22 Dis 2011

TGNA Bersuara, Halang Guna Media Musuh & Nafi Sokong Hassan Ali

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.

Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.- HD

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu. -HD


Hasan Ali hits out at critics, says backed by Nik Aziz, ulama, Youth wing

KUALA LUMPUR, Dec 20 — Selangor PAS assemblyman Datuk Hasan Ali hit out today at his critics from within the party who have signalled he is not welcome, saying he has strong support from its top leaders as well as members from the Ulamak Council and the Youth wing.

“People say Datuk Hasan is isolated. I’m not,” he told a news conference at his home here today, refuting allegations from senior partymen that his comments on championing Islam, the Malay race and the royal institution were damaging to the party’s reputation.

“Tuan Guru Nik Aziz, two nights ago in a speech in Jeli, praised me for being highly-qualified, with a degree from the US,” Hasan (picture) told reporters, saying the PAS spiritual adviser had expressed sympathy and support for his stand in pushing the party’s original fight to make Malaysia an Islamic state.

He said he had received statements of support from the party’s religious quarters, the head of the Ulamak Council, Datuk Harun Taib, and its Youth chief Nasrudin Tantawi Hassan.


Hasan’s recent outspoken remarks backing political foe Umno’s push of the three “Rs” — religion, race, royalty — have raised the bristles of, among others, PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali and vice-president Mahfuz Omar.

“I thought I must be objective, seen to be intelligent,” said the man who described himself as a “professional” instead of being grouped as an “ulamak” or conservative, as many believe him to be owing to his support of those three issues.

Calling Mustafa “arrogant”, Hasan demanded the senior partyman show proof he had been ensnared by Umno and was involved in the rival party’s agenda to weaken PAS.

He then lashed out at Mahfuz, whom he mocked as being “bankrupt of thought” for opening the door to his exit from PAS to enter Umno.

“I never thought that and I never will,” he said.

The Gombak Setia assemblyman backed down, however, from pushing for action to be taken against his two detractors, saying he left it to the top leadership to make the call.

But Hasan demanded the party take disciplinary action against Selangor information chief Saari Sungib, whom he claimed for initiating the internal conflict within the party.

He denied that he was unhappy or worried about being dropped for the next general election, as alleged, but urged the party to investigate the nomination process to clear the air over his candidacy. -TMI


Ulasan GB

Mursyidul Am telah bersuara menafikan kenyataan Hassan Ali yang kononnya beliau mendapat sokongan dari TG Nik Aziz. Ketua Pemuda dan Ketua Ulamak belum menafikan. Apakah Ketua Pemuda & ketua Ulamak menyokong pendirian hassan Ali yang menghentam PAS?

Mengguna penggunaan media UMNO, apa yang disampaikan oleh Mursyidul Am TG Nik Aziz tersebut bertepatan dengan apa yang GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Anehnya, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa menggunakan media massa pro-UMNO menghentam PAS. Sesuatu yang pernah satu ketika digunakan oleh bekas pemimpin PKR bernama Datuk Zaid Ibrahim yang lantarannya beliau dihentam oleh ahli PKR (termasuk PAS juga).

Tapi berbeza dengan kes Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Mereka mengkritik parti menggunakan akhbar pencacai - dan sebahagian pemimpin PAS mempertahankan terutama mereka yang dikaitkan dengan UG.

Dahulu hanya GB bersendirian mengkritik Mustafa Ali kerana beliau dilihat merupakan master-mind UG di dalam PAS. Ramai juga yang menghentam GB selepas itu terutama dari kalangan UG yang "lubuknya" terdapat di Terengganu dan Selangor.

Tetapi apabila Mustafa sudah meninggalkan gagasan tersebut, maka GB tidak lagi mengkritiknya, malah bersyukur kepada Allah telah mengembalikan Mustafa Ali ke dalam saf perjuangan PAS yang sebenar.

Anehnya, yang mengkritik Mustafa Ali kini ialah pemimpin dan ahli yang masih setia dengan gagasan gila itu - kononnya Mustafa mendedahkan kelemahan pemimpin mereka secara umum tetapi mereka membisu apabila sebelumnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa mengkritik parti terang-terangan melalui media UMNO.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Masuk Derma Ke Akaun Peribadi: Awang Adek Perlu Disiasat

Masuk derma ke akaun ahli politik 'tak boleh diterima'

Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM) - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

"Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan rasuah kerana tidak ada peraturan-peraturan yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan," katanya.

Semalam, Awang mengakui menerima sumbangan wang tunai dalam tiga akaun peribadinya, tetapi berkata wang tunai itu adalah untuk program kebajikan di Bachok, di mana beliau merupakan ketua Umno bahagian. -mk

Awang Adek akui terima deposit, tapi...

Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. -mk


Selangor Sokong Kempen Anti-Lynas

Kerajaan Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) yang beroperasi di Pahang.

Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan.

Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain.

"Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain.

Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya.

Projek Lamp yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).

Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif thorium.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu.

Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan.

Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan.

"Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali," tegasnya.

Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji Lamp bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang.

Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius.

"Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan.

Dengan berjayanya projek Lynas di Pahang, tidak mustahil mereka akan membina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi itu besar. -tvsnews



Antara Turunkan Bendera Najib Dan Kencing Gambar Pemimpin PR

Petaling Jaya: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.

Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.

Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.

Bagaimanapun, tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.

Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula.

Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama.

Penglima Ludah Umno

Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini.

Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

“Benda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini,” tulisnya.

Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu pejabat mereka dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu.

Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan.

Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka. -FMT





Hassan Ali Memang Harap Dirinya Dipecat Dari PAS Bagi Beliau Sertai UMNO

Hasan Ali tak kisah jika digugur

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi.

Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Hasan sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.

Menyentuh mengenai PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya dipetik Bernama Online.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. -TMI

Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.

Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.

Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.

"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.

Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung. -HD


Ulasan GB

Jika demikian kenyataan Hassan Ali, maka mudah untuk kita faham mengapa beliau bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyerang PAS dan kepimpinannya.

Sememangnya beliau menunggu dirinya dipecat. Enggan keluar secara sukarela kerana terikat dengan bai'ah.

Dan Zulkifli Noordin difahami menjadi "broker" untuk Hassan Ali mengambil sikap sedemikian.

Hassan Ali telah lama menjadi "duri dalam daging" bagi PAS.

Justeru, jika PKR telah tegas memecat Zulkifli Noordin sebelum ini, PAS juga perlu tegas juga memecat Hassan Ali.

3 Bulan Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Dapat Anak

Coventry: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.

Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. - Agensi



Ramai Bela Tindakan Adam, Sokongan Dalam FB Kini Lebih 20 Ribu

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli

Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu? Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe. Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."

Kelmarin, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu. Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu.

"Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya. Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda. Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah. Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari.

Adakah PM beradab?

Ketika diajukan soalan bahawa sesetengah menyifatkan bahawa tindakan Adam itu "biadap", Abdul Aziz Bari sebaliknya mempersoalkan, "Adakah selama ini PM dan kerajaan yang dipimpinnya beradab?"

Beliau memetik contoh, "Misalnya sikap biadab mereka kepada Agong yang mahukan himpunan BERSIH diselesaikan dengan cara baik. Najib sembur air gatal, malah hospital pun ditembaknya," sebelum beliau mengingatkan, "Dan jangan lupa sikapnya kepada mahasiswa. Kononnya nak beri kelonggaran supaya mahasiswa boleh berpolitik tapi tetap buat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan."

Malah Abdul Aziz Bari (gambar kiri) menyimpulkan, "Jadi sebelum juak-juak PM minta orang lain beradab dan berbudi bahasa PM kena tunjuk contoh. Jangan jadi ketam yang mahu anaknya jalan betul!"

