24 Sep 2010

Bas Sani 2 Tingkat Kamalangan Lagi

Bas ekspres Sani kemalangan lagi apabila bas ekspress dua tingkat yang sarat dengan penumpang itu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di Jalan Chendering-Kuala Terengganu awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, bas yang membawa 28 penumpang dalam perjalanan daripada Klang menghala ke Bandar Kuala Terengganu dikatakan telah merempuh bahagian sisi belakang sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang penuntut Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Menurut pemandu bas, Mohd Sabri Osman 44 tahun, semasa kejadian kereta yang dipandu pelajar tersebut dikatakan telah memasuki lorong kanan secara tiba-tiba selepas keluar dari simpang tiga Chendering menyebabkannya merempuh bahagian belakang kereta kerana gagal mengelak.

“Saya sampai di simpang tiga, lampu hijau jadi saya terus jalan dan secara tiba-tiba, saya terkejut tengok sebuah kereta proton saga telah keluar simpang dan terus ke lorong kanan, jadi saya cuba mengelak namun gagal,”katanya.

Ekoran perlanggaran dibahagian belakang, kereta proton saga yang dipandu pelajar berkenaan seorang diri telah berpusing sehinggakan terlekat di tengah-tengah penghadang jalan.

Bagaimanapun, kesemua penumpang meneruskan perjalanan dengan menumpang bas lain selepas kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, pemandu kereta proton saga, Mohd Ikram Abdul Hadi, 19 tahun penuntut Maktab Perguruan Kota Bharu juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan menjelaskan semasa kejadian dia dalam perjalanan dari rumah sewa rakannya di perumahan Chendering dan dalam perjalanan ke Masjid Zainal Abidin untuk solat subuh.

Dalam pada itu, Asistant Supritendent Khazahari Che Mat yang dihubungi mengesahkan kejadian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan keterangan dari kedua-dua pemandu telah direkodkan. -harakahdaily

Unit Forensik Berserta Suspek Dibawa Ke Ladang Ternakan Milik Suspek (Dgn Gambar)

Pasukan Forensik Polis Dan Suspek Dibawa Ke Ladang Ternakan Milik Suspek

Gambar: Kelihatan kenderaan polis yang membawa suspek keluar dari ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gandong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini. foto: Bernama

BANTING: Pasukan forensik polis hari ini melawat lagi ladang ternakan milik salah seorang suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ladang yang terletak di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, Selangor adalah tempat dipercayai Sosilawati, 47, pemandunya Kamarudin Shansuddin, 44 peguam peribadinya Ahmad Kamil Abd Karim 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad,38 dibunuh dan dibakar selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Tinjauan Bernama mendapati sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda dari unit forensik, sebuah Mitsubishi Pajero berwarna biru dan sebuah van yang dipercayai membawa suspek tiba di Ladang Gadong petang tadi dengan diiringi oleh kereta peronda polis.

Enam buah kereta di mana dua daripadanya mempunyai logo Jabatan Forensik kelihatan memasuki Ladang Gadong di mana lokasi penyiasatan kes pembunuhan empat individu itu.

Sementara itu suspek utama kes pembunuhan tersebut dilihat dibawa ke hadapan sebuah firma guaman di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah Banting.

Bagaimanapun, dia tidak masuk ke firma guaman itu tetapi hanya menunjukkan petak meletak kenderaan di hadapan firma tersebut dan anggota forensik mengambil gambar di kawasan berkenaan.

Kemudian dia dilihat menaiki salah sebuah daripada enam buah kereta yang beredar dari kawasan firma itu.

Sepanjang unit forensik dan suspek-suspek berada di ladang ternakan milik salah seorang suspek itu, polis mengawal ketat tempat berkenaan dan berada kira-kira 600 meter dari kawasan ladang berkenaan.

Pihak media tidak dibenarkan melepasi tempat polis berkawal di hadapan sebuah kuil Hindu di Ladang Gadong itu.

Pasukan forensik dan anggota polis yang berada di ladang ternakan itu kemudiannya beredar ke arah Banting.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah suspek yang dibawa ke lokasi itu tetapi kelihatan empat lelaki berbaju warna oren, dan seorang lagi berbaju ungu di dalam kereta Proton Waja dan meninggalkan Ladang Gadong tersebut.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima memorandum daripada Manikavasagam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 1.10 tengah hari ini.

Dalam kenyataan malam ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata memorandum diterima oleh ASP Hasnul Hadi yang mewakili Ketua Polis Negara.

"Antara lain kandungan memorandum ini mencadangkan supaya PDRM menubuhkan satu badan khas menyiasat kes kehilangan Allalkathan Muthuraja, seorang warganegara India sebagaimana yang dilaporkan hilang oleh isterinya Usharani Sethuraman pada 8 Sept 2010," katanya.

Bakri berkata di samping memorandum itu, Hasnul juga menerima satu unit telefon bimbit daripada Usharani yang dikatakan mengandungi rakaman percakapan beliau dengan individu-individu di Malaysia.

"Ibu pejabat ini menjelaskan bahawa satu pasukan khas telah ditubuhkan diketuai oleh Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor bagi menyiasat kes kehilangan suami Usharani yang dipercayai dibunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan secara profesional dan terperinci," katanya. -BERNAMA

Penduduk Hulu Kelang Sudah Bersuara. Can Azmin Please Stand Up!

Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua

Gambar: Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman foto: The Star

AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.

PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.

“Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata

Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada) minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.

The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.

“Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.

“Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau.

Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.

Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.

“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,”
tegas beliau.

Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.

“Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya.

“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.

Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya PKR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.

Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.

“Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.

“Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick.

Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.

Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.

Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.

Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.

Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.

Ulasan GB

Bukankah GB sudah nyatakan dulu, apa perlu sibuk-sibuk bertanding untuk jawatan-jawatan kanan di dalam parti sekiranya anda belum berkemampuan untuk menjadi YB yang dihormati dan mampu menjadi penyelesai masalah rakyat?

Bagi GB, kita perlu bekerja sejujurnya untuk parti. Jawatan akan tiba ke riba kita apabila kita sudah mampu dan layak untuk memegangnya. Jawatan adalah amanah. Jawatan adalah pengikat sebelah kaki seseorang di neraka. Tuhan tahu melakukan kerjaNya.

Kita perlu buktikan kerja-kerja kita secara bersungguh-sungguh. Berlumba-lumba membuat kebaikan bukan berlumba-lumba untuk jawatan.

Menceritakan bergelumang di dalam reformasi itu adalah sejarah. Kaedah merayu simpati secara itu tidak akan memberikan impak positif kepada perjuangan parti.

Saya tidak benci kepada Azmin, tetapi saya lihat banyak masa lagi untuk Azmin. Mengapa perlu gopoh? Apa yang Azmin perlu lakukan kini ialah membentuk dirinya sebagai "role model", bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat dan parti, bukan untuk jawatan. Berapa ramai yang pegang jawatan tetapi kemudiannya seperti kaduk naik junjung akhirnya?

Azmin boleh menang sebagai Timbalan Presiden, tetapi ada "kos" yang perlu dibayarnya nanti, iaitu kehilangan jawatan YB! Mampukah beliau menerima itu sebagai realiti?

"Detektif Lim" Telepas Hukuman Penjara Dan Denda

Pelakon Gerak Khas terlepas hukuman penjara dan denda

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah yang memegang watak ‘Detektif Lim’ mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadapnya tahun lepas, bagi kesalahan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di sini.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid Amirul, 44, berhubung sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Dis lalu.

Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata terdapat kelemahan dalam barang kes iaitu dua buah buku yang didakwa telah dicuri oleh tertuduh.

“Tiada bukti menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh kerana tiada penandaan barang kes yang dibuat oleh pegawai penyiasat. Identiti barang kes itu adalah diragui sama ada barang kes (buku) yang dikemukakan di mahkamah adalah barang kes yang ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Pada 14 Mei tahun lalu, pelakon itu didakwa mencuri sebuah buku bertajuk ‘Sistine Secrets’ berharga RM89.90 dan ‘Decoding The Heavens’ berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam 27 Mac lepas, dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh. Pelakon itu yang diwakili peguam bela Nor Azri Mohd Arif ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur di atas keputusan itu.

“Saya berasa lega dengan keputusan ini...InsyaAllah selepas ini saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Keputusan ini juga adalah hadiah untuk orang tua saya terutama ibu yang tidak sihat. Sepanjang perbicaraan kes ini

berlangsung ibu bapa saya tidak berapa tenang tetapi kini semuanya sudah berakhir,” katanya.

Farid Amirul berkata, beliau juga bersyukur kerana sepanjang melalui kes ini, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam sentiasa menyokong beliau dari belakang dengan memberikan peluang untuk beliau bekerja dengan pengarah itu. “Disebabkan kes ini, saya tidak dapat memegang mana-mana watak terutama watak yang melibatkan badan beruniform seperti yang dilakonkan saya sebelum ini, bagaimanapun Datuk (Yusof) memberi saya peluang bekerja dengannya di belakang tabir,” katanya.

Ketika ditanya pemberita mengenai statusnya kini, Farid Amirul sambil berseloroh berkata: “Saya masih bujang, selepas ini bolehlah sesiapa yang hendak berkahwin dengan saya kerana saya bukan penjenayah”. — Bernama

Mike Dakwa Ada 2 Lagi Yang Hilang Di Banting

Susulan kes Sosilawati: Dua lagi aduan orang hilang di Banting

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai ada kaitan dengan peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain semalam.

Manikavasagam berkata aduan tersebut dibuat oleh keluarga mereka semalam dengan mendakwa mangsa hilang kira-kira lapan hingga sembilan bulan lepas setelah berurusan dengan suspek utama dalam urusan berkaitan penjualan tanah.

“Laporan polis juga telah dibuat oleh mereka,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Manikavasagam mendakwa satu daripada laporan itu dibuat di balai polis Rawang, Selangor bagaimanapun Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menafikan menerima laporan seumpama itu.

Anggota Parlimen yang tidak pasti di mana satu laporan dibuat juga enggan mendedahkan identiti mangsa dan berjanji akan mendedahkannya esok.

Beliau hadir bersama S.Usharani, isteri kepada usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang bagi menyerahkan bukti penting iaitu sebuah telefon bimbit yang merakam perbualan telefon antara Usharani dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Turut dirakam ialah perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa beliau adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyerahkan bukti tersebut berikutan Ismail tidak ada di pejabatnya dan hanya dapat berjumpa dan menyerahkan bukti tersebut pada minggu depan.

Bagaimanapun, Usharani hanya dapat menyerahkan memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport, salinan surat beranak anak-anaknya dan salinan surat beliau kepada Pesuruhjaya India kepada unit perhubungan awam Bukit Aman hari ini.

Manikasavagam berkata ia bagi membantu polis menyiasat kehilangan suami Usharani.

Semalam Usharani mendedahkan menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa tamil melalui telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti.

Rakaman perbualan pertama pada 28 Januari membabitkan beliau dengan peguam yang merupakan suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan menafikan bersama suaminya dan menyatakan beliau sedang berada di luar negara manakala rakaman kedua pula ialah perbualannya dengan seorang lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat ASP dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) bagi membebaskan suaminya yang ditahan polis kerana kesalahan dadah.

Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani dating ke Malaysia dan membuat laporan polis pada 8 September lepas di Banting.
-Bernama-

Kartun Memang Takut Dengan Kartun

Zunar, kartunis politik terkenal telah ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948, sebelum buku barunya, CARTOON-O-PHOBIA dilancarkan pada malam ini. 10 orang polis telah menyerbu ke pejabat Zunar di Brickfield, Kuala Lumpur petang tadi, dan merampas 65 buah buku terbarunya.

CARTOON-O-PHOBIA adalah koleksi pilihan kartun-kartun Zunar yang tersiar dalam laman web Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010. Perlancaran buku ini dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor, nanti.

Menurut peguamnya, Latheefa Koya, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1984, di Balai Polis Brickfield.

Bagaimanapun, Zunar memperbarui status Facebook-nya pada kira-kira 5.30pm, berbunyi, "Zunar sini. Saya skrg sedang ditahan di balai polis brickfeild utk soal siasat, lps ini akan di bawa ke ipd pj. Pesan saya prgm mlm diteruskan walau tanpa saya. Terima kasih atas sokongan." -MR


Penerbitan Buku Komik Cartoon-O-Phobia

SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan buku ketiga saya, CARTOON-O-PHOBIA bersama Kinibook yang merupakan anak syarikat Malaysiakini. Sebelum ini saya juga berkerjasama dengan penerbit yang sama untuk buku "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoon On Tun and Others... (2005)".

Kebanyakan karya-karya kartun dalam CARTOON-O-PHOBIA adalah koleksi pilihan kartun-kartun saya yang tersiar dalam laman web Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Selain itu, ada juga karya-karya yang disiarkan dalam laman web saya, cartoonkafe.com dan ada juga yang tidak pernah disiar di mana-mana penerbitan.

Idea untuk menghasilkan buku ini diilhamkan apabila kerajaan (KDN) mengharamkan buku-buku kartun saya iaitu "1 Funny Malaysia", "Perak Darul Kartun" dan "Isu Dalam Kartun".

Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap "mengancam ketenteraman awam" dan "boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan."

Kerana itu, nama CARTOON-O-PHOBIA dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun.

Saya juga akan cuba mendaftar istilah CARTOON-O-PHOBIA di dalam kamus sebagai satu istilah baru yang menggambarkan defininasi "individu atau pihak yang takut kepada karya kartun sehingga menggunakan pengaruh politik bagi mengambil tindakan terhadap kartunis."

Secara peribadi, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku saya sebelum ini. Saya menyentuh semua isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

CARTOON-O-PHOBIA diterbitkan selepas saya dan Malaysiakini mengheret KDN ke mahkamah bagi mencabar pengharaman buku saya, dan di tengah-tengah ghairahnya pihak kerajaan merampas dan mengharam penerbitan-penerbitan yang tidak sehaluan dengan selera pemerintah.

Apakah buku terbaru saya juga menghadapi kemungkinan diharamkan? Sebenarnya saya tidak pernah terfikir soal ini semasa memproduksikan buku-buku saya. Saya percaya CARTOON-O-PHOBIA mempunyai kekuatan sendiri dan memenuhi kehendak pembaca. Namun saya bersedia menghadapi sebarang risiko jika buku ini diharamkan.

Jika buku ini tidak dapat dijual di pasaran terbuka (akibat pengharaman), saya bergantung kepada sokongan dari para pembaca. Hanya dengan sokongan peminat, pembaca dan rakyat Malaysia yang prihatin, penerbitan kartun-kartun dan buku-buku saya akan dapat diteruskan.

Lebih dari itu, saya telah memulakan langkah mereformasikan kartun-kartun politik di Malaysia dan ia tidak seharusnya berkubur.

Kerana itu saya berharap peminat dan pembaca akan memberi sokongan penuh kepada saya dengan membeli buku ini. Ia juga sebagai tanda sokongan kepada saya yang akan memulakan prosiding mencabar KDN di mahkamah yang dijangka bermula Oktober depan.

Dengan sebab itu juga, saya berharap kepada peminat dan pembaca untuk hadir di majlis pelancaran yang akan diadakan pada jam 8 malam, 24 September bertempat di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall.

Perasmian akan dilakukan oleh Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

CARTOON-O-PHOBIA mempunyai ketebalan 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh. Ia dijual dengan harga pasaran RM25. Ia juga boleh dibeli melalui online di cartoonkafe.com atau di pejabat saya di Brickfeilds, telefon 03-2272 4045.-Zunar

Usharani Serah Handfon Kepada Polis Sebagai Bukti

Isteri ahli perniagaan India yang hilang di negara ini sejak 18 Januari lalu, S Usharani hari ini menyerahkan telefon mudah alihnya sebagai bahan bukti kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, untuk siasatan lanjut.

Usharani, 24, mendakwa telefon mudah alih jenis Nokia itu mengandungi rakaman perbualan antaranya dengan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan seorang individu yang mendakwa pegawai polis.

Katanya, tujuan beliau menyerahkan telefon mudah alih dan memorandum berhubung bukti itu bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Saya sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pagi ini untuk menyerahkan bahan bukti, tetapi dimaklumkan beliau terpaksa menghadiri satu urusan penting.

“Bagaimanapun, Ismail dalam satu surat yang dikeluarkan memaklumkan akan menemui saya pada tarikh lain,” katanya selepas penyerahan bahan bukti itu di Bukit Aman, hari ini. -BH

Selangor Tak Layan Tuntutan RM308 SYABAS, Malah Akan Heret SYABAS Ke Mahkamah

Kerajaan Selangor tidak akan layan tuntutan RM308 juta SYABAS

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 juta kerana enggan menaikkan tarif air.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata kerajaan negeri berpendapat SYABAS tidak layak menaikkan tarif kerana rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antara masalah itu termasuklah bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk dan telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berasaskan itu juga, katanya, kerajaan negeri yakin mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret SYABAS ke mahkamah kerana kegagalan mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

Faekah berkata, kerajaan negeri juga tidak gentar dengan kenyataan SYABAS untuk membawa kerajaan negeri ke mahkamah jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 September kerana mendakwa syarikat itu mengalami kerugian berikutan keputusan kerajaan negeri enggan membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi. - Bernama


Syabas Tuntut RM308 Juta Kerana Dihalang Naikkan Tarif Air

SHAH ALAM 24 SEPT - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menuntut bayaran sebanyak RM308 juta dari Kerajaan Selangor didakwa sebagai “pampasan” kerana terhalang dari menaikkan tarif air di Selangor.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan Kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

"SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret Kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Faekah bagaimanapun menegaskan Kerajaan Negeri tidak gentar dengan tuntutan Syabas, kerana tidak mahu rakyat Selangor menanggung harga air yang lebih tinggi dari kadar sepatutnya.

"Syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air antaranya; bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan Kerajaan Negeri kerugian berjuta ringgit," tegas Faekah.

"Jika SYABAS dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37% seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal dari harga petrol hari ini. Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku," tambahnya lagi.

Dalam reaksi yang sama, Faekah berkata Kerajaan Selangor berhak untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan syarikat swasta itu mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri menangguhkan sebarang niat untuk menggunakan hak sedia ada (undang-undang) bagi menghormati perbincangan pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan penstrukturan semula hak konsesi air dan model perancangan yang boleh digunapakai," jelas Faekah. -TVS


Kisah Kehilangan Muthuraja Panas Di India

Berita Kehilangan Ahli Perniagaan 'Panas' Di India

CHENNAI: Beberapa organisasi media di sini mengikuti perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan, A. Muthuraja.

Menurut wartawan khas dan ketua biro jenayah Chennai, VP Raghu berkata, berita kehilangan Muthuraja akan terus dilaporkan sehingga kebenarannya diketahui.

"Lelaki ini ada kaitan dengan industri perfileman di sini dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan industri ini adalah berita panas," katanya.

Jelas beliau, akhbar itu juga ingin mengetahui sama ada dua beradik yang juga peguam disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut terlibat dalam kes kehilangan Muthuraja.

Sementara itu, wartawan khas meja jenayah Sun TV, Rama Selvaraj berkata, rangkaian televisyennya meminati berita mengenai kes terbabit kerana ia mengambil masa lapan bulan bagi menemui maklumat berhubung kehilangan Muthuraja.

"Faktor bahawa dia adalah seorang jutawan tempatan dan menceburi industri perfileman juga adalah satu faktor yang boleh dikaji," katanya.

Menurut beliau lagi, laporan berita mengenai kehilangan Muthuraja juga merupakan bentuk 'amaran' kepada ahli perniagaan dari India agar lebih berhati-hati dalam soal keselamatan untuk berurusan di Malaysia.

"Kita begitu terganggu dengan perkara yang sudah berlaku, kami berharap ia mungkin dapat dielakkan." katanya.

Sun TV menyiarkan berita kehilangan Muthuraja setiap hari menerusi slot berita perdana saluran mereka.

Sementara itu, ketua meja jenayah akhbar Malai Malar, M Ravi berkata, Muthuraja merupakan individu penting dan berita kehilangannya merupakan isu besar di Tamil Nadu.

"Kami pasti pembaca ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Muthuraja, 34, dikatakan datang ke Malaysia untuk bertemu rakan karibnya iaitu suspek utama kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun gagal dihubungi isterinya sejak 19 Januari lalu sehingga kini. -mstar foto: thestar

Bagaimana Jika Zaid Belah Saja Dari PKR?

Syed Husin: Saya Tak Akan Layan

SHAH ALAM 23 SEPT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan Zaid Ibrahim terhadapnya, selepas bekas Menteri Undang-undang itu melabelkan beliau sebagai nyanyu yang bermaksud merepek.

Zaid juga dilaporkan menuduh Syed Husin sebagai "nyanyuk" kerana kononnya memperkecilkan peranan beliau dalam Pakatan Rakyat.

Zaid kemudian menafikan mengguna ungkapan itu dan berkata apa yang dimaksudkannya ialah Syed Husin adalah nyanyu dan bukan nyanyuk. Kedua-dua kenyataan Zaid yang melabelkan Syed Husin nyanyuk dan nyanyu disiarkan oleh portal Free Malaysia Today.

Zaid adalah antara pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dilepaskan oleh Syed Husin pada pemilihan PKR November depan.

Syed Husin memberitahu TV Selangor, beliau tidak akan memberikan sebarang reaksi kepada tuduhan Zaid ataupun penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.

"Dia (Zaid) sentiasa (beri kenyataan) berubah-ubah. Biarlah apa alasan yang dia hendak bagi. Tidak mengapa," kata Syed Husin yang berkecimpung dalam politik untuk lebih lima dekad.

Dalam pada itu Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendesak Zaid menarik balik kenyataan beliau terhadap Syed Husin yang disiarkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT).

Kenyataan Zaid melabelkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai 'nyanyu' atau 'nyanyuk' adalah kritikan peribadi yang harus dielak dalam keghairahan mengejar jawatan dalam parti pada pemilihan November depan.

