18 Feb 2010

BN dan PR dalam Nujum Pak Belalang

BBN dan Pakatan Rakyat dalam Nujum Pak Belalang
Oleh Masdar Wahid

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana Barisan Nasional (BN) dan yang mana Pakatan Rakyat (PR)..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah BN dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sekarang ini parti BN hampir tenggelam dengan setiap sekutunya termasuk di Sabah dan Sarawak terus bergoncang dan dilanda krisis berterusan, manakala PR walaupun berasal dari ideologi berbza namun berjaya disatukan demi agenda perubahan untuk rakyat dalam PRU akan datang'


Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah BN dan yang
manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari itulah BN..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab PR konsisten menuju ke Putrajaya dengan agenda perubahannya yang jelas seperti yang ditekankan di Shah Alam 19 Disember lalu, manakala BN khasnya Umno masih kekal dengan isu perkaumannya.

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'BN!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli BN memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli BN yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan rasuah dan kemungkaran walaupun ia di depan mata...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi BN yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan Laksamana BN khasnya Umno..? Di kerisnyakah? atau di jenteranyakah..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana Umno bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Umno hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana Umno begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan, Hairan Metro, Polis serta toyol dari Kosmos dan Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

ISA di sini ada dua maksud, satu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu lagi calon Umno/BN di Bagan Pinang, Isa Samad. Kemenangan Isa dipuja dan dipuji walaupun jelas rekodnya sebagai perasuah besar dalam Umno. -erpakatan

Hasbie Dibebaskan Daripada Tahanan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membebaskan Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan ikat jamin RM50,000, empat hari selepas beliau ditahan 12 Februari lalu kerana memiliki RM2 juta wang tunai.

SPRM berkata mereka menahan sebuah kenderaan dan sejumlah wang tunai ketika beliau ditahan, lapor Malaysian Insider.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dalam satu kenyataannya bahawa setiausaha politiknya telah meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nor Mohamed tidak menyebut kenapa Hasbie meletak jawatan tetapi sumber SPRM berkata ia ada kaitan dengan penahanan itu.

Pembantu Nor Mohamed itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Penggurupan Wang Haram dan Akta Pembiayaan Anti-Pengganas 2001, termasuk kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Anti-Rasuah 2009.

SPRM dilaporkan telah membekukan beberapa asetnya dan akaun bank bagi memudahkan siasatan. -FMT


Badan Kehakiman, Apakah Masih Ada Kebenaran Dan Keadilan Di Sana?

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti semula kesemua kertas sisasatan terhadap pertuduhan yang dihadapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menggugurkan pertuduhan liwat II itu.

Karpal berkata tindakan itu perlu kerana pertuduhan yang dihadapi Anwar jelas tidak berasas berikutan laporan tiga pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada kesan tusukan ke dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.

“Tidak sangsi lagi Peguam Negara perlu meneliti semula keseluruhan kertas siasatan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan dan proses pendakwaan yang sedang berjalan. Pada pendapat saya tuduhan itu tidak berasas dan ia penting untuk Peguam Negara segera menganggap ia wajar digugurkan," tegas Karpal.

“Di mata dunia tuduhan bergantung kepada bukti perubatan, laporan perubatan sangat jelas 3 pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan dan membuat laporan bahawa tiada kesan tusukan konklusif dan ia adalah bahan fundamental,” katanya.

Karpal turut menyifatkan tindakan Mahkaham Rayuan menolak rayuan pembelaan supaya kes ini digugurkan walaupun dengan hujah yang kukuh, akan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa serata dunia.

“Saya terkejut bagaimana Mahkamah Rayuan semalam tidak menerima bantahan kami, walhal ia kukuh. Saya rasa kita akan dijadikan bahan tertawa dunia jika pertuduhan ini dibenarkan untuk diteruskan," katanya.



Ulasan GB

Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar dengan beralasan:

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor," kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.


Bersandarkan kepada hujjah hakim-hakim Mahkamah Rayuan, ini bererti asas pokok pendakwaan : wujudnya kes prima facie melangkaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) sudah tidk terpakai lagi.

