2 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Dalang Kepala Lembu Didedah

Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.

Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

"Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.

Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.

"Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik. -TVA



Era Najib Altantuya : Polis Bertindak Liar, Sidang DUN Perak Belansung Di Hotel

Polis sekali lagi bertindak liar menahan tiga Adun Pakatan Rakyat dan mencederakan seorang daripada mereka dalam kegelojohan untuk menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Turut ditangkap dan dipukul seorang wartawan dan tiga orang awam.

Meskipun menggunakan kekerasan, polis gagal menghalang sidang DUN itu. Ia tetap diadakan walaupun bukan di bawah pokok demokrasi seperti Mac lalu. Kali ini sidang diadakan di sebuah hotel kira-kira lima kilometer dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN itu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh dipukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang jurufoto akhbar Nanyang Siang Pau berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau. Turut ditahan tiga orang awam.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran.

Di hotel berkenaan, sidang dewan itu meluluskan beberapa usul termasuk menyarankan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 terhadap :

1. Speaker BN Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa menyalahguna kuasa-kuasa speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker. -TVA



Era Najib Altantuya : Zunar Nafi Tuduhan KDN

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN

1. Merujuk Berita Malaysiakini bertarikh 29 Ogos yang memetik kenyataan Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib bahawa Sepakat Efektif Sdn Bhd, iaitu syarikat milik saya akan didakwa kerana menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Menurut beliau, Sepakat Efektif didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit... Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.--- Laporan itu dipetik

Kenyataan itu merujuk kepada penerbitan sebuah majalah kartun berjudul Gedung Kartun.

2. Sebagai rekod, sebelum majalah ini diterbitkan, saya telah membuat permohonan pada 30 Jun kepada KDN untuk mendapatkan permit dan telah mematuhi semua peraturan yang disyaratkan.

Pada 3 Ogos, syarikat kami telah menghubungi pegawai KDN dan dimaklumkan permit telah lulus dan beliau meminta untuk mengambil surat penerbitan pada 14 Ogos. Pada 14 Ogos, kami pergi ke KDN untuk mengambil surat, walau bagaimana pun dimaklumkan surat belum siap.

Sehubungan itu, saya telah meminta agar nombor permit itu diberi terlebih dahulu supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja produksi, dengan anggapan bahawa apabila majalah ini dicetak dan diedarkan sepuluh hari selepas itu, sudah pasti surat rasmi permit itu akan tiba. Dan nombor itu telah diberi oleh pegawai KDN.

Dengan itu saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gedung Kartun diterbitkan dengan menggunakan permit palsu. Malahan KDN telah membuat tuduhan serius yang membawa implikasi bahawa permit bernombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 adalah rekayasa saya?

3. Saya tidak faham kenapa surat rasmi mengenai kelulusan permit Gedung Kartun sampai sekarang belum dikeluarkan oleh pihak KDN, sebaliknya mereka melakukan rampasan dan mahu mendakwa saya ke mahkamah. Bukanlah lebih baik dikeluarkan surat kepada saya dan semua masalah selesai?

4. Kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan penjelasan apakah benar beliau tidak pernah pada atau sebelum 14 Ogos
meluluskan permit dengan nombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 untuk majalah Gedung Kartun?

5. Saya juga ingin bertanya, kenapa memperolehi permit penerbitan menjadi semakin sukar? Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa media akan lebih bebas di bawah pemerintahannya? Apakah dibawah 1Malaysia, hak berkarya dan suara kartunis akan lebih dicengkam?

6. Jika melukis kartun boleh dipenjara tiga tahun, bayangkan bentuk kebebasan media dan kebebasan bersuara di negara kita.

7. Saya juga mendesak supaya akta lapuk, Akta Mesin Cetak 1948 dihapuskan.

Zunar
(Political cartoonist, Gedung Kartun Editor
1 September 2009

Era Najib Altantuya : MB Haram Yang Syok Sendiri

Menteri Besar Haram bagi kerajaan negeri Perak hari ini dibidas kerana menuduh tindakan ADUN Pakatan Rakyat mengadakan "Sidang DUN" hari ini bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.

"Mereka membuat undang-undang sendiri dan menjalankannya sendiri... mereka ini sebenarnya syok sendiri, langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah UMNO BN Peraklah yang sebenarnya syok sendiri dan tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.

Kamulah Zambry yang syok sendiri sebagai MB haram yang tidak diperkenankan oleh rakyat Perak. Jika kamu merasakan rakyat Perak menerima kamu sebagai MB, jom ayuh kita bertemu dengan rakyat di dalam pilihanraya untuk melihat samada parti kamu UMNO BN mampu untuk mendapat mandat semula untuk memerintah Perak.

Kerajaan Perak yang dipimpin oleh Zambry sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang haram, yang tidak ditegakkan melalui lunas demokrasi tetapi melalui rampasan kuasa paling jelek berlaku yang tidak menghormati suara rakyat.

Dan apabila diseru untuk membubarkan dewan undangan negeri agar kedaulatan rakyat dipulih dan dihormati, UMNO BN Perak menjadi kecut, takut dan kalut kerana mengetahui rakyat akan menghukumkan UMNO BN Perak ke lembah kekalahan dan kehinaan.

Justeru itu pandanglah wajahmu di cermin Zambry, esok lusa kamu akan tetap dihukum oleh rakyat Perak.

Era Najib Altantuya : SPR Beri Alasan Kartun - Mahfuz

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu," kata beliau, demikian lapor harakahdaily.

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

"Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

"Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

"Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

"Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

"Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat," katanya.

Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama," kata beliau.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak.

Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh yang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu.

"Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu," beliau mempersoalkan.

Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseorang ADUN tidak menghadiri sidang DUN.

"Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN," katanya.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut.



Era Najib Altantuya : Demonstran Kepala Lembu Akan Didakwa

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam – yang mengarakkan kepala lembu sebagai bantahan isu pemindahan kuil Hindu – akan duduk semeja dengan gabungan terbesar penganut agama itu Malaysia Hindu Sangam bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pertemuan petang esok itu diharapkan dapat membuka jalan penyelesaian kepada kedua-dua pihak.

