9 Mac 2011

Bas Seret Kereta, Tiga Terbunuh

Tiga sekeluarga maut kereta bertembung bas sekolah

KUALA PILAH: Tiga sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, terbunuh selepas terperosok di bawah sebuah bas sekolah apabila kereta yang mereka naiki bertembung bas berkenaan di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini hari ini.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang mati ialah Nor Hasikin Md Nazir, 27, adiknya, Saripah Saodah, 22, serta anak sulung Nor Hasikin iaitu Natasya Isa, 5.

Seorang lagi anak Nor Hasikin iaitu Mohd Iskandar Fahmi, 3, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban. Kemalangan itu berlaku pada 3 petang ketika keluarga Nor Hasikin dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Simpang Pertang.

"Ada saksi melihat kereta yang dipandu Nor Hasikin agak laju ketika mengambil selekoh dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas dari sebuah sekolah berasrama di Jempol," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat HTJ hari ini.

Beliau berkata, kereta mangsa yang terperosok di bawah bas sekolah berkenaan telah diseret sejauh kira-kira 20 meter. - BERNAMA

Lori Tangki Terbalik Di Lebuhraya LEKAS

Seremban – Tayar meletup menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbalik di persimpangan Jalan Paroi, berdekatan jalan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit mentah seberat 36 tan itu terbalik ketika pemandu, Mohd Syawal Yusuf, 22, membelok kenderaannya untuk masuk ke lebuh raya berkenaan.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah dikatakan dalam perjalanan menghantar minyak sawit berkenaan ke kilang pemprosesan di Dengkil, Selangor.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu.

Menurut mangsa, semasa dia mahu membelok masuk ke lebuh raya itu, dia terdengar satu bunyi letupan di salah satu tayar kiri lori berkenaan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan.

“Saya terdengar bunyi letupan di bahagian tayar. Sewaktu membelok itu saya tidak memandu laju dan lampu isyarat juga hijau. Memang waktu itu lori tidak boleh kawal lagi dan terus terbalik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Menurutnya, lori itu dipercayai terbalik selepas bahagian belakang lori yang memuatkan minyak mentah terangkat.

“Saya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk. Hanya terkejut dan kepala saya terhantuk sedikit di bumbung lori ini,” katanya.

Mohd Syawal yang tinggal di Banting, Selangor dikatakan baru empat bulan bekerja sebagai pemandu lori itu dan ia merupakan kemalangan kali pertama berlaku sejak dia bekerja di syarikat berkenaan.

Sementara itu, sebuah jentera membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang berkejar ke lokasi kemalangan.

Pegawai Bomba Kanan 2, Ariffin Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 11.14 pagi.

“Sebaik saja sampai di tempat kejadian, kita dapati minyak sawit sudah memenuhi sebahagian jalan.

“Kita terpaksa menabur habuk kayu bagi mengelakkan jalan licin,” katanya.





Isu FLOM, Nazri Menipu Di Dalam Parlimen?

Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. -mk

Ulasan GB

Bagaimana boleh dikatakan Unit First lady of Malaysia (FLOM) tidak wajud sedangkan di lamanweb Pejabat Jabatan Perdana Menteri JELAS memaparkan senarai kakitangan FLOM sebelum ianya dibuang selepas ia hangat dipersoalkan?



Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan seperti didakwa Nazri, malahan yang nyata ia satu penipuan, satu salahlaku yang melibatkan JPM yang tidak pernah berlaku di dalam era PM-PM sebelum Najib, menyediakan unit khusus untuk isteri PM.

Kedua, Nazri berkata "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Bukankah itu penyalahgunaan tenaga kerja kakitangan awam yang sepatutnya bekerja untuk tugas-tugas rasmi PM dan bukan isteri PM?

Ketiga, beliau menambah, "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” tetapi beliau juga berkata "kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76".

Bukankah itu jelas satu penipuan?

Lagi Kes Mati Akibat Terjatuh Bangunan

Kuala Terengganu - Seorang lelaki ditemui mati di kawasan tempat letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di sini hari ini dipercayai akibat terjatuh dari tingkat enam bangunan tersebut.

Gambar: Seorang anggota polis memeriksa keadaan mayat Padrul Mohamad, 28, di tempat letak kereta Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2.15 petang tadi menggemparkan orang ramai yang datang berurusan di bangunan kerajaan itu setelah terdengar bunyi kuat dari tempat kejadian.