Cukup dengan keterangan lisan dengan membuat pertuduhan, kemudian boleh direka-reka untuk mewujudkan pula keterangan forensik, maka sudah boleh dijalankan pendakwaan!

Tidak perlu dibuktikan wujudnya perkara utama di dalam sesuatu kes yang melangkaui keraaguan munasabah, misalnya di dalam kes Saiful, bukti klinikal wujudnya tusukan ke duburnya.

Jelas apa yang berlaku kini ialah institusi kehakiman negara telah dilacurkan sedemikian rupa. Ini mengingatkan kita kes "correct, correct, correct" yang disiasat SPRM di mana wujudnya hakim durjana yang hanya sekadar membaca keputusan yang telah siap ditulis oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan olehnya. Hakim itu lansung tidak disentuh dan didakwa.

Setakat ini, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang tidak berpihak kepada sesiapa dan apa-apa yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat. Ia satu kebetulan? Tiada yang waras akan mengatakan YA.

Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah satu ketika dengan secepatnya telah ditukarkan. Apa saja kes yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di peringkat Mahkamah Tinggi akan diterbalikkan oleh Mahkamah Rayuan dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Jadi apalah diharapkan lagi dengan sistem kehakiman yang busuknya sebusuk bangkai tikus di dalam kuah roti canai?

Mustafa Ali Perlekeh Aduan Ahli

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”. -malaysiakini

Ulasan GB

(Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa

Demikian kisahnya sebuah parti Islam yang mempunyai Setiausaha Agong lantikan Presiden yang memperlekehkan aduan ahli-ahlinya.

Apabila dilakukan aduan dengan mengikut saluran yang betul, diperlekehkan. Apabila kita kritik dan minta penjelasan atau kritik melalui blog dan seumpamanya, kita dikatakan tidak mengikut saluran yang betul.

Apa yang GB dapat tahu, ramai ahli PAS yang dah meluat dengan cara dan karenah Setiausaha Agong yang baru ini.

Sudahlah satu ketika dahulu, golongan cendekiawan yang mengkritik parti diperlekehkan oleh "geng Terengganu" ini.

Kita tidak lagi mengadu kepada Pejabat Agung PAS selepas ini. Lebih afdhal kita mengadu kepadaNya .. hasbunallah

Setiap Kali Biacara, Ada 4WD Misteri Edar Risalah Anti-nwar

Eisalah anti-Anwar disebar ditemui berselerakan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, ketika perbicaraan konspirasi dua berlangsung.

Risalah tersebut menuduh pemimpin reformasi itu sebagai pengkhianat dan penipu, menuduh Ketua Umum PKR itu terdesak mempolitikkan perbicaraan tersebut untuk mengelirukan pandangan masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, dalang disebalik risalah ini turut menyerang ahli keluarga Anwar.

Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dituduh mengabaikan kawasan parlimennya dan berkata rakyat Lembah Pantai menderita sejak beliau menjadi wakil rakyat.

Penyebar risalah ini mendakwa mereka mendapat maklum-balas dari warga Lembah Pantai.

Pegawai keselamatan mahkamah memberitahu bahawa sebuah kereta pacuan empat roda dikesan meronda sekitar kompleks pada jam 5 pagi tadi dan menyelerakkan risalah itu sebelum bergegas dari tempat kejadian.

Dilaporkan juga bahawa kegiatan ini berlaku setiap kali perbicaraan berlangsung.

Bantahan AS, Australia Tidak Bercanggah Dengan Amalan Demokrasi Berparlimen

Tindakan Lebih 50 Ahli Parlimen Australia meminta pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Anwar Seri Ibrahim digugurkan, tidak menyalahi menyalahi amalan demokrasi berparlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lau Weng San menyamakan tindakan Australia itu dengan protes kerajaan Malaysia terhadap kemelut politik di Myanmar, walaupun negara ini tidak mengamal dasar campur tangan.

"Malaysia pernah menubuhkan Kokus Parlimen Parlimen bagi menyatakan pendirian dan gesaan terhadap pergolakan politik Myanmar yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi serantau.

