29 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Foto dan Video Menarik

Dipaparkan beberapa foto menarik di sepanjang penamaan calon PRK P059 Bukit Gantang.

1) Kemenangan nyata Datuk Seri Nizar nanti di Bukit Gantang akan menyaksikan kemungkinan berlakunya satu pilihanraya bagi seluruh negeri Perak kerana ia adalah tuntutan jelas dari rakyat Perak semenjak krisis politik Perak berlaku ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

2) Kehadiran calon Bebas amat meragukan - apakah ia tajaan UMNO -BN?

3) Muhyiddin cuba mempermain dan memperbodohkan rakyat Perak.

4) Presiden PAS YB Hj Abdul Hadi Awang menyatakan Mursyidul Am PAS merestui pemilihan YAB NIzar sebagai calon Bukit Gantang.

5) UMNO terdesak dan menyerang MPV Karpal Singh

6) Replika kapal selam dijulang semasa penamaan calon.





BUKIT GANTANG : UMNO Memfitnah Nizar

UMNO dan Barisan Nasional menjadi semakin tersedak dan terdesak dengan kehadiran Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi calon Parlimen P059 Bukit Gantang.

Pelbagai cara dilakukan dengan menaburkan fitnah untuk menjatuhkan imej dan keperibadian Datuk Seri Nizar dalam usaha memenangi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pertemuan dengan para penduduk Kuala Sepetang yang terletak di dalam Parlimen Bukit Gantang.

Anwar berkata UMNO menggunakan taktik menggambarkan Nizar sebagai penderhaka kepada istana dan agen kepada masyarakat Cina sedangkan hakikatnya Nizar mendokong sistem raja berperlembagaan dan bertindak membela kebajikan semua kaum dalam mengemudi Perak keluar daripada pentadbiran rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN sebelumnya.

Anwar berkata sewajarnya penduduk Kuala Sepatang memilih dan mengundi Nizar sebagai ahli Parlimen supaya suara mereka didengar di Dewan Rakyat.

Katanya penganiayaan UMNO dan Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri pimpinan Nizar harus diterjemahkan dalam sokongan untuk beliau di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini.



BUKIT SELAMBAU : Sharizat Dah Pun Mula Mengigau

Ketua Wanita UMNO yan baru dipilih, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bilangan calon Bebas yang ramai mengemukakan pencalonan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, sebagai petanda kehancuran Pakatan Rakyat.

Katanya, sebilangan besar daripada calon Bebas itu adalah serpihan penyokong yang kecewa dengan pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini selama setahun.

Sedang yang sebenarnya calon-clon Bebas yang bertanding adalah terdiri dari bekas pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO dan juga kelompok MIC yang tak berpuashati terhadap kepimpinan parti mereka.

Seorang calon Bebas yang menggunakan simbol jam loceng, Abdul Rahim Abu ialah bekas ahli Umno Bahagian Bukit Gelugor. Seorang lagi calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang menggunakan simbol telefon adalah bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Merbok yang merupakan pengikut setia Tun Dr Mahathir. Beliau berkata:

"Saya ikut Dr Mahathir keluar parti pada 2008. Kalau Dr Mahathir masuk, saya sedia mempertimbang untuk tarik diri," katanya yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam arena politik.

Kini setelah UMNO melihat dengan penajaan bilangan calon Bebas yang ramai akan hanya menyebabkan undi UMNO yang berpecah dan bukannnya Pakatan Rakyat, maka telah diusahakan untuk mempastikan calon-claon ini menarik diri.

Abdul Rahim berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan menarik diri berikutan ada beberapa calon keturunan Melayu bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu.

Dengan alasan tidak mahu undi Melayu terpecah, beliau menyatakan kesediannya untuk berkompromi dengan beberapa calon keturunan Melayu lain sebelum membuat keputusan itu dalam tempoh tiga hari.