Seorang saksi, Mohd Azrul Aliff Mohamad 28, berkata, beliau dan rakannya ketika itu berada di kawasan tempat letak motosikal apabila ternampak mangsa seolah-olah terbang sebelum terjatuh di kawasan tempat letak kereta di situ.

"Semasa saya hampiri, mangsa telahpun meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai Padrul Mohamad 28, berasal dari Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.

Katanya, jenazah lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan polis mengklafikasikan kejadian sebagai kes mati mengejut.-Bernama

Ulasan GB

Apa pentingnya GB paparkan kes terjun bangunan di atas?

Baca ayat ini:

mangsa telahpun meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala

Di dalam kes Teoh Beng Hock, bagaimana keadaannya?

Tiada kecederaan kecuali tanda-tanda seperti bergelut di leher. Mangsa ditemui tertiarap cantik di bangunan Masalam.


Van Hospital Pula Terbakar, Jururawat Nyaris Maut

Dungun - Pemandu van Hospital Kemaman dan empat penumpang terdiri daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia nyaris maut apabila van yang dinaiki terbakar.

Saiful Bahari Ismail, 28 yang memandu van itu untuk membawa jururawat tersebut menghadiri kursus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun apabila tiba di Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kemaman berhampiran Simpang Tanjung Jara, Saiful Bahari terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang van. Sejurus itu, dia mendapati enjin kenderaan berasap.

Dia kemudiannya memberhentikan van dan mengarahkan jururawat berkenaan keluar dari kenderaan.

Bomba menerima panggilan pada jam 6.04 minit dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas laporan diterima.

Menurut jurucakap bomba. punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa, Suki Annuar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut.

Anak Taib Mahmud Gemar Bersosial, Isteri Tuntut Fasakh

Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Gambar: Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu. - THE STAR/NORAFIFI EHSAN

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.

Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.

“Pihak kami tidak dapat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah,” tambahnya.

Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini.

Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.

Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Mac ini. -mstar


Will Taib now groom his ‘other’ son?

Political novice Mahmud Abu Bekir Taib is being urged to contest on his father's party ticket.

KUCHING: Is embattled “kleptocrat” Chief Minister Taib Mahmud engineering his exit?

Why otherwise would 13 villages in the Sadong Jaya constituency suddenly call for his eldest son, Mahmud Abu Bekir, to contest in the coming state polls?

Like his younger brother Sulaiman Rahman, who in 2008 won the Kota Samarahan parliamentary seat, previously held by Taib, Abu Bekir also has no political past.

Taib, who was rumoured to have identified Sulaiman as his political heir apparent, had in 2008 planned his son’s political ascent. But Sulaiman subsequently lost interest in politics.

Desperate for a successor, sources within Taib’s Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) are hinting that Taib may be now engaging his older son’s interest.

While Abu Bekir’s political history is limited to being the son of Taib, in the corporate world, he helms Sarawak’s largest business conglomerate Cahya Mata Sarawak (CMS).

CMS is directly owned by Taib’s closest family members.

It is also one of 49 Taib-linked companies across eight countries blacklisted by the Swiss-based Bruno Manser Fund which has alleged that the extensive Taib-family wealth was derived from the alleged injustices against the indigenous communities in Sarawak and the massive raping of the Borneo rainforest.

According to PBB sources, Abu Bekir has shown “no real interest” in active politics, preferring the boardroom to the State Legislative Assembly.

“(Abu) Bekir can be described as a political greenhorn. He’s has shown no interest in politics.

“But if his father (Taib) needs him, he will be there to support him, “ said the source.

On Monday, Taib had reportedly met with several senior PBB at his headquarters in Jalan Bako to discuss the list of candidates. The meeting has since spawned rumours of an April state election.

PBB is expected to field 10 to 12 new faces in the state polls and speculations are that Abu Bekir may step out of his comfort zone to aid his embattled father.
Calls for Bekir

Interestingly enough, also on Monday, 113 residents from 13 villagers in Sadong Jaya constituency gathered outside the same headquarters and urged Taib to field his son in their constituency.

The villagers said they needed a “true leader” who could bring to Sadong Jaya the much-needed change and development.

“We know and we want a Sadong Jaya candidate who can bring about changes, development and progress to the constituency,” said Kampung Semera Hilir headman Ain Mahli.

Ain said the Sadong Jaya constituents desperately want to see improvement in their socio-economic status.

