1 Jul 2009

MANEK URAI : Pemuda Umno Selewengkan Maksud Wacana Pas

Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.

Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.

Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.

“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasaruddin. “Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.

“Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.
Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.

“Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas,” kata Khairy.

Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.

“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.

Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk. .

“Pas dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.

“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.

Pendirian itu didokong oleh saya pemuda pas yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.

“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.

Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah. -TVA



Menyanggah Pendapat PAS Tak Perlukan DAP

Pertamanya, saya bersetuju dengan pandangan seorang Pensyarah dari Uitm Dungun bahawa pengaruh Mursyidul Am Pas amat besar di dalam Pas. Ini tidak menghairankan kerana pengaruh yang ada pada beliau bukan disebabkan oleh batang tubuhnya tetapi kerana jawatan sebagai Mursyidul Am itu sendiri adalah satu jawatan tertinggi di dalam Pas.

Justeru itu, bukan calang-calang orang yang boleh dilantik sebagai Mursyidul Am di dalam Pas. Seandainya ditakdirkan Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi memegang jawatan tersebut, maka pengganti beliau juga pasti akan mempunyai pengaruh yang besar di dalam Pas.

Saya juga sependapat dengan Pensyarah tersebut bahawa sekiranya Mursyidul Am itu membuat keputusan bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan, maka Kerajaan Perpaduan dengan Umno akan dapat diwujudkan walaupun ditentang oleh rakan-rakan Pas di dalam PR.

Persoalannya, apakah selaku Mursyidul Am yang memegang amanah di dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak menghargai dan menghormati rakan-rakan sendiri yang begitu kuat membantu Pas?

Wajarkah seorang Mursyidul Am membuat keputusan begitu mudah untuk `berbaik sangka' dengan musuh lamanya yang mempunyai rekod dan sejarah yang teramat sadis terhadap Pas dan Islam dalam keadaan musuh tersebut masih lagi mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan terhadap Islam dan rakyat?

PKR dan DAP telah membuktikan kesetiaan kepada Pas, manakala Umno telah membuktikan `pengkhianatan' kepada Pas. Maka di sini, wajarkah Mursyidul Am memilih Umno semata-mata atas dasar perpaduan? Inilah kebijaksanaan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz di dalam membuat keputusan.

Pandangan Pensyarah tersebut menyatakan bahawa Pas tidak mempunyai masalah untuk berbincang bersama Umno, manakala ini tidak akan berlaku kepada PKR dan DAP. Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa memang Pas tiada masalah bila-bila masa untuk bersama Umno tetapi apakah Pas akan dapat mendominasi diri bersama Umno? Harus diingat, dasar parti Umno adalah lebih kurang sama dengan PKR dan DAP iaitu bukan meletakkan Islam sebagai dasar parti, cuma bezanya PKR dan DAP kelihatan lebih baik dan bersih sejarahnya yang menghampiri ketelusan dan keadilan yang juga dituntut oleh Islam.

Buktinya, lihatlah beberapa negeri di bawah pemerintahan mereka dan bandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Umno atau Bn. Apakah Pas lebih berminat untuk meletakkan parti yang sebegini bersih untuk bersama mereka?

Jika Pas dikatakan tidak bermasalah untuk bersama Umno, maka harus diingat bahawa PKR dan DAP juga tidak bermasalah sekiranya tidak bersama dengan Umno. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa majoriti rakyat kini tidak lagi mempercayai Umno/Bn bahkan di dalam jemaah Pas sendiri pun bukan sedikit yang tidak mempercayai Umno/Bn ini.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sekiranya Pas meneruskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno itu, Pas sendiri akan menanggung risiko di atas kesilapan yang mereka lakukan. Orang-orang Umno akan tetap menyokong Umno, ahli-ahli Pas akan berpecah, Kelab Penyokong Pas sudah pasti mati dan tidak mustahil PKR dan DAP akan lebih kuat kerana mereka akan mendapat sokongan pula dari MCA, MIC dan Gerakan yang semestinya sangsi dengan Kerajaan Perpaduan dua parti ini. Maka, sekali lagi ternyata keputusan Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah bijak dan tepat.

