6 Okt 2012

BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown



Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.

Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010.

“Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain,” kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama.

“Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?”

Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.

“Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat,” kata Mugilan.

“Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya.”

The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.

“PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan,” kata Tengku Adnan lagi.

“Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang.”

Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.

“Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN,” kata Mugilan.

“Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri.

No time like tomorrow

THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics.

Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to “modernise” his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right.

For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair’s nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters.

He has crafted new policies for Malaysia’s younger, unaligned citizens while giving away plenty of money to retain his party’s traditional supporters, especially among the ethnic-Malay (and Muslim) majority. In the budget in late September more cash handouts went to poorer households and a one-month salary bonus to all government workers. They usually vote for Mr Najib’s United Malays National Organisation (UMNO).

Would that there were more to show for all the shadow electioneering. Opinion polls conducted by the respected Merdeka Centre (the latest were for June) gave the prime minister an approval rating of 64%, down from the high point of his popularity in the middle of 2010. Still not bad, you might think, but the popularity of the ruling coalition, the Barisan Nasional (BN), is much lower than the prime minister’s own. So now Mr Najib’s options are diminishing fast. He is required to call an election by April at the latest. In the process he has acquired a reputation for dithering, and now has the regrettable distinction of being Malaysia’s second-longest-serving unelected prime minister, just behind his own father, the country’s second prime minister.

Given UMNO’s deep pockets and its practice of gerrymandering constituency boundaries, winning a simple majority has always looked relatively easy for Mr Najib. After all, the ruling coalition, made up of UMNO and several smaller parties, has achieved that in every election since independence in 1957. Yet Mr Najib’s real aim is to win back the two-thirds majority that the BN lost for the first time at the last election, in 2008. In so doing the BN lost its power, among other things, to tinker with the constitution. That failure led directly to the coup against Mr Badawi and the elevation of Mr Najib. The prime minister knows that if he fails to reverse the humiliation of 2008, a genuinely hard task, then he could go the same way as his predecessor (His chief protection is that personally he remains more popular than the BN.)

Mr Najib has also been spooked by a series of political setbacks. His government mishandled a couple of huge rallies by a coalition of NGOs called Bersih (meaning “clean” in Malay) campaigning for fair elections. And poring perhaps too closely over the minutiae of local-election results, the BN has fretted over a fall in support among Chinese voters. They form the largest minority in the country’s complex ethnic mosaic.

The problem for Malaysia is that the rival parties have been at such a high pitch of combat-readiness for such a long time that the resulting partisanship is poisoning national politics. Pretty murky at the best of times, politics is becoming dirtier by the day. UMNO and its friends in the press and television have been relentless in their assaults on any organisation, such as Bersih, that is deemed to be sympathetic to the opposition. Another target has been an excellent independent website called Malaysiakini. All the old canards about these sorts of groups being in the pay of Zionists, America or George Soros, a foreign financier, have been trotted out. It is not clear whether such slanders still impress Malaysia’s voters, especially its Muslims. They are certainly a sign of desperation.



Ulasan GB

Mungkin benar, politik Britain tak sama dengan politik Malaysia. Diantaranya:

1) Kerana terlalu lama berkuasa, mudah bagi BN mencari dan mewujudkan ruang untuk melakukan penipuan.

2) SPR di dalam tangan UMNO BN, tidak berkecuali sepenuhnya seperti di Britain.

3) Polis & SPRM masih boleh diperkudakan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mereka yang tidak menyokong BN.

4) Media massa arus perdana boleh diperalatkan untuk menabur fitnah dan memburukkan lawan.

5) Gangsterism - halal untuk UMNO BN.

6) Politik wang - halal untuk UMNO BN dan bermacam-macam lagi.

Kes Polis Minta Rasuah Drp Deejay Suria.FM: Terbukti Ia Bukan Persepsi, Tapi Realiti

Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.

Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.

“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,” katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.

Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.

Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.

Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.

“Saya juga akan ke Bukit Aman hari Jumaat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.

“Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya - Mstar

Rasuah: Deejay Tyzo Beri Keterangan Ke Bukit Aman & SPRM




Penyampai radio Suria FM, Tyzo telah memberi keterangan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat, berhubung kejadian sorang anggota polis meminta rasuah akibat kesalahan lalu lintas daripadanya pada Isnin lalu.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 36, tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 2.30 petang dan memberi kenyataannya selama kira-kira 90 minit kepada seorang pegawai polis di Bahagian Tatatertib.

