11 Okt 2011

Lebih RM1 Juta Belanja Ke Kazakhstan, PM Paling Boros

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Tian: PM perlu jelaskan

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?"
soalnya.

Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas hal di atas di SINI. Petikan:

Terlalu ketara bahawa satu Malaysia ditipu hidup-hidup oleh PM dan Wisma Putra.

Campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dan amat menjelekkan.

Terlalu memalukan dan lansung tidak bermaruah!

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!





Video Kotor Umno-BN Untuk Alih Perhatian Bajet

PKR hari ini mengutuk keras tindakan kotor pihak-pihak yang menyebarkan satu lagi klip video seks yang didakwa kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib presiden PKR, N Surendran berkata tindakan terdesak itu jelas untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 kerana ramai menyedari belanjawan kerajaan persekutuan itu lemah dan tidak releven.

"Kami segera menyeru Perdana Menteri, kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN untuk meninggalkan politik longkang, sebaliknya mendedikasikan diri mereka kepada politik perdebatan rasional dan wacana,

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks.

Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat di Bangkok, Thailand.

Surendran menerusi kenyataan media hari ini turut mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh Trio ‘Datuk T', mempunyai pendekatan yang sama iaitu engamalkan politik lucah menyerang pihak pembangkang.

"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri,

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.




Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran

Kuala Lumpur, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. -HD

By Gomen Man via The Malaysian Insider

I caution Malaysiakini, The Malaysian Insider and other websites that the Barisan Nasional government has hired about 200 cyber troopers to try and influence opinion on portals, social networking sites like Facebook.

These paid hands will post inane comments and even challenge webmasters to put up their comments. The idea is to create the impression that there are many supporters of Najib Razak and his government in cyberspace and intimidate others.

But in truth, they number about 200 and are paid by taxpayers. I urge the new sites not to put up their comments because they are paid hands and are not interested in any principles or in a better Malaysia.

Their sole aim is to perpetuate the present system despite all its flaws. The Najib government has apparently been advised by its good friends in Singapore that it needs to influence opinions in social networking sites and the Internet. That is why they have hired these cyber troopers.

So, please beware, Malaysiakini and others.


Ulasan GB

Itu sebab mengapa blog GB terpaksa menyaring dan menapis semua komen sebelum disiarkan.

Ini kerana memang GB telah lama memerhatikan gelagat cyber-trooper yang melakukan serangan-serangan melalui komen-komen yang biadab, penuh dengan bahasa mencarut, perkataan-perkataan caci, maki dan keji serta kemudian mencabar pula blogger untuk menyiarkannya di atas nama "kebebasan bersuara".

Kumpulan blogger UMNO BN pula menggunakan taktik hina dan keji seperti penyebaran klip video lucah yang direka dan diftnahkan kepada pemimpin-pemimpin PR untuk mempengaruhi orangramai.

Dan kita tahu mereka sememangnya diupah untuk berbuat demikian.

Bagi GB,no way, tiada ruang untuk cybertrooper di sini.

IPTA Malaysia Bukan Tak Sertai Ranking Times, Tetapi TIDAK LAYAK Menyertainya

Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times

KUALA LUMPUR – Universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan The Times Higher Education World University Ranking (Times).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana universiti tempatan yang diangkat menjadi universiti penyelidikan pada 2007, belum matang untuk memenuhi standard 62.5 peratus penyelidikan yang ditetapkan Times.

“Kita tahu kalau kita masukkan juga kita tidak akan masuk dalam ranking 400 sebab kita masih baru dan perlu tunggu sehingga penyelidikan itu benar-benar matang,” katanya pada sidang media selepas Anugerah Akademik Negara 2009/2010, di sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas mengenai tiada universiti tempatan tersenarai antara 400 universiti terbaik dunia, yang dikeluarkan Times pada Jumaat lepas yang menyenaraikan California Institute of Technology di tempat pertama diikuti Universiti Harvard dan Universiti Oxford.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, institusi tempatan memerlukan masa antara enam hingga tujuh tahun sebelum menimbang kemungkinan menyertai ranking itu. – Bernama


Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia. -mk


Ulasan GB

Betul-betul jawapan seorang menteri cap ayam. Atau wartawan BERNAMA cuba buat tajuk untuk harumkan sampah.

Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kononnya universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan Times adalah mengelirukan.

Untuk tersenarai di dalam 400 universiti terbaik dunia, bukannya kena memohon, tetapi adalah universiti pilihan berdasarkan krtieria dan ketetapan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu The Times Higher Education World University Ranking (Times).

Hakikatnya, jawapan sepatutnya bukan kita tidak pernah menyertai sistem ranking berkenaan, tetapi tidak layak untuk menyertainya.

Letak jawatan lah Khaled Nordin. Anda yang sebenarnya yang tidak layak untuk menjadi menteri pengajian tinggi. Kegagalan universiti-universiti Malaysia untuk disenaraikan kerana menteirnya asyik berpolitik dan menumpukan banyak perhatian untuk menyekat aktiviti-aktiviti pelajar IPT supaya menjadi pak turut dan penyokong BN semata-mata.

Tak Cukup Pecahkan Kereta, Mat Rempit Kejar & Belasah Pemandu Dalam Ambulan

Samseng belasah dalam ambulans

Gambar: KEADAAN Proton Wira selepas diserang kumpulan remaja.

MELAKA TENGAH: Seorang pemandu kereta cedera selepas diserang sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit ketika berada di dalam ambulans di Hospital Melaka, sejurus dua rakan mereka terbabit dalam kemalangan dengan pemandu itu di Jalan Limbongan di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi dan lebih 20 remaja bermotosikal berusia lingkungan 20an turut berada di lokasi kejadian, namun belum dipastikan jumlah mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Chuah Ghee Lye, Ketua Polis negeri Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kumpulan remaja itu bergerak dalam kumpulan besar penunggang motosikal, manakala mangsa berusia 50 tahun dan menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Melaka Raya menuju ke Klebang.

Beliau berkata, sejurus kemalangan yang menyebabkan penunggang berusia 18 tahun dan pemboncengnya itu cedera, kumpulan remaja berkenaan dikatakan bertindak menyerang pemandu serta memecahkan semua cermin kereta.

"Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Dipercayai akibat tidak berpuas hati, kumpulan remaja disyaki rakan kepada penunggang motosikal itu mengekori ambulans hingga di hadapan bahagian kecemasan hospital, sebelum bertindak menyerang dan memukul pemandu berkenaan yang masih berada di dalam ambulans.

“Akibat kejadian itu, cermin bahagian belakang sebelah kiri ambulans pecah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Chuah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian pergaduhan itu.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-2842222 atau cawangan Trafik IPD di 06-2834139 bagi membantu siasatan," katanya. -BH

Cukai 6% Ke Atas Pengguna Unifi Dan Streamyx Mulai 1 Jan

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. -hd


Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012

Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012 yang telah di sahkan oleh Pegawai TM sendiri. Pilihan Raya Umum belum lagi diadakan, dah naik dah TAX?



Sewaktu kerajaan sedang cuba menaikan tax 6% untuk Telco, Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile pihak telco ada bagi tahu kepada penguna dan penguna sedar, tentangan hebat telah diberikan dan kerajaan 'hold' kan dahulu cukai tersebut, tapi kenaikan tax pada TM, Unifi, Streamyx ini tiada lupatan meluas dan kerajaan pasti akan jalankan pada 1 Januari 2012

Adakah Kerajaan sangka bahawa rakyat Malaysia tidak sedar tentang kenaikan ini? Dan mana hak kita selaku penguna? adakah Kementerian Koperasi dan Penguna akan senyap serta tidak mengambil sebarang tindakan untuk mempertahankan hak penguna atau mereka telah sedia maklum tetapi melihat gelagat rakyat yang tidak peka terhadap isu ini dan tiada tentangan di lakukan oleh rakyat, maka mereka membenarkan perkara ini akibat mulut telah ditutup dan tangan telah di ikat?

Kerajaan Malaysia baru sahaja lancarkan budget 2012 dengan memberi perkhimatan awam pelbagai faedah, dan kini kita dikejutkan pula oleh pengesahan kenaikan kadar 6% yang akan ditangung oleh setiap penguna tidak kira dari sektor awam mahu pun swasta untuk memberi wang pula kepada kerajaan Malaysia.

Kredit kepada Fitri Fit.