"Zaid Ibrahim harus menarik balik kenyataan tersebut sama ada 'nyanyu' atau 'nyanyuk' kerana mempunyai makna dan maksud yang lebih kurang sama yang memperlihatkan seolah-olah Syed Husin tidak diperlukan dan jasa dan pengorbanan beliau dinafikan sebegitu sahaja," tegas beliau.

Fariz juga menyatakakan kekesalan beliau terhadap laman portal FMT dan sesetengah penulis blog yang dilihat cenderung ke arah menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan bahawa FMT dibiayai oleh jutawan Soh Chee Wen yang dilihat sebagai penggerak utama kempen Zaid untuk meraih jawatan timbalan presiden PKR.

"Kita melihat ini merupakan satu tindakan terdesak oleh pembiaya FMT yang sanggup mempergunakan media bagi menyerang parti dan kepimpinan parti dengan fakta yang menyimpang dan ianya bersifat murahan," jelas Fariz lagi. -tvs


Siapa pengganti pilihan Syed Husin?

Timbalan presiden PKR Syed Husin Ali berkata tempoh perkhidmatan yang lama di dalam parti sahaja tidak mencukupi untuk merebut jawatan yang bakal dikosongkannya itu.

Calon yang bertanding bagi jawatan itu sebaliknya perlulah teruji dalam persaingan dan juga berpegang teguh kepada dasar-dasar parti, katanya.

Beliau turut berharap agar tidak ada pemimpin yang akan keluar daripada parti selepas pemilihan kali ini.

"Saya harap tak adalah. Tapi ada juga misalnya yang mungkin keluar, atau mungkin tidak. Entah-entah dia hendak keluar sebab dia kalah, mana kita tahu.

"Tapi kalau ada calon keluar kerana kalah, itu menunjukkan lebih baik dia keluarlah. Ertinya dia tidak berpegang teguh kepada dasar parti," katanya ketika ditanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komentar yang disuarakan penyokong calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu setakat ini.

Antaranya, komentar daripada pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berhubung ikrar calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim untuk untuk memelihara kuasa presiden parti.

Nik Nazmi berkata, ikrar tersebut hanya satu gimik memandangkan Zaid masih berada dalam parti Umno dan belum menyertai PKR ketika jawatan ketua umum dibentuk untuk Anwar dalam kongres parti itu pada 2007.

Mengulas pandangan tersebut, Syed Husin berkata tuduhan-tuduhan seperti itu timbul disebabkan pemilihan yang berlangsung.

"Itu adalah hak orang untuk mengatakan. Kadang-kadang orang yang tak ada pada waktu itu mungkin dalam parti musuh jadi terutama sekali apabila ada persaingan akan timbul tuduh menuduh dan pandangan berbeza.

Azizah dibayangi

"Benda itu tak perlu, sama juga tak perlu misalnya orang mengatakan 'oh dia tak nafikan pun bila media mengatakan dia jadi ini, jadi itu,' macam-macam lagi.

"Padahal benda itu tidak betul... Jadi ini berlaku dalam pertandingan, ini timbul banyak semasa pemilihan," katanya lagi.

Syed Husin bagaimanapun mengakui bahawa presiden parti itu sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kelihatan seolah-olah dibayangi oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Memang dari segi politik Anwar lebih terkenal daripada yang lain termasuk presiden. Kadang-kadang media juga memberikan secara positif atau negatif, liputan yang luas. Jadi kelihatan seolah-olah dia lebih menyerlah (berbanding Wan Azizah). Dan ada kalanya dia memang lebih menyerlah.

"Misalnya dalam ceramah umum. Beliau seorang penceramah yang efektif, yang menarik dengan mudah saja dia boleh menyerlah berbanding sesiapa yang lain. Sebab itu dia merupakan tarikan kepada orang ramai dalam ceramah.

"(Tapi) mesyuarat parti sentiasa dipimpin oleh presiden parti. Kalau tak ada presiden parti, oleh timbalan," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau berkata persepsi bahawa PKR hanyalah perjuangan untuk Anwar adalah direka oleh media dan musuh tertentu kepada parti.

"Memang dulu bila Anwar ditahan, perjuangannya merupakan satu perjuangan penting yang (utama) waktu itu bagi membebaskan Anwar daripada tahanan.

"Tapi pada waktu itu, walaupun dia ditahan, parti tidak mati, tapi berkembang. Sekarang ini kita lihat bahawa Anwar (sebagai ketua umum). Tapi (ketika) membicarakan dalam kongres, atau dalam mesyuarat atau latihan parti, ia bukan lagi soal Anwar," katanya lagi.

'Jeneral Anwar'

Mengulas mengenai Azmin Ali yang dikatakan sebagai 'jeneral Anwar' dalam PKR, Syed Husin berkata Azmin tidak selalunya menyebelahi Anwar.

"Jika anda tengok dia dalam mesyuarat dengan parti, anda akan lihat bahawa dia ada kekuatan sendiri. Dan tidak benar, sejauh mana yang saya lihat, bahawa dia sentiasa (menyokong) Anwar atau dia sememangnya pengganti terpilih untuk Anwar," katanya lagi.


Ketika ditanya lanjut mengenai kriteria yang perlu bagi penggantinya di jawatan tersebut, Syed Husin berkata parti itu juga memerlukan seseorang yang berdisiplin dalam menjalankan fungsi organisasi.

"Jika dia dilantik ahli dalam satu jawatankuasa biro, dia perlu hadir mesyuarat dan bukannya membuat aduan tanpa menghadiri mesyuarat. Pertama sekali, dia perlu buat aduan melalui parti.

"Ini saya tujukan kepada semua anggota jawatankuasa, bukan seorang saja," katanya.

Tambahnya, persaingan di antara kumpulan dan anggota parti juga merupakan satu perkembangan sihat, tetapi ia menjadi sebaliknya apabila mereka meraih sokongan melalui media.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan media arus perdana dan juga di laman web yang "tidak mesra dengan parti" dan memburuk-burukkan PKR serta pemimpinnya.

"Kita selalu nasihatkan anggota kita, media perlu menjadi langkah terakhir (untuk suarakan pandangan). Semua media akan cuba mendapatkan berita (sensasi), tapi kita akan sentiasa maklumkan kepada kepada ahli kita supaya selesaikan (masalah mereka) di dalam parti terlebih dahulu," katanya lagi.

Syed Husin juga berharap, pemilihan parti kali ini tidak akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan anggota parti.

Katanya, pemilihan bukanlah sesuatu yang asing dalam parti itu dan anggotanya akan kembali bersatu selepas setiap kali pemilihan.

"Saya sangsi sekiranya akan berlaku perpecahan dalam parti. Hanya sebab seorang (pemimpin) bertanding melawan seorang lagi tidak akan wujudkan perpecahan," katanya lagi. -mk


Ulasan GB

Sebagai Timbalan Presiden yang akan melepaskan jawatannya, Syed Husin sepatutnya bertindak berkecuali di dalam ertikata mencontohi sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim. Namun awal-awal lagi Syed Husin telah memperlihatkan kecenderungannya untuk memihak kepada Azmin.

Di dalam apa-apa pemilihan, unsur demokrasi sepatutnya dihormati dan pemimpin atasan tidaklah wajar dilihat cuba mempengaruhi perwakilan untuk menentukan siapa yang sepatutnya dipilih.

Jika saya Syed Husin, saya akan jawab dengan pra-sangka baik, "Betulkah dia kata saya nyanyuk? Saya rasa itu tersalah lapor," atau "Di dalam persaingan macam-macam perkataan boleh keluar, kemungkinan beliau tersasul dan tiada niat menghina".

Seandainya pemimpin-pemimpin PKR tidak suka kepada Zaid, sepatutnya kemasukan Zaid dahulu tidak diterima atau tendang saja Zaid keluar daripada parti awal-awal lagi. Tidak perlu perburukkan beliau dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyerang beliau seperti "... kesetiaan Zaid diragui" dan seumpamanya.

Ingin saja saya menelefon Zaid sekarang ini, saya akan kata "Ok brother, ramai pemimpin PKR sudah tak suka anda, biarkan mereka, tinggalkan saja PKR kerana mereka tidak perlukan sumbangan kita lagi, mereka sudah ramai orang-orang lama era reformasi kononnya."

Akibat daripada tidak adanya penghormatan terhadap demokrasi di dalam pemilihan, wujud YB-YB bebal yang terang-terang membuat kenyataan menyokong Azmin sebelum ini. Ini kerja bodoh, ini kerja pemimpin bermentaliti rendah, kerja pemimpin "captive mind" atau "bebalisma".

"Bebalisma" satu istilah yang pernah dikemukakan oleh seorang lagi yang bernama Syed Hussein, iaitu Prof Syed Hussein Al-Attas.

"How do the fools and bebalisma act to stifle the growth of the intellectual spirit? The fools block the development of the public demand for intellectual labour. The intellectuals do not have access to the means of creating a public demand for the results of their labour." - dari buku beliau 'The intellectuals and developing socities'.

Pemimpin berfikiran terbuka dan pemimpin sejati adalah umpama sang bapa yang tidak pilih-kasih kepada anak-anaknya sekalipun ada anaknya yang mungkin nakal, malah OKU sekalipun.

Biarlah suasana pemilihan disuburkan dengan kebebasan perwakilan menentukan sendiri calon yang mereka mahu, bukan yang ditunjukkan oleh kumpulan tertentu.

Pertingkatkan intellektualisme untuk kukuhkan PKR supaya nantinya PR turut kukuh. Itu harapan GB.

Kalau nak berkecil hati, tentulah GB manusia yang paling awal dan telah lama berkecil hati dengan seluruh keluarga Anwar ini, kerana GB boleh mendabik dada bahawa GB adalah perintis perjuangan reformasi mempertahankan Anwar di alam siber ini.

Sekarang ramai yang dapat menuai apa yang kita semai, namun alhamdulillah, sedikit pun GB tidak terkilan malah terus berada di siber ini kerana GB yakin perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan perlu diteruskan tanpa memperdulikan samada kita diingati atau pun tidak. Manusia boleh pelupa (nisyan), tapi bukankah Dia tidak pernah lupa dan bukankah Dia itu Lebih Faham dan Maha Membalasi Segala-galanya? Semua dah besar panjang dan dah nampak sendiri.

Kembali ke kisah Zaid, jika beliau tinggalkan PKR, apa jadi? Menangis tak berlagu PKR. Tapi GB jadi susah. Susah sebab pertama, dia tak kenal GB, yang kedua nak fahamkan atau nak debatkan dasar Islam dengan beliau sebelum dapat memimpin tangan beliau ke rumah Tok Guru, samada ke Pulau Melaka ataupun ke Rusila, isi borang, almaklum kita kenal Zaid, seorang yang mendapat pendidikan vernakular, kemudian dibesarkan dalam lingkungan sekular pila... sama ler macam GB juga.

Tetapi ia tidak pula sesuatu yang mustahil. Ingat dulu GB ada ceritakan tentang, kisah Umar Al-Khattab yang menjadi musuh Islam yang amat nyata, sampaikan Rasulullah s.a.w. nak dibunuhnya, tetapi apabila menyertai saf Islam, beliau diangkat Allah sebagai salah seorang khalifah Islam yang ternama!

Jadi ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kutukan yang beliau dapat dari pimpinan PKR sendiri sekarang ini.

Jangan sampai ditempelak orang, belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat!

Penjelasan Suami Sosilawati

Tak terniat ambil kesempatan

“Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk mengambil kesempatan terhadap harta isteri dan keluarganya seperti tohmahan yang dilemparkan. Bagi saya, tiada lebih penting selain keharmonian keluarga dan anak-anak tiri saya,” kata suami Datuk Sosilawati Lawiya.

Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang masih enggan identitinya didedahkan berkata, dia kurang menonjolkan diri di sebalik kematian tragis isterinya kerana tidak mahu orang tersalah anggap dan menuduh dia ingin mengambil harta jutawan wanita itu.

“Maklumlah perkahwinan saya dengannya masih baru, jadi orang mudah berprasangka terhadap saya. Insya-Allah, wang yang saya ada cukup untuk saya,” katanya dalam temuramah dengan RTM dan Harian Metro di sini, semalam.

Lelaki itu berkata, dia bernikah dengan jutawan kosmetik berkenaan pada November tahun lalu dan jarang mencampuri urusan perniagaan isterinya yang dipanggil dengan panggilan Wati.

“Saya sudah mengenali Wati 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum berkahwin dengannya, malah perkahwinan kami atas dasar cinta dan bukan seperti digembar-gemburkan masyarakat iaitu kerana harta atau sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa isterinya pada 26 Ogos lalu ketika menghantar Wati menghadiri perbicaraan mahkamah pada hari berkenaan dan sepanjang Ramadan lalu hanya dua kali mereka berbuka puasa bersama.

Katanya, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah supaya mengimamkan solat Maghrib ketika pertemuan terakhir mereka.

“Itu permintaan terakhirnya kepada saya sebelum dia dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seterusnya disahkan mati akibat dibunuh secara kejam hampir dua minggu kemudian,” katanya yang berasal dari Indonesia, tetapi sudah mendapat status penduduk tetap negara ini.

Ketika ditanya mengenai perniagaannya, beliau yang berstatus duda beranak tiga sebelum berkahwin dengan Sosilawati berkata, dia terbabit perniagaan import dan eksport, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perniagaannya.

Beliau amat berharap orang ramai tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan ke atasnya dan menghormati privasinya serta pendiriannya untuk tidak mahu identitinya didedahkan.

“Sebelum ini, saya bukan mengelak daripada media, tapi saya risau soalan yang diajukan kepada saya akan mengganggu siasatan polis. Namun, saya kecewa apabila ada yang membuat tohmahan mengaitkan saya dengan kematian Wati.

“Untuk makluman, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan siasatan polis setakat ini membuktikan saya tidak terbabit kes ini,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia juga berpuas hati dengan siasatan polis dan memuji kemampuan polis melakukan siasatan dalam masa singkat sebelum menahan suspek.

Sosilawati dibunuh kejam bersama tiga lagi individu lain iaitu Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan, Noorhisham Mohamed, 38, ketika pergi ke Banting bagi tujuan pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Mereka dipercayai diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua peguam adik-beradik berusia 41 dan 38 tahun kerana disyaki terbabit pembunuhan itu. -hmetro

Imbas-kembali


Suami dengar suara cemas

KUALA LUMPUR: “Kau nak bawa aku ke mana ni?” Itu suara cemas Datuk Sosilawati Lawiya didengar kali terakhir suaminya melalui panggilan telefon yang dibuat jutawan kosmetik berkenaan sebelum ia terputus.

Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Indonesia mendengar Sosilawati mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Selepas panggilan telefon itu terputus, suami pengasas syarikat Nouvelle Visages (NV) itu cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati, namun gagal.

Sumber polis berkata, Sosilawati dipercayai cuba menghubungi suaminya yang berusia 40-an itu untuk meminta bantuan pada hari dia dilaporkan hilang.

“Difahamkan, dia turut menghantar SMS kepada anak sulungnya (Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25,) supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumahnya di Gombak, Selangor.

“Malah, mangsa sempat menghantar SMS kepada anaknya mendakwa dia percaya gambar dirinya diambil secara curi atas motif tertentu,” katanya.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan keluarga terdekat Sosilawati selain isteri peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan isteri pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, yang didapati hilang bersama jutawan terbabit pada 30 Ogos lalu.

“Berdasarkan siasatan, Sosilawati pernah beberapa kali pergi ke Banting, Selangor, untuk bertemu seorang peguam yang menguruskan soal jual beli tanah milik mangsa.

“Difahamkan, peguam warga tempatan itu pernah dilihat rakan karib Sosilawati bertemu peguam berkenaan. Malah, Sosilawati didakwa turut pernah mengambil beberapa cek daripada peguam berkenaan,” katanya.

Difahamkan, Sosilawati kali terakhir bertemu peguam berkenaan bagi menguruskan penjualan tanahnya di Pulau Pinang membabitkan nilai jutaan ringgit pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, Erni Dekritawati menafikan keluarganya menawarkan sebarang wang tebusan bagi tujuan membebaskan ibunya daripada pihak yang melarikan mangsa bersama tiga individu lain.

Menurutnya, maklumat itu tidak tepat dan boleh memburukkan keadaan.

“Tiada sebarang tawaran wang tebusan disediakan dan kami meletakkan semua harapan kepada polis bagi menyiasat kes ini. Saya yakin polis melakukan segala yang boleh bagi menyelesaikan kes ini.

“Kami adik-beradik terus berdoa supaya emak selamat dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian jam 6 petang, 30 Ogos lalu, Sosilawati dilaporkan hilang selepas keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, dipercayai hendak ke Banting, bagi menemui peguam di sana.

Bagaimanapun, Sosilawati yang menaiki dua kenderaan berasingan bersama tiga individu lain yang mempunyai kaitan dengan perniagaannya dilaporkan lesap sebelum anak mangsa membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Dang Wangi di sini, Khamis lalu selepas ibunya tidak pulang ke rumah. -hmetro


Kes Rosmah "Bini Puaka" : Hakim Arahkan Kesemua Mahasiswa Dibebaskan

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.

Katanya lagi, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api serta kesan kerosakan daripada bahan api berkenaan.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan tersebut.

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan api yang digunakan ke atas permaidani merah berkenaan adalah bahan petrol.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana. -mk

Ahmmedinejad Dedahkan Amerika Dalangi Tragedi 11 September

Presiden Iran dakwa Amerika ‘dalangi’ serangan 11 Sept, diplomat PBB pulau ucapan

Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula minggu ini.

Perwakilan Amerika mengeluarkan respons ini dengan berkata: “Berbanding mewakili aspirasi dan semangat muhibah rakyat Iran, Encik Mahmoud sekali lagi memilih untuk membangkitkan teori-teori konspirasi dan kecaman anti-Semitik.” -TMI

Imbas kembali


"Mengimbas kembali kejadian yang berlaku ke atas serangan mengejut bangunan (WTC) banyak teori dan pendapat berbeza diketengahkan oleh segelintir pihak. Lebih kurang 3, 000 orang dianggarkan mati semasa kejadian itu berlaku. Pesawat American Airlines Penerbangan 11 (melanggar arah utara), Pesawat United Airlines Penerbangan 175 (arah selatan), Pesawat American Airlines Penerbangan 77 (menyerang Pentagon) dan Pesawat United Airlines Penerbangan 93 (kearah tanah). Semua pesawat ini dikatakan telah dirampas oleh para pengganas terutama al-Qaida. Benarkah tuduhan ini atau ada dalang disebaliknya ?Mari kita fikirkan sejenak dan lihat pada gambar yang telah sempat dirakamkan.

Kerajaan di bawah pimpinan Presiden George Walker Bush (Amerika Syarikat) menyalahkan al-Qaida di bawah pimpinan Osama Laden. Sehinggakan (AS) menyeru agar Afganistan menyerahkan Osama Laden untuk dibicarakan. Malah (AS) turut menyerang dan menzalimi rakyat Afganistan. Namun ramai penunjuk perasaan anti-AS dan hak asasi kemanusiaan menentang sepenuhnya tindakan (AS) yang menuduh tanpa sebarang bukti kukuh.

Malah teori Bush juga yang mengatakan bahawa pengganas yang menyerang (WTC) itu adalah di bawah pimpinan al-Qaida telah disangkal dan tidak dipersetujui oleh beberapa pihak di bawah pentadbirannya. Menurut kajian, walaupun ada bukti yang mengatakan terdapat beberapa nama Arab di dalam pesawat itu, namun nama-nama itu ternyata masih hidup. Salah satunya , Waleed al-Shehri, yang dicurigai FBI, saat itu beliau ada di Maroko. Bahkan ada yang telah meninggal beberapa tahun setelah serangan itu.

Selain itu salah seorang mangsa yang terselamat iaitu William Rodriquez yang membuat lawatan ke Malaysia baru-baru ini untuk memberi penerangan mengenai di sebalik kejadian tersebut. Beliau menegaskan dengan semangat keberanian bahawa kejadian yang berlaku itu adalah bukan angkara sebenar pengganas Islam. Sebaliknya dia melahirkan keyakinan bahawa peristiwa tersebut sebenarnya telah dirancang dan didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tinggal di negara Amerika Syarikat (AS).

Lagipun amat sukar dipercayai sekali (AS) menuduh pergerakan Islam. Ini kerana, menurut pengalamannya, semasa berlakunya tragedi tersebut, terdapat letupan terlebih dahulu di tingkat bawah bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York sebelum dirempuh oleh pesawat itu. Malah menurut beliau yang berada disitu, pada masa itu bahagian bawah bangunan (WTC) juga dalam keadaan kosong serta lengang dan ia seolah-olah telah dirancang terlebih dahulu.

Malah beliau juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam penyiasatan pihak-pihak berkuasa (AS) mengenai kejadian tersebut. Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan (AS) mengenakan tindakan ketenteraan terhadap negara-negara Islam yang disyaki mempunyai kaitan dengan peristiwa itu.

Selain itu terdapat juga beberapa pihak yang dicurigai sebagai dalang di sebalik serangan ke atas (WTC). Antaranya, serangan itu dilakukan oleh bangsa Israel, menerusi laporan time. com, dari sekitar 6000 yang menjadi mangsa, hanya beberapa sahaja orang Yahudi. Padahal dalam kajian seramai 4000 orang Yahudi berada dan bekerja di dalam bangunan itu. Sebelum kejadian itu, kononnya orang-orang Yahudi telah diberi nasihat dan larangan agar tidak mendekati serta masuk ke dalam (WTC) pada hari itu. Malah menurut pengamatan salah seorang pakar Kabakln, Zaini Anshar Maulani (1939-2005), kemungkinan teori ini adalah benar. Menurut beliau, selama ini pun Israel sering memanfaatkan dan memprovokasi beberapa orang Arab fanatik untuk melakukan serangan bunuh diri itu.


