Majlis Ceramah kemasukan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim ke PKR di Stadium Bakri Rais telah dihadiri oleh tidak kurang 15,000 orang penduduk dan ia merupakan satu pengesahan terhadap tindakan dan pendirian ADUN berkenaan.
Di majlis berkenaan, Datuk Nasaruddin telah menjelaskan komitmennya "berhijrah" ke Pakatan Rakyat dan menegaskan beliau tidak gentar dengan apa juga tohmahan yang dilontarkan kepadanya ekoran tindakannya itu. Hijrah yang dilakukan bukan kerana wang ringgit atau jawatan tetapi kerana yakin dan percaya dengan kepimpinan PR dibawah Datuk Seri Anwar.
PERLUKAH AKTA ANTI-LOMPAT PARTI?
Penyertaan ADUN Bota ke PKR telah menyebabkan beberapa pemimpin UMNO gusar yang akan lebih ramai ADUN dan MPnya akan berbuat demikian dan justerunya, ada yang mencadang supaya Akta Anti-Lompat Parti diwujudkan. Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoalkan kenapa baru sekarang heboh mengenainya dan tidak sebelum ini? Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan undang-undang antilompat parti adalah tidak sesuai buat masa ini.
DUA EXCO PERAK DICULIK BERADA DI PEKAN PAHANG?
Dua EXCO ini ditahan oleh oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dilaporkan berada di Pekan Pahang bersama Najib Tun Razak. Dua EXCO PKR Perak, berkenaan Jamaludin Radzi dan Kapt.(B) Osmain Jailu dikatakan akan membuat pengumuman keluar PKR dan menyertai UMNO.
“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.
Jika berita ini benar ini adalah usaha terkotor Najib untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak setelah gagal menjatuhkan dan mengalahkan Datuk Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan setelah tewas mengemudikan jentera BN di K.Terengganu.
KEMPEN MANSUHKAN DASAR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad telah dilancarkan depan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tengku Abd Rahman, Kuala Lumpur. Sasterawan Negara A.Samad Said, dan beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd, penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis teater Khalid Salleh turut hadir.