7 Feb 2010

Saiful Mangsa Liwat Atau Saiful Peliwat?

Saya terbaca dua isu menarik mengenai budak Sayfool dalam blog Kami Sokong Tok Guru . Hangpa bacalah dulu, kemudian buat tafsiran sendiri. Komen saya lepas itu...:

"Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya."
- Bernama.

Hmmm... gua cuma terfikir beberapa perkara saja dari keterangan budak sepol ni...;

1) Kalau Anwar yang menutuh Sepol, sepatutnya KY Jelly itu pasti berada dalam simpanan Anwar, dan polis kena rampas dari Anwar bukannya di ambil dari Sepol. Kenapa pula Sepol yang simpan KY Jelly.... dan berikannya pada polis.... he..he..he.... kepala otak gua mula negatif ni... adakah dia gunakan KY Jelly tu untuk ..... lu orang tafsirkan sendiri....

2) Kenyataan keduanya pula, "seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis di ambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya". Ha..ha..ha... baru tunang beb... seluar dalam dah ada di rumah tunang..., kalau dah nikah tu lain lah ceritanya..., ini pun lu orang tafsirkan lah sendiri... - ISA

Komen PGK:

i) Isu KY Jelly:Jika kisah liwat meliwat ini benar, saya kira yang jadi peliwatnya ialah Sayfool, manakala yang jadi mangsa liwatnya ialah Anwar. Ini kerana berdasarkan keterangan di mahkamah, Sayfool yang menyimpan KY Jelly dan bukannya Anwar. Mana mungkin mangsa liwat yang mengusung jeli haram jadah tu ke sana sini? Jika dalam kes rompakan, pistol dijumpai di tangan seseorang, bolehkah kita katakan orang yang memegang pistol itu bukan perompaknya? Jadi dalam insiden di Kondo mewah itu, pemilik jeli itulah (Sayfool) yang sepatutnya menjadi orang yang dituduh. Apa lagi Sayfool ini orang muda, yang secara fizikalnya lebih kuat dari warga tua seperti Anwar yang sekali kena tendang, sudah boleh patah pinggang!

ii) Isu seluar dalam di rumah tunang: Sekali lagi kredibiliti Sayfool sangat meragukan. Mengapa Sayfool londeh dan tinggalkan seluar dalam di rumah tunang yang bukan muhrimnya? Bukan nak menuduh, tapi ia menimbulkan pelbagai andaian... Jika dalam isu KY Jelly, boleh diandaikan Sayfool yang meliwat Anwar, dalam isu seluar dalam ini, siapa pula yang meliwat dan menjadi mangsa liwat hingga Sayfool terpaksa melondehkan seluar dalam di rumah tunangnya?

Itulah Sayfool, lain kali sebelum beri keterangan di mahkamah, fikir masak-masak dulu. Jangan terlalu bergantung sangat dengan skrip yang puak itu sediakan, nanti Sayfool sentiasa nampak fool! -pendikargunung

Illustrasi Keterlaluan, PAS Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap Blog

PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang “diliwat” Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog tersebut, jeffrydamien09.blogspot.com selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindan-tindih gambar, turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.

Bahan itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Pak Ajis dah kecut!!: Perpaduan dah jahanam.. Al Jubori pun nak jahanam.. Nak bincang ape lagi?”

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Baru, Pengkalan Chepa oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim selaku Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.

Beliau ketika ditemui berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersifat provokatif boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara.

“Kami membuat laporan ini memohon kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas blogger berkenaan kerana telah bertindak di luar batasan seorang blogger.

“Kami juga memohon satu siasatan segera dibuka mengikut akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan-perbuatan fitnah sebegini,” kata beliau.

“Bukan satu sahaja tapi banyak grafik lain terdapat dalam blog tersebut.

“Saya kira ini adalah satu perbuatan melampau jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan ketegangan di kalangan penyokong PAS dan Umno di negeri Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain memburuk-burukkan imej Nik Aziz dan Anwar ia juga menyentuh perbicaraan terhadap Anwar dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang.

“Kami juga merasakan ini satu tindakan subjudis menyentuh perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Semua kami yang berada di sini hari ini berharap tindakan segera pihak polis berhubung perkara ini dapat diambil memandangkan kes ini telah dapat dilihat dengan jelas,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Pemuda PAS negeri diketuai Ketuanya Abdul Latif Abdul Rahman membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkaitan pemberian wang ihsan.

Aduan tersebut dibuat Mohammad Abdul Rashid selepas merujuk kenyataan Mustapa pada majlis perjumpaan khas dengan Umno Pasir Puteh yang menyebut akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan.

Ekoran itu beliau percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dalam pengagihan wang tersebut.

“Sekurang-kurangnya mereka (Umno-BN) terlebih dahulu rujuk kepada kerajaan negeri kerana walau apapun bentuk projek akan dilaksanakan di negeri ini perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri dulu.

“Tapi malang, sebaliknya berlaku. Ini menunjukkan telah nampak unsur-unsur penyelewengan dalam hal ini.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam kadar segera,” katanya. -MI

Ulasan GB

Jika kita lihat beberp blog penyokong UMNO, kita akan dapat mengesani betapa keterlaluannya mereka di dalam berita dan illustrasi seolah-olah mereka dari bukan yang mempunyai pegangan agama.

Kritikan adalah perkara biasa.. namun apabila ianya sudah melampaui batas, maka itu bukan lagi kritikan tapi kerja syaitan.

Tidak Ada Istilah 'Wang Ihsan'

Parti Keadilan Rakyat bersetuju bahawa tidak ada terma 'wang ihsan' dalam soal pembayaran wang hasil petroleum kepada rakyat Kelantan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff berkata terma dan jenis pembayaran yang diterima-pakai oleh undang-undang negara hanya royalti minyak seperti yang ditetapkan oleh akta-akta berkenaan dan bukan 'wang sedekah' dari Kuala Lumpur kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

"Dalam hal ini ada dua benda yang kita dapat lihat. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Yang tersirat itu memang ada tetapi yang pasti tersurat itu tidak ada perkataan wang ihsan. Perkataan wang ihsan ini hanya wujud selepas pilihan raya iaitu mula-mula sekali ketika di Terengganu, dan sekarang wujud di Kelantan" ujarnya kepada Tv Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang menolak pembayaran wang ehsan kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, secara tersuratnya, tidak ada perkataan wang ihsan di dalam perjanjian yang turut disaksikan bapa perdana menteri, Tun Abdul Razak pada waktu itu.

"Saya yakin dengan pandangan Tengku Razaleigh atas dua sebab. Satu beliau adalah orang yang terlibat secara langsung. Yang kedua ialah, dalam mentafsirkan apa-apa kontrak terutama yang berlaku sekian lama, orang yang terlibat secara langsung atau dalam bahasa undang-undangnya The Maker of the document is the best person. Jadi dalam hal ini saya tidak nampak kerajaan punya orang selain Tengku Razaleigh untuk mengatakan sebaliknya" katanya. -TVS



Saiful Dijangka Akan Disoalbalas Oleh Peguam Pembela Esok

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari keempat esok akan menyaksikan pihak pembelaan menyoal balas pengadu dalam kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful dijangka akan disoal balas peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran, S N Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Mohd Saiful adalah saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selesai dalam pemeriksaan utama ke atas Mohd Saiful, Jumaat lalu.

Mohd Yusof dibantu oleh timbalan pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.

Mohd Saiful, 25, mula memberikan keterangannya dalam perbicaraan kes itu Rabu lalu. - Bernama

Ulasan GB

GB akan cuba membawa lintas lansung bermula jm 9.30 pagi esok. InsyaAllah.

AMK Kesal Pemimpin UMNO Perolokkan Jemputan Ikhlas TGNA

Parti Keadilan Rakyat kesal dengan bidasan-bidasan Umno terhadap jemputan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjemput parti pemerintah itu untuk duduk semeja merungkai permasalahan kalimah Allah dan Islam mutakhir ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno tidak seharusnya merasa terancam dengan inisiatif Pas dan Pakatan Rakyat mendekati masyarakat Islam dan bukan Islam, sebaliknya menyahut peluang ini untuk kebaikan negara.