Suspek Minta Tebusan RM1j Dari Usha

Isteri saudagar permata dari Chennai, India, mendiang Allal Kathan Muthu Raja, 34, akan menyerahkan bukti perbualan telefon antaranya dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, selain seorang lelaki yang mendakwa pegawai polis kepada Bukit Aman, hari ini.

Rakaman perbualan telefon antara S Usharani, 24, dengan suspek dan lelaki misteri yang mendakwa dirinya polis berpangkat Asisten Superintendan yang meminta RM1 juta bagi pembebasan suaminya dibuat pada 28 Januari dan 23 Februari lalu.

Usharani ketika ditemui di pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikawasagan mendakwa, perbualannya dengan suspek berlaku kira-kira dua minit sebelum panggilan terputus.

“Saya akan serahkan esok kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman. Sehingga ini, saya tidak percaya suami saya sudah mati, walaupun polis sudah sahkan,” katanya.

Pada sidang media itu, dia memperdengarkan perbualan kira-kira dua minit antaranya dengan suspek utama serta perbualan dengan seorang lelaki yang mendakwa polis yang meminta wang untuk penyelesaian kerana suaminya ditahan di balai polis atas kesalahan dadah.

Usharani mendakwa, selepas kehilangan suaminya pada Januari lalu, dia cuba menghubungi peguam dan ahli keluarganya tapi gagal, selain nombor telefon dimatikan.

“Selepas bercakap dengannya, dia mendakwa tidak pernah berjumpa dengan suami saya dan tak tahu dia di mana.

“Saya keliru dengan apa yang diberitahunya kerana pada kira-kira jam 10 malam, 18 Januari lalu, sejurus suami tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dia mengatakan dijemput lelaki itu dan adiknya serta menuju ke Banting.

“Tapi pada keesokannya, saya cuba menghubunginya tetapi gagal sebelum membuat pengaduan di Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia,” katanya menambah turut meminta bantuan daripada Interpol berhubung kehilangan suaminya.

Beliau bersama beberapa peguam sekali lagi ke Banting meninjau kawasan itu sebelum pulang ke India, Ahad ini.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kehilangan Allal Kathan Muthu Raja disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bukan sebagai kes orang hilang.

Menurutnya, polis percaya lelaki itu menjadi mangsa pembunuhan yang kemungkinan dilakukan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya.

“Berdasarkan pengakuan isteri mangsa, saya mengesahkan mangsa dibunuh. Ia hasil daripada petunjuk dan keterangan dikumpul,” katanya.

Allal Kathan Muthu Raja mempunyai perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dipercayai menjalinkan hubungan perniagaan dengan suspek serta adiknya sejak 10 tahun lalu dan suspek beberapa kali menemui mangsa di India.

I'da World Gagal Jelaskan Kompaun RM20 Ribu Kepada SSM

Sebuah akhbar tempatan melaporkan dua pengarah syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd yang mencetuskan kontroversi kerana menyumbang RM4 bilion kepada Pas Kelantan baru-baru ini sedang berhadapan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini kerana, menurut akhbar tersebut, kedua-dua pengarah itu dan syarikat mereka gagal menjelaskan kompaun yang dikenakan SSM yang kesemuanya berjumlah RM20,400 pada April lalu kerana melanggar peraturan di bawah Akta Syarikat 1965.

Kesalahan yang dilakukan syarikat yang didaftarkan di SSM pada 3 April 2007 itu adalah gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan gagal menghantar penyata laporan tahunan dan untung rugi syarikat itu.

Jurucakap SSM berkata, dua pengarah I'DA World Group dan syarikat mereka masing-masing telah diberikan notis kompaun tersebut pada April lalu.

"Mereka diberi masa sebulan selepas menerima notis tersebut untuk menjelaskan kompaun itu namun sehingga kini ia masih belum dilakukan.

"Jadi SSM sedang melaksanakan proses untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Syarikat terhadap pengarah dan syarikat itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

I'DA World Group sebelum ini mendakwa sumbangan RM4 bilion kepada Pas Kelantan itu bertujuan membangun dan menambah baik infrastruktur di sempadan Rantau Panjang, Kelantan.

Bagaimanapun, sumbangan tersebut menimbulkan keraguan banyak pihak termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaku tidak tahu-menahu mengenai sumbangan itu kepada pihaknya.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan dakwaan syarikat itu yang mengumumkan pemberian sumbangan peribadi kepada Pas Kelantan sebagai mengarut.


Dalam pada itu, jurucakap SSM itu berkata, dua pegawai agensi itu ada membuat lawatan ke pejabat I'DA World Group di Kelana Jaya hari ini bagi membuat pemeriksaan lanjut terhadap syarikat itu.

"Syarikat itu memang wujud dan berdaftar dengan SSM. Namun soal mereka memberi sumbangan RM4 bilion kepada mana-mana pihak bukan terletak pada bidang kuasa SSM," katanya.

Suspek Bakal Terlepas? Tidak Mengaku Membunuh

Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah.

"Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis.

"Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu.

Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting.

Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut. -TVS

Ulasan GB

Apakah kes perbicaraan Altantuya akan berulang dimana hanya 2 kambing hitam dihukum (itupun belum dilaksanakan) sedangkan perancang sebenar pembunuhan terlepas?

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis. -mk





Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. Dengan Pemimpin Umno

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi syarikat Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat penipu ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ni..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan dengan syarikat ini..

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul bila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara...fikir2kan... -priamalaya











Ini Baru Betul Nyanyuk, Bukan Nyanyu

Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN

Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.

Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir (gambar) pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.

“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi. -TMI

Comments (18)
Sort by: Date Rating Last Activity

bersihCEKAPamanah · 2 hours ago
apa salahnya jika PERDANA MENTERI itu seseorang yang berwibawa, amanah, bersih dalam amalan, menyatukan semua orang Malaysia & juga dihormati rakyat jelata & juga luar negara.

Sifat2 sebegini yang kita mahu, bukannya PERDANA MENTERI yang boneka, rasis, korup, menggunakan nama Islam tak tentu pasal, gunakan Melayu untuk cetuskan perkauman, kroni - knroni sahaja...

small fry · 2 hours ago
org ini nyanyuk ke nyanyu?

Mohanan Perumal · 2 hours ago
Selagi BN berkuasa, Kaum China dan India hanya boleh hidup sebagai hamba abdi kepada orang UMNO. Kalau itulah yang China dan India mahu teruskan sokongan pada UMNO. Gunakan fikiran sendiri, sebelum dan selepas pilihan raya Umum ke 12, masyarakat china dan lndia dihormati sebagai manusia oleh UMNO. Pernakah dalam mimpi orang MIC, seorang India boleh jadi Speakar DUN Perak? Pernakah dalam mimpi orang MIC seorang India boleh jadi Timbalan Ketua Menteri Penang?
Kalau masih mahu menjadi hamba UMNO dan dapatkan sagu hati untuk tampal poster BN, teruskan sokongan pada UMNO. Itulah yang Mahathir mahu, sedar orang MCA dan MIC, selama dia jadi PM, dia tungkus lumus untuk habuskan kaum china dan lndia. Kamu ini kesal atau tidak beri sokongan pada dia?

Just a Man · 2 hours ago
Kalau PR ambil alih menubuh kerajaan, saya nampak ada banyak company UMNO akan jatuh dan bankrupt sedangkan mereka ni cuma orang tengah untuk dapatkan project dan jual kepada orang lain dan mendapat komisen.

