19 Ogo 2012

Pemuda UMNO Tuduh Sokong Pakatan Rakyat Jika Mahu Kristian Dijadikan Agama Rasmi

SSatu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu). ”

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.

“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)” kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter(jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius) ...boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia (Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia,” beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hokum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno teringat tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut.

Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

“That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this (Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini,” Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah. -TMI

[VIDEO] Anwar Jamin PKR Bukan ‘Satu Lagi Umno’ Jika Menang PRU-13

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi ‘satu lagi Umno’.

Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.

Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan secara langsung melalui portal video web ‘You Tube’ sebentar tadi.

Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai “Gunanaiker” melahirkan kebimbangan sekiranya PKR menjadi ‘satu lagi Umno’ selepas menakluki Putrajaya.

“Gunanaiker” berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam PKR.

“Tanpa mengira samada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai PKR perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

PKR merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak.

“Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan.

“Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan ‘perompak’ begitu sahaja,” kata Anwar lagi.

Sebelum ini Rafizi, yang merupakan pengarah strategik PKR, di dakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan.


Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki.

Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik.

Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang.

“Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis,” kata Anwar.

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program ‘Google Hangout’ yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -selangorku



Subhanallah! Budak Kembar Sotong Melekat Di Perutnya

Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah “kembar parasit”-nya telah dibuang dalam satu pembedahan.

Anak lelaki atau budak aneh yang menjadi terkenal di seluruh dunia yang mendapat gelaran “kanak-kanak sotong ajaib piala dunia” dia lahir dengan kaki dan lengan yang sesetengah darinya tumbuh dengan pesat di dadanya. Mari kita lihat gambar kanak-kanak ajaib yang digelar budak kembar sotong di India ini.






-informasi.my

Lima Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun

Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang.

Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona.

Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, “Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu,” terang Kamdani, “Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orangtua mangsa.”

“Dari hasil pemeriksaan” sambungnya, “memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu. -maklumat.my

Tragedi Balik Kampung: Keretapi Tergelincir, Penumpang Terpelanting Banyak Kali

TERBALIK... dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, dekat Gua Musang.

Gua Musang: “Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik,” kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam.

Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit.

Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Merapoh untuk rawatan.

Pemandu yang menyedari dua gerabak penumpang belakang terputus terpaksa memberhentikan kereta api terbabit sejauh hampir satu kilometer sebelum mengundur semula ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penumpang dalam gerabak terbalik itu. -HM


Kereta api tergelincir: 100 penumpang lalui detik cemas

GUA MUSANG - Kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang, jam 6.45 pagi ini, melalui detik mencemaskan dan mengerikan.

Mereka terpelanting beberapa kali di dalam gerabak terbabit dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.

Penumpang itu menaiki 14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa parah dan lapan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut.

Seorang penumpang yang terselamat, Nor Atikah Zakari, 21, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur, hanya beliau bersama
beberapa penumpang lagi belum melelapkan mata.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan
lokomotif.

Beliau berkata ketika itu, beliau bersama penumpang lain terpelanting beberapa kali dalam keadaan kelam kabut sambil masing-masing menjerit ketakutan.

"Saya juga bertindih antara satu sama lain di dalam gerabak berkenaan sebelum saya merangkak mencari pintu keluar untuk menyelamatkan diri," katanya
yang dalam perjalanan pulang ke Tumpat.

Nor Hazliza Mohd Noor, 22, pula berkata,beliau sebelum itu tidak dapat melelapkan mata walaupun perjalanan masih jauh, tetapi tidak membayangkan
perkara buruk berlaku.

Beliau berkata, ketika bunyi dentuman kuat semasa gerabak sedang terbalik, beliau turut menjerit meminta tolong, kemudiannya merangkak untuk keluar
menerusi pintu namun gagal kerana ia masih tertutup dengan kuat.

"Ada penumpang lelaki yang terpaksa memecahkan cermin pintu koc terbabit sebelum saya dapat keluar menerusi cermin yang pecah itu dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Kelantan
tidak terjejas walaupun berlaku kemalangan tersebut.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB, berkata kerja membaik pulih landasan dijangka selesai pukul 7 petang ini.

"Ketika ini petugas KTMB sedang menjalankan kerja membaiki landasan dan mengangkat tren yang tergelincir dari landasan," katanya ketika dihubungi dari
sini, hari ini.

Jurucakap itu menasihati penumpang dan keluarga mereka supaya tidak risau mengenai perkhidmatan itu terutama di musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi stesen KTMB berhampiran untuk mendapat maklumat terkini mengenai perjalanan mereka ke destinasi masing-masing
. - Bernama


SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DARI GREENBOC



Guna smartphone anda untuk mengimbas QR Code di atas...


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman


Ulasan GB

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan atau haram dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia!