28 Mei 2009

Khairy Boleh Ditahan Kerana Menghasut

Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

"Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

"Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

"Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

"Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina. -harakahdaily


Zambry MB Rayuan Juga Turut Anjurkan Puasa

Mungkin tidak mahu ketinggalan dalam meraih pahala dan manfaat daripada kempen amalan puasa sunat anjuran Pakatan Rakyat, "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir juga terpanggil untuk menyahut seruan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganjurkan supaya umat Islam Perak berpuasa sunat sejak hari Selasa.

Pakatan Rakyat juga menganjurkan mogok lapar bagi rakyat Perak bukan Islam dan kempen tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin di Wisma DAP di Ipoh dua hari lalu.

Dalam nada yang sama Dr Zambry juga mengesyorkan pegawai-pegawai awam di negeri Perak untuk bersama-sama berpuasa sunat seperti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan satu majlis berbuka puasa juga diadakan di kediaman beliau petang tadi.

Namun menurut Dr Zambry amalan puasa anjuran beliau kononnya dibuat secara senyap-senyap berbanding dengan program puasa/mogok lapar Pakatan Rakyat.

Walaupun amalan puasa sunat adalah satu usaha yang digalakkan bagi umat Islam untuk beribadah dan menyucikan jiwa mereka namun niat mengadakan puasa itu juga adalah penting.

Pakatan Rakyat menganjurkan kempen tersebut sebagai usaha rohaniah bagi merealisasikan doa rakyat Perak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin.

Untuk itu kempen tersebut telah menerima pelbagai tekanan pihak polis termasuk menangkap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, memunggah khemah perasmian kempen, menghalang serta mengugut penyokong Pakatan Rakyat daripada menghadiri acara yang berkaitan kempen tersebut.

Dr Zambry dan mereka yang turut berpuasa atas anjuran beliau mampu menikmati juadah berbuka puasa di ruang kediaman beliau dalam keadaan selesa, aman dan bebas daripada ancaman pihak polis.

Itulah yang membezakan amalan puasa sunat anjuran Pakatan Rakyat dan puasa sunat anjuran seorang "Menteri Besar Mahkamah".

Bentuk amalannya sama tetapi niat mereka berbeza.


UMNO BN : Jika Berita Ini Benar, Gani, Musa dan SPRM Memang Binatang

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang mehyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim’s pada 1998, hari ini mendakwa terdapatnya perancangan peringkat tertinggi untuk merosakkan kredibilitinya menggunakan notis kebangkrapan sebelum sebutan dan perbicaraan beberapa kes termasuk kes sodomi Anwar pada bulan Juali nanti.

Laporan agensi berita negara Bernama semalam melaporkan bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada April 21 kerana gagal membayar hutang sejumlah RM250,000 dan telah diberikan notis pada Mei 26. Berita tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan berita Bernama.

“Saya menyebut dengan pasti bahawa terdapat beberapa tangan yang cukup berkuasa tetapi tersembunyi yaang inginkan perkara tersebut berlaku. Sebabnya ialah untuk memusnahkan kredibilit dan /atau melumpuhkan keupayaan saya serte menghalang saya dari memberi bukti-bukti terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana mereka-reka bukti di dalam kes mata lebam pada 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain di dalam satu kenyataannya.

Mat Zain, yang mengambil opsyen pencen awal pada 2001 sebagai Ketua CID KL, berkata dia percaya ntis kebangkrapan ada kaitan dengan rayuannya kepada Badan Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membersihkan namanya selepas badan itu hanya membersihkan nama Gani dan Musa dari tuduhan memalsukan bukti yang diadukan oleh Anwar.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai pihak pendakwaan telah menjangka lebih awal yang Anwar pasti akan membangkitkan sewaktunya kesnya dibicarakan mengenai isu pemalsuan bukti kes mata lebam. Bukti yang saya miliki menjadi penting di ketika itu. Justeru itu pilihan yang ada ialah memusnahkan kredibiliti saya.

“Sekalipun pendedahan (mengenai kebankrapan) mungkin menimbulkan keadaan tidak senang untuk saya dan keluarga saya, namun saya menerimanya sebagai satu hikmah dan ia akan hanya meningkatkan iltizam saya untuk mendedahkan hal yang sebenar terhadap episod mata lebam itu.