"Dalam hal ini Datuk Najib ingin cuba memancing pandangan daripada pemimpin Pas mungkin, dalam nada yang sama mungkin cuba gunakan pendekatan memerli Tok Guru Nik Aziz dan itu tidak mungkin menyelesaikan masalah. Tok guru Nik Aziz nak berbincang itu khusus tentang kalimah Allah tetapi di betray bahawa jemputan itu hanya nak berbincang full stop. Tetapi sebenarnya berbincang koma tentang kalimah Allah" ujar Shamsul.

Bagi sayap pemuda PKR, mungkin Umno berasa yakin kempen merampas semula negeri-negeri Pakatan Rakyat akan berjaya sekiranya kecelaruan dan kemelut agama ini berterusan.

Malah UMNO juga kelihatan seolah hilang arah di dalam isu yang cuba direkanya sendiri.

"Kerana ini adalah taktik lama yang telah pun kita pelajari sejak tahun 70-an lagi. Dan mereka mengulangi taktik ini untuk mewujudkan suatu suasana yang tegang di kalangan umat Islam dan pengamal agama Kristian. Dan bagi saya ini adalah satu tindakan yang cukup biadab" tambahnya lagi. -TVS


Pak Lah Pun Nak Kritik Guan Eng

Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran, pendirian dan sikap Ketua Menteri itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata perkara itu semakin nyata kerana mereka yang mengkritik adalah pemimpin parti dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini adalah satu tanda kelemahan yang wujud semenjak Guan Eng mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Menteri dan situasi ini akan berlarutan serta membawa kelemahan kepada kerajaan negeri.

"Guan Eng patut tahu di antara peranan mengkritik dengan peranan mentadbir negeri yang amat jauh bezanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan angpau dan barangan sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Hadir sama, ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kepala Batas iaitu Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) dan Zabariah Wahab (Bertam) serta pemimpin masyarakat Cina.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Mohamed Hashim dari PKR, melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dari PKR turut mengkritik Ketua Menteri dengan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan Ahli Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.

Jumaat lalu, kira-kira 3,000 ahli kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa meminggirkan orang Melayu.

Ditanya ada dakwaan kononnya Umno menjadi dalang terhadap kebangkitan itu, Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata Umno tidak berbuat demikian.

"Tidak perlu nak ada dalang kerana ahli parti mereka sendiri yang sudah nampak jelas (kelemahan) dan membuat teguran serta pandangan yang berani. Itulah petanda ada kebenaran apa yang dicakapkan (kelemahan)," katanya.

Mengenai tindakan Zaharin yang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, Abdullah berkata:

"Apa yang kita lihat ialah parti mereka sendiri (pakatan pembangkang yang membuat tuduhan), bukannya Umno yang buat kacau. Ahli parti mereka sendiri yang lahirkan rasa tidak puas hati.

"Ini (kelemahan yang berlaku) adalah satu perkara yang benar, kalau tidak, mana mungkin ahli parti sendiri yang timbulkannya. Ada kebenaran mengenai kelemahan kepimpinan kerajaan pembangkang Pulau Pinang," katanya.

Ulasan GB

Isy Pak Lah ni. Beliau terlupa pada masa beliau PM, beliau dikritik hebat bukan oleh pembangkang sahaja tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia, terlebih-lebih lagi UMNO sendiri sehingga ada yang buat laporan polis.

Orang Nelayu di bawah Koh Tsu Koon lebih teruk nabisnya, skelaipun PM pada masa itu orang Pulau Pinang. Sampai ada yang koyakkan poster Koh Tsu Koon.

Sekarang menantu Pak Lah pun dah senyap. Ada apa-apa yang tak kena ker?

Pendirian Kita Terhadap Isu Liwat 2

Ramai bertanya kenapa GB sibuk-sibuk sokong Anwar, kenapa GB sibuk sangat menyatakan apa yang berlaku di dalam kes liwat ini sebagai satu konspirasi. Kenapa GB tak percaya sumpah Saiful di dalam isu liwat.

Pendirian GB di dalam isu liwat 2 adalah jelas bahawa kita bukan menyatakan Datuk Seri Anwar itu bersih sebersihnya. Tetapi beliau termasuk di kalangan orang yang terkena zalim.

