25 Mac 2013

Husam vs Papagomo: Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Sahkan Identiti Papagomo


Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012. -HD



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[WASPADA] Bahaya Mengundi UMNO BN Pada PRU13!


Jangan sampai rakyat tertipu lagi. Pengalaman lepas menunjukkan sebaik saja pilihanraya umum tamat dan kemenangan di peringkat pusat berpihak kepada BN, kerajaan BN telah mengambil peluang itu untuk menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat!

Dan ia akan berulang lagi selepas PRU13 jika kita masih memilih BN. Sudah menunggu:



p.s. cetak dan edarkan.

Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi?


Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah.

“Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera).

“Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13.

Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi.

Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi.

“SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian.

Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU.

Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN.

Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi.

Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. -KD

[TERKINI] Papagomo Tak Hadir Ke Mahkamah, Perbicaraan Berjalan...


Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.

"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ...rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.

Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.





Papagomo yang lupa daratan

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.

Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.
-tunfaisalblogspot.com (blogger pro-UMNO)

"Selepas Video Perut Buncit, Keluar Video Perut Kempis, Lepas Ni ...


Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa

Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.

“Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.

“Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.

“Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula,” katanya.

Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.

“Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.

“Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu,” katanya.

Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya


Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta, pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini.

Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo.

Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini, papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google.

Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan beliau juga sudah menjangka bahawa beliau sudah tidak dapat lari lagi dari saman ini, wajahnya sudah di ketahui, bukti bukti kukuh juga sudah di lampirkan, dan peguam peguam juga sudah meneliti setiap fakta yang di berikan.

Untuk mengelak saman RM 100 juta dari anwar ibrahim dan RM 100 juta dari Husam Musa, papagomo terpaksa berlakon kononnya blog lucahnya telah di godam, seterusnya beliau akan menutup sendiri blog itu supaya masalah saman selesai dan akan di angkat sebagai hero oleh bloger pencacai Barisan Nasional yang lain kononnya haker PR berjaya mengodam blog lucah itu.

Jika ini berlaku, dia bukan saja dapat membodohkan penyokong dan bloger bloger umno yang lain, malahan dengan perdana menteri najib razak sekali menjadi bodoh di bodohkan oleh Wan Azri yang terdesak mahu lari menyelamat diri dari saman maut ini.

Apabila blog sudah di tutup, maka bolehlah Wan Azri ini lari dari masalah ini, psikologi dari bloger Pakatan Rakyat telah menyebabkan beliau tidak boleh melelapkan mata dan tidak mampu berbuat apa apa, serta menerima tekanan yang kuat akibat dari fitnah yang di ciptanya sendiri.

Menerusi ajensi berita fakap EP, Dr @tiewnama telah mendapat maklumat bahawa, peguam Husam Musa dan Anwar Ibrahim telah mendapatkan maklumat dan bukti terperinci mengenai papagomo dan segala bukti yang berfakta telah di ambil, dan bersedia untuk membawa Wan Azri a.k.a papagomo ke mahkamah untuk di adili.

Berdasarkan writ peguam, Wan Azri, jika di dapati bersalah, beliau akan di penjarakan selama 10 tahun bagi 1 kesalahan dan 5 sebatan bagi kesemua kesalahan, beliau juga akan di arahkan membayar saman RM 100 juta itu dalam bentuk apa pun.

Dan yang sangat membimbangkan beliau yang hampir separuh mati kerana terlalu takut adalah, saman ini berdiri bukan hanya 1 saman tetapi 2 saman fitnah dari ANWAR IBRAHIM dan HUSAM MUSA.

Mungkin juga selepas ini di jangka beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan yang sama.

Nantikan langkah seterusnya..


Perkataan kucing yang bernama ''LUCY'' itu membuktikan bahawa papagomo a.k.a wan azri 100% adalah pengendali blog lucah dan fitnah papagomo.com

Salah 1 bukti kukuh ini akan membawa kepada penjara dan RM 200 juta saman fitnah dari 2 pemimpin Pakatan Rakyat.




sumber: erapasca.com


KEKEJAMAN PAPAGOMO TERHADAP SEEKOR KUCING


Aku tidak lah nak bersangka tak baik pada papagomo nieh.

tp aku nak tanya pada pencinta kucing
kenapa kita perlu cukur bulu kucing
bg aku ini zalim, kesian kucing tu yg fitrahnya berbulu
tentu dia sejuk dan sebagainya
klu aku salah, dan ada alasan kenapa perlu di benarkan bulu tersebut di cukur tolong beritahu aku fb Sabrina



ULASAN GB

Orang yang memfitnah dan kejam dan makan hasil yang haram hidupnya tidak tenang dan umurnya tak panjang.

Termasuk sekalian blogger pro-UMNO, menteri-menteri dan media pencacai UMNO seperti BERNAMA, Utusan, RTM, TV3 dan lain-lain.

Mereka akan menerima hukumman Tuhan sepertimana janjiNya:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10