Katanya, beliau sedia bertanding mahupun menarik diri dari pilihan raya itu bagi memastikan kawasan berkenaan diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kalangan keturunan Melayu.

"Untuk orang Melayu, saya sedia buat apa saja. Saya sanggup bertanding dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan saya juga sedia memberi laluan kepada orang Melayu lain. saya tiada kepentingan apa-apa," katanya.

Ini menunjukkan bahawa terdapat perpecahan di dalam Barisan Nasional sendiri yang sebenarnya terdapat ahli UMNO yang tidak berpuashati dengan langkah UMNO menyerahkan kerusi Bukit Selambau kepada MIC.

Justeru itu ramai melihat kenyataan Shahrizat hanya untuk menutup helah UMNO-BN yang telah tersilap langkah mengaturkan konspirasi meletakkan calon-calon Bebas yang ramai sehingga akhirnya akan memecahkan undi BN sendiri di Bukit Selambau.

"Lebih baik beliau berusaha untuk mendapatkan semula kerusi Lembah Pantainya jika mampu yang telah terlepas ke tangan seorang pemimpin PKR yang jauh lebih muda darinya dari sibuk menyalak di tempat orang," tempelak seorang penduduk Bukit Selambau yang ditemui.

"Namun percayalah, takkan mampu Shahrizat mendapatkan semula Lembah Pantainya kerana rakyat seluruh negara sedang di dalam peringkat menghantar UMNO dan BN ke kuburan," tambahnya.

BUKIT GANTANG : Kehadiran Polis Yang Ramai Menjadikan BN Terus Ditolak Rakyat

Tindakan UMNO-BN memperkudakan Polis untuk menakut-nakutkan rakyat di Bukit Gantang tidak akan mampu untuk mengubah pendirian rakyat yang telah menolak mereka.

Malah kehadiran polis yang begitu ramai di Bukit Gantang menjadikan masyarakat Bukit Gantang menjadi bertambah benci kepada kerajaan UMNO-BN kerana ia dilihat sebagai satu cara untuk memaksa rakyat memilih mereka di dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 7 April nanti.

Menurut seorang penduduk Bukit Gantang, Khalid Bin Jelui, kehadiran polis yang begitu ramai di Bukit Gantang bukan menjadikan rakyat semakin takut sepertimana yang UMNO-BN harapkan tetapi rakyat bertambah benci terhadap ugutan yang dilakukan itu.

Seorang lagi penduduk, Zahara Mat Zain meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap bilangan anggota polis dan FRU yang berujuan untuk menakutkan orang kampung. Kehadiran mereka yang begitu ramai menjadikan rakyat tidak selesa ditambah dengan helikopter yang disifatkan sebagai langkah pembaziran.

Bagi seorang pengundi di Bukit Gantang, Ishak Latipi Mastan yang terperanjat dengan kehadiran polis yang ramai berserta dengan khemah yang begitu besar adalah sikap pembaziran yang dilakukan ole pihak kerajaan. Bukit Gantang katanya adalah satu kawasan yang masyarakatnya hidup secara harmoni dan belum pernah berlaku sebarang insiden seperti pergaduhan atau su yang sensitif di kawasna tersebut.

Ketua Wanita Keadilan Perak, Fathmaty Salim menyifatkan langkah meletakkan bilangan polis yang begitu ramai di Bukit Gantang sebagai langkah yang membazir di saat negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi dengan terpaksa menanggung pembayaran elaun polis-polis dari seluruh negara ke Bukit Gantang.

"Jika elaun yang dibayar kepada polis yang berhari-hari di sini dibagikan kepada rkayat yang miskin itu lebih utama," katanya.

Justeru rakyat tidak sama-sekali akan merasa takut dan gentar dengan kehadiran polis yang ramai sebagai taktik untuk mengugut rakyat dan pengundi Bukit Gantang dan yang penting kezaliman dan penindasan UMNO-BN perlu ditamatkan melalui pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini.


