9 Mac 2013

Ust Haron Din Turut Ulas Pengakuan Bapa Saiful

Haron Din : Insaf Fitnah Anwar, Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam

engakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya. -selangorku

[VIDEO & GAMBAR] 50,000 Banjiri Ulangtahun Ke 5 Kerajaan PR


Perhimpunan raksaksa 50 ribu banjiri Pdg Kota Lama rai ulang tahun ke-5 kemenangan PR 8.3.08

Tak banyak beb...depa kata ada 50,000 orang je....patutlah semalam geng-geng perkosa dan kimmak penang mengamuk sakan....

selepas najib dimalukan pada Konsert PSY sempena...menyambut TBC...dikatakan harini Muhyiddin terpaksa turun penang....... untuk kempen....- KedahLA











Respons Pengikut Twitter Terhadap Pendedahan Bapa Saiful


Berikut ialah respons pengikut twitter mengenai isu pendedahan bapa Saiful yang GB petik dari Sinar Harian.

Tun Faisal @tunfaisal: "'Timing' PRU13, isu Azlan dijadi peluru puak sana untuk cuci Anwar, juga alih sentimen isu ceroboh Sulu yang sangat positif pada kerajaan Agendanews."

Tun Faisal @tunfaisal: "Sumber-sumber kata puak sana memang dah lama nak cekup bapa Saiful lebih-lebih lagi dapat tahu dia hadapi tekanan tak kerja dan kes liwat anaknya."

MiLo SuaM @milosuam: "Apa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah"

Dr Mohd Asri @realDrMAZA: "Bapa Saiful mengaku semua tuduhan itu dirancang dan fitnah. Kalau begitu, kesian kepada yang dituduh, dizalimi dan dimalukan begitu rupa."

The Jkkk man™ @Jkkkfanclub: "Saiful Bukhari dah boleh mandi wajib dan basuh berak mulai hari ini. - berita bernipu. Ntah apa perasaan macai yang..."

PanglimaPerangCyber @panglima_cyber: "Sungai Setia : Setelah 3 minggu hilang akhirnya bapa Saiful muncul mempertahankan Anwar: Keluarga Saiful Bukha..."

Fariz musa @farizmusa: "Lepas ni mesti Saiful akan jadi relevan semula bagi Umno! Mesti Saiful dibayar lagi mahal untuk menafikan kenyataan bapak dia. Tengah duk fikir,"game" baru?

Dzulkefly Ahmad @DrDzul: "Deepak, Bala now Saiful's Dad..."

@PapaGomo @PapaGomo: "Duit, Anwar dah beli bapak Saiful."

Follow @PapaGomo @PapaGomo: "Anwar dah kantoi isu penceroboh Sulu hari ni nak divert isu lain."

Faekah Husin @faekah_qkn5: "Kes Saiful - jika bukan hari ni, hari esok, jika tidak esok, minggu depan jika tahun ini juga belum, jangan gulana- kebenaran pasti tertegak!!"

Khairy Jamaluddin @Khairykj: "Memandangkan bapanya mendakwa wujudnya 'perjury' dan membawa anaknya melakukan sumpah laknat, kita harus dengan apa Saiful hendak berkata."

Khaleeq Shahzada @khaleeqshah: "Bila dia kata tak berlaku? Bukan dia kata konspirasi ke? @eastern_metal: Kebenaran terserlah. Bapak Saiful dakwa liwat tidak berlaku.”

MiLo SuaM @milosuam: "Kalau bapa Saiful tak minta maaf kepada Anwar pun gua memang tak percaya Liwat II. Bukti semua tak masuk akal, macai bolehlah percaya."

Ulasan GB

GB tertarik untuk mengulas dua twitter dari dua orang macai UMNO.

Pertama dari @tunfaisal yang menyatakan isu pendedahan bapa Saiful ini ialah taktik Anwar untuk alih isu pencerobohan Sulu.

Isk, djika demikian persepsi @tunfaisal, maka orang pun boleh berpersepsi bahawa isu pencerobohan Sulu itu adalah percubaan Najib untuk mengalihkan isu pendedahan Bala dan Deepak mengenai penglibatannya di dalam pembunhan ALtantuya(?)

Kedua mengenai dakwaan @papagomo kononnya Anwar dah beli bapa Saiful. Di dalam sebuah blog pencacai (samaremas.blogspot.com), kononnya RM1 juta diberikan kepada Saiful dan digunakan satu video lama sekitar trahun 2008/2009 iaitu semasa Saiful masih menjadi pembantu Anwar untuk menjustifikasikan ada pertemuan diantara bapa Saiful dan Anwar untuk "urusniaga RM1juta" itu.

Ternyata pencacai-pencacai UMNO macam cacing kepanasan dengan isu pendedahan ini... hehehe

Pengakuan Bapa Saiful Bukti Nyata UMNO Semakin Berkecai!


Dalam keadaan terdesak, UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.

Pertama, pengakuan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.

Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononnya "Anwar Ibrahim itu ..." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Berkecai UMNO di cawangan. Berkecai UMNO di bahagian. Berkecai UMNO di siber. Berkecai UMNO di prasana antarabangsa. Berkecai!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Konspirasi Liwat: Najib, Mahathir & Gani Patail Wajar Diheret Ke Mahkamah


Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran

Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.

Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut
.

“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.

“Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.

“Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,”
tegas Surendran.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998
.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS