18 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Parti Poitik Perkauman Tiada Masa Depan - Chua

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata masyarakat Cina di Malaysia yang mengamalkan politik satu kaum tidak mempunyai masa depan dinegara ini.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," kata Chua.

"Saya mencari- cari parti yang berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.


Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan penyertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu. -TVA



Mengapa saya tinggalkan BN?
Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?


Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenanjung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu. - Malaysiakini



Era Najib Altatuya : Gantung Tugas Pegawai Penyiasat SPRM Serta Merta

Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam kelmarin, demikian lapor MSTAR.

Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi tadi bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:

"Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan."

Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.

"Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan," kata beliau.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.

Sehingga semalam pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Kelmarin, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.

Kematiann Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

GANTUNG TUGAS

Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.

"Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.

"Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik," kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.

Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.



Era Najib Altantuya : Kerajaan Selangor Lantik Patologi Thai Siasat Kematian Teoh

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan akan melantik ahli patologi dari negeri Thailand untuk melakukan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock yang yang ditemui mati, yang dikatakan jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang kelmarin.

"Kita pada mulanya mencari pakar patologi di Lembah Kelang. Saya berhubung dengan Hospital Sains di Subang tetapi malangnya kumpulan patologi itu telah diambil oleh pihak polis untuk menjadi sebahagian dari pasukan yang mengkaji selidik tentang keadaan mayat," kata Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.



Era Najib Altantuya : Saksi Siasatan Buat Aduan Polis

Berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya sewaktu disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis, Tan dan peguam beliau N. Surendran memberikan beberapa kenyataan kepada pihak media.

Tan juga turut menceritakan bagaimana SPRM mahu beliau membuat pengakuan palsu menyalahgunakan wang peruntukan yang diberikan kerajaan negeri.

Sewaktu berada dalam tahanan Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' iaitu pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, beberapa kali beliau diancam dengan keganasan fizikal, malah ada pegawai SPRM yang telah menuding ke dahinya dan berkata ingin memukul beliau sekiranya tidak bercakap benar.

Malah kelemahannya bercakap Bahasa Melayu turut menjadi bahan untuk mempersendakannya.

Beliau juga telah dilabel dengan perkataan-perkataan kesat oleh pegawai SPRM yang menjalankan penyiasatan ketika itu.

Apa yang lebih teruk katanya, mereka juga turut melakukan ancaman yang bersifat penderaan mental apabila mengugut akan melibatkan keluarga Tan jika beliau enggan bercakap benar.

Sementara itu, N. Surendran berkata, pihaknya sedang mengumpulkan beberapa butiran sebelum menfailkan saman kepada kepada SPRM dan kerajaan Malaysia kerana telah menggunakan cara yang salah dalam melakukan soal siasat dan melakukan penderaan mental kepada anak guamnya.

Beliau dalam kenyataannya kepada media menegaskan, teknik soal siasat dan penderaan mental yang diambil oleh SPRM sama sekali tidak melambangkan sikap profesionalisma dalam menjalankan tugas demi membanteras rasuah di negara ini.

Dalam pada itu, beliau menambah jika beginilah cara yang diterima oleh Tan, apakah agaknya layanan yang telah diterima oleh setiausaha politik exco kerajaan Selangor, mendiang Teoh Beng Hock yang telah disoal siasat pada hari yang sama dengan Tan.

Turut hadir bersama Tan untuk ketika membuat laporan polis ialah ADUN Kinrara, Teresa Kok, Exco Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Ronnie menambah, pihaknya masih meminta pihak SPRM dan polis untuk menyerahkan telefon bimbit milik mendiang Teoh yang masih belum dipulangkan.

Beliau menambah telefon bimbit tersebut begitu penting untuk membantu kes penyiasatan kematian mengejut setiausaha politik itu. Walaupun pihak polis dan SPRM menidakkan telefon tersebut berada dalam simpanan mereka, namun Ronnie enggan mempercayainya.

