13 Jul 2009

MANEK URAI : Kempen PRK Melabuhkan Tirainya 12 Malam Ini

Kempen pilihanraya kecil N41 Manek Urai akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam ini setelah melalui 8 hari berkempen semenjak hari penamaan calon 6 Julai lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan kempen PRK Manek Urai adalah yang paling aman.

Beliau berkata suasana kempen yang bermula 6 Julai lepas berjalan dengan aman dan tidak ada sebarang insiden buruk yang boleh menjejaskan perjalanan proses pilihan raya kecil dilapor berlaku.

"Sasaran kami ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan keluar mengundi pada hari berkenaan.

Dalam pada itu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan esok cuti di seluruh negeri Kelantan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim, Kota Bharu pagi tadi.

Mengikut TG Nik Aziz setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, maka beliau mencadangkan mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan.

Sementara itu MSTAR di dalam ruangan TINJAUAN sehingga jam 9 malam ini, mendapati 86.9% responden menyatakan calon PAS, Mohd Fauzi Abddullah akan memenangi pilihanraya kecil N41 Manek Urai Kelantan esok berbanding dengan 13.% berpihak kepada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai dijangka diketahui seawal pukul 8 malam esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR berkata SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.



Isu Ke Manek Urai : Khir Toyo Merapu Selepas Dihalau Keluar

Selepas dihalau keluar dari dewan undangan negeri Selangor kerana berlaku biadap terhadap Speaker, di luar dewan Ketua Pembangkang, Mohd Khir Toyo merapu di dalam sidang mediannya dengan membuta tuduhan bahawa speaker membalas dendam ke atas dirinya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu telah diarah keluar sidang Dewan Undangan Negeri atas alasan mendakwa Speaker, Teng Chang Khim bertindak berat sebelah.

Teng telah mengarahkan Khir Toyo supaya meminta maaf beberapa kali, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya Dr Khir keluar daripada Dewan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu kemudian keluar meninggalkan dewan dan meminta semua ADUN Barisan Nasional (BN) turut sama kononnya sebagai tanda protes keputusan itu.

Sewaktu mengadakan sidang mediannya Khir mendakwa tindakan speaker itu sebagai tindakan membalas dendam di mana pada bulan Mac 2005 sewaktu Teng Chang Khim menjadi Ketua Pembangkang Selangor, beliau telah digantung daripada menghadiri sidang dewan tersebut selama enam bulan lagi selepas beliau mencampakkan buku peraturan tetap dewan ke dalam bakul sampah sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 1 Ogos lepas.

Berikutan penggantungan tersebut, Timbalan Speaker Datuk Mohamad Satim Diman sewaktu itu juga telah membuat keputusan semua elaun dan keistimewaan Teng sebagai wakil rakyat ditarik balik.

Pada waktu itu, Teng mengatakan bahawa Khir melakukan kesalahan dalam menguruskan Selangor dengan membangkitkan isu tanah di Kampung Perapat, menjalankan diskriminasi terhadap taman pertanian sekitar Bukit Cahaya dan Perkampungan Exco di Seksyen 7, Shah Alam.

Tindakan itu diambil oleh Speaker masa itu, Onn Ismail, tetapi hari ini, Khir Toyo mendakwa seolah-olah beliau yang membuat keputusan supaya Teng dikenakan tindakan.

lapor Bernama, kejadian itu bermula apabila Dr Khir mengatakan Teng berat sebelah apabila Speaker menakrifkan beliau telah menghina dewan kerana peguamnya telah menyerahkan surat saman kepada Anggota Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim di luar dewan Khamis lepas.

Bagaimanapun, Dr Khir berkata peguamnya menyerahkan surat saman kepada Ng di pekarangan dewan dan bukan di dalam dewan dan oleh itu perbuatannya itu tidak menghina dewan tetapi Teng tidak bersetuju.

Speaker berkata sebarang serahan perintah mahkamah di dalam pekarangan dewan tidak dibenarkan kerana dianggap menghina dewan dan cuba menakutkan anggota-anggota dewan dan perkara ini menjadi amalan di Parlimen anggota-anggota negara Komanwel.

Oleh itu, Teng berharap ADUN Sungai Panjang dan peguamnya supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Teng juga meminta Khir menunjukkan Peraturan Tetap mana yang mengatakan pekarangan dewan tidak ditakrifkan sebagai "di dalam dewan" kerana beliau lebih memahami perkara itu.