Hujah Pensyarah itu lagi, Pas sememangnya tidak perlukan DAP kerana Kelab Penyokong Pas sudah semakin kuat. Ini hujah yang tidak tepat kerana belum pun Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan, bahkan baru untuk bersuara sahaja, Kelab Penyokong Pas sudah mula memberontak dan mengingatkan Pas supaya tidak mengkhianati kepercayaan mereka terhadap Pas selama ini.

Satu perkara lain, Pensyarah tersebut mengambil contoh bilangan kerusi Umno dan kerusi Pas di dalam Dun Negeri lebih banyak dari PKR dan DAP. Memang benar, tetapi itu jumlah kerusi semasa yang ada sekarang.

Apa jaminan dan keyakinan yang boleh kita sandarkan bahawa kerusi tersebut akan berubah di dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya Pas mengadakan Kerajaan Perpaduan bersama Umno? Tidakkah mustahil ketika itu undi orang-orang Melayu akan berpecah kepada dua iaitu undi untuk Umno/Pas dan undi untuk PKR/DAP? Dalam masa yang sama tidak mustahil pula undi dari kaum Cina dan India di dalam MCA, Gerakan, MIC akan beralih kepada PKR/DAP? Yakinkah Pensyarah bahawa parti-parti komponen BN tersebut gembira jika wujudnya Kerajaan Perpaduan di antara Pas dan Umno ini?

Allah telah membuka pintu hati Mursyidul Am serta ramai ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan bijak sekarang. Bukan masalah niat untuk bersatu itu tidak penting, tetapi strategi dan muslihat pihak lawan untuk meruntuhkan Pas dan kerjasama yang terbukti kukuh bersama PR sekarang lebih penting lagi untuk difikirkan. Apakah tanpa Kerajaan Perpaduan maka rakyat akan menderita dan tidak lagi bersatu? Bukankah perjuangan di dalam PR selama ini adalah untuk membebaskan rakyat dari perpecahan dan penderitaan selama ini? Apakah kita tidak yakin lagi dengan perjuangan kita sendiri? -wfauzdin


MANEK URAI : Kenapa Kerajaan Kedah Tak Rujuk Rakan Dalam PR?

DAP Pusat akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan langkah DAP Kedah yang memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Sementara itu beberapa pihak melihat tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan YAB Ustaz Azizan Abd Razak bukan sesuatu tindakan yang bijak terutama di saat kita sedang menghadapi pilihanraya Manek Urai.

"Kenapa kita beri modal untuk UMNO/BN untuk menyerang pakatan Rakyat ketika ini." keluh seorang ahli PAS di Kedah.

Sementelah lagi kita tidak sepatutya mengikut cara UMNO BN menyelesaikan sesuatu isu yang sensitif seperti langkah Khir Toyo merobohkan kuil dan surau di Selangor yang telah mengakibat kekalahan besar parti UMNO BN di Selangor.

"Bangunan tersebut tidak bersalah. Ia boleh ditutup, disamak (dibersihkan) dan kemudian digunakan untuk tujuan lain. Kenapa perlu ambil tindakan merobohkan? Banyak sangatkah duit kerajaan Kedah untuk bina bangunan baru?" bentak seorang ahli PAS yang lain.

"Apakah ini penangan dari isu Kerajaan Perpaduan yang taksub kepada bangsa?" tambahnya.

Seorang forummer di Tranungkita Online, ajai, turut mempersoalkan tindakan MB Kedah tersebut.

Terkejut juga aku tengok Edisi 7 NTV7 tadi (antara berita yang tepercaya berbanding RTM dan TV3) bila Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah/Perlis umum tarik diri dari PR Kedah. Namun demikian, bila aku lihat sikap Azizan Razak, MB Kedah, aku jadi tak hairan pun bila ada yang tak puas hati. Azizan ni lagak dia memang macam keras kepala sedikit dengan satu geng pun dia buat tak berapa peduli.

Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim, MB Selangor walaupun ada yang kritik sikap degil dia, tapi hati batu dia pada UMNO dan penyelewengan bukan pada rakan dalam PR. Bila rakan dalam PR bersuara, dia dengar dan pertimbangkan.

Pandangan aku, walaupun PAS boleh mentadbir Kedah sendirian (majoriti mudah saja pun), jangan angkuh. Tidak perlu mendabik dada dengan Kelab Penyokong PAS yang bukan Islam tu sebab PAS perlu kepada PKR untuk meneutralkan imej totok parti itu kepada golongan pertengahan dan sekular, serta perlu kepada DAP bagi meneruskan arus sokongan Cina dan India. Yang paling penting, imej pada peringkat negeri melambangkan imej pada peringkat pusat.

Kedah tak macam Kelantan, minoriti bukan Islam besar juga bilangannya. Kalau PAS Kedah berkeras nak laksanakan dasar-dasar dia saja tanpa merujuk pada rakan dalam PR atas sebab merasakan yang mereka boleh memerintah sendirian, ingatlah... kalau nak perintah sendiri setakat majoriti mudah saja, tak lebih. Sikap begini langsung tidak memperkasa sebaliknya meranap imej PR sebagai gabungan untuk semua bangsa dan agama.




Isu Ke Manek Urai : Pakatan Rakyat Tekad Tumbangkan BN

Kira-kira 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya.

Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat.

Harapan Umno untuk melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.

DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan.

Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.

Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. -wfauzdin


MANEK URAI : Harakahdaily Masih Mendokong Gagasan Kerajaan Perpaduan?

Malaysiakini melaporkan isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya.

Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini.

Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah.

Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya.

Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.


"Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?"
Oleh Dzulkefly Ahmad

Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’ menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya.

Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.

Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:

Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.

‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:

Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjaungan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihanraya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.

Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya

“Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”.

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!


NIZAR ZAMBRY : WIBAWA 6 HAKIM DISANGSI

Seramai enam daripada sebelas Hakim Mahkamah Persekutuan dikenalpasti membelakangkan peruntukan perundangan dan Perlembagaan dalam membuat keputusan pada beberapa perbicaraan termasuk yang membabitkan kemelut politik Perak, bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan mendedahkan.

Enam hakim berkenaan masih berkhidmat walaupun mereka telah mencabuli Kod Etika Hakim 1994 dan boleh dipecat kerana gagal melaksanakan tanggungjawab secara berwibawa dan amanah.

Chan enggan menamakan hakim-hakim berkenaan secara terbuka tetapi mendedahkan bahawa sikap berat sebelah "kumpulan enam" itu terserlah setelah tercetusnya krisis perlembagaan di Perak.

Kes-kes bersabit kemelut diPerak menonjolkan kecenderungan enam Hakim Mahkamah Persekutuan itu untuk mengambil keputusan yang berpihak kepada Barisan Nasional walaupun penghakiman mereka jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

"Sejak berlakunya krisis politik Perak terdapat beberapa keputusan mahkamah yang tidak adil. Sekiranya krisis ini tidak berlaku kita tidak mungkin dapat membezakan "permata dengan batu" di kalangan hakim-hakim kita," kata Chan.

"Setakat ini saya telah mengenalpasti enam hakim Mahkamah Persekutuan yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka berpandukan undang-undang. Saya boleh tambah jumlah ini dengan kalangan hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi," kata Chan yang dihormati kerana keberaniannya menegakkan keadilan semasa dalam perkhidmatan.

Artikel 125(3A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kod etika hendaklah dipatuhi oleh setiap hakim sama ada daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

Seksyen 2(2) Kod Etika Hakim menyatakan hakim yang melanggari mana-mana peruntukan dalam kod tersebut boleh dipecat daripada jawatannya.

Menurut Chan, antara keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara ialah penghakiman April lalu bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco BN daripada menghadiri sidang DUN.

Keputusan kontrovesial itu diambil oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Beliau bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul serta Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Hakim Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, mendakwa kononnya Perlembagaan Perak tidak memperuntukan hukuman penggantungan dari DUN untuk kesalahan menghina dewan.

Chan berkata kelima-lima hakim dalam perbicaraan itu telah membelakangkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa, "keabsahan sebarang prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah".


"Hakim-hakim ini membuat undang-undang sendiri dan tidak memperdulikan Perlembagaan Negara yang bahasanya sangat jelas, terang dan rata-rata difahami oleh rakyat Malaysia," tambah Chan. -TVA


KERAJAAN NIZAR : KRISIS PERAK DEDAH KEBEJATAN UMNO BN

Krisis politik di Perak secara tidak langsung telah memberikan “pakej rangsangan ekonomi” kepada rakyat di negeri tersebut. Contohnya apabila sidang DUN Perak berlangsung 7 Mei lalu, berbondong- bondonglah para wartawan, penulis blog, penganalisis politik dan pelancong politik dari luar negeri itu turut serta.

Apabila Ipoh dipenuhi dengan orang-orang luar, maka rancaklah aktiviti ekonomi. Hotel-hotel berpenghuni, restoran-restoran lebih laris, termasuk kedai-kedai mamak mendapat pelanggan luar biasa banyaknya.

Ia secara tidak langsung dapat membantu rakyat Perak untuk terus bertahan walaupun aktiviti ekonomi di negeri tersebut lembab akibat ketidaktentuan politik sejak Februari lepas.

Menurut Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, pergolakan politik di Perak "satu pendidikan politik yang terbaik" kepada rakyat.

Menurutnya, juga adik kepada seorang ahli politik veteran Umno, krisis di Perak menunjukkan dengan jelas kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam.

Memang benar apa yang dikatakan oleh ahli parlimen PAS itu. Sebelumnya, memang begitu sukar untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku di negara ini.

Dengan berlakunya rampasan kuasa di Perak, rakyat dapat melihat sendiri bagaimana institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam diperkudakan oleh Barisan Nasional untuk menghalalkan tindakan mereka merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Menurut hakimnya Abdul Aziz Abdul Rahim, ADUN PAS itu adalah menteri besar Perak yang sah kerana undi tidak percaya tidak pernah diusulkan terhadap Nizar dalam persidangan DUN Perak.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakimannya.

Selepas penghakiman itu, Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry Abd Kadir, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

Kegembiraan Nizar dan barisan exco Pakatan Rakyat Perak tidak bertahan lama. Keesokan harinya Zambry, menteri besar BN, memfailkan rayuan mahkamah Putrajaya.

Rayuan Zambry itu didengar dan diputuskan pada hari yang sama. Mahkamah Rayuan bertindak dengan begitu pantas dan efisyen. Jika kes-kes lain turut diperlakukan sebegini rupa, maka mahkamah di Malaysia akan menjadi mahkamah yang paling efisyen di dunia!

Mahkamah Rayuan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - yang membawa akibat Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah selama tidak sampai 24 jam!

Pada 22 Mei pula, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan pelantikan Nizar sebagai menteri besar.

Keputusan ini akan pasti dirayu pula oleh Nizar di Mahkamah Persekutuan. Apakah ia akan memihak kepada Nizar atau Zambry?

Pertikaian di mahkamah antara dua menteri besar ini diperhatian dengan dekat oleh orang ramai - sekali gus mengheret para hakim kanan di depan mahkamah rakyat.

Hakim membuat keputusan, rakyat menentukan kesahihan keputusan mereka!

Akibat silih ganti pertukaran ini, pelbagai pihak mula mendesak lagi agar DUN Perak dibubarkan untuk menyelesaikan kemelut politik politik yang berlarutan selama beberapa bulan.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.

“Jika Perak lumpuh, bukan hanya Perak yang akan lumpuh tetapi seluruh negara akan lumpuh.

"Jika istana Perak membuat keputusan salah (tidak membubarkan DUN), ia bukan sahaja akan menjejaskan institusi beraja di negeri itu tetapi keseluruhan institusi Raja-raja Melayu.

"Jika semua kes mahkamah telah diselesaikan sekalipun, ia tidak akan memuaskan hati rakyat. Jalan yang terbaik ialah krisis politik ini diselesaikan melalui pilihanraya di negeri tersebut," katanya ketika ditemuramah oleh penulis ini sewaktu pelancaran Pertandingan Menulis Esei Bertemakan "One Nation, One Malaysia" anjuran yayasannya My Future Foundation pada 13 Mei lalu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan - bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya negeri.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia," kata pengerusinya Abu Talib Osman.

Beliau merujuk Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat haruslah menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. - amin iskandar

MANEK URAI : Politik UMNO Berbahaya Kepada Rakyat Malaysia

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Malangnya dalam mengekalkan kuasa, UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata-mata kerana ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman, memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua berfikir dengan teliti, buka hati dan lihatlah realiti :

UMNO Parti Perkauman Dan Pemecah-belah Di Malaysia.

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar-dasar British, malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak-corak pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengamalkan terus corak pentadbiran sekular British.