He urged Taib not to trivialise their wish and asked that their proposal, which was handed over to PBB executive secretary Awang Bujang Awang Antek, be “viewed seriously”.

“We want the chief minister to field only capable PBB candidates. Abu Bekir can bring the much needed development to Sadong Jaya,” he said.

Sadong Jaya, however, is not quite the safe seat going by the majority polled by incumbent Wan Abdul Waham.

Taib might be less inclined to risk fielding his son here.

In 2006, four-term incumbent Wahab barely beat PKR to secure the seat. He took the seat by a 858- vote majority.

Wahab obtained 2,715 votes against Piee Ling’s 1,857 votes.Wahab has since decided not to seek a re-election.

Sadong Jaya is one of the 10 PBB seats which will see a new face. -FMT


60 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Tawau - Kira-kira 60 rumah, termasuk dua rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.

Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata, jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira jam 1 tengah hari.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Mohd Zahar juga berkata, pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Maklumat yang diterima mennyatakan kedua-dua kanak-kanak itu tinggal dengan nenek mereka ketika kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu. - Bernama






Bas Ekspres Terbalik, 12 Selamat


Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaskan apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit sedalam dua meter dalam satu kemalangan di Kilometer 38, Jalan Pakoh Jaya, Kuala Terengganu ke Kota Bharu berhampiran Felda Belara, Kuala Nerus, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi dan bas ekpress yang dipandu oleh Md Amin Mohamad, 40, itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu bas itu hilang kawalan ketika tiba di jalan selekoh lagi iaitu 25 meter jarak dari lokasi kejadian dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua lalu terjunam ke dalam parit yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.







Masih Bertudung, Marshanda Akan Dirikan Rumahtangga

Tiga tahun menyulam cinta, sudah cukup buat aktres sinetron popular Indonesia, Marshanda mengambil keputusan berkahwin pada usia muda dengan kekasihnya, Ben Kasyafani. Malah, pasangan sejoli itu khabarnya akan bernikah pada April ini.

Mesra dengan panggilan Chacha, gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkata tarikh tepat untuk majlis ijab kabul antaranya dan Ben hingga kini masih belum diputuskan. Ini kerana mereka berdua sibuk dengan karier lakonan masing-masing.

"Namun tidak dinafikan kami sudah membuat perancangan untuk majlis pernikahan ini. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum mendapatkan tarikh yang sesuai.

"Justeru, kami tidak boleh membuat pengumuman lagi hingga keputusan muktamad dibuat.

"Apapun, keluarga Ben memang sudah melamar saya. Bahkan, kami berdua juga secara jujurnya kini bersiap sedia untuk bergelar suami isteri. Cuma, tarikh pernikahan belum diperoleh dan kemungkinan besar majlisnya berlangsung tahun ini juga.

"Bertepatan dengan kehendak agama, mengapa perkara yang baik seperti ini (perkahwinan) hendak ditangguhkan lama-lama.

"Saya juga berharap apa yang kami hajatkan untuk melayari kehidupan bersama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

"Saya tidak bimbang bergelar isteri pada usia muda kerana sudah bersedia dan hubungan kami pun direstui keluarga.

"Ben juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan semestinya ia tiada paksaan atau kami terburu-buru.

"Kami juga memilih majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Majlisnya tidak mahu terlalu mewah dan ikut kemampuan. Bagi kami, yang paling utama majlis akad nikahnya," kata Marshanda ditemui media Indonesia di Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini disiarkan TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang itu beraksi di samping bekas kekasihnya, Baim Wong dan bakal suami, Ben. Dalam sinetron itu cintanya dan Baim mendapat halangan keluarga.

Senario seorang gadis menjadi rebutan tiga jejaka agak sinonim dengan kebanyakan sinetron Indonesia. Malah, selalunya 'cinta pertama' akan berjaya dan dengan rela pencinta kedua dan ketiga mengundur diri demi kebahagiaan si kekasih.

Begitu juga dengan jalan cerita Sejuta Cinta Marshanda yang mengetengahkan percintaan dua darjat antara pemuda kaya, Delvin lakonan Baim dan gadis golongan sederhana, Marshanda. Turut membintangi sinetron itu Ashraf Sinclair dan Alice Norin.

Sementara itu, Ben pula ketika ditemui media Indonesia di lokasi penggambaran kuiz, Katakan Kataku, baru-baru ini turut memaklumkan majlis resepsi pernikahannya dan Marshanda bukanlah pentas menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sebagai selebriti.