Bukit Gantang : Muhyiddin Mula Tunjuk Temberang

Gendang kempen telah bermula di Bukit Gantang. Bagi BN, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang adalah signifikan dan sangat penting untuk dimenangi BN kerana ia merupakan pilihan raya pertama susulan peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Muhyiddin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu berkata, barisan kepimpinan baru Umno akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.

Dan yang paling anih, beliau juga menaruh harapan agar para pengundi Cina di Bukit Gantang tidak terpedaya dengan pihak pembangkang yang cuba mempengaruhi mereka dengan taktik meraih simpati berhubung peralihan kerajaan negeri Perak baru-baru ini.

BN, katanya, akan menggunakan tempoh berkempen untuk memperjelas kepada pengundi Cina dan masyarakat di kawasan Bukit Gantang bahawa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak kepada BN adalah mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Banyak pihak menggangap tindakan Muhyiddin tersebut hanya bermimpi di siang hari dan lair dari pemimpin yang tidak siuman. Malah, UMNO-BN sepatutnya membawa presiden barunya iaitu Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak untuk berkempen serta menjawab semua persoalan yang timbul ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau di Perak.

"Kalau setakat Muhyiddin, baik tak payah kerana rakyat Perak sebenarnya teringin untuk menemui Najib, bukan Muhyiddin," kata seorang warga Perak.

"Kemarahan rakyat Perak tidak memerlukan sebarang penjelasan atau atau pujukan dari mana-mana pemimpin lain yang menjadi boneka kepada Najib, Nizar tidak menagih simpati, tetapi rakyat Perak seluruhnya amat bersimpati kepadanya apatah lagi ditokok-tambah dengan pembohongan dan fitnah media massa arus perdana yang setiap saat menghentam kerajaan sah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Beliau berkata rakyat Perak bersyukur dengan adanya pilihanraya kecil yang dikurniakan Allah ini di saat UMNO-BN sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat Perak.

"UMNO perlu berani bertanggungjawab terhadap kemelut yang berlaku, panggil semua pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO berkempen di Bukit Gantang, kami tidak akan sekali-kali berganjak dengan pendirian kami untuk menyatakan bahawa anda semua adalah pemimpin rasuah yang gila kuasa," tambahnya lagi.

Beliau juga bertanya apakah buta mata Muhyiddin di hari penamaan calon di mana puluhan ribu rakyat yang hadir menyokong Pakatan Rakyat berbanding dengan 2-3 ribu penyokong BN?

Sementelah lagi, Muhyiddin tidak perlu bercakap banyak dan bercakap besar kerana kes rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO-BN belum lagi ada legitimasinya kerana mahkamah belum memutuskan kerajaan UMNO-BN yang menerajui Perak kini sebagai kerajaan yang sah.

"Bagaimana jika mahkamah memutuskan di sebaliknya? Sanggupkah Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru dimenanginya kerana cuba mengekakkan benang yang basah di hadapan sekalian rakyat Perak?"

Beliau juga berkata bahawa Muhyiddin usah bermimpi banyak sangat untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sepertimana ramai pemimpin UMNO yang bermimpi sebelum ini yang membela tindakan Najib seperti Syed Hamid Albar dan Rais Yatim. Apa yang berlaku akhirnya kedua-dua pemimpin itu menerima penghinaan paling dasyat, bukan dari rakyat Perak, tetapi dari ahli UMNO sendiri.

Batang Ai : Pakatan Rakyat Lawan Barisan Nasional

Calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang. Ia adalah satu pertanding satu lawan satu di Batang Ai dan merupakan percubaan pertama PKR - Pakatan Rakyat untuk melihat sambutan masyarakat pedalaman Sarawak terhadap parti Pakatan Rakyat.

Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia. Batang Ai mempunyai pemilih Berdaftar berjumlah 8,006 dan pecahannya ialah : 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / 1.5% Melayu/Melanau.