Bercakap dalam sidang media selepas dikunjungi 10 wakil penduduk seksyen tersebut dan wakil NGO Melayu, Hishammuddin berjanji akan memantau perkembangan isu itu dan bersedia menjadi orang tengah bagi menjernihkan keadaan.

"Kita akan pantau. kalau mereka hendak saya jadi orang tengah, saya akan jadi orang tengah. Memang itu tanggungjawab saya. Tetapi cara mereka laporkan (kepada saya) tadi, mereka boleh selesaikannya sendiri," katanya.

Tambahnya, pertemuan ini perbincangan susulan selepas yang pertama, kelmarin.

Rombongan yang diketuai pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Mahyuddin Manaf bertemu Hishammuddin bagi membincangkan penyelesaian kes kontroversi pemindahan kuil Sri Mariaman ke seksyen tersebut dari Seksyen 19.

Rombongan itu turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam demonstrasi di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu, yang dipertikaikan banyak pihak.

Dalam pertemuan tersebut, tambah Hishammuddin, beliau dimaklumkan bahawa penganjur hanya ingin menyalurkan perasaan tidak puas hati mereka sahaja dan bukan bertujuan membangkitkan kegelisahan antara kaum.

Ditanya sama ada kumpulan tersebut akan dikecualikan daripada tindakan undang-undang, menteri dalam negeri berkata: "Tiada seorang pun mengatasi undang-undang".

Penduduk yang terlibat akan disiasat melalui proses yang sama kerana terdapat laporan polis dibuat, tambahnya.

Menafikan polis lambat bertindak menyuraikan perhimpunan minggu lalu, Hishammuddin meminta semua pihak belajar daripada insiden itu kerana tindakan seumpamanya bukan kali pertama berlaku.

"Dan ada satu insiden, kes kepala babi digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuk meninggalkannya di depan bangunan Umno, dibalut dengan bendera Umno.

"Saya hendak tekankan, jangan main-main dengan isu kaum, agama. Ia isu pokok," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis telah mengenal pasti dalang di sebalik demonstrasi berkenaan.

Polis telah mengambil 60 keterangan dalam tempoh tiga hari bagi
mengenal pasti mereka yang terbabit dalam demontrasi yang mencetuskan kontroversi itu.

"Kita tunggulah untuk hadapkan mereka ke mahkamah," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang kononnya polis tidak serius menangani isu tersebut, Musa berkata ia adalah satu dakwaan tidak berasas. -malaysiakini



Era Najib Altantuya : Polis Enggan Beri Keterangan Bertulis (updated)

Polis masih enggan memberi keterangan bertulis kepada inkuiri Suhakam yang menyiasat pencabulan hak asasi lima peguam pada Mei lalu.

Keenggan polis itu memaksa inkuiri Suhakam ditangguhkan kepada 11 September bagi membolehkan panel Suhakam mengambil tindakan lanjut.

Wakil polis Penguasa R. Munusamy menegaskan polis tidak perlu memberi kenyataan bertulis kerana akta Suhakam tidak memperuntukkan keperluan itu.

“Ia bukan bertujuan untuk melambat-lambatkan prosiding inkuiri, ini merupakan pertama kali mereka diminta memberi keterangan bertulis untuk inkuiri dan disebabkan itu mereka enggan. Tiada seksyen yang jelas mengatakan Suhakam boleh mengambil kenyataan bertulis daripada saksi.

“Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta Suhakam 1999 yang menyatakan suruhanjaya atau pegawainya untuk merekod kenyataan daripada saksi? Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta berkenaan mengatakan saksi perlu mengesahkan kenyataannya?,” katanya ketika mengemukakan hujahan.

Keengganan polis memberikan kenyataan bertulis mengejutkan Suhakam dan pihak terbabit kerana polis hanya memaklumkan pendirian itu selepas inkuiri berlangsung sekian lama.

Inkuiri itu diadakan selepas lima peguam berkenaan ditahan oleh polis semata-mata kerana cuba membebaskan anak guaman mereka yang ditahan di Balai Brickfields kerana menyertai perhimpunan menyalakan lilin bersabit krisis politik di Perak.

Kejadian itu dilihat sebagai kali pertama polis menghalang peguam daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Wakil kepada lima peguam itu, M. Puravalen berkata, mengikut seksyen 14 (1) Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendapat dan menerima kesemua bukti, bertulis atau percakapan, dan untuk memeriksa kesemua saksi yang dirasakan perlu oleh suruhanjaya.

“Sekyen 14(1)(c) Suhakam mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dana atau memeriksa orang itu sebagai saksi atau mengkehendaki mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada di dalam miliknya,” katanya.

Sementara itu, wakil Majlis Peguam Andrew Khoo berkata keterangan bertulis akan membolehkan Suhakam menilai sama ada saksi berkenaan perlu untuk hadir pada inkuiri.

Munusamy bagaimanapun membayangkan bahawa saksi polis tidak mahu terikat kepada kenyataan bertulis kerana khuatir ia akan digunakan pada perbicaraan di mahkamah.

Munusamy mengambil pendirian itu walaupun Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria berkata kenyataan bertulis kepada badan itu tidak akan digunakan untuk sebarang tindakan mahkamah.

“Mungkin ini adalah salah faham polis dengan akta Suhakam. Sebarang kenyataan semasa inkuiri tidak boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah sivil ataupun jenayah,” katanya.

Pesuruhjaya, Datuk Muhammad Shafee menetapkan 11 September bagi menetapkan sama ada polis perlu memberi keterangan bertulis kepada Suhakam.


Era Najib Altantuya : Dialog Pindaan Kuil Pada 5 Sept Di MBSA

Kerajaan Selangor akan mengadakan Dialog Awam pada 5 September ini di dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail bagaimanapun berkata, ia akan diadakan secara berperingkat-peringkat dan berkumpulan.

Katanya, ia bagi menyelesaikan masalah dan menjelaskan situasi sebenar dan mendengar pandangan serta pendapat penduduk seksyen 23 berhubung isu berkenaan.

“Kita akan buat dialog berkumpulan, pada 5 hb ini, akan jumpa penduduk Seksyen 23 sahaja, selepas itu akan panggil dialog kedua bersama leaders community, kita akan panggil ahli majlis, adun, MPS, ketua-ketua penduduk sekitar Shah Alam, orang-orang besar daerah, ketiga kita akan buat dialog dengan NGO dan media tambah lagi dialog-dialog yang lain.

“Kita nak tunjukkan takde apa nak sorokkan, kita jelas, boleh datang, mereka dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Menurut Rodziah, dialog pertama yang akan diadakan ini adalah khusus bagi penduduk Seksyen 23 adalah kerana mahu ia lebih jelas serta penduduk dapat bersemuka secara lebih dekat.

Di samping itu, kerajaan negeri Selangor turut akan menghantar surat kepada menteri di kerajaan persekutuan yang terbabit dalam isu ini bagi memberi penjelasan berhubung perkara sebenar dan menunjukkan ketelusan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan.

“Kita juga akan menghantar surat kepada pihak menteri yang telah ada interest atau bercakap dlam isu ini iaitu kepada Datuk Hishamuddin, Datuk Noh Omar dan juga kepada MP Ibrahim Ali, beri surat penjelasan apa yang berlaku dan situasi pada ketika ini kita buat dialog dan hantar surat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemindahan kuil tersebut tetap akan dilakukan, bagaimanapun keputusan akan dibuat selepas dialog awam diadakan.

Katanya, masalah kuil ini telah timbul sejak pemerintahan Barisan Nasional dan kini kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat cuba menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Nak memindahkan ini sudah 20 tahun, tapi cakap tak serupa bikin, tak tahu mana nak pindahkan, jadi oleh sebab itulah kerajaan negeri sekarang mengambil keputusan mencari tempat untuk memindahkan, melihat persekitaran shah alam.

“Dulu mereka dah janji, tapi tak laksanakan, jadi saya datang dan cari jalan untuk pindah dan saya akan terangkan mengapa keputusan pemindahan itu kita lakukan beserta dengan kajian bagaimana kita lakukan, bukan suka-suka nak pindahkan,” katanya.



Era Najib Altantuya : Jurufoto Dikasari Bukti Polis Perak Gila

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi.

Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis eksekutif NUJ berkata Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

Stanley adalah antara tujuh orang yang ditangkap polis pagi tadi.

Tiga daripada mereka adalah ADUN Pakatan Rakyat - Datuk Ngeh Koo Ham (Setiawan), Keshvinder Singh (Malim Nawar) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai). Tiga lagi yang itangkap ialah orang awam. -malaysiakini

Era Najib ALtantuya : Nasib Badrul Ditentukan Lepas Raya

Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat akan diketahui selepas hari raya nanti, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Beliau berkata Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai Adun dengan berkesan.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan menjawab ketika ditanya sama ada Badrul Hisham akan dikenakan tindakan disiplin atau kerusi yang disandangnya itu akan dikosongkan.

"Keputusan akan dibuat selepas mengambil kira perbincangan yang diadakan dengan Badrul sendiri dan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat esco kerajaan negeri di sini , Rabu.

Abdul Khalid berkata Badrul Hisham kini dalam keadaan uzur dan tidak dapat bersama-sama beliau dalam program Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat di sebuah masjid di Pandamaran minggu lepas.

"Badrul masih lagi menerima elaun dan gajinya walaupun tugas beliau sebagai wakil rakyat dibantu oleh rakan-rakan Adun lain," katanya.

Era Najib Altantuya : Polis Lambatkan Inkuiri SUHAKAM

Polis masih enggan memberi keterangan bertulis kepada inkuiri Suhakam yang menyiasat pencabulan hak asasi lima peguam pada Mei lalu.

Keenggan polis itu memaksa inkuiri Suhakam ditangguhkan kepada 11 September bagi membolehkan panel Suhakam mengambil tindakan lanjut.

Wakil polis Penguasa R. Munusamy menegaskan polis tidak perlu memberi kenyataan bertulis kerana akta Suhakam tidak memperuntukkan keperluan itu.

“Ia bukan bertujuan untuk melambat-lambatkan prosiding inkuiri, ini merupakan pertama kali mereka diminta memberi keterangan bertulis untuk inkuiri dan disebabkan itu mereka enggan. Tiada seksyen yang jelas mengatakan Suhakam boleh mengambil kenyataan bertulis daripada saksi.

“Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta Suhakam 1999 yang menyatakan suruhanjaya atau pegawainya untuk merekod kenyataan daripada saksi? Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta berkenaan mengatakan saksi perlu mengesahkan kenyataannya?,” katanya ketika mengemukakan hujahan.

Keengganan polis memberikan kenyataan bertulis mengejutkan Suhakam dan pihak terbabit kerana polis hanya memaklumkan pendirian itu selepas inkuiri berlangsung sekian lama.

Inkuiri itu diadakan selepas lima peguam berkenaan ditahan oleh polis semata-mata kerana cuba membebaskan anak guaman mereka yang ditahan di Balai Brickfields kerana menyertai perhimpunan menyalakan lilin bersabit krisis politik di Perak.

Kejadian itu dilihat sebagai kali pertama polis menghalang peguam daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Wakil kepada lima peguam itu, M. Puravalen berkata, mengikut seksyen 14 (1) Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendapat dan menerima kesemua bukti, bertulis atau percakapan, dan untuk memeriksa kesemua saksi yang dirasakan perlu oleh suruhanjaya.

“Sekyen 14(1)(c) Suhakam mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dana atau memeriksa orang itu sebagai saksi atau mengkehendaki mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada di dalam miliknya,” katanya.

Sementara itu, wakil Majlis Peguam Andrew Khoo berkata keterangan bertulis akan membolehkan Suhakam menilai sama ada saksi berkenaan perlu untuk hadir pada inkuiri.

Munusamy bagaimanapun membayangkan bahawa saksi polis tidak mahu terikat kepada kenyataan bertulis kerana khuatir ia akan digunakan pada perbicaraan di mahkamah.

Munusamy mengambil pendirian itu walaupun Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria berkata kenyataan bertulis kepada badan itu tidak akan digunakan untuk sebarang tindakan mahkamah.

“Mungkin ini adalah salah faham polis dengan akta Suhakam. Sebarang kenyataan semasa inkuiri tidak boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah sivil ataupun jenayah,” katanya.