Menurut SPRM, Teoh dipanggil pada jam 6 petang 15 Julai dan disoalsiasat sehingga 3.45 pagi. SPRM berkata Teo bagaimanapun enggan balik dan mahu berehat melepaskan lelah di SPRM. Mayatnya ditemui mati jam 1.30 tengahari di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam.


Nizar : Kematian Beng Hock Satu Titik Hitam

Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kematian Teo Beng Hock, 30, sebagai titik hitam yang menimbulkan banyak tanda tanya kepada pelbagai pihak terutama dalam kalangan pemimpin politik.

"Ini adalah kejadian sama seperti yang berlaku kepada A Kugan. Saya sedih dan protes dengan kejadian ini. Saya desak agar siasatan menyeluruh dilakukan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian ini," katanya pada sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng dan lebih 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR).

Bagi, Koo Ham, pihaknya (PR) akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara untuk memperingati mendiang.

"PR menggesa supaya siasatan menyeluruh dilakukan untuk memastikan adakah dadah digunakan ke atas mangsa.

"Beliau adalah saksi, bukan yang kena tuduh. Kenapa beliau boleh disoal siasat sehingga tengah malam. SPRM tidak boleh melakukan siasatan dan serbuan dengan hanya aduan tanpa bukti kukuh," katanya.

Lebih menghairankan, katanya, ADUN PR Perak pernah membuat laporan berhubung banyak isu dengan buktinya sekali, tetapi masih tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kini membuktikan SPRM mengamalkan pilih kasih dalam melakukan siasatan.

Satu majlis menyalakan lilin akan diadakan di beberapa kawasan bermula semalam, di Sungai Siput dan hari ini di Bidor serta di hadapan bangunan SPRM Perak. -SH

Bonus Manek Urai Utk BN Hancur Lebur Selepas Kematian Teoh

Banyak pihak menyifatkan tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock, yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam teah melnghancurkan terus kredibiliti UMNO/BN sekalipun hanya beberapa hari sebelumnya mereka berpesta seakan menyambut kemenangan dengan kekalahan tipis di pilihanraya keci Manek Urai.

Sebaik saja pilihanraya kecil Manek Urai berakhir, dengan sombong dan angkuh dari pemimpin paling tinggi sehingga ahli UMNO di jalanan, mereka bersorak seolah-olah mereka yang menang di dalam pilihanraya itu.

Kata mereka, gelombang biru telah kembali ke Kelantan, rakyat seluruh negara telah menyokong BN, Pakatan Rakyat sedang hadapi zaman malap, Pakatan Rakyat bakal musnah dan seumpamanya.

Tetapi selepas berita kematian seorang pembantu exco Selangor ditemui mati selepas menjalani proses siasatan di pejabat SPRM Selangor, Pakatan Rakyat tiba-tiba dikurniakan satu kekuatan ajaib untuk bersatu hati dan bersuara dengan nada yang serentak menuntut supaya kezaliman UMNO BN dihentikan.

Apa tah lagi, siri-siri siasatan SPRM menunjukkan adanya siasatan terpilih bagi melaksanakan satu agenda BN/UMNO untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat istimewanya Selangor.

Diperburukkan pula dengan tindakan ganas polis dan unit FRU yang bertindak seperti binatang untuk meleraikan perhimpunan rakyat di bangunan SPRM semalam dengan menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kredibiliti UMNO/BN berserta keredibiliti media arus perdana termasuk agensi berita nasional BERNAMA sejak awal menjadi pemutar belit kebenaran tercampak ke tong najis dengan kisah misteri kematian Teoh.

