Upacara tersebut berlangsung jam 11.40 pagi tadi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk V. T. Singam.
Mohammad Nizar mengangkat sumpah hari ini, yang merupakan hari lahir beliau, selepas majlis itu terpaksa ditangguhkan pada Khamis lepas kerana DAP, PKR dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
LAPORAN HARAKAHDAILY
17 Mac 2008 bukan sahaja tarikh yang bersejarah kepada kerajaan campuran di negeri ini apabila dengan rasminya Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.
Seluruh ahli dan penyokong Barisan Alternatif dan DAP layak bergembira dengan kemenangan pada 8 Mac lalu dan sewajarnya juga mereka bergembira dengan pelantikan Adun Pasir Panjang sebagai Menteri Besar yang baru.
Namun di sebalik peristiwa bersejarah itu, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencatat `hari ini dalam sejarah' apabila upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada 17 Mac adalah tarikh lahir beliau yang ke lima puluh satu.
Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.
Hari ini merupakan hari yang paling ceria buat Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ia bukan sahaja hari angkat sumpahnya sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10, tetapi ianya juga hari lahirnya yang ke lima puluh satu.
Sehubungan itu seluruh pimpinan Barisan Alternatis dan PAS serta ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya dan rakyat negeri Perak amnya mengucapkan selamat hari jadi kepada Ir Mohammad Nizar.
Seluruh rakyat dan pemimpin BA dan DAP mengharapkan kerajaan campuran yang dibentuk nanti merupakan kerajaan yang adil, bersih, mesra rakyat, dan mengutamakan kepentingan rakyat serta membela golongan yang tidak berkemampuan.
Sehubungan dengan itu juga seluruh warga kerja Harakah dan Harakahdaily turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Menteri Besar Perak yang baru. - mns