14 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Terbukti, Himpunan Baju Merah Bersifat Perkauman

Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang ‘himpunan baju merah’

Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini.

Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.

Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu.

"Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.

Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.

"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.

"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.

Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu.

Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur. -TMI


Sertai himpunan hak, bukan himpunan perkauman

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minimum, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.

Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya.

Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, rakyat diminta membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

MOHAMAD SABU presiden Parti Amanah Negara.





ULASAN GB

Sudah amat jelas bahawa himpunan baju merah bersifat perkauman. Ia direstui oleh kerajaan UMNO BN. Najib dilaporkan berkata UM NO tidak menaja perhipunan berkenaan tetapi tidak menghalang ahli UMNO menghadirinya.

Polis pula tidak menghalang perhimpunan berkenaan sepertimana tegasnya mereka menghalang BERSIH 4.0 yang tidak bersifat perkauman.

Ternyata isu perkauman dimainkan oleh UMNO sebagai talian hayat dan untuk survival UMNO. Malaysia sedang menuju kehancuran di bawah UMNO BN.







IKLAN BERBAYAR






Ketua AMK Jawab Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh: "Kenapa Nak Takut?"

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.

Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.

"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir.

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah).

Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007.

"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.

PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.

Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.

"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.

"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini

Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. -TMI


Pemuda Pas terkilan PKR terima Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Pas melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan PKR menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti berkenaan.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sewaktu berada dalam PR, Pas mewujudkan satu polisi kesepakatan untuk tidak menerima ahli dan wakil rakyat dari mana-mana parti dalam PR.

"Ada juga beberapa kes dalam rekod kita di mana kita tangguhkan kemasukan ahli dan wakil rakyat dari parti rakan PR kerana kita mahu menjaga hubungan dalam PR.

"Bagi saya menjaga hubungan itu lebih baik. Dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima wakil rakyat dari parti sahabatnya sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat, hari ini.

Katanya, sehingga sekarang, Pas masih mengekalkan polisi berkenaan sebagai menghormati rakan dalam PR.

"Saya yakin tidak akan berlaku rakan dari parti dalam PR lompat ke dalam parti kita (Pas) selama mana kita berada dalam PR," katanya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Kamaruddin masih terikat dengan bai'ah seperti mana wakil rakyat lain di Kelantan.

"Beliau menanggung beban dia dengan bai'ah menggunakan sumpah nama ALLAH,"
katanya.

Ditanya penerimaan Pas terhadap bekas wakil rakyat DAP, Sum Cheok Leng, Nik Mohamad Abduh berkata, pihaknya menerima bekas wakil rakyat berkenaan selepas DAP memutuskan hubungan dengan Pas.

"Apa yang membezakan situasi ahli dan wakil rakyat PKR dengan DAP lompat parti ini adalah rasa hormat. Adapun DAP pula berbeza kerana rasa hilangnya rasa hormat dan ia berlaku selepas DAP putuskan hubungan," katanya. -SH


ULASAN GB

Nik Abduh masih bercakap mengenai baiah, sedangkan Setiausaha Agung PAS sendiri telah menyatakan PAS telah menutup isu baiah dan tidak mempersoalkan lagi wakil rakyat yang melompat ke parti lain.


Serahkan kepada Allah isu baiah. Sudah banyak kali didebatkan dan sudah ramai ulama membincangkan. Ada pro dan kontra, ertinya ia termasuk hal khilafiah.

Tak perlu diungkit lagi. Ia akan lebih banyak memaparkan sisi hodoh PAS sendiri. Sesunguhnya Dia Maha Tahu.







IKLAN BERBAYAR