Lebih menghinakan apabila kerajaan BN baru saja mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam yang mencerut leher rakyat miskin, diumumkan kenaikan itu setelah Dewan Rakyat tamat persidangan untuk tidak membolehkan parlimen mempersoalkan kenaikan tersebut dan juga selepas pilihanraya Manek Urai untuk menipu rakyat Manek Urai suapay memberi sokongan kepada BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Dan hari ini BN menerima tamparan hebat apabila bekas Naib Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat sementara Timbalan Presiden MCA pula Chua Soi Lek dihadapkan ke lembaga disiplin parti MCA untuk perbicaraan kes pita video lucah yang terpendam sekian lama.

Tidak cukup dengan itu, tindakan berani Pemuda Gerakan yang secara terbuka menyatakan sokongan serta akan turut serta dalam himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos depan jelas merupakan tamparan lagi kepada BN. Ini dilengkapkan dengan kenyataan pemimpin Gerakan sendiri Datuk Koh Tsu Koon yang turut mengesyorkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh.

Apa yang berlaku di dalam MIC pula sudah menjadi satu legenda. Masyarakat India telah pun menolak secara total parti MIC yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan di dalam BN.

Dengan senario yang ada, tetiba UMNO BN yang semalamnya riang dan garang selepas Manek Urai menjadi kecut semula. Berlakulah pilihanraya esok, lusa atau bila-bila masa selepas ini, BN yang angkuh, zalim dan sombong itu pasti kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan akan segera menemui lubang kuburnya!


Era Najib Altantuya : SAH! CHUA JUI MENG PKR

SAH seperti yang kami telah laporkan sebelum ini sekalipun dinafikan oleh media arus perdana bahawa bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telahpun membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," katanya lagi.

Era Najib Altantuya : Kes Teoh, Akhirnya Polis Akui Belum Ketepi Teori Perbuatan Khianat

Kerajaan akan meneliti cadangan pelbagai pihak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan bebas kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Sementara itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan kredibiliti Najib akan musnah dan peningkatan sokongan yang diperolehinya dari 45% ke 65% sebaik sebelum hari 100 pemerintahannya akan turun mendadak jika kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM di Shah Alam kelmarin.

Dalam satu perkembangan berkaitan pihak polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.


Pasca Manek Urai : PAS Sedia Hadapi Kiraan Semula

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan pengiraan semula undi sekiranya UMNO tidak berpuas hati dengan majoriti tipis yang dimenangi Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai lalu.

Abdul Fatah berkata, Pas tidak takut dengan ugutan sesetengah pemimpin UMNO yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memihak kepada calon BN dalam pilihan raya itu.

“Kita (Pas) bersedia hadapi sebarang tindakan jika UMNO mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil itu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan pengiraan undi pilihan raya kecil di Manek Urai Selasa lalu.

Media semalam menyebut kononnya ada desas desus wujud keraguan pada keputusan pengiraan undi di peti Undi di Manek Urai Lama yang dikatakan BN menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh SPR.

Keputusan itu didakwa memberikan kesan besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi.

Abdul Fatah berkata, Pas tidak takut risiko yang bakal diterimanya sehingga dibawa ke mahkamah, jika keputusan yang diumumkan SPR itu menjadi pertikaian pihak yang tidak berpuas hati dan meragui kesahihannya.

Semalam Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dilaporkan berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh UMNO Kelantan dan mesti dibincangkan dengan penasihat undang-undang parti sebelum dibawa ke mahkamah.

Mengulas mengenai perkara itu Abdul Fatah berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri.

“Saya rasa kenyataan Wan Zaid itu mungkin untuk menutup kelemahannya yang sebelum ini didakwa tidak memberi sokongan terhadap calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

“Pada saya, itu adalah taktik yang biasa digunakan oleh pemimpin UMNO apabila berhadapan dengan keadaan itu,” katanya.

Era Najib Altantuya : Komplot SPRM dan BN Untuk Rampas Selangor

Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak, ”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?” Jawapannya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya… dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah.. tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan.. namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.

Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.

Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.

SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya… bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional. SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan… SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta… apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Dan sebahagian daripada pemimpin Pas termakan dengan perancangan Najib ini. Kalaulah perancangan Hj. Hadi dan Ust. Nasha untuk mengadakan UG dengan Umno ini diterima dalam Muktamar Pas yang lalu, Selangor sudah lama jatuh ketangan Umno.

1 Julai 2009 merupakan tarikh yang dinantikan oleh perampas-perampas kuasa UBN. Tarikh tersebut ialah tarikh Anwar akan dibicarakan. Pendakwa akan memohon supaya jaminan yang diberikan terhadap Anwar ditarik balik dan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh. Untuk mengimbangi impak yang akan berlaku akibat dari peristiwa ini, SPRM juga akan menahan seorang bekas Timbalan Menteri dari BN dan juga… Tan Sri Khalid.

Pakatan Rakyat akan kehilangan ketua, Selangor juga akan kehilangan ketua. Dan pada masa itu, Najib akan bertindak. Apakah yang akan berlaku sekiranya Muktamar Pas bersetuju dengan UG?

Anwar dipenjara Sungai Buloh, Hj. Hadi sudah bersedia dengan UG dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kit Siang?

Beberapa ADUN dari PKR dan PAS sudah boleh dibeli dan Selangor akan menjadi model Kerajaan Perpaduan, dimana ia akan di kuasai oleh Umno tetapi Menteri Besar dari Pas. Begitulah mulianya Umno… sanggup menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Pas. Dan ulama-ulama dari Pas akan mengeluarkan nas-nas dan hadis bagi menghalalkan rampasan kuasa itu. Demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP semuanya korup dan tidak bermoral, maka lebih mulia untuk bersekongkol dengan Umno.

Itu sebabnya mengapa Nik Aziz bermatian mempertahankan Pakatan Rakyat. Malah sanggup ‘menghalau Timbalan Presiden Pas’ sekiranya masih mahu meneruskan usaha Kerajaan Perpaduan.

Mengapa SPRM tidak berminat untuk mencari kesalahan pemimpin Pas? Ataupun adakah kerana memang tidak ada pemimpin Pas yang korup?

Kalau dibandingkan dengan kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid, apa yang berlaku di Kedah lagi teruk. Tapi SPRM tidak berbuat apa-apa. Biaq pi la. Kerana Umno masih mengharap Ust. Azizan akan bersama mereka satu hari nanti. Pernahkah Ustaz Azizan mengkritik UG? Malah beliau ‘menasihati’ Nik Aziz pula!.

Lupakanlah Kerajaan Perpaduan. Lupakan lah niat untuk berbaik dengan Umno.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati… Bala dah hilang… Kugan mati dalam lokap… Raja Petra juga hilang… Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.

Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM. - MSK

Era Najib Altantuya : SPRM Wakil UMNO BN Mahu Rampas Selangor?

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.



Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.


Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP



Era Najib Altantuya : Teoh Jatuh, Lompat atau....



1. Seluar koyak di bahagian ponggong. Camne leh koyak tang situ jer.
2. Kasut elok jer
3. Camne ada bata pecah dua. Satu ataih badan, satu ataih lantai. Herannya ngape pecah dua jer.
4. Takdepun kesan atau percikan darah pada muka atau atas lantai
5. Mayat tak bersepaipun sedangkan mendiang jatuh dari tingkat 14 ke tingkat 5.
6. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
7. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
8. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai. Pandai ngelak. Kalo kena betui-betui tang bidai ... - dango mamamat

Serangan Bom Di Jakarta

Serangan bom di dua hotel mewah di sini, pagi semalam, dipercayai dilakukan pengebom berani mati yang meletupkan diri ketika penginap sedang menikmati sarapan menyebabkan sembilan orang terbunuh dan mencederakan lebih 50 yang lain.

Berikutan serangan berkenaan, polis Indonesia sedang menyiasat hubung kait kejadian itu dengan pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammed Top yang dipercayai sedang bersembunyi di republik berkenaan.

Seramai 18 rakyat asing antara yang dilaporkan maut atau cedera dalam serangan di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan.

Kedua-dua hotel adalah milik syarikat rangkaian perhotelan Amerika Syarikat, Marriott International, yang terletak bersebelahan di daerah perniagaan mewah Mega Kuningan. Letupan menyebabkan serpihan kaca tingkap bertaburan hingga seberang jalan, selain asap tebal.

Letupan di JW Marriott - serangan bom kedua terhadap hotel berkenaan sejak yang pertama pada 2003 dan membunuh 12 orang - berlaku di tingkat bawah tanah, manakala letupan di hotel Ritz-Carlton yang berlaku selang dua minit kemudian menggegarkan restoran Air Langga dalam hotel itu.

“Banyak mayat kelihatan dan satu daripadanya dengan perut terburai,” kata seorang lelaki yang bergegas ke hotel JW Marriott selepas mendengar letupan kuat itu.

Kejadian terbaru itu menyebabkan pasukan bola sepak Manchester United membatalkan lawatan ke Indonesia. Pasukan itu dijadualkan menginap di Ritz-Carlton pada malam Sabtu dan Ahad bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Indonesia.

Menurut polis, seorang warga New Zealand adalah antara yang terbunuh, manakala 17 yang cedera adalah warga asing, termasuk Australia, Kanada, Hong Kong, India, Itali, Belanda, Norway, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Britain.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, serangan dilakukan kumpulan pengganas dan berikrar memberkas mereka yang bertanggung jawab.

Beliau bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menuduh kumpulan Jemaah Islamiah, walaupun kumpulan itu sebelum ini dipersalahkan terhadap beberapa serangan bom di Indonesia.

Serangan semalam berlaku kira-kira dua minggu selepas pilihan raya presiden yang menyaksikan pemilihan semula Susilo yang berjaya menstabilkan Indonesia yang sebelum ini diancam pengganas.

Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Parlimen, Theo Sambuaga, berkata ada petanda serangan membabitkan pengebom berani mati.

Stesen televisyen tempatan, Metro TV melaporkan penyiasat mengesyaki penyerang mungkin tetamu hotel yang menyeludup bahan letupan melepasi pemeriksaan keselamatan.

“Bahan yang tidak meletup ditemui dalam sebuah bilik di tingkat 18 hotel JW Marriott selepas kejadian dan berjaya dialihkan pasukan unit pemusnah bom,” kata seorang penyiasat.

Polis tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab dan belum ada pihak mengaku, tetapi sumber kanan unit antikeganasan berkata ia mungkin dikaitkan dengan Noordin.

“Jika serangan berani mati, ia mungkin dilakukan oleh rangkaian Noordin,” kata penganalisis kumpulan pemikir pengganas Group Crisis International, Sidney Jones. Noordin dilaporkan tidak lagi menganggotai Jemaah Islamiah, sebaliknya menubuhkan kumpulan serpihan. - AP/AFP



Era Najib Altantuya : FRU Bertindak Seperti Binatang Tumbuk Dan Tendang Wanita

Dua kakitangan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membuat laporan Polis selepas dikasari Polis pada perhimpunan di hadapan Pejabat SPRM pagi tadi.

Tindakan ganas polis mengakibatkan mereka mengalami kecederaan akibat diseret di atas jalan sejauh 40 meter.

Bukan sahaja mengasari lelaki, anggota berkenaan turut bertindak mengasari kaum wanita dengan menumbuk dan menendang mangsa.

Ng Yap Hwa berkata, dia ditahan sewaktu cuba membantu Pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri, Loo Thuan Boon dari ditangkap dan dicederakan anggota berkenaan.