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut serta di dalam perrakan penamaan calon di Batang Ai yakin dengan peluang PKR.

Ini berikutan calon Bebas, Johnny Chuat, 38, tidak mengemukakan borang pencalonan dan mengisytiharkan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah anak Gerang, 55.

Keputusan Johnny Chuat, seorang graduan komunikasi dan kewartananan dari Universiti Charleton Kanada untuk menarik diri telah disambut dengan sorakan oleh Pakatan Rakyat dan beiau menerima ucapan tahniah dan terima kasih dari MB Selangor.




BERITA LAIN

Bukit Gantang : Nizar Berhadapan Dengan BN dan Bebas

Bukit Selambau : Sejarah Terukir, 15 Calon Bertanding

Bukit Selambau : Sejarah Terukir, 15 Calon Bertanding

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.

Tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Calon BN ialah Datuk S Ganeson manakala calon PKR ialah S Manikumar.

Terdahulu, Manikumar telah diiring beberapa pemimipin PKR, Pas dan DAP diantaranya termasuklah Menteri Besar Kedah YAB Ust Azizan Abdul Razak dan Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Bkt Selambau, YB Azmin Ali.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin ramai calon bebas bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau tdak akan menjejaskan peluang pakatan rakyat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Katanya, jika menang pun mereka tidak boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana tiada parti.

Beliau berkata, kehadiran ramai calon bebas itu sudah dijangka kerana meraka datang berjumpanya sebelum ini.

Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).




BERITA LAIN

Berita Penamaan Calon Bukit Gantang

Batang Ai : Pakatan Rakyat Lawan Barisan Nasional

Bukit Gantang : Nizar Berhadapan Dengan BN dan Bebas

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian; Calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengumuman pengesahan calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Mahmod Morshidi jam 11.20 pagi tadi.

Beliau berkata, calon paling awal kemuka borang pencalonan ialah Mohammad Nizar jam 9.06 pagi diikuti Ismail (9.20 pagi) manakala Kamarul Ramizu (9.35 pagi).

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan membawa isu keadilan untuk rakyat dalam 9 hari berkempen bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang.

Beliau berkata demikian pada pemberita di perkarangan masuk ke pusat penamaan calon Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini, hari ini.

Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.




BERITA LAIN

Bukit Selambau : Sejarah Terukir, 15 Calon Bertanding

Batang Ai : Pakatan Rakyat Lawan Barisan Nasional

Lintas Lansung Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai

TERKINI : PR mendahului jumlah penyokong di ketiga-tiga tempat. BUKIT SELAMBAU 10 RIBU, BUKIT GANTANG 50 RIBU dan BATANG AI 2 RIBU ORANG.

Pengesahan telah pun dilakukan oleh Pengaran2 PRK dan nama-nama calon yang bertanding diberikan di bawah:-

BUKIT GANTANG

10.20 a.m Sah 3 Calon untuk Parlimen Bukit Gantang. ketika tempoh bantahan selama sejam yang ditetapkan, SPR menerima tiga bantahan tetapi mendapati ia tiada asas dan SPR telah menerima ketiga-tiga calon berkenaan. Mereka ialah Ismail Safian (BN), Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul ramizu Idris (Bebas). Bukit Gantang mempunyai pemilih berdaftar berjumlah 55,471 dimana pecahannya: 63.5% Melayu / 9.1% India / 27.1% Cina

10.05 a.m Pengarah SPR untuk PRK Parlimen Bukit Gantang, Datok Mahmud bin Murshidi, akan mengumumkan calon-calon Bukit Gantang jam 11 nanti selepas tamat tempoh bantahan.

10.05 a.m Tempoh Bantahan.

9.20 a.m Ada calon Bebas - Kamarul Ramizi Idris

9.15 a.m Calon BN, Ismail Saffian memasuki dewan

9.06 a.m Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon.

