6 Mac 2014

[WASPADA] Ada Gerakan Menghasut Ahli PAS Untuk Boikot PRK Kajang!


Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.

Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photo Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.

TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli PAS yang menyeru dan menghasut orang lain untuk memboikot PRK berkenaan walau apa alasan sekalipun.

Soal siapa MB selepas PRK, soal kes mahkamah Anwar, soal MoU Air, soal saman RM2 juta - itu semua adalah isu-isu semasa yang perlu dikendurkan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk memboikot PRK Kajang.

Seruan memboikot PRK Kajang adalah hampir menyamai seruan Abdullah bin Ubai, ketua kaum munafik semasa zaman Rasulullah saw dimana beliau telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap kaum muslimin. Semasa perang Badar, dialah yang menghasut orang-orang beriman agar tidak berperang dan semasa perang Uhud pula dia menyeru kaum Muslimin untuk berundur dari medan perang.

Dan di dalam setiap perjuangan dan peperangan akan tetap muncul golongan munafikin Abdullah Ubai ini. Oleh itu berwaspadalah dan jangan termakan hasutan mereka.

Bukankah di dalam amal jamaiey, apabila pimpinan telah membuat ketetapan sepatutnya HARAM bagi mana-mana ahli di dalam jemaah bertindak memboikot/menentangnya?

Berikut ialah kenyataan TGHH semasa melancarkan Jentera Pemuda PR di Kajang dan kenyataan Naib Presiden PAS, Tn Hj Salahuddin Ayub seperti tersiar di dalam harakahdaily.


PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,"
katanya.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.
-HD






PRK Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur


KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

"Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.

Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat.


"Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.

"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang.

"Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.

Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS, Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN dalam PRK ini".

Salahuddin bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti nyanyian lagu PAS beramai-ramai.
-HD




[BERGAMBAR] YB PAS Kantoi, Ingat Nak Menyamar & Berselindung, Tetapi Dikenali Juga...


Walaupun berselindung disebalik topeng ketika mengedarkan topeng2 muka kpd ribuan pelajar disekolah rendah di Meru, Yb Meru hairan bagaimana mereka boleh mengenali beliau...

Sambil menjerit nama Yb Dr Rani, mereka berebut menerima topeng muka sambil mengucap terima kasih dan thank you !!

Jerebu yg melanda adalah peringatan Allah kpd makhluk Nya agar merenung kembali kesilapan dan dosa yg telah mereka lakukan terhadap Allah dan insan yg lain....



ULASAN GB

Dalam ramai-ramai YB yang PAS pernah lahirkan, YB Meru ini, Dr.Abdul Rani Osman namanya, merupakan salah seorang YB ynag GB suka selain daripada seorang lagi rakan GB, YB PAS di pantai timur yang sering berkunjung ke rumah-rumah orang miskin tanpa diketahui sesiapa untuk memberikan bantuan peribadinya, mencontohi peribadi Umar AL-Khattab yang memikul gandum untuk rakyatnya yang merebus batu di tengah malam. YB Terengganu ini tak bagitahu GB, tapi rakyat yang pernah dikunjunginya yang bagitahu sewaktu GB singgah di sebuah surau di sana.

Berbalik kepada ADUN Meru ni, kecemerlangan Dr. Abd Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tetap dikenang. Semasa menyusun jawatankuasanya dulu, beliau tidak meminggirkan mana-mana kumpulan, sehinggalah PAS Selangor mencipta sejarahnya di Selangor di dalam PRU13 yang lalu dimana PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi.

Tapi sayang... beliau hanya memegang jawatan PJ cuma sepenggal.

Teruskan berkhidmat dengan cemerlang YB!

Dr Rani disenangi bukan Melayu walau perjuang politik Islam


DR ABDUL RANI OSMAN menempuh pelbagai cabaran sejak terpilih sebagai wakil rakyat Meru pada 2008 tetapi beliau menjadikannya sebagai penguat semangat untuk terus berjuang demi perubahan politik.

Pembabitan Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam politik menerusi PAS sejak 1999 bukan untuk mengangkat diri tetapi menjurus kepada memperjuang politik berlandas Islam.

“Saya masuk PAS, sertai politik bukan untuk jadi calon, tidak pernah terfikirpun. Perjuangan menegakkan Islam itu menyeluruh dan bukan setakat sembahyang.

“Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pentadbiran serta perlu dipraktikkan pemimpin demi kemakmuran rakyat,” katanya yang pernah tewas pada pilihan raya pada 2004 di DUN Meru,

Biarpun menghadapi masalah di peringkat awal sebagai Adun tetapi beliau cekal dan terus mencurah khidmat bakti tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau gembira lantaran segenap lapisan masyarakat di DUN Meru menerima kehadirannya dengan baik termasuk dari pemimpin dan penyokong parti lawan.

“Orang Cina dan India juga begitu dengan saya pernah diundang ke rumah ibadah mereka dan berbicara soal agama dengan baik,” katanya.

Selaku Adun, Dr Rani mengenal pasti banjir sebagai antara masalah utama di DUN Meru tetapi yakin, lebih 70 peratus masalah banjir dapat diatasi melalui pelbagai usaha sejak lima tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang berusaha memastikan banjir dapat ditangani dengan berkesan.

“Antaranya menaik taraf longkang dan parit serta membina saliran konkrit melibatkan perumahan awam dan kawasan komersial,” katanya.

Selain itu, masalah jalan raya berlubang dan tidak rata di kebanyakan kampung juga diselesaikan melalui pelbagai kerja baik pulih.

Dalam membangunkan ekonomi rakyat pula, Dr Rani mendapati program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) banyak memberi manfaat kepada rakyat yang selama ini tidak diabai kerajaan BN.

“Mereka menikmati pelbagai skim seperti Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan banyak lagi.

PTRS bukan setakat orang Melayu tetapi Cina, India dan bangsa lain juga turut serta kerana mereka juga bukan dari keluarga yang berkemampuan.

“Begitu juga Jom Shopping, ramai peserta SMUE gembira kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendapat kemudahan macam ini,” katanya.

Dr Rani menyifatkan pendekatan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu wajar dipuji kerana rakyat memerlukan pemerintah yang mengutamakan rakyat.

Beliau berpendapat program seperti itu sepatutnya diperkenal lama dulu – ketika BN masih memegang tampok pemerintahan di Selangor.

Sungguh sibuk berbakti dan sukar memperuntuk masa bersama keluarga, Dr Rani Osman tidak menganggap ia sebagai penghalang, bahkan ia mengerat lagi hubungan antara mereka.

“Saya akui berubah sangat-sangat bila bergelar wakil rakyat. Sekarang jarang dapat bersama keluarga kerana masa banyak dihabiskan di luar.

“Sungguhpun begitu, sokongan terutama isteri serta anak dan adik beradik menguatkan saya untuk terus menjalankan amanah rakyat,” katanya.

Jika berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga, Dr Rani akan membawa mereka menikmati hidangan bersama-sama selain berkongsi kisah menarik.

“Dulu saya aktif dalam badminton dan bola sepak. Saya memang bagus dalam permainan bola sepak dan pernah mewakili universiti ketika di Mesir.

“Dengan anak-anak pula, saya gemar bermain ping pong untuk menguji kebolehan masing-masing,” katanya kini banyak menghabiskan masa terluang dengan membaca.

BIODATA

Umor : 55 Tahun
Tarikh Lahir : 14 April 1958
Tempat Lahir : Pelabuhan Kelang, Klang.
Kelulusan : M.B.Ch.B. (Ijazah Dalam Bidang Perubatan) Universiti Tanta, Mesir.
Keluarga : berumahtangga dan mempunyai lima anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Pengalaman bekerja :

- Pernah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kesihatan Kecil Puchong, Selangor.
- Pernah mengetuai Rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia di Madinah Saudi Arabia.
- Kini bertugas di klinik persendirian, Klinik Fitrah, Meru.

Jawatan Politik :

- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru
- Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
-selangorku


Apa Kes? Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Pulau Pinang...


Lelaki Dipercayai Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Dari Jambatan Kedua P.Pinang

GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan dari arah Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia yang dikatakan terapung di laut pada kedalaman 500 meter di KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berjaya diselamatkan oleh nelayan yang lalu di kawasan tersebut.

Polis tiba tidak lama kemudian dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban.

Dia kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145 -mstar

ULASAN GB

Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dibuka pada Sabtu lepas.

Tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan kes seorang anak saudara seorang timbalan menteri telah bertindak terjun dari jambatan itu.

Bila sebut anak saudara seorang "timbalan menteri", maka yang pasti ialah ia dari parti komponan BN.

Apa maksud GB sampai mengheret soal parti politik pula dalam kes ini?

Pembukaan jambatan kedua ini kata Najib akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung. Ini bererti Pulau Pinang terus cemerlang di masa akan datang.

Membaca "kes terjun" ini dari sudut "ainul-basirah" dan melihat kejadian itu sebagai salah satu "ayat manzurah" - anak saudara timbalan menteri mungkin bermaksud "pewaris BN" - yang terjun laut setelah terbinanya jambatan kedua ini - membawa maksud tiada harapan untuk BN menawan Pulau Pinang, tiada harapan untuk pewaris BN untuk memerintah Pulau Pinang kerana Pulau Pinang bertambah cemerlang dan gemilang di bawah pemerintahan yang sedia ada dengan wujudnya jambatan kedua tersebut. Kena terjun laut nampaknya...

OK tak pandangan GB tu? Macai UMNO jangan marah ok, itu sekadar pandangan GB dari sudut yang lain.. :)

Apa-apa pun, sebab sebenar kejadian masih di dalam siasatan polis.

Yang GB utarakan di atas hanyalah dari sudut pandang seorang yang memakai topi yang sedikit berbeza... tak ada di dalam "topi pemikiran" Edward de Bono (1991/1985) dimana setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru. GB pakai topi warna ungu... :)

Wallahu 'alam bissawab.

[IKTIBAR] Ayat Kursi Pendinding Seorang Jururawat Dari Dirogol Lelaki Bangla


Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

ULASAN GB

Ambil kisah di atas sebagai iktibar, dan sentiasa yakin dengan bantuan Allah swt.

Untuk mengelakkan diri dari dirogol dan terjerumus ke lembah kehinaan, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak tiga kali sebelum tidur. InsyaAllah berkesan. Akan lebih tajam jika dibaca dengan memahami maknanya.