Beliau merujuk kepada kes rayuan yang dikemukakan kerajaan setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Rayuan ini dibuat tatkala kerajaan yang sama menjanjikan pindaan AUKU untuk membenarkan siswa yang berumur 21 tahun ke atas terlibat dalam parti politik.

A.Samad: Anak muda bukan bodoh

Ketika ditemuramah MerdekaReview, A.Samad Said menyanggah tuduhan bahawa tindakan Adam Adli itu biadap, sebaliknya beliau menganggap ia harus dilihat sebagai protes untuk menyatakan ketidaksenangan golongan siswa dalam isu kebebasan akademik.

Malah, Sasterawan Negara ini mengingatkan bahawa bendera yang diturunkan adalah bendera berwajah Najib, bukan bendera negara. "Sesiapa pun boleh bikin bendera wajahnya," kata A.Samad Said (gambar kanan), sempat untuk mengimbas ingatannya bagaimana seorang wartawan Utusan Melayu pernah memijak-mijak bendera Indonesia, ketika zaman konfrontasi Indonesia. Untuk beliau, tindakan memijak bendera negara yang sedang kita konfrontasi adalah tindakan yang tidak wajar.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Puteri UMNO yang menyifatkan tindakan Adam sebagai "tidak matang", A. Samad Said dengan nada menyindir mencadangkan mereka mengulas isu lembu dan kondominium. Bagaimanapun, berbalik kepada isu, A. Samad Said menganggap isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda. "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai," tegasnya.

Hishamuddin Rais:

Hishamuddin Rais (ganbar kiri) pula dengan sinisnya, menyindir bahawa "matang pun tak ada gunanya kalau bodoh macam langau di buntut gajah - apa kata pemimpin semua mengangguk kepala?". Beliau memuji tindakan mahasiswa sebagai "tindakan yang radikal dan cool".

"Ini mencerminkan langkah anak muda. Inilah seharusnya menjadi contoh keberanian anak muda, bukan memakai baju batik lengan panjang," kata bekas pemimpin gerakan siswa pada zaman 1970-an ini.

Tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib Razak di PWTC ketika sekumpulan siswa-siswi berarak untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, telah mencetus kontroversi. Memorandum tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam. Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan menuntut Adam memohon maaf kepada Perdana Menteri, disertai lebih 1,000 orang sehingga kini.

Bagaimanapun, satu laman facebook yang menyokong tindakan Adam telah menghampiri 10 ribu peminatnya, dalam masa 24 jam ditubuhkan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.



Kerani Perempuan Ditikam 35 Kali Di Rumah Sewanya

Kuala Lumpur: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. -hm


TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong.
Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.





Jeritan sayu celah tingkap rumah

KESAN darah pada lantai dan kain milik mangsa masih kelihatan di rumah Rozana yang mati akibat ditikam 15 kali di Jalan Puncak Desa Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang kerani kanan sebuah bank yang cedera parah selepas ditikam sebanyak 15 kali sempat menjerit meminta tolong melalui tingkap rumahnya sebelum dia ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah semalam.

Kejadian pukul 1.55 pagi di tingkat satu sebuah rumah kedai dekat Jalan Puncak Desa Kepong di sini itu menyebabkan wanita bujang, Rozana Mohd. Yusak, 35, mati selepas ditikam di belakang badan, paha dan siku kiri.

Penyerang yang dikenali Rozana itu dipercayai terus melarikan diri bersama beberapa dokumen penting termasuk MyKad mangsa. Wanita itu yang sedang nazak di ruang tamu kemudian menggagahkan diri pergi ke tingkap depan rumahnya sebelum menjerit meminta tolong.

Seorang lelaki yang terdengar jeritan sayu itu menghubungi polis dan ambulans.

Rozana yang memakai seluar pendek dan singlet ketika ditemui bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Selayang 15 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan mendapati, terdapat dua tikaman pada paha kiri, tiga di siku kiri dan sembilan di belakang badan. -kosmo


Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa

Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.

SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.

“Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa,” katanya.

SMS dan panggilan telefon

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.

“Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.

Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.

Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri

Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. -FMT