9.05 a.m Calon-calon sedang menyerahkan borang.

9.00 a.m Kelihatan pemimpin2 DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham dan Nga Khor Meng di pusat penamaan calon.

BUKIT SELAMBAU

Sah 15 calon bertanding. Tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima beberapa bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)
2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)
3. Husaini Yaakob (Bebas)
4. T. Chandrarajan (Bebas)
5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)
6. M. Venason (Bebas)
7. Abdul Rahim Abu (Bebas)
8. S. Moganakumar (Bebas)
9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)
10. Radzi Md. Lazim (Bebas)
11. R. Loganathan (Bebas)
12. L. Sarala (Bebas)
13. A. Jayagopal (Bebas)
14. Tan Hock Huat (Bebas)
15. Khamis Awang (Bebas)

10.00 a.m Pencalonan ditutup. Tempoh bantahan.

9.16 a.m Calon PKR S MANIKUMAR berjaya memasuki pusat penamaan calon, kehadiran penyokong PR mencecah 12 ribu orang


BATANG AI

Sah 2 orang calon bertanding iaitu Malcolm Mussen anak Lamoh (BN) dan Jawah anak Gerang (PKR). Batang Ai mempunyai pemilih Berdaftar berjumlah 8,006 dan pecahannya ialah : 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / 1.5% Melayu/Melanau

10.10 a.m Keputusan Johnny Chuat menarik diri disambut dengan sorakan oleh PKR dan beiau menerima ucapan tahniah dan terima kasih dari MB Selangor YAB Tan Sri Khalid yang turut berada di pusat penamaan calon.

10.05 a.m Calon Bebas, Johnny Chuat menarik diri dan mengisytiharkan sokongan kepada calon PKR.

9.30 a.m Ada juga calon Bebas Johnny Chuat, seorang graduan Komunikasi dan Kewartananan dari University Carleton, Kanada.

9.15 a.m Calon PKR Jawah Gerang serahkan borang pada 9.10 am



BUKIT GANTANG

8.40 a.m Kelihatan YB Abd Wahid Endut ada bersama. Beliau meramalkan peluang 60-40 untuk PAS.

8.30 a.m Anggaran penyokong Pakatan Rakyat 10,000 orang. Laungan Allahu Akbar sentiasa berkumandang.

8.15 a.m Al-Banjari : Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping. Kelihatan bakal calon PR, Dato Seri Nizar bersama isteri.

8.05 a.m Pegawai Pilihanraya telah pun tiba dan dilihat telah memasuki Dewan Bandaran. Para penyokong PAS dan Barisan Rakyat kini terus berkumpul di sebelah kanan dewan, belum ada arahan kebenaran untuk masuk ke dalam zon yang dikhaskan di dalam padang. Penyokong BN disebelah kiri, belum ramai anggaran 800 orang.

7.40 a.m Dianggarkan hampir lebih 30 trak FRU kini berada diperkarangan tapak penamaan calon. SB jangan tanya wak ! Bersepah. Akibat ruang terhad di dalam padang yg disediakan, ribuan penyokong BR terpaksa berpuashati apabila hanya mampu berkumpul dikawasan pinggir Taman Tasik Taiping. - Al-Banjari

7.30 a.m Keadaan di Majlis Perbandaran Taiping sudah dipenuhi denganpara penyokong Pakatan Rakyat. Keadaan cuaca baik.

BUKIT SELAMBAU
9.15 a.m Dilaporkan terdapat 14 calon kesemuanya.

9.00 a.m Penyokong PKR berarak ke penamaan calon. Tarian naga dari kaum tionghua juga turut kelihatan.

8.45 a.m MB Kedah YAB Datuk Azizan mengetuai perarakan.

8.40 a.m Calon-calon Bebas sudah kelihatan.

7.45 a.m Calon PKR S MANIKUMAR sudah tiba, beliau sedang bersalaman dengan penyokong. Di jangka pukul 8 pagi akan di mulakan perarakan ke pusat penamaan calon .