“Percayalah, bukan kes ini sahaja yang kedua-dua itu terlibat. Terdapat beberapa kes lain yang sama gemparnya. Kebenaran akan tetap terserlah,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa beliau menyiasat kes insiden mata lebam tanpa takut atau berpihak dan kenyataannya direkodkan sebanyak lima kali oleh pelapor kepada SPRM, Badan pencegah Rasuah(BPR) ketika Anwar membuat laporan pada Julai 1, 2008 bahawa Gani, Musa, Mat Zain dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung serangan berkenaan.

Tetapi Pengerusi SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengumumkan pada Mac 3 bahawa tiga ahli panel bebas telah menyemak kertas siasatan dan membersihkan Gani dan Musa dari prosiding salahlaku jenayah menyebabkan Mat Zain kemudian merayu keputusan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan bahawa Perdana Menteri tidak pernah diberitahu tentang hal sebenar dan keseuruhan fakta berkenaan isu ini. Jika kebenaran diberitahu, saya yakin PM telah mengambil tindakan yang sepatunya,” tambah Mat Zain.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memeriksa hal kebankrapan yang diwarwarkan kerana beliau tidak pernah menerima sebarang notis berhubung dengan saman dari peniaga Yap Thoong Choan, 72, di Damansara Heights, yang difailkan pada Ogos 10, 2004, terhadap Mat Zain di Mahkamah Session Bandar Baru Bangi Sessions menyatakan baki RM250,000 pinjaman yang belum dibayar.

Dinyatakan di dalam dakwaan terhadap Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman RM500,000 melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Feb 22, 2002, dan bersetuju untuk menyelesaikannya pada atau sebelum Ogos 21, 2002.

Yap berkata setakat ini, Mat Zain telah membayar RM250,000 dari jumlah tersebut. Satu surat tuntutan telah dikeluarkan untuk baki RM250,000, pada Julai 14, 2004, telah dihantar kepada Mat Zain tetapi beliau gagal untuk membayarnya. Mahkamah Tinggi Shah Alam High pada April 21 tahun ini telah mengeluarkan notis kebankrapan ke atas Mat Zain memerintahnya untuk membayar RM250,000 dengan faedah dan kos, menjadikan jumlahnya RM288,824.92. Terjemahan bebas oleh GB


PENANTI : Umno Anjur Lawatan Ke Negara Jiran Untuk Bawa Lari Pengundi

Pakatan Rakyat yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada calonnya, Dr Mansor Othman walaupun Umno dan Barisan Nasional secara berselindung memberi sokongan kepada calon Bebas dan melakukan cubaan untuk membawa lari pengundi pada hari pengundian Ahad nanti.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu mengurus tadbir negara dengan lebih baik, telus dan lebih bertanggungjawab daripada BN.

"Umumnya kata Umno tidak bertanding, tetapi sebenarnya dia bertanding melalui proksi. Kita baca media perdana dan nampak sokongan mereka kepada calon Bebas. Saya beritahu Umno jangan selindung balik calon Bebas, patut turun di Penanti dan lawan" Kata Datuk seri Anwar.

"Habis dah semua taktik, semua peruntukan, dan kali ini mereka siapkan bas untuk bawa pengundi ke Padang Besar pada hari mengundi nanti. saya cadangkan saudara-saudara naik bas tu selepas mengundi, bila lagi depa nak bagi bas percuma." Tambahnya lagi.

Datuk Seri Anwar menyeru Umno-BN supaya jangan bermain politik dan tumpu perhatian kepada usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia yang menguncup 6.2 peratus pada suku pertama 2009 yang menjadi petanda buruk bahawa kemelesetan ketara ekonomi sudah bermula.

"Saya nak nasihat Dato Sri Najib, supaya jangan bertanding di Manik Urai, jaga masalah ekonomi, dan beri laluan mudah kepada Pas. Tetapi kalau dia bertanding juga, saya yakin pemimpin Umno yang diletakkan akan tumbang juga. Saya nak beritahu pada tuan guru Nik Aziz, selesai saja pilihanraya Penanti, kita akan turun berduyun-duyun di Manik Urai." Ujarnya lagi.



Penanti : Perancngan UMNO dan SPR Yang Tak Menjadi

Apabila Fairus Khairudin mengumumkan perletakan jawatan sebagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, UBN mencuba sedaya upaya untuk menghalang daripada berlakunya Pilihanraya Kecil Penanti.

Mesyuarat SPR ditangguhkan sebanyak dua kali untuk membolehkan UBN mencari jalan supaya PRK Penanti ini boleh dielakkan. Kali pertama SPR bermesyuarat pada hari Khamis hampir seminggu selepas Fairus meletak jawatan. Tetapi pengumuman keputusan mesyuarat ditangguhkan kepada hari Jumaat.

Pada hari Khamis.. SPRM mengumumkan Fairus bebas dari semua tuduhan. Tujuannya adalah untuk membolehkan Fairus menarik balik perletakan jawatannya.

Pada hari Jumaat.. SPR menangguhkan pengumuman kepada hari Isnin.. untuk memberikan masa kepada Fairus menarik balik perletakan jawatannya dan mengelak pilihanraya kecil.

Keputusan SPRM membebaskan Fairus dari semua tuduhannya dibuat oleh SPRM Putrajaya.. tanpa persetujuan SPRM Pulau Pinang. Malah SPRM Pulau Pinang yang kami hubungi pada malam 23 April memberitahu bahawa kes Fairus masih dalam siasatan dan mereka tidak tahu menahu tentang keputusan SPRM Putrajaya membersihkan Fairus.

Apabila Fairus masih dengan keputusannya untuk meletak jawatan.. UBN mati akal.. dan pada 27hb April.. SPR terpaksa mengumumkan tarikh PRK Penanti.

Walaupun Najib mengumumkan PRK Penanti membazir..tetapi dalam diam mereka bersedia untuk bertanding. Dan arahan telah diberikan kepada semua ajensi kerajaan untuk bersiap sedia.

Pada 1 Mei.. semasa kami ke Penanti… Umno sudah menaikkan bendera mereka di Penanti. Beberapa hari kemudian, Shahrizat dan Khairy sudah mula turun padang berjumpa petugas-petugas. Pasukan Polis juga sudah bersedia untuk turun dengan pasukan yang besar… mungkin ribuan anggota.

Dalam posting yang lalu… aku cerita tentang SUBTEK yang kecil kerana UBN tidak bertanding.. tetapi semalam baru aku mendapat tahu… PDRM sebenarnya sudah bersedia dengan pasukan yang cukup besar untuk bertugas di Penanti.

Kepada mereka yang tinggal di Penanti mungkin tidak menyedari tentang MASTEK yang jauh lebih besar.. tetapi mengapa diletakkan di Bukit Mertajam? Diluar kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Kalau nak tengok macam mana besarnya MASTEK ini… kena pergi Bukit Mertajam… berdekatan dengan pejabat DAP Bukit Mertajam.

Tinjauan semalam mendapati MASTEK ini masih dihuni oleh sekitar 30-50 orang SB.

Selepas PRK Penanti ini…diharapkan ada Ahli Parlimen yang akan bertanya berapakah jumlah kos polis di PRK Penanti. Sebab aku percaya… kos untuk membangunkan MASTEK ini akan menjangkau jutaan ringgit juga… sebab kontrak sudah dikeluarkan. Dan kita nak tengok adakah UBN tidak mahu membazir.. takut bertanding atau masalah mereka sendiri.

Bila mendapati UBN tak kan boleh menang di Penanti.. UBN merancang taktik kotor untuk menang. Dan Kak Min dijadikan kuda trojan untuk membawa misi ini. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah.

Hari ini..SPR dan SPRM bersama-sama menyiasat tuduhan Amina Dola. Malah siap dengan tindakan yang akan diambil sekiranya Dr. Mansor didapati bersalah!

Orang yang baca undang-undang sikit pun boleh tau Akta Pilihanraya. Tak dak kes. Tu pasai yang PKR confident sangat.

Tapi orang Penang belum rasa macam mana orang Perak rasa. PKR Penang ikut undang-undang…UBN mana ikut undang-undang!

Kalau SPR lebih berkuasa dari Speaker.. ini kan pulak Saifudin Nasution.

Semalam juga.. polis sudah bertindak keras. YB Zuraidah Kamarudin diminta hadir ka Balai Polis untuk diambil keterangan kerana menyebut perkataan Altantuya dalam ceramahnya. Di Mengkuang Titi.. polis merampas projector dan screen untuk menghalang PKR dari menunjukkan video-video kepada umum.

Macam-macam undang-undang baru diperkenalkan untuk mensabitkan PKR dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Pilihanraya… dengan tujuan untuk menyingkir Dr. Mansor dari memenangi pilihanraya ini…. secara teknikal. -perakexpress


Tamat Bagi UMNO Di DUN Ledang, Mahkamah Persekutuan Putuskan Ia Milik PAS

Mahkamah persekutuan hari ini telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi Kuala Terengganu sebelum ini dengan memberi kemenangan kepada PAS di Dun Ladang.

Dengan keputusan tersebut Dato' Tengku Hassan Omar kekal sebagai Adun Ladang.

Pada 22 sept 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Hakim Dato' Ramly Ali ketika membacakan keputusannya berkata, keputusan ini dicapai berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.

Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut membuat petisyen bagi Dun Ladang dengan menamakan Datuk Tengku Hassan sebagai responden, melalui peguamnya dari Shafee & Co.

Petisyen berkenaan telah menamakan tiga responden iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Mat Razali Kassim yang bertindak sebagai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Datuk Tengku Hassan Tengku Omar memenangi dun Ladang dalam Pru ke-12 dengan majoriti tipis 31 undi, beliau mendapat undi sebanyak 6723 menewaskan calon BN Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh.

Manek Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib Altantuya

Selepas tidak menyertai PRK Penanti PM6 Najib Razak memutuskan bahawa UBN akan menyertai PRK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Sudah dijangka UBN akan meletakkan calonnya, walaupun sebelum ini pengarah pilihanraya Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali menyarankan agar BN juga mengambil kesempatan tidak bertanding dalam PRK Manek Urai itu nanti.

Manek Urai adalah di kategerikan salah satu kawasan yang selamat di Kelantan.Semenjak keluar dari Nasional dalam PR 1978, semua tahu yang PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun dan 1 kerusi Parlimen di Kelantan.

Manek Urai tidak menunggu lama, pilihanraya umum 1986, Dun tersebut terus dirampas oleh PAS melalui Pak Su Wel ( Allayarham Ismail Yaakob). Majoriti 594 undi.

Selepas itu Pak su Wel terus memenangi kerusi tersebut kecuali pada PRU 11 2004, Pak Su wel direhatkan dari menjadi calon PAS dan nyata PAS Tewas di DUN Tersebut ketika itu dengan majoriti tipis 53 undi.

Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan semula bagaimana Pak Su Wel menang bergaya dengan majoriti yang selamat sebanyak : 1,352 undi.

Kini kerusi tersebut kosong lagi, Pak Su Wel telah tiada, kita yang masih hidup ini mesti meneruskan perjuangan ini.
PRK Manek Urai adalah PRK kedua selepas Najib Razak PM6 mengambil alih jawatan persiden Umno dan PM Malaysia melalui cara peralihanraya kuasa selepas mengugut Abdullah Badawi.

PRK ini sepatutnya merupakan hadiah kepada Najib Razak, PAS dan PR mesti gembelingkan tenaga supaya majoriti lebih memuncak seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang.Ketiga-tiga PRK tersebut melihatkan peningkatan majoriti bagi PR.Jadi dengan kemenangan yang majoriti lebih tinggi, bolehlah dijadikan hadiah kepada Najib Razak oleh PR sempena beliau menjadi PM6 dan Presiden UMno selepas beliau semacam segan dan malu untuk menerima hadiah di Penanti.

Di Manek Urai juga elok rasanya PPP sebuah parti kompenan BN mengambil peluang untuk meletakkan calon dari PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff , kerana beliau berasal dari Bahagian ini dan pernah seketika dulu memimpin pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai.Juga kalau tidak silap ingatan beliau juga pernah bertanding samada di DUN atau Parlimen di Kuala Krai sekitar 90an dulu.

Keputusan PR Dun Manik Urai Semenjak 1986 yang dimenangi oleh Pak Su Wel.
Pak Su Wel bukan berpendidikan tinggi, jauh sekali bergelar propesional.

1986 - Majoriti : 594 Undi.
1990 - Majoriti : 3608 Undi
1995 - Majoriti : 1715 Undi
1999 - Majoriti : 1518 Undi
2004 - Kalah : -53 Undi
2008 - Majoriti : 1352 Undi.
2009 - Majoriti :::: > 2000 ..InsyaAllah.
- Sebagai hadiah berharga untuk Najib Razak. -penawarrinduku

PAS UMNO Manek Urai : Penamaan Calon 6 Julai Pilihanraya 14 Julai

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 14 Julai 2009, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai 2009.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat SPR, sebentar tadi.

Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

Ismail, 60, mula memenangi kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985. Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu kira-kira jam 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 26 April lalu.

Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985.

Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi.

Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.


Kerajaan PR Perak Mangsa Ragut UMNO BN


Fahaman UMNO yang berkata ugama suku dan politik suku adalah satu kecelakaan kepada pemikiran Islam seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan mengatakan demikian UMNO telah mengajar ‘ilmu sesat’ kepada manusia sebagaimana ajaran sesat ‘Ayah Pin’.

Beliau berkata, titik persamaan perjuangan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Katanya, samada UMNO berlawan atau tidak dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kerja melaksanakan keadilan sebagaimana kehendak Allah mesti ditunaikan.

“Samada UMNO lawan atau tak lawan, kewajipan kita, kerja kita ialah mejalankan (keadilan sebagaimana) kehendak Allah Ta’ala, dengan PKR pun tak bercanggah, dengan DAP pun tak bercanggah,

“parti mana, manusia mana (yang) hendak kepada kezaliman lawan keadilan,”ujarnya dalam ceramah pilihanraya kecil DUN Penanti, disini semalam.

Katanya, dalam krisis politik yang berlaku di negeri Perak, UMNO telah melakukan kezaliman dengan meragut kemenangan rakyat.

“Dengan apa yang berlaku di Perak, adil ke?,

“kita buat (masuk) pilihanraya, menang Pakatan Rakyat, mari hamba Allah UMNO ragut kemenangan yang diberi oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat,”katanya dengan memberi misalan masalah yang dilakukan oleh UMNO umpama jeyah ragut yang menjadi-jadi kini.

Selain tidak melakukan keadilan, katanya, UMNO turut melakukan kezaliman dengan mengamalkan rasuah.

Katanya, di negeri Kelantan pada penggal lalu, UMNO cuba menjatuhkan kerajaan Kelamtan dengan menawarkan rasuah kepada beberapa ADUN Kelantan.

Wabak rasuah terlalu parah dalam UMNO sehingga, katanya, UMNO pernah cuba merasuah seorang ADUN Kelantan dengan menawarkan rasuah seanyak RM5 juta dalam masjid.

Oleh itu katanya, UMNO kini sudah benar-benar sakit, hilang ‘deria rasa’ dan tidak dapat membezakan diantara yang halal dan haram

“Boleh dalam masjid, kerana tak ada mukanya UMNO, boleh nak beri rasuah dalam masjid, artinya UMNO ni sudah tidak ada (deria) rasa dah,

“kalau kita orang sihat, kulit kita kita (boleh) ras, kalau nyamuk hinggap kita terasa, lalat hinggap kita terasa, UMNO tak ada rasa dah, UMNO tak ada rasa dah, halal haram, tak ada rasa dah,

“dia sakit betul dah, lumpuh dah,”jelasnya. - buletinonline


ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib Altantuya


Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.


RPK Bikin Najib Altantuya dan Rosmah Tak Senang Duduk

Sebentar tadi penulis bersama beberapa orang rakan menunaikan solat zohor di Masjid Pakistan dekat Chow Kit. Seusai solat, kami menuju ke warung Pakistan dalam kawasan masjid untuk menikmati capati, gulai kambing dan teh kapala.

Sedang enak menikmati juadah, seorang rakan memecah bicara,"Eh kau orang tengok tu, apa pasal Raja Petra ada kat sini, bukan ke dia kat Brisbane (Australia)?

"Hairan aku, kenapa dia sorang-sorang, tak nampak Kak Marina pun (Marina Lee Abdullah, isteri Raja Petra)," sambungnya lagi.

Kami masing-masing terdiam dan terpaku seketika, terus berhenti mengunyah makanan. Masing-masing menoleh kepada sosok yang dimaksudkan oleh rakan tadi.

Seorang lelaki mirip Raja Petra, bercermin mata, berbaju putih pagoda dengan seluar jeans biru. Mundar mandir di kawasan masjid, seolah-olah sedang menunggu seseorang ataupun mencari sesuatu.

Melihat sekali imbas, wajahnya hampir serupa dengan Raja Petra, tetapi lelaki itu berjambang dan agak tinggi sedikit berbanding Raja Petra.

"Eh..bukan Raja Petra lah..aku selalu jumpa dia, mana dia ada jambang," kata seorang rakan.

"Mana tau kalau-kalau dia nak elak polis, dia pakai jambang. Tapi setahu aku tak pernah pulak aku tengok Raja Petra pegang tasbih sambil berjalan-jalan dalam kawasan masjid macam tu," kata rakan lain.

"Kan polis Malaysia terbaik di dunia (the best in the world seperti kata blogger penarik beca), tak kan tak tahu Raja Petra ada kat mana," kata rakan saya.

Lelaki tersebut agaknya sedar tingkah lakunya diperkatakan, lalu berhenti seketika memandang kami. Kami buat-buat tidak memandang beliau, kami terus mengalihkan perbualan ke topik lain, sambil menikmati capati berlauk kambing.

Tiba-tiba seorang pekerja di warung tersebut menyapa lelaki berkenaan, bercakaplah mereka dalam bahasa Urdu (Pakistan) yang tidak kami fahami, kecuali sepatah dua 'acca', 'nehi' seperti dalam filem Hindustan.

"Bukan Raja Petra lah, bila pulak Raja Petra cakap Urdu," kata seorang rakan sambil ketawa.

Kami berempat turut ketawa besar. Ketawa kerana sensitiviti seorang rakan yang begitu mengikuti perkembangan Raja Petra yang sedang dicari polis sekarang ini.

Seperti laporan media, penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin dilaporkan berada di Brisbane, Australia, menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin pengendali Malaysia Today.

Marina dilaporkan bersama suaminya ke luar negara, satu tindakan yang dipercayai untuk melarikan diri daripada perbicaraan yang disifatkan oleh penulis itu sebagai tidak adil.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh baru, 2 Julai untuk sebutan kes tersebut yang sepatutnya didengar minggu ini.

Pada 23 April, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes menghasut.

Bagi penulis, persoalannya di sini, sebenarnya yang dibicarakan bukan soal Raja Petra. Persoalan yang besar ialah kebenaran atau kewujudan hubungan, yang mengaitkan Rosmah dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibu serta Abdul Razak Baginda seperti didakwa Raja Petra.

Apa pun dakwaan yang bakal dihadapi Raja Petra, beliau berjaya membuat Najib serta Rosmah terkial-kial untuk menepis hubungan dengan Altantuya dan Razak

Penulis tidak berhasrat membicarakan soal kaitan keduanya dengan kes, kerana ia sudah berada dalam kuasa perundangan. Tak pasal-pasal nanti dituduh menghina mahkamah pula.

Persoalan di mana Raja Petra berada, juga bukan persoalan yang harus dibincangkan di sini.

Persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan dan rakyat, ialah bagaimana Raja Petra mampu menggegarkan negara, sehingga mampu membuatkan orang yang paling berkuasa tidak senang duduk.

Suatu ketika Raja Petra diundang untuk berbicara dengan karyawan Harakah, diajukan persoalan kepada beliau, bagaimana tentang penapisan atau lontaran sesuatu isu yang kontroversial oleh laman web malaysiatoday.

Raja Petra memberikan respon yang mudah. Katanya beliau ibarat seorang perajurit yang menggunakan machine gun M16 bukan senapang patah.

"Saya menembak mereka (musuh) dengan berpuluh-puluh peluru. Saya tidak berasa bimbang tembakan saya tidak mengena sasaran, kerana saya tahu, satu dua peluru akan pasti menembusi musuh sehingga mereka cedera atau tewas," katanya sambil menghurai analogi.

Raja Petra seorang yang berani berhadapan dengan risiko. Beliau merupakan seorang penulis dan pejuang yang gigih.

Sama ada beliau ditangkap atau didakwa bukan kehendak kita menentukannya. Bersalah atau tidak Raja Petra menurut undang-undang Malaysia juga barangkali persoalan yang bakal menjadi pertikaian.

Hakikat yang terjadi daripada kes sebegini membuktikan bahawa, Raja Petra berjaya mengugat kepimpinan Umno-Barisan Nasional dengan dakwaan-dakwaan beliau yang konsisten dalam laman webnya.

Semoga Raja Petra terus kuat dan dilindungi Yang Maha Kuasa.- Mohd Rashidi Hassan


Ketua Umno Bhgn Pandan Didakwa Terima Rasuah RM200,000

Didalam kesibukan media massa cuba untuk menuduh gejala rasuah melanda PAS, Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.

Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.

Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.

Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Menteri Luar UMNO BN Disaman RM100 juta

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar, Anifah Aman berhubung dakwaan beliau di tawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya melompat daripada Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat.