Sementara itu pemerhati politik berpendapatan, pertelagahan hari ini sengaja dicetuskan oleh Khir supaya membolehkan beliau keluar dari dewan sebelum berlangsungnya pengumuman siasat Selcat berhubung penyalahgunaan sumber kerajaan negeri di bawah pentadbiran beliau.

Malah Speaker juga turut melahirkan pendapat yang sama berikutan apa yang berlaku di dewan pada hari ini.

"Saya tidak boleh terima saya bias. Di mana biasnya? saya rasa ADUN sungai panjang ini sengaja mengalihkan perhatian kepada kes rumah banglonya. Istana Khir Toyo"


Isu Ke Manek Urai : ADUN PR Selangor Disiasat SPRM Kerana Menderma

Adun-adun Pakatan Rakyat menjadi mangsa siasatan berat-sebelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi bantuan kepada surau, sekolah dan persatuan penduduk.

Bercakap kepada media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, ADUN Kinrara Teresa Kok, berkata SPRM telah merampas dokumen yang mengandungi butiran peruntukan kerajaan negeri kepada beliau, Adun Sri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Adun Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin, Adun Bukit Lanjan Elizabath Wong, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh, Adun Kampung Tunku Law Weng San dan Adun Bukit Gasing Edward Lee.

"Pada kes saya, saya telah menyumbang RM 10,000 untuk membeli pembesar suara. Anehnya pada 2 minggu lalu, pegawai SPRM telah menyoal siasat Imam dan ahli jawatankuasa surau untuk beberapa jam. Dan mereka akan disiasat lagi malam ini. Jadi saya mahu tanya, apakah kesalahan yang telah kami buat?

"Dalam kes saya, saya menderma RM10,000 kepada sebuah surau di Puchong, tetapi sekarang imam dan jawatankuasa surau disoal-siasat selama beberapa jam dua hari lepas. SPRM akan datang dan siasat mereka sekali lagi malam ini" kata Teresa.

Beliau turut melampirkan keratan akhbar serta surat dari kariah Surau Darussalam, Batu 13, memohon bantuan wang untuk membeli pembesar suara untuk laungan azan.

Mereka amat berdukacita dengan tekanan seperti ini, dan Pakatan Rakyat menyoal mengapa SPRM hanya mensasarkan mereka bertujuh.

"Kami sebagai ADUN, wakil rakyat kami menggunakan hak yang telah diberi untuk memberi peruntukan kepada rakyat sama ada surau,persatuan, sekolah atau sesiapapun dan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan. Kami hanya menjalankan tugas sahaja.

Kenapakah kami diganggu oleh SPRM dan mengambil fail peruntukan 7 orang ADUN ini dan kami semua dari kaum Cina?"

"Kami hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetapi kita dihukum oleh SPRM. Persoalannya mengapa hanya kami bertujuh? Adakah kerana kita berbangsa Cina?" kata Teresa.

Teresa menambah tindakan SPRM menganggu kariah masjid dan ahli jawatankuasa persatuan penduduk telah menimbulkan ketakutan.

"Mereka amat takut. Hanya kerana mereka menerima bantuan dari kerajaan Pakatan Rakyat, mereka telah disoalsiasat beberapa jam. Apa motif SPRM? Perlukah mereka siasat mengapa saya sumbang wang kepada surau? -TVA


MANEK URAI : Hari terakhir : Petronas Belum Tampil Beri Penjelasan Tentang Royalti

PAS Kelantan kesal dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas yang masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum.

Dalam sidang media yang dibuat pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan berhubung isu royalti minyak dan gas yang masih menjadi tanda tanya.

"Kurang tempoh 48 jam lagi tempoh pengundian bermula, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum," katanya kepada pemberita.

Namun begitu, walaupun Petronas masih belum memberi penjelasan tentang isu royalti petrolem tersebut, beliau masin bersikap positif.

"Saya menganggap isu royalti minyak yang kita kemukakan memberi satu tanda serta impak yang positif kepada kemenangan PAS di Manek Urai.

"Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, kerana beliau menyokong isu royalti petroleum di Kelantan yang patut dituntut Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Ujarnya, menurut kebiasaan mana-mana perjanjian yang termaktub sebelum ini adalah terpakai.

Beliau juga mengulas sekiranya perjanjian 1990 sebelum ini telah termaktub, pihak kerajaan persekutuan perlu menunaikannya.

Jelasnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, dan beliau sendiri yang akan menjadi wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan.

Menjawab kepada pemberita, "Sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah lama menunggu surat rasmi tuntutan Royalti Petroleum ini, tetapi baru bulan Mac 2009 baru-baru ini baru kita pihak Kerajaan Negeri dapat siapkan". "Dan daripada rekod Jabatan Statistik, sumbangan Kelantan kepada produk pengeluaran minyak petroleum adalah lebih tinggi berbanding Sabah iaitu sebanyak 6.5 peratus."

Selain itu, mengenai isu yang dimainkan Umno-BN sendiri, mahu jadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas", Husam berkata, sedangkan Umno-BN telah pun mempunyai enam kerusi DUN, tetapi kenapa mereka tidak menjadikan "Anak Emas" ke atas enam DUN yang mereka kuasai itu. Bermakna di sini, ini adalah janji-janji politik Umno-BN semata-mata. -prkn41

Isu ke Manek Urai : Khir Dihalau Keluar Dewan

Bekas Menteri Besar Khir Toyo hari ini diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor selepas enggan menarik balik tuduhannya terhadap Speaker Teng Chang Kim.

Sidang Dun hari ini bertukar panas apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim meminta Speaker menjelaskan apakah wakil rakyat boleh menerima writ saman di perkarangan Dewan.

Permohonan ini merujuk kepada tindakan peguam Khir Toyo yang mahu menyerahkan writ saman terhadap beliau di perkarangan dewan semalam.

Ng bagaimanapun enggan menerima writ itu dan berkata dewan bukan tempat untuk menyerahkan writ saman.

Speaker Teng Chang Kim berkata Dewan bermaksud di dalam dewan legislatif termasuk juga di perkarangan dewan.

Khir bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu. Teng meminta Khir menjelaskan peraturan tetap mana yang dirujuk, namun Khir gagal berbuat demikian, cuma berkata Speaker berat sebelah.

Speaker meminta Khir menarik balik tuduhan tersebut, namun doktor gigi itu enggan sebelum diarah keluar Dewan.

Menyusuli Khir Toyo adalah wakil-wakil rakyat BN yang mengeluarkand diri mereka sendiri dari Dewan.

Banyak pihak menyokong tindakan tegas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang menghalau keluar Khir Toyo yang menuduh Speaker berat sebelah tanpa bukti.

Ini adalah kerana tindakan Speaker berkenaan adalah menasabah dan wajar berbanding dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang acapkali mengarahkan ahli parlimen Pakatan Rakyat spaya keluar dewan tanpa alasan kukoh.

"Malah tindakan Pandikar Amin Mulia misalnya, lebih kerap berat sebelah tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak pernah menempelak Speaker sepertimana yang dilakukan oleh Khir Toyo di DUN Selangor hari ini," kata seorang pemerhati politik.

"Malah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar pernah mengarahkan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) keluar dewan dan tidak menghadiri sidang selama sehari hanya kerana mengingkari arahannya supaya duduk," tambahnya.


MANEK URAI : Serah Dulu Royalti, Baru Bicara Soal Jambatan

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas janji Umno membina jambatan baru untuk pengundi Manek Urai sekiranya BN menang dalam pilihanraya kecil itu.

Anwar berkata Umno perlu menyerahkan semula RM1 bilion royalti minyak yang dihutang Umno-BN kepada rakyat Kelantan sejak 2004.

"Jangan cakap pasal jambatan, serah kembali RM1 bilion dan biarkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) uruskannya. Disini mereka cakap pasal RM6 juta, RM7 juta kerana mereka fikir rakyat bodoh," kata Anwar dalam satu ceramah di Sungai Peria, Kuala Krai.

Umno memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai - samada undi Pas atau undi untuk jambatan. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru menhubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya Umno menang dalam pilihanraya nanti.

Namun sepanjang kempen Pas di Manek Urai, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan melangsaikan hutang royalti minyak yang dinafikan kepada kerajaan negeri Kelantan sejak 2004.