BN berkuasa maksud UMNO berkuasa kerana semua komponen parti adalah cacat dan tidak ada hak untuk menentukan hala tuju negara kerana semua keputusan dibuat dalam UMNO. Kabinet ni pun cuma bayang saje.
Cuma tengok sendiri, sendiri plan pembangunan dan sendiri luluskan peruntukkan. TIdak ada siapa yang ada "GUTS" untuk menegur, cuma setuju apa yang PM cakap. Kalau PM suruh mereka mati, ingat mereka pun boleh ikut kot?

Pak Mat Tempe · 2 hours ago
Sebenarnya Dr M amat bimbang sekiranya UMNO (Baru - yang ditubuhkan olehnya) kehilangan kuasa memerintah negara ini kerana ia pasti akan menjejaskan kedudukan beliau serta anak-anaknya untuk terus menguasai ekonomi dan politik malah yang lebih ditakuti kedudukan mahkamah tidak lagi menjadi pelindung kepada dirinya. Untuk menyelamatkan keadaan beliau akan terus mendendangkan lagu perkauman yang semakin basi ini dengan menakut-nakutkan orang Melayu dengan berbagai dakyah karutnya.

1 · active less than 1 minute ago

Taqbit 3X · 48 minutes ago
Buat masa ni Pakatan Tak Layak perintah Malaysia lagi..... Sebab calun PM dia DSAI. kalau orang lain mungkin kot........

aries 116p · 2 hours ago
// “Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina. //

Tun Dr Mahathir is trying to hoodwink us again and again through such UNSUBSTANTIATED and FALSELY premised statements. It seems telling and spinning lies and half-truths is his forte in frightening the Malays that indeed the Chinese are trying to take over the country.

The other favorite bogeyman, after LKY of Singapore, is "Malay losing their power". Tun certainly has this uncanny ability in creating fears in the Malays, but which also sadly made them afraid of their own shadows. No wonder our Malay friends cannot move beyond their limited space which hinders their progress and development and competitiveness. Tun and his ilk are certainly very successful in this department.

// Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen. //

See the contradictory reasoning of Tun in the above statement?

He said the PM post is OPEN TO ALL. If so why make a fuss of it at all? If, according to Dr M, anybody who receives support in parliament is eligible to be PM, why contest that issue? On one hand he argues that anyone can be PM, but on the other he DOES NOT LIKE A NON-MALAY TO BE ONE.

He is indeed nyanyuk.

shahrja · 2 hours ago
Cerita lama.... lagu lama... UMNO hilang kuasa...... mereka hilang harta.... itu saja... Hidup PR...teruskan perjuangan rakyat

mat · 1 hour ago
Mimpi ngeri mahathir kalau PR berkuasa. Ini bermakna Anwar Ibarhim akan jadi PM...Inilah agaknya yg paling ditakuti olih mahathir.

lee · 1 hour ago
Orang tua itu jugak bimbang akan dihalau ke zimbabwee. Sebenarnya dia takut bayang-bayang sendiri. Dia dah nyanyuk butul

bumisan · 1 hour ago
Sudahlah....tak payah nak menghasut orang Melayu pulak, selama ini pun BN dah kaut banyak dah,...malah bukan membantu pun ......mengapa masih membenci sesama melayu, kalau bukan kerana kuasa??Kisah pemecatan si dia dah lama dah pun masih rasa iri hati....
sudah-sudah laa...rakyat dah tahu memilih siapa yg lebih berhak memerintah lepas pilihanraya nanti!!!.....

aries 116p · 1 hour ago
// “Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina. //

Tun Dr Mahathir is trying to hoodwink us again and again through such UNSUBSTANTIATED and FALSELY premised statements. It seems telling and spinning lies and half-truths is his forte in frightening the Malays that indeed the Chinese are trying to take over the country.

The other favorite bogeyman, after LKY of Singapore, is "Malay losing their power". Tun certainly has this uncanny ability in creating fears in the Malays, but which also sadly made them afraid of their own shadows. No wonder our Malay friends cannot move beyond their limited space which hinders their progress and development and competitiveness. Tun and his ilk are certainly very successful in this department.

// Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen. //

See the contradictory reasoning of Tun in the above statement?

He said the PM post is OPEN TO ALL. If so why make a fuss of it at all? If, according to Dr M, anybody who receives support in parliament is eligible to be PM, why contest that issue? On one hand he argues that anyone can be PM, but on the other he DOES NOT LIKE A NON-MALAY TO BE ONE. Which makes Dr M a racist and going against the very spirit of Parliamentary Democracy!

He is indeed nyanyuk.

nasir · 1 hour ago
malang sangat bagi orang2 melayu yang terlalu ramai bijak-pandainya tetapi tidak mahu memikir secara jujur-ikhlas melalui teladan yang disebut.mungkin sudah terjadi barulah sedar,mungkin masa itu,dah tenggelam gara-gara konsep 'sama rata,sama rasa' mengikut gendang yang dipalu bangsa lain.melayu lah ligat menari nya terutama pas dan melayu pkr,semuanya melayu yang hebat-hebat.

Me layu · 1 hour ago
Kita ditakutkan dengan kehilangan kuasa melayu, tetapi adakah kita lupa bahawa ketua menteri pulau pinang selama ini orang cina. Kita lihat ketua menteri orang cina lebih banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa melayu dari daripada menteri besar dari bangsa melayu yang hanya mementingkan diri sendiri serta sekelumpok orang melayu dari parti sendiri. Kalaulah perdana menteri dari bangsa lain dapat meningkatkan pembangunan bangsa melayu secara keseluruhan, ia tentunya lebih baik daripada perdana menteri melayu yang telah memerintah selama lebih 50 tahun tetapi bangsa melayu masih mundur secara keseluruhannya.

mat hadi anwar · 1 hour ago
Timbalan KEtua Menteri Penang Bagi Kaum India sekarang buat apa untuk tolong orang India ? Contohnya Kampung Buah Pala ? Cerita skit ? Kolej MAHSA bawah MIC ,siapa hamba abdi ? Maxis taukehnya India ? Siapa hamba abdi ? Kari BABAS,siapa taukeh nya ? Orang Melayu ke ? UMNO ke ? Karpal Singh & Co , siapa taukehnya ? UMNO juga ke ?

kancilcerdik 51p · 1 hour ago
Tun,saya hormati anda sbg pemimpin berjasa tapi cubalah Tun bawa idea yg berwawasan sikit. Asyik mengulangi isu yg dah 'expired' tentu tak berbaloi dgn otak Tun yg bergeliga itu.....

Nyanyuk · 41 minutes ago
Kenapa kita mesti memperjuangkan kepengtingan orang Melayu, Cina atau India? Kita perlu menjuangkan untuk masa hadapan negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan bukan satu satu kaum saje.

Janganlah berfikiran sempit. Sebenarnya, Dr M merupakan PM yang paling suka cetuskan perkara berunsur perkauman di negara ini. Tiada satu PM di sejarah Malaysia yang berfikiran sempit seperti Dr.M.

leeandy73 · 26 minutes ago
Org tua ni takut kalau BN kalah, mampus la anak-anak dia ni, tapi betul ka org tua ni Melayu? Awat selalu nak ajakkan Melayu fikiran-fikiran yg boloh ni...

Ulasan GB

Siapa yang telah mencabut kuasa raja-raja Melayu? Siapa yang telah memecat hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara? DIa memang telah nyanyuk dan pelupa.

Semuga roh anda boleh disemadikan dengan tenang nanti.