Lawan Tetap Lawan, Untuk Kepentingan Agama, Bangsa, dan Negara Malaysia yang tercinta ini.

Kerajaan tidak boleh mengambil kesempatan pada rakyat.

Really Kerajaan Tax TM pula? -really.tigaline.com


Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Tindakan JAIS Tahan Bob Lokman

Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak.

Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.

Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.

"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.

Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.

"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat,"
jelasnya.

Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil.

Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik.

Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki.

Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya.



Lembu Untuk Dijual Sempena Ibadah Korban Kena Kebas

Sungai Pasir – Seorang penternak di sini, tidak menyangka akan mengalami kerugian berganda berikutan 10 lembu yang diternak di kandang dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Abd Rahman Ishak, 43, berkata, tiga lembu jantan, tiga betina dan empat lembu dara didapati hilang dari kandangnya yang terletak di belakang kuarters guru di sini minggu lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai dilakukan pada waktu malam dan hanya disedari keesokan hari ketika dia sedang bekerja setelah diberitahu rakannya.

“Akibat kehilangan 10 lembu, saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Hanya 10 ekor yang tinggal,” katanya.

Dia juga berkata, lembu yang diternak dijangka dijual menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

Berikutan kejadian, Abd Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kecurian itu dilakukan menggunakan taktik licik apabila pencuri bertindak berani menyuntik lembu dengan pelali sebelum mengalihkan lembu berkenaan.

“Saya tidak menyangka pencuri sanggup menggunakan perbuatan salah itu semata-mata untuk mencuri 10 lembu,”
katanya.

Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukannya di sekeliling kawasan kandang, dia menjumpai jarum suntikan pelali yang dikatakan digunakan untuk memudahkan mereka membawa lembu itu. -SH

Bob Lokman Ditahan Oleh JAIS. Apa Pula Pendirian Hassan Putu-Mayung?

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.

Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahu Malaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.

Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.

Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi JAIS setakat ini belum berhasil. -mk

Ulasan GB

Penahanan Bob Lokman, seorang artis yang bertukar menjadi seorang pendakwah dan menyertai PAS, mungkin mengejutkan beberapa pihak.

Tetapi tidak mengejutkan bagi mereka yang mengikuti JAIS yang sentiasa bertindak mengikut telunjuk UMNO untuk memberikan tekanan kepada PAS/Pakatan Rakyat Selangor.

Tindakan JAIS sentiasa saja mendapat restu daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, sekalipun pemimpin PAS Pusat telah terpaksa berhadapan dengan satu saman dari UMNO Selangor yang ada kaitan dengan JAIS.

Hassan Ali yang dicurigai sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa di dalam hatinya cuma ada PAS. Namun tindakan-tindakannya luarannya dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai talibarut UMNO apabila bertindak tidak sehaluan dengan pimpinan PAS Pusat.

Beliau sebelum ini menafikan ada membuat pertemuan dengan pimpinan UMNO, kerana katanya yang bertemu dengan pimpinan UMNO itu bukan Hassan Ali tetapi mungkin Hassan Putu-Mayung.

Di dalam kes serbuan JAIS ke atas gereja Methodist Damansara Utama, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988. Itu titah Sultan berdasarkan laporan yang dikemukakan JAIS sendiri, bukan keputusan sebarang mahkamah. Ia bererti juga, JAIS sendiri yang melihat tindakannya betul.

Sekalipun baginda bertitah ada cubaan memesongkan akidah umat Islam yang dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, namun bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. JAIS melihat tindakannya betul, tetapi bukti-bukti tidak mencukupi untuk mendakwa pihak terbabit. Dengan sendirinya, dakwaan yang betul itu tidak dapat dipertahankan kerana kekurangan bukti. Misalnya hendak menuduh orang mencuri, tetapi tiada bukti mencukupi, maka tidak dibolehkan lagi membuat pertuduhan tersebut kerana pertuduhan itu sudah menjadi tidak sah.

Kini isu Bob Lokman pula yang ditahan menyampaikan tazkirah kerana perbuatan dianggap SALAH oleh pihak JAIS. Hairan. Baginda sultan semalam menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyebaran agama Kristian, bukannya tazkirah yang bertujuan memantapkan aqidah umat Islam. Lagipun Bob Lokman bukannya memberi ceramah politik, pun beliau bukan seorang pemimpin parti politik sepertimana telah dikenakan dakwaan kepada Khalid Samad.