Pesuruhjaya, Datuk Muhammad Shafee menetapkan 11 September bagi menetapkan sama ada polis perlu memberi keterangan bertulis kepada Suhakam. -TVA

Era Najib Altantuya : Siputeh - Wibawa SPR Disangsi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil untuk kerusi DUN Kota Siputeh yang dimiliki Umno, sudah dijangkakan.

Namun keputusan itu hanya menzahirkan lagi kesangsian rakyat terhadap kewibawaan SPR sebagai badan yang bebas dari pengaruh politik.

Anwar berkata keputusan SPR mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh sekali lagi mengingkari hak speaker memutuskan kelayakan seseorang ADUN mahupun ahli parlimen.

"Keputusan SPR tidak mengejutkan. Kita tidak jangkan SPR akan memihak kepada keputusan speaker tetapi kita kena faham, saya faham keputusan mengenai kedudukan ADUN adalah keputusan muktamad speaker. Keputusan kedudukan ahli parlimen juga keputusan muktamad speaker. Seandainya perkara ini dipertikaikan, harus dicabar di mahkamah" kata Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa telah hilang keanggotaannya.

Abu Hassan, Ketua UMNO bahagian Jerlun itu dikatakan telah hilang kelayakannya kerana gagal menghadiri sidang DUN secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, sebagaimana di Perak, keputusan speaker Pakaran Rakyat di Kedah juga ditolak oleh SPR walaupun keputusan itu dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri.

Seksyen 51 dalam Perlembagaan Negeri menjelaskan anggota DUN yang tidak hadir ke sidang DUN secara dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya serta hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Anwar pula menyifatkan apa yang berlaku di Kedah sebagai sama dengan layanan SPR terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.

"Selalunya SPR itu dianggap bertindak di atas jalur hukum tetapi kali ini, sekali lagi seperti kes di Perak, SPR nampak tidak menghormati jalur hukum dan Menteri Besar Kedah telah memaklumkan bahawa mereka akan mencabar keputusan SPR di mahkamah. Wallahua'alam" tambah beliau. -TVA



Era Najib Altantuya : Rakyat Tetap Pilih Pakatan Rakyat

Banyak pihak hari ini mengakui bahawa jika pilihanraya negeri Perak diadakan pada waktu ini, Pakatan rakyat mampu mengekalkan kerajaannya yang telah dirampas oleh UMNO BN.

Hal ini berdasarkan kepada senario keputusan pilihanraya kecil yang berlaku di seluruh negara selepas kemelut politik Perak berlaku pada awal tahun ini.

Hal ini ditambah pula dengan kezaliman polis di dalam setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dimana polis-polis ini akan mencari peluang untuk memukul, membelasan dan menangkap anggota Pakatan Rakyat dan ini menyebabkan rakyat menjadi bertambah simpati kepada PR dan bencikan BN.

Sekalipun BN menyatakan bahawa mereka adalah kerajaan yang sah di Perak, namun legitimasinya tetap dipersoalkan dan rakyat tetap tidak akan menerima sesbuah kerajaan yang tidak dibentuk dari pilihan mereka.

Sekalipun Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan perlantikan Menteri Besar yang kemudiannya dilucutkan oleh keputusan Mahkamah Tinggi, namun Zambry yang kemudiannya berjaya di dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan jelas menunjukkan Zambbry tidak mempunyai asas kekuatan sebagai Menteri Besar kerana tidak mengetuai kerajaan yang dipilih rakyat. Kalau boleh dikatakan beliau hanyalah mengetuai sebuah kerajaan haram selepas rampasan kuasa.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, kerajaan BN Perak hari ini bukan sebuah kerajaan yang diterima oleh rakyat. Ia terebntuk dari coup de tat (rampasan kuasa) oleh seornag Perdana Menteri yang gila kuasa bernama Najib Tun Razak.

Lambat laun, yang benar itu akan kembali kepada haknya. Pakatan Rakyat akan tetap memperolehi kerajaan Peraknya semula.


Era Najib Altantuya : 3 Usul Diluluskan Dalam Sidang DUN Perak

Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.

Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:


1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

3. Meluluskan keanggotaan tiga jawatankuasa legislatif — hak dan keistimewaan, arahan tetap dan perakauanan awam — dengan pencalonan seorang anggota BN bagi setiap jawatankuasa.

Satu usul tergempar diluluskan mengecamkan tindakan polis pagi ini dan juga peranan yang dimainkan oleh pentadbiran BN menghalang ADUN dari memasuki dewan juga diluluskan.


Laporan akan dikemaskinikan

Era Najib Altantuya : Polis Bertindak Binatang Di Bulan Puasa

SSorang Adun dikasari polis sehingga terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital apabila polis menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Adun Malim Nawar Keshvinder Singh di pukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang wartawan apabila polis menggunakan kekerasan untuk menghalang sidang DUN itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran. -tva



Era Najib Altantuya : Anwar Selar Pendakwaraya Lengahkan Perbicaraan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara menyerahkan dokumen yang perlu untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaan beliau terhadap tuduhan liwat.

Pendakwaraya hari ini sekali lagi meminta Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan bersabit penyerahan dokumen itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 3 November ini untuk menimbang semula perkara berkenaan, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang akan bersidang 23 Oktober bagi mendengar permohonan pendakwaraya membatalkan penyerahan bukti-bukti itu.

"Yang memohon untuk menangguhkan itu adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai", kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim" tambah Anwar.

Antara bahan bukti yang dituntut oleh Anwar ialah rakaman video keselamatan di tempat kejadian, bukti-bukti DNA dan keterangan saksi serta Saiful sendiri.
Anwar berkata setelah mengenakan pertuduhan liwat terhadapnya untuk kali kedua, pendakwaraya sengaja melewat-lewatkan perbicaraan atas alasan-alasan yang menafikan keadilan kepada beliau.

"Pendakwa memohon kepada mahkmah untuk menangguhkan sidang kes sehingga selesai permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian permohonan itu hanya akan didengar pada Oktober oleh Mahkamah Rayuan. Maka oleh itu, mereka memohon supaya sidang dijalankan pada awal November" kata Anwar.

Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno,
Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. -TVA



Era Najib Altantuya : Kemaskini - 3 ADUN Perak Ditahan

Gelombang politik Perak masih terus bergelora apabila polis masih meneruskan kerja-kerja menghalang ADUN Perak daripada bersidang.

Tiga orang ahli dewan undangan negeri telah ditahan. Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai

Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Beberapa yang lain turut ditahan. Dianggarkan 50 orang penyokong Pakatan rakyat telah ditahan.

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Pemerhati politik berpendapat dengan tindakan polis yang dilakukan pada hari ini ke atas pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, rakyat akan terus menolak kerajaan Barisan Nasional pada bila-bila masa pilihanraya diadakan semula.



Era Najib Altantuya : Sidang DUN Bermula

Laporan Terkini Sidang DUN Perak.

Sivakumar telah mengumumkan bahawa sidang DUN akan tetap berjalan dan lokasinya dipindahkan ke Hotel Heritage.

11.45 pagi: 'Sidang Dewan' bermula dengan kemasukan Sivakumar ke dalam 'dewan' yang sebenarnya merupakan sebuah bilik majlis di hotel. Sivakumar kini sedang mempengerusikan 'sidang' Dewan diserta 23 anggota ADUN yang lain.

11 pagi: Mohammad Nizar, Sivakumar dan beberapa wakil rakyat cuba memasuki ibu pejabat FRU di Sungai Senam untuk bertemu dengan wakil rakyat yang ditahan.

10.30 pagi: Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi. Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.



Watch live video from bilikmediaperak's channel on Justin.tv



Era Najib Altantuya : 3 ADUN Perak Ditahan

Gelombang politik Perak masih terus bergelora apabila polis masih meneruskan kerja-kerja menghalang ADUN Perak daripada bersidang.

Tiga orang ahli dewan undangan negeri telah ditahan. Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai

Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Beberapa yang lain turut ditahan. Dianggarkan 50 orang penyokong Pakatan rakyat telah ditahan.

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Pemerhati politik berpendapat dengan tindakan polis yang dilakukan pada hari ini ke atas pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, rakyat akan terus menolak kerajaan Barisan Nasional pada bila-bila masa pilihanraya diadakan semula.



Era Najib Altantuya : Senario Politik Perak Mencatat Beberapa Rekod Dunia

Pelbagai senario menarik melanda Perak dari awal tahun 2008 sehinggalah penghujung Ogos. Perkembangan politik negeri tersebut mencuri tumpuan rakyat Malaysia malah turut mencatatkan beberapa rekod dunia yang julung-julung kalinya berlaku di Malaysia.

Semuanya bermula sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu apabila Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 dari 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

Pada 17 Mac 2008 memperlihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Selepas itu, seluruh negara dikejutkan oleh isu lompat melompat yang berlaku di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, episod bermula apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar dari Umno dan masuk Parti Keadilan Rakyat maka bermulalah drama lompat melompat parti di Perak.

Melalui senario politik Perak ini, beberapa rekod dunia yang telah dicatatkan:


- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.

- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.

- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.

- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.

- Speaker dinafikan kuasa: Sidang DUN Perak 7 Mei tidak sah malah mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker Sivakumar malah pelbagai arahan dan perintah daripada Setiausaha DUN, Abdullah Antung Sabri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang tidak mempunyai autoriti.

- Speaker diseret dari kerusinya: Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh beberapa anggota polis, gara-gara sidang DUN "disambung" oleh "Speaker Baru" lantikan BN.

- Berpuluh-puluh polis mencemarkan DUN: Kira-kira 50 anggota polis memasuki Dewan dan mengelilingi tempat duduk dan dengan bantuan bentara menarik keluar Speaker Sivakumar.

- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.

- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak. -TVA

Era Najib Altantuya : Sidang DUN Perak (Tertunda)

Live Dari Perak.
Sidang DUN Perak.

10.25 : Sidang DUN mungkin tidak dapat dijalankan kerana halangan polis dan FRU. SEKIAN

10.23 : Polis dan FRU mula melonggarkan kawalan.

10. 22 : Situasi mula tenang kembali

10.20 :Trak yg membawa adun2 pr mula bergerak ke balai polis

10.18 : Adun Aulong di tangkap.

10.17 : Kelihatan seperti sidang dun kali ini tidak dapat dijalankan oleh pakatan rakyat.

10.16 : Adun2 pr mula memberi ucapan di hadapan wisma dap. Ada yg naik keatas juga.

10.12 : Adun Simpang Pulai di tangkap.

10.11 : Semakin ramai ditangkap pd ketika ini.

10.10 : Polis dan fru mula mengejar penyokong.

S10.09 : Penyokong2 dan aduan pr mula berundur.

10.08 : Dato ngeh koh ham di tgkp.

10.06 : Perbincangan antara adun2 pr dgn pegawai polis masih belum berjalan.

10.04 : Adun2 pr sedang berbincang dengan pegawai polis.

10.03 : Adun2 pr masih belum melepasi halangan pertama polis.

10.01 : Penyokong sedang bertempur.Terdpt juga penyokong bn yang melaungkan daulat tuanku.

10.00 : Penyokong PR mula bertempur dgn polis. Ada yang ditangkap.

9.59 : Polis diarahkan standby oleh Pegawai Polis

9.57 : Polis mula mengarahkan bersurai..Fru membuat hadangan dihadapan adun2 PR. Halangan kedua pula menanti dihadapan andai dapat melepasi.


9.58 :Kenderaan cannon FRU juga diletakkan betul2 dihadapan pintu SUK.
9.56 : kelihatan adun2 pr mula di halang. msih jauh lg hndak sampai ke depan suk

9.52 : polis dan fru mula mengambil tempat

9.48 : Adun2 pakatan Rakyat mula bergerak ke SUK.Pegawai Polis mula mengambil tempat.

9.45 : Sorakan hidup! Hidup! oleh adun2 PR.Tepukan diberikan oleh para penyokong. Semakin ramai penyokong berada dihadapan wisma DAP.