Bermula dari isu liwat 1 pada tahun 1998, kita sudah dapat melihat ketidak-adilan di dalam melayani pihak tertuduh. Kita bangun dan tegak berdiri menentang ketidak-adilan dan kezaliman itu, seandainya tidak bererti kita mengakui dan meredhai ketidak-adilan dan kezaliman itu berlaku.

Apa yang pernah diucapkan oleh Presiden PAS di dalam isu Anwar pada tahun 1999 perlu dijadikan bahan renungan dan ia merupakan satu penegasan pendirian.



Sempena Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim
Sikap PAS Kes DS Anwar 1998

Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:

PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah. Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata". Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya,saya telah solat asyar tadi, tetapi, hukumlah saya kerana saya telah berzina" Kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" Beliau menjawab "ya". Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulannya disini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS..... ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.

sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg.Gelugor Kedai, Marang Terengganu-1999


Disitu keindahan dan keadilan Islam.

Rakyat terutama bukan-Islam dapat menyaksikan, tanpa menggunapakai hukum Islam, rupa-upanya sesuatu kes itu boleh dieksploitasikan untuk mewujudkan konspirasi.

Persoalan qazaf (empat orang saksi) apatah lagi untuk mendapatkan empat orang yang dipercayai - akhirnya menjadi bahan kajian kepada pemikir bukan-Islam dan akhirnya mereka memperakui Islam jauh lebih adil dan tidak mungkin dapat dikalahkan oleh undang-undang sekular yang boleh dimanipulasikan untuk pihak berkepentingan.

Segala-galanya dari Allah. Demikian juga kes liwat Anwar. Untuk mengajar manusia bahawa Islam itu agama kebenaran dan keadilan dan tiada yang lebih indah dan lebih baik dari "celupan" Allah. Celupan Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya walaupun sekalian penduduk bumi berkonspirasi untuk melawannya.

"Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghah (celupan)nya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)


Utusan Sibuk Dengan Kes Saiful, Kebajikan Wartawannya Diabaikan

Di sebalik pemberitaan Utusan Malaysia mutakhir ini yang kerap memutarbelit fakta, melapor propaganda murahan berganda membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, terselit kisah pilu para pekerja Utusan Melayu yang sudah lama dipendamkan mereka selama ini.

Ekoran itu, difahamkan beberapa wartawan dan pekerja Utusan Melayu telah bertindak mewujudkan sebuah laman portal sosial Facebook yang menggunakan judul - kempen boikot akhbar terbitan Utusan Melayu.

"Utusan Malaysia menjadi agen propaganda kerajaan lagi dalam kes liwat 2, Anwar Ibrahim dan kes royalti minyak membabitkan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah).

"Ia menyalahi etika kerwartawanan dan kami wartawan-wartawan di Utusan Malaysia mengutuk tindakan tidak bermoral ini. Boikot akhbar Utusan Malaysia, jangan jadikan ia sebagai agen propaganda kerajaan bagi mengembalikan prinsip tidak memihak dalam akhbar Utusan Malaysia," tulisan yang termuat di laman itu dipetik sebagai berkata.

Pada laman gambar pula, pengasas laman kempen yang hanya dikenali sebagai 'Pak Nujum' itu menulis: "Beginilah keadaan tempat wartawan Utusan Malaysia bekerja dengan keadaan kerusi rosak, terkopak dan tidak sesuai lagi digunakan serta keadaan meja yang berserabut di mana kabel-kabel komputer berselirat.

PENINDASAN KE ATAS WARTAWAN UTUSAN KETERLALUAN?

"Bayangkan betapa teruknya penindasan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Utusan Melayu. Beginikah melayan wartawan Utusan Malaysia yang kononnya berjuang untuk agama bangsa dan negaranya.

Kempen pemulauan Utusan yang dianjurkan kalangan wartawan Utusan itu sendiri dilancarkan sejak 10 Januari lalu.

"Hari ini (10 Januari), adalah hari sedih kerana saya terpaksa melancarkan kempen boikot akhbar terbitan Utusan Melayu, iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo kerana penindasan yang semakin teruk ke atas pekerja Utusan Melayu.

"Saya melihat, dengan cara ini saja dapat membuka mata pengurusan Utusan Melayu yang buta mata telinga, hati dan perasaan. Bantulah Pak Nujum menghentikan penindasan ini," kata pemilik laman sosial itu lagi.