Exco Kerajaan Negeri Husam Musas bertegas Kelantan berhak kepada royalti minyak selaras dengan akta Petroleum di mana negeri berhak kepada royalti sebanyak lima peratus apabila didiisytihar sebagai pengeluar minyak.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan. -TVA

MANEK URAI : Esok Diisytiharkan Cuti Seluruh Kelantan

Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan," ujarnya lagi. -harakahdaily


MANEK URAI : Politik Murahan Dan Jijik Muhyiddin

Setiap kali pilihanraya, pemimpin UMNO/BN akan mengugut dan menggertak rakyat dengan berbagai kaedah. Polis berkeliaran, kadang-kala bukan untuk menjaga keamanan tetapi untuk menakut-nakutkan pengundi.

Pilihanraya kecil Manek Urai menyaksikan betapa budaya rasuah politik yang amat jijik digunakan oleh timbalan presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menipu rakyat di Manek Urai.

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

“Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. - Malaysiakini


Menyediakan kemudahan awam adalah tanggungjawab kerajaan, kenapa mesti mengugut rakyat dengan kaedah yang sejijik ini..!!!

Apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin Yassin ini jelas menggambarkan betapa budaya rasuah telah mendarah-daging dalam diri pemimpin dan pertubuhan umno, parti yang selama ini mengkhianati amanah rakyat. Tawaran Muhyiddin sudah macam umpan sang pelacur - Bayar lebih, kemut lebih. Bayar kurang, dia kangkang aje lah.

Kepada pengundi di Manek Urai, ingat JANGAT sesekali terperdaya dengan tipu muslihat dan omongan kosong pelacur politik seperti Muhyiddin ini. -kerajaanrakyat







MANEK URAI : BN Pancing Undi, Salahguna Kuasa

Janji yang diberikan Barisan Nasional (BN) menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan moden sekiranya parti itu menang pilihan raya kecil itu, adalah kesalahan salah guna kuasa kerana janji dibuat untuk memancing undi rakyat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya berkata, perkara itu sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk membawa Manek Urai dalam arus pembangunan negara.

“Kerajaan Pusat seharusnya bantu Kerajaan Negeri jika mempunyai tanggungjawab bersama dan bukan hanya berjanji untuk melakukannya sekiranya mereka (BN) menang.

“Kerajaan Pas boleh membuat aduan terhadap perkara ini kerana BN telah salah guna kuasa mereka dengan meletakkan syarat untuk peroleh kemenangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji akan membina sebuah jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama di Kampung Manek Urai Lama dan menjadikan kawasan itu kota agropolitan sekiranya BN memenangi kawasan itu.

Latheefa berkata, tindakan dan pengumuman yang dibuat kerajaan BN itu tidak seharusnya berlaku pada saat waktu pilihan raya kecil, sebaliknya ia perlu di buat lebih awal.

“Rakyat jangan tertipu dengan janji atau sebarang pengumuman terhadap perubahan yang akan dibuat kerana sebelum ini pun banyak yang BN telah janjikan,” katanya. -SH

MANEK URAI : Perlekeh Peraih Ikan, UMNO Gali Lubang Sendiri

Tindakan UMNO memperlekehkan calon Pas, Fauzi Abdullah yang merupakan seorang peniaga ikan akhir memakan diri apabila Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Kelantan mengadakan demonstari mengutuk UMNO.

Peniaga ikan dari seluruh Kelantan berhimpun hari ini menyatakan solidarity kepada Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan menyifatkan tindakan UMNO itu sebagai ’menggali lubang sendiri’.

“Perkataan ini boleh terguris hati dan perasan penjual ikan seluruh Malaysia khususnya Kelantan sendiri sehingga wakil dari Kedah bersama buat bantahan.

“Sebagai ahli politik, perkara itu tambahan bebaban UMNO yang sudah ada lubang, dan korek dalam lagi lubang untuk buruk imej pandangan masyarakat.

”Dalam Islam semua kerja hahal mulia tidak kira penjual ikan, penoreh getah, asal hahal ia mulia. Sebaliknya usaha dari rasuah kerja hina, haram bawak maksiat. Saya bersimpati dengan calon Manik Urai, usahawan perlu disanjung kerana kerja halal, wajib kita sokong dan senaraikan sebagai usahawan mulia, berdikari dan jati diri,” katanya pada sidang media selepas meghadir demonstrasi peraih ikan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas akan mengadakan forum penerangan mengenai isu royalti minyak yang dinafikan Umno-BN kepada rakyat Kelantan.

”Beri kesedaran kepada rakyat bahawa petrol di Kelantan memang wujud. Alasan pusat bahawa klantan tidak dapat petrol sebab kawasan bertindih. Peliknya kawsan bertindih tapi dia makan seorang tidak boleh beri pada Kelantan. Kalau bertindih tidak perlu makan la.. mintak lah bank negara ke bank antarabangsa.

”Tapi kawasan JDA dikatakan bertindih tidak boleh Kelantan, pusat makan. Mu makan aku tak boleh, barang aku punya. Tidak logik, kena ada forum atau wacana untuk terangkan dan tambah kesedaran rakyat terhadap negara,” katanya.-TVA


MANEK URAI : Nasharuddin Nafi Dihalang Berkempen

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menafikan dakwaan bahawa beliau dihalang oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan daripada berkempen untuk Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai.

Katanya, ketidak hadiaran beliau untuk berkempen adalah atas halangan kesihatan kerana beliau baru selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian usus, di Hospital Serdang Khamis lalu.

“Saya sudah buat persiapan untuk hadir tetapi ada temujanji di hospital, terpaksa berada di hospital. Hari Khamis lepas pembedahan saya dan selepas itu saya datang ke sini,” katanya pada sidang medianya bersama Presiden Pas, Datuk Seri Adbul Hadi Awang.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menerima layanan yang sinis oleh Pas dan masyarakat kerana menurunya, beliau tetap aktif menghadir beberapa program yang dijalankan parti berkenaan.

“Saya mengisi beberapa program yang telah disediakan jawatankuasa dari pagi, dan lawatan. Sambutan daripada ahli, petugas dan rakyat sama seperti pimpinan lain. Tidak ada masalah dan andaian negatif,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi Awang menolak dakwaan bahawa Badan Perhubungan Pas Kelantan mengeluarkan larangan kepada Nasharuddin untuk turun berkempen di Manik Urai.

”Saya tidak percaya pada kenyataan Pas negeri, saya tidak percaya ada kenyataan Pas Negeri sebab saya bimbang media-media yang mengendalikan hal seperti ini. Tidak ada larangan, kerajaan Malaysia pun tiada halangan untuk dia datang,” katanya.

Abdul Hadi turut mempersoalkan tindakan media yang tidak mempersoalkan mengenai ketiadaan Perdana Menteri Najib Razak di Manik Urai.

”Tidak betul dan saya tidak dengar dan saya tidak percaya Tok Guru cakap,” katanya ketika menjawab pertanyaa media sama ada benar larangan berkenaan dibuat Nik Aziz yang takut Nasha di cemuh masyarakat di sana. -TVA


Isu ke Manek Urai : Media Semakin Merana Di Bawah Najib

Walaupun media arus perdana melonggokkan puji-pujian ke atas Najib Razak sempena 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri kedudukan Malaysia dalam isu kebebasan akhbar masih tidak menampakkan ianya akan berubah. Malah pengamal media beranggapan kebebasan media di bawah pentadbiran Najib akan terus merana.

Tahun lalu Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia oleh ‘Reporters Without Borders’ mencatatkan Malaysia di tangga ke 132 dan merupakan kedudukan terburuk pernah dicatatkan.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Media Bebas, V. Gayathri, Najib tidak mengemukakan usaha dari segi hak kebebasan dan demokrasi tetapi sebaliknya masih lagi menggunakan taktik lama menahan aktivis yang memperjuangkan kebebasan media.

Katanya, media di negara ini juga tidak pernah diberi kebebasan mutlak selagi kerajaan masih tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.

Sehubungan itu, Centre for Independent Journalism (CIJ) mendesak kerajaan memulakan usaha menubuhkan jawatankuasa terpilih di Parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mempunyai kesan ke atas media.

"Kita agak kecewa sebab belum ada apa- apa lagi indikasi bahawa kerajaan di bawah Perdana Menteri najib nampaknya berminat untuk ambil tindakan yang beri lebih ruang kebebasan kepada media dan individu. Beri kebebasan bersuara. Pada bulan Mei, sempena hari kebebasan media sedunia kita mengeluarkan satu dokumen sebagai satu deklarasi permintaan pada kerajaan bahawa dalam masa terpendek kita mahu kerajaan mengurang kekangan kepada media terutamanya Akta Mesin Cetak. Sekurang-kurangnya akta ini tidak digunakan lagi,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya.

Akta sempit berkenaan memberi kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk membatalkan atau menggantung permit tanpa sebarang alasan dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Menurut Gayathri, pengawalan dan kekangan pemerintah ke atas media dibuat kerana media merupakan aset penting untuk membantu mengukuhkan kedudukan pemerintah.

"Sebagai kuasa politik.memang mereka sedar bahawa masyarakat yang berpengetahuan, masyarakat yang tahu bagaimana untuk pantau kerajaan. Agak berbahayalah, sebab esok kita boleh hilang kuasa itu. Ini adalah satu permainan politik yang mudah difahami dan sudah dipakai berdekad- dekad.

“Sebagai kuasa politik kita perlu pastikan bahawa masyarakat itu tidak berpengetahuan, masyarakat itu tidak berpendidikan. sebab kalau saya sebagai rakyat negera ini dan saya tahu apa hak saya dan saya tahu dimana ruang untuk saya komen, besok wakil rakyat saya tidak akan dipilih lagi. Sebab wakil bagi saya kamu tidak berkesan. Kita boleh tukar kerajaan untuk memastikan kerajaan yang bagus dan telus,” katanya.
Gayathri juga membidas layanan yang diberika kerajaan terhadap blogger yang diibaratkan seperti parti pembangkang sehingga mengakibatkan mereka menjadi mangsa.
"Kita lihat bagaimana pihak kerajaan respon kepada blogger seolah- olah blogger itu adalah wakil rakyat. Ada wakil rakyat menggunakan blog tapi ramai blogger bukanlah wakil rakyat. Cara kerajaan respon seolah- olah mereka adalah wakil rakyat yang sah.

“Kerajaan layan mereka seperti mereka adalah parti pembangkang. Ini adalah silap besar. mereka adalah suara masyarakat. Memang kelakarlah tengok kerajaan melihat maklumat yang terkandung dalam blog. Populariti terhadap seolah- olah bagi ancaman kepada negara.

"Bagi saya tidak relevan lagi. Ini cara yang outdated. Kawalan ini outdated. Kita telah majukan KPI. PM sendiri perkata KPI. Masih belum ada apa-apa perubahan. Harap PM akan lihat unjuran dari segi KPI untuk 100 hari kan datang.

”Salah satu dari aspek media, kaji semula undang-undang. Undang-undang kini betul-betul bagi kelebihan kepada kerajaan. Kita perlu bubar mansuh. PM sendiri boleh buat satu perubahan. Buat satu jawatankuasa kaji semual undang-undang, peruntukan mana-mana yang punya kesan ke atas media atau kesan ke atas individu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar kepada kerajaan beberapa cadangan berhubung isu-isu kepentingan media dan rakyat dan memberi amaran negara luar sentiasa memantau sama ada kerajaan mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki isu-isu seperti krisis politik Perak, kebebasan perundangan, ISA, polis, kebeasan maklumat, pilihanraya untuk majlis tempatan dan rasuah.


MANEK URAI : Muhyiddin Guna Jambatan Untuk Merahsuah Pengundi

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno hari ini mengumpan rakyat Manek Urai dengan janji membina jembatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Banyak pihak meliaht kenyataan TPM itu terang-terangan satu rasuah yang telah menjadi amalan parti UMNO BN pada setiap kali pilihanaray umum atau kecil.

Mereka menjadikan diri mereka seperti Santa Klaus di hari Natal yang menaburkan gula-gula kepada rakyat dengan harapan rakayt menyokong parti mereka.

"Ia satu politik ugutan," kata seorang pemerhati politik.

"Ini bererti jika tidak mengundi UMNO BN, rakyat tidak berhak kepada pembangunan sedangkan merekalah juga yang selama ini menyekat peruntukan pembangunan ke negeri Kelantan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," tambahnya lagi.

Rakyat Kelantan yang selama ini menjadi mangsa diskriminasi kerajaan pusat yang telah menyekat peruntukan pembangunan semenjak zaman Mahathir (sekarang Tun) sehinggalah dasar itu diteruskan oleh dua perdana menteri selepasnya dan yang terkini ialah terdedahnya kezaliman Petronas yang telah menidakkan pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan semenjak tahun 2004 yang dianggarkan berjumlah RM1.7 billion.

Petronas sehingga kini masih gagal menjelaskan sebab-sebab kenapa royalti itu tidak dibayar sekalipun telah menerima arahan dari kabinet untuk berbuat demikian sejak seminggu lalu.