Rakyat pada masa itu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting ialah memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tidak berubah. buktinya, kebanyakkan Akta-akta Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi. jadi di manakah perubahannya?

Sebab itulah setelah kerajaan BN silih berganti Pemimpin, tetapi corak pimpinannya masih sama dan yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik-taik yang ditinggalkan oleh British dulu?

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang-terangan sekarang.

Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan-lahan. mereka memfitnah pula Parti PAS yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, menolak hukum Islam dan membiakkan kemaksiatan di Malaysia ini sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai-nilai Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan-ugutan bahawa Pas adalah pelampau yang ganas, Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari Kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu, PAS bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di fitnah dan di hina pula oleh pimpinan UMNO yang seagama dengan orang PAS. Begitu hinanya PAS di kecam mereka waktu itu dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU-12 baru-baru ini, UMNO merayu-rayu pula supaya PAS dan UMNO bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan mereka suatu ketika dahulu.

Dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB Perak adalah pemimpin PAS pula malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.begitu kejinya UMNO dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula Kerajaan PR Perak yang sah dipilih oleh majoriti rakyat Perak.

Adakah perlu diadakan kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini? Tiada bezanya UMNO dengan Yahudi sifatnya.Meminta untuk berdamai dan dalam masa yang sama menikam dari belakang.

Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan cacat kerana hukum Hudud dijalankan. inilah bahayanya UMNO. kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam. apakah ini bukannya kerja buruk UMNO mengkufurkan hukum Allah?

Menghasut pergaduhan kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO telah kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu.

Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang, mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali dengan berkata "Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang", walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Tsu Koon menjadi KM Pulau Pinang, bukan kah Koh Tsu Koon itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng?

Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris-nyaris menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali. Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata "Basahkan keris dengan darah orang Cina" yang hampir-hampir menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan orang India berhubung Isu Hindraf. akhirnya apabila kedua-dua kaum ini tidak lagi menyokong UMNO/BN, mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis. inilah fitnah bahaya UMNO disaat-saat mereka ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program-program yang melalaikan umat Islam sendiri. walhal UMNO yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.

Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan pula Pas terkapai-kapai sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam.

Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada Kerajaan PAS dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

Tidak cukup dengan itu UMNO memperlekehkan pula Hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. maka keluarlah perkataan yang mengkufurkan Allah dari pimpinan UMNO seperti berikut:"kalau nak makan sup tangan silalah ke Kelantan", "Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan", juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan "Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah?", maka disokong pula pimpinan UMNO sendiri.

Mereka juga mempermainkan ayat-ayat suci Al-Qur'an untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyokong UMNO. lantas beliau membacanya seperti berikut: "YA AI YUHALLAZI NA AMANU", kemudian Mahathir berkata, " tengok dalam Qur'an AMANU tu UMNO lah", ini perbuatan munafik dan kufur yang terang-terangan dan di sokong pula ahli-ahli UMNO. perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.

Maka apabila PAS mengatakan dalam Al-Qur'an menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula PAS mengkafirkan UMNO sesuka hati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran. isu ini juga lah yang di mainkan di setiap kali pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar UMNO apabila mendapat kuasa..

UMNO juga selepas itu mengubah Islam, dengan mewujudkan Islam HadHari yang baru samata-mata mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. permainan politik yang berjaya apabila UMNO mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. UMNO akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat. di saat perlaksanaan Islam HadHari itulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.

Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. mereka juga menggunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam HadHari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.

Dan kita lihat bagaimana UMNO mempermainkan Al-Qur'an apabila Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula, sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Qur'an langsung.perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. inilah munafiknya UMNO yang kita kenal. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka. sedangkan menjadi tanggung jawab mana-mana kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti.

contoh : Apabila kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Terengganu UMNO menyekat wang royalti dan menggantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik UMNO sahaja. bukankah zalim perbuatan sedemikian? malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.
Malah Negeri Kelantan yang sehingga kini pun masih lagi tidak diberikan Royalti minyak sedangkan Minyaknya telah pun ditemui dan disedut sejak 5 TAHUN lalu

Bahayanya UMNO sebagai penderhaka kepada Raja-Raja.

UMNO pernah menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak UMNO berlaku biadap kepada Sultan Kelantan.