Pada 4 Februari lalu, Utusan melaporkan berita berhubung kes perbicaraan fitnah ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki unsur-unsur memfitnah.

Ekoran itu, Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Johnson Chong dalam kenyataannya pada hari yang sama berkata beliau akan memfailkan saman ke atas laporan bertajuk 'Tidak rela Diliwat' itu.

Pak Nujum bersama NUJ Utusan Melayu (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia Utusan Melayu) berkata, pihaknya sudah lama berusaha menjaga kebajikan wartawan, jurufoto dan artis grafik yang bekerja di akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo sebelum ini.

"Perjuangan kami adalah untuk ahli demi ahli agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna," tambah 'Pak Nujum' lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Cawangan Utusan Melayu (NUJ Utusan) Amran Ahmad pernah mendedahkan hal pembaziran Utusan Melayu melibatkan pembelian set tiang gol, termasuk dua tiang dan pagar halangan yang nilainya mencecah RM160,000.

Kes itu diadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, lalu ia berakhir dengan insiden pemecatan Amran oleh pihak pengurusan akhbar tersebut. -erapakatan -erapakatan

TGNA : Bincang Dalam Hal Islam Saja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kesediaan beliau untuk berdialog dengan Umno, tetapi ia hanya akan berkisar pada soal agama Islam.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar Kelantan, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS.

“PAS orang Melayu, bergerak atas nama Islam.

“Islam itu agama, bukan falsafah... bukan teori. Kenapa Umno tak boleh terima? Saya bersedia untuk bincang perkara itu dengan Umno pada bila-bila masa dan di mana saja tentang perkara ini.

“Hanya dalam topik itu sahaja, tidak lebih dari itu,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran laman Facebook Tok Guru di sini petang ini.

Nik Aziz memberitahu tiga bulan lalu telah menghantar surat rasmi kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan perkara tersebut, namun sehingga kini tiada jawapan.

“Tiga bulan lepas saya dah kirim surat pada presiden Umno, tapi sampai sekarang tiada jawapan,” katanya.

Sebelum ini Nik Aziz pernah membuat kenyataan rela PAS dibubarkan untuk bersama Umno sekiranya parti itu sedia mengubah dasarnya kepada dasar Islam seperti mana yang dibawa PAS.

Sementara itu pada majlis yang sama beliau tidak menolak realiti alam siber seperti blog dan facebook mampu dimanfaatkan untuk menjalankan gerak kerja dakwah dengan menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat.

“Tiap-tiap perkara atas muka dunia ini sifatnya bermuka dua, tinggal lagi sejauh mana kebijaksanaan kita menggunakan benda itu.

“Kalau guna ikut jalan salah, membuat fitnah, menyebar berita-berita palsu, berdosa. Begitulah sebaliknya.

“Atas kita, sebab akal yang diberi Allah Taala di antaranya ialah untuk memikir atau membentuk sesuatu perkara itu mengikut jalan kebaikan atau kejahatan,” katanya.

Pagi tadi, Najib meminta agar PAS lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.

“Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju, ada masa tutup, jadi saya tak tahu apa pendirian sebenarnya.

“Saya nak tunhgu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita,” kata beliau. -MI

Ulasan GB

GB adalah benar sebelum ini apabila GB menyatakan di SINI bahawa ucapan TGNA telah sengaja diputarbelitkan oleh Bernama dan media arus perdana. GB tulis :

Duduk berbincang, tentang apa? Tentang hal-hal menyentuh agama. Bukan bincang nak bawa PAS atau Pakatan Rakyat memebentuk Kerajaan Perpaduan. Tetapi itu yang ditonjolkan Bernama. ......

Bernama bersama media arus perdana yang lain tidak akan berhenti menyerang TGNA, tidak akan berhenti memanipulasikan ucapan TGNA, untuk mengenengahkan semula Kerajaan Perpaduan demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nazak, demi gagasan 1Malaysia yang runtuh semalam.


Semuga penjelasan TGNA hari ini meleraikan kekeliruan yang sengaja direka-reka oleh musuh PAS sehingga ahli PAS sendiri terkeliru lantarannya.