Anifah dikatakan membuat dakwaan tersebut di Washington ketika mengadakan sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di pejabat beliau 16 Mei lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anifah tersebut dan telah mengarahkan peguam beliau, Sankara Nair menuntut supaya Menteri Luar tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan beliau.

Sankara menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta tengahari tadi



Kerajaan UMNO BN Akan Disaman GAPENA Jika Teruskan PPSMI

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengadakan perbincangan dengan peguamnya petang ini mengenai tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang didakwanya melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha duanya, Prof Madya Dr Hashim Ismail berkata, ini adalah kali pertama pihaknya bertemu peguam selepas gabungan 24 persatuan penulis itu bertegas dengan keputusannya untuk menyaman kerajaan berhubung isu tersebut.

Ia ekoran kegagalan Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI selepas tamat tarikh akhir yang diberikan oleh Gapena untuk kementerian berkenaan berbuat demikian, iaitu pada 31 Disember lalu.

Ketika dihubungi hari ini, Dr Hashim berkata pihaknya juga telah memperolehi dana yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut.

Gapena melancarkan kutipan derma kilat minggu lalu untuk membiayai kos mereka untuk mengheret kerajaan ke mahkamah.

Dr Hashim berkata, pihaknya juga mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussin minggu lalu, meminta untuk mengadakan pertemuan itu.

Beliau berkata, sehingga ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada mereka.


Ulas kenyataan menteri

"Mungkin kerana kesibukan menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, menyebabkan pertemuan itu tertangguh," tambahnya.

Dr Hashim juga menyifatkan tindakan kabinet yang akan membuat keputusan segera berhubung perkata itu sebagai positif dan selari dengan permintaan Gapena.

"Kita minta kerajaan membuat keputusan (pelaksanaan PPSMI). Memang itu pun yang kita minta," kata Dr Hashim yang juga pensyarah kanan di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

Khamis lalu, Hishammuddin mengumumkan bahawa keputusan kajian pelaksaan PPSMI akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

Hishammuddin juga dilaporkan meminta semua pihak supaya "jangan gopoh" kerana sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya akan dilaksanakan pada tahun depan.

Sementara itu, ketika mengulas tindakan NGO Cina - diketuai persatuan pendidiknya Dong Jiao Zong - yang akan turut mengadakan siri bantahan jika kerajaan gagal membuat keputusan sehingga Mac ini, Dr Hashim berkata:

"Dia (Dong Jiau Zong) ada cara dia, kita ada cara kita. Perkara ini jangan dilihat sebagai (tindakan) politik."

Kenyataan bersama

Tambahnya, NGO itu pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Gapena bagi memperjuangkan isu bersama itu.

Malah, tambah Dr Hashim, kedua -dua badan pernah bergabung membuat kenyatan bersama berhubung perkara itu.

Selain akan mengambil tindakan mahkamah, Gapena turut dilaporkan akan mengadakan "perarakan keranda" - dikenali Keranda 152 - sebagai simbol kematian bahasa jika kerajaan turut gagal membuat keputusan.

Dr Hashim dilaporkan berkata, mereka mungkin berarak dari pejabatnya di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Istana Negara, Parlimen atau balai polis bagi menyatakan bantahan mereka.

Selain Gapena, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan turut mengadakan perhimpunan raksasa 100,000 orang ala-Bersih bagi tujuan yang sama.

Beberapa tokoh bahasa dan sastera dilaporkan menyertai gabungan itu sebagai ahli jawatankuasanya induknya.

Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman. -malaysiakini


Penanti UMNO PKR : Minah Ronggeng Yang Tunggang Langgang

Ewah... ewah.... laku betul Mak Cik Minah Ronggeng akhir-akhir ni. Jika dulu tiada siapa 1 Malaysia yang kenal Mak Cik Minah, nama pun tak pernah dengar, tapi sejak jadi calon bebas, namanya tiba-tiba meletup 1 Malaysia! Cara dia meletupkan namanya sungguh mudah: cipta kontroversi. Sama ada orang mentertawakan koleksi cerita kartunnya itu hal lain. Yang penting setiap malam dengan wajah seperti orang mengantuk dengan dibantu oleh suara tergagap-gagapnya itu masuk TV.