Bagaimana agaknya pendirian Hassan Putu-Mayung di dalam hal ini? Sokong juga JAIS?

p/s Tentang gelaran "hassan putu-mayung", bukan gelaran dari GB, itu adalah gelaran dari Hassan Ali sendiri terhadap seorang lagi "hassan" yang membawa gagasan Unity Government. Siapa "hassan putu mayung" itu? Anda sendiri sudah mengetahuinya.

Ingat: Whatever you give, you get back! kenyet



Datuk Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah, Al-fatihah

Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru.

Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, sewaktu itu berkata, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah.

Maimun menambah, keadaan ayahnya itu dikatakan dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan untuk banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu.

Pada 8 September lalu, Allahyarham mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor.

Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun, Ahmad Jais kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Al-fatihah.

Datuk Ahmad Jais

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. -wiki


WASPADA: Gambar Profil Facebooknya Digunakan Oleh Sindiket Pelacuran

Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. -hm

Gadis Bangun Dari Kubur Kisahkan Dia Telah Diperkosa Dan Ditanam Hidup-hidup

Seorang gadis berusia 10 tahun di Filipina berjaya keluar dari tanah kuburan setelah dia ditanam hidup-hidup oleh sepupunya sendiri yang juga telah memperkosanya.

Inspektor Roberto Ocumen, Ketua Polis Kota Magpet, Filipina menyatakan, gadis tersebut telah diperkosa dan kepalanya dipukul dengan sebuah benda keras sehingga pingsan lalu dikuburkan dalam keadaan tak sadarkan diri oleh sepupunya sendiri, Dennis Quilaton.

Gadis tersebut akhirnya tersadar dan mendapati dirinya sudah berada di bawah tanah. Beliau langsung cuba untuk melepaskan diri dari kuburan tersebut dan berjaya sampai ke rumah dengan bantuan tetangganya. Demikian seperti diberitakan Inquirer, Sabtu (8/10/2011).

Ayah dari gadis ini menyatakan, mengikut kisah dari anaknya, anaknya itu diculik oleh sepupunya sendiri pada minggu lalu. Anak perempuannya itu telah dipukul dengan benda keras dan dibawa ke kawasan berumput di rumahnya untuk diperkosa. Setelah itu, Quilaton mengkuburnya hidup-hidup dalam satu lubang yang cetek.

"Ajaibnya, dia sadar dan berjaya meloloskan diri dari kuburan tersebut serta berhasil meminta tolong penduduk sekitar," ujar ayah dari gadis malang itu.

Hingga saat ini, belum diketahui, berapa lama gadis itu berada di dalam kuburan yang digali oleh sepupunya sendiri

Sumber:Philippine Daily Inquirer/ANN


Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat Dikebumikan, Suami Teruskan Ibadah Haji

Lembaga Urusan Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menyiasat kes kematian seorang jemaah haji wanita dari Malaysia akibat jatuh dari bangunan hotel penginapannya di Madinah Sabtu lepas.

Rohani Mohammad Kasim, 39 tahun dari Shah Alam, dilaporkan jatuh dari tingkat sembilan Hotel Al-Haram, Madinah Sabtu lalu.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala kira-kira jam empat petang waktu tempatan.

Allahyarhamah mengerjakan Haji di tanah suci bersama suaminya Mohd Nasir Abdullah, 54 tahun melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya juga sedang mengumpul segala maklumat berhubung kejadian itu di samping berusaha menghulur bantuan buat suami wanita berkenaan.

Katanya petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling serta bimbingan dan sokongan kepada suami wanita itu, dan juga tiga rakan sebilik wanita berkenaan.

“Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di Masjid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata insiden itu tidak menjejaskan operasi haji jemaah dari Malaysia, dan menurutnya beliau difahamkan suami wanita itu akan meneruskan ibadah hajinya.

Syed Salleh berkata wanita itu bersama suaminya yang tiba di Madinah pada 3 Oktober lepas, pada mulanya dijadual akan berlepas ke Mekah hari ini.

Menurutnya suami wanita itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam membantu siasatan.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya.