Gerhana Matahari Separa telah dapat dilihat di langit Malaysia pada petang 26 Januari 2009 tadi. Ia berlaku apabila bulan merentasi di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz bulan yang lebih kecil secara komparitifnya dengan saiz matahari.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib tidak dapat menerima hakikat bahawa akan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Datuk Seri Najib malah meminta YB Nasarrudin untuk memikirkan semula tindakannya. Nasarudin adalah wakil rakyat BN pertama yang menyertai parti pembangkang selepas pilihan raya umum Mac lalu. Penyertaan ADUN Bota itu ke Pakatan Rakyat juga telah mendapat ulasan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar masih meneruskan ugutannya kepada rakyat agar tidak menyertai majlis pengkebumian Kugan Anandan yang kononnya disifatkan sebagai satu perarakan haram. Beliau memberi alasan ia boleh mencetuskan suasana kecoh. KITA INGIN MENYATAKAN DENGAN TEGAS BAHAWA POLIS YANG SEBENARNYA YANG TELAH MENIMBULKAN SUASANA KECOH APABILA MENDERA DAN MEMBUNUH KUGAN ANANDAN!
MIC akan pertahankan tindakan dua timbalan menterinya yang diberi amaran akan dikenakan tindakan oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar ekoran isu Kugan kerana didakwa menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada Selasa lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany mengingatkan Datuk Seri Hamid Albar, "biarlah proses perundangan mengambil tempat, biar pakar-pakar menentukan siapa salah, saya meminta Datuk Syed Hamid Albar, janganlah mencabar cabar kami, itu bukan budaya kita".
Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat di Dewan Hokkien Klang dapat sambutan luar dugaan. Beribu-ribu orang dari pelbagai lapisan rakyat menghadiri rumah tersbeut berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim desak BN guna sidang parlimen Februari depan untuk tangani kemelut ekonomi negara. Di Malaysia, kerajaan masih enggan menerima hakikat bahawa kemelesetan bakal berlaku di dalam negara kita.