"Lebih kurang enam anggota Polis pegang kaki dan tangan saya dan cuba menarik saya ke dalam kereta polis, saya jatuh dan mereka heret saya di atas jalan raya.
Akibatnya saya mengalami luka, sakit di bahagain kaki dan baju dan seluar saya koyak," katanya selepas membuat laporan Polis di IPD Shah Alam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita, Sarah Devaraj berkata, di dikasari oleh Polis ketika cuba menyelamatkan Yap Hwa.

Katanya, tindakan Polis lelaki yang menumbuk dan menolaknya adalah satu gangguan seksual.

"Semasa saya cuba bantu dia salah seorang Polis telah tumbuk dan tolak saya. Saya membuat laporan ianya sebagai satu gangguan seksual kerana saya dalah seorang wanita. Mereka tidak ada hak menyentuh saya kerana mereka lelaki.

"Saya nampak Yap Hwa dilantai dan bile hendak bantu dia, FRU menendang saya di kaki dan mereka juga menggunakan perisai menekan kepala saya," katanya.

"Mereka sangat biadap dan kurang ajar terhadap seorang wakil rakyat, mereka menunjukkan jari di depan muka YB dan ia satu tindakan yang sangat kurang ajar," katanya.



Era Najib Altantuya : Polis Tidak Hormat Kerajaan Negeri - Xavier

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar menyelar tindakan Polis Selangor yang menggunakan kekerasan sewaktu menangkap beliau bersama enam yang lain semasa berhimpun di depan pejabat SPRM pagi tadi.

Katanya, tindakan berkenaan jelas menunjukkan polis tidak hormat Kerajaan Negeri Selangor dan pegawainya.

"Ia tidak seharusnya berlaku kerana saya hanya mengawal orang ramai dan tidak melakukan apa-apa halangan. Jelas nampak polis tidak hormat Kerajaan Negeri Selangor dan pegawainya yang sedia memberikan kerjasama dengan sesiapa sahaja.

"Saya harap ia tidak akan berlaku lagi di Negeri Selangor," katanya ketika ditemui di luar IPD Shah Alam selepas dibebaskan jam 5.30 petang tadi.

Beliau ditahan Polis ketika sedang menenagkan keadaan dan memberi nasihat kepada orang ramai supaya sabar menuggu pengumuman pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka ditangkap pada jam 10.45 pagi tadi di bawa ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam hanya dibebaskan tujuh jam kemudian dengan jaminan RM2000.

Bagaimanapun, ikat jamin berkenaan hanya perlu dibayar sekiranya mereka gagal hadir ke mahkamah sekiranya didakwa pada 18 Ogos ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang turut ditahan berkata tangkapan berkenaan merupakan tindakan balas dendam Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar terhadap beliau.

"Ini sebenarnya balas dendam Khalid, dia bagi 2 kali peringatan, datang dan tangkap. Sebab dalam kes Kugan saya hentam Khalid, sekarang dia gunakan untuk tahan kami,"katanya.

Beliau berkata, seharusnya Polis menjalankan tugas menahan pegawai SPRM dan bukannya mereka.

"Saya pernah ditahan 2 pagi, MP ditahan sampai 2 pagi bulan lepas. Sekarang lihat apa jadi pada mereka? Ini adalah satu pembunuhan, dibunuh oleh MACC, kita akan lawan," tambahnya.

Peguam Latifah Koya menegaskan, tangkapan berkenaan merupakan satu tindakan menakut-nakutkan semua pegawai kerajaan negeri dalam menjalankan tugas.

"Ditahan 1045 pagi sehingga jam 3 petang tidak ambil kenyataan. Tidak ada Pegawai Penyiasat baritahu kenapa ditangkap dan ambil kenyhataan hanya jam 345 petang.
"Tangkap bawah Seksyen 27 tapi tidak ada asas. Tidak perlu tahan untuk ambil kenyataan, boleh suruh mereka datang dan ambil kenyataan," katanya.

Beliau berkata, cara polis menahan dan tidak memberi sebarang maklumat mengenai sebab tahanan adalah sangat tidak profesional.