Menggubal undang-undang yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja-raja pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja-Raja didalam media-media milik mereka sehingga mengaibkan Raja-Raja Melayu bangsa mereka sendiri.

Mereka hanya mebodek Raja-Raja jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja-Raja jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

Seperti yang berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan "NATANG", begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu UMNO mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja-Raja malah mengatakan pula PR diketuai Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan "Mohon Sembah Derhaka".

Sedangkan itulah UMNO yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah UMNO benar-benar Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja-Raja? jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja-Raja yang anda hapuskan dulu.Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah-sudah menggunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya.

Dan yang paling teruk sekali UMNO adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai-bagai jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali.

Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh menggugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Monggolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. bahayanya kalaulah Negara Monggolia tidak berpuas hati dengan kes ini, kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan-tindakan yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

Merampas kampung-kampung dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh UMNO semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel, contoh : Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10 kali ganda.

Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham-saham penting didalam kepentingan Negara.Banyaknya tanah-tanah rizab melayu yang di miliki oleh tauke-tauke besar dari Singapura..

Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar-benar baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat-pesawat tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara-gara sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia dimenangi pula oleh Singapura. Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak-katikkan.

Membawa masuk budaya-budaya barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai-nilai barat tersebut sedangkan kita sedia maklum segala budaya-budaya ataupun nilai-nilai hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

Mengiktiraf Negara Israel.

Walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindakan-tindakan kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut.

contoh : Membenarkan Pasukan kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.

Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat-syarikat dari Amerika tersebut dimiliki oleh bangsa Yahudi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC, Mc Donald dan lain lain.

Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil-wakil dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel, malah program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula TV menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine?

Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram Yahudi itu Israel sedangkan Negara-Negara Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan-tindakan kerajaan seperti diatas itulah yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!

UMNO Mempelopori Kes-Kes Jenayah

Terlibat dalam kes-kes pencabulan terhadap wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan.

Bayangkanlah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah-olah dilindungi pula oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan media-media termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh UMNO disembunyi tetapi menghentam pula pihak-pihak yang menuntut keadilan untuk rakyat jelata.

Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka UMNO yang berbahaya..

Jadi anda renungkanlah andai kata ada kuasa yang lebih tinggi selain UMNO memerintah Malaysia nanti memang layaklah UMNO di ISAkan kerana setiap permainan politik UMNO mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini. -baginda reformasi


Kata Bang Mat Sabu:

"UMNO DENGAN MAKSIAT"
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

MANEK URAI : USAH PERLEKEH CALON PAS

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah mampu memikul tanggungjawab dan amanah rakyat dengan baik meskipun latar belakang kerjayanya hanya seorang pemborong ikan.

Beliau berkata, pekerjaan Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama dan menimbulkan masalah kerana rakyat mahukan wakil mereka dapat mendengar segala masalah dan menyelesaikannya dengan baik tanpa mengira apakah pekerjaan calon yang bakal dipilih itu.

“Dalam situasi Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, saya tidak nampak masalah untuk Mohd Fauzi bertanding kerana pekerjaannya itu bukan menjadi ukuran, yang penting, bakat dan kemahiran yang ada pada dirinya.

“Apatah lagi, dengan memegang banyak jawatan dalam parti dan seorang pemimpin yang berpengalaman, saya yakin Pas akan menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz berkata, beliau yakin Mohd Fauzi mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya dipilih rakyat memandangkan calon Pas itu adalah dekat dan dikenali dalam kalangan penduduk di Manek Urai.

“Dia faham kehendak penduduk di situ, tambahan pula dia seorang pemborong ikan, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk di situ.

“Seperkara lagi, dia seakan-akan mempunyai persamaan dengan Allahyarham Ismail Yaakob (wakil rakyat sebelum ini) yang sememangnya mesra dengan rakyat,” katanya.

Mengenai latar belakang pekerjaan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Projek, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mahfuz berkata, Pas tidak gentar dengan kerjaya itu.

“Tidak semestinya kerjaya tinggi itu menarik perhatian pengundi kerana paling utama, calon mesti bijak memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya.

“Pandangan saya, tidak ada guna memiliki kelayakan tinggi kalau tidak faham dengan masalah rakyat, pandangan ini secara umum, bergantung pada mereka berkaitan untuk memahaminya,” katanya.

SAMSENG PARLIMEN : DENDA RM1000 TIDAK MENASABAH

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan hukuman denda RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda Umno Selangor yang didapati bersalah dalam insiden mengepung beliau hujung Februari lalu sebagai tidak munasabah.

Malah Karpal juga menyifatkan syor agar beliau dan tujuh anggota Dewan Rakyat termasuk tiga ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang tidak menghadiri prosiding agar dikenakan 'hukuman' dalam bentuk pencelaan sebagai "satu penghinaan terhadap wakil rakyat."

"Syor agar tujuh anggota Dewan Rakyat ini dikenakan pencelaan adalah satu penghinaan," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen tengah hari ini. Beliau mengulas kandungan laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap laporan tersebut akan dibahaskan di Dewan Rakyat Khamis ini.

"Jangan setakat bentangkan laporan ini, bahaskan...saya berharap ia akan dibahaskan," katanya.

Karpal berkata, di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan seseorang yang melakukan kesalahan sedemikian boleh dihukum penjara tujuh tahun.

Justeru, katanya, jawatankuasa itu seharusnya mengesyorkan keempat-empat mereka kepada Ketua Polis Negara untuk diambil tindakan susulan di bawah Kanun Keseksaan.

Katanya, jika laporan itu dibahaskan beliau akan meminta agar mereka dihadapkan di bawah Kanun Keseksaan.

"Hukuman RM1,000 yang disyorkan memberikan isyarat dan mesej yang salah...ia satu penghinaan kepada kami semua," katanya. Jawatankuasa itu menyiasat kejadian sekumpulan pemimpin Umno Selangor yang mengepung Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika memasuki bangunan Parlimen.

Mereka yang didapati bersalah ialah Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

Difahamkan mereka perlu membuat bayaran denda di Parlimen kerana hukuman diperuntukkan mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Dalam pada itu lapan anggota Dewan Rakyat termasuk tiga daripadanya ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dikenakan 'hukuman' pencelaan kerana enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu.

Selain Karpal sendiri, mereka yang merupakan saksi ialah Fong Po Kuan (Batu Gajah-DAP), Lim Lip Eng (Segambut-DAP), N. Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR), Fong Kui Lun (Bukit Bintang-DAP).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang (DAP), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS) dan R. Sivarasa (PKR).

Laporan jawatankuasa itu yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar adalah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat.

NIZAR ZAMBRY : Rakyat Perak Tetap Berharapan Untuk Pilihanraya

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan.

Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar.

Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009.

Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi … - DANGO MAMAMAT


MANEK URAI : DPPK GESA RAKYAT KELANTAN BANGKIT TUNTUT ROYALTI MINYAK

Dewan Pemuda Pas Kelantan mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak berdolak dalik dalam isu pembayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan yang kini didakwa mencecah RM1 billion.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya hairan kenapa pembayaran boleh dibuat kepada negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain sedangkan Kelantan dianak tirikan sejak sekian lama.

“Pemuda Pas berpendapat tidak wajar Kerajaan Pusat memberi bermacam-macam alasan semata-mata mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab memberikan royalti ini.

“Wang yang dituntut adalah wang rakyat dan bukannya hak milik kerajaan Barisan Nasional (BN). Ia sepatutnya diagihkan kepada rakyat dengan adil dan bukannya dijadikan alat politik BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, melalui sayap perundangannya iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) dipengerusikan Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan yang juga seorang peguam, mereka sedang meneliti perkara itu dari sudut perundangan.

Katanya, pihaknya tidak mahu rakyat Kelantan menjadi mangsa sentimen politik BN kerana laporan yang diperolehi menunjukkan Kelantan antara negeri pengeluar minyak Negara.

Abdul Latiff yang juga ADUN Mengkebang berkata, pihaknya kesal dengan sikap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang secara jelas menentang pembayaran royalti tersebut sedangkan pada masa sama beliau bercakap mengenai pembelaan hak rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai.

“Oleh itu, Pemuda Pas menyeru seluruh rakyat Kelantan bangkit tanpa mengira fahaman politik mendesak Kerajaan Pusat menyegerakan pembayaran royalti minyak,” katanya.