Dan malam ini dalam Berita TV jam 8.00 malam wajah lesu Mak Cik Minah Ronggeng keluar lagi. Kali ini dia keluarkan kontroversi kedua pula - Mak Cik Minah menyatakan akan membongkar 'satu peristiwa di sebuah hotel' yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Ketika itu hati saya tertanya-tanya, "Eh, mengapa pula Datuk Zahrain? Kenapa Mak Cik tak menyerang Dr Mansor Othman, calon PKR yang bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat Penanti? Pengundi Penanti bukannya hendak memangkah Datuk Zahrain, dia tidak bertanding pun."

Yang paling mencuit hati saya bila tiba ke adegan penting dedah mendedah ni:

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di......", tiba-tiba Mak Cik Minah terlupa skrip yang barangkali dihafalnya sejak dari rumah itu, "Hotel mana...?", terdengar dia berbisik kepada seseorang di sebelahnya.

"Hotel di Nibong Tebal...Jawi", kata satu suara lelaki di sebelahnya.

"Ya...hotel di Jawi pada...pada... 2007" sambung Mak Cik Minah tergagap-gagap, "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah."

Terdengar lepas itu beberapa wartawan bertanya fakta lanjut kes yang diadukannya itu - hotel mana dan tarikh sebenar kejadian berlaku. Tapi Mak Cik Minah yang mulanya kelihatan terping-pinga kemudiannya enggan menjawab soalan itu. Mungkin skrip ceritanya belum siaplah tu, pikir saya.

Saya ketawa berdekah-dekah melihat cara Mak Cik Minah Ronggeng mempersembahkan ceritanya. Sudahlah tergagap-gagap, hilang fakta pula tu. Dalam hati saya tertanya-tanya tahukah dia Jawi itu di mana? (Jawi ialah sebuah pekan kecil di Seberang Perai Selatan). Dan jika sudah ada fakta mengenai Datuk Zahrin mengapa tidak buat pengumuman terus tadi? Atau lebih cantik mengapa tidak buat laporan terus kepada pihak berwajib selepas sahaja 'peristiwa' itu berlaku dan kena tunggu menjelang PRK Penanti? Ataukah Mak Cik Minah belum bersedia memberi jawapan kerana skrip ceritanya ketika ini belum disiapkan sepenuhnya oleh pembantunya?

Apapun, kesian Mak Cik Minah di TV tadi. Patutlah Azmin Ali menggelarnya Mak Cik Minah Ronggeng, cakap pun tergagap-gagap tunggang langgang! -pendikargunungkriang


Penanti UMNO PR : SPRM Bakal Umumkan Ada Bukti Kukuh Untuk Dakwa PKR Kerana Rasuah

MStar melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan skop siasatan dakwaan sogokan kepada calon Bebas, Aminah Abdullah dengan mengambil keterangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng.

Menurut Cheah, beliau hadir ke pejabat SPRM cawangan Seberang Perai pada pukul 4 petang tadi dan memberi keterangan kira-kira hampir dua jam.

"Saya sudah diambil keterangan berhubung rakaman suara berkenaan, mereka minta saya jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya beri kerjasama yang sepenuhnya dalam sesi berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Semalam Cheah dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah.

Pengakuan itu dibuat selepas Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualannya bersama mereka yang cuba menawarkan ganjaran termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Jelas Cheah, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Ditanya sama ada beliau hadir di pejabat SPRM memberi keterangan bersama Peter, beliau memaklumkan hadir seorang diri.

"Saya hadir seorang sahaja, Peter tidak bersama-sama dengan saya.

"Tapi saya difahamkan beliau juga dipanggil oleh SPRM untuk beri keterangan hari ini dan beliau telah hadir pada yang berasingan," katanya.

Menurut Cheah, keterangannya diambil oleh pegawai penyiasat SPRM.

Bagaimanapun mStar Online gagal untuk menghubungi Peter bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Selain itu, SPRM juga telah mengunjungi rumah Aminah bagi mendapatkan keterangan anak keduanya, Herfinie Mohd Rofi yang bertanggungjawab merakamkan gambar sewaktu Cheah dan Peter sedang makan tanpa disedari.

"Mereka datang ke rumah pukul 5 petang tadi, ada dua orang pegawai, seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mereka tanya macam mana saya boleh rakam gambar tu, sebab saya rakam dan banyak lagi," kata Herfinie kepada mStar Online.

Jelasnya, kedua-dua pegawai SPRM tersebut hadir dengan berpakaian biasa dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Aminah telah diambil keterangan selama hampir 10 jam termasuk enam jam kelmarin.