Katanya, ia majlis biasa-biasa saja yang mana bersesuaian dengan situasi serta kemampuan mereka.

Ujar Ben, apa yang penting semua tetamu yang hadir merasakan kegembiraan pernikahan itu. Malah, apa yang bermakna buat mereka tentunya doa.

"Apapun, busana pernikahan dan segala yang berkaitan pernikahan kami berdua sudah dipersiapkan namun bagaimana perjalanan adatnya belum difikirkan lagi. Di pihak lelaki, saya lebih senang dan selesa mengikut sebelah Chacha saja.

"Terpulanglah, jika Chacha mahu ikut adat Minangkabau. Saya tiada masalah memenuhi keinginannya kerana saya juga berasal dari Palembang. Kami sama-sama dari Sumatera, jadi rasanya tidaklah terlalu susah untuk menjalankan adat itu," katanya.

Menyentuh soal persiapan majlis resepsi pernikahan itu, Ben berkata, mereka lebih selesa memilih untuk menguruskan sendiri.

Setakat ini, katanya, mereka dibantu oleh keluarga dan rasanya ia sudah cukup.

Menurutnya, mereka mungkin tidak menggunakan perancang perkahwinan.

Ben berkata, dia sendiri sentiasa mengawasi persediaan untuk majlis bersejarahnya dengan Marshanda.

Bagaimanapun, katanya dia dan Marshanda selesa membuat keputusan bersama.
Ujarnya lagi, Marshanda mempunyai lebih banyak keinginan untuk memilih.

Apapun, Marshanda dilaporkan membuat keputusan bertudung ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-21, tahun lalu.

Kata Marshanda, hasrat itu muncul selepas terbaca satu hadis dan diterima baik Ben. -hm


PROFIL

NAMA: Marshanda Irwan Yusuf
PANGGILAN MESRA: Chacha
AGAMA: Islam
ASAL: Jakarta, Indonesia
TARIKH LAHIR: 10 Ogos 1989
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik
KARIER: Aktres sinetron, penyanyi
SINETRON: Antaranya Bidadari, Puteri Yang Terbuang, Keluarga Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Kisah Kasih Di Sekolah II, Adam Dan Hawa, Manis Dan Sayang, Benci Bilang Cinta, Sejuta Cinta Marshanda
ALBUM SOLO: Bidadari, Marshanda (2005)
ALBUM KOMPILASI: Allah Yang Kucintai (2002), Best of Female Idol, Broken Heart, Now And Forever, Dua Belas Lagu Islamik Terbaik
FILEM: Pendidikan Bahasa Inggeris dan Petualang 100 Jam
STATUS: Bujang
KEKASIH: Ben Kasyafani
USIA: 28 tahun

Ulasan GB

Sebagai ikutan anak muda, langkah Marshanda untuk mengenakan tudung adalah satu langkah terpuji. GB sudah menulis sebab-sebab beliau memakai tudung di SINI.

Allah mencintaimu juga, kerana kamu juga ada di dalam kompilasi album berjudul Allah Yang Kucintai, lantaran itu dibalasnya cintamu itu dan diberikan petunjuk melalui mimpi tentang hampirnya kiamat.

Artis negara kita.... ada yang bagus tetapi ramai juga yang tenggelam di dalam arus glamour sehingga melupakan Dia. Maka sebab itu agaknya sekejap pakai tudung sekejap buka. Bagamaina hendak maraih cinta Allah jika sudah sedemikian jadinya?


Muhyiddin Jahil Tentang Islam, Perlu Bertaubat

PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.

“Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.

Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.

Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.

“Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi,” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.

PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.

“Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja,” ujarnya.

PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini.

“Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang,” katanya. -HD




Pembangkang bersikap bermuka-muka

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti hanyalah bertujuan untuk mengaburi hakikat sebenar sentimen rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya imej Anwar sudah tercalar berikutan pelbagai isu yang menyelubunginya hinggakan Pas sendiri dikatakan mula mahu menjauhkan diri daripada Penasihat PKR itu.

"Sebenarnya kita tahu Pas rasa tak selesa masa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Kalau boleh, Pas mahu Anwar tak turun tapi Anwar fikir itu haknya sebab dia kepala pembangkang.

"Akhirnya kita lihat Pas dapat satu tamparan hebat apabila penglibatan Anwar dalam kempen tidak membantu menyumbang kepada undi Pas, sebaliknya undi Pas merosot pula," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Naib Presiden Mas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Anwar menjadi liabiliti kepada pembangkang seperti yang didakwa Perdana Menteri semalam.