"Apakah ia juga satu bentuk campur tangan?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini, yang menyelar Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak memahami sistem demokrasi berparlimen.

Beliau menyifatkan demontrasi anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) depan kedutaan Australia, semalam, menunjukkan kejahilan mereka terhadap fungsi demokrasi berparlimen amalan negara-negara komanwel termasuk Malaysia dan Australia.

Secara terperinci, Weng San berkata, Jawatankuasa Parlimen (Parliament Select Committee) adalah jawatankuasa yang ditubuh dan dianggotai Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, ia berfungsi sebagai satu cabang memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh badan eksekutif selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).

"Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, parlimennya ada berpuluh-puluh jawatankuasa sebegini. Berdasarkan prinsip ini, Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Luar Negara ditubuhkan Parlimen dan tugas mereka menilai dan menegur dasar luar negeri.

"Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen dari Australia dan Amerika Syarikat ini adalah tugas mereka sebagai Ahli dan Pengerusi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas/Kecil Parlimen mereka mengenai hal ehwal luar negeri," katanya.

Malangnya, beliau berkata, Malaysia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan mewarisi tradisi parlimen ala-Westminster, jarang-jarang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri untuk Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat mendesak pertuduhan terhadap Anwar digugurkan, kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan itu dijalankan dengan adil dan saksama. -TVS

Ahli Parlimen PR Serah Memo Desak Gugur Kes Anwar

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen daripada juak Umno-Barisan Nasional (BN) yang membuat demonstrasi di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia semalam, sebagai tidak wajar dan tidak mewakili hati dan pemikiran mereka.

Malah demonstrasi itu jelas menunjukkan ketakutan pihak Umno-BN yang mendapat tekanan daripada 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini, meminta kerajaan Malaysia mengugurkan pertuduhan kes liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tindakan demonstrasi itu langsung tidak menggambarkan keseluruhan pemikiran dan pandangan umum malahan ia hanya mewakili segelintir juak-juak Umno-BN tersebut.

“Ahli-ahli Parlimen PR hari ini mahu memberitahu seluruh dunia bahawa tindakan demonstarasi Umno-BN itu langsung tiada kaitan dengan pandangan dan pemikiran kita,” katanya yang turut ditemani Ahli-ahli Parlimen PR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya lagi, Ahli-ahli Parlimen PR sepakat akan menghantar memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar secepat mungkin.

Malah mereka akan memohon satu tarikh bagi mesyuarat tergempar kepada Speaker Dewan Parlimen, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia sebelum Parlimen bersidang Mac depan.

Sementara itu menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kes itu perlu ditarik balik kerana tidak mahu Malaysia dan badan kehakiman secara keseluruhannya dianggap sebagai raja lawak.

“Kes perlu ditarik balik kerana jelas wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dan kami tidak mahu kes tersebut menjadikan Malaysia dan mahkamah Malaysia menjadi raja lawak sedunia,” katanya dalam sidang media selepas kes Anwar ditunda ke 25 Mac ini.

Ahli-ahli Parlimen yang turut serta dalam sidang media ini termasuklah Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Anwar sendiri.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Sokong Pakatan Rakyat

Tamparuli: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keahlian beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), dalam satu sidang akhbar di sini.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada 1986 hingga 1990 dan juga Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Sabah selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan peletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihan raya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN," katanya.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen berkenaan bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," katanya.

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.

Pakar DNA, Forensik Luarnegara Hadir Ikuti Kes Liwat Saiful

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk mengikuti perbicaraan kes liwat Saiful. Mereka tiba seawal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Mahkamah Tinggi di sini telah menunda kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 25 Mac setelah hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk menyingkirkan dirinnya sebagai hakim kes itu.

Mohamad Zabidin ketika menolak permohonan Anwar itu memutuskan tidak ada sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu dan jika beliau berbuat demikian, bermakna beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.

"Seseorang hakim yang telah mengangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri daripada menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam keadaan demikian permohonan ini ditolak," katanya.