7.30 a.m Orang ramai sedang mengambil bendera dan t shirt yang di sediakan oleh AMK Kedah, kehadiran penyokong pakatan rakyat semakin ramai. Kelihatan trak-trak polis dan water canon di samping helikopter berlegar di ruang angkasa.

BATANG AI

8.40 a.m Penyokong PKR semakin ramai, dengan sepanduk "hapuskan perompak tanah kami".

8.30 a.m Kelihatan Naib Presiden PKR Dtk Dr Jeffrey Kitingan, bersama pemimpin DAP Wong Ho Leng.

8.00 a.m Belum menerima apa-apa laporan terbaru

7.30 a.m Malam tadi, calon PKR Jawah Gerang, memberikan ucapan. Termasuk yang hadir ialah ADUN Ngemah, Gabriel Adit (ahli Bebas yang menyertai PKR pada November) dan ADUN Padungan Dominique Ng.

MB Selangor Khalid Ibrahim juga turut kelihatan.

dikemaskinikan sentiasa

N29 Batang Ai: Ke Pusat Penamaan Calon

Disertakan pelan semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Batang Ai(PRK N29) pada 29 Mac 2009.

Jalan utama menuju Lubok Antu berhampiran pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Lubok Antu akan ditutup sepanjang proses penamaan calon esok. Kira-kira 800 anggota polis ditugaskan untuk membantu melicinkan proses penamaan calon, demikian di nyatakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Salleh.

Beliau berkata jalan itu adalah satu-satunya jalan menuju pekan Lubok Antu yang menjadi pusat utama proses pilihanraya kecil Batang Ai.



Beberapa orang pemimpin tertinggi PKR akan turut serta seperti Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan lain-lain. Khalid akan melawat Nanga Mepi dan majlis sambutan sedang dilakukan untuk Menteri Besar Selangor tersebut berserta ronbongannya.




N25 Bukit Selambau: Ke Pusat Penamaan Calon

Disertakan pelan semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Selambau(PRK N25) pada 29 Mac 2009.

Pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik I Sungai Petani. Penyokong pakatan rakyat akan berhimpun di hadapan stesen minyak ESSO berhadapan SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI.

Diramalkan berbelas calon Bebas turut akan menghadirkan diri bersama para penyokong ke pusat penamaan calon pagi ini. Seramai 835 anggota polis akan bertugas di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik I Sungai Petani. Pihak polis telah mengambil beberapa langkah, termasuk melencongkan laluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.



Sama seperti di Bukit Gantang, arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PKR akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan.


P59 Bukit Gantang: Ke Pusat Penamaan Calon

Disertakan pelan semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Gantang (PRK P059) pada 29 Mac 2009. Bagi Penyokong PAS, anda adalah dari kumpulan B.

Menurut kenyataan pihak polis yang lalu, 5 jalan akan ditutup sempena hari penamaan calon. Jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek.

Kesemua jalan tersebut akan ditutup bermula 28 Mac 2009 (Sabtu) pukul 12 tengah malam sehingga pukul 1 petang pada 29 Mac 2009 (Ahad). Orang ramai tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tersebut serta dilarang meletak kenderaan disepanjang jalan sehingga proses penamaan calon selesai.



Pimpinan PAS akan berkumpul di Markaz PAS Air Kuning mulai jam 7.30 pg. Selepas Solat hajat, Calon akan dibawa ke pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping diiringi oleh pimpinan PAS. Penyokong-penyokong PAS pula akan mula berkumpul di Masjid Daerah Taiping mulai jam 7.30 pagi. Solat hajat juga akan diadakan di masjid yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak. Selepas itu, semua akan mula bergerak ke tempat bermulanya perarakan calon di Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik.

Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan. Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan.

Sumber: prk029.pas.org.my/ misbah.blogspot.com