Pada sidang akhbar berasingan itu, kedua-dua pemimpin pembangkang itu turut menolak dakwaan mengatakan jentera Pas meminta Anwar tidak turun berkempen pada dua pilihan raya kecil tersebut yang berakhir Ahad lalu.

Tambah Muhyiddin, penafian pemimpin PKR dan Pas mengenai kedudukan Anwar yang kini menjadi liabiliti menunjukkan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang.

Katanya, sedangkan umum melihat hubungan mereka sudah tidak lagi seintim dulu dengan pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekarang ini sudah mula mempersoalkan pendekatan Pas.

"Tapi Pas nak masih nak menafikan dakwaan itu walaupun hubungan (dengan DAP) tak beri kesan positif untuk dapat sokongan. Jadi sebab itu pemimpinnya (Pas) tampil buat kenyataan menafikan perkara ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan menghalang penjualan loteri kepada bukan Islam, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada masyarakat bukan Islam untuk menilainya.

Menurutnya, isu itu telah berbangkit apabila masyarakat bukan Islam melihat hak mereka telah disentuh memandangkan undang-undang membenarkan perkara berkenaan.

"Maka tindakan itu (kerajaan Pas Kelantan) telah menimbulkan rasa tak puas hati dan ini memperlihatkan sikap sebenar Pas terhadap bukan Islam.

"MCA telah meneliti perkara itu dan mungkin mereka nak laporkan kepada pihak berkuasa kerana merasakan hak mereka (bukan Islam) dihalang oleh kerajaan Pas Kelantan," ujarnya.
-um



DPM says gambling legal, slams PAS

Muhyiddin Yassin says the ban on lottery tickets has revealed the Islamic party's true colour with regard to how it treats non-Muslims.

KUALA LUMPUR: PAS has revealed its true colour by imposing a ban on lottery tickets in Kelantan, said Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin today.

He also argued that based on the country’s existing laws, gambling was not wrong.

The Umno deputy president said the PAS-led Kelantan state government’s ban on the sale of lottery tickets was an infringement of the rights of non-Muslims.

“Based on existing laws, gambling is not wrong,” he said.

Speaking to reporters in Parliament, Muhyddin said that the ban reflected the Islamic party’s true attitude towards the treatment of non-Malays.

“Their action has caused dissatisfaction and raised questions on PAS’ real attitude and their treatment of non-Muslims,” he said.

Asked if the federal government would intervene in the decision, Muhyiddin said he had yet to receive full reports from the concerned groups.

The ban drew widespread criticism, including from PAS’ Pakatan Rakyat teammate, DAP. On the other hand, MCA central committee member Ti Lian Ker had threatened to take the state government to court.

On another matter, Muhyiddin backed his boss, Najib Tun Razak, on the latter’s suggestion that Anwar Ibrahim was becoming a liability to the opposition.

“We know that PAS is actually uncomfortable (with Anwar’s presence) during the campaigns in Merlimau and Kerdau. His image is dented by what has happened to him.

“Because of that, PAS wanted him to stay away, but Anwar felt that he has the right (to campaign) because he is the opposition leader,” he said. -FMT


Ulasan GB

Ini bukan kali pertama Muhyddin Yassin menyerlahkan kejahilannya terhadap hukum-hukum Islam.

Di dalam PRK Tenang, Muhyddin sewaktu menjawab soalan pemberita mengenai isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina, beliau berkata begini:

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.


GB telah mengulas begini:

Begitu ketara kenyataan Muhyiddin Yassin yang menakutkan bukan Islam terhadap "Negara Islam" dengan menyebut tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sikap yang ditunjukkan Muhyiddin itu jelas seorang munafik di dalam Islam.

Bukan Melayu sepatutnya menyedari bahawa seorang munafik (hipokrit) di dalam Islam itu jauh lebih merbahaya dari negara Islam itu sendiri.



Kereta Telekom Rempuh Treler, 2 Maut 1 Parah

Kluang: Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang lengkap beruniform maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung treler membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam.

Gambar: KENDERAAN yang dipandu Jasni remuk selepas bertembung treler membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam.