Rabu lepas, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Dalam keputusannya, Mohamad Zabidin berkata undang-undang berhubung penarikan diri seseorang hakim daripada mendengar kes yang diamanahkan kepadanya untuk didengar adalah jelas untuk melucutkan kelayakan seorang hakim daripada mendengar kes dan atas alasan berat sebelah, elemen itu mestilah ditunjukkan.

Mohamad Zabidin berkata dalam melihat sama ada elemen berat sebelah itu wujud, mahkamah melihat kepada tanggapan yang akan diberikan oleh orang lain dalam kes yang dikendalikan.

"Jika orang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa dalam keadaan tersebut terdapat kemungkinan sebenar hakim itu akan bertindak berat sebelah, beliau tidak patut mendengar kes itu," katanya.

Mohamad Zabidin berkata dalam kes ini perkara pokok yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat kesalahan meliwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Berikutan daripada itu persoalan sekarang ialah sama ada terdapat apa-apa fakta dalam kes ini yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar keputusan berhubung isu sama ada berlaku kejadian liwat antara pemohon (Anwar) dengan pengadu (Mohd Saiful) dalam kes ini akan dibuat bukan berdasarkan keterangan yang akan dikemukakan tetapi berdasarkan pertimbangan lain," katanya.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Karpal, mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh Anwar kali ini.

“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.



Kes Disiplin Zulkifli Nordin Dan Tan Tee Beng

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai pemergian Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin ke Korea dan bukannya dihantar parti sebaliknya bersifat urusan peribadi, TVSelangor dipetik.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali berkata, Zulkifli juga tidak pernah memaklumkan parti mengenai pemergiannya atau mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran kes disiplin.

Beliau menganggap Zulkifli lebih mementingkan urusan peribadinya daripada hadir membela diri di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri.

"Zulkifli tidak harus menyalahkan mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.
Syed Hussin menyifatkan ia cara biasa Zulkifli mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan Jawatankuasa Disiplin dan ia pernah berlaku sebelum ini apabila memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur.

Katanya, Lembaga Disiplin tidak mendapat jawapan daripada Zulkifli selepas tarikh akhir 15 Februari luput sedangkan surat tunjuk sebab dikirim pada 8 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar.

"Beliau diminta menjawab sebelum 15 Februari dan pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

"Sebaliknya, Zulkifli pada 16 Februari memberitahu media yang beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea," katanya.

Selain itu, Syed Hussin berkata, Lembaga Disiplin diminta oleh Biro Politik bahawa semua kenyataan media yang dibuat Zulkifli selepas diberi surat tunjuk sebab itu, akan diambil kira dalam siasatan disiplin itu.

Katanya, hal itu antara perkara yang dicapai dalam mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam yang mengadakan mesyuarat mingguan, selain membincangkan beberapa perkara lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin semalam.

“Saya baru menerima surat tunjuk sebab, dengan merujuk kepada Fasal 27 perlembagaan parti saya didakwa tidak mematuhi keputusan parti, tidak berkelakuan baik, merosakkan nama parti dengan mengkritik pemimpin parti dan komponen parti secara terbuka,” kata beliau.

Lembaga disiplin menetapkan 23 Feb dan 6 Mac untuk mendengar kes Tan.

“Saya diberikan tempoh lima hari untuk memberi penjelasan bertulis,” katanya.

Tan dan Zulkifli secara terbuka menyokong Zahrain yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Selain Tan dan Zulkifli turut diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Zahrain, bagaimanapun beliau telah keluar PKR berkuat kuasa Jumaat lalu.

Susulan kenyataan Zahrain itu, Tan juga pernah menyifatkan Lim, Setiausaha Agung DAP sebagai “seorang pemimpin tiada kelas” dengan selalu mengetepikan wakil rakyat PKR dalam proses membuat keputusan.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri pimpinan Lim enggan menyediakan peruntukan kewangan kepada ahli-ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang.


Kenyataan Media

Malam tadi (17 Februari 2010) Biro Politik KEADILAN mengadakan mesyuarat mingguan biasanya. Biro membincangkan beberapa perkara termasuk kes-kes disiplin.

Berhubung kes Zulkifli Noordin, (gambar) Biro menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan dan menyampaikannya kepada Parti dengan seberapa segera. Lembaga diminta oleh Biro Politik untuk mengambil kira semua kenyataan melalui media yang telah dibuat oleh Zulkifli selepas surat tunjuk sebab dihantar kepadanya.

Biro Politik mengambil perhatian bahawa Lembaga Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar. Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari 2010 dan memberitahu sebelum 15 Februari 2010, pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput. Pada 16 Februari 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea dan kenyataan beliau kemudian disalinkan kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution.

Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya. Beliau juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.

Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin ketika itu.

Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan peribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN
Tarikh: 18 Februari 2010




Perarakan Maulud Nabi : TGNA Tetap Dengan Pendiriannya

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya berhubung sambutan Maulidur Rasul yang dikatakannya tiada fadilat biarpun kenyataannya itu dikecam hebat pemimpin dan pandangan berbeza daripada tokoh agama.

Nik Abdul Aziz berkata, sambutan Maulidur Rasul walau diadakan dengan apa cara sekalipun oleh pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat yang turut menyambutnya secara besar-besaran, baginya tetap tidak mempunyai fadilat.

Katanya, berbeza dengan Kerajaan Kelantan yang mengambil kesempatan sempena bulan ini dengan mengadakan ceramah mengenai Islam serta mengekalkan kewujudan kerajaan Pas bersandarkan syiar Islam sepanjang masa.

“Kalau nak buat teknik tu tak apa, nak buat teknik lain pun tak apa. Kalau Kelantan teknik sambutan Maulidur Rasul ialah buat ucapan. Paling jelas di Kelantan ialah mewujudkan kerajaan yang berdasarkan kepada membangun bersama Islam.

“Ini sebenar-benar Maulidur Rasul dan bukan sekali setahun bahkan setiap hari kami sayang ke Nabi. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi. Halal haram kami ambil kira, syurga neraka kami ambil kira, dosa pahala kami ambil kira.

“Orang Melayu yang menolak Islam ini sibuk apa dengan Maulidur Rasul. Islam pun dia tolak. Tolak Islam ini bererti tolak Nabi Muhamad SAW, tolak Allah SWT. Kenapa sibuk dengan Maulidur Rasul sedangkan dia sendiri tolak Islam,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Kelantan, Mohamed Jaafar Hussain.

Nik Abdul Aziz turut membidas segelintir masyarakat termasuk UMNO yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.

“Kenapa nak sibuk dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, saya tidak pernah berarak.

“Kita kena ingat maulid ini disambut selepas pada 300 tahun kemangkatan Nabi SAW. Masalah kita orang Melayu ini ialah Islam diterima bukan dengan belajar tetapi terima dengan tradisi. Sebab datuk nenek Islam yang belajarnya sedikit sahaja. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,”
katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak ia merupakan isu yang sengaja dipolitikkan ekoran kemelut sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Abdul Aziz menafikan bahawa kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya meniru kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang.

“Kelantan bukan tiru Pulau Pinang, Pulau Pinang yang tiru Kelantan. Kelantan dulu baru ada Pulau Pinang. Dia nak tiru itu masalah dia, saya tidak peduli itu masalah Pulau Pinang,” katanya. -SH

Tanah Jerlus Tepi Jalan, Wanita Hampir Maut Bila Keretanya Terjunam

Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang sedang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah lubang sedalam satu meter di Jalan Sultan Abdullah, Indera Mahkota di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an sedang memandu seorang diri.

Seorang saksi, Mohd. Amin Mat Razali, 29, berkata, kereta mangsa dipercayai dipandu laju dan melanggar limpahan air di atas jalan akibat paip bawah tanah yang bocor sebelum terbabas ke dalam sebuah lubang di kiri jalan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam lubang yang terjadi akibat paip air bawah tanah yang bocor.

“Akibat kejadian itu, kereta Kia Picanto yang dipandu mangsa kemudiannya terjunam ke dalam lubang berkenaan dengan sebahagian bahagian depan kenderaan tenggelam,” katanya di sini.

Katanya, wanita berkenaan kemudian diselamatkan orang ramai yang berada disitu.

Difahamkan mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof ketika menghubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Hakim Enggan Tarik Diri, Kes Ditangguh 25 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.

Sebelum itu, Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Anwar membuat permohonan itu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.

Sekumpulan penyokong Anwar termasuk mereka daripada Permatang Pauh tiba di perkarangan mahkamah Jalan Duta seawal jam 5.30 pagi tadi.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.


Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pemimpin DAP Lim Kit Siang. -berita asal : malaysiakini.

Laporan Lintaslansung di SINI

Lintas Lansung Dari Mahkamah Tinggi Kes Liwat 2

Perbicaraan di mahkamah tinggi dijadualkan bersambung hari ini, dengan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah (gambar) keputusan sama ada akan menarik diri kes itu kerana dianggap berat sebelah oleh pasukan peguambela.

Zabidin enggan bertindak terhadap utusan kerana dikatakan menyiarkan dua laporan fitnah mengenai keterangan mahkamah yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Semalam Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan sementara pemfailan dilakukan untuk dikemukakan ke Mahkamah Persekutuan. Justeru perbicaraan akan bersambung terus pada pagi ini sepertimana ditetapkan oleh Hakim pada minggu lepas.


9.30 am Mahkamh tela penuh sesak pagi ini. Persoalan pertama pagi ini, apakah hakim Mohd Zabidin akan menarik diri dari mendengar kes? Spekulasi: Berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan di mahkamah-mahkamah Tinggi dan Rayuan yang tidak memihak kepada Anwar kita dapat membuat telahan bahawa Hakim akan terus mendengar dan membicarakan kes.

9.34 am: Pihak pendakwa dan peguam pembela sudah berada di dalam mahkamah.

9.36 am: Peguam pembela menambah seorang lagi peguam. Hanipa Maidin. Peguam pembela yang lain Karpal, Param, Sankara, Ram Karpal, Prabakaran, Marisa Fernando & Mohd Radzlan.

9.45 am: Ramai pemimpin Pakatan Rakyat hdir pagi ini: Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Syed Husin, Chua Jui Meng dan lain lain

9.50 am: Hakim masuk. Peguam Karpal memperkenalkan tambabahan peguam pembela yang baru.

9.51 am: Hakim membacakan keputusannya.

9.53 am: Hakim memulakan dengan memetik kata-kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, N.H.Chan berkenaan dengan definisi "bias".

9.55 am: Seperti spekulasi GB di atas, Hakim memutuskan "Berdsarkan affidavit yang dinaytakan, saya tak nampak seseorang yang waras boleh menyatakan sikap saya sebagai bias. Oleh itu permohonan ditolak."

9.58 am: Karpal meminta kes diteruskan dengan soal-balas terhadap saksi pertama. Dipercayai, ketika ini ketiga-tiga pakar DNA dan Forensik dari luarnegara sudah berada di dalam mahkamah. Tiga pakar berkenaan ialah pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne Australia.

10.00 am: Mahkamah berehat sebentar.

10.08 am: Hakim muncul semula. Mahkamah diminta "bersedia".

10.10 am: Pendakwa menanya samada peguam pembela berhasrat memfailkan rayuan.

10.12 am: Hakim meminta kedua-dua pihak menemuinya di kamar mahkamah. Karpal: "Ia tak perlu. Boleh diselesaikan di sini".

10.14 am: Kami tak mahu dituduh lagi sebagai melengahkan perbiacaran. Kami telah bersedia sekarang, kata Karpal.

10.16 am: Karpal: Terlalu banyak kejadian yang menganggu perbicaraan, spt protes dari Pemuda UMNO. "Tidak boleh biarkan Pemuda Umno menjadi ganas."

10.20 am: Pihak pendakwa seperti terkejut dengan ketegasan pihak pembela pagi ini. Karpal menyatakan lagi "Terdapat 'tangan hitam' yang terlibat di dalam kes ini. iaitu Perdana Menteri... tidak , terdapat 2 tangan hitam - isterinya juga"

10.25 am: Ada kemungkinan saksi pertama, Saiful belum dilatih lagi untuk berdepan dengan soalan-soalan peguam pembela. Mungkin terkencing Saiful nanti bila berdepan dengan soalan-soalan Karpal - kata Pengarah Komunikasi PKR Jonson Chong di dalam twitternya.

10.28 am: Karpal bercadang untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim yang tidak mahu menarik diri dari membicarakan kes ini.

10.30 am: Keputusan peguam pembela untuk memfailkan rayuan setelah ditanya oleh Pendakwa. Anwar sendiri menjawab, Ya, kami mahukan kebenaran.

10.35 am: Anwar kelihatan sempat berbual-bual dengan Mahfuz dan Nizar.

10.40 am: Hakim memanggil kedua-dua pihak pendakwa dan pembelas masuk ke dalam kamar.

10.45 am: Peguam Sankara Nair menunjukkan isyarat mungkin perbicaraan ditunda.

10.46 am: Suasana di luar perkarangan Mahkamah, lebih 30 orang penyokong Anwar membacakan surah Yassin di luar Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai Ustaz Badrul Amin.

10.47 am: Seperti dinyatakan tadi, pihak pendakwa berkemungkinan cuba melengahkan perbicaraan sekalipun Karpal bertegas supaya perbicaraan diteruskan. Ia berkemungkinan untuk memberi peluang saksi mempersiapkan diri untuk berdepan dengan soalbalas dari peguam pembela.

10.50 am: Berdasarkan kes-kes yang lalu, Karpal mempunyai keupayaan untuk menyebabkan saksi-saksi menjadi gigil dan terpaksa menyatakan yang benar. Keadaan lebih menarik jika pasukan peguambela disertai oleh Gobind Singh Deo seperti yang ditunjukkan di dalam inkues Teoh Beng Hock. Di dalam kes ini, Gobind tidak ikutserta.

10.55 am: Kes ditangguhkan pada 25 Mac 2009.


TAMAT KEMASKINI

PKR Ada Mekanisme Konkrit Tapis Calon PRU 13

dalam melahirkan seramai mungkin calon berwibawa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mempunyai mekanisme khas bagi memilih calon parti berkenaan, pada pilihan raya umum akan datang.

Mekanisme itu sudah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12 dalam usaha mengetengahkan lebih ramai calon berpotensi pada masa depan.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu dilaksanakan melalui dua program latihan khusus kepada ahli dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon.

Katanya, kedua-dua program itu dijangka dapat meningkat kefahaman mereka mengenai dasar perjuangan dan menyemai disiplin tinggi dan kesungguhan membela rakyat.

"Kita sudah memulakan usaha ini sejak 2008 lagi. Memang ada kekelemahan calon sebelum ini tapi melalui penubuhan ARK, ia akan banyak membantu," katanya kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sesetengah calon PKR yang menang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Kuantan itu percaya pengakuan Anwar sebagai ikhlas dan ia bakal melonjak keupayaan dan pencapaian parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga langsung tidak risau sokongan rakyat terhadap PKR berkurangan berikutan pengakuan itu, sebaliknya menimbulkan kekaguman mereka terhadap keberanian Anwar dalam mendepani setiap masalah.



Tiga Pakar Forensik, DNA Bantu Pembelaan Anwar

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang pakar DNA dan dua pakar forensik untuk membantu mencabar kesahihan bukti-bukti yang akan dibawa masuk oleh pendakwaraya.

Tiga pakar berkenaan ialah pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne Australia.

Peguam, Sankara Nair berkata, ketiga-tiga pakar itu akan hadir mengikuti perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai esok.

“Mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka akan datang dan membantu kami bila bukti dikemukakan terhadap DNA dan forensik, yang kita yakin ia akan dikemukakan.

"Mereka kan menasihati kami mengenai pembelaan dan juga kemudian bila pembelaan dipanggil kami akan mengemukakan bukti dari pihak kami, untuk membuktikan kes kami bahawa tiada perkara seperti itu (liwat),”katanya.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia dan pengarah DNA Consults.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Dr Wells pula adalah ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria. -TVS