penjumlahan undi tanpa kehadiran wakil parti-parti bertanding ketara satu amalan buruk yang menyebabkan krediliti SPR dipersoalkan.

Selain itu seperti yang GB utarakan sebelum PRK Galas dan Batu Sapi berlansung, bahawa tiang gol bakal dialih-alihkan oleh SPR menjadi kenyataan.

Cuba perhatikan dua kenyataan berbeza dari dua orang kuat SPR ini.


SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”


Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.


“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.


Itu undang-undang untuk UMNO BN. Yang bawah pula untuk PAS dan PKR


SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.

Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.



Dari Mulut Penjaga Masjid Yang Tak Tersentuh Tsunami, 50 Orang Selamat

Pagi itu, sekitar pukul 10.00 WIB, langit Sikakap tampak mendung. Di luar rumah tanah tampak lanyah. Pepohonan dan rerumputan masih basah setelah diguyur hujan deras sepanjang malam. Sebentar lagi, sepertinya hujan deras bakal turun. Ya, membasuh duka Bumi Sikerei.

Di luar rumah, bau mayat menyengat. Aroma tak sedap menebar ditiup angin. Memang, hingga Jumat (29/10), mayat masih bergelimpangan di pinggir jalan. Fikiran saya langsung terbayang ratusan warga Pagai Selatan yang bertahan di perbukitan, dalam kondisi hujan badai. Selain menahan lapar, dinginnya malam, mereka harus melawan penyakit yang kini menyerang.

Ternyata benar. Hujan deras mengguyur Sikakap. Tak hanya hujan, tapi juga badai. Di posko utama, para jurnalis dan relawan telah berkumpul. Seperti biasa, setiap pagi kami siap-siap menyisir desa terpencil yang belum terjamah bantuan. Pagi itu, tim relawan dan jurnalis hendak menuju Dusun Pasa Puat di Pagai Utara. Dusun itu, semua rumah hancur. Mujur, tidak ada korban jiwa.

Perjalanan menggunakan kapal kayu atau long boat. Kapal itu mampu memuat 12 orang dan sedikit logistik untuk pengungsi. Berapa menit berlayar, gelombang dua meter menghadang. Pelayaran pun dihentikan. Setelah menunggu sekitar satu jam, boat yang dinakhodai Dayat itu dilanjutkan selama dua jam pelayaran. Sepanjang perjalanan, boat nyaris karam karena dipenuhi air. Kami sampai di tujuan sekitar pukul 17.00 WIB.

Dari pantai, Dusun Pasa Puat sunyi senyap. Sedikit pun tidak terlihat tanda-tanda seperti sebuah kampung. Permukiman penduduk rata dengan tanah. Tak satu pun rumah warga yang berdiri. Semua tiarap. Hanya ada satu bangunan berdiri kokoh menghadap pantai. Ya, sebuah masjid. Penjaga masjid itu juga selamat. Zulfikar namanya.

Hari beranjak senja. Hujan belum juga reda. Zulfikar tampak bersiap menunaikan Solat Maghrib. Dalam obrolannya, pria berusia 40 tahun itu mengaku telah tingal di dusun itu sejak kecil. Sama dengan usia masjid itu yang berdiri sekitar tahun 1960 silam. "Ini masjid tertua di dusun kami. Bentuk masjid itu sudah tidak asli lagi, karena terus diperbaiki," ujar Zulfikar.

Zulfikar menceritakan, masjid ini sama sekali tidak tersentuh tsunami pada malam itu. Padahal, lokasinya tidak jauh dari pantai. Sedangkan rumah-rumah warga di sekitar masjid, rata dengan tanah. Masjid inilah yang menjadi tempat perlindungan masyarakat saat gelombang besar datang.

Seperti mukjizat, air laut hanya sampai di teras masjid. D luar masjid, Zulfikar melihat dengan mata kepala sendiri gelombang tsunami mencapai delapan meter. "Kami dalam masjid ada sekitar 50 orang, sedangkan warga yang lain telah menyelamatkan diri ke perbukitan yang berjarak satu kilometer dari masjid. Melihat masjid tidak kena sama sekali, kami merasa heran. Setelah itu kami sadar ini adalah kehendak Tuhan," jelas pria berjanggot itu.

Zulfikar dan 50 warga lainnya tidak henti-henti mengucap kebesaran Allah. Di luar masjid, tsunami terus menerjang sebanyak tiga gelombang. Tiada yang menduga, tsunami menghindar dari masjid. "Sepertinya, di masjid air terbelah, sehingga lantai masjid pun tidak basah sama sekali," kenangnya. - jkt4.www.jpnn.com

Artikel sebelum ini

Tsunami Di Mentawai: Hanya Masjid Terselamat