Dalam kemalangan jam 8 pagi berhampiran Kampung Gajah itu, Abdul Malik Abdullah, 49 dan Abdul Wahab Jaafar, 51, dalam perjalanan menghadiri kursus di pusat bandar, menaiki Proton Saga BLM yang dipandu rakan mereka Jasni Samad, 51.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad berkata, Jasni dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung treler yang menghala ke Mersing.

“Abdul Malik dan Abdul Wahab meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jasni parah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mayat Abdul Wahab yang duduk di kerusi penumpang depan dan Abdul Malik yang tersepit dalam kereta berkenaan dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat dan rawatan. Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan serius" katanya.


Pulangkan Interlok: Tindakan Polis Siasat Pelajar Dikecam

Interlok: Polis siasat pelajar tak sah, Putrajaya digesa adakan inkuiri

Tindakan polis menyoal siasat tiga pelajar tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam hanya kerana memulangkan novel Interlok, yang menjadi kontroversi sekarang kepada pengetua mereka, adalah tidak sah, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga pelajar SMK Kuala Kubu Baru terbabit disoal siasat oleh polis bandar itu semalam selama 10 jam.

“Soal siasat dijalankan tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam.

“Mengejutkan, pihak berkuasa polis atau sekolah tidak memaklumkan ibu bapa mereka bahawa pelajar berkenaan disoal siasat oleh polis,” kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, pihak berkuasa sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu seolah-olah menggerakkan dan bekerjasama dalam insiden pelajar berkenaan disoal siasat kerana memulangkan novel Interlok.

“Kami dengan keras mengecam polis menyoal siasat kanak-kanak ini dan layanan yang diberikan kepada mereka.

“Soal siasat ini amat bertentangan dengan undang-undang kerana tiada kesalahan dilakukan oleh mereka,” kata beliau.

Novel Interlok kini digantung sementara jawatankuasa khas sedang mengkaji untuk membuat pindaan yang diperlukan.

Malah menurut aktivis sosial dan peguam ini, proses soal siasat itu bertentangan dengan undang-undang memandangkan mereka dinafikan akses kepada ibu bapa mereka atau peguam.

“Pada hakikatnya, sekurang-kurangnya salah seorang daripada kanak-kanak telah dinafikan kebenaran untuk menelefon ibu bapanya meskipun merayu untuk berbuat demikian,” kata Surendran.

“Kami menggesa kerajaan dan Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kejadian seumpama itu pada masa depan dan mengadakan inkuiri segera berhubung perkara tersebut,” katanya lagi.

Kata beliau, pihaknya mahu tindakan segera diambil ke atas pegawai-pegawai polis terbabit.

“Tindakan disiplin tegas harus diambil ke atas mana-mana guru yang terlibat dalam insiden ini.

“Kami menggesa kerajaan menghormati hak kanak-kanak dan bertindak selari dengan standard antarabangsa hak dan perlindungan kanak-kanak,” katanya.

Mengikut laporan media tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka Jumaat lalu.

Kata laporan itu, pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.


“Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami,” kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak asasi hari ini.

Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

Menurut mereka, semalam pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis, membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka. -TMI

Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang Nik Aziz

Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Katanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk


Dakwa BN guna taktik kotor

KOTA BHARU – Biarpun akur dengan keputusan di Kerdau dan Melimau, Pas dakwa kekalahan kedua-dua calonnya itu disebabkan Barisan Nasional (BN) guna agensi kerajaan untuk berkempen.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak halalkan kemenangan itu kerana jentera kerajaan termasuk media perdana bersikap berat sebelah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) itu disifatkannya berat sebelah.

Mereka lihat demokrasi dipraktikkan di negara ini tidak sama seperti yang mereka pelajari. Ini menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Sebagai pemimpin Pas, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang salahguna kuasa, saya tak halal dunia akhirat,” katanya.

Nik Aziz berkata, pelbagai bentuk tekanan berlaku sehingga ada ahli Pas masuk UMNO dalam sekelip mata sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi sebenar.

“Mereka menang tu menanglah, tapi biarlah ‘gentleman’. Macamana boleh Pas melawan kerajaan. Macam mana tak kalah, Pas lawan kerajaan. Saya mewakili pejuang Islam tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa ini.

“Apa tidaknya, kemajuan atau pembangunan di negara ini seakan hanya boleh dilihat bila ada kematian wakil rakyat, kita mesti adil bukan kerana demokrasi tapi kerana Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengingatkan kerajaan bahawa tindakan yang dilakukan BN itu seperti ‘bom jangka’ yang boleh meletus bila-bila masa. -SH


Ulasan GB

Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah).

Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan.

Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN.

Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya.



Lagi Kereta Terbakar, Pelajar Kolej Rentung

Kuching: Seorang pelajar kolej mati rentung setelah gagal keluar daripada kereta-nya yang terbakar, sejurus selepas kemalangan yang berlaku awal pagi semalam.

Gambar: Kenderaan mangsa yang terbakar setelah merempuh pokok, dengan mangsa masih terperangkap di dalammya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi semalam di Jalan Song, di sini, kereta yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Liu Hui Ping, 23, hendak membuat satu pusingan menuju ke arah Taman BDC, ketika tiba di kawasan lampu isyarat Jalan Song.

Bagaimanapun mangsa hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan menye-babkan ia melanggar seba-tang pokok, sebelum ber- pusing beberapa kali di tengah jalan.

Insiden tersebut menye-babkan kereta mangsa terbakar.

Pengguna jalan raya lain yang menyaksikan kemalangan tersebut turut berhenti dan cuba membantu mangsa namun gagal untuk menghampiri kerana api yang merebak dengan cepat.

Orang awam juga ternampak kelibat mangsa yang masih tidak dapat keluar daripada keretanya, lalu menghubungi pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta hos-pital.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tabuan Jaya berkejar ke tempat kejadian bersama sebuah jentera pemadam api. Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, api sudah marak membakar seluruh kereta dengan mangsa masih terperangkap di dalamnya.

Pasukan bomba terpaksa mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah rentung, sebaik api dapat dipadamkan sepenuhnya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Ketika ditemui di hospital semalam, teman wanita mangsa mendakwa mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah di Jalan Song setelah menghantarnya pulang di Jalan Green.

Awal sebelum kejadian itu, kira-kira jam 9 malam, mangsa dan teman wanitanya serta rakan-rakannya telah pergi menonton wayang sebelum mereka singgah untuk minum di sebuah pusat hiburan di Batu Tiga pada jam 11 malam hingga 1 pagi.

Menurut ahli keluarganya, mangsa merupakan anak ke-dua daripada tiga adik ber-adik, yang terdiri daripada seorang kakak dan seorang adik perempuan. -borneopost

Ahli Parlimen BN Tak Mahu Ambil Iktibar Dari Protes Di Timur Tengah

Ahli Parlimen BN selar tindakan pembangkang samakan pergolakan di Arab

Tindakan pembangkang yang cuba menyamakan pergolakan politik di negara Timur Tengah dan Afrika Utara dengan Malaysia diselar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai tidak rasional dan tidak waras, berkata pergolakan di negara berkenaan berlaku disebabkan pemimpin yang bersifat autokratik dan kuku besi.

"Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Oleh itu, tindakan cuba menyamakan situasi di negara-negara terbabit dengan Malaysia adalah tidak rasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini.

Bung Mokhtar berkata, hakikatnya, kerajaan sentiasa memantau permasalahan rakyat tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

Apa yang dilakukan pembangkang, katanya hanya memikirkan kuasa semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang turut menyelar tindakan itu pula berkata, pembangkang hanya tahu menghasut rakyat terutama golongan muda supaya membenci kerajaan walaupun pada masa sama mereka menikmati segala kemudahan disediakan.

"Pembangkang juga pada pilihan raya kecil yang lalu menghasut anak-anak kecil dan pemuda untuk mengutuk kerajaan, memburukkan kerajaan dan menafikan sumbangan kerajaan.

"Mereka cuba mengambil pendekatan seperti mana berlaku di negara-negara luar sedangkan negara kita aman makmur, ini yang menyedihkan," katanya.

Menurutnya, pergolakan di negara Timur Tengah dan Afrika Utara adalah disebabkan faktor politik dan ekonomi.

"Dari segi politik, Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara serta mengamalkan pemilihan pemimpin yang telus (menerusi pilihan raya) manakala dari segi ekonomi pencapaian kita jauh lebih tinggi daripada negara-negara terbabit," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Apa yang nyata dari ucapan ahli-ahli parlimen BN di Parlimen semalam menjelaskan kepada kita beberapa perkara:

Pertama mereka (ahli-ahli parlimen BN) tidak mahu dan mereka takut rakyat akan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Timur Tengah untuk menolak segala kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim-rejim pemerintah negara-negara tersebut ke atas rakyatnya.

Kedua: Ahli-ahli parlimen BN tersebut menuduh pembangkang cuba menyemarakkan hasutan ke atas rakyat dan

Ketiga: Ahli-ahli parlimen BN cuba berdalih menyatakan apa yang berlaku di negara luar tidak sama dengan keadaan di negara ini.

GB berhujjah begini:

Kita ingin menyatakan bahawa fenomena "protes" rakyat akan berlaku tidak kira dimana sahaja (tidak terhad di Timur Tengah) apabila rakyat merasakan mereka ditindas dan dizalimi oleh pihak kerajaan.

Malah rakyat Malaysia lebih dahulu pernah menyatakan protes mereka terhadap kerajaan BN daripada rakyat-rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Bahrain, Oman dan lain-lain apabila rakyat negara ini pernah bangkit dengan perhimpunan Bersih (Gelombang Kuning), PPSMI, protes SYABAS dan lain-lain. Lansung tiada kena-mengena dengan tunjuk perasaan di Timur Tengah dan Afrika.

Bung Mokhtar menyatakan: Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Benar, tetapi jangan lupa kerajaan BN terus-terus menyiksa dan menzalimi kerajaan-kerajaan negeri tersebut bermula dengan merampas secara tidak sebuah kerajaan negeri yang ditegakkan dengan pilihan rakyat di Perak, merampas royalti Kelantan secara haram, kerajaan pusat cuba pula menimbulkan pelbagai karenah dan masalah untuk menekan dan menindas kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping ugutan-ugutan pihak polis, SPRM terhadap kerajaan-kerajaan berkenaan.

Diperburukkan lagi dengan perjalanan Suruhanjaya Pilihanray [SPR] yang tidak bebas dan berkecuali apabila bertindak melampau dengan membiarkan pihak parti kerajaan memperalatkan agensi dan institusi awam diperalatkan oleh BN di dalam pilihanraya disamping mereka sendiri berusaha untuk melakukan kerja-kerja kospirasi secara sistematik untuk memenangkan BN dengan memanipulasi daftar pemilih dan undi pos. SPR akan mencari setiap inci kesalahan walau betapa kecil pun dilakukan oleh parti pembangkang tetapi membiarkan apa jua kesalahan sebesar mana pun yang dilakukan oleh BN.

Kesemuanya itu adalah bom jangka yang tak perlukan sebarang hasutan, tetapi akan meletup sendiri disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan UMNO BN sendiri yang mencari penyakit itu.

Hukum alam dan catatan sejarah menyatakan bahawa rakyat akan tetap bangun satu hari, menentang segala kezaliman dan tirani pihak berkuasa sekalipun ia cuba ditekan dengan apa cara sekalipun oleh kerajaan.


Jimmy Hanya Tinggal Bersama Isteri 20 Hari Selepas Nikah

Doakan terbaik buat saya'

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.

Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.

Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.

Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.

Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.

Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka. -hm

Ulasan GB

Mutakhir ini masalah rumahtangga kerap berlaku. Banyak juga laporan perceraian dan krisis rumahtangga dilaporkan akibat dari pelbagai masalah seperti "kecurangan" suami atau isteri.

Malah dengan kewujudan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit dengan fasiliti penghantaran sms juga menyumbang kepada gejala yang meretakkan hubungan suami-isteri apabila ia dijadikan alat untuk berhubungan dengan "kekasih gelap".

Moralnya dari kisah di atas: Tanpa mengira sesiapa, rumahtangga boleh ranap jika kita tidak berwaspada dan tiada kejujuran untuk menjaga rumahtangga sendiri secara bersama daripada syaitaniah yang sentiasa cuba memporak-perandakan masjid yang telah dibina.

Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar

Satu kebakaran besar berlaku di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada Selasa lepas. Kebakaran itu membuatkan jamaah umrah di Masjidilharam yang sedang melakukan tawaf dan sa'i menjadi panik.

Kebakaran tersebut telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, satu sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan orang ramai telah dikeluarkan dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari usaha untuk mencegah api dari merebak. Beberapa saksi menyatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari bangunan.

Menurut laporan awal, api bermula di ruang generator. Namun elektrik kembali menyala setelah api berjaya dipadamkan.

Leftenan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, menyatakan pihaknya menghantar pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan mangsa luka atau cedera serius yang lain.

Penyelidikan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca kebakaran berlaku, katanya. Perusahaan Elktrik Saudi juga menghantar lima pasukan untuk mengatasi masalah itu.