9.42 : Adun2 pakatan rakyat sudah turun dr wisma DAP
9.33 : Di bawah pokok demokrasi, hanya terdapat van polis dan polis. Tiada sebarang penyokong2 BN. Mereka dilaporkan hendak membuat perhimpunan di bawah pokok itu

9.30 : kedengaran penyokong menjerit takbir dihadapanwisma DAP

9.26 : situasi masih lagi dalam keadaan tenang buat masa ini di hadapan wisma DAP.

9.16 : Adun2 pakatan rakyat masih belum berarak ke SUK lagi. Gambar akan di upload nanti.

9.08 : kelihatan adun2 pakatan rakyat yang lain bru tiba

9.07 : Pegawai2 tnggi polis juga telah bkumpul di tepi kedai mkn di bwh wisma DAP

8.52 : FRU telah mula siap sedia mencari tempat.

8.47 : Dato' Seri Nizar baru sahaja beredar. Kemungkinan untuk keatas wisma DAP. Para penyokong memberi tepukan kepada Dato' Seri Nizar.

8.43 : Dato' Seri Nizar baru tiba.

8.35elihatan ramai pemberita dan bloggers di jalan. Gambar akan di upload nanti.

8.20 : situasi ketika ini masih tenang lagi. Difahamkan hari ini juga, penyokong BN akan membuat perhimpunan di bawah pokok demokrasi bagi membantah sidang DUN ini.

8.09 : setiap kereta yang masuk di periksa. hanya staf dibnrkan msuk...
pelawat suk di arahkan parking di luar

8.02 : Kelihatan polis memasang pagar berduri di hadapan wisma DAP

7.48 : Askum semua.. LIVE kite akan bermula sebentar lagi. Pada asaat ini, POLIS sudah mengepung seluruh SUK (PR vs BN)

-laporan pr-vs-bn

Era Najib Altantuya : Siputeh, Kedah Tidak Berdiam Diri

Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

“Kita mahu kepastian sama ada SPR (keputusan) betul tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker,” katanya.

Baru-baru ini, Speaker DUN Dr Abdul Isa Ismail mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong ekoran ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya, arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lepas.

Abu Hassan bagaimanapun mendakwa beliau tidak dapat hadir ke persidangan DUN kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal.

Sementara itu, Abu Hassan ketika ditemui berkata, beliau bertekad menjadikan insiden ketidakhadirannya pada dua sesi sidang DUN tanpa notis awal kepada Speaker DUN sebagai iktibar meningkatkan khidmatnya kepada rakyat.

“Saya yakin saya tidak bersalah dan saya serahkan segalanya kepada Allah. Akhirnya Tuhan menunjukkan kebenaran dan memberi ruang kepada saya untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada rakyat DUN Kota Siputeh dan Parlimen Jerlun,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan lewat petang semalam mengisytiharkan Abu Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun kekal sebagai ADUN Kota Siputeh.

Era Najib Altantuya : Terlepas Siputeh, Jerlun Menanti?

DUN Kota Seputeh kekal, tapi AP Jerlun dalam perhatian ....

1. Speaker Perak, V. Sivakumar telah mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebaik ADUN-ADUN berkenaan melanggar ‘Aku Janji Istana’.

2. SPR menolak pengistiharan kekosongan oleh Speaker Perak. SPR secara langsung telah mengesahkan penderhakaan suruhanjaya ini kepada Sultan Perak kerana tidak menghormati ‘Aku Janji Istana’. Untuk makluman, ‘Aku Janji Istana’ ini dibuat atas kehendak istana sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Perak.

3. Kekecewaan rakyat Perak untuk PRK di tiga DUN tersebut terubat apabila AP Bukit Gantang kembali ke rahmatullah. Salah satu DUN yang terlibat iaitu DUN Changkat Jering terletak dalam Parlimen Bukit Gantang.

4. Dalam PRK Bukit Gantang, PR melalui calonnya MB Nizar menang dengan majoriti yang bertambah. DUN Changkat Jering kekal dimenangi oleh PR.

5. Di Kedah pula, Speaker Dr. Md Isa telah menghantar surat yang membawa kepada maksud bahawa kerusi DUN Kota Seputeh telah kosong apabila ADUNnya telah hilang hak sebagai ADUN setelah gagal menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan, yakni selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kedah.

6. SPR menolak untuk mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh. SPR dengan jelas telah mencabul Undang-Undang Tubuh Kedah. Pencabulan ini juga membawa maksud SPR telah derhaka kepada Sultan Kedah.

7. Sebagai penawar, mungkinkah akan ada PRK baru di Kedah sebagai ganti PRK yang sepatutnya diadakan di DUN Kota Seputeh. DUN Kota Seputeh terletak dalam Parlimen Jerlun. Apakah akan ada PRK di Parlimen Jerlun dalam waktu terdekat ini?

8. Oppss.. sapa kenai AP Jerlun? -dango mamamat

Era Najib Altantuya : Formula Pekan Rancak Pindahkan Undi Untuk Najib

Lagi projek "Formula Pekan" Najib memindah undi. Apabila siap sepenuh kelak Kem Batalion 4/405 (AW) Pekan akan menempatkan lebih 2,000 anggota tentera serta keluarga yang dipindahkan dari kem sedia ada di Taman Gelora, Kuantan.

Kem tentera ini kini berada dalam kawasan Parlimen Kuantan. Pemindahan ini bermakna Najib akan mendapat tambahan lebih 2,000 undi dari kem tersebut.

Sebelum ini ketika proses persempadanan semula yamg dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004, Suruhanjaya Pilihan Raya telah diarah untuk mewujudkan DUN yang dikenali sebagai Pulau Manis.

DUN itu di cipta melalui pengambilan sebahagian daripada kawasan Parlimen Kuantan. Kem Tentera Batu 10 yang dahulunya terletak dalam Parlimen Kuantan kini berada dalam DUN Pulau Manis.

Hasilnya Najib memperolehi lebih 13,000 undi pos pada PRU 2004.

Minggu lalu Suara Keadilan mendedahkan bagaimana Najib membela lebih 2,000 pendatang asing Rohingya dari Myanmar di sebuah penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sg Miang, Pekan untuk tujuan politik beliau.

Era Najib Altantuya : Ipoh Semacam Medan Perang Pagi Ini

Kawasan di sekitar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertukar menjadi seumpama sebuah medan perang apabila ianya dipenuhi dan di kawal oleh Unit FRU Polis yang telah siap sedia menghalang persidangan dewan undangan negeri yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak yang sah, V.Sivakumar.

V.Sivakumar semalam menyatalan akan tetap meneruskan sidang DUN hari ini biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh semalam menolak permohonan injunksinya, lapor harakahdaily

Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula.

Dalam sidang media selepas itu, Sivakumar memberitahu, persidangan DUN Perak akan tetap diadakan esok walaupun permohonan injunksinya ditolak mahkamah.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang.

"Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar.

Ditanya samada beliau tetap akan memasuki Dewan DUN esok, Sivakumar berkata ianya sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi.

"saya memang nak bersidang di dalam Dewan Negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi.

Siva dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan.

Turut dipohon supaya defenden tidak menghalangnya menggunakan pejabat dan menjalankan tugas sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.

Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan dan pencerobohan daripada pihak defendan dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya.

Permohonan itu dibuat mengelak kejadian Mac lalu daripada berulang. Pada 3 Mac lalu, Sivakumar beserta kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak telah dihalang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim beserta agen-agennya termasuk pihak polis dari memasuki bangunan SUK untuk mengadakan persidangan DUN.

Ekoran kejadian itu, kesemua ADUN Pakatan Rakyat tersebut bertindak mengadakan sidang DUN di bawah pokok.

Esok sekali lagi bakal menyaksikan episod lanjutan krisis perlembagaan Perak. ADUN Pakatan rakyat telahpun menyatakan komitmen untuk hadir seperti notis yang telah dikeluarkan Speker V.Sivakumar sebelum ini.

Mengulas samada suasana esok akan sama seperti yang berlaku Mac lalu, Sivakumar memberi kata begini,

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat sahaja esok," katanya.

Era Najib Altantuya : Dendam Membara Siputeh Yang Dizalimi SPR Di Bulan Ramadhan

Memalukan institusi eksekutif, bilamana SPR dengan bangga mengumukan tiada kekosongan berlaku.

Kenyataan akhbar 18 Perkara oleh SPR adalah bermain dengan berselindung istilah dan kesalahafahaman atau tidak tepat tafsiran speaker.

Dalam dunia Malaysia, orang yang paling tepat menafsir meramal dan mentelaah undang-undang adalah UMNO. UMNO cukup serba tahu dan amt terlalu tahu terhadap apa yang orang semua tahu.

Maka dalam terlebih tahu, menampakkan UMNO memberitahu dan membohongi atas apa yang semua orang tahu. Itulah UMNO parti penipus (tambah s) sejak dulu, kini dan selamanya.

Maka ucapkankan UMNO selamatlah kamu untuk dikuburkan ! -perantau90


Ulasan GB

Sekalipun SPR telah membuat keputusannya untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi Kota Siputeh, rakyat akan tetap mengingatinya dan ia akan dijadikan "tunggakan" yang perlu diselesaikan di dalam mana-mana pilihanraya kecil selepas ini.



Selasa September 1, 2009
DUN KOTA SIPUTEH: KENYATAAN AKHBAR SPR
BERIKUT ialah kenyataan akhbar penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung status Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.3 KOTA SIPUTEH, KEDAH

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah pada 17 Ogos 2009 yang menyatakan terdapat kekosongan luar jangka di bawah Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, YB Dato’ Hasan bin Sarif dikatakan telah gagal hadir dalam Dewan Undangan Negeri dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut.

2. Sehubungan dengan itu, SPR pada hari ini, 01 September 2009 telah mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan perkara tersebut. Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyatakan jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong.

3. Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, memberi SPR kuasa untuk memastikan jika ada berlakunya kekosongan luar jangka dan tarikh berlakunya kekosongan luar jangka itu.

4. Dalam menjalankan kuasanya di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR perlu menentukan bahawa ADUN Kota Siputeh itu tidak hadir di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut dan ADUN itu diberi peluang untuk menjelaskan keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut.

5. Berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan, ADUN Kota Siputeh telah tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri pada 19 April 2009 dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri pada 9 Ogos 2009.

6. Berdasarkan ketidakhadiran tersebut Speaker telah memaklumkan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah melalui surat bertarikh 17 Ogos 2009 bahawa kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh menjadi kosong menurut Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

7. Dalam memutuskan isu ketidakhadiran di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut, takrif perkataan “mesyuarat” (meeting), “penggal persidangan” (session) dan “persidangan” (sitting) telah diberi perhatian dan pentafsirannya menurut Perkara 2 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan Peraturan 96 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Bagi memperlengkap tafsiran kepada perkataan yang tersebut di atas, Fasal (1) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman juga telah dirujuk.

8. Menurut Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (K.P.U.5/2009) DYMM Sultan Kedah telah mengisytiharkan bahawa 19 April 2009 pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah. Di bawah Warta Kerajaan (K.P.U. 10/2009) pula, DYMM Sultan Kedah telah mengisytiharkan bahawa 9 Ogos 2009 pada pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah.

9. P. Ramanatha Aiyar di dalam buku beliau, The Law Lexicon – The Encyclopaedic Law Dictionary with Legal Maxims, Latin Terms, Words & Phrases, Edisi Kedua, Cetakan Semula 2007 (Wadhwa and Company Nagpur, Law PUblisher) di muka surat 386, telah menakrifkan perkataan consecutive meetings ertinya Meetings, one immediately following the other.

10. Berdasarkan kepada perenggan 8 di atas dan takrif perkataan “consecutive meetings”, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah “consecutive meetings” dalam erti kata Perkara 51.

11. Sehubungan dengan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa ADUN tersebut tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut. Ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan. Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. (Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama 3 bulan 20 hari).