Selesai memberi kenyataan itu, dia turut hadir ke ibu pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Cheras di sini kira-kira pukul 4.45 petang dan diambil keterangan kira-kira 30 minit.

Tyzo berkata, dia tidak pernah membayangkan selepas membuat keputusan untuk tidak memberi rasuah, dia perlu memberi kenyataan kepada beberapa pihak berkuasa.

“Saya bagaimanapun gembira kerana saya dapat mempertahankan prinsip saya dan berkata “tidak” kepada rasuah,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Adalah difahamkan pihak polis telah mengenal pasti anggota yang dikatakan meminta rasuah daripada Tyzo itu dan kedua-dua pihak berkuasa berkenaan akan merakamkan kenyataannya dalam waktu terdekat.

Sementara itu Tyzo memberitahu dia bimbang dengan keselamatannya selepas menerima satu panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali melalui talian telefon pejabat yang mendakwa kononnya mahu menyiasat kes berkenaan.

Deejay itu curiga kerana sebelum ini Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintenden Zulkifli Joned dan pegawai penyiasat kes berkenaan telah berhubung dengannya secara terus melalui telefon bimbitnya.

“Rakan-rakan saya tidak memberikan nombor telefon saya kerana bimbang perkara yang tidak diingini.

"Saya bimbang kenapa orang yang mendakwa pegawai polis tidak mempunyai nombor telefon bimbit saya sedangkan sebelum ini pihak-pihak berkenaan telah berhubung secara terus dengan saya,” katanya.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan jalan raya di sekitar jalan Sunway dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang anggota polis trafik telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.

Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut memberi reaksi terhadap kes berkenaan dan mahu individu yang meminta rasuah tersebut dikenakan tindakan tegas.




Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat

Kerajaan Pusat diminta memperkenalkan satu mekanisme baru berkenaan notis kompaun pesalah trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini supaya tidak membebankan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, prosedur yang jelas mengenainya perlu ada agar tidak timbul kekeliruan di kalangan orang ramai.

“Bila rakaman imej itu diperolehi, kerajaan kata akan terus keluarkan notis saman sedangkan notis itu sebenarnya adalah notis bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta kepastian samaada betul atau tidak betul imej yang dirakam itu adalah pesalah yang sebenar.

“Maka kerajaan tidak boleh terus mengatakan bahawa individu itu mesti ditawarkan kompaun.

Tidak boleh begitu, ia mestilah selepas ada pengesahan bahawa seseorang itu mengaku itu imejnya barulah individu terlibat boleh ditawarkan untuk bayaran kompaun atau didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri bahawa AES sudah merakamkan 63,558 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas dari 23 September hingga 30 September lalu.

Abd Rahim juga menjelaskan semua imej tersebut sedang dalam proses semakan dan pengesahan JPJ sebelum saman dikeluarkan.

Mahfuz berkata, persoalan mengenai pelaksanaan AES itu sudah dibangkitkan banyak kali terhadap kerajaan di Parlimen namun sehingga kini ia belum diperjelaskan.

Katanya, pengguna kebiasaan menghadapi masalah ketika waktu puncak di mana anggota polis mengawal lalu lintas serta persimpangan lampu merah.

“AES yang dipasang di simpang lampu merah, bagaimana pada waktu puncak dan ada empat simpang serta polis akan datang untuk mengawal laluan.

Lampu tidak digunakan dan pengguna jalan raya perlu mengikut arahan polis.

“Pada waktu itu ada lampu yang berwarna merah, kalau kita langgar lampu merah bermakna kita melakukan kesalahan.

Kalau polis suruh jalan waktu lampu warna merah dan kita tidak ikut arahan polis, kita juga dianggap salah.

Ini satu penganiayaan kepada pengguna,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, kerajaan juga diminta menjelaskan berhubung status AES tersebut dan pihak mana yang mengelola atau mengawalnya.

Tambahnya, kerajaan menetapkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ adalah sebagai pemilik maka ia melibatkan penggunaan wang ringgit sedangkan sebelum ini kerajaan mengatakan tidak mengeluarkan satu sen pun sebaliknya ia dilakukan secara penswastaan kepada dua syarikat.

“Sehingga hari ini kita masih belum mendapat kepastian tentang dua syarikat tersebut maka kerajaan harus beritahu secara jelas apa kedudukan sebenarnya mengenainya.

Jika ia dibangunkan oleh dua syarikat in maka sudah tentu ada satu perjanjian antara kerajaan dengan mereka,” katanya.

[ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat Di Kuala Besut

Besut - PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat.

Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kerajaan tahu, pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah yang mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit.

Walau pun begitu, beliau berkata, kerajaan terus menekan dan memburu rakyat miskin, sehinggalah rumah mereka di robohkan.

"mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegasnya.

Beliau berkata, antara rumah yang terlibat adalah rumah penerima bantuan yang juga seorang ibu tunggal.

Katanya, beliau dimaklumkan, pihak berkuasa merancang pelan untuk merobohkan kesemua rumah yang dibina diatas tanah tersebut yang berjumlah sebanyak 84 lot.

"penjelasan dari satu pegawai (terbabit) ada pelan A, pelan B dan pelan C (untuk merobohkan semua rumah) dalam lot tanah sekitar 84 buah, "opereasi (roboh) dibuah dalam (keatas) rumah yang sedang dibina dan ada yang telah siap......dan ada yang telah duduk barang-barang penuh dalam rumah (diroboh) berselerak, "ada satu (sebuah rumah milik) ibu tunggal yang dapat peruntukan (bantuan) peringkat awal dulu di buat rumah sikit-sikit (akhirnya) (di)roboh semua"jelasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Jabi, dekat sini pada Jumaat, 5 Oktober.

Oleh itu, Wan Azhar mendakwa, tindakan tersebut adalah cubaan untuk menghapuskan semua bahan bukti kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS.

Menurutnya, dengan merobohkan rumah-rumah itu, Umno-BN harap rakyat akan lupa kepada jasa-jasa kerajaan PAS

Sehubungan itu, beliau menyeru setiap rakyat supaya merekodkan setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dan membuat perbandingan diantara zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN dengan kerajaan PAS.

Kata beliau, pihaknya akan memikirkan samada satu tindakan tuntutan melalui mahkamah adalah diperlukan, kerana katanya, dalam perkembangan mutakhir tindakan-tindakan Umno-BN adalah berdasarkan perkiraan politik.

"kita akan ambil sikap tengok dan lihat dulu sebab perkembangan diperingkat akhir ini, dia ( tindakan Umno-BN) tidak akan lari dari tindakan politik

"pendekatan mahkamah kita akan terus tengok pada masa yang sama kita akan 'mobilise' (menggerakkan) rakyat untuk (kerana) ia adalah lebih cepat untuk proses keadilan apabila kerajaan bertukar,"katanya.

Beliau berjanji sekiranya PAS dapat megambil alih kuasa di peringkat negeri Terengganu, rumah-rumah yang dirobohkan di Rancangan Tanah Berkelompok Kuala Besut itu, akan dibangunkan semula dalam tempoh seratus hari. -buletinonline

Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!

DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah.

Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa.

Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah.

“Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?,” kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media.

Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah.

Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan “Malaysian Book Of Record” anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini.

“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut,” tambah Guan Eng.

Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit.

“Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

” Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu.

“Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka,” ujar Guan Eng lagi. -TMI

Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib

Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian ‘International Association of Anti-Corruption Conference’ semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.

Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah “countries needed to instill a ‘natural’ abhorrence’ into the conscience of the society”. Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.

“I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn’t believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini” Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.

Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam ‘conference’ antarabangsa itu. “kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?” bentak seorang lagi yang ada bersama kami.

Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. “I couldn’t compute what he said at the conference” tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.

Saya hanya membiarkan sahaja mereka bercakap tetapi saya telah bawa mereka untuk bercakap tentang kabinet bayangan yang Najib tuntut Pakatan Rakyat untuk memaparkannya kepada rakyat jika PR memenangi pilihanraya ke13 ini. Utusan telah menjadikan isu kabinet bayangan ini dan telah di letakkan di muka hadapan akhbar itu semalam. Utusan telah menciplak barisan kabinet bayangan yang di reka-reka oleh seorang blogger pro UMNO. Saya pun tidak dapat membayangkan bagaimana Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang sangat di hormati telah menjadi penyambung kepada blogger yang saya di fahamkan sebagai seorang yang amat kontroversial itu.

Sesungguhnya kabinet bayangan itu memang ada di setengah negara yang maju seperti di Britain. Di Britain parti pembangkangnya sentiasa mempunyai kabinet bayangan sejak dari dulu. Malahan menteri-menteri kabinet bayangan itu di bayar elaun dan gaji untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ahli-ahli kepada kabinet bayangan itu. Untuk mengadakan kabinet bayangan ia memerlukan sikap ‘gentleman’ dari parti yang memerintah. Misalnya jika menteri pertanian negara itu akan bekerjasama dengan menteri pertanian dalam kabinet bayangan itu dalam banyak isu yang diperkatakan ada kedua-dua pihak mengadakan ‘consultation’ di antara satu dengan lain.

Jika kabinet bayangan itu di adakan oleh Pakatan Rakyat bagaimanakah menteri pertanian BN untuk membuat ‘consultation’ dengan menteri pertanian bayangan dari Pakatan kerana tugas Noh Omar dalam kabinet kerajaan ialah untuk menghina dan perlekehkan menteri pertanian bayangan dalam PR bukannya untuk bekerjasama bagi mencari dan merumuskan perkara-perkara yang baik untuk pertanian negara kita. Lagi pun orang seperti Noh Omar ini bukannya faham apa-apa yang beliau katakan dimana-mana. Beliau hanya hendak jadi Menteri bukannya hendak melakukan kebaikan untuk negara dan negeri Selangor.

Di Britain setiausaha luar mereka akan melakukan ‘consultation’ dengan setiausaha luar kabinet bayangan sebelum berucap dan bercakap di dalam isu antarabangsa bagi pihak Britain.. Pendeknya mereka samada dipihak kerajaan atau pembangkang di Britain, bercakap dengan perkara yang sama bukannya untuk bercakap memperlekehkan kabinet bayangan mereka. Najib dan BN berhentilah bercakap tentang kabinet bayangan PR ini. Kabinet bayangan kata orang, kabinet bayangan kata Najib, tetapi tidak tahu pun apakah ‘obligation’ kabinet BN terhadap kabinet bayangan PR jika ianya di adakan.

Oleh itu bagi saya PR tidak perlu mengadakan kabinet bayangannya sekarang kerana jika di adakan juga itu akan menjadi isu untuk mempersendakan pihak PR bukannya untuk bekerjasama bagi kebaikan negara. Lagi pun terlalu ramai di antara mereka yang berada di dalam kabinet hari ini bukannya memahami fungsi mereka pun. Ramai di antara ahli kabinet pada hari ini tidak tahu pun kenapa mereka berada di sana.

Mereka tidak tahu yang tugas mereka itulah untuk membuat pemantauan terhadap pelaksana supaya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan baik. Tetapi kebanyakkan mereka yang menjadi menteri telah bersekongkol dengan pelaksana dan penjawat awam di dalam kementeriannya untuk melakukan kerja-kerja buruk seperti rasuah dan sebagainya.

Itulah sebabnya rasuah berluas-luasa di dalam kabinet dan kementerian-kementerian kerajaan BN hari ini. Mereka (menteri-menteri) bukannya hendak mengelakkan pelaksana dari melakukan rasuah malahan menjadi penggalak kepada rasuah di kementerian-kementerian masing-masing dengan bersekongkol dengan mereka (pelaksana) untuk kepentingan wang ringgit masing-masing.

Kata perpatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Itulah nilai Menteri-Menteri kita dalam kabinet negara ini. Itulah sebabnya BN terpaksa di tukar dengan PR semata-mata untuk membetulkan keadaan negara kita yang telah jauh terjerumus ke dalam kancah rasuah ini.

Seperti yang di sebut di awal-awal tadi, ramai yang hairan Najib mempunyai muka untuk bercakap dengan ‘poker face’ nya tentang isu rasuah di forum antarabangsa yang sedang di adakan di Kuala Lumpur sekarang ini.
-aspanalias

Ayu Raudhah Diuji Supaya Tanggalkan Tudung

Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.

Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.

“Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.

“Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah,” katanya.

Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.

Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.

“Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.

“Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.

“Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah ‘bad hair day’ seperti yang dilalui sebelum bertudung,” selorohnya. – Informasi