12. Bagi isu sama ada ADUN Kota Siputeh diberi peluang untuk menjelaskan keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2009, SPR telah meneliti surat daripada ADUN Kota Siputeh kepada Speaker bertarikh 10 Ogos 2009 yang memohon maaf kerana tiada dapat hadir dalam sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama-sama surat tersebut turut dilampirkan Surat Cuti Sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 Ogos 2009 hingga 10 Ogos 2009 dan kenyataan bahawa beliau telah menghantar sms kepada Ketua Pembangkang memaklumkan ketidakhadiran beliau pada sidang Dewan hari tersebut kerana sakit dada.

13. Berdasarkan dokumen yang ada dan setelah meneliti fakta ketidakhadiran ADUN Kota Siputeh pada 9 Ogos 2009, SPR mendapati bahawa ketidakhadirannya itu adalah disebabkan beliau sakit berdasarkan kepada Surat Cuti Sakit yang dilampirkan pada surat kepada Speaker yang bertarikh 10 Ogos 2009. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa maklumat yang diterima oleh SPR sama ada penjelasan tersebut telah diberi pertimbangan atau sebaliknya.

14. Di samping itu tiada maklumat yang diterima oleh SPR berhubung dengan rujukan oleh Speaker mahu pun ADUN Kota Siputeh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di bawah Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

15. Ini adalah kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mempunyai kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman untuk menimbangkan kuasa-kuasa, hak dan kebebasan Dewan. Kuasa Speaker untuk memberikan kebenaran kepada ADUN tidak hadir dalam mesyuarat Dewan kerana sakit merupakan satu dari perkara yang terangkum dalam kuasa, hak dan kebebasan Dewan. Erskine Mya’s Treatise On The Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament, di muka surat 75 menjelaskan erti What Constitutes Privelege sebagai other such rights and immunities such as the power to punish for contempt and the power to regulate its own constitution belong primarily to each House as a collective body, for the protection of its Members and the vindication of its own authority and dignity.

16. Oleh sebab tidak terdapat mana-mana peruntukan dalam undang-undang dan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan, maka isu berhubung dengan ketidakhadiran ADUN kerana cuti sakit wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan bagi menjelaskan sama ada alasan sakit yang diberi setelah Dewan bersidang boleh diterima oleh Speaker. Maka SPR berpendapat bahawa Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah telah tidak dirujuk langsung bagi membantu SPR dalam memutuskan dan menghilangkan apa-apa keraguan di pihak SPR berhubung dengan isu yang dinyatakan dalam perenggan 12.

17. Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR memutuskan bahawa Mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman. Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza (Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama 3 bulan 20 hari). Surat Cuti Sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009. SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar Surat Cuti Sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan Surat Cuti Sakit itu terbatal. SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh.”.


18. SPR juga memutuskan bahawa kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh masih disandang oleh YB. Dato’ Abu Hassan b. Sarif yang beliau menangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.
Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
01 September 2009




Era Najib Altantuya : Hishamuddin Asyik Berbohong

Entah untuk keberapa kali, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berbohong, dengan kali ini berkaitan ketiadaan tukang sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan minum arak.

Beliau melalui media arus perdana mendakwa Jabatan Penjara tiada kepakaran melaksanakan hukuman sebat syariah sedangkan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan sebaliknya.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip pada satu sidang media, menyatakan hukuman sebat pernah dijalankan di Pangkalan Chepa, Kelantan beberapa tahun lalu membabitkan pesalah lelaki.

Malah, katanya, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) April lalu, Jabatan Penjara ada diberi makluman yang pegawainya menyatakan mereka dilatih melakukan sebatan.

Kenyataan itu berbeza dengan Hishammuddin yang dilapor berkata: "Kita tiada pengalaman, saya kena akui. Memang KDN dipertanggungjawabkan melaksanakan hukuman tapi kita tiada kemahiran dan kepakaran dari segi hukum dan cara."

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok pula menyifatkan tindakan ketua hakim syarie Pahang menggantung keputusan menyebat Kartika Sari Dewi itu sebagai melanggar prosedur mahkamah syariah negeri.

Pertikaian timbul berikutan keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguh hukuman terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya dilaksanakan minggu lalu secara mengejut ketika dalam perjalanan untuk menjalani hukuman itu.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap Kartika Sari Dewi, 32, selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Sementara itu, sebuah blogger mendakwa seorang saintis Rusia, Dr Marina Chuhrova mempunyai 10 pesakit yang menjalani rawatan penagihan arak melalui kaedah merotan.

"Malah, penagih dadah dan arak sanggup membayar sekitar RM400 untuk satu sesi rawatan merotan walaupun mulanya tidak menyukai kaedah rawatan itu," kata blog bertajuk Cina Islam itu. -TVA

Era Najib Altantuya : Rampas Dulu Baru Kaji?

Rampasan majalah Gedung Kartun yang dihasilkan Zunar dan rakan-rakannya, menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk melakukan semakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan seperti dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebelum ini.

Pengarah Eksekutif Pusat Media Bebas (CIJ), Gayathry Venkiteswaran berkata, isu pelesenan sejak dulu hingga kini menjadi senjata bagi mengawal dan menyekat hak kebebasan berkarya.

Beliau juga hairan kerana tindakan itu jelas bertentangan dengan kenyataan Hishammuddin yang sebelum ini mendakwa mahu semakan akta berkenaan dengan atas nama kehendak rakyat.

Katanya, kerajaan perlu menghentikan sebarang tindakan keras seperti penyitaan bahan penerbitan sewenang-wenangnya, bagi menunjukkan keprihatinan menteri terhadap kritikan masyarakat terhadap undang-undang sedia ada.

"Kita juga menyeru kementerian itu supaya mendedahkan perkembangan perancangan mereka dalam mengkaji semula Akta Media Cetak dan Penerbitan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pada 26 Ogos lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun di pejabat Sepakat Efektif Sdn Bhd kerana didakwa tiada permit penerbitan, sebaliknya menggunakan permit palsu.

Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang, Selangor sehari kemudian kerana didakwa mencetak bahan tanpa permit.

Serbuan itu dibuat dipercayai berikutan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibar bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isterinya, Rosmah Mansor pula digambar sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala Najib, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai 'Rosmoh'.

Gayathry berkata, CIJ juga mendesak KDN supaya memulangkan semula naskhah majalah 68 halaman itu kepada syarikat yang menerbitkan majalah yang dianggap Zunar sebagai kartun alternatif.